Followers

Wednesday, 10 April 2013

21
Komen

2013 : CERPEN 2 : AKU ADALAH LRP





salam dan hai kawan-kawan....cerpen ke dua ria kali agak simple..ria tak masukkan banyak konflik...lagi pun kita santai aje kali ni ye? tema cinta komedi...tak ada masalah lain kecuali cinta hihih harap terhibur dengan cerpen kali ini...

Tangan gatal Alexis membelai rambut El dengan lembut. Dia sukakan perempuan yang rambut panjang. Cantik dan nampak seksi baginya. Tambahan pula kalau disanggul tinggi menampakkan leher yang putih. Lagi tergoda la...

“Alexis, I suka you. You suka I tak?” soal El dengan manjanya sekali. Membiarkan rambutnya dibelai begitu.

“Mestilah I suka you. You la yang paling I suka dalam daerah ini tau...” kata Alexis dalam nada bergurau. Dia mana pernah serius mana-mana perempuan pun.

“Daerah? You ingat I ni apa? Pertandingan ke nak kena ada peringat daerah, negeri atau kebangsaan.” Marah juga El dibuatnya.

“I kan LRP...

“LRP? Apa benda tu?”

“Rahsia...” Alexis cuba menggoda El dengan senyuman kacaknya itu.

“Tak kisahlah. Isteri you tu peringkat apa pula?” teruja pula mahu tahu mengenai level isteri Alexis.

“Dia peringkat kampung sahaja!” Alexis ketawa terbahak-bahak.

Beberapa bulan sebelum ini...

Aku terkenal dengan sikap yang kasanova, playboy dan yang paling dahsyat gelaran yang aku pernah dapat adalah daripada seorang perempuan ini. Alexis teringat akan gadis itu.

“Dasar lelaki ramai perempuan! Tak puas ke dengan seorang perempuan hah?! Kau mesti tak faham maksud erti setia. Aku benci lelaki macam kau! Aku akan ingat nama kau, Alexis sampai bila-bila.”

Selepas gadis itu melafazkan kata-kata itu, dia terus berlari meninggalkan Alexis sendiri. Aku tergamam sikit.

Akhirnya Alexis tersenyum. Comel gak gadis tu. Dia mengeluarkan telefon samsung Galaxy Note 2 miliknya. Dia semak senarai perempuan yang menjadi tempat dia berseronok.

“Masih muat kalau nak masuk dalam list aku. Walaupun pakaian macam kuno sikit tapi aku suka.” Alexis mula menilai peribadi perempuan yang dijumpai secara tidak sengaja itu dengan sekali imbas. Ingatan itu terus melekat dalam kepalanya.

Semua perempuan cantik akan diingati dengan baik sekali. Itu satu kelebihannya membuat dirinya tidak pernah tersilap menyebut nama mangsa-mangsanya. Alexis tersenyum lagi.

Dia terus menanti perempuan yang seksi dan cantik. Dua perkataan itu harus ada pada perempuan yang menjadi mangsanya. Kalau tiada, dia tidak akan layan.

Tambahan pula dia tidak akan jatuh cinta dengan mangsa-mangsanya. Hati yang dicuri oleh mereka hanya hati keseronokan je bukan hati cintanya. Hati cintanya tersimpan kemas di satu sudut.

“Termenung sahaja kamu ni? Umur dah 30 tahun. Dah tak reti-reti nak bertaubat dan cari isteri ke?” ayah Alexis mula membebel.

Alexis tersenyum. Nama sebenar aku ialah Iman Qalif. Soleh punya nama tapi perangai macam orang tak ada agama aje. Nak buat macam mana. Time sembahyang, aku sembahyang cuma perempuan-perempuan ni cara aku berseronok. Lagi pun aku tak pernah rosakkan mangsa-mangsa aku. Aku masih ada prinsip.

Ayah terus berlalu selepas membebel seorang diri. Alexis tersenyum.

*****

Athirah menarik nafasnya. Dalam sampul surat ini ada gambar bakal suaminya. Siapa tak gementar kan? Pasti akan rasa macam tu.

“Oi!” Athirah terkejut sehingga sampul surat tersebut tercampak.

“Mak kau comel! Mak aku pun comel!” Athirah melatah apabila ada orang sapa dirinya sedemikian. Kejam sungguh! Siapa punya kerja la buat aku melatah di petang hari?

“Nia!” Athirah menjerit kegeraman.

“Kenapa kau menjerit macam nampak vampire ni? Kalau ada vampire, kau bagi tahu aje pada aku. Aku nak mengorat dia,” gurau Nia.

“Belum sempat kau nak mengorat, dia dah hisap darah kau!”

“Tak apa! Aku rela Athirah! Aku rela!” Nia menunjukkan wajah pasrah.

“Merepek aje!”

“Surat apa ni? Surat cinta ke?” Nia mengambil sampul surat yang terjatuh tadi.

“Jangan tengok! Bagi aku balik!” Athirah cuba mencapainya tetapi hampa. Nia lebih tinggi daripadanya. Nasiblah kalau dah pendek.

“Budak pendek duduk baik-baik je.” Nia berkata.

“Kejam!” Athirah pasrah dan duduk di bangku yang berada di halaman rumahnya.

“Kacak juga!” puji Nia. “Tapi....” panjang nada Nia.

“Tapi apa? Dia ada tahi lalat besar ke Nia?” hati Athirah berdebar hebat.

“Tapi lebih kacak laki aku!” Nia ketawa terbahak-bahak.

“Aku belasah juga budak ni! Geram betul! Saja buat gempak ye?” Athirah rasa lega sikit.

“Ni bakal suami kau ke?”

“Ya. Ayah yang carikan. Kalau kau dah kata kacak tu. Aku rasa nak on je. Setuju dengan pilihan ayahku ini.”

“Kau tak nak tengok?”

“Tak apalah. Aku nak buat kejutan pada diri aku. Jumpa masa kahwin. Mesti sweetkan masa tu.” Athirah mula berangan.

“Kuat juga kau berangan. Terpengaruh dengan novel-novel kau ni.”

“Jangan nak salahkan novel aku. Kau pun tumpang baca gak kan?” Athirah berkata dengan geramnya.

Nia tersengih lalu memasukkan semula gambar tersebut dalam sampul surat itu.

“Panjang umur betul la. Aku datang pun nak pinjam novel.”

“Novel apa?”

“Isteriku Romantik?”

“Itu tak diterbitkan lagi. Sabau lah!”

“Aku tak sabar nak baca. Aku nak jadi isteri yang romantik pada suamiku yang skema itu.”

“Skema sangat ke?”

“Tak la juga!” Nia teringat akan suaminya, Aliff Amsyar. Dia tersenyum lebar. Tiap-tipa hari mesti tak pernah miss kakinya di sepak olehnya.

“Sudahlah! Aku nak masuk, minum petang. Meh join!” ajak Athirah.

“Kau masak ke? Dah layak jadi isterinya.”

“Mestilah!” Athirah tersenyum.

“Tak payah nak senyum-senyum. Kenapa seksi sangat baju kau pakai ni?” tegur Nia. Athirah memakai singlet hitam bersama seluar pendek ketat. Gila betul minah ni!

“Ala, aku seksi dalam rumah je.”

“Masalahnya kau seksi kat luar rumah tadi.”

“Kejap je sebab aku nak ambil sampul surat yang ayah aku baru pos ni.”

“Ok. Dahlah! Aku lapar ni!” mereka berdua terus berlalu ke dapur.

*****

Semua mangsa-mangsanya sudah dikhabarkan berita yang aku akan ke London seminggu tapi padahal aku ke Langkawi. Aku akan berkahwin dengan gadis kampung kat situ. Cantik tak dia? Seksi tak? Alexis terus berfikir.

“Kita dah sampai.” Kata ayah. Hati Alexis makin berdebar. Langkawi kan bandar juga. Mesti seksi juga.

“Akad nikahnya malam ini. Lepas maghrib. Kamu rehat dulu ye? Yang lain ayah uruskan.” Kata ayah lagi dan terus menghilang di sebalik pintu hotel kami menginap.

Alexis terus berbaring.

“Macam manalah ayah aku pujuk aku supaya kahwin ya? Aku dah lupa. Aku tahu-tahu yang aku terus kena kahwin dengan pilihan ayah. Tak apa. rezeki jangan ditolak!” Alexis tersenyum pula. Akhirnya dia terlelap.

Malam itu...

Aku sudah sah menjadi isteri kepada Iman Qalif. Ya Allah! Sedapnya nama ini. Iman Qalif. Sejuk hati aku menyebut nama ini. Sesungguhnya aku bersyukur. Athirah menanti suaminya menyarungkan cincin di dalam bilik.

Lelaki yang sudah menjadi suami Athirah masuk ke bilik.

Athirah pula tidak sanggup melihat wajah suaminya. Hatinya sangat berdebar. Jadi, dia mengambil keputusan hanya tunduk. Seganlah sangat.

Suaminya akan terus ke rumah pak long untuk majlis bersanding pula. Itu pun esok baru berlangsung.

Nia mahu pulang kerana suaminya ada urusan kerja. Terpaksa la.

“Tahniah pengantin baru! Abang, tolonglah ambil pic Nia dengan Athirah. Tak bergambar lagi dengan pengantin ni.” arah Nia pada suaminya.

“Yalah!”

Snap!

“Mesti cantik gambar ni!” Nia mengambil semula kamera di tangan suaminya itu lalu sama-sama lihat dengan Athirah.

“Cantiklah! Seri pengantin ada la!” dalam tekan-tekan melihat gambar akad nikah itu. Athirah tergamam. Dia seperti kenal lelaki itu.

“Siapa lelaki yang pakai baju melayu ni?” Athirah menyoalnya dengan perasaan yang bercampur-campur.

“Inilah laki kau kan? Kacak kan?”

“Memang kacak tapi...” air mata Athirah mengalir. Angan-angannya mahu hidup bahagia bersama suami hancur berkecai. Akhirnya dia pengsan.

Disebabkan Athirah pengsan. Majlis persandingan tidak dapat dibuat kerana wajah Athirah pucat. Selepas tersedar subuh tadi, Athirah di beri ubat demam oleh ayah dan terus terlena semula.

Apabila dia tersedar, dia dapat rasakan ada seorang lelaki sedang memeluknya. Perasaan rimas makin terasa. Rimas sudah menjadi lemas. Dan seterusnya dia tidak dapat bernafas.

Athirah mengambil tindakan dengan menolak tubuh sasa itu.

“Oh, dah bangun puteri kita!” Alexis mula berkata-kata.

“Sejak bila pula aku jadi puteri ni. Aku adalah gadis kampung yang paling kuno.” Sengaja Athirah berkata begitu. Dia tidak mahu menunjukkan sikapnya yang sebenar.

“Suka hati kau...” Alexis berbaring malas.

Sejak hari itu, baju kurung yang jarang Athirah pakai menjadi pakaian wajib apabila bersama dengan Alexis.

*****

Alexis tergamam. Dia sudah kembali semula ke alam nyata.

“You berangan apa? I tengah cakap dengan you.” Manja sekali El.

“Sorry sayang. I kena balik.” Kata Alexis tiba-tiba. Sebentar tadi dia bergaduh dengan Athirah. Kasihan pula melihat wajah mendung isterinya itu. Walaupun dia teruk tetapi dia beri nafkah pada Athirah. Kalau dia mahu ke mana-mana pun dia tidak kisah.

Tapi entah mengapa dia rasa ingin pulang walaupun baru setengah jam dia keluar dari rumah itu.

“I tak jadi ajak you keluar. I balik dulu.” Alexis terus meninggalkan El yang masih berada di ruang legar menunggu.

Dia terus pulang dengan segera.

*****

Kini sudah sebulan lebih mereka berkahwin. Nasib baik kau tak bawa balik perempuan. Kalau tak, aku cekik-cekik tekak kau tu. Geram Athirah.

Hampir setiap hari mereka bergaduh. Puncanya kerana Athirah suka mengusik Alexis tetapi lelaki itu jarang membalas semula. Itu yang syok. Wajahnya akan merah dan terus berlalu meninggalkan rumah. Apa lagi! Seronoklah Athirah apabila Alexis tak ada di rumah.

Athirah bekerja sebagai pegawai Pemasaran tetapi dia letak jawatan sebelum kahwin. Niat hati mahu menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga suami tetapi lain pula jadinya. Menyesal la pula.

Perlahan-lahan dia menarik beg pakaiannya yang berada di bawah katil. Dia membuka zip beg tersebut. Alahai. Baju kegemaran aku. Dah lama aku tak pakai. Perasaan apa yang merasuk aku untuk memakainya.

Selalunya apabila Alexis keluar, lewat malam baru balik. Ini baru pukul 10 malam. Lagi pun dah sejam dia keluar. Nak pakai atau tak? Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

“Tak apa la! Jangan takut! Pakai je!” Athirah berkata. Dia mencapai satu baju berwarna hitam yang labuh sehingga lutut tetapi tanpa lengan. Mak ai! Seksinya aku. Dah lama tak rasa seksi macam ni. Kalau ada si mamat tu, mana boleh pakai. Nanti dia terkam aku. Habislah! Nak lari pun tak boleh.

Athirah menyanggul rambutnya yang panjang itu. Meletop la!

Hampir sepuluh minit dia memakainya dan bergaya depan cermin. Okey! Cukuplah tu. Entah mengapa sejak dulu lagi dia suka berpakaian seksi tetapi sekadar dalam rumah sahaja. Apabila dia ingin membuka zip pakaian itu, dia terdengar pintu bilik terbuka.

Pantas Athirah berpaling. Dia tergamam.

“Alexis....”

Alexis tergamam melihat isterinya yang kampung ini sudah bertukar menjadi seorang yang moden, cantik dan seksi. Ciri-ciri perempuan yang dia suka. Perasaannya bergelora.

Kaki Athirah terkaku tetapi dia gagahi juga melintasi Alexis. Dia jadi tidak tenang melihat renungan Alexis.

Pantas Alexis memeluk tubuh Athirah dan menutup rapat pintu itu.

Kan aku dah cakap, tak dapat nak lari! Malam itu menjadi sejarah dalam hidup mereka suami isteri.

Sejak peristiwa itu berlaku. Alexis tak tenang. Dia asyik teringat akan Athirah. Perempuan yang selalu menjadi mangsanya pun tidak dilayan. Dalam masa seminggu sahaja, dia mendapat 20 penampar. Rasanya dah tiba masa dirinya bertaubat.

“Apa kata you!” El mengamuk.

Sengaja Alexis berkata buruk-buruk tentang El. Perempuan kalau nak buat dia benci senang sahaja, bagitau tentang keburukan mereka.

“Memang betul apa I kata. You ingat you cantik sangat! Dahlah putih pucat macam mayat. I rasa macam bercinta dengan mayat hidup je. Kurus kering pula. You ingat, you kurus macam ni I akan tergoda!” makin merah wajah EL menahan perasanan.

“Tak guna!”

Satu penampar hinggap di pipi kanan Alexis. EL terus berlari meninggalkannya.

Alexis mengeluh. Mungkin ini balasannya kerana mempermainkan perasaan orang lain. Aku bertaubat....

Alexis pulang ke rumah.

“Kenapa dengan pipi kau?” soal Athirah. Risau pula tengok suaminya. Sejak peristiwa malam bersejarah itu, Athirah jadi seorang yang boleh menerima Alexis seadanya. Walaupun lelaki tu playboy tapi dia rasa sayang pula. Al-maklumlah segala miliknya dah diambil oleh lelaki ini. Buat apa lagi nak gaduh-gaduh. Kita manja-manja la.

Athirah menghampiri Alexis. Di sentuh pipi yang merah itu tetapi di tepis oleh Alexis.

“Janganlah!” Alexis jadi malu. Kalau perempuan dekat luar sana, tak pernah nak malu. Dengan isteri sendiri pula nak malu. Apa dah jadi dengan aku ni?

“Kenapa ni?” soal Athirah dengan manjanya.

“Tak ada apa-apa...”

Seminggu juga la perangai Alexis begitu dengan Athirah walaupun isterinya masih mahu bermanja dengannya.

“Kau sayang aku tak?” soal Alexis tiba-tiba.

“Mestilah aku sayang.” Athirah memeluk tubuh suaminya dari belakang.

“Baiklah! Kalau kau sayang aku. Apa maksud LRP?” soal Alexis lagi.

“LRP? Apa benda tu? Sejenis makanan?” Athirah membuat lawak. Hanya dirinya sahaja ketawa tetapi Alexis tidak.

Alexis memandang isterinya. Inilah susah kalau perempuan dah berjaya curi hati aku. Lepas tu tak reti-reti nak pulang balik. Geram betul la!

Athirah merenung suaminya. Tidak jadi dia mahu menyambung gelaknya.

“Apa tengok-tengok?! Cepatlah teka!” marah Alexis. Dia malu kerana Athirah merenungnya begitu.

“LRP? Kalau LRT tahu la juga.” Athirah masih memikir.

“LRT aku pun tahu. Selagi kau tak dapat teka. Jangan harap nak aku bermanja dengan kau. Kau tu peringkat kampung je dalam hati aku ni.” penuh rasa bongkak nada Alexis. Padahal kau dah jadi peringkat antarabangsa dalam hati aku wahai Athirah. Aku sayangkan kau sehingga aku tak nak buat pertandingan lagi. Hanya kau juara dalam merebut hati aku. hanya kau.

“Yelah aku teka... Lelaki rupa penyangak?”

“Salah!”

“Lelaki rupa pemalas?”

“Salah!”

“Lelaki rupa Penyamun?”

“Salah!” makin geram pula Alexis rasa. “Kau ingat aku ni teruk sangat ke? Aku ni ada rupa penyamun atau penyangak ke?” geram Alexis.

“Tak la... tapi ada iras-iras sikit.”

“Dah! Dah! Kau kalau mengutuk aku memang hidup. Cepat teka. Teka sampai dapat kalau tak aku tak bagi kau tidur!”

“Yelah! Lelaki rasa perasan?”

“Rasa perasan? Salah gak!”

“Lelaki rupa penggoda?”

Tersentak hati Alexis mendengarnya. “Meh aku goda kau! Nak ke?”

“Wei! Sabar dulu! Aku tak bersedia ni! Kejap!” Athirah membetulkan sedikit rambutnya yang serabai itu lalu duduk dengan sopan. “Okey! Aku dah sedia. Cepatlah goda...” Athirah memejamkan matanya.

“Banyak songgeh la kau ni!” Alexis menolak dahi Athirah.

“Sakitlah!” marah isterinya.

“Jangan nak tukar topik. Cepat teka!”

“Baiklah bos... Lelaki ramai peminat?”

“Salah gak! Kau ni memang otak udang ke? Masih tak dapat teka lagi!” marah betul Alexis.

“Dahlah! Malas nak teka lagi!” Athirah membawa diri. Malas mahu layan lelaki cam ni.

Pantas Alexis menyambar tangan Athirah yang mahu meninggalkannya.

“Cepatnya putus asa...” dia merenung wajah isterinya. Rasa sedikit ketenangan.

Athirah terdiam melihat renungan Alexis yang seperti menggodanya. Akhirnya malam itu menjadi saksi mereka bersama.

******

Athirah rasa mahu di tembak sahaja suaminya ini. Orang buat majlis ini sebab nak bersyukur yang kita dapat baby tetapi dia pergi jemput ex-girlfriend dia yang hampir berpuluh-puluh orang. Boleh pula girl ni semua datang. Bawa teman baru lagi.

“Kau tak payah buat muka masam macam tu.” Tegur Nia. Dia sendiri rasa nak buat muka macam tu tetapi si Athirah ni dah cop dulu. Terpaksa la buat muka lain. Muka orang ceria dalam terpaksa.

“Manalah aku tak masam. Sibuk layan tetamu, aku ni campak tepi je.”

“Ala, laki kau kan terkenal di kalangan wanita.” Nia berkata selamba.

“Ah, aku tak peduli! Dia kena layan aku sekarang juga!” Athirah sudah bersedia untuk melangkah.

“Layan apa?” Nia berfikir. “Layan diri kot!” akhirnya Nia ketawa kecil.

“Bukan!” Akibat terlalu geram, Athirah terus meninggalkan Nia bersendirian.

“Abang, mari sini!” Athirah menarik lengan suaminya dan menuju ke arah bilik mereka.

“Kenapa ni sayang? Kan ada ramai tamu ni.”

“Abang tak boleh buat Athirah macam ni.” Athirah rasa mahu menangis.

“Selagi sayang tak teka LRP tu apa. Jangan harap abang nak layan sayang.”

“Penting sangat ke perkataan tu?”

“Penting sebab dulu dan sekarang amat berbeza maksudnya.”

“Ok! Maksud LRT ialah lelaki ramai perempuan!” geram Athirah. Dia dapat ayat itu pun apabila melihat bekas perempuan lakinya itu, ramai pula.

“Eh, betul la!”

Athirah tersentak. Betul la pula. Dia sendiri tidak sangka. “Jadi maksud yang sekarang apa dia?”

“Lelaki rasa tenang....” selepas itu Alexis ketawa terbahak-bahak. Sungguh! Dia rasa tenang dengan perubahan dirinya. Dengan adanya Athirah di sisinya yang kuat membebel dan senang di buli. Dia benar-benar rasa tenang. Allah masih memberi peluang pada dirinya berubah menjadi yang lebih baik.

“Apa?!” Athirah tidak berpuas hati. Dia mengejar suaminya tetapi lelaki itu tidak mempedulikan dia.

Tiba-tiba langkah Alexis terhenti. Dia berpaling. Atirah tergamam.

“I love you!” dahi Atirah dicium mesra. “Okey, abang nak pergi layan tetamu ni...”

Alexis terus menghilang.

“I love you too...” perlahan Atirah melafazkannya. Dia juga rasa tenang dan bahagia. Terima kasih Iman Qalif...




21 comments:

  1. alolo.. sweetnyer citer niyh .. ^^

    ReplyDelete
  2. nk lgi, nk lgi... best cter nie.. comey sngt cter nie.. :)
    gd job pnulis...
    p/s fath..

    ReplyDelete
  3. sweeetttttttt. :)
    buat la novel... mesti best giler3!

    ReplyDelete
  4. so sweet...
    xjemu baca byk kali
    hehehheh
    teruskan akak.. :)

    ReplyDelete
  5. bestnya...santai je crt dia..
    oh, Iman Qalif..hehe
    habis semua laki org d rembat..hanya Amman je yg single..hihi

    ReplyDelete
  6. cter ni otw nk dbkukn ke?cver cun da..he2

    ReplyDelete
  7. Best sangat....and very romantic ;)

    ReplyDelete
  8. KALAU DI NOVEL KAN, MESTI LARIS PUNYA

    ReplyDelete
  9. sweet giler citer nih.......:D
    x jemu baca...kalau kak ria wat novel,pasti laris,bak kata pepatah,"terlajak laris!!!"
    hehehe.....

    ReplyDelete
  10. Lelaki rasa tenang ? Bukan LRP ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...awak sangat peka...thank..yelah..sy baru perasan la...so nak tukar apa sebenarnya ye? lelaki rasa P....

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi