Followers

Wednesday, 6 June 2012

67
Komen

CERPEN:SUAMIKU ROMANTIK TAPI EGOIS (full)



Annur cuba bertenang. Hatinya bengkak melihat tingkah laku suaminya yang sukar diramal sikapnya. Sekejap baik, sekejap tidak mempedulikannya. ‘Sakit jiwa aku dibuatnya.’ Dahinya sudah berkerut sambil matanya masih setia memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu.
            “Sayangku....” Panggil Daim.
            “Ya abang.” Sahut Annur. Dia sedang perisi ikan bilis untuk masukkan dalam sayur.
            Annur bergerak dari meja makan terus menghampiri suaminya itu.
            “Abang nak cakap sikit.” Daim berwajah serius. Matanya tepat memandang tepat ke dalam mata Annur. Hati Annur berdebar kencang.
Annur terasa lain macam sahaja.  ‘Apa kena dengan laki aku ni? Serius tiba-tiba.’ Annur dipagut rasa bimbang.
“Apa dia abang?”
“Abang tahu yang abang ni kacak sangat tapi sayang jangan pandang abang macam tu. Abang penyegan orang.” Kata Daim sambil tersenyum nakal. Seronok dapat menyakat Annur.
‘Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku kerana perasan nak belasah suami sendiri begitu terasa kini.’ Hati Annur berdoa. Dia benar-benar rasa geram. ‘Ingatkan apa tadi. Cuma nak cakap ni aje?’ Annur menahan geramnya.
Annur terus berdiri dan meninggalkan suaminya sendirinya.
Daim hanya memandang. Dia melipat surat khabar tersebut dan mengikut isterinya ke meja makan.
“Nak abang tolong?” ramah Daim. Annur hanya memandang sahaja. Usia perkahwinan mereka baru sahaja sebulan. Masih baru dan begitu banyak lagi yang harus mereka pelajari.
‘Baiknya Daim. Tak pernah pula dia nak tolong aku masak.’ Hati Annur berbunga-bunga.
“Abang boleh tolong apa?” soal Annur dengan gembiranya.
“Abang tolong tengok, boleh tak?” lagi sekali Annur terkena. Lelaki itu hanya tersenyum.
‘Nasib baik aku tengah perisi ikan bilis, kalau aku tengah potong sayur, habis kau Daim.’ Amuk Annur sekadar dalam hati. Dalam beberapa minit, dua kali sudah dia dikenakan oleh Daim.
Muncung Annur sudah panjang sedepa. Daim  memandang Annur dengan penuh minat. Rasa tidak puas mengusik isterinya yang manja ini.
Tanpa Daim sedari, ikan bilis itu, Annur bayangkan Daim. Dicabut kepala ikan bilis itu dengan ganas. Geram punya pasal.
“Lain kali, beli ikan bilis yang dah siap diperisi. Tak mahal pun sayang harganya,” kata Daim sambil menggenggam tangan Annur yang sedang perisi ikan bilis. Annur tersentap. Dia memandang Daim. Lagi sekali hatinya berdebar kencang. Tiada nada.
“Dah, biar abang yang buat. Sayang pergi masak kat dapur tu.” Katanya lagi sambil mencium tangan Annur.
‘Romantiknya Daim....’ bisik hati Annur. Sentuhan suaminya itu membuat perasaan geramnya hilang begitu sahaja.
“Ada bau. Bau ikan bilis.” Daim tersenyum.
‘Mestilah bau ikan bilis. Aduh, cik abangku!’ Annur berkata dalam hatinya. Dia tersenyum lalu menuju ke dapur.
Apabila Annur kembali semula ke meja makan untuk mengambil ikan bilis, Daim kelihatan tertidur. Annur melihat ikan bilis yang masih ada.
Akhirnya Annur tersenyum apabila melihat semua ikan bilis itu diperisi elok oleh Daim.
“Terima kasih sayang....” Annur mencium kepala Daim.
Perlahan-lahan Annur mengejut Daim bangun.
Daim tersedar.
“Abang tidur kat bilik. Nanti dah siap masak, sayang panggil abang ya?” kata Annur. Daim hanya mengangguk kepala sahaja. Dia menuju ke kamar mereka.
*****
Annur menanti Daim menjemputnya di tempat kerja. Wajahnya sedih. Daim sudah lewat setengah jam. Naik lenguh kakinya berdiri.
“Abang, kenapa lambat?” soal Annur sebaik sahaja melihat kelibat suaminya itu bersama payung di tangannya. Nasib baik hujan tidak terlalu lebat.
Daim hanya senyap. Dia menghulurkan payung yang lain untuk Annur. Annur tersentap.  ‘Apa kena dengan Daim ni? Marah pada aku ke?’
Pantas sekali Annur membolos diri ke dalam kereta Persona milik Daim. Wajah lelaki itu serius. Annur memang tak faham langsung.
Daim berasa sakit hati mendengar bebelan Annur sebentar tadi.  ‘Perempuan ni tak reti ke yang suami ni penat? Kalau takat tunggu setengah jam pun nak membebel. Dia tak tahu ke aku ni banya kerja.’ Kata hati Daim.
‘Tapi perempuan ni lain. Balik ni dia kena masak lagi untuk kau. Kau pula, hanya duduk goyang kaki’ ada suara lain yang menyampuk.
‘Tapi itu memang tugas seorang isteri.’ Balas Daim.
‘Kalau macam tu, apa tugas seorang suami?’
Daim terdiam mendengar persoalan itu. Dia tidak tahu tetapi hatinya benar-benar ego untuk mengakui perasaan itu.
Pantas Annur meraih tangan Daim untuk bersalam. Dia hampir lupa melakukan perkara itu apabila marah mengusai diri. Daim hanya kaku. Dia meneruskan pemanduannya dengan perlahan. Hujan tiba-tiba lebat.
Annur melihat suaminya fokus pada pemanduannya. Dia tidak patut membebel pada Daim.
Rasa bersalah mencengkam hati Annur.
‘Tak apa, malam ni Annur masak special untuk abang. Jangan marah sayang tau.’ Pinta Annur sekadar dalam hati.
Dia juga diam dalam kenderaan itu.
‘Diam pula isteri aku ni? Mesti merajuk tu. Pantang aku buat muka serius, mulalah nak merajuk.’ Teka Daim sendiri.
Akhirnya mereka sampai di rumah.
Daim terus masuk ke bilik air manakala Annur ke dapur untuk memasak. Biasanya dia akan menyediakan bahan memasak dulu. Lepas maghrib barulah dia mula memasak.  Selepas siap menyediakan bahan masakan, Annur termenung seketika.
“Sayang...” panggil Daim.
Daim terasa pelik. Isterinya tidak menyahut panggilannya.
“Annur Syakira.” Panggil nama penuh isterinya.
“Ya, abang!” Tersentap Annur.
“Sayang ni kenapa? Abang tak marah la. Dah dah, pergi mandi. Nanti kita solat maghrib sama-sama.” Arah Daim.
“Baiklah abang.” Annur hanya mengikut arahan suaminya.
Annur sedang fikirkan anak. Kalau dia dapat anak, sudi ke Daim untuk menjaganya. Lelaki itu terlalu ego. Mahu minta basuh pinggan pun tak nak, apatah lagi mengemas rumah.
Annur menyambung kembali memikirkan tentang anak. Dia mengusap perutnya.
‘Kalau aku mengandung, sudi ke dia nak jaga aku? Entah-entah cari perempuan lain.’ Makin kuat Annur berfikir.
“Sayang! Lama lagi ke mandi? Cepat sayang! Dah lambat ni...” panggil Daim dari luar bilik air.
‘Apa yang sayang aku buat lama-lama dalam bilik air ni? Selalunya, dialah perempuan paling sekejap sahaja mandi. Kalah aku.’ bimbang pula Daim. Sikap Annur jelas ketara berubah.
Selepas mereka solat, Annur memasak. Fikirannya benar-benar terganggu. Dia tidak tahu menahu sebab apa.
“Sayang!” jerkah Daim. Dia ke dapur apabila terbau sesuatu yang hangit. Daim bertindak pantas menutup api dapur gas. Pantas dia menarik Annur dalam pelukkannya. Dia bimbang Annur tercedera.
“Ya Allah!” terkejut Annur. Dia benar-benar tidak sedar apa yang berlaku.
“Abang maaf!” wajah Annur pucat. Dia benar-benar penat. Belum sempat Daim membalas kata-kata Annur, wanita itu telah pengsan.
“Aman, macam mana keadaan isteri aku. Dia okey ke?” soal Daim dengan cemas.
“Eh, Daim! Bukan aku yang rawat isteri kau. Tapi bini aku tu,Maz.” Kata Aman.
“Oh yeke? Salah orang pula.”
Maz keluar dari kamar Daim. Wajahnya ceria.
“Maz, camner?” soal Aman.
“Oh, Annur kena banyak berehat. Dia mengandung 3 minggu. Diperingkat awal, better Daim jaga Nur elok-elok sebab keguguran mudah berlaku. Jangan bagi dia buat banyak kerja. Kandungannya masih tak kuat lagi.” Jelas Maz
“Betul ke ni?” Daim betul-betul gembira. Tanpa Annur tahu, Daim begitu suka kanak-kanak.
“Terima kasih Aman dan Maz.” Ucap Daim.
“Hati-hati, kawan Maz tu, dia gugur dalam kereta tau. Masa tu suaminya bawa kereta laju sangat. Bila sampai kat line kuning atas jalan tu, isterinya keguguran. Bahaya tu. Pastikan Daim ambik perhatian tau.” Tambah Maz lagi.
“Baiklah Maz.”
Aman dan Maz pulang.
Daim melihat wajah Annur yang sedang memejamkan mata.
“Abang....” panggil Annur.
“Kenapa sayang?”
“Kalau Annur tak nak mengandung lagi boleh tak?”
Daim tersentap. Hatinya terkilan.
“Kenapa?”
“Tak bersedia lagi.”
“Alasan!” Daim mengamuk. Dia terus meninggalkan Annur sendirian. Air mata Annur mengalir.
Daim keluar dari bilik tersebut. Dia ke ruang tamu. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri.
Kepalanya berserabut. Dia sebenarnya tidak sanggup untuk memarahi Annur tetapi egonya. Dia nak anak tapi Annur tidak mahu pula.
‘Aku dah marah isteri aku sendiri. Kasihan dia.’ Perasaan bersalah dirasainya kini.  Makin kusut jadinya rambut Daim.
Dia segera ke bilik  Annur berada.
Kelihatan Annur sedang menangis yang sedang membelakanginya. Badannya kelihatan terhenjut-henjut.
“Ssayang....” perlahan Daim menyentuh bahu Annur.
Pantas Annur memeluk Daim. Dia pun rasa bersalah juga tetapi hatinya benar-benar tidak bersedia. Bukannya dia tidak mahukan anak, Cuma tidak bersedia.
“Sayang, abang pernah tengok satu rancangan hikmah mengandung dan bersalinkan anak dalam tv Al-Hijrah. Macam-macam diterangkan kebaikan dan kelebihan wanita yang melahirkan anak.” Jelas Daim.
Lagak Daim sudah seperti seorang Ustaz dalam pandangan Annur. Dia cuba tersenyum dan berfikir kata-kata suaminya.
“Pahala orang yang mengandung ni banyak. Tak semua wanita mendapat kelebihan ni. Annur patut bersyukur. Orang yang nak anak, tiada anak. Inikan pula orang yang Allah kurniakan anak, tapi tak nak anak.” Kata-kata Daim ada benarnya.
“Tapi abang ni ego.” Kata Annur.
“Ego?”
“Yelah, Sayang minta tolong pun nak berkira. Bukan minta masak pun, just kemas rumah aje.” Annur mula mengadu.
“Biasalah lelaki.” Selamba jawapan Daim.
“Tengok tu! Ego!” marah Annur.
“Okey! Maaf!” pinta Daim. Dia menarik Annur dalam pelukannya. “Abang janji akan jaga sayang baik-baik. Abang cuba tak ego. Abang akan rajin lepas ni tolong sayang. Boleh kan?” janji Daim.
“Boleh! Janji!” Annur gembira semula. Dia membalas pelukan suaminya dengan harapan Daim berubah.
            Semua masalah selesai.
*****
Annur tersedar apabila suaminya bangun dari pembaringannya. Dia melihat jam dinding.  ‘Baru pukul 12 tengah malam. Buat apa la laki aku ni?’ dia menggosok perlahan matanya.
            “Abang nak ke mana ni?" Soal Annur.
“Abang nak ke tandas sekejap.’ Balas Daim. Wajah lelaki itu serius.
‘Sembelit kot suamiku ini.’ teka Annur. ‘Kacau mood betul. Dahlah kita ni jenis tak dapat nak tidur kalau tak dapat peluh dia.’ Annur mengamuk tetapi dalam harinya sahaja.
“Abang ni...” muncung Annur sudah terbentuk.
“Kejap aje...” pujuk Daim. Dia menuju ke bilik air. Annur berpaling. Dia memejamkan matanya.
Tiba-tiba, Annur terbau sesuatu yang wangi. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Bunga ros?
“Abang?” Annur bersuara.
“Selamat hari lahir, sayang.” Ucap  Daim dengan nada yang sangat romantik. Mata Daim galak melihat wajah isterinya yang terkejut itu.
Pantas Annur bangun. Dia hampir lupa akan hari lahirnya sendiri apabila memikirkan kandungannya semakin membesar ini.
“Sama-sama kasih, sayang.” Balas Daim.
“Kek tak ada ke abang?” soal Annur dengan manjanya.
“Takkanlah abang nak simpan kek dalam tandas sayang oi! Agak-agak la.” Kata Daim. Tiba-tiba dia menjadi seorang yang serius.
‘Eh, bukan ke tadi laki aku ni bersikap romantik? Kenapa sekarang ni serius pula? Mushkil betul.’ Dahi Annur berkerut.
‘Serius ke atau ego....?’ ada suara lain pula dalam hati Annur.
Annur memasamkan wajahnya. Daim perasan.
“Okey. Sorry. Jom kita ke bawah. Makan kek. Kasihan baby ni nanti. Tapi syaratnya sayang kena pakai tudung sebab abang nak siram sayang dengan tepung kejap lagi” Pujuk Daim.
Annur mengambil tudungnya. ‘Nakal juga suamiku ini tapi aku pula macam merelakan aje hihihi’
Selepas itu, Annur hanya mengikut langkah Daim yang sedang menarik tangannya ke arah pintu bilik.
“Selamat hari jadi!!!!!!” ada suara lain serentak mereka berdua membuka pintu bilik, ada ramai yang menanti depan bilik tersebut.
Annur terkejut. Mahkluk-mahkluk yang tak sepatutnya ada turut ada.
“Kak Ria!” jerit Annur. Terkejut dengan kehadiran seseorang yang selalu menyibuk dalam kisah orang lain.
“Nama akak tu, siapa panggil yer? Syanaz ke?” soal Ria dan dia bercakap dengan Syanaz yang sedang didukung oleh Zeck. Anak kecil itu turut serta dalam majlis hari lahir Annur. Tidak mengantuk lagi.
“Akak....” manja suara.
“Jangan nak buat suara manja. Jom! Ajak kakak sayang makan.” Suara Daim sedikit mengeras.
Annur tersengih.
“Dah! Dah Sengih tu. Akak nak kenalkan kawan akak. Mereka sanggup datang nak sambut hari lahir kamu ni.” Kata Ria. Daim hanya tersenyum melihat Annur kena bebel.
“Yalah kak...”
“Okey ini Amirah Najwa, dia ni seorang yang pemalu sikit tapi dia kawan yang baik.” Kata Ria.
“Salam perkenalan.” Ramah Annur.
“Ini kanak-kanak tak cukup umur lagi, Laika Ika, Noor Hana Laili, Naylea Atieyqah, Safura Shafini. Mereka datang sini untuk mengisi masa lapang mereka. Almaklumlah cuti sekolah sekarang ni.” Jelas Ria.
“Salam perkenalan adik-adik sekalian. “ ramah Annur lagi. “Macam mana akak ingat nama mereka semua ni? Kira hebat juga akak.” Soal Annur.
“Kamu tak nampak ke akak pegang kertas. Nama diorang semua dalam ni. Dah buat list.” Kata Ria. Zeck dari jauh sudah ketawa terbahak-bahak.
“Kasihan mama Syanaz.” Zeck mengejek. ‘Nak aje aku ajak laki aku balik sekarang juga.’ Geram punya pasal.
“Ops!” Annur tersasul.
“Ini pula keluarga Nur. Ini Nurfazila Suhaide. Ini pula Nur Alia. Yang hujung sana  Nur Asmira. Yang pakai purple ni Nur Syifaa’ Tamrin. Yang suka senyum ni Nur Syuhadah. Tak dilupakan Nur Asiyin juga. Yang comey-comey, kiut-kiut ni, namanya Nurnajihah Syafinaz. Oh yang ini aktif sikit, namanya Nur Arifah dan Nur Syafiqah Alia. Yang ni pula namanya panjang sikit, Nur Amanina Syazana. Mantap kan?’
“Nuramni Izzatti ni sopan sikit. Awak jangan ganas dengan dia. Nanti dia terikut ganasnya. Naya Nur nanti. Yang itu geng dia juga, adik Fiqa Shah. Kawan baik katakan.” Pesan Ria.
“Ini pula Nor Insyirah. Pandai masak ni. Nur Amila pun belajar memasak dengan dia.” Jelas Ria. “Sebab kena paksa dengan Tengku dia.” Kata Ria sambil berbisik.
“Yang sebelah abang Shakir tu Iyda namanya. Diorang ni memang pasangan sejoli.” Kata Ria. Annur hanya menjadi pendengar yang setia.
“Hah, yang sedang minum air tu, namanya Safura Shafini. Memang unik sikit namanya.”
“Keturunan tuan pun ada. Itu dia orangnya. Namanya Tuan Noraimie Natasya. Panjang juga namanya.” Kata Ria bagaikan baru mengenali gadis itu.
“Ini kawan sekepala Ria sebab dia minat anime. Namanya Domi Nisa. Cute kan?
“Ada lagi beberapa lagi kawan akak, yang duduk diruang tamu tu namanya Najwa Ulfah, Fea Humaira, Annasirah, Nabila Ahmad dan Amirah. Mereka semua ni cepat mesrah tau.” Jelas Ria dengan panjang lebar.
“Oh,lupa pula! Yang kat dapur tu. Jom!” Ria menarik tangan Annur,
“Yang sedang potong kek tu, Rabiatul Adawiyah. Dia pemalu dan pendiam tapi rajin. Itu yang paling penting. Sebelahnya pula tu. Yang teruja tengok kek dipotong, namanya Farah, Ai Al Halim dan Naurah Nawwarah. Yang sedang buat air tu pula Siti Nur Liyana dan Aim Alina.
“Jemput makan kek kak,” jemput Rabiatul. Wajahnya ditundukkan.
“Nah kak!” Ariana membantu menghulurkan sepiring kek.
“Ini Ariana Arif. Terima kasih Ariana. Kami belum nak makan lagi. Ada urusan lebih penting ni.”
“Kita nak kek!” Annur bersuara manja.
“Sabar....” bantah Ria.
“Itu Fatiah Yadz, dia yang tolong tulis list nama ni. Cantikkan tulisannya. Nah ambik!” Ria berikan pada Annur.
“Apa motif akak bagitau semua nama diorang ni?” Annur sudah kepelikan.
“Motifnya..... tanya laki kau tu. Bye!” Ria terus menuju ke tempat Zeck dan Zyanaz berada.
Annur berasa geram. Dia segera menghampiri Daim
Suaminya itu cuba tersenyum dan menarik tangannya ke kamar mereka.
“Banyakkan nama. Sayang pilihlah satu. Abang suka kalau dapat anak perempuan.”
“What?” Annur terkejut. Semua ini semata-mata nak pilih nama anak. Oh, suamiku romantik tapi egois.
“Kenapa ni?” Daim terasa pelik dengan respon isterinya itu.
“Tak ada apa-apa.” Balas Annur. Dia Cuma terkejut tetapi kesungguhan suaminya begitu ketara.
Annur tersenyum manis.
“Terima kasih abang.” Daim mengusap kandungannya.
Malam tersebut, kawan-kawan sekalian tidur di dalam bilik dua dan tiga. Perempuan sahaja manakala lelaki tidur di ruang tamu. Nasib baik cukup bantal dan selimut. Sebenarnya mereka sendiri yang bawa.
‘Tau-tau aje mahu tidur kat rumah aku.’ Annur tersenyum bahagia, wajah keetihan suaminya itu dipandang. ‘Terima kasih abang...’ ucap Annur lalu memeluk Daim. Rasa sedikit ketenangan. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup.
Annur lena.
‘Semoga kebahagian hari esok lebih INDAH berbanding hari ini, Insya Allah’ Doa Annur.
P/S:Maaf jikalau ada kekurangan dalam citer kali ini. taip express ni hihihi sebarang komen dan kritikan Ria terima. Insya Allah.

67 comments:

  1. wahhhh......kannn lelaki nie kekdg ego jer yg lebh....pdhal tak perlu pun nak ego2kan diri lebh2 dgn tersyg..... (ai al halim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tapi dia takut orang yang dia sayang tu pijak2 kepala dia...tu pasal lelaki ini ego kadang2 la....hahahahha

      Delete
  2. Terbaik!!!! Ahaha mmg syiiokk bace.. Kak ria chaiiyok2 mmg best 1#

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai dua sekali komennya.... apa2 pun thank la....biarkan keduanya sekali...jadi kenangan sebab semangat punya nak komen...hihihihi

      Delete
  3. Terbaik!!!! Ahaha mmg syiiokk bace.. Kak ria chaiiyok2 mmg best 1#

    ReplyDelete
  4. suka... ahahaha...
    lelaki patut jatuhkn egonya tuk wanita yg dia sayang.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi dan perempuan pula, apabila lelaki jatuh kan ego, silalah hormatinya. sebab ada aje perempuan tak hargai suami..suami punya baik tapi adesss...geram pula tiba2 ni...hahahahha terima kasih sudi komen dan suka citer ni...

      Delete
  5. wahh .. terbaik la kak Ria . suka2 .. :D
    -Nur Amanina.S-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih amanina sebab sudi tinggalkan komen....

      Delete
  6. haha, lawaklah. nama sy pun termasuk skali. sukanya... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang mana yang lawak tu cik adik hihihi thank sudi komen...

      Delete
  7. Cerpen ni memang bagus. Unnie memang berbakat. Sweet pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cerpen express dari ria...maaf la kalau pendek dan tak puas nak baca....10page aje ni hihihi

      Delete
  8. Replies
    1. terima kasih sudi komen...maaf lah citer akak ni huha sikit....nakal2....hihihih alhamdulillah siap juga satu cerpen untuk bulan ni...

      Delete
  9. best la akk.. nak lg crita camni.. ihik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih sabar2...akak ni tak dapat nak buat citer banyak2 dalam satu masa hihihihi

      Delete
  10. best sangat kak .. seronoknya dpat hasben cam daim tu .. well, laki mmag ego so pasangan dia mmang kene sabar dgn ego dia .. nak tak nak , HARUS sama2 mengerti . for guy pulak, janganlah trlampau ego kerana hati girl ni sangat lembut , lemah .. jangan smpai menyesal satu hari nnti ..

    wah, name kita ade jugak .. haha, teruja tengok kek tu .. hehe .. nak kek kak ria oii !! dah teruja dah ni .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjangnya komen dia tapi akak suka...suka...dan suka..hmmm best ye??memang best sebab akak buat dengan perasaan gembira dan teruja...teruja nak msukkan nama2 kawan2 sekalian.....

      ego? setiap orang memang ada ego masing2 tapi mestilah pandai mengawal ego itu supaya orang sekeliling kita tidak menyampah melihat kita hahahahha

      lelaki dan perempuan sama aje..cuba apabila di sebut ego, seringkali dikaitkan dengan lelaki. so betullah kata naurah tu....akak bersetuju...

      teruja tgk kek?ini mesti dah lama tak makan kek kan???hihihihi

      Delete
  11. tau xpe ... asal ego je laki asal laki je ego .. okay lah tu pompuan pon slalu dikaitkan dgn nangis, lemah .. asal nangis pompuan asal pompuan nangis ..

    helloooww ! saya tak lemah okay .. haha

    errrrrrrrrr, acane akk tau dah lame xmakan ni? heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihih ye?lepas ni akak nak buat lelaki kuat menangis la pula...camner la jalan citernya hahahha mesti lawak...perempuan pula yang tak nangis...hihihi

      ikut firasat hati malam semalam hahahha

      Delete
  12. best3 kak ria apa yg penting bkan kerjasama tp nama saya ada ngee..thanks kak ria good job..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama kamu yg mana satu...acu bgitau gak...silent girl...memang akak tak tahu mana satu ni...apa2 pun thank sebab sudi komen..

      Delete
  13. hehehehehehehe......kuar jgk nma pnjg aimie......hehehehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana satu nama panjang kamu tu...jap nak check...
      yang ada tuan ke tu??kalau akak silap...tegur tau..

      Delete
  14. Replies
    1. mungkin anda rasa ntah pape...sebab cerpen ini hanya ditujukan kepada beberapa pembaca...terima ksih sudi terjah... =)

      Delete
    2. sibuk jer anon tuh. xsuka g tempat lain..ramai je yg suka cerpen ni, mmg sweet..sy pun teringin nak wat novel/cerpen tp malas lebih menguasai diri..hahaha..cayok2 kak ria!!!

      -Dayah-

      Delete
    3. SABAR DAYAH...lagi pun akak lupa nak tulis intronya cerpen ini ditulis utk siapa.......sabar la...

      Delete
  15. patot pon tah pape ... anonymous .. die xtahu menilai bakat yg org lain ade sebab dia xade bakat yg ade pde akk ... jjust think positive okeyh !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. naurah........tak apa...akak dah okey la...sabar naurah...siap tanda seru tu...tanda seru tu tandanya orang marah...sabar ye...

      Delete
  16. Heii awk.. Klau ntah pape jln daa yg nak komen2 ni knpe lg?? Tau la awk x Hebattt!! Jgn nk ngate org k!! Menyampah I!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakura...xmau macam tu..terima kasih sudi komen...jgn marah2..kita positif aje...okey???terima kasih sudi baca citer ria...

      Delete
  17. wahhh..best la kak ria..hehe
    nama lia ada :D
    kasih akak :)

    ReplyDelete
  18. ria natsumi i love you foreverrr

    ReplyDelete
  19. wahhhh...!!! besttt....!!! sweettt g...bru dpt bca pai abiz...heheh...gd3x..!! thumb upz..heheh...(^^)v

    ReplyDelete
  20. Menarik...#^_^
    Tapi story ni macam tergantunglah...

    ReplyDelete
  21. Terbaik...baru habis baca... Almaklumlah..ketinggalan keretapi...hehehe

    ReplyDelete
  22. dalam tiap cerpen, msti ade watak yg same..sedikit bosan..jalan cerite selalu hepy2..tanak ke wat jalan cite yg suspen, unpredictable..maaf kalu xsuke komen neh...tp sy ikhlas

    ReplyDelete
  23. best sgt...haha..nak lagi !!

    ReplyDelete
  24. BEST-2! huu ~ taksangke list pnjg-2 smate-2 nak pilih name anak . ape-2 pon , mmg syok lah ! x)

    ReplyDelete
  25. Wah...best jalan citernye...igtkan list Byk2 tu nak buat apa...hehehe sekali Nama utk baby... tahniah ria..

    ReplyDelete
  26. bestnye.. suka jln citer dia.. x sabar nk baca cerpen ria lg..d best.. tahniah :D

    ReplyDelete
  27. Best juge dpt suami ego.. Nmpak macho aje..hehee

    ReplyDelete
  28. ego dia buat org geram jee hahaha tapi macho~ siap bgi list nama pulak tu esh esh

    ReplyDelete
  29. ERM...crita okey,x jemu walau pendek...SYABAS buat penulis

    ReplyDelete
  30. Banyaknya nama ! Haha xD

    ReplyDelete
  31. Hahaha..bnyak seh nama..kalo dpt laki mcm tu..perh aq syang&jga dia elok-ii:-)

    ReplyDelete
  32. haha..kan best kalau dapat suami romentik gituuu....egoooo lh jgk daim ni.blehlhh
    jln crpn yg mnrik

    ReplyDelete
  33. hmmm memang yng terbaik ............:)

    ReplyDelete
  34. hahahahaha... lucu lucu lucu.....
    banyak banget namanya.... pinter dan kreatif deh kak Ria ini
    ngak salah deh jadiin kak Ria sebagai idola....

    ReplyDelete
  35. awesome. kipidap , i like the way u write :)

    ReplyDelete
  36. mana mana mahu masukkan cerpen macam kakak buat?

    ReplyDelete
  37. wow terbaik jalan cerita,lelaki ego hahahha terbaik

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi