Tidak semua insan yang sempurna termasuklah aku. Semua orang tidak akan terlepas melakukan dosa. Ya aku juga tidak terlepas. Kerana satu kesilapan ini, ia menghantui aku seumur hidup.
“Ya Allah, sesungguhnya
aku bertaubat. Taubat bersungguh-sungguh dan tidak melakukannya lagi.” Air mata
aku mengalir. Betapa sedihnya hati. Kesilapan yang aku lakukan ini tiada yang
tahu termasuk keluarga aku sendiri.
“Ya Allah, tiada ke
peluang untuk aku mengecap bahagia?” Aku masih tertanya-tanya. Sejak hubungan
itu terjalin, hidup aku tidak tenang. Sejak aku mengenali cinta manusia, aku
lupa pada pencipta. Sejak aku mengenali apa itu cinta lelaki, aku lupa
batas-batas pergaulan.
Air mata penyesalan
mengalir lagi.
Aku berjalan bersendirian
lagi. Tiba-tiba tangan aku direntap oleh seseorang. Safwan? Apa lelaki ini buat
di sini?
“Wan...” aku terkejut.
Dengan pantas aku menarik kembali tangan yang lelaki itu pegang.
“Kau nak pergi ke mana?
Kau tak boleh lari dari aku!” katanya kasar.
“Hubungan kita dah lama
putus. Dah setahun. Cukuplah tu. Jangan kacau aku lagi.” Air mata yang ingin
mengalir lagi ditahan. Ditahannya dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu
Safwan melihat dia sebagai perempuan yang lemah.
“Aku tak peduli! Mak ayah
kau sama aje. Sengaja nak menyusahkan aku. Aku cintakan kau bagai nak gila.
Sekarang ni kau nak tinggalkan aku. Tidak! Aku takkan lepaskan kau begitu.
Kalau aku tak dapat kau, orang lain pun takkan dapat. Itu janji aku!” tegas
kata-kata Safwan. Sungguh aku terpegun. Janji apa ini?
“Wan, kau jangan nak buat
kerja gila.” Aku tak boleh bersabar.
“Aku akan sebarkan video
hot kau yang aku rakam senyap-senyap.” Wan tersenyum puas. Sedangkan aku ini
bagaikan ingin pengsan mendengarnya. Selalunya aku hanya dapat mesej pesanan
ringkas sahaja daripadanya. Tapi hari ini, dia sendiri yang lafazkan.
Lutut aku tak kuat.
Bila-bila masa aku akan rebah menimpa bumi.
“Aku akan buat apa yang
aku cakap tadi! Walaupun ayah kau dah mati. Aku tetap takkan maafkan kau. Tak
kan! Aku akan hancurkan hidup kau!” Wan berlalu pergi.
Akhirnya aku terduduk. Air mata yang ditahan tadi kini
mengalir deras. Menitis satu persatu. Air mata penyesalan itu tidak akan
merubah apa-apa. Walaupun aku menangis air mata darah, tidak akan membuat
Safwan berhenti daripada melakukannya.
Aku mengenali Safwan
melalui alam maya yang semakin menjadi kegilaan remaja seperti aku iaitu
Facebook. Aku sukakan dia kerana dia kelihatan alim. Pakai kopiah, selalu pergi
masjid. Jika aku berhubung dan berbual dengannya melalui telefon, banyak
ingatan yang dia pesan. Aku sungguh terpikat dengan keprihatinannya.
Dia pun ajak berjumpa.
Kerana aku takut tapi mahu, aku berjumpa juga dia dengan ditemani oleh sahabat
aku. Sungguh aku katakan apabila bertemu dengan dia, wajahnya tidaklah sekacak
mana. Badan pun berisi tetapi kerana aku sudah jatuh cinta dengannya membuat
aku lupa segalanya.
Sejak itu aku selalu
bertemu dengannya.
“Jom jumpa!” ajak Safwan.
Aku hanya setuju. Makin lama aku semakin berani. Aku sudah berani menaiki motor
bersamanya. Kami berpelukan tanpa ingat yang kami ini tidak halal untuk berbuat
sedemikian.
Ada dia berpesan.
“Nanti kita jumpa, awak
jangan pula pakai baju labuh-labuh atau baju kurung tau.” Pesannya. Apa ini
semua? Lelaki yang aku kenal bagaikan watak seorang ustaz berkata begitu.
Aku pun bodoh. Aku seperti
dipukau dan mengikut katanya tanpa bantahan.
Aku? Aku jenis yang tidak
berahsia. Aku bercinta dengan seseorang, aku akan beritahu emak dan ayah.
“Mak, adik suka dengan
seseorang ni...” kata-kata aku terhenti. Ayah yang ketika itu sedang membaca
surat khabar, terhenti. Dia memandang aku.
“Kalau macam tu, bawa dia
berjumpa dengan mak dan ayah.” Kata mak. Aku memang gembira. Begitulah adat
keluarga aku. Abang dan kakak aku pun mengikut adat ini tanpa bantahan.
Aku dan Safwan berjumpa
lagi. Aku gembira mak dan ayah sudi untuk berjumpa dengan kekasih aku. Kerana
terlalu gembira, aku dan dia terlanjur. Saat itu aku sudah tidak ingat dosa dan
pahala.
Aku merelakan segalanya.
Tiba-tiba baru sahaja kami hanyut sepuluh minit, telefon bimbit aku berbunyi.
Ayah telefon aku. Sungguh! saat itu aku tersedar akan keterlanjuran aku
dengannya adalah dosa. Dosa yang amat besar.
Aku menjawab panggilan
itu.
“Adik kat mana ni?”
“Adik... Adik kat rumah
kawan ni?” bohong aku. Air mata ingin mengalir. Seumur hidup aku, tidak pernah lagi
aku menipu dengan ayah dan mak.
“Jangan balik lewat
sangat. Nanti ayah risau. Jaga diri tau. Aurat tu jaga. Sejak adik pulang hari
tu, ayah nampak adik suka pakai pakaian yang ketat-ketat. Ayah tak ajar tu.”
Pesan ayah.
“Baiklah ayah!” aku
tersentuh dengan keprihatinan ayah terhadap perubahan penampilan aku. Setelah
talian tamat. Aku minta diri untuk pulang sahaja.
Dia memujuk aku tetapi
wajah mak dan ayah buat aku bertegas dengan diri. Mujur aku dan dia tidak
terlanjur yang menyebabkan mengandung. Akhirnya aku pulang ke kolej.
Pada hujung minggu, aku
pulang ke rumah bersama Safwan untuk datang ke rumah. Ayah dan mak melayan
Safwan dengan baik sekali. Kami makan bersama. Memang sudah menjadi kebiasaan
bagi mak dan ayah melayan tetamu dengan
baik.
Petang itu Safwan ingin
pulang.
“Saya pulang dulu. Nanti
apa-apa call okey?” pesan Safwan. Aku tersenyum.
Selepas makan malam, ayah
dan mak memanggil aku untuk berbincang mengenai Safwan. Aku gembira dengan
layanan mak dan ayah terhadap Safwan. Tentu mak suka. Aku sudah meneka
sendirian.
“Duduk adik...” arah Ayah.
Wajah ayah serius.
“Ayah tak suka dia jadi
teman istimewa adik. Putuskan hubungan adik dengan dia.” Tegas sekali suara
ayah.
“Tapi kenapa ayah? Adik
tahu dia tak kacak macam suami kakak tapi dia baik ayah.” Aku rasa sedih sangat
apabila mendengar kata-kata ayah. Aku cuba membela diri Safwan.
“Dengarlah kata-kata ayah.
Mak tahu adik sedih dengan keputusan kami tapi kami lebih makan garam dari
adik. Kami tahu yang mana sesuai dengan adik.” Mak cuba memujuk aku.
“Tak. Adik tetap dengan Wan!”
aku mula meninggi suara. Aku tidak pernah melakukan sebegitu pada mak dan ayah
aku. Tapi kerana cinta yang baru beberapa bulan itu, aku sanggup melawan cakap
ayah. Aku meninggikan suara.
Sejak itu, apabila ada
cuti, aku tidak pulang ke rumah. Aku keluar bersama Safwan.
Pada suatu hari, dia menunjukkan sesuatu pada aku. Aku
terkejut. Rakaman kami bersama yang untuk kali pertama dan terakhir dalam hidup aku itu. Entah bila dia
merakamnya. Walaupun hanya seketika kami melakukannya. Hatiku berdebar kencang.
Peluh mula mengalir.
“Nak buat lagi?” soalnya.
Aku rasa inilah lelaki yang paling gila pernah aku jumpa. Setelah aku beritahu
keputusan ayah dan mak aku, dia masih ada hati nak melakukan perbuatan terkutuk
itu.
Baru kini aku sedar,
keputusan yang ayah dan mak buat adalah terbaik untuk aku. Saat aku melafazkan
kata perpisahan padanya, kakak aku ternampak aku keluar bersama Safwan.
Aku juga ternampak kelibat
kakak. Aku tersentak. Ya, selalunya jika aku keluar bersama Safwan. Aku akan
menghubungi ayah dan mak terlebih dahulu tetapi kali ni adalah secara rahsia.
Aku rasa bersalah.
Mak hubungi aku dan
bertanya mengenai kejadian yang kakak terserempak dengan aku yang sedang date
dengan Safwan.
“Kenapa tipu mak?” nada
mak sedih sangat. Aku ini anak yang baik tapi sejak mengenali cinta, aku jadi
seorang penipu. Pembohong mak ayah. Teruknya cinta sebegini.
Aku terdiam.
“Ayah tahu adik tipu ayah.
Tapi dia nak adik yang bagitau sendiri pada ayah. Mak tak dapat nak tolong.”
Kata mak lagi. Ayah? Sejak kecil aku memang manja dengan ayah. Ayah sentiasa
melayan aku dengan baik. Aku memang lebih rapat dengan ayah berbanding mak.
Aku terdiam lagi. Aku mula
berfikir.
Cinta ini membuat aku
menipu orang yang aku paling sayang. Cinta ini membuat aku melakukan dosa zina.
Cinta ini membuat aku seperti menjadi orang lain. Orang yang lebih teruk
perangainya bukannya ke arah kebaikkan. Ke arah jalan yang Allah redhai. Aku mula
sedar.
Aku membuat keputusan
untuk berpisah dengan Safwan. Aku tahu, mak dan ayah nak yang terbaik untuk
aku. Aku tersenyum. Esok aku akan pulang ke rumah. Aku rindu dengan ayah. Dah
sebulan aku tidak berjumpa dengannya.
Aku pun masuk ke kamar
tidur. Mahu melelapkan mata. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon daripada
kakak aku. Aku terasa pelik. Kenapa pula kakak aku hubungi aku pada waktu-waktu
begini.
“Adik, kakak ada perkara
nak cakap ni?”
“Apa dia kak?” hati aku
berdebar kencang. Bagaikan sesuatu yang telah terjadi.
“Ayah dah tak ada. Ayah
sesak nafas malam tadi. Ayah dah tak ada.” Kata kakak. Saat ini, aku terasa
hatiku kosong. Aku meraung sekuat hati.
“Ayah!” betapa aku rasa
bersalah. Memohon kemaafan kerana aku berbohong padanya pun tidak sempat. Rasa bersalah
ini menyebabkan aku menangis sehingga mata aku bengkak. Kepala aku sakit dan
akhirnya aku demam. Dan pada hari kebumian ayah, aku pengsan.
Aku hanya sempat menatap
wajah tenangnya ketika tubuhnya dibalut kain putih bersih itu.
Ibu dan keluarga memberi
aku sokongan dan kekuatan. Ibu selalu berkata pada aku yang ayah sudah
memaafkan aku tetapi aku tidak percaya. Aku tak percaya! Aku berdosa besar dengan
ayah! Aku berdosa.
“Mak, adik berdosa dengan
ayah...” air mataku mengalir deras. Apa lagi yang aku perlu lakukan untuk
meredakan perasaan bersalah ini.
“Kalau betul adik
sayangkan ayah, jangan menangis lagi. Tabahkan hati. Banyakkan lakukan amal
kebaikan. Jaga aurat. Kan itu yang selalu ayah pesan pada adik.” Pesan mak. Wajah
mak tenang. Bagaikan meredhai pemergian ayah. Emak bagaikan sudah bersedia
dengan apa yang telah berlaku.
“Tapi mak...” aku masih
rasa bersalah.
“Jaga aurat. Kalau tak nak
ayah kena seksa dalam kubur, jaga diri. Jangan buat dosa. Banyakkan amal. Hanya
doa dan amalan anak yang soleh dan
solehah aje yang boleh menyinari kubur ayah di sana. Janji dengan mak.” Kata emak.
Kali pertama emak menangis sejak seminggu ayah pergi menyahut ilahi.
Emak memang seorang isteri
yang cekap hatinya. Sabar dan tabah. Aku mengangguk kepala. Betapa berdosanya
aku pada ayah dan mak yang banyak membentuk diri aku kepada kebaikan.
Cinta! Cinta lelaki itu
juga yang memusnahkan diri aku. Aku menyesal! Aku menyesal mengenali cinta
lelaki.
“Mariam, kenapa menangis
ni?” Ayu menegur aku. Barulah aku tersedar yang aku sudah lama duduk di situ.
Safwan pun sudah lama menghilang. Lantak!
Walaupun setahun kami
sudah berpisah, Safwan masih mengganggunya dengan ugutan rakaman itu.
“Tak ada apa-apa.” Aku cuba
tersenyum.
*****
Aku duduk bersendirian dalam masjid. Aku berfikir sejenak. Emak dan
keluarga aku tidak tahu menahu mengenai rakaman itu. Apa akan terjadi pada
mereka semua jika mereka tahu? Ah, tidak!t tidak sanggup aku bayangkan.
Sejak ayah pergi,
kesihatan mak memang tidak begitu baik. Kebimbangan aku pada mak memang tidak dapat aku luputkan dalam fikiran. Kini,
aku hanya ada seorang emak sahaja. Emak lah tempat aku membalas jasanya. Ayah? Aku
terkilan kerana tidak dapat membalas jasanya selama 20 tahun dia menjaga aku. Memang
terkilan. Menyesal kemudian pun tidak berguna.
Aku menelan air liur. Aku masih
berfikirkan tentang ugutan Safwan. Apa yang perlu aku lakukan. Memang video itu
ada padanya. Aku tidak menafikan.
“Ya Allah. Aku benar-benar
bertaubat,Ya Allah. Sejak kematian ayah, aku tidak lagi bergaul dengan lelaki. Aku
takut aku melakukan kesalahan yang sama. Aku rela jauh dari lelaki. Ya Allah, Kau
beri aku kekuatan. Kekuatan untuk menghadapi dugaan yang telah Kau berikan ini.”
doa aku. Air mata masih setia mengalir.
Sejak setahun yang lalu,
memang hanya air mata yang sentiasa mengalir. Menangisi dosa yang telah aku
lakukan. Dosa yang hanya beberapa minit aku lakukan bersama lelaki itu, telah
menghukum aku seumur hidup. Seumur hidup aku.
Betapa beratnya dosa itu. Kalau
pasangan yang telah berzina dan sehingga melahirkan anak, bagaimana pula? Adakah
mereka rasa seperti aku? Sempatkah mereka bertaubat. Bagaimana mereka
menghadapi dugaan ini?
Terlalu banyak persoalan
yang aku sendiri tidak pasti jawapannya. Aku sendiri tidak dapat menjawabnya kerana
aku juga tidak kuat.
Sudah banyak kali aku
menasihati Safwan. Jangan buat macam itu tetapi ternyata seperti menyiram air
ke daun keladi. Ternyata sia-sia.
Kami berdua bersalah dan
berdosa. Takkan aku sahaja yang bertaubat dan membiarkan Safwan terus hanyut. Aku
tidak boleh pentingkan diri sendiri tetapi apa yang berlaku. Dia mengugut aku
pula.
“Kalau kau tak kembali
pada aku, aku akan buat apa yang telah aku katakan tempoh hari. Kau hanya milik
aku.” Tegas Safwan. Wajahnya tegang. Dia stress. Wajahnya tidak seperti kali
pertama aku mengenalinya. Amat lain.
Aku terdiam. Orang seperti
ini kena pandai psiko tapi aku ni bukan orang seperti itu. Bagaimana untuk aku
mengatasi masalah ini.
“Kau dengar tak? Aku akan
masuk meminang kau. Kau wajib terima pinangan aku. Kalau tidak, aku akan
sebarkan rakaman tu.” Lagi sekali Safwan bertegas.
Ketika itu mereka berdua
berbincang dalam kereta. Betapa singkatnya fikiran aku kerana setuju untuk
berbincang dalam kereta miliknya.
Tiba-tiba Safwan memandu
kereta itu. Aku terkejut.
“Wan, aku nak keluar ni.” Pinta
aku. Dia pura-pura tidak mendengarnya. Aku semakin hilang sabar. Aku takut
untuk bersamanya. Aku takut dia buat yang bukan-bukan pada aku. Takut sungguh!
“Aku nak bawa kau ke satu
tempat.” Ada senyuman yang meniti di bibir Safwan. Hati aku berdebar kencang. Aku
tak mahu!
Disebabkan takut yang
melampau, aku menarik tangannya supaya dia hentikan kereta.
“Wan, berhenti! Berhenti!”
kataku sambil mengganggu pemanduannya.
“Kau gila ke?” Safwan
tidak dapat lagi mengawal kenderaannya. Akhir, aku dan dia kemalangan.
*****
Aku bagaikan tidur dengan lena yang panjang. Tangisan emak bagaikan aku
kedengaran. Emak... aku memanggilnya.
Terasa tangan yang hangat
menggenggam tanganku. Perlahan-lahan aku membuka mataku.
Pandangan aku kabur. Makin
lama makin jelas. Kelihatan emak yang setia di sisi aku. emak terus memeluk
tubuhku apabila melihat aku sedar.
Aku cuma cedera ringan
tetapi Safwan....
*****
Itulah takdir Allah. Segalanya dia sudah tetapkan untuk hambanya. Sama ada
baik atau buruk. Itulah dugaan untuk kita hadapi. Dia menguji kesetiaan kita
kepada-Nya.
Dari jauh, Safwan berjalan
dipimpin oleh abangnya. Mata Safwan buta dan rakaman itu hilang kerana telefon
bimbit yang merakam aksi itu terbakar masa kemalangan. Kebetulan Safwan memang
tidak copy di tempat lain. Mungkin niat Safwan hanya ingin mengugutku sahaja
supaya aku kembali padanya.
Sejak Safwan buta, dia
tidak berani lagi mahu mengganggu aku. Syukur. Aku tahu kau pernah buat jahat
dengan aku tapi itu kesalahan kita bersama. Jadi aku doakan yang terbaik untuk
kau, Safwan.
Aku tersenyum. Aku sudah
boleh tersenyum dengan gembiranya. Aku rasa bebas. Aku rasa hanya cinta dengan
Allah lebih membahagiakan diri aku. Dia tidak akan mengugutku seperti Safwan
lakukan. Dia akan sentiasa memberi terbaik untuk hamba-hamba-Nya cuma antara
cepat dan lambat.
Aku terbaca sesuatu yang
benar-benar membuat aku insaf.
“Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila
kita bertemu jodoh yang sebenar dan masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-Nya.
Kita dapat menjadi penilai yang baik. Kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk
yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Kita dapat kasih sayang yang terbaik
khas untuk diri kita.”
“Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan
Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk
kita dan kehidupan kita pada masa depan. Kita dapat mengutip pengalaman yang
tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. Kita jadi manusia yang hebat
jiwanya. Kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah. Kita
lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.”
Ya, aku bersyukur. Kerana cinta pertama mengajar aku
menjadi lebih baik. Cinta pertama mengajar aku menjadi seorang yang lebih
matang dan lebih menghargai diri. Dan Jodoh? Aku serahkan sepenuhnya kepada
Allah dan emak untuk membuat pilihan. Aku redha. Redha dengan pilihan emak.
Aku tahu, dengan persetujuan aku untuk bertunang dengan
pilihan mak, aku telah membuat emak rasa gembira. Tak ada apa lagi yang aku
harapkan ialah kegembiraan mak terpancar di wajah. Itu sudah memadai.
Alhamdulillah, jodoh aku banyak mengajar aku dalam erti
kehidupan. Dia jarang bertemu denganku kerana dia sendiri manusia yang lemah. Pertemuan
hanya mengundangkan perkara yang tidak baik.
Selepas dua bulan, kami di ijab kabul. Betul ke? Aku bagaikan
tidak percaya. Aku diberi peluang untuk
mengecapi bahagia? Terima kasih Ya Allah. Kerana kegembiraan ini, aku berniat
mahu memakai purdah. Aku tahu keputusan aku terlalu mengejutkan terutama ahli
keluargaku memandang emak dan arwah ayah hanyalah orang kebanyakkan sahaja. Tetapi
emak sedikit pun tidak menghalang, malah bersyukur dengan perubahan aku.
Air mata aku mengalir lagi. Kali ini bukan kerana Safwan
atau masalah tetapi kerana aku begitu bersyukur dengan apa yang Allah berikan
pada aku.
“Mariam, mari kita solat berjemaah.” Suamiku memanggil
namaku. Katanya dia begitu suka dengan nama ini. Penuh makna. Setelah menceritakan
segala yang berlaku padaku, dia terima aku seadanya. Air mata aku mengalir
lagi.
“Mariam atau Maryam. Nama ibu seorang nabi iaitu nabi Isa
a.s. Maryam seorang yang tabah dan sabar menerima segala dugaan yang Allah
telah berikan kepadanya. Dugaan yang paling besar dalam hidup seorang perempuan
iaitu mengandung tanpa mengadakan hubungan intim. Betapa beratnya dugaan ini.
Maryam menghadapi juga dugaan ini walaupun dia dihina dan dia yakin, Allah sentiasa
ada dengannya. Allah berikan dugaan seperti ini padanya hanya untuk menguji
keimanan Maryam kepada Allah.” Kata Rais Raimi yang membawa maksud ketua
keutamaanku. Panjang lebar dia menceritakan kisah Maryam padaku selepas
menunaikan solat.
Aku bersyukur kerana Allah menghantar seseorang untuk
membimbing aku ke jalan yang benar.
Aku berharap, kisah yang aku tulis ini dapat menjadi
pengajaran kepada semua pembaca. Menghormatilah ibu dan ayah kita selagi mereka
bernafas di atas muka bumi ini. jagalah aurat sesungguhnya aurat itu pelindung
daripada anasir-anasir yang tidak baik. Jagalah batas-batas pergaulan antara
lelaki dan perempuan. Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu
sama lain. Insya-Allah.
“Mariam, sudahlah tu mengadap laptop. Mari kita makan.” Ajak
Rais. Aku memandang lelaki yang bertakhta di hatiku kini. Aku tersenyum dan
menuju ke arahnya.
“Baiklah abang...” sesungguhnya inilah anugerah yang
terbaik untukku. Air mata aku mengalir lagi.
“Menangis lagi?” Rais tersenyum. “Tak apa, abang teman
okey?” tambahnya lagi. Aku bahagia kini.
P/S : Masa lalu adalah sesuatu yang tak mampu kita ubah, sedangkan masa depan pula adalah sesuatu yang tak mampu kita duga. Jalanilah kehidupan dengan penuh optimis dan berdoalah semoga esok lebih baik daripada hari ini dan semalam..yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan kita sendiri. (di petikan dalam blog seseorang...terima kasih kepadanya.
Maaf kalau cerpen kali ini tiada unsur lawak dan ria
memilih tema islamik. Kebanyakan isu seperti ini iaitu apa yang dilakukan oleh
Safwan sering berlaku. Saya berpesan kepada wanita-wanita di luar sana. Jagalah
diri anda sebaik mungkin supaya anda tidak menjadi mangsa keadaan ini. Terima
kasih sudi membaca karya ria kali ini.
komen dari adik saya, insyirah..
ReplyDeletedone. alhamdulillah rasanye bagi syi tidak perlu unsur lawak dapat cerita ni tapi cukuplah sekadar ia padat dgn nasihat dan pengajaran..sebagai remaja syir ambik penting kata2 dalam cerita in..terima kasih kakakanda :)
Nice story.. sedihnyaa. :')
ReplyDelete-Siti Khadijah-
ni pula pendapat adik yang agak misteri...kita sama2 kongsi...
ReplyDeletenie pndapat saya...certa nie sangat sedih..mcm tahu2 je..hari nie saya nk nngis...ad part2 y kena mngena gan saya....membuat saya tringat tntang dosa y lalu...betul ayat kat blog akk tu..ALLAH sengaja menemukn orng salah kpda saya, supya kita dapt jodoh y sebenar.. mungkin y lbh baik dari sseorng tu....so saya akn ambik pngajaran dari certa tersebut.....tq so much n terus kn berkarya..
@Anonymous terima kasih sudi komen khadijah....sama2 la kita ambik pengajaran dalan cerita ini...
ReplyDeleteunsur komedi xsemestinya diperlukan..
ReplyDeletetp motif penulis itu berjaya disampaikan kepada pembaca.. itu yg amat penting dan mengambarkan penulis itu sudah berjaya..
thumbs up kak ria.. xD
@MissxYana cerita akak serius sikit kali ini...harap apa yang akak nak sampaikan tersampai ...kalau ada kekurangan ria minta maaf sangat2....
ReplyDeleteini komen adik saya yang comel... terima kasih sudi baca...
ReplyDeleteya Allah! Kak Ria, sumpah best gilaa citer nih .. Byk pengajaran .. And, cerpen nih cerpen pertama kak Ria yg Far bce yg berunsur serious . Sblm nih, byk yg lawak2 ..
best! sangat best! menangis saya baca.. :)
ReplyDelete@Anonymous yang baik kita ambik pengajaran ye?? saya pun menangis tiap kali baca citer ni...
ReplyDeletenice story...dapat byk pengajaran dr cite ni.
ReplyDeletekak...thank tau sudi komen....insya allah..itu yg ria harapkan...
Deletecerpen brtunjangkan nasihat dn pengajaran ... alhmdulillah .. :D
ReplyDeletealhamdulillah...naurah...sama2 kita ambil perhatian mengenai perkara ni...
Deletethmb up tuk crpen nie....bgus sgatx2....
ReplyDeletec0nrte sis...n s0ry sub jc lte k0men...s0ooryyy...sis...hehhe...(^^)v
tak apa JC...akak berbesar hati kalau JC sudi baca....jarang nak jumpa pembaca yang suka penulisan camni...apa yg tak baik kita ambik pengajaran...terima kasih JC...
DeleteMenarik! suka!
ReplyDeleteBest.ana suka.:)
ReplyDeletesemua org ade kisah lampau....semestinya yg xbaik kita xnk ingt....yg penting kita insaf dan bertaubat
ReplyDeletebetul...kisah lampau...biarkan ia terus berlalu...pandang ke hadapan..hadapinya dengan tabah...mungkin ada yang baik Allah sudah sediakan untuk kita...yg penting kita insaf dan bertaubat bak kata sumayyah...
Deleteterima kasih..insaf ..hampir menitis air mata sy namun disebabkan sy berda di kwsn umum..sy tahan juga..terima kasih Ria
ReplyDeletetahan2...nanti terkejut orang kat sebelah tu tgk awak nangis...sabarlah....mungkin kita tak sedar yang , cinta kita tu sama ada baik atau tidak untuk kita...
Deletekak sumi..best cerpen nih..huhu sedih..
ReplyDeletejangan nangis hana...sabar.....rindu pada ayah ria yang sudah tiada....bersabar la....
Deletepenuh dengan pengajaran..!
ReplyDeleteduk baca sambil nangis..
ReplyDeletebtw memang banyak pengajaran yg dapat dalam ni..
awesome!!!!!!!! (Y)
sy lagi suke crita akk berunsur islamik
ReplyDeleteSalam alaik, kalau saya nk minta izin k.ria utk post cerpen ni dlm fb blh x
ReplyDelete