Followers

Monday, 27 February 2012

27
Komen

CERPEN : ISTERIKU VAMPIRE (full)

Penulis : Ria Natsumi
Cover : Moon Liya Zafrina (Pemenang Cover IV)

"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki"
‘Lelaki? Kenapa aku harus melibatkan diri dengan insan bernama lelaki. Sudah berkali-kali aku ditinggalkan mereka. Eh, bukan aku ke yang tinggalkan mereka?’ Syazwina tersenyum. Dia tidak mempedulikan semua itu.
            “Wina, kenapa kau buat Irsham macam tu? Dia betul-betul sukakan kau.” Kata Azlin. Syazwina pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki semuanya sama. Hanya tahu mengambil kesempatan sahaja. Itulah pendapatnya.
            “Dia pegang tangan aku. Aku reject. Dia tak layak!” Syazwina  menarik kerusinya lalu duduk. Fikirannya ligat mengimbas kembali kenangan yang tidak berapa indah yang berlaku semalam.
            Syazwina dan Irsham berjanji hendak belajar bersama-sama memandangkan mereka akan menduduki SPM.
            “Wina, tolong ambilkan pemadam tu, Sham tak sampai.” Pinta Irsham kerana pemadam itu berada dihujung meja. Syazwina menghulurkan pemadam tersebut tetapi dengan sengajanya Irsham memegang tangannya. Syazwina mulalah angin.
‘Apa kejadah lelaki ni? Pegang-pegang aku. Ingat aku ni patung beruang nak dipegang-pegang. Nak disentuh-sentuh?’ Amuk Syazwina  dalam hati. Pantas Syazwina menarik kembali tangannya dan terus mengemas barang-barang.
            “Wina...” Panggil Irsham.
            “Stop!” kata Syazwina. Irsham hanya melihat Syazwina mengemas barang-barangnya. Dia pun mendonggak memandang Irsham. ‘Al-maklumlah mamat tinggi macam galah. Ciri-ciri ini buat aku tersangkut pada dia tapi....’ hati Syazwina bengkak.
            “Kita berpisah. Aku reject kau sebab kita bersentuhan. Selamat tinggal.” Dengan nada yang jelas dan ayat yang terperinci digunakan untuk memutuskan hubungan tersebut. ‘Mudahnya aku mengucap kata perpisahan dengan lelaki.’
            Sebelum Syazwina meninggalkan lelaki itu, dia sempat berkata.
"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki. Bukannya lelaki macam kau. Tahu ambil kesempatan aje." Syazwina terus berlalu pergi.
            “Tapi dia lelaki yang ke seratus dah bersama kau.” Azlin masih tidak berpuas hati. Hilang terus Syazwina pada ingatan semalam.
            “Biarlah. Buat masa ni aku tak nak serius dengan mana-mana lelaki. Pelajaran itu lebih penting daripada lelaki. Aku pulang dulu. Kalau kau nak terus lepak kat sini, silakan.” Kata Syazwina sambil bangun dan mula meninggalkan kelas. Masa persekolahan sudah lama tamat.
            “Tunggu! Tunggu aku, Wina!” Jerit Azlin. Dia berlari mengejar sahabatnya yang semakin jauh itu. ‘Comel betul perangai gadis seorang ini. Main tinggalkan aku aje.’ Sempat hati Syazwina membebel.
            Syazwina berjalan sambil melihat Azlin berlari dan apabila dia berpaling ke depan pula,
“Bukkk!” bunyi sesuatu yang berlanggar. ‘Aku memang tak perasan ada orang. Memang sengaja nak cari nahas orang ni!’ Syazwina pula yang berasa marah.
            “Aduh!”  Sempat lagi Syazwina mengaduh. ‘Aku rasa nak pitam dibuatnya.’ Mungkin kerana lelaki itu mahu cepat. Syazwina cuba meneka.
            “Siapa nama kau?” Tiba-tiba lelaki tersebut menanyakan nama. Syazwina mendonggak memandang lelaki yang sudah berdiri tegak itu. Kacak. Lelaki ini kacak. Hatinya mula berdebar kencang. Dia bagaikan jatuh cinta kembali. Hilang semua kata-kata tidak mahu bercinta.
            “Aku tanya nama kau, bukan suruh kau berangan.” Lelaki itu memarahi Syazwina. Tangannya pantas menolak lembut kepala Syazwina.
            “Nama aku Syazwina Zul.” Kata Syazwina sambil berdiri. Dia mula berang dengan tindakan lelaki yang tiada moral atau kesedaran sivik. ‘Sia-sia aje kau belajar sivik kat sekolah kalau tak diaplikasikan dalam kehidupan seharian kau.’ Hati Syazwina mula membebel.
            “Kelas apa?” lelaki itu bertanyakan kelas Syazwina pula.
            “Lima Sains kejuruteraan.” Jawab Syazwina tanpa berselindung.
            “Jumpa aku kat bilik persatuan disiplin masa rehat esok!” Lelaki itu terus berlari ke arah tandas. ‘Kenapa mamat ni? Dia tak tahan nak melabur ke?’ Syazwina termenung.
            “Wina, kau tak apa-apa ke?” muncul Azlin pula.
            “Siapa lelaki tu? Tak pernah nampak.” Syazwina sempat tunjuk lelaki itu pada Azlin.
            “Oh, dia pelajar tingkatan enam atas yang baru pindah sini. Dia penolong ketua pengawas. Aku dengar dia dapat pangkat  tu disebabkan orang dalam.” Jelas Azlin.
Syazwina terpegun seketika. ‘Aku tak percaya apa yang dikatakan oleh Azlin.’
            “Kau ni wartawan ke?” Syazwina bertanya dengan nada yang pelik.
            “Itulah cita-cita aku dalam erti sebenar.” Jelas Azlin. ‘Saat ni aku rasa macam nak gigit aje minah depan aku.’
            “Dah tak ada cita-cita lain ke?” ada nada menyindir.
            “Kenapa?” Azlin soal kembali.
            “Sia-sia hidup kau kalau tak jadi arkitek. Belajar aje lukisan kejuteraan tapi nak jadi benda lain.” Syazwina mulalah tidak berpuas hati.
            “Suka hati. Aku balik dululah. Nanti ayah aku mengamuk!” Azlin terus menghilang.
            “Ayah?” Syazwina mula berasa ketar lutut. ‘Aku tahu yang aku salah sebab balik lambat. Habislah aku!’
Terasa perit apabila Syazwina menelan air liur dalam tekaknya.
Kini, Syazwina sudah sampai didepan rumahnya. Ketakutan mula menular dalam diri. Dia sememangnya takut.
            “Baru balik?!” Sindir ayah. “Dah petang baru balik. Aku suruh pergi sekolah untuk belajar, bukannya menggatal dengan lelaki.” Ayah mula membebel mengalahkan ibu. Telinga Syazwina sudah panas mendengarnya.
            ‘Aku tahu ayah seorang yang kaya.’ Disebabkan kekayaan ini, ayah buat sesuka hati pada wanita terutamanya ibu. Dia seorang lelaki yang kuat berfoya-foya. ‘Aku pernah tengok yang ayah aku pulang dalam keadaan mabuk lewat pagi. Ibu juga yang tolong memimpin ayah masuk ke bilik.’ Syazwina mendiamkan diri.
Ibu pula dikurung dalam rumah agam ini. Tidak dibenarkan keluar. Keluar pun hanya apabila bersama ayah.
            Syazwina terus menuju ke bilik. ‘Aku bukan nak kurang ajar tetapi perlu ke aku hormat padanya. Lelaki yang......’ Syazwina berpaling memandang wajah ayah tetapi hanya seketika sahaja.
            Syazwina mengucap dalam hati. ‘Walaupun seteruk mana ayah tu, dia tetap ayahku. Dia tidak pernah memukulku. Dia cuma banyak membebel. Ibu bersabarlah dengan ayah.’ Syazwina terus meninggalkan ayahnya tanpa kata.
*****
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diminta Syazwina Zul datang ke bilik persatuan Disiplin kerana ada urusan penting yang hendak diselesaikan. Harap maklum.” Pengumuman tersebut mula dikedengaran satu sekolah.
Nama Syazwina dipanggil sebelum waktu rehat bermula untuk berjumpa dengan mamat yang dilanggarnya semalam. ‘Apasal pula mamat ni panggil aku? Guna cara yang paling memalukan pula tu.’ Mudah sahaja hati Syazwina rasa sakit.
            Syazwina pergi juga ke bilik persatuan disiplin.
‘Sebenarnya ini kali pertama aku jejak kaki ke bilik persatuan yang tak berapa nak popular sebab sekolah aku jarang berlaku masalah disiplin. Jika berlaku akan terus dikesan dan diambil tindakan disiplin dengan kadar segera. Mantap!’ sempat lagi Syazwina memuji. Dia memanjangkan lehernya sambil mengintai orang di dalam bilik persatuan tersebut.
            “Syazwina Zul kan?” Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya dari belakang dan selamba sahaja dia masuk ke dalam bilik persatuan tersebut.
            ‘Oh, lelaki semalam ni!’ Mudah sahaja Syazwina untuk mengecam lelaki itu. Dia nampak bergaya dengan gaya skemanya. ‘Yalah pakai cermin mata. Macam poyo aje aku tengok.’
            “Ya, nama aku la tu.” Jawab Syazwina lalu masuk ke bilik tersebut.
            “Duduk!” Tegas suara lelaki itu.
            “Apa kesalahan yang aku dah buat? Aku rasa aku seorang pelajar yang baik, aktif dan  bijak.” Syazwina berkata dengan penuh bangga. Dia ternampak senyuman lelaki skema itu.
‘Apa kena mamat ni? Pertanyaan aku ni lawak ke? Nak juga aku patahkan cermin mata dia. Biarkan dia rabun sorang-sorang. Dah tak ada gaya lain untuk dijadikan ikutan. Tirulah gaya iman muda ke? Gaya yang baik-baik. Ini tak...’ Itulah sikap Syazwina yang suka membebel sendirian didalam hatinya.
            “Kesalahannya? Nanti aku bagitau kau. Sekarang kau kena datang sini setiap hari untuk sesi kaunseling.” Arah lelaki skema itu lagi.
            “Eh, dalam udang-undang mahkamah pun, kita kena bagitau apa kesalahan jenayah yang telah dia lakukan. Tak. Aku tak nak!” Syazwina sudah berdiri. Lelaki skema itu tersenyum lagi. ‘Murah dengan senyumanlah mamat ni. Jual la mahal sikit. Baru cool.’
            “Kesalahannya kau boleh baca di sini.” Lelaki itu menghulurkan buku tersebut. Wajahnya serius.
            Syazwina membacanya dengan penuh pengertian.
            “Gila!” Itu yang terkeluar daripada mulut comel ini. Kesalahan yang tidak munasabah. “Takkan kerana aku langgar kau, kau nak tuduh aku melawan pengawas. Aku tak salah.” Kata Syazwina dengan rasa geram apabila dituduh seperti itu.
            “Suka hati aku la.” Selamba sahaja dijawabnya. ‘Lelaki ni tiada perasaan ke?’
            “Aku tak peduli.” Syazwina pun selamba juga membantah.
            “Kalau kau lawan juga, surat amaran akan dihantar ke rumah kau dan ibu ayah kau kena datang ke sekolah.” Sebaik sahaja Syazwina mendengar perkataan ayah, jantungnya bagaikan terhenti daripada berdenyut. Dia dapat bayangkan ayahnya datang dan mesti mengamuk di sekolah.
‘Tak mahu. Aku tak nak menyusahkan ibu. Aku tahu ibu selalu kena marah jika aku buat hal. Yalah. Aku seorang sahaja anaknya dan sangat nakal.’ Syazwina mula membuat keputusan.
            “Yalah. Main ugut-ugut pula.” Akhirnya, Syazwina mengalah. Lagi lebar senyuman lelaki itu.
            “Tandatangan kat sini?” arahnya.
            “Macam tanda tangan surat nikah aje aku rasa.” Syazwina membebel. Dia tandatangan tanpa membaca isi kadungannya. Lelaki itu mengambil kertas yang sudah ditandatangani itu lalu dia tersenyum.
            “Adil, tolong fotostat kat pusat sumber ya? Banyak-banyak tau?” pintanya. Dahi Syazwina mula berkerut dengan arahan tersebut.
            “Baiklah!”
            Kini tinggal Syazwina dan lelaki skema dalam bilik tersebut. Dia mula rasa tidak sedap hati apabila pintu bilik tersebut ditutup oleh lelaki yang masih tidak ketahui namanya.
            “Kenapa kau tutup pintu tu?” peluh Syazwina sudah berlumba-lumba mengalir keluar.
            “Aku ingat kau dah baca isi kandungannya. Rupanya tidak.” Katanya yang amat skema. Syazwina  cuba memahaminya tetapi tidak berjaya. ‘Apalah mamat ni membebel sorang-sorang. Macam satu ugutan yang lain pula.’ Akhirnya Syazwina meneka sahaja.
            “Maksud?”
            “Kau dah setuju akan berkahwin dengan aku apabila kau berusia 22 tahun.” Kata-kata lelaki itu bagai suara ayahnya yang sedang mengamuk. Sungguh menakutkan!
Syazwina rasa seperti mahu pengsan. ‘Ingat kisah ni macam kisah dalam novel ke? Ini realiti la mamat tak sedar diri.’
            “Gila!” Syazwina mahu keluar dari bilik tersebut tetapi lelaki skema itu menghalangnya dengan berdiri betul-betul di pintu. ‘Aku memang rasa macam nak terajang sahaja mamat ni. Dahlah nama tak tahu. Apatah lagi melibatkan diri dengan aktiviti yang mengarut ni.’
            “Tepilah!” Suara Syazwina agak tinggi.
            “Hahaha!” Dia ketawa. ‘Dia .... Dia.... aku benci dia. Dia buat aku benci dia selamanya... Izz Irfan....aku benci kau!!!’
*****
Syazwina terus pulang ke kelasnya dengan muka tidak puas hati. Memang perbincangan antara dia dengan lelaki tadi sehangat-hangat tahi ayam. Sakit kepalanya. Minta-minta dia jatuh cinta dengan orang lain. ‘Yang aku paling sakit hati ada 10 Syarat yang dikenakan kepada aku. Kalau kenakan lepas kahwin tak apalah tapi dikenakan sebelum kahwin. Tak boleh berkompromi dah.’
            “Itulah perjanjian yang kau kena patuhi. Pasal meminang aku akan uruskan.” Kata lelaki yang bernama Izz Irfan dengan serius. Tidak lepas pandangannya menatap kertas ditangan. ‘Aku ni, dia tak pandang langsung. Benci!’ tanpa sedar Syazwina mengharap perhatian daripada Izz Irfan.
            “Aku akan melanjutkan pelajaran 3 tahun dan bekerja di luar negara selama 2 tahun. Maknanya 5 tahun kesemuanya. Sebaik sahaja aku balik, kau pun dah umur 22 tahun dan masa tu, kau kena bersedia jadi isteri kepada usahawan yang berjaya.” Penuh bangga Izz Irfan menerangkan rangka karangannya. ‘Aku rasa nak bagi markah sepuluh per seratus. Ingat bagus sangatlah tu!’
            “Aku tak setuju!” Syazwina bergerak semula ke arah kerusi yang dia duduk tadi lalu melabuhkan punggung sambil memeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum lagi.
            “Kalau kau tak setuju, kau dah langgar peraturan yang kau sah tandatangani sebentar tadi. Kau mahu dengar tak ugutan aku yang paling power punya?” tawar Izz Irfan kepada Syazwina.
Entah mengapa entah Syazwina dapat melihat mata lelaki skema itu bersinar dan bercahaya tetapi penuh dengan kejahatan yang sukar untuk dia sendiri ramalkan.
            “Ugutan yang paling power?” kening Syazwina dinaikan sebelah. Dia ketawa kecil.
“Takutnya....” Syazwina main-mainkan dengan kata-kata Izz Irfan. Sedikit pun tidak gentar. Dia masih ketawa dan ketawa tetapi  ketawanya terhenti apabila dia terdengar ugutan yang dikatakan power itu. Ia mampu membuat Syazwina terdiam.
            “Aku akan pergi ke rumah kau sendiri dan aku akan cakap yang aku dah pernah buat tak baik pada kau. Lepas tu kita terus kahwin. Tak payah tunggu 5 tahun.” Kata Izz Irfan sambil merenung tajam ke arah Syazwina.
            “Keji!” Kata Syazwina. Dia bukan membayangkan apa yang Izz  Irfan itu katakan tetapi dia bayangkan muka ayah yang mengamuk sebab sudah memalukan dia. ‘Ya Allah, apa perlu aku lakukan ni?’ Syazwina memegang kepalanya yang mula terasa sakit.
            “Yalah. Yalah. Aku ikut perjanjian tu asalkan kau jangan bagitau ayah aku.” Kata Syazwina yang akhirnya membuat keputusan untuk mengalah. ‘Tapi aku paling tak suka syarat terakhir ni. Ngeri bila difikirkan.’ Sempat Syazwina membaca kertas perjanjian yang kosong itu.
            “Aku tak sukalah syarat terakhir ni.” Luahan Syazwina.
            “Sebelum kahwin atau selepas kahwin?” soal Izz Irfan.
            “Lepas kahwin. Aku kena lahirkan zuriat untuk kau? Kalau aku tak nak camner?” Syazwina cepat-cepat menutup mulutnya yang agak lancar berkata-kata. Izz Irfan tersenyum. ‘Mamat ni tak penat ke asyik senyum?’
            “Aku paling suka syarat ni.” Kata berlawanan daripada Izz Irfan sambil merenung ke arah Syazwina. Lelaki skema itu membuka semula pintu tersebut.
            “Otak kotor!” Ejek Syazwina . ‘Aku tak tahan lagi untuk terus berada di sini.’
Cepat-cepat Syazwina memakai kasut. Adil sampai juga di situ dengan surat perjanjian tersebut yang telah dibuat beberapa salinan.
            “Syazwina Zul!” panggil lelaki durjana itu bagi Syazwina.
            Syazwina berpaling.
            “Ini untuk kau. Simpan sebagai peringatan di masa hadapan.” Kata Izz Irfan sambil tersenyum. Again!
            Syazwina mendengus. Dia membaca isi kandungan yang ada dalam surat perjanjian tersebut. ‘Aku lupa nak tanya motif dia nak kahwin dengan aku. Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain sehingga aku terpilih. Geram betul la. Siapa nama mamat ni?’ Marah betul Syazwina kepada lelaki skema itu. Matanya ligat membaca surat tersebut dan akhirnya dia terjumpa juga nama beliau yang amat menyakitkan hati.
            “Izz Irfan!” Syazwina mengetap bibir. Geram punya pasal.
            “Wina!” panggil sahabat Syazwina membuat dia terpinggar-pinggar. Terkejut dengan panggilan tersebut menyebabkan ingatannya terhadap makhluk yang menyakitkan hati itu hilang.
            “Kenapa kau ni termenung aje? Kalau tak, time gini kau dah pergi melantak kat kantin.” Kata Azlin.
            “Aku tak ada selera nak makanlah.” Kata Syazwina dengan lemahnya. Dia tidak mampu tersenyum apatah lagi untuk makan saat-saat begini walaupun makan itu adalah aktiviti kesukaannya. Dia termenung lagi.
            “Kenapa pula? Kalau ada masalah. Aku ada untuk menjadi teman bicara hati kau.” Azlin menyentuh bahunya. Syazwina memandang Azlin.
            “Kau ingat ni novel bicara hati ke? Aduh!” Syazwina menepuk dahinya.
            “Assalamualaikum adik-adikku. Apa khabar?” Kak Ria datang. Kak Ria, dia merupakan kakak senior dan pelajar tingkatan enam atas. ‘Entah-entah dia sama kelas dengan mamat perasan bagus tu kot. Berapa banyaklah gelaran yang telah aku sediakan untuk si mamat tu ya?’ Syazwina mula bersemangat.
            “Waalaikumusalam. Khabar baik kak.” Serentak Syazwina dan Azlin menjawabnya.
            “Baguslah, Alhamdulillah. Wina, kenapa muka ni macam orang mati suami ni?” kata  Kak Ria. Dia bernada gurau. Entah mengapa perkataan suami didengari ini membuat Syazwina terasa sakit di hulu hati. Rasa mual dan ingin muntah pun ada. Ini semua disebabkan mahkluk bernama Izz Irfan itu. ‘Mati suami? Ini rasa nak mati sebab aku dapat suami. Aduh!’
            “Kak Ria...” manja sekali suara Syazwina. ‘Sengaja aku nak bermanja. Biasalah nak korek rahsia, harus ada taktik yang betul.’ Penuh bangga gadis itu berkata dalam hati.
            “Kenapa adikku sayang?” Kak Ria pun turut membalasnya dengan kemanjaan yang terover. Syazwina tersengih.
            “Akak kenal tak lelaki yang nama Izz Irfan?” soal Syazwina perlahan. Dia cuba bersabar menanti jawapan daripada Kak Ria. ‘Eh, lama pula minah ni fikir?’ tidak sabar Syazwina untuk mengetahuinya.
            “Kenal. Kenapa?” tanpa pengetahuan Syazwina, Kak Ria juga mahu mengorek rahsia. Tiba-tiba sahaja gadis manis ini bertanyakan tentang lelaki dingin itu.
            “Saje tanya. Macam berlagak bagus aje lelaki tu kak.” Jelas Syazwina yang cuba berselindung daripada motif sebenar dia bertanya.
            “Berlagak? Oh, dia sekelas dengan akak tapi dia jenis yang tak banyak cakap. Lepas tu kalau dalam kelas, muka dia tang-tang nampak cam bosan aje cikgu mengajar tapi bila di soal, selamba sahaja dia jawab dengan betul. Akak pun terkejut juga.” Jelas Kak Ria. Syazwina  terkejut. ‘Aku tak puas hati dengan jawapan Kak Ria.’
            “Ala, sikap dia pula camner? Kuat memaksa tak?” tanya Syazwina  lagi. Tuba-tiba dia teruja untuk mengetahui perangai buruk lelaki yang cuba ugut dirinya ini.
            “Memaksa. Tak sure. Lagi pun watak dan perwatakannya amat misteri.” Kata Kak Ria sambil berfikir. ‘Aku tahulah Kak Ria ni seorang penulis, tapi tak payah la cakap macam tu sekali. Macam ayat novel pula.’ Syazwina mengeluh.
            ‘Izz Irfan!’ Hati Syazwina  tersentak. Dari tempat dia berbincang ini, dia ternampak kelibat Izz Irfan. Wajahnya serius ketika bercakap di pondok telefon. Entah siapa lelaki itu hubungi.
‘Dia anggap aku ni macam projek paling besar yang dia pernah buat? Ingat aku bahan uji kaji ke? Ish, bertambah bengkak hati ini. Muka aje menarik perhatian tapi hati macam hati... hati apa ya?’ Syazwina tengah berfikir...
            “Wina!” sergah Azlin dengan mengejut.
            “Hati kambing kau! Hati Kambing!” Syazwina termelatah. ‘Tak pernah-pernah aku melatah. Ini pertama kali aku melatah kerana fikirkan si Izz tu. Malu siot.’ Wajah Syazwina kesedikit kemerahan menahan perasaan malunya.
            “Sedap hati kau kata aku hati kambing.” Ada nada merajuk. Syazwina tidak pedulikan kata-kata Azlin tetapi memandang semula Izz Irfan. Lelaki itu tersenyum dan menghampiri tempat mereka bertiga duduk.
            “Hai semua.” Izz Irfan menyapa mereka dengan senyuman. ‘Ingat bagus sangatkah senyuman kau. Kalau nak bandingkan senyuman Kodok, itu lebih cantik dan yang penting ikhlas.’ Gerutu Syazwina dalam hati. Hanya pandangan tajam sahaja yang dihadiahkan kepada mamat tersebut.
            “Hai.” Azlin menunjukkan riak wajah yang amat miang sekali. ‘Aduh! Dah tak ingat dah yang minah ni merajuk tadi sebab aku panggil dia hati kambing. Inilah kelemahan perempuan. Pantang tengok mamat kacak.’ Syazwina gelengkan sahaja kepalanya.
            “Maaf. Ria boleh tak awak tolong saya sesuatu?” Pinta Izz Irfan tetapi pandangan matanya sedang melihat Syazwina. ‘Ini mesti kemahiran berkomunikasi gagal. Cakap dengan Kak Ria tapi pandang aku pula. Ada aku kisah?!’ Syazwina berpura-pura tidak mengenali Izz Irfan. Syazwina sengaja pandang ke tempat lain.
            “Tolong apa?” Dahi Kak Ria sudah berkerut.
            “Cikgu Azmi minta saya ambil buku latihan atas mejanya tapi saya ada hal penting. Nak jumpa pengetua sekejap.” Jelas Izz Irfan. Senyuman masih setia meniti dibibirnya.
            “Baiklah. Boleh aje.” Balas Kak Ria.
            “Terima kasih. Saya pergi dulu.” Kata Izz Irfan. ‘Aku hanya tengok mamat ni dengan mimik muka yang paling buruk pernah aku buat dalam hidup serba moden ini. Biar dia menyesal kahwin dengan perempuan tak cantik. Padam muka kau!’
            “Baiklah. Akak pergi dulu. Wina, jangan tayang muka macam tu. Wina nampak macam ikan termenung!” kata Kak Ria sambil ketawa terbahak-bahak. Dia meminta diri untuk ke bilik guru.
            “Akak ni....” Syazwina mengamuk. ‘Ikan termenung tu juga dia nak bandingkan dengan wajah aku yang putih berseri ni. Siaplah kau Izz Irfan poyo! Aku akan balas dendam juga. Aku akan kahwin dengan orang lain yang lebih sesuai dengan aku. Dalam masa 5 tahun ni aku akan cari sampai jumpa. Nanti bila kau balik, terngangalah kau. Hahaha...’ Syazwina sudah merancang sesuatu untuk membuat rancangan Izz Irfan gagal.
            Ada sedikit perasaan lega dalam hati Syazwina.
            “Siaplah kau!” kata Syazwina tanpa disedarinya. Azlin sudah membuat muka pelik sambil merenung wajah sahabatnya itu.
            “Sudahlah tu. Kau pun nak join group aku. Ikan termenung.” Kata Syazwina sekadar bergurau.
            “Tak nak lah. Kau sorang aje yang layak.” Kata-kata Azlin membuat Syazwina mengejar dia sehingga ke kelas. Dia sedar, Izz Irfan sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Lelaki itu berdiri di bangunan tingkat atas dengan satu senyuman yang mempunyai pelbagai makna yang tersirat. Dan hanya dia seorang yang tahu.
            ‘Aku perasanlah yang kau tengok aku Izz!’ Syazwina memang sudah menyedari panahan mata lelaki itu. Dengan selamba Syazwina jelirkan lidah pada mamat skema itu dan menyambung semula mengejar Azlin.
‘Padam muka kau, Irfan!’ Bisik hati Syazwina.
Izz Irfan hanya tersenyum. Again! Mengamuk Syazwina.
*****
Sejak itu Syazwina menjadi seorang vampire yang mengejar lelaki-lelaki demi membatalkan perjanjian mengarut itu. ‘Aduh! Ini mesti kes terpengaruh dengan movie twilight yang baru ni.’ Syazwina mengeluh.
            “Kenapalah orang tak suka aku ni?” Syazwina mengeluh lagi kuat. Apa lagi yang mampu dia lakukan.
Tiba-tiba Syazwina menggelabah. ‘Aku pelik dan sangat pelik. Kenapa tak ada orang nak suka aku? Apatah lagi nak buat aku jadi bini. Aku nak upah pun diorang tak mahu sebab ada orang upah mereka dengan bayaran yang lebih tinggi. Apa kejadah ni? Ada sebulan lagi mamat perasan bagus tu nak balik. Apa aku nak buat ni?’ fikiran Syazwina buntu.
“Aku akan bayar kau lebih kalau kau sudi jadi suami aku.” Kata Syazwina dengan penuh harapan. Syazwina begitu mengharap pada lelaki itu dengan pandangan matanya yang berkaca-kaca. ‘Harapanku menggunung tinggi. Kau tahu tak?’
“Aku bukan tak nak terima tapi ada orang bayar aku lagi tinggi.” Kata lelaki itu. ‘Eh, mamat ni? Siapa yang dah tempah mangsa aku ini dulu? Asal aku cari lelaki, macam tulah jawapannya. Sungguh menyakitkan hati.’ Syazwina segera meninggalkan tempat itu.
Benci bila teringat peristiwa menyakitkan hati. Syazwina teringat semasa di akhir persekolahannya. ‘Yalah sebab dia tak berani nak datang rumah aku tapi pada hakikatnya aku yang takut kalau dia berani datang rumah aku. Habis aku kena belasah dengan ayah.’
“Ingat, lima tahun lagi kita akan berkahwin. Kau jangan cuba nak lari dari aku.” Pesan Izz Irfan. Pandangannya masih pada Syazwina. ‘Tak jemu ke asyik tengok muka aku?’ Syazwina bertanya sendirian.
“Kau ingat aku ni atlet olahraga ke? Nak lari-lari. Aku ni sekadar altlet bola baling. Bahagian penyerang. Kalau kau nak rasa, boleh aje.” Kata Syazwina yang sudah berasa amat geram. ‘Apa kejadah aku nak lari? Tak perlu lari sebab aku akan buat juga. Tak nak kahwin dengan kau!’
“Kalau kau penyerang bola baling, aku pula penyerang ragbi. Nak cuba tak? Tengah ganas ni.” Kata-kata Izz Irfan sentiasa mampu membuat Syazwina terdiam.
‘Baru-baru ini aku ada juga tengok pemain-pemain ragbi. Badan besar-besar. Pertandingan peringkat negeri tu buat di sekolah aku. Sempat juga aku perhatikan bakal suamiku ini bermain. Mak ai, bergaya habis, hati aku berdebar-debar melihat gayanya yang amat bergaya. Bermain tanpa memakai cermin mata skemanya. Dia lebih kacak begitu.’ Sempat lagi Syazwina memuji.
Lepas itu Syazwina mengamuk dengan diri  sendiri sebab dia menjadi teman setia duduk ditepi padang sehingga habis pemain wakil sekolahnya bermain. Dan yang paling dia geruni kerana mampu membuat jantungnya gugur ialah saat lelaki skema itu pandang ke arahnya dengan senyuman yang berunsur-unsur kejahatan sebab pemain ragbi sekolah kami juara dalam permainan akhir untuk tahun ini.
‘Buat apa aku tunggu lagi. Baik jangan lama-lama kat situ.’ Syazwina terus meninggalkan kawasan padang tersebut. Sanggup ponteng kelas semata-mata mahu melihat mamat skema itu bermain Ragbi. Tanpa Syazwina sedar ada perasaan istimewa muncul dalam hatinya.
“Terdiam pula kau. Aku tahu aku sangat bergaya. Janganlah pandang lama-lama.” Wajah Izz Irfan mula berpeluh. Syazwina sendiri tidak pasti mengapa begitu.
“Perasan aje lebih. Ala, aku boleh berlakon jadi awek kau. Tak perlulah kahwin-kahwin ni.” Syazwina cuba memujuk.
“Berlakon?” wajah lelaki itu kembali tenang. Tidak seperti tadi seakan sakit perut sahaja lagaknya.
“Aku ni pelakon terbaik heroin...” Kata Syazwina memujuk diri sendiri.
“Dan aku pelakon terbaik hero. Kau jangan nak mengarut. Perkahwinan ini tetap akan terjadi.” Balas Izz Irfan dengan tegasnya.
“Okay tapi kenapa kau pilih aku?” Tiba-Tiba persoalan itu muncul. ‘Nasib baik aku teringat nak tanya perkara paling penting ni.’
“Sebabnya..... malam pertama nanti kau akan tahu.” Dia tersengih. ‘Muka tak tahu malu. Malam pertama pula. Menyampah aku. Tak padan dengan budak. Eh, umur dia dah 19tahun! Lainlah aku ni masih bawah umur, baru 17tahun.’
“Dahlah!” kata Izz Irfan sambil berdiri. “Kau tetap jadi milik aku. Itu pasti!” katanya  lagi sambil membetulkan cermin mata skemanya.
“Maknanya kau suka aku. Itu sebab kau nak sangat aku jadi bini kau kan?” Syazwina  cuba meneka. Dia beritahu Izz Irfan mengenai pendapat yang agak bernas ini tetapi dibalas dengan gelak ketawa yang begitu mendebarkan hati wanitanya.
Izz Irfan merenung gadis itu dengan senyuman yang sentiasa membuat Syazwina tidak senang duduk pada hakikatnya.
“Mungkin..” kata mamat itu. Syazwina menjerit sekuat hati.
“Mamat poyo!!!!” Geram sungguh rasanya.
‘Benci aku nak ingat perkara tu. Sakit jiwa dan ragaku.’
            Syazwina berjalan sekejap ke kiri dan patah balik ke kanan.
“Aduh, kepala aku sudah pening. Sebulan. Dalam masa sebulan ni. Aku tak dapat nak fikirkan secara waras. Walaupun Izz dah meminang aku dan ayah menerimanya tetapi aku ada hak nak kahwin dengan lelaki yang aku cintai. Apa yang patut aku buat ni?” fikiran Syazwina buntu. Bertambah buntu apabila teringat peristiwa-peristiwa yang wujud antara dirinya dengan mamat tersebut. Alam sekitar dihadapannya dipandang sepi sahaja.
            ‘Sejak si Izz tu pergi ke luar negara, sikit pun dia tidak pernah menghubungi aku. Itu yang buat aku sakit hati. Sebenarnya aku ada langgar syarat-syarat yang dia tetapkan sebelum kahwin. Syarat yang pertama pulak tu.’ Hatinya berbisik pula.
            “Jangan cari lelaki lain. Aduh!” Syazwina mengeluh. Kertas perjanjian yang Izz Irfan berikan dilihatnya.
‘Kertas perjanjian yang dia bagi pada aku tu, aku jaga elok-elok supaya aku ingat. Ingat untuk aku tidak patuhi semua syarat tu. Patutnya dia boleh terbatal dengan sendiri tetapi tidak pula.” Dahi Syazwina sudah berkerut.
            Syazwina berjalan lagi. Keindahan alam dihadapan aku tidak mampu memberi ketenangan pada jiwanya yang bercelaru dengan perjanjian mengarut ini.
            Tiba-tiba Syazwina terpandang seseorang yang begitu menarik perhatian. Walaupun rambutnya panjang seperti Faizal Tahir, ia diikat dengan kemas. Tingginya pula seperti Hitrik Roshan. Badannya yang agak gagah seperti Ady Putra. Matanya warna biru. Mungkin mata palsu.
            ‘Teruknya bayangan aku ini.’
            Ternganga mulut Syazwina melihat lelaki yang tidak dikenali itu.
            “Cik adik, ya pun tengok saya yang kacak ni, janganlah sampai ternganga macam mulut buaya. Bahaya tau” tegur lelaki itu dengan suara sedikit manja apabila dia perasan cara Syazwina memandangnya. ‘Mungkin ketara sangat kot. Mulut buaya? Agaknya kau kot yang buaya darat bukannya aku...’
            “Aku bukan apa. Aku tengok mata kau tu. Mata betul atau mata palsu?” pandangan mata Syazwina masih di mata. Lelaki itu tersenyum. ‘Apa? Macam pernah aku lihat senyuman tu. Tapi di mana ya?’
            “Mata palsu?” lelaki itu ketawa manja. ‘Lawak betul perempuan ni.’
            “Yalah. Dalam bahasa Melayunya Kanta Mata atau kanta sentuh.” Kata Syazwina lagi. ‘Aku ingat dia ni mat salleh sebab dari tadi mukanya blur tiap kali aku cakap. Lepas tu asyik senyum sahaja atau baru keluar dari tanjung rambutan?’
            “Oh, dan bahasa Inggerisnya ialah....” sambung lelaki itu.
            “Kau cikgu English ke? Nak translate apa yang aku cakap?” kata Syazwina .Dengan selambanya Syazwina memotong kata-kata mata palsu itu. Lelaki tu senyum lagi. ‘Sah! Spesies dengan Izz.’
            “Kau ni lucu la.” Pujinya. ‘Itu pujian ke? Sedangkan aku tak buat lawak pun. Kalau aku masuk mahajara lawak mega pun, mungkin Boboi dan Osbon tak dapat masuk akhir sebab aku dah menjuarainya. Apa yang aku mengarut  di saat ini? Mamat mata palsu, kau memang nak kena. Saja nak cari masalah dengan orang yang dah sedia ada masalah besar.’
            Syazwina berlari perlahan macam gaya nak lompat jauh gitu. Perlahan dulu dan terus dia pecutkan lariannya. Dengan selamba Syazwina menarik tocang rambut milik lelaki itu yang ala-ala Faizal Tahir dan terus meninggalkan lelaki itu. ‘Tak pasal-pasal aku panggil tocang rambut padahal kau tak ikat tocang pun. Padam muka! Siapa suruh kau cakap aku nganga macam mulut buaya.’ Syazwina tinggalkan mamat mata palsu itu.
Lelaki itu ketawa terbahak-bahak. ‘Dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandu kereta dan terus cari makan. Itu lagi bagus.’
*****
Lelaki mata palsu itu masuk ke dalam sebuah rumah banglo.
            “Tuan Izz Is...” kata seorang pembantu di rumah tersebut.
            “Tuan ada tak?” soal lelaki mata palsu.
            “Ada, di bilik bacaannya.” Kata pembantunya itu.
            “Terima kasih. Mak cik, buatkan air kegemaran saya ya?” pintanya.
            “Baiklah, tuan.”
            “Mak cik, awat formalnya hari ni?” soal lelaki mata palsu itu.
            “Is, nanti tuan besar marah. Habis mak cik nanti.” Kata pembantu rumah itu sambil menunjukkan gaya memotong leher. ‘Brutal gitu mak cik.’
            “Okay. Terima kasih mak cik!” Lelaki mata palsu itu segera ke bilik bacaan tersebut.
Lelaki mata palsu itu menyergah Izz Irfan yang sedang asyik membaca dokumen penting atas mejanya. Sedikit pun Izz Irfan tidak terkejut.
            “Tak ada feeling betul la abang ni,” Izz Irfan tersengih memandang adiknya yang baru pulang ke Malaysia.
‘Dia ni adik kembar aku, namanya Izz Isfan. Dia tak minat bidang perniagaan, terpaksalah aku yang kena uruskan semua ini. Abi pula bersara awal. Katanya nak bermanja dengan ummi. Dah tua-tua pun nak bermanja. Apa kejadahlah? Sekarang Abi dan ummi berada di tempat yang aku sendiri tak tahu di mana. Kalau ada apa-apa berlaku, just mesej di e-mail sahaja. Dengan anak sendiri pun mahu buat macam tu.’ Izz Irfan tersenyum.
            “Dah jumpa bakal kakak ipar adik?” Soal Izz Irfan.
            “Dah jumpa. Memang sesuai dengan abang. Sorang banyak cakap, sorang pendiam.” Komennya. Izz Irfan menaikkan keningnya sebelah sebagai tanda dirinya tidak berpuas hati dengan pendapat adiknya itu. Izz Isfan hanya tersengih. Suka kenakan abangnya itu.
“Tapi abang, rancangan abang memang perfect!” puji adiknya pula. ‘Budak ni betul-betul mulut manis. Aku jahit mulut tu. Dia tak tahu ke yang aku ni pantang dipuji. Mulalah aku rasa sakit perut. Aduh!’ Wajah Izz Irfan mula berkerut.
“Apa yang perfect?” sengaja Izz Irfan buat suara serius. Padahal menahan sakit perut yang mula dirasainya.
‘Aku memang sukakan Syazwina. Namanya secantik orangnya. Rindunya. 5 tahun tak berjumpa. Mesti dia tak tahu yang aku dah seminggu dekat Malaysia. Mesti dia terkejut.’ Izz Irfan tersengih. Hilang pula rasa sakit perutnya apabila teringat wanita kesayangannya.
            “Apa yang abang buat la. Tak pernah orang buat camtu lagi. Perjanjian tu.” Kata Izz Isfan. Izz Irfan tersenyum bangga tapi dia cuba kawal diri.
            ‘Kali pertama aku terserempak dengan Syazwina ketika gadis itu sedang mereject seorang lelaki beberapa bulan yang lalu sebelum perjanjian itu dia tanda tangan. Entah mengapa saat itu aku seperti terdengar lagu hindustan mohabbatein. Jatuh cinta katakan. Biarlah rahsia dulu.’
            “Sebenarnya itu rancangan abi.”Jelas Izz Irfan. ‘Memang Abi yang bagi rancangan perfect itu. Ummi pula jadi penyokong. Abi dan Ummi memang sehati dan sejiwa. Walaupun dah tua tapi masih bersemangat muda. Sayang betul dengan Abi dan Ummi.’ Ada senyuman terukir.
            Kasih dan sayang anak kepada ibu dan ayahnya boleh dibawa mati. ‘Begitu juga utuhnya perasaan itu untuk Abi dan Ummi. Cepatlah pulang!  Anakmu ini merindui.’
            “Rancangan Abi? Mantaplah Abi.” Izz Isfan memang suka benda yang pelik-pelik. Tengok sahaja peribadinya. Memang pelik. Berjangkit dengan seseorang yang suka buat kerja-kerja pelik.
            Tiba-tiba Izz Irfan teringat perbualannya dengan Abi dan Ummi.
            “Abang, jemput minum.” Ummi berkata. Izz Irfan hanya melihat perbezaan saiz cawannya dengan saiz cawan Abi.
            “Terima kasih sayang.” Abi tersenyum. ‘Depan aku pun nak romantik juga ke? Tapi kenapa aku tak ada ciri-ciri romantiknya. Serius memanjang diriku ini.’
            “Ummi, kenapa abi selalu aje dapat gelas lebih besar dari Ir dan Is?” Izz Irfan bertanya. Lagaknya seperti kanak-kanak kecil. Ketika itu usia aku baru 18 tahun. Masa tu aku dah jatuh cinta dengan Syazwina. Masa tu cuti sekolah akhir tahun sebelum aku masuk ke tingkatan 6 atas.’
            “Apa-apa perkara yang ummi buat, mesti kena lebihkan suami. Nanti cemburu, susah juga Ummi nak pujuk.” Kata ummi sambil menjeling manja ke arah Abi.
            “Nak cemburu dengan siapa?” dahi Izz Irfan berkerut. Ummi hanya tersenyum manis.
            “Dengan Ir dan Is la. Sakit juga kepala Ummi ni.”
            “Teruknya Abi. Cemburu tak kena tempat.” Izz Irfan berkata lalu meneguk air teh kegemaran Abi. ‘ Abi memang gila air teh. Aku pun tak tau tang mana yang sedap air ni. Aku tak kisah sangat air apa. Janji boleh diterima oleh tekak aku.’
            “Ada abi kisah? Hah, macam mana dengan perempuan yang Ir suka tu? Dah luahkan perasaan?” soal Abi. Izz Irfan hanya mampu menggeleng.
            “Susahlah Abi.” Ada nada kecewa. Baru beberapa hari dia jatuh cinta dengan gadis itu, sudah cuti sekolah. Terpaksalah Izz Irfan menunggu sekolah dibuka tahun hadapan. Izz Isfan pula ketika itu, sedang melanjutkan pelajaran keluar negara selepas tamat SPM.
            “Kenapa?” Abi melipat surat khabar yang dibacanya lalu meneguk air teh yang terhidang.
            “Malulah...” Izz Irfan berterus terang.
            “Sikap siapalah yang la Ir dapat ni? Abi zaman sekolah dulu tak tahu malu tapi kamu ni terlebih malu.” Abi pun gelengkan kepala juga.
            “Nak buat camner Abi.” Lemah sahaja suara anaknya itu.
            “Kamu buat macam nilah....” Abi pun menerangkan sesuatu kepada Izz Irfan satu persatu.
            “Boleh ke?” Abi bertanya. Dia terdiam.
            “Ummi sokong aje. Nakal juga abang ni ya?” Ummi tersenyum.
            “Dulu nak juga buat pada sayang macam tu tapi tak sangka orang tu yang sudi nak kahwin dengan kita.” Jelas Abi.
            “Kita pula yang kena. Kalau orang tu tak meminang, tak adanya kita kahwin.” Balas ummi. Izz Irfan hanya mampu tersenyum. ‘Bahagianya Ummi dan Abi.’
            “Abi. Ummi. Ir setujulah.” Kata Izz Irfan. Dia sudah membuat keputusan. ‘Aku yakin yang aku boleh buat...’
            “Baguslah! Camnilah anak Abi.” Abi menepuk-nepuk bahu anaknya itu.
            “Anak Ummi juga.”
            “Mestilah. Inikan anak Danish Aniq... Izz Irfan Bin Danish Aniq...”  Izz Irfan  menyebut nama ayahnya. Dia tersenyum lagi tetapi tidak lama sebab  rasa perut ini sakit apabila dia dipuji. Dia meminta diri untuk ke tandas. Ummi dan Abi hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya yang tidak berapa hendak matang. ‘Terima kasih ummi dan Abi. Sayang korang!!’
            “Abang ni termenung pula. Is tengah membebel dengan abang ni.” Izz Isfan melihat wajah abangnya itu. ‘Lama pula aku berangan teringatkan Abi dan Ummi. Rindu pada diorang. Adik perempuan aku pula apa khabar dia? Study okay ke? Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Kenalah jaga betul-betul.’ Izz Irfan rasa bertanggungjawab terhadap mereka berdua.
            “Maaf. Abang sibuk nak uruskan perkahwinan abang ni.”
            “Lor, biasanya mak ayah yang uruskan.”
            “Mak ayah? Tengoklah Abi dan Ummi, menghilang ke mana. Tak ingat nak balik. Tak tahu ke sebulan lagi anaknya nak kahwin.” Izz Irfan mengeluh. ‘Tak habis-habis nak romantik diorang berdua ni.’
            “Tak apa, biar Is yang uruskan. Abang suka warna apa?” soal Izz Isfan. ‘Aku suka warna apa?’
            “Warna skema ada?” teragak-agak Izz Irfan  bertanya. ‘Aku dah biasa dengan jiwa skema. Aduh!’
            “Warna gelap-gelap ya?” teka Izz Isfan. Dia sendiri tidak pasti. Abangnya hanya angguk sahaja.
            “Oklah, biar adik pergi dulu. Nak pergi bincang dengan auntie Mia. Sambil-sambil tu boleh mengorat anaknya yang cun itu.” Kata Izz Isfan sambil berdiri.
            “Tak ada kerja betul. Kalau tak ada kerja sangat. Meh, tolong abang kat syarikat.” ajak Izz Irfan. ‘Aku tahu yang adik aku seorang ni elergik sikit dengan kerja-kerja pejabat. Macam penyakit kulit pula.’
            “Tak mau, I rela jadi model sambilan, jual muka lagi seronok.”Izz Isfan terus berlalu pergi. Izz Irfan hanya mengelengkan kepala.
‘Memang sebut pasal kerja kat pejabat, nak lari aje.’ Izz Irfan hanya melihat adiknya berlalu pergi.
            ‘Aku berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar. Ini bukan kahwin kontrak. Syazwina tak tahu yang kontrak yang dia tandatangan tu dah aku musnahkan sebelum bertunang lagi. Memang selama ni kontrak tu tak ada. Dah terbatal sama sekali. Hahaha’
            “Syazwina Zul. Kau tetap milik aku walaupun tanpa kontrak ni?” Izz Irfan tersenyum puas. ‘Apalah reaksinya apabila tahu yang aku dah pulang ni? Baik aku menyamar. Dia bukannya kenal aku. Good Idea. Menyamar jadi Izz Isfan.’
            Petang itu juga Izz Irfan pergi mengacau Syazwina. ‘Aku dapat tahu daripada pengintip yang aku upah, tiap-tiap petang Syazwina akan pergi berjogging. Itu pun dia!’
            Dari jauh Izz Irfan dapat melihat seorang gadis sedang termenung. Sengaja dia melabuhkan punggung  di sebelah gadis itu berehat..
            “Macam kenal aje kau ni?” Syazwina menegur Izz Irfan. Izz Irfan tersenyum. ‘Nasib baik jumpa rambut palsu ni dan yang paling special  mata palsu ni. Warna biru lagi. Aku akan pakai bila aku rasa perlu.’
            “Kau pun jogging kat kawasan ni?” soal Syazwina lagi. ‘Aku nak tergelak tengok wajahnya. Kesian. Aku hanya diamkan diri. Aku angguk kepala. Aku dan Isfan hanya berbeza tang suara aje. Suara aku lebih serius berbanding dengan Isfan manja dan disukai ramai. Itu pasal aku tak pandai bermanja dengan sesiapa kecuali dengan abi dan ummi.’
            “Kau ni bisu ke? Aku baru dengar suara kau pagi tadi.” Tanyanya lagi. Muka Izz Irfan merah sebab dia tahan ketawa. Betapa lawaknya muka Syazwina. Sedap betul kenakan orang. ‘Aku ni memang tak ada kerja lain ke?.’
            “Diam lagi?” Syazwina tidak puas hati. “Aku ni macam cakap dengan tunggul aje. Baik aku pergilah macam ni.” Syazwina mahu bergerak sudah.
            “Hey!” Akhirnya Izz Irfan bersuara. Langkah Syazwina terhenti. Dia seakan mengenali suara itu tetapi dia diamkan diri sahaja.
            “Bersuara juga. Aku ingat dalam mulut kau tu ada emas.” Kasar Syazwina sudah muncul. Sekurang-kurangnya gadis ini jujur dengan apa yang dia rasa. Itu yang membuat Izz Irfan jatuh hati.
            “Salam berkenalan.” Izz Irfan mengubah topik perbualan mereka.
            Syazwina terkejut. ‘Ingatkan tak ada lelaki yang nak berkenalan dengan aku. Lagi pun cukup pakej yang aku suka. Boleh mengorat ni. Buruk kebenor perempuan yang mengorat lelaki. Syazwina Zul, tolong kawal diri tu. Jangan nak malukan diri sendiri gara-gara tak nak kahwin dengan si Izz tu.’ Syazwina berperang dengan perasaannya sendiri.
            ‘Awatlah minah ni diam aje? Termenung pula. Aku salah cakap ke?’ Izz Irfan pula berasa bimbang.
            “Kau okay?” Izz Irfan menegur.
            “ Aku okay. Aku pergi dulu.” Entah mengapa Syazwina rasa tidak sedap hati. Bagaikan dia sudah pasrah dengan takdir yang dia akan berkahwin dengan Izz Irfan. Biarlah.
            ‘Serius pula muka Wina ni? Kenapa ya? Tak jadi aku nak mengusik dia. Tak apalah. Kita jumpa masa nak kahwin ya? Izz..Izz Cin.....cin..... aku ada penyakit gagap ke? Oh tidak! Camner ni?’ fikiran Izz Irfan bercelaru saat hatinya ingin melafazkan cinta untuk Syazwina. Akhirnya dia pulang ke rumah sahaja.
*****
‘Tadi ayah beritahu aku yang perkahwinan itu seminggu lagi. Aku tak boleh keluar pergi mana-mana itu yang tak tahan ni. Sakit kepala aku. Aku mana reti duduk diam dalam rumah. Mesti nak keluar juga. Tetapi demi Ibu aku yang susah payah menyiapkan masjlis akad nikah ini. Aku akan jaga perangaiku.’
            ‘Aku pejam. Lepas tu aku celik balik. Aku pejam lagi. Aku celik lagi sekali dah datang hari yang aku tak ingin tunggu langsung ini. Orang kata muka aku berseri?? Tanda soal. Berseri tang mana la. Hati aku terseksa tau tak?’
            ‘Aku memakai warna skema yang menjadi pilihan si budak Izz, warna ungu gelap? Itu warna skema ke? Warna skema bukan ke warna hitam. Ungu gelap cantik gak tapi hati aku ni berdebar kencang. Sejak lima tahun lalu aku tak pernah jumpa dia. Sakit jiwa ragaku menahan perasaan debaran yang melanda hebat.’ Syazwina memandang pelik pakaian yang dipakaian dalam cermin.
            “Wina!” Ada suara yang amat Syazwina kenali telah menegurnya.
            “Kak Ria!” Syazwina menjerit bagaikan melihat hantu. ‘Nasiblah kak Ria. I miss you.’
            “Wah, makin cantik. Patutlah dulu sibuk duk tanya pasal Izz, rupanya jodoh korang. Akak tumpang gembira. Rasa diri ni tua pula.” Ada nada yang sedih kedengaran. Wajah Kak Ria ditunduk.
            “Kenapa akak cakap tu pula?” Syazwina mula rasa tidak sedap hati.
            “Tak ada apa-apa la.” Jawab Kak Ria. Jelas gadis itu sedang termenung.
            “Rasa diri tu tua sebab tak kahwin lagi. Abang nak kahwin, tak sudi nak terima.” Tiba-tiba muncul seorang lelaki. Abang sepupu Syazwina masuk. Zeck. ‘Alahai. Diorang ni memang sepadan.’
            “Baik awak diam. Jangan nak memalukan saya. Wina, akak tunggu kat luarlah ya?” pinta Kak Ria. Syazwina tersenyum sahaja. ‘Nak larikan dirilah tu. Kak Ria ni.’
            Hati Syazwina makin berdebar apabila ibu datang menghampiri dan memintanya supaya bersiap sedia. Masa bertunang tidak pula rasa macam ini. Masa kahwin, rasa nak tercabut jantung .  Dari jauh Syazwina sudah nampak Izz Irfan  sedang siap sedia depan tok kadi.
Syawina sempat memerhati raup wajah bakal suaminya. ‘Mak ai,  kacak! Bakal laki siapa la?’ Syazwina ketawa nakal dalam hati.
            Syazwina pun mula berangan entah ke mana. Dia hanya tersedar apabila Kak Ria menyiku pinggangnya.
‘Apa hal pula main siku-siku ni?’ Terasa sakit sedikit. Syazwina memandang ke arah Kak Ria yang duduk di sebelah kirinya dengan dahi yang berkerut tetapi apabila dia memandang depan kembali, barulah Syazwina sedar yang Izz Irfan sudah dihadapannya. Syazwina terasa air liurnya pahit untuk ditelan. Macam ubat demam sahaja.
‘Bila masa dia ada depan aku ni?’ Izz Irfan sedang memegang cincin untuk sarungkan ke jari manis Syazwina.
            Menggigil tangan Syazwina saat menghulurkan jari manis kepada lelaki itu. Izz Irfan mengenggam tangannya terlebih dahulu. Dia tersenyum macam selalulah. Syazwina cuba juga untuk tersenyum tetapi tidak boleh.
Syazwina mula rasa mahu menangis. ‘Kenapa ini yang terjadi? Awat air mata yang nak mengalir pula.’  Sekarang giliran Syazwina pula sarungkan cincin dijari Izz Irfan. Sejurus itu Izz Irfan menyapu air mata isterinya yang baru dinikahi itu lalu mengucup lembut dahi. Mata Syazwina terkebil-kebil. Terpana dengan tindakan suaminya itu.
            “Siap kau nanti!”
            “Siap apa?” sempat lagi Izz Irfan berbisik di telinga Syazwina. ‘Yalah, ramai sangat yang  ambil gambar. Terpaksa kaku seketika.’
            “Berani kau buat tak tahu pada aku tadi.” Agak keras suara Izz Irfan. ‘Aku peduli apa. Janji aku dah buat apa yang kau mahu. Ni nak marah-marah aku pula.’
            “Suka hati akulah.” Jawab Syazwina dengan nada perlahan. Selepas itu, dia tidak melayan lagi kata-kata Izz Irfan . ‘Aku buat tak tahu.  Sia-sia aku menangis. Lelaki tak betul!’  Amuk Syazwina dalam hatinya.
            “Auwwwhhh!” Syazwina terjerit kecil.. ‘Tak guna punya laki! Sempat tangan kau sebelah merayau ke pinggang aku. Aku punya badan ni sensitif tau. Cepat rasa geli.’ Syazwina membebel. Wajahnya sudah merah. ‘Apa lagi ramai yang snap gambar aku. Si Izz tersenyum puas. Benci kau!’
            ‘Kenapa mesti malam? Malam untuk orang tidur dan berehat tetapi tidak bagi aku.’ Syazwina berasa gerun menghadapi malam pada hari ini. Apabila teringat kata-kata ugutan  Izz tadi, dia menjadi takut.
            “Ibu. Takutlah.” Syazwina mengadu kepada Ibu apabila terserempak dengan ibu ketika dia ke dapur untuk minum.
            “Takut apa?” ibu tersenyum. ‘Aku tahu yang ibulah orang paling bahagia hari ini kerana tanggungjawabnya pada aku sudah lepas tapi aku tahu dia sayangkan aku. Aku pun sayangkan ibu juga.’
            “Takutlah. Mana tahu si Izz tu buat yang bukan-bukan pada Wina.” Syazwina mula merepek.
            “Shhhh...” ibu meletakkan jari telunjuknya pada bibir anaknya itu. Syazwina terdiam. “Tak baik cakap macam tu. Izz tu suami Wina. Selagi dia tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama, Wina wajib ikut segala perintahnya. Kita sebagai isteri, kena dengar kata-kata suami dan taat setia. Ingat pesan ibu ni ya?” nasihat ibu.
            “Awak kat sini rupanya. Lama abang tunggu kat bilik. Wina, dah kahwin pun tak reti-reti masuk bilik awal ke?” Ayah mula menyindir Syazwina.
‘Sebut pasal ayah, ayah banyak berubah sejak aku berkahwin pagi tadi. Muka bengisnya tiada lagi. Apa kaitannya muka bengis ayah dengan perkahwinan aku? Pelik.’
            Syazwina pun bersalaman dengan ayah dan ibu lalu menuju ke kamar pengantin. Dia sangat pasti Izz Irfan ada menantinya di sana.
Syazwina baru sahaja menapakkan diri dalam bilik tersebut lalu menutup pintu dan kunci.
            “Apasal kau lambat? Saje nak aku cepat tua sebab tunggu kau ya?” suara Izz Irfan yang suka marah-marah mula kedengaran. Syazwina cuba tersengih. ‘Habislah aku malam ni. Tolong....’
            “Mana ada. Tapi kalau ikutkan umur, sememangnya kau lebih tua daripada aku.” Syazwina menjawab. ‘Pandai juga aku balas kata-kata mamat ni. Yalah. Ini kan pertama kali aku jumpa dia sejak lima tahun lalu. Rasa kekok sekali.’ Syazwina termenung.
            “Yang kau berdiri kat situ, kenapa? Mari duduk sebelah aku.” Arah Izz Irfan. Syazwina tersentak.
            Syazwina sengaja berjalan lambat-lambat.
            “Tak payah kau nak buat lenggang kangkung kat sini ataupun lenggang itik. Tak ada orang pun yang nak tengok. Cepat sikit!” tegas suara Izz Irfan. Syazwina menarik muncungnya. Dia teringat akan kata-kata ibunya. Kena taat pada suami. Dia redha dengan jodohnya.
            Sebaik sahaja Syazwina duduk, hati Izz Irfan mula berdegup kencang. Sengaja dia berkata kasar begitu untuk hilangkan debaran di hati tetapi hakikatnya tidak berjaya. Keinginan bersama Syazwina begitu mencengkam jiwa. Perlahan-lahan dia menyentuh tangan Syazwina yang sejuk bagaikan ais batu itu. Kini jemari mereka bersatu dan kepala Syazwina tertunduk.
            Lama mereka membisu. Tapi yang peliknya, Syazwina asyik menundukkan wajahnya. Hairan betul Izz Irfan rasakan. ‘Tak kan la malu sangat sampai nak tengok muka skema aku pun tak sanggup.’ Izz Irfan meneka sendiri.
            “Wina..” Lembut sahaja Izz Irfan menyebut nama isteri yang baru dinikahi dengan perasaan cinta dan kasih itu dalam diam. Tiba-tiba kepala Syazwina terlentok dibahu Izz Irfan membuatkan dirinya kaku. Matanya membulat. Peluh mula hadir didahi Izz Irfan.
            “Tidur rupanya minah ni.” Izz Irfan berkata dalam nada yang geram. Dia menggigit bibirnya kerana terlalu geram. Patutnya apa yang dirancangnya akan berlaku pada malam ini tetapi Syazwina tertidur pula.
            Pada mulanya dia ingin mengejut gadis itu bangun tetapi apabila terpandang wajah lembut yang memikat hatinya,dia mengalah.
            ‘Nasib baik aku sayang kau!’ geram Izz Irfan masih bersisa.
            Dia mencengkam kemas bahu Syazwina dan cuba membuka tudung gadis itu tetapi di tolak lembut oleh Syazwina walaupun dia sedang tidur.
            ‘Minah ni tidur ke atau tak?’ Izz Irfan mula rasa was-was.
            Akhirnya Izz Irfan baringkan sahaja Syazwina atas katil tanpa membuka tudung gadis itu. Dia menutup lampu bilik lalu kembali semula ke katil. Ditanggalnya cermin mata skemanya lalu baring.
            Entah mengapa entah Izz Irfan tidak dapat melelapkan mata. Dia menatap wajah Syazwina dalam kesamaran cahaya yang ada. Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang Syazwina dan barulah dia rasa mengantuk.
*****
“Mak. Tolong!’ Syazwina berlari bersungguh-sungguh. Ada anjing yang mengejarnya. Kini, dia terperangkap di satu sudut tembok tinggi. Sudah tiada jalan keluar.
            “Siapa yang akan membantu aku? Aku takut!” Syazwina menangis. Anjing itu semakin mendekati tetapi tidak berjaya makhluk itu menggigitnya kerana ada seseorang yang muncul bersama tangga. Tangga tersebut disandarkan ke tembok tersebut dan tangannya ditarik untuk sama-sama naik ke atas tembok itu.
            “Izz Irfan.” Suara Syazwina serak. Pandangannya kabur. Cepat-cepat Syazwina tersedar. Kepalanya bergerak ke depan.
            “Tokkkk!” ada bunyi pelik kedengaran.
            “Aduh!” serentak suara itu kedengaran.
            Kini, mata mereka berdua terbuka. Kepala Syazwina terhantuk dengan kepala Izz Irfan apabila dia cuba untuk bangun. Rupa-rupanya dia mimpi mengenai anjing.
            “Sakitnya kepala!” Syawina mengaduh.
            “Kepala kau ni batu ke? Keras bukan main.” Marah Izz Irfan. Dia yang enak dibuai mimpi yang indah, tiba-tiba sahaja di kacau dengan hantukkan yang kuat. ‘Apa yang minah ni mimpi? Sampai kepala aku jadi mangsa.’ Izz Irfan gosok-gosok dahinya.
            “Kepala manusialah. Kepala kau tu kepala batu. Benggong aku dibuatnya!” mata Syazwina sedikit berair. Pedih rasanya kepala ini. Tindakan refleksi.  Dia pun tidak pasti kenapa kepalanya boleh bergerak sedemikian.
            “Bukannya nak minta maaf. Kau tahukan kepala kau yang gerak dulu. Aku pula yang kena?”
            “Okay. Aku minta maaf.”
            “Cuba minta maaf tu ikhlas sikit.”
            “Mana kau tahu aku tak ikhlas?” Hati Syazwina mula panas apabila keikhlasannya dipertikaikan.
            “Aku ni suami kau. Cuba guna bahasa yang lembut sikit.” Kata Izz Irfan sambil merenung wajah comel isterinya yang masih bertudung itu.
            “Dah kau cakap kasar dengan aku. So, adillah.” Selamba Syazwina berkata. Izz Irfan terkejut. ‘Betul juga kata isteriku tercinta ni.’ Otaknya mula berfikir.
            “Yalah! Boleh tak sayang minta maaf elok-elok sikit. Kepala abang sakit kena hantuk dengan kepala sayang ni.” Izz Irfan mula berasa malu dalam diam ketika menuturkan bicara tersebut. Dia menahan rasa sakit perut yang tiba-tiba datang menyerang ini.
            Syazwina terpegun. Dia bagaikan terpukau dengan kata-kata romantik Izz Irfan. Mata Syazwina tepat memandang ke dalam mata Izz Irfan tetapi tidak lama kerana lelaki itu terus berlari ke tandas.
            “Apa kena dengan laki aku ni? Nak terbuang ke pagi-pagi hari ni?” kata Syazwina. Walaupun ada sedikit kecewa kerana Izz Irfan tidak menunggu kata maafnya tadi tetapi dia tetap rasa bahagia dengan kata-kata romantik suaminya itu.
            Izz Irfan pun keluar dari tandas. Hatinya kecewa apabila Syazwina sudah tiada dalam bilik tersebut. Dia jatuh hati pada Syazwina ketika gadis itu reject lelaki. Sudah tiga kali dia terdengar perbualan Syazwina dengan lelaki secara tidak sengaja. Inilah jodoh dikatakan.
            Ada satu kata-kata begitu menarik perhatiannya.
            "Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki. Bukannya lelaki macam kau. Tahu ambil kesempatan aje." Kata-kata itu bergema disegenap hatinya.
            ‘Aku jatuh cinta dengan Syazwina kerana cara dia mencari cinta. Syazwina, aku tidak seromantik Abi. Aku tak semanja Ummi. Aku tak sekacak adik kembarku tapi aku tahu, aku boleh mencintai kau seikhlas hati aku, Syazwina.’ Ucap Izz Irfan hanya sekadar dalam hati. Izz Irfan pun masuk semula dalam bilik air.
            “Anak Ibu!” terkejut Ibu melihat Syawina di dapur. Masih memakai pakaian semalam.
            “Kamu tak mandi lagi ke?” soal ibu.  Ibu mula memasak. Dia mengambil sayuran dalam peti ais.
            “Tak lagi la ibu.” Syazwina berkata perlahan. Dia duduk termenung di meja makan. Entah mengapa dia dapat rasakan perasaan cinta itu mula ada dalam dirinya untuk Izz Irfan. ‘Yalah, dia kan suami aku. Wajarlah aku rasa sayang dan harapkan perhatian dia.’ Dahi Syazwina mula berkerut.
            “Isteri, kalau boleh, awal pagi kena bangun. Bersihkan diri.  Pakai cantik-cantik. Suami nak pandang ke atau tak itu tak kisahlah. Janji kita jaga kebersihan diri.” Ibu menjelaskan sambil tersenyum lebar.
            ‘Wajah ibu berseri-seri macam ibu pula yang kahwin semalam. Pelik.’ Syazwina menekanya. “Baiklah ibu!” balasnya.
*****
‘Suami aku ni memang tak boleh diharap. Tolonglah angkat beg isteri. Tak patah pun tangan kau kalau kau angkat beg aku ni.’ Amuk Syazwina sekadar dalam hati.
            “Inilah rumah mak mertua kau.” Ujar Izz Irfan.
            “Mana diorang?”
            “Abi dan Ummi suka menghilangkan diri tiba-tiba.” Jelas Izz Irfan sambil mengambil beg pakaian Syazwina dan membawanya ke bilik mereka. Syazwina sudah tersenyum sampai ke telinga.
            ‘Tolong pun. Aku boleh pengsan kalau bawa beg aku besar macam kingkong ni sambil naik tangga yang banyak.’ Syazwina membebel dalam hatinya.
            “Bilik kita tingkat atas. Jom!” ajak Izz Irfan. Syazwina hanya mengikut sahaja.
            Perlahan-lahan Izz Irfan membuka pintu biliknya.
            “Surprise!!!” Abi dan Ummi berkata dengan nada yang kuat. Terkejut Izz Irfan apabila dikejutkan sebegitu. Syazwina pun hampir terkejut juga. Boleh dikatakan semuanya terkejutlah.
            “Abi! Ummi! Terkejut Ir...” dia mengurut perlahan dadanya terasa sakit sedikit. Denyut jantungnya bergerak pantas tetapi seketika sahaja kerana Abi memeluk anaknya itu.
            “Tahniah anak Abi. Sekarang dah jadi laki orang. Bertanggungjawab sikit dengan isteri. Susah payah nak dapat tu. Cinta pandang pertama.” Ujar Abi. Ummi hanya tersenyum dan mendekati Syazwina.
            Syazwina yang baru perasan segera bergerak untuk bersalaman. Dia tersentak apabila mendengar perkataan cinta pertama.
            “Abi...” Izz Irfan sudah terasa malu. Perutnya mula terasa sakit. Segera dia bergerak ke tandas dalam biliknya. Abi ketawakan Izz Irfan.
            “Kenapalah anak aku sorang ni. Pantang dipuji, ke tandaslah jawapannya.” Kata Abi. Syazwina memang tidak faham akan situasi yang berlaku.
            “Abi...” perlahan sahaja suara Syazwina bagaikan perempuan melayu terakhir. Padahal dialah gadis paling gangster di sekolah dulu.
            “Oh, menantu Abi. Ir tu memang macam tu. Kalau dia rasa malu, mulalah ke tandas.” Kata Abi. Syazwina baru dapat memahaminya.
            Ketika Izz Irfan berkata-kata romantik masa malam pertama itu, Izz Irfan pergi ke tandas. Rupanya dia malu. Syazwina sudah dapat meneka. Dia tersenyum.
            “Wina, ke sini sekejap.” Panggil ibu mertua Syazwina. Abi sudah keluar dari bilik itu.
            “Sekarang Wina dah jadi suami Ir. Dia tak banyak karenah sepanjang ummi besarkan anak ummi itu. Dia memang nampak kasar diluar tapi dalam hatinya, dia memiliki hati yang lembut dan mudah terguris. Ummi harap Wina boleh menjaganya dengan baik.” Pesan ummi.
            “Baiklah ummi. Insya-Allah.” Ucap Syazwina. Dahinya dikucup oleh ibu mertua. Bertuahnya ada ibu mertua seperti ini.
            “Ir tu ada kembar. Hati-hati. Jangan sampai tertukar suami pula.” Katanya lagi dengan nada yang ceria. ‘Kembar?’ hampir pecah hati Syazwina apabila mengetahuinya.
            “Wina...” panggil Ummi.
            “Ya, ummi?” Syazwina menyahut. Hatinya berdebar kencang.
            “Jaga rumah ni baik-baik. Rumah ni Abi dan ummi dah serahkan kepada Ir. So, ia milik korang berdua.”
            “Kalau macam tu, ummi tinggal kat mana?” soal Syazwina dengan peliknya. Ummi mula berdiri tegak. Syazwina yang duduk dibirai katil hanya mendonggak.
            “Kami ni hidup merantau. Ummi akan ikut ke mana sahaja Abi pergi. Itu janji ummi pada Abi suatu ketika dulu. Janji itu akan ummi tepati dan Wina seharusnya begitu juga.” Kata Ummi sambil menutup perlahan pintu bilik mereka.
            Terkelip-kelip mata Syazwina mendengar kata-kata mertuanya itu. ‘Janji suatu ketika dulu? Mungkin zaman muda mereka kot?’ muncung Syazwina wujud apabila dia berfikir. Sejak berkahwin, dia banyak berfikir dan muncung mulutnya akan timbul. Dia pun terasa pelik.
            “Kenapa tarik muncung tu?” tegur Izz Irfan yang baru sahaja keluar dari bilik air. Syazwina tersengih. “Jangan nak tunjuk sengih macam tu. Ir gigit baru tau.” Kata Izz Irfan. Apa guna dia sembunyikan perasaan? Semua rahsianya sudah dipecahkan oleh Abi. Mahu marah Abi pun tak sanggup pula.
            “Takutnya. Ir tak tahu ke Wina ni vampire?” Syazwina berfikiran nakal. Entah mengapa dia teringin mengusik Izz Irfan yang selalu mengenakan dia.
            “Vampire apa pula?” Izz Irfan mula mengelabah apabila terpandang senyuman menggoda milik isterinya. Gadis itu semakin menghampirinya.
            “Vampire kan selalunya dahagakan darah...” belum sempat Syazwina menyambung ayatnya, Izz Irfan sudah berkata...
            “Kalau Wina pula, dahagakan apa? Air sirap?” serius sahaja suara Izz Irfan. Dia benar-benar malu dalam situasi ini. Dia cuba bertenang. ‘Perut, kau jangan nak sakit saat ni.’ Pinta Izz Irfan dalam hatinya.
            “Air sirap? Tak mahulah.” Tangan Syazwina kini dileher Izz Irfan.
            “Takkanlah leher?” teka Izz Irfan lagi. Makin kuat hatinya berdebar. ‘Dah macam citer vampire la pula aku rasa. Biar betik!’
            “Taklah. Syazwina Zul dahagakan kasih sayang dan perhatian Izz Irfan. Lelaki yang berjaya membuat diri ini rasa perlunya dia dalam kehidupan Wina. Wina takkan lepaskan Ir.” Manja sekali kata-kata Syazwina.
            Mata mereka saling bertatapan tetapi hanya seketika sahaja kerana Izz Irfan berlari ke tandas lagi sekali.
            Izz Irfan menutup pintu bilik air. Sebenarnya perutnya tidak sakit lagi. Mungkin kerana semua persoalan kini terjawab. Kata-kata Syazwina terngiang-ngiang di telinga Izz Irfan. Sungguh indah sekali.
            “Macam perempuan pula aku ni.” Izz Irfan tersenyum. Dia berharap bahagia ini berkekalan.
*****
Syazwina tersedar. Dia melihat wajah tenang suaminya yang sedang tidur. Senyuman mesti terukir tatkala dia melihat Izz Irfan.
Kasihan sehari suntuk suaminya menjaga Syazwina yang demam. Perlahan-lahan Syazwina bangun untuk ke dapur. Tekaknya terasa dahaga pula.
            Syazwina ingin meneguk air. Dia memegang cawan tersebut tetapi ia terjatuh dan pecah apabila ada seseorang menekup mulutnya.
            Izz Irfan terkejut apabila mendengar sesuatu yang pecah. ‘Mungkin Wina tu, baik aku tidur.’ Kata hati Izz Irfan yang sememang rasa penat lalu menarik selimutnya semula.
            Syazwina meronta-ronta. Dia tahu rumahnya kini dimasuki oleh perompak. Dia berusaha melepaskan diri dan meminta perlindungan dari Allah yang Maha Berkuasa.
            “Irsham?” bulat mata Syazwina apabila melihat wajah lelaki yang dia kenali. Lelaki itu mendekatinya.
            Irsham menolak kasar tubuh Syazwina sambil tersenyum. Syazwina terbaring. Dia tidak mampu melawan kerana tubuhnya masih lemah.
            “Ya Allah! Boleh pula aku biarkan Wina sorang-sorang kat dapur. Dia kan tak sihat. Baik pergi tengok kejap.” Izz Irfan menuju ke dapur. Izz Irfan terkejut melihat ada orang lain di dapur. Lelaki itu sedang menampar-nampar wajah isterinya.
            “Tak guna!” marah Izz Irfan. Dia menarik tubuh Irsham daripada terus duduk atas tubuh Syazwina. Syazwina pengsan.
            Sekelip mata Irsham kalah. Izz Irfan mengikat tangan Irsham menggunakan wayar telifon yang ada di dapur. Irsham menjadi tidak betul apabila melihat banyak darah yang keluar dari tubuh Syazwina.
            “Sayang! Sayang! Jangan tinggalkan Ir!” jerit Izz Irfan. Pantas dia mengambil kunci kereta dan mengangkat tubuh Syazwina. Dia tidak pedulikan Irsham lagi. Paling penting nyawa isterinya.
            Air mata lelakinya mengalir. Mana mungkin dia tidak menangis. Wanita inilah yang menceriakan dan membahagiakan kehidupan sehariannya selama dua bulan usia perkahwinan mereka.
            “Wina..... Wina... Ya Allah!” Izz Irfan cuba bertenang dalam situasi yang mencemaskannya. Isterinya yang terbaring di tempat duduk belakang dipandangnya.
            “Wina...” menggigil bibir Izz Irfan.
            Akhirnya sampai juga di hospital. Syazwina dimasukkan ke wad kecemasan. Abi dan Ummi dan semua ahli keluarga Izz Irfan sudah hubungi.
            “Abi...” panggil Izz Irfan apabila ternampak Abi datang bersama keluarga mertuanya.
            Izz Irfan memeluk tubuh Abi. Dia menangis sepuasnya.
            “Sabar nak. Sabar...” nasihat Abi.
            “Maafkan saya ayah. Saya tak jaga Wina dengan baik. Saya teruk ayah!” Izz Irfan berkata kepada ayah Syazwina.
            “Kita doakan yang terbaik untuk Wina. Itu lebih baik.” Kata Ayah. Dia tertunduk lama. Mungkin terkenang segala peristiwanya bersama Syazwina.
            “Sentiasa yakin bahawa segala ujian yang Ir hadapi ini boleh menghapuskan dosa jika Ir bersabar dan redha. Ummi yakin, Wina akan selamat.” Nasihat Ummi pula.
            Doktor keluar dari wad kecemasan.
            “Pesakit dalam keadaan kritikal. Dia mengalami kecederaan yang teruk di kepala. Mungkin kerana hentakkan yang kuat. Dan lagi satu masalah, pesakit keguguran. Dia banyak kehilangan darah. Kami cuba selamatkan pesakit dengan bekalan darah yang masih ada tetapi masih tidak mencukupi.”
            “Saya suaminya. Saya sanggup derma darah saya!” Izz Irfan menawarkan diri.
            “Baiklah! Sila ikut saya!” Doktor perempuan itu segera masuk semula ke dalam wad kecemasan tersebut.
            “Semua orang, biarlah Ir yang bertanggungjawab. Ir akan selamatkan Syazwina dengan darah Ir sendiri.” Kata Izz Irfan lalu masuk ke dalam.
            Tersentak hatinya melihat keadaan isterinya dengan lebam-lebam di muka. Sayu perasaannya. ‘Ir akan selamatkan sayang.’ Izz Irfan tahu yang darah mereka sama kerana dia sudah siasat semua perkara mengenai Syazwina sebelum mereka berkahwin. Tetapi darah kami hanya boleh menerima satu jenis darah sahaja.
*****
Masa berlalu terlalu cepat. Rupa-rupanya Irsham seorang pesakit jiwa. Dia ingin membunuh semua perempuan yang pernah menolak cintannya dan Syazwina adalah suspek yang kedua yang menjadi mangsa.
            Syazwina mengeluh. Walaupun peristiwa itu sudah seminggu berlalu tetapi dia rasa kehilangan. Apabila dia diberitahu yang dia keguguran, hanya air mata yang menemani sepanjang harinya.
            Kesedihan kerana keguguran membuat Syazwina jarang bercakap. Izz Irfan terlalu bimbangkan isterinya.
            “Wina....”
            “Ir...” lemah suara Syazwina menjawab panggilan suaminya itu.
            “Kita pergi bercuti. Hanya kita berdua.” Ajak Izz Irfan. Syazwina tersenyum. Isterinya menjadi seorang yang makin matang selepas diduga pelbagai dugaan dan cubaan dalam kehidupan. Walaupun perit, senyuman tetap terukir.
            “Terima kasih isteriku...”
p/s : Setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya, Allah sudah mengaturnya. Hanya cara kita menghadapainya sahaja. Kesabaran dan redha segala ketentuan Ilahi itu yang penting. Diharap dengan cerpen simple dan ringkas ini memberi pengajaran dalam kehidupan anda mengenai kasih sayang. Sekian, terima kasih.




Cover : Hana Sumaxx (Tempat Kedua)


Cover : Eka Atieqah (Like terbanyak)

27 comments:

  1. TERBAEKKKKKK.........jc suka crpen nie sis....i like...x3...heheh...(^^)v

    ReplyDelete
  2. @jesse

    terima kasih JC...tapi ada juga yg tak suka...

    ReplyDelete
  3. x kisa arr sis...yan pentin jc suka..c ir man lucu arr...ada cuak pnykit cam 2 arrx3..??? wawawawaw....=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lucukan??rindu pula pada SV dan anak2nya hihihihi

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih keymah...tapi masih ada kelemahan dalam cerpen kali ni....

      Delete
  5. salam ria....
    wowowow besttt tue...ank aniq....hahaha kelakau lar.... pemalu errkk ank nyerr x sama ngan papa nyerr..hahaha suka..suka.. terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...hmmmm sajer nak buat kelainan sikit...kembar tak semestinya sama perangainya...hihihihihi ir pemalu dan is pula lebih tak tahu malu macam ayah dia hahahahaha lucu la..rindu Sv...

      Delete
  6. amboi ... hebat betul dia berimaginasi kann ? hoohhoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi mana ada la naurah biasa aje...segan la ria camni...

      Delete
  7. Replies
    1. memang kesian...kisah si irsham pun tak dijelaskan pun...eh arifah...macam jelajah ria punya blog aje...semua dia komen..terima kasih banyak2...

      Delete
  8. suka suka...best la -fida afis-

    ReplyDelete
  9. terbaik la kak ria! awesome!

    ReplyDelete
  10. wah ..... daebakk !!! suhwitnya hero dia ni .. rarrwww !! hahaha

    ReplyDelete
  11. Semua citer yang K.Ria tulis semua best2 belaka...hope after this boleh tulis citer yang lebih menarik..:)

    ReplyDelete
  12. kesian wina keguguran
    macam manalah pesakit jiwa macam irsham tu boleh terkeluar dari hospital orang gila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes pesakit lari dari hospital kita dah biasa dengarkan...so tak mustahil berlaku pada mereka juga...

      Delete
  13. haha ! seriously , best gleer cter nihh .
    nape watak ria ngn zeck sll ade ? pelikk larr .
    byk cerpen yg diorang ade .
    lagi satu , ayah ir tuhh , yang dalam suamiku vempire ea ?
    kiranyer nihh ksah cinta anak dye plak larr ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..ini kisah sambungan SV.....tapi ni versi cerpen...kalau nak baca versi novel...tajuknya kau hak aku...baru bab 7 sekarang ni...

      Delete
  14. best2...izz irfan..haha..malu ja sakit perut..

    ReplyDelete
  15. Apepun semua cerita best.... suamiku vampire tu pun best tp nk tahu juga endingnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan suamiku vampire...ada...tajuknya kau hak aku...masih dalam proses utk menyiapkannya...thank sebab suka...

      Delete
  16. sweet sgt2.. teringin plak nak ada suami mcm Ir. hehehe ><

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi