Jom sertai group Komuniti E-Novel di
Facebook.
Cerpen ni sebenarnya dihantar
untuk diadili oleh pihak juri KEN untuk PERADUAN MENULIS CERPEN sempena
penerbitan novel Merah Cinta Epal (Kaki Novel) karya Ridha Reewani. Slogannya
adalah :
"Rasa Cinta Kita Seperti Manisnya
Epal Merah"
Aku
betul-betul geram dengan mamat seorang ni. Sebabkan sebiji epal pun mahu gaduh
dengan aku. Dia ingat aku ni apa? Tauke epal ke?
“Rafika Dewi Jahrul!” seorang lelaki
memanggilku. Aku berpaling. Alahai, mamat ni lagi. Nak gaduh pasal epal lagi
ke?
“Oh, Tengku, Megat, Dato dan
sebagainya la. Kau nak apa ni?” acuh tak acuh sahaja aku melayan dia. Aku bukan
minat sangat melayan cakap orang lelaki ini. Lebih banyak menipu berbanding
yang benar.
“Apasal dengan kau ni Fika? Nama aku
Tengku Jazeman. Panggil aku TJ aje.” Dia mula memperkenalkan diri.
“Kau ingat ni sesi perkenalan ke?
Aku dah lama kenal. Sampai aku terpaksa bertunang dengan kau.” Aku mengeluh.
Banyak-banyak gadis, kenapalah ayah si TJ ni pilih aku. Aku taklah cantik
sangat. Dalam kategori sederhana iaitu sedap mata memandang hahha
“Ala tunang aje, bukannya kahwin.”
“Apa maksud kau?” aku terkejut. awat
lain macam aje cara mamat ni cakap. Aku mengerutkan dahi.
“Yelah, tunang. Tunang tak
semestinya kahwin.” Kata-kata TJ betul-betul buat hati aku terguris. Sakitnya
hati aku. Kenapa aku rasa ayat yang keluar dari mulut TJ amat berbisa. Sabar
wahai hati. Ini salah satu dugaan yang Allah nak uji kau. Uji hati dan perasaan
kau. Sabar wahai Rafika.
Aku berjalan dengan pantas. Makin
panas pula hatiku apabila mendengar kata-kata mamat yang tak pernah serik
melukai hati perempuan.
TJ menarik beg yang disangkut dibahu
kananku.
“Kau nak apa lagi? Bagi balik beg
aku? Aku ada kuliah ni.” Kataku. Marah tu tetap ada.
“Mana epal hijau aku? Epal merah kau,
aku dah bawa ni. Jangan lupa makan pula.”
“Kedai epal hijau tak buka hari ni.”
Aku memberi alasan yang sememangnya tak boleh pakai.
“Tak buka? Masa aku beli epal merah
ni tadi, ada aje orang jual epal hijau.” Aku tersengih mendengar jawapannya.
“So, kenapa kau tak beli sendiri
aje.” Aku berkata dan terus berlalu. Lantaklah beg tu. Tetapi lengan aku
disambar oleh tangannya yang agak besar. Yang penting berlapik. Aku jeling TJ.
“Kan kita ada perjanjian, Fika.”
Suara TJ tiba-tiba lembut dan perlahan serta serius. Hatiku terus berdebar. Aku
merenung ke dalam matanya.
“Perjanjian yang kau akan belikan
aku epal hijau dan aku akan belikan epal merah untuk kau. Perjanjian ni takkan
aku lupa dan takkan terbatal selagi antara kita tak kahwin.” Jelasnya lagi. Aku
terdiam. Memang! Aku ada perjanjian yang pelik dengannya. Dia suka mengusik aku
sejak aku berusia 9 tahun lagi.
Aku ni jenis tak suka makan buah.
Punyalah bijak si mamat ni sebab pandai pujuk aku makan buah dengan membuat
perjanjian ni. Sejak tu aku memang makan buah epal merah yang dia bagi sahaja.
“Fika...” dia memanggil aku lagi.
Ini yang lemah. Aku merampas semula beg aku ditangannya lalu mengeluarkan epal
yang aku beli tadi.
“Nah!” aku hulurkan kepadanya. Dia
tersenyum. Senyum kemenangan.
“Hmmmm, macam tulah isteriku.”
“Pembetulan. Tunangku.” Aku cuba
ingatkan dia yang aku ni hanya tunang dan tunang. Dia ketawa pula. Nak aje aku
cekik mamat didepanku.
Aku terus berlalu.
“Kak Fika!” jerit seseorang. Nama
aku ni asyik kena panggil aje. Dua orang kembar dan seorang perempuan
menghampiriku.
“Assalamualaikum cik adik sekalian.”
Aku memerlinya. Dah tak reti nak berbudi bahasa masa tegur orang.
“Waalaikumusalam Kak Fika.” Serentak
tiga gadis itu menjawab salamku. Aku tersenyum.
“Ria dari mana ni?” aku bertanya.
“Dari tandas.” Jawabnya selamba. Aku
pun peliklah dengan cik adik ni. Bila aku bertanya, mesti dari tandas. Dah
macam misi dan visi hidup pula.
“Huda dan Husna pula?” kalau tak
tanya dua-dua sekali, nanti ada yang cemburu. Susah juga mahu melayan karenah
orang kembar. Susah juga kalau dah jadi senior yang baik hati macam aku.
“Makan!” serentak dengan itu, mereka
berdua menunjukkan makanan yang telah dibungkusnya.
“Akak makan apa?” Ria bertanya.
“Kak Ria, patutnya tak payah tanya
kak Fika makan apa. Dia mesti akan makan buah epal merah yang tunangnya bagi.”
Cepat-cepat Husna menyampuk. Aku tersenyum sahaja. Tak susah-susah aku nak
jawab.
“Ops,sengaja tanya!” Ria ketawa
kecil. Aku juga tersenyum. Tiga orang adik ni memang menceriakan hari aku
selain TJ...
Hatiku dilanda perasaan gelisah
dengan tiba-tiba. Akhinya aku meminta diri untuk ke kuliah. Mereka bertiga
hanya melambaikan tangan sahaja.
Aku tersenyum.
*****
Masalah
timbul lagi. Kepalanya menjadi semakin berat. Aku berbaring atas katil sambil
pejamkan mata. Aku tahu segala yang berlaku, Allah dah takdirkan. Aku
seharusnya redha. Ya Allah, kau kuatkan hatiku. Jodoh, ajal maut, rezeki
semuanya di tangan-Mu. Aku terima semua ketetapan-Mu. Kau Maha Besar dan Maha
Mengetahui. Kau tahu apa yang terbaik untuk diriku.
Air mata aku mengalir. Bukan aku
tidak suka apa yang terjadi tetapi aku tahu TJ lakukannya kerana terpaksa dan
bukan kerana dia cintakan aku.
Aku teringat perbualan kami dalam
talefon semalam.
“Fika, perkawinan kita akan
berlangsung minggu depan.” Aku rasa ingin pengsan mendengar ungkapan itu. Nasib
baik dalam call. Aku cuba bertenang. Hati yang bergelora harus ditenangkan
dengan cepat.
“Fika...” aku sudah menjangka yang
TJ akan panggil namaku. Aku menarik nafas dengan perlahan.
“Baiklah. Terpaksalah aku berkahwin
dengan kau.”
“Terpaksa? Kalau kau dah jadi isteri
aku. Kau kena ikut ke mana aku pergi?” katanya.
“Baiknya bakal suamiku ini... banyak
cantik muka kau. Ingat aku tak ada kerja nak buat ke sampai aku kena ikut kau
je?”
“Kau kena ikut aku, Fika.” Nada TJ
berubah lagi. Apa kena dengan mamat ni? Emosi tak stabil ke? Aku pula yang rasa
risau.
“Yelah. Kalau dah jadi isteri,
kenalah ikut suami. Kau ni pun.” Aku mengalah. Malas nak bergaduh dengan TJ.
“Macam tu la. Okaylah. Aku ada hal.
Jumpa nanti. Jangan lupa epal hijau aku.”dia berpesan dan terus menamatkan
talian.
Gara-gara ungkapan keramat itu, aku
tak dapat nak tidur semalaman. Benci betul. Betapa takutnya untuk menjadi
isteri pada usia yang muda.
*****
Peperiksaan
akhir sem sudah tamat. Merdeka! Sem terakhir di UITM berakhir juga. Aku dah tak
sanggup nak tengok buku yang tebal-tebal dan besar ni tapi kalau buku yang
tebal-tebal dan kecil tak apa. Novel. Novel buku yang paling aku suka.
“Akak ni tak habis-habis berangan.
Ingatkan bakal suami.” Aku tersentak. Husna suka benar mengusiknya.
“Biarlah akak ingat bakal suaminya.
Kau cemburu kan?” Huda pula menambahnya. Aku tersenyum. Ria pula sudah lama
menghilang ke tandas. Tak ada benda lain ke nak dibuatnya.
“Fika!” tiba-tiba TJ muncul membuat
dada aku berdebar. Kenapa mamat ni datang pula? Husna dan Huda sudah
tersengih-sengih. Mahu sahaja aku cekik budak dua orang ini.
“Kenapa TJ?” sengaja aku bertanya.
“Dah dua hari aku cari kau. Kau
jangan nak buat hal dengan aku?” nada suaranya seperti marah. Betul-betul marah
dengan mukanya yang serius.
“Buat hal apanya?” dahi aku mulalah
mahu berkerut. Husna dan Huda sudah meninggalkan kami berdua.
“Perjanjian kita?”
“Takkan kerana epal kau nak gaduh
dengan aku?” tiba-tiba sahaja aku rasa mahu marah. Angin marah datang pula. Aku
berdiri dan berkira-kira mahu meninggalkan tempat tersebut tetapi beg aku
disambar lagi.
Dulu bolehlah kau buat macam tu tapi
sekarang aku sudah bersedia. Aku sempar memegang beg tersebut. Kini, aku dan
dia saling berpandangan dengan pandangan yang aku sendiri kurang mengerti tapi
apa yang aku tahu, aku bahagia.
“Ops, beg saya!” Kata Ria yang
muncul dengan tiba-tiba membuat kami berdua tersedar dari terus hanyut dalam
dunia ilusi. Aku tersalah ambil beg Ria rupanya. Ini gara-gara terlalu marah
dengan TJ.
Ria pun mengambil begnya dan terus
meninggalkan kami.
“Kau nak apa?” soal aku lagi. Aku
masih tidak mengerti mengapa TJ perlu marah.
“Aku nak ingatkan kau, tiga hari
lagi kita akan kahwin. Kau jangan nak buat hal.” Pesannya. Aku buat muka paling
keliru saat itu. Buat hal apa? Aku sendiri tak tahu apa yang dah aku buat.
“Aku buat hal aku sendiri yang kau
marah sangat?” aku cuba meneka.
“Itu aku tak kisah tapi epal hijau
tu...” kata-katanya terhenti. Aku masih tak mengerti.
“Sudahlah. Jumpa masa kahwin nanti.”
Aku terus berlalu. Dah nak dekat kahwin, seeloknya jangan berjumpa. Darah manis
bak kata orang tua.
*****
Aku
mengeluh melihat barang hantaran yang diuruskan sepenuhnya oleh keluargaku
sendiri. Warna hijau. Selalunya aku tengok, orang bagi buah anggur sebagai
hantaran, tapi ini buah epal hijau? Aku buat muka pelik. Mesti TJ bagi aku buah
epal merah? Pelik memang pelik.
Majlis akad nikah berjalan dengan
lancar. Sebenarnya aku tak rasa apa-apa. Gembira atau pun sedih. Aku tak rasa
pun sebab aku tahu yang perkahwinan ini bukan atas kerelaan TJ sendiri tetapi
aku tengok wajahnya cukup ceria selepas melafazkan akad nikah tadi.
“Fika, ikut aku sekarang.” Ajak TJ
dengan selambanya dia memegang tangan aku. Dia mengheret aku ke kamar pengantin
kami.
Aku terkejut melihat bilik aku sudah
berubah seratus peratus. Patutlah ibu tak bagi aku masuk bilik ini.
“Cantik kan?” soalnya. Aku hanya
angguk kepala. Ada banyak buah epal hijau dan merah tergantung di siling
bilikku. Macam videoklip lagu Dato Siti Nurhaliza pula. Gantung-gantung epal
ni. Aku berjalan ke satu sudut yang agak terlindung. Aku tersentak.
“TJ...” aku menyebut namanya. Aku
terharu. Aku ingat aku hanya menepuk sebelah tangan sahaja. Aku memandangnya
sambil air mata aku mengalir.
Aku tersenyum melihat epal merah
disusun dalam bentuk hati. Sungguh cantik. Bau buah epal yang wangi cukup
mendamaikan hatiku.
“Sesak nafas aku dibuatnya kau.
Jangan senyum macam tu boleh tak?” TJ berkata. Dia membuat muka orang tak cukup
oksigen sahaja.
“Sesak nafas ke? Meh Fika tolong.
Tarik nafas perlahan-lahan. Tahap sekejap.” Aku memintanya menahan dan dia
hanya ikut sahaja arahanku. Aku menahan diri daripada ketawa.
“Jangan lepas lagi tau selagi Fika
tak suruh lepas.” Makin lebar senyumanku. Satu minit berlalu. “Hah, lepas!” aku
ketawa kuat tetapi aku terkaku seketika.
“Proootttt!” TJ melepaskan angin
busuk rupanya.
“Busuknya! Kau makan apa ni?” Aku
mengamuk. Dia hanya tersengih.
“Tengku Jazeman cintakan Rafika
Dewi selama hidupnya.” Kata-kata itu membuat aku tidak jadi mengamuk padanya.
“Fika nak tahu kenapa TJ buat
perjanjian epal tu?” TJ sudah mula berkata dengan bahasa diri yangs edap
didengari. Aku hanya mampu mengeleng.
“Sebab epal ini akan membuat TJ
jumpa Fika setiap hari. Setiap pagi. Kalau boleh TJ nak mulakan pagi TJ dengan
berjumpa dengan orang yang TJ cintai. TJ tau Fika ni selalu sibuk. Kalau tak
kerana epal ni TJ takkan dapat berjumpa dengan Fika.” Jelasnya. Aku tidak menyangka
yang sedalam itu maksud perjanjian yang dibuat oleh TJ.
“Terima kasih TJ.” Tanpa segan silu,
aku terus memeluknya. Rasa bahagia dengan luahan hatinya.
“Terima kasih aje ke?” TJ mula mahu
kenakan aku.
“Nah, ambil epal hijau awak tu.” Aku
tersenyum.
“Sekarang tak nak epal dah tapi nak
Fika...” katanya berbisik. Aku menjadi malu dan terus membaling buah epal hijau
itu tepat mengenai perutnya. Aku ketawa terbahak-bahak apabila TJ mengaduh.
“Ingat sikit, saya ni suami awak.
Janganlah ganas sangat.” Gurau TJ lagi. Tak habis-habis nak kenakan aku.
Aku memandangnya dengan
menghadiahkan senyuman yang benar-benar ikhlas. Terima kasih TJ. Terima kasih
epal.
Eh, ucap terima kasih pada epal pula
aku ni! Aku berdiri lalu meletakkan epal hijau tadi di sebelah epal merah.
“Cepat sayang! Nanti ke kutuk oleh
orang tujuh keturunan. Habis kita!” kata TJ.
“Baiklah!” aku tersenyum melihat
epal merah dan epal hijau atas meja itu. Semoga bahagia ini berkekalan.
P/S : Harap terhibur dengan penulisan pendek ria ni..
P/S : Harap terhibur dengan penulisan pendek ria ni..
awww so sweet... sweet giler bau2 apple ni... lapaq.... trigin nk makan apple juga.... best criter ni, thanxs ria
ReplyDeletebest.. sweet sgt kak ria.. hehehe :)
ReplyDeletehihihi ... rasa lawak je sbb nama dia TJ .. rin pergi beli novel dkat TJ la .. Dekat Kuching ..
ReplyDeletetpi serius best comel tahap x tau dah .... kiut gile dorg berdua <3
sweet sangat citer dia
ReplyDeletesalam RIA....
ReplyDeletewow simple n sweet la ria kak fika suka..suka...pas ny x nk lak memain tahan2 nafas kang kuar angin beracun nanti...hahaha... terbaik...dari ria
terima kasih jadi orang pertama komen...hmmm kadang2 bau epal ni wanggi hihihi...ria pun lapar gak...nak makan epal..
ReplyDeleteterima kasih ayumi...tapi citer awak lagi sweet...ni 10 page ajer ria taip hihihi
ReplyDeletethank rin...huhuhu komen yang sweet n lawak...hihihi apa2 pun terima kasih rin..tapi citer rin pun ada sweetnya...
ReplyDeleteunknow....terima kasih sebab kata sweet citer ni tapi yg penting thank awak sudi tinggalkan komen..itu yang paling ria hargai...
ReplyDeletewslm kak fika..
ReplyDeleteala ria buat apa yg terlintas di fikiran
ria..lagi pun tu idea akak..
ria just tulis aje hahahha
lucu la pula...
thank akak sudi komen..
sweetnya..ehhehe
ReplyDeleteterima kasih eimma hahhaha sweet macam epal...
ReplyDeleteSuweet gilaa lha, kak .. Ske2!!
ReplyDeleteSweetnya ! Thumbs up kak ! Terus rasa mcm nak makan epal je skang gara2 asyik baca cite sal epal je ni . Haha .
ReplyDeletekira macam cinta epal le ni, haha
ReplyDeletemesti akak menang ni, perjanjian epal antara dua insan.. keh2 ^_^
Far hihihi sweet gila ya??hihihi thank sebab suka
ReplyDeleteAnonymous...hihihi ria pun rasa camtu...baru aje lepas beli epal huhuh sedapnya..ambik bau dulu huhhuhu
ReplyDeleteTerima kasih cik pensil..hihihi
ReplyDeletehmmm perjanjian epal tu paling akak suka...
sweet macam epal...
hmmmm terima kasih semua =)
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletehehehe....so sweet....saya suka makan epal hijau ja....thumbs up! ^^
@JiJi
ReplyDeleteWaalaikumusalam..
terima kasih jiji...
epal hijau???
kalau makan dengan sedikit garam pun sedap juga hahha
blh la...xde la best sngt...
ReplyDeletesweet cuter nie..:)
ReplyDeletebest!!! suka la citer ni. sgt sweet as sweet as an apple. :)
ReplyDeletebest!!!!best!!!!sukalah sume cite kak ria. kak rialah yg trbaik! -nurul aina fasihah-
ReplyDeletegreen apple vs red apple..hehe
ReplyDeleteSwwet citer nie...terbaik kak ria!!!
ReplyDeletewohooo...sweet plk coi...hr2 sling brtukar buah...gmpkkk!!!!!!!!-iezahtakuya
ReplyDelete