Ria mengeluh. Sejak
dia mengandung, Zeck asyik berkepit dengan dia. Naik rimas juga.
“Sayang,
kenalkan ini doktor Nurul Fadzliana Binti Mohd Fauze,” Zeck menyebut nama
doktor perempuan tersebut. “ Dia akan merawat sayang sepanjang tempoh masa sayang
nak bersalin ni.” Jelas Zeck. Senyum sampai ke telinga.
“Siap ingat
nama penuh lagi. Ada apa-apa ke? Entah-entah bini nombor dua?”tuduh Ria. Geram
sungguh dengan Zeck. Sejak bilalah Zeck ni mengatal.
“Eh, awak ni
suka tuduh saya ya? Ini, saya baca atas meja ni. Tang-tang dah tulis nama
penuh. Saya hanya tahu nama pendek dia aje. Lia. Doktor Lia.” Jelas Zeck.
Terasa hatinya.
Terpana Ria.
Suka benar dia menuduh Zeck.
“Maaflah Zeck.
Saya minta maaf okey?” pujuk Ria.
Tiba-tiba
muncul Lia. Lia terkebil-kebil melihat adengan pujuk merajuk ini.
“Ehem....
Ehem....” Lia tersengih. Ria pula terkejut lalu tersenyum malu.
“Maaf buat you
all tunggu lama. Ada panggilan tadi.”
“Tak apa.”
Jawab Zeck.
“Oh,
baiklah.Puan Ria akan tinggal di wad seminggu sebelum tarikh sebenar beranak.”
Ada nada yang ceria di situ.
“Seminggu?
Lamanya? Saya nak buat apa dalam wad ni, doktor?” soal Ria. Dia memandang Zeck
mengharap simpati.
“Buat bodoh
aje. Puan Ria,boleh buat apa-apa. Macam-macam ada.” Jelas Lia. Pening juga
melayan karenah bini kawan aku ni.
“Yelah.” Ria
terdiam. “Baby, kita kena tinggal di sini. Kesian kan kita?” Kata Ria sambil
mengusap kandungannya yang semakin membesar itu. Zeck dan Lia hanya mampu
mengeleng sahaja.
“Nanti saya
lawat awak tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam saya jaga awak kat sini, boleh ke
macam tu Lia?” soal Zeck. Lia hanya mengangguk.
“Kenapa awak
nak tanya doktor? Patutnya awak tanya saya.” Ria mula rasa pelik.
“Sayang,
kenalah tanya doktor, sebab ni hospital dia. Mana boleh sesuka hati saya masuk
wad tu. Faham?” Ria tersengih mendengar kata-kata suaminya.
“Boleh.”
Mereka pun
keluar dan mendaftar di luar. Lia hanya tersenyum. Kalau ada sepuluh pesakit
macam ni. Habis aku. Botak kepala.
“Doktor Lia,
ada seseorang nak jumpa doktor.”
“Dia sudah
buat temujanji?”
“Belum.”
“Saya masih
ada temujanji dengan sesiapa tak lepas ni?” soal Lia. Hatinya berdebar
tiba-tiba.
“Tak ada
sehingga pukul 11pagi. Lepas itu ada temujanji dengan anak encik Aziz.”
“Baiklah. Bagi
dia masuk.” Lia meneruskan bacaannya.
“Ini artikel
yang doktor minta saya print tadi.” Kata pembantunya. Lia tersenyum.
“Terima kasih.
Letak sahaja atas meja ni.” Lia meneruskan bacaan data pesakitnya. Dia masih
fokus sehingga tidak sedar seseorang sudah masuk ke dalam biliknya.
“Lia...”
panggil seseorang.
“Doktor haiwan.”
Terkejut Lia sehingga dia berdiri tegak.
“Apa kes pula
awak panggil saya macam tu. Saya ada nama la.”
“Maaf
Darwisy.” Patutlah hati aku berdebar semacam. Ada orang ini rupanya.
“Tak mahu
jemput saya duduk?” Darwisy berkata. Apalah tanggapan dia terhadap pada aku
selepas aku luahkan perasaan di kandang lembu semalam. Darwisy mengeluh. Dia
teringat peristiwa semalam.
“Kenapa dengan
lembu datuk saya ni, doktor?” tanya Lia. “Saya ni doktor yang merawat manusia,
merawat haiwan ni luar bidang saya.” Kata Lia lagi.
“Lia, berapa
kali saya nak bagi tau awak. Jangan panggil doktor, panggil ajer Darwisy.” Kata
Darwisy pula. Pantas dia memeriksa lembu tersebut. Kasihan melihat lembu
tersebut terbaring lemah.
Aku berhati
haiwan.... maksudnya aku sukakan haiwan. Darwisy memandang Lia yang asyik
melihat lembu datuknya yang sakit.
“Dok,
cepatlah. Apa sakit Tony datuk ni?” Lia tak sabar untuk mengetahui. Begitu
teruja.
“Apa Tony?
Import ke?” soal Darwisy dengan sengaja. Masakan dia tidak kenal segala spesies
haiwan di dunia ni.
Lia hanya
tersengih. Cantiknya si gadis ini tersenyum.
“Rasanya Tony
hanya sakit perut. Nanti saya akan bagi ubatnya.” Kata Darwisy sambil berdiri.
“Tony rehat
aje hari ni ya?” kata Lia. Mereka mula meninggalkan kandang lembut tersebut.
Mereka hanya
membisu. Darwisy merupakan doktor haiwan yang datuk Lia percayai iaitu Pak
Salleh. Setiap kali lembu yang diternaknya sakit, hanya Darwisy yang akan
dihubunginya.
“Lia, dah ada
buah hati?” soal Darwisy tiba-tiba.
Tersentap hati
Lia. Selama ini dia tidak pernah terfikir untuk merasai apa itu cinta manusia.
Hidupnya kerana Allah. Hidupnya untuk menabur budi. Hidupnya untuk membantu
sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya sebagai seorang doktor.
“Kenapa
tanya?” Lia tidak menjawabnya terus.
Air muka Darwisy
berubah. Dia tidak pasti mahu menjawab apa.
“Saje tanya
untuk pengetahuan am. Mana la tahu Lia ada teman istimewa. Bimbang ada yang
cemburu.” Kata Darwisy dengan tenang sekali tetapi dalam hatinya, Allah sahaja
tahu debarannya. Darwisy tersengih pula.
Lia memandang
lelaki yang tinggi ini. Walaupun tidak tergolong dalam golongan yang kacak tapi
sedap mata memandang. Murah dengan senyuman dan tidak sombong.
“Lia...” tegur
Darwisy. Awat minah ni pandang aku macam nak telan.
“Eh!” Lia
tersedar. Dia sudah jauh berangan.
“Kenapa renung
saya macam tu? Saya ni tak kacak. Tak ada apa yang menarik pun untuk dilihat.”
Darwisy merendah diri.
“Hmmm, taklah.
Ada aje. Senyuman awak mesti bersertakan lesung pipi yang comel.” Puji Lia.
“Terima kasih.
So, apa jawapan Lia.”
“Tak ada pun.”
Perlahan sahaja jawapan Lia.
“Kalau macam
tu, saya boleh suka pada awak?” soal Darwisy lagi. Tanpa dia sedari, dia sudah
meluahkan perasaan cintanya kepada Lia.
“Suka?” mata
Lia terkebi-kebil memandang Darwisy.
“Cinta...”
jawab Darwisy.
Tersentap hati
Lia. Dia terkaku. Ini pertama kali lelaki meluahkan perasaan kepadanya. Dia
tidak mampu untuk menghadapi situasi ini.
“Maaf.” Lia
terus meninggalkan Darwisy sendirian.
Selama ini Lia
sentiada sibuk dengan urusan kerja. Selepas tamat belajar dalam bidang
perubatan, Lia menjadi doktor di sebuah hospital swasta. Dua tahun dia hanya
tahu bekerja dan bekerja tanpa memikirkan masa depan sendiri. Apabila situasi
sebegini wujud, dia tidak dapat menghadapinya. Dia rela larikan diri dari
masalah tersebut.
“Jemput duduk,
dok.” Lia tetap berdegil tidak memanggil nama.
Lia Oh Lia.
Kenapa kau degil sangat? Nama yang ayah aku bagi tu tak sedap ke? Darwisy
Amran. Manis-manis gitu. Dia tidak berpuas hati dengan layanan Lia.
“Degil juga
awak ni?” kata Darwisy. Lia hanya tersengih. Dia faham apa yang dimaksudkan
dengan degil itu.
“Dok ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” Lia mula berformal.
Aduh minah ni.
Memang nak kena. Darwisy meraup wajahnya.
“Eh!” Darwisy
terpandang satu artikel yang telah di print atas meja Lia. Begitu menarik
perhatian. ‘Cara-cara menolak cinta yang
datang.’ Dahi Darwisy sudah berkerut.
Lia yang faham
apa yang dimaksudkan oleh Darwisy segera mengambil artikel yang diletakkan oleh
pembantunya tadi. Air liurnya ditelan berkali-kali. Rasa bersalah mula
mencengkam hatinya.
“Awak tak suka
saya ke, Lia?” suara Darwisy begitu lemah.
“Bukan...
Bukan tak suka.” Teragak-agak Lia menjawabnya. Dia sendiri tidak pasti apa yang
dirasai saat bersama dengan Darwisy. Dia pasti yang dia rasa senang dan selamat
bersama Darwisy tapi adakah itu yang dipanggil cinta?
Lia
mengerutkan dahinya. Rasa serabut dikepala.
“Maafkan saya
sebab ganggu awak, Lia. Saya pergi dulu.” Kata Darwisy. Betapa sakitnya hati
dia melihat Lia termenung tanpa memberi apa-apa penjelasan. Kalau ya pun Lia
tak suka aku, terus terang. Aku bukannya nak paksa dia.
Darwisy
menarik nafas panjang. Dia berharap boleh bertenang tetapi ternyata tidak
apabila Lia masih mendiamkan diri.
Dia membuka
langkah untuk meninggalkan bilik tersebut.
Lia pula rasa bersalah
melihat wajah Darwisy yang mencuka itu. Apa yang perlu aku lakukan? Pujuk? Aku
mana reti pujuk? Panggil la nama dia... camner nak panggil, lidah aku kelu. Apa
nak buat ni? Cepat la otak berfungsi? Lia gelabah.
Pintu bilik
ditutup perlahan-lahan oleh Darwisy. Kini lelaki itu hilang begitu sahaja.
Lia terduduk.
Entah mengapa saat ini air matanya ingin mengalir. Sedihnya.
*****
Hati Lia dipagut rasa bersalah yang menggunung. Dia pergi
melawat Tony.
“Doktor
Rizman.” Tegur Lia. Terkejut Lia melihat sahabat Darwisy
sedang merawat Tony, lembu datuknya yang sakit.
“Doktor Lia. Apa khabar?” Mesra
Rizman.
“Mana Doktor Darwisy?” tanya Lia.
Dia tebalkan muka juga bertanya.
“Ada kat klinik. Macam orang putus
cinta sahaja gayanya. Habis semua haiwan kat klinik tu di belainya.” Jelas
Rizman sambil ketawa kecil. Kelakar dengan tingkah laku sahabatnya itu.
“Belai?” soal Lia sedikit pelik. Dia
mengaru kepalanya. Pelik? Suka membelai ke mamat tu?
“Yelah, Darwisy tu kalau ada
masalah. Dia akan bersama haiwan-haiwan yang ada di klinik tu. Tak kira kucing,
burung, hamster. Nasib baik tak ada beruang atau buaya, kalau tak, dia pergi
belai sekali.” Lagi sekali Rizman ketawa dan ini lebih kuat sedikit dari tadi.
Lia tersengih.
Lia tidak menyangka yang sikap
Darwisy seperti. Amat penyayang pada haiwan.
Rizman meminta diri apabila tugasnya
selesai. Lia hanya tersenyum sahaja. Dia segera ke hospital.
“Doktor, puan Ria hilang lagi?” kata
salah seorang jururawat di situ.
“Apa hilang lagi? Baru masuk dua
hari dah mula hilang?” terkejut Lia. Tak padan dengan mengandung minah sorang
ni. Aktif lain macam. Orang kat sini risaukan keadaannya. Kalau terberanak kat
tempat-tempat tak sepatutnya, kan susah. Bisik hati Lia.
“Assalamualaikum.” Lia menghubungi
seseorang.
“Waalaikumusalam Lia. Kenapa? Ria
dah bersalin ke?” cemas sungguh suara Zeck dikedengaran.
“Ini lebih membimbangkan daripada
itu.” Lia serius. Sebelum ini Ria hilang, dia tidak memberitahu Zeck tetapi ini
sudah kes berat. Terpaksa dia memberitahu Zeck demi keselamatan dua nyawa.
“Apa dia?”
“Ria ni suka jalan-jalan dalam
hospital ni. Sekarang dia sudah hilang.” Jelas Lia. Zeck yang mendengarnya
terus tamatkan talian dan menuju ke hospital.
*****
Ria tersenyum gembira. Dia gembira dapat berjalan bebas.
Walaupun rasa penat tapi janji hatinya puas.
“Seronok
tak anak mama jalan-jalan hari ni?” soal Ria. Dia mengusap kandungannya.
Tiba-tiba
perutnya terasa sakit. Cepat-cepat dia ke dinding untuk menyokong tubuhnya. Ria
terduduk perlahan. Sakit!
Ria
memejam matanya. Terasa sakit diperutnya.
“Puan
tak apa-apa?” tegur seseorang.
“Saya....
Saya...” Ria semakin lemah. Dia tidak bermaya untuk bercakap. Dia hanya memejam
mata dengan nafas yang tercunggap-cunggap. Darwisy
terkejut. Kenapa dengan perempuan ni? Nak beranak ke? Tapi dia macam tak cukup
nafas aje sekarang ni. Lia. Ya kena call Lia. Cepat Darwisy!
“Lia! Tolong Lia!” jerit Darwisy
cemas.
Lia
yang terkejut mendapat panggilan dari Darwisy cuba bertenang.
“Kenapa ni? Kucing awak nak beranak
ke?”
“Kalau kucing saya nak beranak, saya
boleh handle tapi ni manusia yang nak beranak. Tolong saya!” jelas Darwisy. Dia
rasa seperti dia juga mahu pengsan.
“Awak kat mana?”
“Saya kat hospital awak di depan wad 30 di tingkat 3.” Jelasnya apabila
terpandang pintu bilik wad berhampiran.
“Kenapa encik?” tiba-tiba ada
seorang jururawat menegur Darwisy.
“Tolong nurse!”
“Baiklah!” jururawat tersebut ingin
mengangkat Ria tetapi tubuh tu terasa berat. Ria begitu lemah. Sekejap sahaja
Lia sampai.
“Ria!” terkejut Lia melihat pesakitnya.
“Cepat Nurse, kita kena bawa pesakit
ke dewan bersalin.” Arah Lia. Darwisy pula masih dalam trauma. Dia tidak pernah
menghadapai situasi seperti tadi. Itu sebab dia ingin menjadi doktor haiwan
sahaja.
Akhirnya Zeck tiba juga apabila dia
dikhabarkan di pertengahan perjalanan ke hospital oleh jururawat mengenai Ria
yang sekarang dalam dewan persalinan.
Dia terasa pelik ada lelaki lain
yang setia menanti diluar. Scandle
isteri aku ke ni? Ya Allah, tak baik bersangka buruk. Isteri aku lebih penting.
“Encik Zeck ke?” Darwisy
menghulurkan tangan untuk bersalaman. “ Saya Darwisy, yang jumpa isteri encik
tadi.” Jelasnya lagi.
“Terima kasih encik.” Barulah Zeck
mengetahui siapa lelaki tersebut.
Zeck menanti dengan penuh sabar di
luar. Kejap berdiri, berjalan dan duduk semula. Dia benar-benar risaukan Ria.
Keluarga angkat Ria sudah dihubunginya. Kalau empat orang abangnya datang, huru
hara hospital ni dibuatnya.
Lia keluar dari dewan tersebut
setelah satu jam memerhati keadaan Ria.
“Awat kau tak masuk tengok Ria.”
Kata Lia.
“Boleh masuk ke?”
“Bolehlah. Ria masih menunggu waktu
lagi. Baru 4cm yang terbuka tu. Baik kau pergi temani dia.”
“Baiklah!” Zeck segera masuk ke
dewan bersalin.
“Ria...”
Sedihnya dia melihat keadaan
isterinya yang tercinta.
Lia tersenyum lalu menutup semula
pintu dewan bersalin itu. Dia memandang Darwisy yang masih setia berdiri di
situ.
“Terima kasih hubungi saya.” Ucap
Lia.
“Tak apa. Sesiapa pun akan buat
perkara yang sama.”
“Darwisy.” Lia menyebut nama
tersebut. Darwisy tersentap. Kali pertama gadis itu menyebut namanya dengan nada sebegitu.
“Ya?”
“Bagi masa untuk saya berfikir. Saya
tahu, kita dah kawan lama, sejak tiga tahun yang lalu. Saya rasa gembira kawan
dengan awak. Rasa selamat dan yang penting awak nampak ikhlas terutamanya
senyuman awak tu.” Jelas Lia. Gembira bukan main hati Darwisy tetapi dia cuba
mengawal dirinya.
“Terima kasih.”
Lia tersenyum.
“Bagi masa saya berfikir ya?” kata
Lia.
Tiba-tiba seorang jururawat dengan
terburu-buru memanggil Lia.
“Doktor, pesakit sudah bersedia
untuk bersalin.”
“Baiklah.” Lia terus meninggalkan
Darwisy sendirian.
“Sakit awak. Sakit!” Ria mengaduh.
Nafasnya tidak teratur.
“Sabar sayang. Ingat Allah.”
Kata-kata semangat dari Zeck. Dia mengenggam erat tangan kanan isterinya. dia berbisik di telinga isterinya. lembut.
Tiba-tiba tangan kiri Ria mencengkam
kuat rambut Zeck membuat suaminya mengaduh.
“Sakit o...” Zeck berkata.
Lia menghampiri. Sedikit lagi.
Kepala bayi sudah kelihatan.
“Ria, push! Push lagi.” Lia juga
bersemangat menyambut kelahiran bayi tersebut.
“Aduh! Ya Allah!” Jerit Ria. Makin
kuat dia menarik rambut Zeck. Zeck menggigit bibirnya. Dia menahan sakit akibat
ditarik kuat macam itu.
Demi anak dan isteriku, aku rela
menahan sakit. Biarlah kepala aku botak sekali pun. Air mata Zeck mengalir. Air mata kesakitan melampau.
Untuk seketika, kedengaran tangisan
bayi yang kuat.
“Alhamdulillah.” Ucap Lia. Bayi
tersebut segera di bawa ke tempat letak bayi. Cengkaman Ria semakin lemah. Dia
tersenyum puas. Zeck segera mengikut jururawat tersebut untuk azankan anak
lelakinya.
Itu yang diberitahu oleh Lia. Lia keluar dari dewan bersalin itu
untuk memberitahu Darwisy tapi hampa, lelaki itu sudah tiada di situ lagi.
“Tak apa la.” Kata Lia. Hatinya
benar-benar sedih. Hatinya terasa kosong pula. Sunyi! Sunyi seperti hospital
yang kini tiada sesiapa. Benar-benar sunyi.
*****
Darwisy termenung
di kliniknya. Hari ini hanya dia seorang yang bertugas. Rizman buat kerja luar.
Macam-macam haiwan yang sakit. Dia diminta menjaga klinik sahaja.
Dia teringat akan Lia. Gadis itu
sudah seminggu tidak menghubunginya. Rindunya.
“Arnab, kalau kau nak tahu. Aku dah
jatuh cinta kat seseorang ni tapi masih menanti jawapannya. Kau pun patut cari
pasangan cepat-cepat. Jangan nak harap aku aje belai kau. Kau pun patut
berkeluarga.” Kata Darwisy sendirian.
“Doktor, ada seekor kucing sedang
sakit. Sekarang kat bilik sebelah.” Kata pembantunya.
“Baiklah.” Darwisy menuju ke bilik
sebelah. Kelihatan seorang perempuan yang sedang membelakanginya.
“Cik, biar saya tengok kucing cik ni
dulu.” Kata Darwisy sebaik sahaja masuk ke bilik tersebut.
“Tengok-tengok aje ke?” gadis itu
berpaling. Lia! Rasa mahu gugur jantung hatinya apabila melihat Lia tersenyum
ke arahnya.
“Lia.... sejak bila awak bela
kucing. Bukan ke awak ni takut dengan spesies haiwan belaan ni?” soal Darwisy
yang cukup mengenali gadis itu.
“Sebab kucing ni sakit dan tak
bermaya, so, dia tak boleh mengancam saya apa-apa. Saya jumpa dia kat tepi
jalan tadi. Kesian pula.” Jelas Lia. Dia gembira melihat Darwisy tersenyum
padanya.
“Baiklah. Biar saya merawat dia
sekejap.” Kata Darwisy. Dia asyik sekali dengan haiwan tersebut.
Perlahan-lahan Lia keluar dari bilik
tersebut dan meninggalkan klinik tersebut.
“Lia!” Darwisy berpaling. Lia sudah
tiada. Walaupun kecewa tapi dia yakin apa yang dia rasa.
*****
Lia benar-benar
tidak faham apabila mendapat tahu yang Darwisy menghantar pinangan ke rumahnya.
Datuk aku apa lagi. Bukan main
seronok. Dia memang berkenan dengan si doktor haiwan ni. Macam dia dah tahu
jawapan aku. Teka Lia sambil tersenyum.
Ada sekeping kad yang ditinggalkan
oleh Darwisy. Segera Lia membacanya.
Terima kasih menerima cinta seorang doktor
haiwan.
- Darwisy-
Lia tersenyum. Aku tahulah aku suka
panggil dia doktor haiwan. Sampai dalam kad macam ni pun dia tulis cam gini.
Tapi sweet juga. Lia menyimpan kat tersebut.
Apa lagi dia bagi ni.
“Anak kucing?” terbeliak mata Lia.
Dia benar-benar geli dengan makhluk tuhan ni walaupun dia terlalu comel.
Akhirnya Lia pergi ke klinik
Darwisy.
“Awak, maaf. Tak dapat terima hadiah
ni.” Lia menolak. Dia benar-benar tidak sesuai untuk membela kucing.
“Saya tahu awak takut kucing tapi
sampai bila. So, saya hadiahkan kucing ni supaya awak boleh menjaganya dan
takut tu akan berkurangan.” Jelas Darwisy sambil tersenyum. Ala sweetnya dia
senyum. Ni doktor haiwan ke atau doktor pakar hati? Lia tersengih.
*****
Air mata yang
mengalir memang tak dapat ditahannya lagi. Puas Darwisy memujuknya. Darwisy
memeluk tubuh isterinya. Entah mengapa sejak semejak ni Lia menjadi seorang
yang sensitif.
“Ala, kucing tu dah sampai ajalnya.”
“Ala, apa guna abang jadi doktor
haiwan kalau tak boleh selamatkan kucing kesayangan Lia tu.” Manja sekali suara
Lia.
Darwisy benar-benar geram dengan
tuduhan Lia.
“Lia... Lia dengar apa abang nak
cakap ni.” Darwisy memegang kedua belah pipi Lia supaya gadis itu memandangnya.
“Kucing tu mati tercekik tulang
ikan. Dah sampai nyawanya sayang. Abang tak sempat nak buat apa-apa.”
“Tapi kucing tu....”
“Abang tak nak dengar tapi tapi
lagi. Sekarang abang nak pergi tengok lembu datuk sayang tu yang baru sampai.”
Kata Darwisy sambil meninggalkan Lia.
“Nak ikut...?” manja lagi suara Lia.
Air mata yang mengalir itu dilapnya. Disapu dengan lengan bajunya.
“Tak kan
la sayang nak dating kat kandang lembu lagi?” Soal Darwisy.
Dia kasihan melihat Lia selalu mengikutnya ke kandang lembu la, kambing la dan
lain-lain.
“Tak apa. Sweet apa kalau
doktor-doktor macam kita ni dating kat sini?” jawap Lia. Mudahnya mood gadis
ini baik.
Berkerut dahi Darwisy. Dating kat
kandang lembu pun seronok ke?
“Suka hati sayanglah. Jom!”
Darwisy menghulurkan tangannya. Lia
menyambut dan mengenggam erat. Semoga hubungan yang terjalin ini berkekalan.
comel je cite ni.. best la kak ria.. nak2 lg cerpen kak ria.. :)
ReplyDeleteakak ris...! suka larh cerpen nie.
ReplyDeletehikhik. sweet sgt sgt :)
from : shida lyna
Terima kasih cik najwa dan cik shida kita...sebab sudi komen...hihihi
ReplyDeletesweet macam gula2..!! >,<
ReplyDeletelawak pun ada...sempat lagi zeck fikir demi anak bini dia, dia sangup botak...
Sweet . Hehe .
ReplyDeletesweet la ria...akak suke...hehehe
ReplyDelete@Nurfazila Suhaide
ReplyDeletedah cik ria tarik rambut Zeck sampai tak ingat dunia...kesian Zeck...sampai nak tercabut rambutnya kena tarik macam tu....thank cik adik sudi komen...
@Syaza Nadiah
ReplyDeleteTerima kasih syaza sudi komen
@blinkalltheday
ReplyDeleteterima kasih kak...ada juga tinggalkan kenangan akak kat cerpen ni...terima kasih
sweetnye cerpen ni..rasa nk jd lia plak...:)
ReplyDeletecomel2...mmg sweet la dyorg tu...suke ngan watak darwisy...penyayang..:)
ReplyDeletememg sweet la..lagi2 kak ria..hehe
ReplyDeleteKak riaa..camne nak hantar cerpen kat penulisan 2u ek??
ReplyDeleteana dah hantar tapi takde pon kat dlm tu..dah dua kali dah ana hantar..
kak ria camne nak hantar cerpen kat penulisan 2u..ana dah hantar 2 kali tapi xde pun dekat tu..
ReplyDelete@ana
ReplyDeleteCerpen ni pun, en.muzri yang mesej kat group geng kaki tulis, bagitau pasal dia nak post cerpen kat p2u...so akak cepat2 bgtau dia pasal cerpen akak...kalau novel tu memang akak punya novel pun dah sebulan lebih tak update dah...
hahahaha...lawak lah cita ni kak ria..Lia suka...sweet jer...
ReplyDeleteSweetnye cite ni ..
ReplyDeletebesttt....lawak n cute cta nie...hehehh..huhu...bru dpat k0men...lap jc mslh tul...ari 2 x leh taip G, H, n BACKSPACE 2...huhuh...
ReplyDeleteso sweet...
ReplyDeleteamboi ... dktor haiwan pon mcm pakar jiwang tuhh .. hohohohhh
ReplyDelete@Len Tsukimori(Lia) oh dah lama akak cari FB kamu....tauu...hampir lupa...boleh la tag jap lahgi...kamu wajib suka...
ReplyDelete@Syaza terima kasih...
ReplyDelete@jesse bagus la dah dapat komen..akak ni menantikan komen kamu JC hihihi
ReplyDelete@aika_akia terima kasih
ReplyDelete@♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ amboi2 hihihi apa salahnya hihihi
ReplyDeleteeiya ma..??? harapan gak jc nie arr sis..??? hahahha...:D
ReplyDeletexde nama lain ke selain RIA & ZECK ?????
ReplyDeletejangan risau..lepas ni tak kan ada nama ria dan zeck lagi =(
Deletekisah mereka sudah tamat.....
rasanya tiada sudah....e-novel cinta ke? akan dibernhentikan serta merta dan nama ini tidak akan wujud lagi dalam mana2 cerpen....maaf jika anda tidak suka....
baru baca... best sgt.. anak kucing??So sweet..
ReplyDeletesweet-2 ! x)
ReplyDeletesweet..sy gelak je dr tadi
ReplyDeletealolololololo
ReplyDeletesweetnya doktor2 ni..
hahahaha
btw memang lawak..
hahahaha
sweeeeeettttttt.. best..
ReplyDeletenice shortstory.. :D
ReplyDeleteso sweet ...tp sy x thn time wife zeck trik rmbut dye...ayt nyer x leh bla..ha3 rela botak..-iezahtakuya
ReplyDelete