Mengalir air mata lelakinya apabila melihat kekasih
tercinta telah berkahwin dengan lelaki lain. Aku hanya melanjutkan pelajaran
selama 3 tahun di UK tapi dia sudah memilih lelaki lain. Sungguh setia aku
kepada cinta ini.
Aku memandu perlahan kereta membawa hati yang terluka. Aku
melihat ada sebuah kereta seperti rosak. Aku turun untuk membantu.
“Boleh
saya bantuk cik?” soal aku. Cantiknya ciptaan Allah dihadapan mata aku kini.
Senyuman yang manis. Bertudung kemas dan berbaju kurung.
“Terima
kasih encik. Tayar saya pancit. Tiada kudrat saya nak tukarkan sendiri. Encik
boleh tolong saya?” pinta gadis itu. Aku mengangguk kepala lalu menukar tayar
keretanya. Bagaikan perasaan kecewa tadi terubat sebaik sahaja melihat wajah
gadis ini. Tetapi bila aku amati wajah perempuan ini. Macam kenal.
“Syanawiyyah?”
soal aku perlahan. Dia mengangguk kepalanya.
“Encik
kenal saya?” soalnya pulak.
“Syana,
ini saya. Syafiq,” jelas mukanya terkejut apabila mengetahui siapa sebenarnya
aku. Lepas tu kami pergi lepak kat kedai makan. Dia hanya membisu sahaja.
“Lama
tak jumpa,” aku berkata setelah diam membisu.
“Awak
masih marahkan saya,” soalnya. Sungguh aku tak marah pun padanya. Yang lepas
biar lah lepas. Aku nak bahagia sahaja.
“Tidak.
Tak marah. Awak macam tak kenal saya. Saya hanya akan marah bila orang
kesayangan saya dilukai oleh orang lain. Tapi kalau orang kesayangan saya buat
saya dilukai dan marah, ia tak kan kekal lama dalam hati saya. Marah bukan
sifat saya,” jelas aku. Dia tersenyum.
“Saya
yang salah sebab tak bertanya dulu pada awak,” jelasnya. Suaranya kedengaran
lemah.
“Yang
lepas biar lepas, awak,” pujuk aku.
“Terima
kasih awak. Lega hati saya,” katanya sambil tersenyum. Syana kekasih aku yang
pertama. Dia sudah tersalah anggap aku dengan Julia yang kami ada hubungan sulit.
Sungguh! Itu rancangan Julia ingin kami berpisah. Puas aku pujuk Syana untuk
percayakan aku tapi dia masih dengan hatinya yang keras. Sejak itu kami
berpisah walaupun ketika itu kami sudah bercinta tiga tahun.
Aku
pulang dengan perasaan gembira. Sungguh! Aku gembira sangat. Aku terkenang
kenangan cinta kami yang dulu.
*****
Mereka berdua berjalan bersama-sama di taman rekreasi.
Perasaan bahagia sahaja yang terpancar di wajah mereka.
“Sudahlah
awak, penat saya nak ketawa. Baik awak masuk raja lawak. Mesti ada orang undi
punya,” kata Syana.
“Tak
main la raja lawak. Saya nak masuk maharaja lawak. Lagi gempak,” kataku pulak.
Syana ketawa lagi. Wajahnya yang putih bersih menjadi kemerah-merahan kerana
ketawa terlalu banyak.
“Ini
untuk awak!” tiba-tiba sahaja Syana menghulurkan sesuatu bungkusan.
“Apa
ni?” soal aku.
“Saja
nak bagi. Sebagai saya hargai perhubungan kita. Dah nak masuk tahun ke dua,”
katanya sambil tersenyum.
“Mana
aci? Saya tak beli apa-apa pun untuk awak,” aku berkata sambil memuncungkan
mulut aku. Dia ketawa bahagia. Aku juga turut ketawa. Macam budak-budak sahaja,
mahu merajuk.
“Saya
buka yer?” tanyaku. Dia hanya mengangguk kepala sambil tersenyum. Seutas jam
tangan. Sepasangan. Dia pakaikan untuk aku dan aku pakaikan untuk dia. Sungguh bahagia
aku rasa.
Masa
berlalu dengan pantas, kami sudah tamat pengajian dalam bidang perniagaan. Aku
minta dia bekerja di syarikat ayah aku. Boleh la aku berjumpa dengannya selalu.
Dia setuju dan ayah aku pun tak kisah.
Sebab
aku tidak mahu berjauhan dengan dia. Aku memintanya menjawat jawatan
setiausaha. Mulanya dia membantah.
“Ala,
kita belajar tinggi-tinggi, jadi setiausaha sahaja,” Syana mengadu. Eh,
perempuan ni. Macam la tinggi sangat. Dia buat muncung tapi nampak cantik.
“Please, awak teman saya yer? Saya tak boleh
berjauhan dari awak,” jelas aku. Dia membuat muka kerut.
“Yelah,
yelah tapi gaji kena mahal sikit daripada biasa,” guraunya padaku.
“Baiklah
sayang. Untukmu apa-apa sahaja. Janji awak ada disisi saya,” jelas aku.
Kami
mula berkerjasama. Pergi ke mana sahaja berdua sehingga satu syarikat sudah
tahu tentang hubungan kami.
“Awak,
kenapa Julia selalu datang cari awak?” dia soal dengan lembutnya.
“Kan
saya ada urusan kerja dengan dia. Awak sendiri tahu syarikat ayahnya bekerjasama
dengan syarikat saya,” terang aku.
“Sayang
cemburu,” duga aku.
“Of course!” katanya dengan penuh yakin.
Aku ketawa manja.
“Cemburu
itu tandanya sayang,” kataku lagi. Dia tersenyum lagi. Sungguh kami bahagia.
Kami
meneruskan urusan pekerjaan kami. Sejak berurusan dengan syarikat ayah Julia,
aku memang tak ada masa. Kesian buah hatiku tapi dia hanya memberi aku senyuman
tiap kali aku memandangnya. Bagaikan segala penat aku hilang melihat dia
tersenyum. Sungguh bermakna dia pada aku.
Julia
mengajak aku dinner tetapi aku tolak
sebab aku dah janji dengan dia, buah hatiku tapi Julia tetap ingin mengajak
aku. Aku serba salah. Akhirnya aku kecewakan Syana.
“Julia,
apa pegang-pegang ni? I tak suka,”
jelas aku. Memang naik rimas aku dengan sentuhan perempuan ini.
“I sukakan you,” Julia berterus terang.
“Tapi I tak suka you,” aku juga berterus terang.
“Why Syafiq? Apa kurangnya I?” soalnya. Aku merenung wajahnya.
“You are one girl perfect but my love just
for Syana. So , lupakan I,” jelas
aku. Julia tidak berpuas hati. Dia bangun dan meninggalkan aku begitu sahaja.
“Kalau
aku tahu jadi camni, baik aku makan dengan buah hati aku. Buang masa sahaja,”
aku mula menuju ke rumah sewa Syana. Sungguh aku rindukan dirinya walaupun
siang tadi sudah kutemuinya. Aku ingin memujuknya. Aku sudah sediakan yang
istimewa untuknya.
Awk, keluar jp.sy ada dkt luar ni –
Syafiq
Tiba-tiba
telefon bimbit aku berbunyi. Nama Syana tertera. Segera aku menjawabnya.
“Dah
malam ni sayang.”
“Memang
la dah malam. Tak kan siang kot,” aku buat lawak. Kedengaran ketawa manja dia.
Alahai rindunya pada Syana.
“Dah
lewat malam. Orang tidur la waktu camni.”
“Tak
lewat lagi. Turun la sekejap. Sekejap pun jadi,” pujuk dan rayu aku kepadanya.
Dia terpujuk jugak. Dia terus bersiap dan turun berjumpa dengan aku. Wajahnya
tanpa secalit mekap. Nampak makin cantik.
Aku
memegang tangannya dan mengheretnya ke bonet kereta aku. Aku membukanya. Alahai
terkejutnya dia. Sampai menangis terharu.
“Banyak
giler bunga ros,” responnya. Aku tersenyum puas.
“Terima
kasih awak,” ucapnya.
“Kita
makan kek. Saya dah beli untuk awak,” ajak aku.
“Tak
nak, nanti gemuk pula,” katanya. Aku ketawa bahagia.
“Sayang
gemuk pun tak apa. Saya sanggup kahwin dengan awak,” aku berkata dengan penuh
bangga. Syana hanya tersenyum. Kami berbual sampai 3 pagi.
Keesokan
harinya, aku datang awal ke pejabat sebab aku tak dapat nak tidur. Aku
memeriksa dokumen yang perlu aku tanda tangan. Aku duduk di sofa yang lebih
selesa. Aku terdengar seseorang membuka pintu.
“Syana…awak…..,”
aku buat muka pelik. Aku ingatkan kekasih hati tetapi Julia.
“Apa you buat kat sini?” soal aku. Hati aku
tak sedap. Macam benda buruk akan berlaku. Aku bangun dan ingin membuka pintu
bilik pejabat aku tapi dihalang oleh Julia.
“You kena terima cinta I juga,” paksa Julia. Kami bercakap
berhampiran dengan pintu masuk.
“Berapa
kali I nak cakap, I tak suka you. I love Syana but not you. So, get out now!”
sebaik sahaja aku habis bercakap. Julia mencium mulut aku. Jahanam punya
perempuan. Aku tolan badan perempuan tu tapi Syana sudah melihat Julia mencium
aku.
Jelas
mukanya kecewa. Aku ingin mengejar Syana tapi tangan Julia menghalang aku. Kini
Syana sudah menghilang ke mana. Aku menghadap Julia.
“Paaanngg!”
kuat sungguh aku tampar Julia. Sampai pecah bibir dia. Padam muka dengan bibir
yang jahanam. Aku segera menghalau Julia.
“Keluar
dari sini. I tak nak tengok lagi muka
you!” aku segera mencari Syana dan
sekelip mata sahaja Syana menghilangkan diri.
*****
Begitulah kisahnya. Aku memang bahagia sangat dengan
Syana. Kini aku sudah berjumpa dengannya kembali. Sungguh. Aku tidak akan
melepaskan dia. Aku menghubungi nombor telefon bimbit yang dia berikan
kepadaku.
“Hello,”
aku bersuara.
“Assalamualaikum,”
suara lembut Syana.
“Waalaikumusalam.
Ini saya, Syafiq,” aku memperkenalkan diri.
“Hmmmm….”
Bunyinya ringkas.
“Boleh
esok kita berjumpa?” ajak aku.
“Boleh.
Di mana?” soalnya. Aku gembira tak terkata.
“Di
taman bunga tempat biasa tu. Awak masih ingat,” aku cuba untuk mengimbas
kenangan lalu. Tetapi dia hanya mendiamkan diri. Dia kata baiklah dan talian
ditamatkan.
Memang
aku terasa tapi aku tak kisah. Perasaan bahagia lebih penting. Aku mahu melamar
dia esok. Harap semua berjalan dengan lancar.
*****
Wajah pucat Syana aku tatap. Sungguh kecewa aku kerana
dia merahsiakan perkara sebesar ini daripadaku. Syana sudah berada di tahap
kronik dan tidak dapat di selamatkan saat ini. Dia mempunyai penyakit barah
otak. Aku tidak tahu mahu cakap apa. Masa aku berjumpa dengannya muka Syana
memang pucat. Apabila aku melamarnya, terus sahaja Syana pengsan. Aku macam nak
gila dibuatnya.
“Maaf,
kami tidak dapat selamatkan pesakit,” kata doktor. Aku terduduk. Kaki aku tidak
kuat untuk berdiri lagi. Air mata ini mengalir lagi. Air mata kesedihan,
kekecewaan dan kekosongan hati. Aku teringat lagu yang aku dengar dua hari yang
lepas. Lagu nyanyian New Boyz.
Ku tidak pernah meminta mu
Untuk mengasihi ku
Dan apatah lagi mengasihani ku
Juga tidak sama sekali
Kusedar sebenarnya kita tiada pertalian
Cuma satu arah serta satu tujuan
Mencari keberkatan-Nya
Aku terkenangkan
Saat manis dulu
Tak pernah kau meninggi suara
Bila bertanya
Keras hanyalah luaranku
Lembut tetap di dalam hati
Marah habis setakat itu
Tak kubiar berpanjangan
Biar aku berdiam diri
Dengan hati yang remuk redam
Kau tak usah lagi bertanya
Tak ku bersuara
Aku masih mampu tersenyum
Walau hati terluka
Mungkin hari ini duka untuk aku
Esok belum tentu
Aku
melangkah lemah meninggalkan pusaranya. Ada sepucuk surat ditinggalkan untuk
aku. Tidak sanggup rasanya mahu membaca isi tulisan Syana tapi aku gagahi juga.
Syafiq…
Saya memang rasa bersalah dengan awak. Selepas seminggu
peristiwa itu berlalu. Barulah saya tahu perkara sebenar. Saya sedih dan
menangis. Saya dah tak percaya cinta awak lagi masa tu. Patutnya saya bersabar
sekejap. Kalau tidak tentu kita bahagia sekarang. Disebabkan tekanan terlampau
dalam hidup. Saya dapat penyakit barah otak. Terkejut saya dengan kenyataan
ini. Dapatkah saya berjumpa dengan awak sebelum saya pergi meninggalkan dunia
ini? Rupanya Allah itu mendengar doa saya dan Dia memakbulkan. Syukur. Saya
bertemu juga dengan awak dan saya gembira dan lega awak sudi memaafkan diri
ini. Saya tau awak tak mudah nak marah tapi keadaan buat saya jadi begitu.
Awak…
Saya masih sayangkan awak. Terima kasih sudi jumpa saya.
Saya berasa bangga dan gembira. Tapi masa saya telah tiba awak. Awak jangan
marah saya yer? Saya pergi dulu. Doakan saya ye..yang berada di alam lain.
Selamat tinggal.
Syanawiyyah
Aku menangis semahu-mahunya. Sungguh kecewa hati ini. Aku
terkaku di tempat duduk dalam kereta aku. Diluar hujan dengan lebat. Bagai
memahami isi hatiku.
“Syana,
marah tu bukan sifatku. Awak lebih memahami saya. Awak tahu macam mana saya
marah. Syana!!!” aku menjerit sekuat hati apabila melihat cincin dan jam tangan
yang pernah aku pakaikan di tangannya. Aku memandu dengan laju. Aku mahu cepat
sampai ke rumah tetapi malangnya aku kemalangan. Bagaimana harusku hidup tanpa
dia? Marah bukan sifatku.
p/s : apabila berlaku sesuatu, siasat dulu, jangan kita
menghukum terlebih dulu sebab yang merana adalah orang sekeliling kita. Fikir
dulu sebelum membuat keputusan. Di mana ada kemahuan, di situ ada cinta! Hihi
sedap hati buat peribahasa sendiri. Maaf kalau ada salah silap. Sekian terima
kasih.
not bad...nice story
ReplyDelete@chenta
ReplyDeleteterima kasih cinta..sudi komen...
best..p pendek sangatlah kak ria.cam nak cepat je n cam ada plak persoalan yang tertinggal kat cerpen nie.
ReplyDeletebest...tp mcm ada yang kurang je..
ReplyDeletetakpe..cube lagi..chaiyok ria..:)
aduish.. np x hepi ending :(
ReplyDeleteaduish.. np x hepi ending :(
ReplyDeletehuhuh...sdih ya cta nie...cfat syafiq sma ngan bf sya...sya syg bf sya...hahahah...(^^)v
ReplyDeletesalam ria....
ReplyDeletetersentap tue rasa nyerr.
tp awat tinggal tanda tanya apa jadi kat shafiq kemalang??teruk tak?? adess ..sedey tue cite dye...kak fika nk nangis ny rasa nyerr tertekan pasal x de kesudahan tentang shafiq..riaa tulung....
ahh! persoalan ! persoalan ! persoalan ! hehehehe .... nice trying .... wish u a best luck !
ReplyDelete@Anonymous ada persoalan yang tertinggal?alamak
ReplyDelete@aNa LaNa masih ada kurang??kena fikir balik ni
ReplyDelete@Anonymous ni memang nak buat tak hepi ending...
ReplyDelete@jesse JC terima kasih merasai apa yang akak nak sampaikan...hihihihi
ReplyDelete@rafika dewi jahrul wslm kak..eh, baru perasan citer ni tergantung hihihih maaf kak....better ria buat dia mati kemalanga juga la hihihi
ReplyDelete@♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ sorryy ada persoalan...
ReplyDeletePendeknya, igtkan sedih smpai kan saya nangis. hihi. tp cerpen ni best lah. good job.
ReplyDeleteria tak sanggup lagi nak buat arifah menangis hihihi nasib baik tak nangis kan? hihihihihi
DeleteDah lame cari blog ni.. baru ketemu.. =) saya mmg suke kat Ria Natsumi ni..
ReplyDeleteadoi,ny yg x nk ny,cz klw kite bca msti sdihnyer trsa smpai ke aty...tp cite ny pendek la...-iezahtakuya
ReplyDelete