Irdina tidak dapat bertenang. Dia bimbang! Jika rahsia yang disimpannya selama ini akan terbongkar nanti. Kegiatannya tidak dapat di sembunyikan lagi.
“Irdina...”
panggil Ez. Suami Irdina.
“Ya, Ez!
Kejap!” dengan pantas Irdina mencapai tudungnya dan melangkah ke ruang dapur.
Dia terkesima. Bagaikan ada kejutan elektrik dalam tubuhnya. ‘Ini nak makan
sahur ke atau berbuka? Aku dah naik keliru ni. Tenang saja hati ini. Jangan duk
kalut sangat.’ Bisik hati Irdina.
“Ez buat
apa ni?” soal Irdina. Matanya memandang lauk-pauk yang ada di atas meja.
Rasanya lebih dari tiga jenis lauk.
“Lauk la
sayangku, Irdina Aisyah.” Kata Ez sambil menghampiri Irdina. Dia sempat
mengucup dahi isteri tercinta.
“Tapi Ez,
kita kan nak bersahur aje. Lauk ni
lagaknya macam nak berbuka aje.” Balas Irdina. Kalau boleh elak membazir, elak
sahaja.
“Tapi anak
Ez dalam perut sayang tu tentu lapar. Ez nak Irdina makan banyak-banyak tau. Ez
akan jaga sayang dengan bersungguh-sungguh.” Ez tersenyum.
Irdina
pula tersentap seketika. Terimbau peristiwa dua bulan yang lalu...
*****
Irdina berasa kecewa dengan sikap Ez yang dingin
padanya. ‘Aku ada buat salah ke? Adakah kerana perkara itu dia jadi begini? Oh
tidak! Aku tidak mahu membuat andaian sendiri.’
“Ez nak ke
mana? Irdina nak ikut boleh tak?” Irdina bertanya.
“Irdina
tak payah ikut. Lagi pun Ez pergi atas urusan kerja. Bukannya nak suka-suka.”
“Tapi
makan aje kan? Irdina janji tak kan kacau Ez buat kerja.” Irdina sudah mengangkat
tangan.
“Tak payah
la. Ez pergi dulu.” Ez terus meninggalkan Irdina sendiri dalam kamar mereka.
Tanpa
Irdina sedari ada air mata kesedihan yang mengalir.
Irdina
setia menunggu Ez pulang tetapi ternyata hampa sehingga Irdina tertidur di atas
sofa di ruang tamu.
Akhirnya
Ez pulang. Jam sudah menunjukkan tiga pagi. Ez tersentap melihat isterinya lena
atas sofa. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Irdina dan baringkan atas katil.
Hati Ez jadi sakit melihat Irdina. Kemahuannya tidak ditunaikan.
Ez bangun
dan ingin meninggalkan Irdina yang berbaring di situ.
Semasa Ez
mengangkat tubuh Irdina, dia sudah tersedar. Pantas tangannya menyambar lengan
suaminya itu.
“Kenapa
Ez? Apa salah Irdina?” soal Irdina. Ada air mata yang mengalir. Again!.
“Irdina
tidak mengandung lagi. Irdina sendiri tahu yang Ez sukakan kanak-kanak.” Luah
Ez.
Irdina
terdiam. Rupanya itu yang menjadi sebab suaminya bersikap dingin padanya.
“Tapi,
perkahwinan kita baru tiga bulan.” Irdina cuba mengingatkan Ez. Mereka baru
sahaja berkahwin. Takkan begitu cepat Irdina mengandung. Memang benar
perkahwinan mereka adalah pilihan keluarga Ez sendiri tetapi mereka masih boleh
bahagia.
“Kawan Ez,
bulan pertama, isterinya sudah mengandung. Entah-entah Irdina ni mandul!”
lancar sungguh kata-kata Ez.
Tercalar
lagi hati ini. Siapa tidak terasa jika ada yang menyatakan mandul. Tambahan
pula suami sendiri yang berkata begitu. Di awal perkahwinan lagi itu.
Irdina
memegang dadanya. Sakit sangat di situ. Di hatinya. Tetapi dia cuba bersabar.
“Kenapa
diam? Cepat-cepatlah mengandung. Buktikan kepada Ez yang Irdina tidak mandul!”
kata Ez sambil memeluk tubuh Irdina erat.
Irdina
tidak dapat berbuat apa-apa dengan semua sentuhan Ez ke atasnya. Dia harus
buktikan dia tidak mandul! Ya tidak mandul!
Beberapa
minggu kemudian, Irdina termuntah. Dia rasa pening dan tertekan dengan
kata-kata Ez. Apabila Ez melihat Irdina muntah-muntah, dia sudah meneka yang
bukan-bukan. Mesti mengandung tekaan Ez.
Sejak itu
Ez melayannya dengan baik sekali. Selalu ada di rumah dan menunaikan segala
kemahuannya. Irdina benar-benar bahagia tetapi sampai bila? Rasa bersalah
mencengkam diri.
Kini
kandungannya sudah masuk bulan ke dua tetapi perutnya masih tidak besar.
Bagaimana mahu besar, dia sememangnya tidak mengandung. Dia bimbang Ez akan
perasan dengan keadaan perutnya itu.
Bulan
puasa sudah masuk hari ke 23. Dia sangat bimbang. Jika mereka bergaduh, di mana
harus dia membawa diri. Dia anak yatim piatu dan sebatang kara. Hanya Ez dan
keluarga mertualah keluarganya. Irdina semakin tertekan.
“Abang,
Irdina nak cakap satu perkara.” Irdina melabuhkan punggungnya di sisi Ez yang
sedang membaca majalah PA&MA. Ah! Lelaki ini begitu mahu kan anak.
“Apa dia
sayang.” Ez menghentikan bacaannya dan memandang pada Irdina.
Irdina serba
salah. Dia benar-benar takut. Dia menarik nafas lalu menghempuskan.
“Abang
sayang tak pada Irdina?” soal Irdina perlahan. Dia ingin tahu perasaan Ez
padanya.
“Semestinya
abang sayang pada Irdina. Sayangkan isteri abang.” Ez mula terasa pelik dengan persoalan
yang diutarakan oleh Irdina.
“Tapi
abang pernah marah pada Irdina.” Irdina mengungkit.
“Kalau
abang marah tu, abang sayang pada Irdina la.”
“Kalau
sayang, kenapa lepas marah Irdina, abang terus keluar dari rumah ini?” soal
Irdina lagi. Dia benar-benar ingin tahu segala-galanya di saat Ez masih
bertolak ansur dengannya.
“Abang
keluar dari rumah sebab tak nak terlalu marah pada sayang. Kan lebih baik abang
keluar dari rumah seketika untuk tenangkan hati abang. Eh, sayang ni! Kenapa
banyak sangat tanya ni?” Ez mula rasa curiga. “Sayang ada buat salah ke?”
“Eh, tak
ada tapi......” entah mengapa Irdina tiada kudrat mahu meneruskan kata-katanya.
Dia perlu yakin dengan diri sendiri.
“Tapi
apa...?” Ez pula yang tidak sabar.
“Tapi..”
“Tapi
apa!” Kuat Ez jerkah.
Irdina
terkejut dan lancar sahaja dia berkata. “Tapi kita nak letak nama anak kita ni
apa?” tercunggap-cunggap pula dia rasakan saat ini.
“Lor,
abang dah rancang semuanya. Kalau perempuan abang nak namakan Nur Adhadina
Binti Ezzamil Syafiq. Kalau lelaki abang nak namakan Ezzakir Azri Bin Ezzamil
Syafiq.” Ez menyatakan dengan perasaan sangat gembira sambil memeluk bahu
Irdina. “Sedapkan nama tu?” tanya Ez. Dia juga mahu mengetahui pendapat
isterinya.
Irdina
tersentap. Hatinya makin rasa bersalah. Jika dia datang haid pada bulan ini,
rahsianya akan terbongkar. Ez dapat mengesannya sendiri. Sampai bila dia mahu
menipu.
*****
Esok Irdina dan Ez akan pulang ke kampung di Johor
Bharu. Irdina benar-benar bimbang. Dia pun bergegas bangun dari pembaringan.
Entah mengapa perutnya terasa tidak selesa.
“Sayang,
apa yang merah tu?” Ez yang sudah sedar dari tidur terkejut melihat tanda merah
di belakang seluar Irdina.
Irdina
tersentap. Dia yakin itu darah haid. Adakah rahsianya akan terbongkar?
“Irdina tipu
Ez! Itu darah haid, maknanya sayang tak mengandung.” Riak-riak kecewa mula
terukir di wajah Ez. Dia rasa tertipu sangat.
“Sampai
hati Irdina tipu abang!” makin tinggi suara Ez. Dia memakai baju lalu keluar
dari rumah tersebut. Itulah Ez, jika marah, dia mesti keluar dari rumah
tersebut.
Irdina
terduduk atas lantai. Inilah perkara yang paling ditakutinya. Ez mengetahui
perkara sebenar. Air mata Irdina berguguran.
*****
Ez pulang ke rumah setelah dia dapat menenangkan
jiwanya yang kacau bilau. Tidak sanggup rasanya dia meninggikan suara pada Irdina.
Tambahan pula dia sayang sangat pada Irdina. Satu-satunya wanita yang sentiasa
membuat hatinya berdebar tatkala mereka bersama.
Disebabkan
debaran itu, kadang-kadang dia mencipta jurang dalam hubungan mereka.
“Mana
perginya Irdina ni? Sunyi sahaja rumah ni.” Segera Ez masuk ke bilik mereka. Ada
sesuatu atas katil. “Kad raya?” dahi Ez sudah berkerut. Dia duduk dibirai
katil.
“Selamat
hari raya kekasihku?” Ez membacanya. Ada senyuman tercipta di bibir Ez. “Mesti Irdina
cuba nak memujuk aku.” Hati Ez sudah berbunga-bunga. Gembira.
Pantas
tangannya membuka kad itu untuk mengetahui isi di dalam pula.
Assalammualaikum
Ez... Suamiku
Irdina
yakin masa Ez baca kad raya ini, Irdina sudah tiada di rumah ini. Pertama kali
Irdina nak minta maaf pada Ez sebab tipu Ez. Sesungguhnya tak ada niat untuk
menipu Ez. Irdina bahagia dengan layanan Ez masa Irdina mengandung. Ez bagaikan
lelaki lain.
Ez,
Irdina tahu yang kita berkahwin kerana pilihan keluarga Ez tapi Irdina cuba nak
sayang Ez sebab Ez suami Irdina. Walaupun Ez bukan cinta pertama Irdina tetapi
Irdina yakin yang Ez adalah cinta terakhir Irdina.
Pada
awal perkahwinan kita, Irdina rasa Ez seorang lelaki yang bertanggungjawab
tetapi selepas sebulan, sikap Ez berubah. Sedih dan pilu hati ini melihat sikap
dingin Ez tetapi Irdina cuba terus setia dengan Ez sebab Irdina tahu yang
Irdina ini adalah isteri Ez. Seorang isteri harus bersama suaminya walau apa
yang berlaku.
Tetapi
kini, Irdina rasakan kehadiran Irdina hanya menyusahkan Ez. Irdina tak dapat
menunaikan impian dan kemahuan Ez dalam masa terdekat. Biarlah Irdina pergi.
Maafkan Irdina. Halalkan semua makan minum Irdina. Selamat hari raya dan maaf
zahir batin. Irdina sayang Ezzamil.
Yang
benar, isterimu... Irdina Aisyah.
Tangan Ez menggigil menahan perasaan sedih. Ke mana
Irdina pergi? Dia membuka almari. Pakaian Irdina sudah tiada. Kad raya
isterinya itu di letak atas meja solek.
Ez cuba menghubungi telefon bimbit
isterinya tetapi tiada jawapan.
“Ke mana Irdina pergi ni? Aku tak marah
dia pun. Aku redha kalau dia tak mengandung sebab aku tahu yang aku rasa
bahagia di samping dia. Sepanjang aku menjaganya, aku rasa bahagia. Aku buat
semuanya demi dia bukan semata-mata kerana kandungannya. Irdina, jangan
tinggalkan Ez.” Ez menyesali dengan segala perbuatannya di awal perkahwinannya.
Dia sudah lama sedar segala kekasarannya.
Dia hanya mahu bahagia dengan Irdina.
*****
Irdina membawa diri entah ke mana. Dia tiada arah
tujuan. Semasa dia mengisi minyak di stesen minyak, dia memcari dompetnya untuk
mengambil kad Petronas. Alangkah terkejutnya dompetnya tiada dan kemungkinan
tertinggal di rumah adalah seratus peratus.
Irdina mula resah. Dia mengubah haluan
kereta yang dipandunya itu di depan rumah. “Aku nak masuk atau tunggu dia
keluar tapi dia ada dalam rumah ke? Kalau kereta ada tu, mesti Ez pun ada.” Irdina
mula keliru dengan apa yang dirasanya. Apa yang perlu dilakukannya.
Perlahan-lahan dia keluar dari kereta dan
melangkah masuk ke dalam rumah. Kini dia berada di depan pintu utama rumah.
Nak masuk atau tidak ni? Aku takut. Perasaan
bimbang menular dalam dirinya.
Tak jadi la. Bisik hati Irdina. Dia ingin
berpaling dan kembali semula keretanya tetapi belum sempat dia buat sedemikian,
pintu rumah di buka dari dalam.
Irdina terkaku melihat wajah serabut Ez.
Rasanya aku baru tinggalkan Ez dua jam. Dah
jadi macam ni rupa suamiku ini?
Mereka saling pandang memandang. Sejurus itu,
Ez terus memeluk isterinya apabila dia yakin yang dihadapannya ada benar dan
bukannya mimpi.
“Sayang, jangan tinggalkan Ez. Ez sayang
pada Irdina. Sayanglah satu-satunya wanita yang Ez cintai. Tak ada anak pun tak
apa. Janji ada sayang menemani sepanjang hidup Ez. Itu sudah memadai.” Pelukkan
Ez semakin erat. Terasa lekuk tubuh Irdina.
“Ez, sakit.” Perlahan suara Irdina. Tubuhnya
terasa sakit apabila dipeluk kuat oleh Ez.
“Maaf sayang.” Ucap Ez. Dia menarik tangan
Irdina supaya masuk ke dalam rumah.
“Tak apa.” Irdina masih tergamam. Ez tidak
pernah berkata lembut seperti ini.
“Sayang tentu dahaga. Ez ambilkan air ye?”
tawar Ez. Dia sudah ke dapur.
Pantas Irdina bangun mengikut jejak langkah
Ez.
“Ez, sekarang kan bulan puasa.” Irdina
mengingatkan Ez.
“Ya Allah! Ez lupa.” Dia mengaru
kepalanya. Selepas itu dia memandang isterinya pula.
“Irdina...” seru suaminya itu.
“Apa dia?” berdebar sungguh hati Irdina
ketika ini.
“Kita pergi honeymoon?” cadang Ez.
“Tapi Ez, sekarang kan mood raya. Kenapa pula
honeymoon?” Irdina rasa pelik.
“Untuk mengeratkan lagi hubungan kita. Pasal
mak ayah Ez, biar Ez yang uruskan, ye sayang?” sengaja Ez membuat suara
menggoda seperti itu. Manja sekali.
“Ya. Ya...” tergagap-gagap Irdina
menbalasnya.
“Sayang Irdina!”
*****
Irdina memandang sekeliling. Indah! Sejuk! Cameron
Highland menjadi pilihan mereka. Dia memeluk tubuh supaya sejuk itu berkurang. Walaupun
dia hanya berada di beranda bilik hotel tetapi sejuknya tetap terasa.
“Sejuknya. Kenapa orang suka datang sini
ye?” soal Irdina.
“Sebab kita boleh duduk dalam bilik ajer. Seronok
la. Tambah-tambah sejuk macam ni kan?” balas Ez bagi menjawab pertanyaan
isterinya itu.
“Kalau Ez nak datang sini nak duduk dalam
bilik aje, baik kita duduk rumah kita sendiri.”
“Kalau macam tu, tak best la sayang. Kita ubah
la suasana sikit.” Kata Ez. Dia memeluk Irdina dari belakang. “Mak dan ayah
kirim salam pada sayang.”
“Waalaikumusalam.”
“Mereka harap raya ke dua balik.”
“Maknanya esoklah ya,” teka Irdina.
“Yup tapi Ez tak puas lagi bersama sayang
kat sini. Ez pun cakap raya ke enam baru kita balik.” Ez tersenyum.
“Mak ai! Lamanya. Apa kita nak buat kat
sini? Semua tempat kita dah pergi.” Irdina sedikit terkejut.
“Kita duduk dalam bilik aje.”
“Tak nak lah. Bosan!” Irdina meleraikan
pelukannya.
“Dengan Ez tak boleh bosan.” Dia tarik Irdina
dan memeluknya semula.
“Ez sayang Irdina.” Manja sekali suara Ez.
Mulanya Irdina malas nak layan tapi dia membalas juga pelukan.
Mereka berdua tersenyum bahagia.
*****
Irdina sibuk menyediakan makan malam untuk mereka. Itulah
rutinnya setiap hari sabtu dan ahad.
“Kawan abang nak datang raya esok. Sayang
nak masak apa yer?” soal Ez. Kini sudah masuk raya ke lima belas.
“Abang nak saya masak apa?” Irdina
tersenyum malu tiap kali dia memanggil Ez begitu.
“Abang tak kisah. Tak masak apa-apa pun
tak apa?”
“Abang ni, tetamu datang, kenalah layan.” Kata
Irdina yang masih mengopek bawang. Dia mahu masak sayur campur.
“Layan abang cukup.” Ez membelai rambut Irdina
yang panjang itu.
“Aduh! Sejak bila laki Irdina ni suka
mengedik ni.” Irdina tersenyum.
“Ini bukan mengedik tapi ni bermanja la
sayang.” Balas Ez. Entah mengapa dia gembira bila bersama Irdina. Kenapa dulu
dia tak rasa seperti ini.
“Baiklah abang.”
“Siang tadi sayang pergi mana? Tak ajak
abang pun.” Ada nada merajuk di situ.
“Irdina beli barang aje.” Ada senyuman
yang terukir di bibir Irdina.
Selepas makan malam, Irdina masuk ke
kamar. Dia melihat Ez sedang kusyuk melihat kad raya pemberiannya.
“Abang masih simpan?”
“Mestilah abang simpan. Bermakna ni.” Ez
melipat menyimpan semula kad raya itu dalam laci.
Ez memerhati wajah isterinya.
“Wajah sayang ni berseri abang nampak. Apa
yang buat sayang gembira ni?” soal Ez lalu menghampiri Irdina yang sudah duduk
di birai katil.
“Hmmm, kalau saya cakap, abang jangan
marah tau.”
“Okey abang cuba tak marah.”
“Saya tipu abang. Saya tak pergi kedai pun
tadi.” Perlahan sahaja suara Irdina.
Tersentap hati Ez. Sedikit sebanyak dia
rasa ingin marah tetapi dia cuba bersabar.
“Kenapa tipu abang? Sampai hati Irdina.” Dia
berpaling dari terus melihat wajah isterinya. Merajuk!
“Tak abang. Abang please dengar penjelasan
saya.” Irdina menyentuh bahu suaminya.
“Nak merajuk juga!” Ez sedikit pun tak
pandang wajah isterinya. Hatinya benar-benar terasa dengan penipuan Irdina.
“Sebenarnya saya pergi klinik.” Sebaik sahaja
Irdina melafazkan kata-kata itu, Ez terus berpaling dan tangannya memegang bahu
Irdina.
“Sayang sakit? Kenapa tak bagitau abang. Abang
boleh temankan sayang. Sayang jangan buat abang macam ni. Hari raya ni tau, abang
bimbang kalau sayang sakit.”
“Apa kaitannya raya dengan sakit ni,
abang?” soal Irdina. Dia tersenyum. Yakin yang suaminya tidak merajuk lagi.
“Yelah. Kalau sayang sakit macam mana nak
teman abang raya.” Ez berkata.
“Ooo...”
“Hmm, dah la. Sayang sakit apa ni? Baik
bagitau abang cepat!” Ez sudah tidak boleh bersabar lagi.
“Sebenarnya....” Irdina pun membisik
sesuatu. Makin lama, makin lebar senyuman Ez.
“Betul sayang mengandung?!” Ez benar-benar
terkejut. Ez terlalu gembira, dia terus mencempung tubuh isterinya dan mereka
berpusing.
“Abang...” Irdina tersenyum bahagia.
“Syukur alhamdulillah.” Syukur Ez.
“Alhamdulillah. Rezeki dari Allah abang.”
“Abang gembira sangat dengan kurnia ni. Mulai
saat ini, sayang dah tak payah kerja dah.”
“Ala kenapa pula? Kandungan saya baru
seminggu.”
“Awal-awal ni kena jaga elok-elok sebab ia
masih lemah lagi. Kawan abang tu. Isterinya keguguran sebab ada orang langgar
badan dia sikit aje. Terus gugur sayang. Abang tak nak macam tu. Abang nak jaga
sayang elok-elok.” Terang Ez.
“Eh, abang ni! Banyak betul yang dia tahu.”
Irdina menjeling manja.
“Mestilah!” Ez mencuit pipi Irdina. “Terima
kasih sayang.”
“Ini berkat kesabaran abang ni.” Kata Irdina.
“Mungkin. Mulai saat ini sayang duduk aje.
Biar abang yang masak.”
“Abang masak sedap ke?”
“Sayang......”
“Gurau. Irdina gurau aje.” Irdina ketawa
kecil melihat wajah suaminya yang dalam kegeraman itu.
“Sayang Irdina!” Ez terus memeluk
isterinya yang tersayang.
-TAMAT-
-TAMAT-
Best....So sweet....#^_^
ReplyDeletesweet..
ReplyDeleteaww.. swetnyaa.. <3 <3
ReplyDeletebest + sweet sgt... :)
ReplyDeletekekekekee sedap ker bang?? i-p
ReplyDeletealolo sweetnyaaaa. i likeee <3
ReplyDeleteCerpen yg pendek tapi padat serta mengandungi maksud sy mendalam. Baru kita tahu husben kita ini menghargai kita atau sebaliknya. So sweet, I wish to have that kind of husben if i could. hehheeee...
ReplyDeletepsycho la laki tu..ingtkn dh brtaunkawin still xdpt anak rupenyer baru bbrape bln.. =.='
ReplyDeleteEyh, bru seminggu da dpt tau pregnant?
ReplyDeleteHehe~
Tp, cerpen ni ttp terkesan di hati saya..
Ngee~
comel lah Ez x)
ReplyDeleteEz tu kiut sgt. Kan best kalau sy jadik irdina Nya :)
ReplyDeleteMood : perasan :X
bagus banget ceritanya... jadi dapet pelajaran baru...
ReplyDeleteterkadang orang sayang itu, cara ngungkapinnya aneh-aneh
dan hanya Allah lah yang akan menjelaskan ke diri kita ini
kalau sebenarnya dia sayang... hanya saja caranya yang unik
bikin kita keliru....
perghhhhh!!!!sweetnye ez...mmng romantikkk!!!-iezahtakuya
ReplyDelete