Isa menarik perlahan tudung Ety. Itulah sikap Isa yang ummi dan abi
tidak tahu. Dia suka mengusik Ety. Hatinya tidak dapat dikawal apabila melihat
Ety. Mesti ada sahaja dia mahu lakukan.
“Sopannya
anak ustaz sorang ni?” Ety menyindir Isa. Geram sungguh hatinya diperlakukan
sedemikian rupa. Ety sendiri sudah memahami sikap dan perangai Isa jika
berjumpa dengannya.
“Mestilah
sopan. Kau tu! Sombong sangat dengan aku kenapa? Aku ajak couple tak nak!” Isa
mula mengungkit.
“Couple
tu haram?” Ety berterus-terang. Dia memang cuba mengelak apabila soal percintaan dibincangkan. Kalau boleh Ety mahu bercinta
selepas kahwin. Kahwin dengan pilihan ibunya sendiri. Dia sudah serahkan semua
itu kepada keluarganya.
“Haram
bila caranya salah. Kau ingat aku tak tahu ke?” balas Isa. Mereka berdua
bersekolah di sekolah agama. Semestinya mereka tahu hukum hakam tentang agama.
“Lebih
kurang. Sudahlah tu Isa. Aku tak suka kau.”
“Kenapa
tak suka aku? Aku kacak, ilmu penuh didada dan semuanya boleh dikatakan
lengkap.” Isa mula berbangga dengan dirinya sendiri. Dalam diam dia mengucap
panjang apabila perasaan angkuh dan riak wujud dalam hatinya.
“Satu
aje aku tak suka.”
“Apa
dia?”
“Mulut
kau yang tak ada insurans. Tak pernah nak cakap baik-baik dengan aku. Benci!”
Ety terus berlalu pergi. Tidak elok mereka berdua berbual seperti ini.
Telefon
bimbit yang berbunyi, membuat ingatan Isa pada gadis bernama Ety terus hilang.
“Assalamualaikum...”
Isa memberi salam.
“Waalaikumusalam.
Isa jangan lupa balik rumah Ummi.” Pesan Ummi sebaik sahaja menjawab salamnya.
Hampir setiap hari ummi menghubunginya. Isa cuba bersabar. Setelah berbual
seketika, talian ditamatkan.
‘Sakitnya kepala aku. Aku baru aje habis
study, dah kena kahwin. Bukan aku tak nak tapi aku nak kerja dulu. Balas jasa
ummi dan abi tapi mereka....’ Isa mengeluh berat.
“Tak
payah bagi ummi dan abi duit. Cukuplah anak ummi ni dengar dan patuh cakap
ummi. Setuju ya dengan pilihan ummi?” Pujuk ummi. Mata seorang ibu bersinar
menatap wajah anaknya dengan harapan dia bersetuju.
‘Aku
tahulah ummi dan abi memang orang berduit. Aduh! Kenapa aku bersikap macam ni?
Nampaknya kena balas jasa ummi dan abi dengan setuju dengan pilihannya.’ Kepala
semakin pening.
Isa
mengurut lehernya yang terasa lengguh. Dia memandang gambar ahli keluarganya yang
tergantung dalam biliknya.
“Aku
rindukan Ety.....” bibirnya berkata. Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati
apabila perasaan itu mula membuat dirinya hanyut.
Masa
berlalu terlalu pantas. Akhirnya Isa akan berkahwin. Dia melihat penampilan isterinya
yang duduk agak jauh darinya.
‘Sejuk mata memandang isteriku ni. Ummi
cakap dia cantik dan sopan santun. Bertuahnya aku. Aku memang impikan isteri
yang memakai purdah. Aku ni mudah sayang pada orang tapi kalau aku dah sayang,
jangan harap aku nak lepas.’
Akad nikah berlangsung dengan lancar.
Hanya sekali lafaz, Isa sudah sah menjadi suami orang tetapi hatinya terdetik
sesuatu yang mengusik jiwa. Nama. Nama isterinya seperti biasa disebutnya. Dia
tidak mahu ambil kisah sangat lalu melupakannya.
“Adlene.” Isa menyebut nama isterinya
ketika Isa ingin menyarungkan cincin perkahwinan mereka. Tangan Adlene sejuk.
Isa tersenyum. Saat pertama kali mata mereka bertentangan, mata gadis itu
membulat seakan terkejut. Teka Isa.
‘Adlene... Sungguh indah nama itu.’ Isa
tersenyum manis. Dia berharap, perkahwinan yang diatu oleh keluarga ini akan
bahagia selamanya.
"Abang nak makan apa?" Adlene
bertanya. Merdunya suara isterinya. ‘Bilakah aku dapat melihat wajahnya. Sepatutnya
aku boleh melihat wajahnya sebelum kahwin tapi aku tak mahu. Aku yakin dengan
pilihan ibu. Kenapalah aku yakin sangat? Tengoklah, siapa yang kempunan?’ Dia
mengeluh seketika.
“Abang nak makan lauk ayam tu, boleh tak?” Isa berkata agak
manja. Perkahiwnan mereka hanya majlis akad nikah dan majlis kesyukuran sahaja.
Bagi kedua belah pihak, persandingan tidak perlulah dibuat.
“Kejap ya abang.” Purdah itu masih diwajah Adlene. ‘Kenapa
sukar sangat mahu melihat wajah yang halal untuk aku pandang?’ Isa mengeluh
berat.
Isa akui yang Adlene melayan dia dengan
baik tapi baginya layanan Adlene tidak ubah seperti orang gaji. Makan, pakai
dan segala keperluannya di sediakan dengan baik tetapi purdah itu masih setia
di wajahnya. Dia tidak mahu macam itu.
Isa mahukan Adlene menjadi isterinya
dalam maksud yang sebenarnya.
“Adlene, duduk sekejap sebelah abang.”
Pinta Isa. Mereka perlu berbincang.
Adlene hanya mengikut sahaja. Dia duduk
sebelah Isa dengan perasaan yang berdebar.
“Adlene, kenapa awak tak bagi abang tengok wajah awak?” Isa mula bertanya
dan tidak boleh bersabar lagi. Adlene seperti mahu bermain dengannya.
“Saya tak boleh....” nada Adlene
perlahan sahaja.
“Apa yang tak bolehnya? Abang tak kisah
siapa awak sebenarnya. Muka awak cantik atau tak...yang abang tahu abang suka
wanita yang jadi isteri abang ini..." jelas Isa. Isa mengharapkan
kepercayaannya terhadapnya.
“Adlene tak boleh abang. Bagi saya
masa.” Kata Adlene. Pandangan matanya redup sekali.
Mereka sudah berkahwin dua hari tapi Isa
masih tidak dapat melihat keindahan wajah isterinya.
‘Aku bukan seorang yang pemaksa tapi aku tahu aku ada hak atas
dirinya.’ Isa hanya memandang Adlene yang sedang tertunduk itu. Akhirnya Isa
keluar dari bilik itu.
*****
Adlene mengangkat sedikit kepalanya. Dia
ingin memastikan sama ada Isa sudah keluar atau tidak.
‘Betul ke tindakan aku ni?’ Adlene
membuka purdahnya.
‘Bagus!
Lemah semangat aku tengok wajah suamiku yang kacak. Mama
pun, ramai-ramai lelaki atas dunia ni, kenapalah dia pilih mamat ni? Ya Allah, bantulah
hamba-Mu ini. Hilangkanlah perasaan benci ini dalam diri ku yang serba
berkurangan ini..Amin..’ kini hatinya sedikit tenang.
“Adlene, abang....” Tiba-tiba Isa
muncul. Tidak sempat Adlene memakai purdahnya kembali. Isa terkedu melihat
wajah isterinya.
“Ety....” hanya nama itu yang meniti di
bibirnya. Dia kenal wajah ini. Wajah yang dirindui saban hari. Wajah yang cuba
dia lupakan selepas melafazkan akad nikah dua hari yang lalu.
Kini, wajah itu juga yang menjadi
bidadari dalam hidupnya.
“Ety, kau rupanya....” bahasa Isa sudah
berubah. Hal ini kerana Isa sudah terbiasa bercakap dengan Adlene seperti itu.
“Isa, aku...” tiada kata yang mampu
diucap oleh Adlene saat ini. Perasaan berdebarnya tidak dapat dikawal.
“Kenapa nak sembunyikan wajah yang
cantik tu? Kau juga yang cakap nak bercinta lepas kahwin.” Kata Isa. Dalam
hatinya dia amat bersyukur Adlene yang menjadi isterinya.
“Tapi aku tak nak kahwin dengan kau.”
Kata Adlene. Dia mengucap dalam hati. Betapa berdosanya dia apabila berkata
begitu.
Isa tertunduk wajahnya. Rasa sayu sahaja
perasaannya. Terguris hati yang sememangnya untuk Adlene sejak dulu lagi.
“Kenapa?” Isa berusaha bersuara.
Walaupun payah tapi itu hakikatnya.
“Cuma tak ada perasaan terhadap kau
aje.” Lagi sekali Adlene rasa bersalah. Dia sedar yang dia sedang bercakap
dengan seorang suami.
Adlene seorang wanita yang berpegang
pada agama. Ajaran agama. Tetapi dia rasa gagal sebagai seorang isteri.
Sepatutnya isteri patuh pada suami.
‘Tapi aku....’ Adlene benar-benar rasa
bersalah.
“Tak apa. Kita boleh bercinta Ety.”
Cadang Isa. Ia lebih kepada menyedapkan hati Isa yang sedang terluka.
Adlene terdiam.
“Baiklah!” kata Isa dengan beratnya.
“Kita bercinta dalam masa tiga bulan, kalau Ety masih tak dapat terima Isa, Isa
akan lepaskan Ety dengan rasa rela hati.” Sambung Adlene lagi.
Adlene tersentak.
“Okay, Ety setuju.”
“Tapi, kita kawan dulu.” Isa
menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Adlene.
“Okey kawan tapi saya.....” Adlene tidak
dapat menyambut salam Isa. Isa tersentap. Baru dia sedar akan pendirian Adlene.
“Maaf....”
*****
Kini, sudah sebulan mereka menjalani
kehidupan seharian sebagai kawan. Mereka hidup saling bantu membantu.
Memandangkan Adlene seorang ustazah di sebuah sekolah, dia agak sibuk di belah
pagi. Manakala Isa pula pulang kerja masa pejabat iaitu pukul 5 petang.
“Ety!” panggil Isa.
“Ya, Isa.” Sahur Adlene. Sejak dia
mengenali Isa, dia tahu yang Isa seorang lelaki yang bertanggungjawab dan lemah
lembut. Tidak seperti zaman persekolahan dulu,
“Ety, kenalkan ini Aisyah. Dia sepupu
Isa.”
“Salam perkenalan.”
“Aisyah, inilah isteri abang yang selalu
abang ceritakan tu, Adlene.” Isa tersenyum. Dia berasa senang dapat
memperkenalkan Adlene sebagai isterinya.
“Apa khabar kak?” Aisyah bersalaman
dengan Adlene.
“Khabar baik.”
“Aisyah akan tinggal di sini dua hari
sementara familynya datang jemput. Ety berkawanlah dengan dia ya.” Kata Isa.
“Ety, saya mandi dulu. Nak solat asar ni.” Isa terus menuju ke biliknya.
Apabila Isa menghilang, perwatakan
Aisyah terus berubah.
“Abang Isa duduk kat rumah sempit macam
ni? Baik dia kahwin dengan aku. Aku akan bagi dia rumah yang besar.” Kata
Aisyah.
Tersentap hati Adlene. ‘Rumah yang besar
ni dia kata sempit. Buta ke minah ni? Mula la aku nak hangin satu badan ni.
Datang tak dijemput. Nak mengutuk rumah aku pula.’
Perubahan Aisyah membuat Adlene rasa sakit
hati.
“Aisyah, kenapa ni?” lembut sahaja
kata-kata Adlene.
“Kau tak payah tunjuk baiklah. Aku tahu
yang kau nak bercerai sangat dengan abang Isa. Cepat-cepatlah korang bercerai.
Boleh aku jadi penganti kau.” Kata-kata Aisyah cukup kasar dan biadap bagi
Adlene.
Adlene terkejut. mungkin dulu dia mahu
bercerai dengan Isa tetapi apabila menjalani kehidupan selama sebulan dengan
Isa, dia rasa, kasih sayangnya ada untuk lelaki itu.
“Aisyah, awak jangan biadap sangat. Isa
tu suami akak.”
“Apa yang aku nak peduli? Kau, kalau tak
nak dia, tak payah nak simpan-simpan lagi. Ramai perempuan yang nak kan abang
Isa tu.”
“Hey perempuan, bila masa aku cakap yang
aku nak bercerai dengan Isa. Mulut tu jangan cakap lepas.” Marah juga Adlene
dengan kata-kata yang lancar keluar dari mulut Aisyah.
Mereka berdua saling renung merenungi.
Tajam.
“Eh, korang berdua masih ada kat sini.”
Tiba-tiba muncul Isa menegur mereka.
“Abang Isa, Aisyah lupa nak bagitau
abang tadi. Ummi kirim salam.” Sengaja Aisyah membuat suara yang manja.
“Waalaikumusalam. Ety tunjuklah bilik
Aisyah.”
“Baiklah abang.” Adlene pun sengaja
bermanja dengan Isa. Isa tersentap tapi akhirnya dia tersenyum.
“Terima kasih Ety. Hmmm, Isa nak tanya,
mana sejadah dalam bilik kita tu?”
“Oh, Ety dah basuh. Kejap ya, Ety ambil.”
Kata Adlene sambil berlari menuju ke bilik mereka. Dia mengambil sejadah yang
baru dalam almari. Isa hanya mengikutnya di belakang.
“Abang solat dulu.”
Adlene memandang tajam pada Aisyah yang
sedang tersenyum sinis. Adlene menunjukkan bilik tetamu.
“Apa motif kau datang sini?”
“Rampas abang Isa.” Selamba sahaja
jawapan Aisyah.
Adlene cuba sabarkan hati. Dia cuba
berlembut.
“Aisyah, Isa tu suami akak. Tolonglah
jangan buat macam ni. Salah. Berdosa Aisyah.” Kata Adlene. Dia cuba memujuk.
“Dosa? Akak jangan nak cakap pasal dosa
dengan saya.” Aisyah juga cuba berlembut. “Akak buat dosa dengan abang Isa tu
tak apa? Sebenarnya saya nak selamatkan akak dari terus buat dosa. Dosa dengan
suami.” Jelas Aisyah.
“Dosa apa pula?” Adlene mula tidak sedar
akan apa yang dia lakukan.
“Dosa tak jalankan tanggungjawab seorang
isteri. Abang Isa selalu mengadu pada saya. Saya rela jadi penganti akak kerana
lelaki sebaik Isa.” Aisyah berkata.
Adlene tertunduk. Dia akui yang dia
tidak sepenuh menjalankan tanggungjawab seorang isteri tetapi kami kan masih
dalam proses berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Isa tidak
sepatutnya menceritakan masalah rumah tangga kepada orang luar.
“Aisyah berehat la dulu.” Adlene
mengalah. Dia keluar dari bilik tersebut.
“Ety...” panggil Isa.
“Ya, Isa?” sahut Adlene.
Dahi Isa berkerut. ‘Tadi bukan main lagi
panggil abang. Bini aku ni emosi bercelaru ke?’ Isa tertanya-tanya.
“Malam ni Ety masak untuk Ety aje ya?
Isa ada hal nak keluar dengan Aisyah. Katanya nak minta Isa jumpa seorang ustaz
ni. Urus anak-anak yatim. Ety elok-elok duduk kat rumah ya?” pesan Isa.
Tersentap hati Adlene. Perasaan cemburu mula bercambah.
“Ety tak boleh pergi sekali ke?”
“Tak payahlah.” Isa berlalu ke bilik
untuk bersiap.
“Tapikan Isa kan baru balik?”
“Kenapa dengan baru balik?” Isa tidak
faham. Adlene tertunduk. Entah mengapa dia terasa berat hati untuk melepaskan
Isa pergi. Sikap dan motif Aisyah membuat Adlene rasa sakit hati.
“Isa, saya tak sihat la. Isa teman Ety
boleh?” kata Adlene dengan tiba-tiba. Dia ingin berpaut pada Isa tetapi dia
malu. Tidak sanggup rasa bersentuhan dengan Isa kerana hatinya akan berdebar
hebat.
Memang. Memang dia tipu perasaannya yang
dia begitu sukakan Isa. Dia tipu dirinya tentang perasaan terhadap Isa.
Apabila ada persaingan, perasaan itu
kuat dirasainya. Tidak sanggup dia melepaskan Isa. ‘Sebenarnya aku kahwin
dengan siapa ni? Isa kan? Kenapa aku tak
yakin dari dulu lagi.’ Adlene rasa menyesal.
“Awak tak sihat? Awak baringlah.”
Terkejut Isa. Dia ingin menyentuh Adlene. Lemah sahaja tubuh wanita ini tetapi
dia tidak berani menyentuh Adlene keran bimbang dimarahi.
Di awal perkahwinanya, Adlene melarang
dia menyentuhnya.
Adlene berbaring atas katil. Isa
menyelimutkan Adlene apabila dia yakin yang wanita itu tidur. Perlahan-lahan
Isa keluar.
Adlene perasan.
“Aisyah, jom! Ety dah tidur.”
“Baiklah abang Isa!”
Adlene yang pura-pura tidur terasa sakit
di hati. Sanggup Isa meninggalkannya dalam keadaan sakit macam ni. Sampai hati
Isa. Dia menangis.
Jam dinding telah menunjukkan pukul 1
pagi. Adlene masih setia menanti Isa.
Akhirnya Isa pulang juga.
“Ety!” tersentap Isa. ‘Awat minah ni tak
tidur lagi.’
“Isa, awak ke mana?”
“Tak ke mana pun. Jumpa Ustaz.”
“Tipu!” jerit Adlene. Air matanya
mengalir.
Terkejut Isa melihat air mata isterinya
mengalir.
“Kenapa ni Ety?” Isa terasa pelik.
“Isa, awak tak suka saya ke?”
“Eh, bukan awak yang tak suka saya?”
Pertanyaan Adlene dijawab dengan pertanyan oleh Isa.
“Saya....” Adlene pula yang tak dapat
nak menjawabnya.
“Sudahlah!” Adlene menuju ke biliknya. Hatinya
sedih. Kini, dia yakin yang Isa sudah tak suka padanya.
Isa terpana tetapi dia buat tidak tahu.
Dia biarkan Adlene menangis sendirinya dalam bilik mereka. Isa hanya tidur di
ruang tamu sahaja.
*****
Hati Isa tidak tenang. Dia terkejut
apabila dia tersedar untuk solat subuh, dia melihat Adlene sudah tiada di bilik
mereka. Dia ternampak sepucuk surat.
Lebih baik Isa ceraikan Ety daripada menyeksa
perasaan Ety.....
“Ety!!!” Terketar-ketar tangan Isa
memegang surat yang ada ditangannya.
Rupa-rupanya Adlene tidak sempat keluar
daripada rumah kerana dia tidak berjaya membuka pintu pagar rumahnya. Selama
ini pun Isa yang selalu membuka dan menutup pintu pagar rumah mereka. Sukar
bagi Adlene membukanya.
Isa yang ternampak Adlene masih di luar
rumah, segera dia berlari dan memeluk tubuh Adlene.
“Lepaskan saya!” jerit Adlene. Dia tidak
suka Isa menyentuhnya.
“Awak nak ke mana? Isa takkan lepaskan
awak!” Kata Isa.
Tubuh Adlene terus diangkat dan dibawa
masuk ke dalam rumah. Dia menutup rapat pintu rumah.
“Saya nak balik rumah ummi saya!”
“Baiklah, biar Isa yang hantar.” Jawab
Isa.
“Tak perlu!”
“Kenapa pula? Saya suami awak! Biarlah
saya hantar awak.”
“Tak nak! Tepi la!” Buat pertama kali Adlene
menyentuh Isa. Dia menolak kuat tubuh lelaki itu supaya ke tepi.
Isa sengaja mengeraskan badannya.
“Ke tepi!” Adlene masih tidak berpuas
hati.
“Minah ni!” Geram Isa. Dia memeluk erat
tubuh Adlene. Adlene meronta.
“Lepaslah!” makin lama, makin erat
pelukan Isa. Begitu juga hati Adlene. Makin lama, makin kuat debaran di hatinya.
Akhirnya dia memeluk Isa. Dia
menangis semahunya di dada Isa. Isa
terasa pelik tetapi hanya membiarkan sahaja.
“Kenapa awak seksa perasaan saya? Awak
kata nak kita berkawan dulu. Ya saya setuju tapi kenapa awak bawa Aisyah. Dia
suka pada awak. Dia nak rampas awak dari saya.” Kata Adlene.
“Apa? Aisyah suka saya? Lagi bagus!”
Adlene mengamuk mendengar kata-kata Isa.
Dia memukul dada Isa walaupun masa itu tangan Isa kukuh memeluknya. Isa selesa
dapat memeluk Adlene seperti itu. Bukan selalu dia dapat melakukannya.
“Isa, saya sukakan awak sejak dulu lagi.
Saya sengaja menidakkan perasaan ni sebab saya malu. Malu dengan lelaki.”
“Kenapa malu dengan lelaki?”
“Sejak kecil saya dididik supaya malu
dengan lelaki. Tundukkan pandangan. Jangan pandang lelaki. Tetapi apabila
dengan awak, saya tak dapat kawal diri ni. Saya nak tengok awak selalu sehingga
saya lalai. Jika awak yang buat saya banyak dosa, saya rela tinggalkan awak
tetapi awak kembali semula dalam hidup saya selepas kita tamat belajar. Awka
kembali sebagai suami saya. Saya benar-benar terkejut. saya tak dapat nak
terima kenyataan lelaki yang pernah saya suka dulu kini jadi suami saya.” Jelas
Adlene panjang lebar.
“Lor, tak salah pun Isa jadi suami
awak.”
“Entah la. Tapi bila Aisyah cakap suka
pada awak. Saya rasa tergugat. Layanan awak pun biasa aje pada saya membuat
saya rasa terancam. Tak ada niat pun nak bercerai dengan awak. Isa, terimalah
saya sebagai isteri awak yang sebenarnya.” Pinta Adlene.
Isa memandang isterinya yang dia sedang
peluk itu. Air mata wanita ini masih mengalir.
“Dengan siapa Isa kahwin ni?” sengaja
Isa bertanya.
“Dengan Ety Adlene. Ety Adlene menyintai
Isa kerana Allah. Kerana kasih seorang isteri terhadap suaminya. Kerana
Suaminya menyintai Allah. Kerana Suaminya melayan Isteri dengan baik. Kerana
cinta ini.” Kata Adlene
Perlahan-lahan Isa meleraikan pelukan
yang erat tadi. Terpana Adlene.
“Terima kasih Ety...” Isa membelakangi Adlene.
Hatinya benar-benar bersyukur dengan luahan isteri tercinta.
Dia ingin melakukan sujud syukur. Dia
bersyukur sangat.
“Abang Isa...” panggil Adlene.
“Kita bina hidup baru. Kehidupan yang
diredhai Allah,” Kata Isa. Adlene tersenyum. Pantas tangan Isa diraih oleh Adlene.
Dia bersalam dan mencium tangan Isa. Sudah lama dia ingin melakukan perkara
itu.
“Terima kasih abang...” ucap Adlene.
Mereka saling membalas senyuman.
“Terima kasih juga pada Allah, sayang.
Dia yang menyatukan kita.” Nasihat Isa. Adlene mengangguk.
“Tapi Aisyah pergi mana abang?”
“Abang pergi hantar ke rumah suaminya.
Ustaz yang nak jumpa abang tu suaminya. Abang baru tahu tadi yang dia dah
kahwin.”
Adlene termalu.
“Abang ada cerita masalah kita ni pada
Aisyah?”
“Tak ada pun. Kenapa?”
“Jadi mana dia tahu kita ni tak
bahagia?” Adlene tertanya-tanya.
Tanpa mereka berdua sedari, Aisyah terdengar
perbualan mereka semasa perkara itu dikatakan.
“Saja nak menyibuk! Seronok tau jadi
pelakon tambahan.” Kata Aisyah apabila mendapat tahu yang mereka berdua sudah
bahagia.
“Tapi real la Aisyah berlakon. Takut
juga akak kalau Aisyah betul-betul nak rampas Isa.”
“Apa kejadah pula Aisyah nak rampas
suami orang. Akak ni.”
“Manalah tahu.” Akhirnya mereka berdua
ketawa gembira.
P/S : Bercinta memang mudah, untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh. So, lakukan semua perkara kerana Allah.
Insya-Allah, keberkatan itu ada bersama. Amin..
kelakar la pula.... besh
ReplyDeletekak ria, best cite ni,kelakar pun ada :)
ReplyDeletebestlah cite ni. islamic...
ReplyDeleteseronok baca, islamic theme tu sy suka. tapi watak ety adlene ni nampak mcm celaru. tak faham kenapa dia perlu jadi begitu. hehehe.. sedangkan dia sepatutnya tidak bertindak begitu kerana ilmu agama dia penuh di dada.. kalau watak wanita biasa saya rasa boleh terima...just my 2 cent..
ReplyDeletebiasanya la kan.. kita rasa apa yg logik..tapi bila kita alami realiti perasaan sebenar.. kadang2.. tinggi mana pun agama seseorang..kalau dah bab cintan cintun tu... parah beb ... yg betol jadi salah..yg salah jadi betol.. belum lagi tanya sama hati ... masalah kat dunia ni yg paling sakit adalah..BAB CINTAN CINTUN la ... poning kepala..
DeleteBetoiiii...
DeleteChinta chintun ni buat a jadi K..
Parah.. Suka semua cerita rianatsumi
best nya sis...lma suda tunggu ni...
ReplyDeletebest nya sis..lma suda tunggu n3 ni...
ReplyDeletebest la cite ni.. suka bca.. :)
ReplyDeletesweet lahhh. ✿✿
ReplyDeletebest, kelakar, tema islamic..gud job sis...;)
ReplyDeletesalam ria..
ReplyDeletefuyoooo sentap la novel ny..tema islamik teruja dan terasa d hati ny..(cewah bermadah lak)..haha
jln cite yg bagus dan terbaik la dek terus kan berkarya....
Salam..thumbs up for u Kak Ria :)
ReplyDeleteaww , sweet sangat :)
ReplyDeletebest-2 ^^v
Citer ni best tapi macam ada serupa dengan citer lainlah..
ReplyDeletekelakar..
ReplyDeletesuke watak Aisyah . HAHA x)
ReplyDelete:)
ReplyDeletesuka la cite ni..
bestla cerita ni
ReplyDeletekelakar ada sedih pun ada
nasib baik si Aisyah tu cuma berlakon je
Kalau tak habis Ety
bgusnye cite ni... sy suka.. A++++ tuk cerpen ni... hehehe
ReplyDeletebest ! :)
ReplyDeleteEeeiiu bestnye brcinta slps nikah... Makkk cari kn jodoh utk sy yea...hiihi
ReplyDeletebest3...
ReplyDeleteMemang best. i like...
ReplyDeleteBEST....
ReplyDeletehem... mau nangis baca cerita ini.....
ReplyDeletelanjutkan ya kak Ria..
kak Ria memang best lah
yuhuu best gk cite cm ny,cite yg lbih kpd agma...-iezahtakuya
ReplyDeletewaw terbaiklah.hah
ReplyDelete