Followers

Thursday, 12 December 2013

12
Komen

TIPS-TIPS MENULIS



Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Mesti semua tertanya-tanya kenapa la saya dah lama tak update cerpen or enovel... sebabnya saya nak siapkan manusrikp HATI SUAMIKU GK...tinggal 100 page lagi yang perlu di edit dan saya akan merdeka!!!! Tak mahu lagi menghadap HsGK hihihi nak muntah hijau dah hihih

Ramai yang bertanya pada saya mengenai tips-tips menulis. Saya bukanlah penulis yang profesional atau otai2 yang terror menulis macam RAM, RM, SR dan lain-lain. Saya menulis sebab saya rasa gembira bila menulis(taip mengedit tak gembira sebab bosan tapi terpaksa)...so tips2 yang saya nak bagi ini berdasarkan diri saya sendiri.

1.Saya menulis ikut hati saya, suka hati saya, suka tangan saya, suka fikiran saya nak tulis apa... selagi ia penulisan yang baik, selagi itu saya akan menulis.

2.Orang lain kata, menulis ni kena ada disiplin. Memang betul pun! Sebulan menulis, lepas tu sebulan lagi tak menulis. Apa kejadahnya kan? Menulis ni macam baby juga. Dia kena dibelai dan sebagainya. Jadi kita kena ada disiplin dalam menulis. Jadi tanpa disiplin, hanya angan-angan sahaja untuk menjadi seorang penulis novel umum.

3.Matlamat. sebenarnya ini paling penting. Matlamat kita nak siapkan manuskrip. Kalau kita tulis suka-suka,  tanpa sesiapa push, mungkin setahun dua juga la nak siap sesebuah mss tu... so kalau ada orang push memang cepat je siap. So,  teknik ni, kita cari kawan yang boleh push kita untuk capaikan matlamat macam saya....sensei BEE dan sensei AY hihihih

4. kita ni jangan sombong sangat. Tahu menulis je tapi malas nak baca karya orang lain. Tak bagus macam tu. Melalui pembacaan karya orang lain, kita belajar cara penulisan yang betul. Jangan tiru idea diorang pula. Marah penulis tu kan! Kita baca sambil belajar cara ayat yang mereka bina. Bukan senang mahu menulis ayat yang boleh menyentuh perasaan pembaca. So baca, baca jugak tapi jangan kosong je. Ambil la sedikit pengajaran dalam pembacaan anda.

5.Minat? bagus ada minat? Usaha? Anda ada usaha? Kalau minat sahaja tidak mencukupi. Kena ada usaha juga. Minat+Usaha=berjaya.... lebih berjaya hidup anda nanti... insya allah...

Itu sedikit tips saya mengenai penulisan bagi saya...

Hah nak bagitau, blog ni terhenti update citer baru sebab nak fokus pada HsGK yang tinggal sedikit lagi mahu siap sepenuhnya... jadi harap bersabar semua....terima kasih masih menyokong saya... RIA NATSUMI a.k.a AZALEA ESHAL ...


Monday, 4 November 2013

29
Komen

2013:CERPEN 9 : PERKAHWINAN KE DUA





CERPEN : Perkahwinan kedua.

Dhia Qistina rasa gelisah. Betul ke apa yang aku dah putuskan ni? Perkahwinan ini perlu diteruskan ke? Aku takut! Aku takut di kecewakan. Aku serik. Aku tak nak dilukai oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
            “Dhia, jangan pentingkan diri sendiri. Aidil semakin membesar. Dia perlukan kasih sayang seorang ayah.” Puan Kamilah cuba memujuk Dhia Qistina. Dia mahu wanita itu rasa bahagia. Lelaki seperti Yussof yang tinggalkan wanita sebaik Dhia Qistina akan menyesal nanti.
            Dhia Qistina merenung Puan Kamilah. Dia berbelah bagi.
“Mama, atuk kata, Edil akan dapat papa? Betul ke?” soal Aidil dengan manjanya. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan suara manja itu.
“Ya sayang…” Akhirnya Dhia Qistina bersetuju. Demi anak lelaki ini, dia rela berkorban. Demi Aidil, dia tidak kisah berkahwin lagi. Semuanya demi sumber semangat hidupnya.
“Kiranya Dhia setuju?” soal Puan Kamilah.
Dhia Qistina hanya angguk kepala. Dia tidak mampu berkata. Mungkin ini sudah takdir untuk dirinya.
Selepas memberi persetujuan pada pihak lelaki, mereka terus menetapkan tarikh pernikahan. Disebabkan ke dua pihak pernah berkahwin, mereka bersetuju untuk membuat yang wajib sahaja. Akad dan nikah.
“Assalamualaikum…” seseorang memberi salam.
“Waalaikumusalam. Encik cari siapa?”
“Saya Dzal Azlan…” dia menyebut nama itu.
Apa? Itu nama bakal suami aku kan? Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa muka dia. Dhia Qistina hanya mendiamkan diri.
“Boleh saya jumpa awak sekejap? Ada perkara saya nak cakap mengenai perkahwinan kita.”
“Boleh.” Akhirnya mereka duduk di halaman rumah kerana Puan Kamilah dan Encik Salleh tiada di rumah.
“Saya nak tanya, awak ni kematian suami atau bercerai?” Belum sempat Dhia Qistina masuk semula ke dalam rumah kerana mahu membuat sedikit minuman, Dzal Azlan terlebih dahulu menyoalnya.
Dhia Qistina tergamam.
“Saya…” Dhia Qistina teragak-agak. Puan Kamilah memintanya merahsiakan perkara sebenar mengenai bekas suaminya itu kerana keluarga Dzal Azlan tidak mahu menantu kan seorang isteri yang bercerai hidup. Tambahan pula Puan Kamilah sudah memberitahu kepada ibu Dzal Azlan iaitu Puan Aliah mengenai perkara tersebut.
Dzal Azlan merenung tajam perempuan di hadapannya ini.
“Kematian suami. Suami saya meninggal dunia enam tahun lalu.” Akhirnya terluah juga kata-kata penipuan itu.
“Okey. Aku tahu kau kahwin dengan aku sebab nak anak kau tu dapat kasih sayang seorang ayah kan? Aku boleh jadi seperti mana yang anak kau mahukan tapi kau janji yang kau akan sayang anak perempuan aku macam anak kau?” soal Dzal Azlan lagi.
“Ya, saya faham.” Tiada apa yang boleh Dhia Qistina katakan lagi.
“Kau masih sayang pada arwah suami kau?” Dzal Azlan bertanya lagi.
Dhia Qistina tersentak. Dia teringat peristiwa lima tahun lalu.
“Dia bukan anak aku!” Yussof berkata dengan kuat sekali.
“Apa abang mengarut ni? Ini anak abang.” Dhia Qistina berusaha menerangkan perkara sebenar. Suaminya tidak percaya anak yang dikandungkan olehnya ini bukan anaknya. Hati mana yang tidak sedih dengan tuduhan itu.
“Tak! Kau tipu! Mesti kau pernah tidur dengan jantan lain.” Yussof mula berkasar. Dia menolak kuat tubuh Dhia Qistina ke lantai.
“Selepas kau melahirkan anak dalam kandungan kau ini, aku ceraikan kau dengan talak satu!” Yusoff terus keluar dari bilik tetapi dia tersentak.
Pang!
Puan Kamilah menampar pipi anaknya itu. “Apa yang dah merasuk kau ni, Yusoff? Aku didik kau sejak kecil lagi. Aku kenal sangat perangai kau tapi hari ni, mak yang kandungkan kau ni pun tak kenal kau?” marah sungguh Puan Kamilah.
“Mak!”
“Keluar kau dari rumah aku! Aku tak ada anak lelaki yang tak reti nak hormat orang yang banyak berjasa. Kau kena ingat, Dhia tu… Dhia yang selamatkan kau dari di pukul orang kampung sebab kau hampir di tangkap basah. Aku malu mengaku kau anak!” Puan Kamilah berpaling. Pilu hatinya apabila perlu berkata begitu pada satu-satunya anak kandungnya.
Pilu juga hati Dhia Qistina yang mendengar kata-kata Puan Kamilah dari luar biliknya. Air mata sentiasa mengalir mengenangkan sikap suami sendiri.
“Hey! Kau dengar tak? Aku tanya kau masih sayang arwah laki kau ke? Kalau kau sayang pun aku tak kisah sebab aku pun masih sayang pada arwah isteri aku. Jadi, aku tak kacau kau, kau tak kacau aku.”
“Baiklah!” Dhia Qistina hanya mengalah.
“Lagi satu, tugas kau hanya jaga makan minum pakai aku dan anak-anak. Yang selebihnya tak payah nak buat.”
“Maksud?”
“Maksudnya, kau tak perlu jadi isteri dalam erti kata sebenar. Aku tak kisah sebab cinta aku pada arwah tetap selamanya dalam hati aku. Kita jumpa di hari perkahwinan nanti.” Dzal Azlan terus berlalu tanpa sempat Dhia Qistina bersuara.
Akhirnya Dhia Qistina mengeluh. Hatinya tiba-tiba dipagut rasa cemburu. Belum kahwin lagi dah rasa cemburu. Cemburu pula pada orang yang dah tiada. Dhia Qistina, tolong jadi normal semula okey?
Dhia Qistina terus masuk ke dalam rumahnya.
Masa berlalu dengan cepat. Secepat proses akad dan nikah. Kini, Dhia Qistina dan Dzal Azlan sudah sah menjadi suami isteri.
“Dhia, aku nak kenalkan kau pada anak-anak aku.” Katanya selepas mereka keluar dari masjid.
“Norlie! Izzah!” panggil Dzal Azlan.
“Papa!” serentak mereka menjawab sambil berlari ke arah ayahnya.
“Ini Hana. Hana lima tahun. Ini pula Izzah, empat tahun. Sayang papa, pergi salam tangan mama baru kamu…”
Mereka berdua mendengar arahan  tersebut.
“Mama kita cantik kan?” Hana berkata manja. Dia memegang erat tangan kanan Dhia Qistina.
“Betul tu kakak… Cantik cantik cantik!” Izzah gembira. Izzah mengemari rancangan kanak-kanak, Upin Ipin.
“Mama akan sayang kamu berdua macam anak mama. Kenalkan ini anak lelaki mama, Adil. Dia akan jadi abang kamu.”
“Kita ada abang?” Hana tidak percaya. Ingatkan selama ini dia tidak akan berpeluang ada seorang abang. Dia benar-benar gembira.
“Saya Aidil. Saya dah janji pada mama semalam akan jaga adik-adik saya…” Aidil bercakap seperti seorang yang matang.
Dhia Qistina tersenyum. Bangga dengan anak lelakinya.
“Okey, anak-anak papa pergi tidur. Dah lewat malam ni. Hana tunjuk bilik abang Aidil ye?” arah Dzal Azlan. Kebetulan majlis akad nikahnya berlansung pada malam jumaat.
“Terima kasih. Aku nak minta maaf sebab bilik ni tak ada apa-apa gambar.”
“Gambar?” dahi Dhia Qistina. Apa kena dengan gambar. Benda tak penting pun.
“Lupakan je.” Dzal Azlan menuju ke bilik air. Malam semakin lewat.
Dzal Azlan keluar dari bilik air hanya bertuala. Dia sudah biasa begitu tetapi dia tersentak apabila melihat Dhia Qistina yang sudah bersedia dengan bantal dan kain selimut dalam pegangan.
“Kau nak bawa semua tu ke mana?” soal Dzal Azlan dengan tiba-tiba. Dia menghampiri Dhia Qistina.
Dhia Qistina yang tidak menyedari kehadiran suaminya itu, terkejut sehingga apa yang dipegangnya terlepas.
“Nak tidur kat sofa tu?”
“Kenapa nak tidur kat sofa tu?” soal suaminya lagi.
“Saja...” Dhia Qistina buntu. Dia cuma rasa yang dia patut tidur di situ.
“Siapa suruh kau tidur kat situ? Kita kan dah kahwin. Kau tidur sahaja di sebelah aku kat katil tu. Esok kau kena jaga anak-anak aku dan anak kau juga. Jadi jangan nak mengada-ngada nak tidur kat tempat lain.” Selamba Dzal Azlan berkata sambil mengambil bantal dan kain selimut lalu  letak atas katil.
Dzal Azlan terus berbaring tanpa menyedari yang dia masih bertuala.
“Dzal, awak...” Dhia Qistina rasa malu berkata tetapi terpaksa diluahkan juga kerana dia juga tak sanggup tidur dengan lelaki yang berkeadaan begitu.
“Ada apa? Dah lewat ni. Banyak cakap pula kau ni.” Dzal Azlan baring membelakangi isterinya.
“Saya nak tanya satu soalan...”
“Apa?”
“Awak memang tidur pakai macam ni.”
“Ya..........” Dzal Azlan memandang tubuhnya. Automatik telinganya menjadi merah. Dia malu. Ya, memang malu sangat. Kenapa aku tak perasan akan keadaan diriku ini?
Pantas Dzal Azlan bangun dan menuju ke almari pakaian. Dia mengambil sehelai baju warna putih dan kain pelekat. Kemudian dia terus tidur.
Dhia Qistina tersenyum. Tak sangka Dzal Azlan ini sangat comel bila malu. Sejak kenal dengan suaminya itu, dia hanya tahu mengarah orang sahaja.
Akhirnya mereka tidur dengan lenanya.
Hampir dua bulan mereka hidup bersama.
Puan Aliah yang merupakan ibu kepada Dzal Azlan tersenyum bahagia melihat anak bongsunya sudah berkahwin. Sejak menantunya, Fathin meninggal dunia, Dzal Azlan selalu dengan pekerjaannya sehingga anak-anak terabai.
“Berapa lama anak ibu nak hidup solo macam ni. Hana dan Izzah tu perlukan kasih sayang seorang ibu.” Puan Aliah rasa sedikit kecewa dengan sikap Dzal Azlan.
“Ibu kan boleh jadi ibu mereka. Tak ada masalah.” Selamba dia berkata.
“Dzal, ibu ni ibu kamu, dan opah pada mereka. Opah tau! Bukannya ibu. Ibu mereka ialah orang yang kahwin dengan kamu, Dzal!” geram Puan Aliah.
“Lor ibu ni. Ibu buat kerja tambahan la. Jadi ibu Dzal dan pada masanya menjadi ibu kepada anak-anak Dzal.” Dzal Azlan berkata selamba.
“Dzal, ibu serius ni! Ibu dah carikan calon untuk kamu.”
“Ala ibu ni....”
“Ala... ala apa? Ibu dah pergi jumpa mak dia dah...”
“Apa ibu? Kenapa terburu-buru? Dzal tak nak kahwin lagi. Dzal masih sayangkan Fathin.”
“Fathin dah tak ada. Ibu tahu, kamu kahwin dengan pilihan ibu.” Tegas Puan Aliah.
“Baiklah ibu! Dzal kahwin dengan pilihan ibu tapi ibu kena ingat, Dzal kahwin sebab anak-anak je, kalau Dzal tak cintakan dia dan berkasar dengan pilihan ibu, Dzal harap ibu tak marah atau campur dalam urusan Dzal.”
Puan Aliah terdiam.
“Ibu...” Dzal Azlan pula rasa risau sebab dia sudah terkasar dengan Puan Aliah.
Puan Aliah mengalir air mata.
“Ibu, kenapa ni?” makin bimbang Dzal Azlan.
“Yes! Terima kasih Dzal. Tak sabar ibu nak ada menantu baru ni. Ibu rasa gembira sangat sehingga rasa nak menangis. Terima kasih nak.” Puan Aliah memeluk tubuh anak bongsunya itu. “Mak nak pergi call menantu Ibu.”
Dzal terkaku. Biar betul ibu aku ni...
“Bakal menantu....” Dzal Azlan membetulkan kata-kata ibunya.
Puan Aliah tersengih. Tiap kali teringat perbualannya dengan Dzal Azlan pasti dia akan tersenyum bahagia. Melihat Dhia Qistina melayan Dzal Azlan dengan baik membuat hatinya sejuk sahaja.
“Mari sarapan Dzal...” ajak Puan Aliah.
“Awak nak makan apa? Biar Dhia cedukkan.” itulah soalan yang akan di tanya oleh Dhia Qistina tiap kali suaminya mahu makan.
“Ibu, siapa masak ni?” kasar nada Dzal Azlan.
“Menantu ibu yang masak.” Puan Aliah tersenyum gembira.
Tiba-tiba Dzal Azlan berdiri dan menolak semua makanan yang terhidang ke tepi. Pinggan dan mangkuk semua pecah.
“Aku tak nak makan kalau perempuan ni masak!” kasar Dzal Azlan. Matanya merenung tajam pada isterinya.
“Kamu ni kenapa, Dzal! Ribut tak ada. Taufan apatah lagi, tiba-tiba nak mengamuk! Semalam elok je ibu tengok kamu dengan Dhia. Gaduh ke?”
“Sudahlah! Aku tak nak ada kaitan dengan perempuan ni...” Dzal Azlan terus berlalu keluar.
“Dhia, kenapa dengan Dzal...?” soal Puan Aliah dengan nada yang marah.
“Dhia tak tahu ibu. Tiba-tiba je abang Dzal marah. Betul ibu...” Dhia Qistina benar-benar terkejut dengan suara Dzal Azlan yang tinggi. Sepanjang pernikahan mereka, Dzal Azlan tidak pernah bercakap kasar begitu.
“Kemas ni!” Puan Aliah marah pada Dhia Qistina kerana membuat anak lelakinya begitu. Dzal Azlan satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Kakak-kakaknya semua sudah mengikut suami masing-masing. Tinggallah dia dan Dzal Azlan di rumah.
“Ya Allah, kenapa dia marah pada aku?” Sejak mereka sekeluarga pulang dari rumah saudara Dzal Azlan tempoh hari, lelaki itu banyak termenung, serius dan tidak mahu bercakap dengannya. Wajahnya sentiasa dalam keadaan serius.
Dhia rindukan abang Dzal masa kita kat rumah pak cik Salman. Rintih hatinya. Hati mana tidak terusik apabila seorang lelaki yang melayan diri ini baik dan penuh prihatin. Dhia Qistina sudah jatuh cinta pada Dzal Azlan. Dia bahagia menjalani kehidupan sehariannya bersama suaminya.
“Awak, saya dah siapkan makanan. Marilah makan bersama.” Ajak Dhia Qistina. Ketika itu, Dzal Azlan sedang asyik melayan karenah Hana, Izzah dan Aidil. Aidil sangat mesra dengan Dzal Azlan. Pasti anak kecil itu terlalu gembira dengan kehadiran ayah barunya itu.
“Mari anak-anak kita makan bersama... Nanti pak cik Salman marah kita...” kata Dzal Azlan.
“Makan!” jerit Aidil. Dia memang suka makan. Apabila Dzal Azlan bertanyakan tentang hobinya, anak kecil itu menjawab makan. Dzal Azlan hanya mampu ketawa.
Dhia Qistina benar-benar bahagia meliha Dzal Azlan tersenyum gembira begitu.
Selepas makan, Pak Cik Salman membawa mereka ke pantai. Tiba-tiba Izzah yang bermain di gigi pantai tertarik oleh ombak masuk ke dalam pantai. Anak kecil itu kelemasan. Tanpa berfikir panjang, Dhia Qistina berlari ke arah pantai untuk menyelamatkan Izzah tetapi dirinya tidak sedar yang dia tidak tahu berenang. Dhia Qistina sempat memeluk Izzah. Mereka berdua lemas bersama.
Tiba-tiba Dhia Qistina dapat rasakan tangannya ditarik kasar oleh seseorang di permukaan laut.
Dzal Azlan cuba menampung dua tubuh ke tepian. Mujur Pak cik Salman datang membantu mencapai tubuh Izzah.
“Cepat bawa mereka ke hospital...” arah isteri Pak cik Salman selepas mangsa mengeluarkan air dari mulut.
Sejak itu wajah Dzal Azlan serius. Dia sendiri tidak mengerti mengapa lelaki itu berubah sikap.
Seharian Dhia Qistina menunggu suaminya pulang. Sejak kejadian pagi tadi, Puan Aliah sikit pun tidak bercakap dengannya. Ini benar-benar memberi tekanan padanya.
Dhia Qistina mendengar bunyi kereta masuk ke garaj kereta.
“Abang Dzal...”
“Aku tak nak tengok muka kau, kau faham tak?” Marah Dzal Azlan.
“Saya tak faham dan tak kan sesekali faham kalau Abang Dzal tak terangkan apa kesalahan saya...” Dhia Qistina bercakap dengan nada yang tenang.
“Kau tak layak untuk tahu semua ini! Tak layak!” Dzal Azlan masuk ke sebuah bilik. Dia akui yang bilik tersebut tidak pernah dia masuk. Sentiasa tertutup.
“Fathin, abang minta maaf. Abang sayang Fathin seorang je.” Tanpa Dhia Qistina tahu, dalam bilik tersebut penuh dengan gambar-gambar Fathin yang dibingkai kemas  di dinding.
“Ini pasti arwah isteri abang Dzal kan?” tiba-tiba Dzal Azlan terdengar suara Dhia Qistina.
“Siapa bagi kebenaran kau masuk ke bilik ni!” marah Dzal Azlan. Dia benci Dhia Qistina. Dia tak nak Dhia Qistina mencemari keindahan yang ada.
“Dia cantik. Pasti abang sayang dia kan?” betapa perit hatinya mahu berkata begitu tapi dia pasrah dengan apa yang berlaku.
“Aku kata keluar!” angin marah Dzal Azlan tidak boleh di kawal lagi.
“Abang...”
“Keluar!” serentak itu tangan Dzal Azlan dihayunkan dan menumbuk kuat ke cermin mekap. Pecah berkecai cermin tersebut.
Air mata Dhia Qistina terus mengalir tetapi dia hampiri juga Dzal Azlan.
“Tangan abang...”
“Lepas!”
“Apa yang dah jadi ni?”Puan Aliah muncul. “Dzal! Kenapa ni nak?” dia menjadi cemas apabila melihat keadaan tangan anaknya berdarah.
“Suruh perempuan tu keluar, ibu..” pinta Dzal Azlan dengan tegas.
“Kau tak dengar ke yang Dzal suruh kau keluar!”
“Tapi ibu...”
Mata Puan Aliah merenung tajam menantunya.
Akhirnya Dhia Qistina mengalah dan keluar.
Bersambung....
p/s: apa sebenarnya yang Dhia Qistina dah buat sampai Dzal Azlan ni mengamuk bagai. Macam di rasuk hantu je. Cuba fikir?? Kenapa dia mengamuk gila dan benci pada Dhia Qistina? Okey...tunggu sambungannya... yang Final...okey....hihihihi tunggu dengan sabar ok....



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah mesti semua dah dapat jangka jalan ceritanya dan ala-ala sebuah cerita ni kan??hihihi ada yang komen tu teka dengan tepat sekali.... cerita ini di ambil dari cerita Punar Vivah (1) hihihihi tapi saya tukar dalam bentuk gaya penulisan saya sendiri. So, semoga terhibur dengan cerita ini. Terima kasih semua masih menyokong saya, Ria Natsumi a.k.a Azalea Eshal.


 Apa yang aku dah buat ni? Aku tak tahu apa salah aku atau abang Dzal dah tahu hal sebenar? Mata Dhia Qistina terbeliak. Dia berdiri tegak. Sekejap berjalan ke arah kanan. Kemudian ke arah kiri. Begitulah keadaannya berulang kali.

Perasaan bimbang mula timbul di hatinya.

“Aku tak kisah kau nak buat apa. Buatlah tapi satu je. Aku tak suka penipu. Orang yang menipu itu satu dosa besar bagi aku. Aku benci penipu. Jadi, kau ingat sampai bila-bila kata aku. Aku tak suka penipu.” Kata-kata Dzal Azlan terngiang-ngiang di telinga Dhia Qistina. Makin kuat getaran di hatinya.

Ada satu perkara aku tipu abang Dzal. Pasal Yussof. Hati Dhia Qistina tidak tenang.

“Mama...” panggil Aidil.

“Aidil...” Dhia Qistina cuba tersenyum. Sejak di marahi oleh Dzal Azlan, Dhia Qistina hanya tidur di bilik anak lelakinya itu.

“Kenapa mama tidur di sini?”

“Mama nak teman Aidil tidur...” Dhia Qistina cuba tersenyum. Menyembunyikan kelukaan dalam hatinya.

“Okey...”

Puan Aliah berbelah bagi. Dia tidak faham apa yang berlaku antara menantu dan anaknya itu. Kini, anak sulungnya mahu melahirkan anak keduanya. Jadi, dia terpaksa pergi kerumah anak sulungnya itu. Dia tidak sanggup meninggalkan mereka berdua di rumah ini.

“Ibu pergilah. Kakak perlukan ibu.”

“Dzal pun perlukan ibu kan?” Puan Aliah bertanya.

“Dzal okey...” wajah Dzal Azlan pucat. Sudah beberapa hari dia tidak makan. Bagi Dzal Azlan, itu hukuman yang wajar untuk dirinya.

“Okey...” dengan berat hati Puan Aliah meninggalkan rumahnya itu.

“Anak-anak mana?” soal Dzal Azlan dengan kasar. Dia cuba mengelak dari bercakap dengan isterinya itu.

“Masih tidur. Kan hari ini hari minggu.” Dhia Qistina bercakap dengan nada yang lembut.

Dzal Azlan terdiam sendiri.

“Abang Dzal... kalau Dhia ada buat salah. Bagitaulah Dhia. Dhia akan cuba betulkan.” Dhia Qistina masih mencuba untuk mencari kesalahannya.

“Kau diam!”

Sabar Dhia Qistina hilang. Sudah seminggu lebih dia bersabar dengan suaminya itu. Dulu Yusof menengkingnya, sekarang hampir setiap hari Dzal Azlan memarahinya.

“Saya tak kan diam, Abang Dzal. Kalau abang dah benci sangat dengan Dhia, okey! Saya akan keluar dari rumah ni.” Dhia Qistina berpaling. Air matanya gugur. Dia mengemas beg pakaiannya dan juga Aidil.

Dzal Azlan hanya membiarkan sahaja Dhia Qistina bersama anak lelakinya itu pergi.

Selepas teksi Dhia Qistina pergi, kereta Puan Kamilah masuk di perkarangan rumah Dzal Azlan.

“Dhia nak pergi mana tu?”

“Mak....” Dzal Azlan terdiam.

“Azlan.....” panggil Puan Kamilah.

“Dia dah keluar dari rumah ni.”

“Kenapa?”

“Entah!”

“Kenapa ni Azlan? Setahu mak, Dhia cintakan Azlan. Dia selalu cerita pada mak yang dia bahagia dengan Azlan. Walaupun dia pernah terluka dengan sikap bekas suaminya, iaitu anak mak sendiri yang menuduh Aidil bukan anaknya tetapi dia tabah lalui itu semua.” Jelas Puan Kamilah.

“Apa maksud mak? Mak bukan mak kandung Dhia ke?”

“Dhia tu anak yatim piatu. Mak ni bekas mak mertua sahaja. Mak rasa bersalah dengan perbuatan anak lelaki mak, jadi mak jaga Dhia macam anak sendiri. Dia dah banyak menderita.”

Dzal Azlan terkejut.

“Papa, mana mama? Abang Edil pun tak ada...” Hana yang baru tersedar dari tidur itu berkata. Sudah menjadi kebiasaannya menjenguk bilik Aidil dulu.

“Mak, tolong jaga anak-anak saya kejap!” Dzal Azlan bergegas ke keretanya. Dia salah dalam membuat keputusan kali ini.

“Dzal, isteri kau tu baik sangat. Kau kena lupakan Fathin. Fathin dah tak ada. Fathin pasti sedih kalau kau  sedih macam ni. Tak makan. Pak cik hanya mampu nasihat je. Apa yang Pak cik pasti, kau mencintakan Dhia lebih dari Fathin. Pak cik nampak semua itu.” Itulah kata-kata Pak cik Salman selepas peristiwa lemas tempoh hari.

Jika aku lepaskan Dhia pergi, aku sama macam lepaskan Fathin buat selamanya. Biarlah aku sayang ke dua-duanya. Fathin kenangan aku dan Dhia kehidupan aku. Menyesalnya aku.

Kereta yang dipandu terus memecut meredah jalan.

“Mama, kita nak ke mana?” Aidil bertanya. Dia masih kemamai. Matanya di gosok perlahan.

“Kita tengah main sorok-sorok dengan papa. Jangan sampai papa jumpa kita. Kalau papa jumpa kita, kita kalah. Nanti kena denda.” Sengaja Dhia Qistina berkata begitu.

“Yeke? Ada hadiah tak kalau menang.” Aidil begitu teruja. Dia suka permainan ini.

“Mestilah ada hadiah!”

“Okey mama...” Aidil tersenyum.

Dhia Qistina rasa bersalah. Menipu anak kecil yang masih suci ini.

Mereka sedang menunggu keretapi. Beberapa minit lagi akan berlepas.

Akhirnya Dzal Azlan sampai di stesen keretapi. Dia membeli tiket supaya dia boleh masuk ke tempat menunggu kereta api. Dia yakin yang Dhia Qistina akan ke sini. Matanya tidak lepas memandang sekeliling.

“Mana kau Dhia! Maafkan aku Dhia. Maafkan aku! Aku cintakan kau!” rintihnya.

Tangan Aidil bermain dengan sebiji bola kecil. Tiba-tiba ia jatuh dan bergolek.

“Ma, nak pergi ambil kejap.”

“Okey...” Dhia Qistina hanya melihat dari jauh...

Aidil asyik mengekori bola yang bergolek.

“Dapat!” bola tersebut berhenti tepat di kaki Dzal Azlan.  Papa! Bisik hatinya. Aidil terkaku di lantai. Nanti kalau papa nampak, kalahlah geng Edil.

Dzal Azlan memandang sekeliling tanpa sedar yang anak tirinya berada depannya. Dia tidak peduli siapa di hadapannya. Cuma dalam fikirannya ada Dhia Qistina.

Dhia, jangan tinggalkan aku. Aku perlukan kau. Fathin mati sebab lemas. Itu punca aku terlalu marah pada kau, Dhia. Waktu itu aku hanya fikirkan kita hanya berkahwin demi anak-anak. Apabila kau lemas, aku rasa cemas. Bimbang! Bimbang jika kau turut sama lemas seperti Fathin. Aku tak sanggup. Aku sedar yang aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Aku tak mahu kehilangan kau. Aku nak bersama kau. Jadi, tolonglah muncul depan aku sekarang, Dhia Qistina. Kalau betul kau jodoh aku. Tolonglah aku, Ya Allah! Rintih hati Dzal Azlan. Dia berdoa bersungguh-sungguh.

“'Kereta api ke KL Sentral akan tiba dalam masa lima minit lagi. Sila beri laluan kpd penumpang untuk keluar terlebih dahulu sebelum anda menaikinya. Coach tengah adalah dikhaskan untuk wanita sahaja.”

Dzal Azlan makin gelisah mendengar pengumuman itu. Matanya pantas scan seorang demi seorang. Pasti Dhia ada dekat-dekat dengan coach wanita.

Dhia Qistina melihat Aidil tidak datang kepadanya. Dia tersentak. Dari jauh dia nampak Dzal Azlan dan Aidil begitu hampir. Pantas dia menyorok di sebalik tiang besar yang ada. Bimbang Dzal Azlan nampak dirinya.

Kenapa lelaki tu datang sini? Dia cari aku ke? Tak mungkin! Aku kan dah tipu dia. Tak ada maaf bagi aku. Dhia Qistina terkaku di sebalik dinding itu.

Kereta api tiba. Semua penumpang sudah bergerak ke pintu yang terbuka itu. Pantas Dzal Azlan melihat seorang demi seorang. Dia tidak boleh terlepas pandang.

Aidil rasa lega apabila papanya sudah meninggalkannya tetapi malangnya apabila dia memandang tempat mamanya duduk sebentar tadi tiada. Air matanya mengalir. Dia cemas. Keadaan yang ramai orang sebentar tadi kini sedikit.

Dhia Qistina!” Akhirnya Dzal Azlan menjerit sekuat hati tetapi tangisan seseorang lebih kuat dari itu. Pantas dia mencari tangisan itu.

“Mama...” Aidil cemas. Dia menangis.

Pantas polis bantuan yang bertugas di situ menghampiri Aidil.

“Aidil!” Dzal Azlan  yakin itu anaknya. “Anak papa!” pantas di peluk anak kecil itu. Dia lega dapat bertemu dengan Aidil. Dia yakin yang Dhia Qistina juga berada di sini. Dhia tidak akan tinggalkan Aidil sendirian.

“Papa...” Aidil terusan menangis.

“Jangan nangis sayang. Papa ada. Kita cari mama ye?” pujuk Dhia Azlan. Polis bantuan meninggalkan mereka sendirian apabila sudah memastikan kanak-kanak tersebut dibawah jagaan Dzal Azlan.

Dhia Qistina!” panggil Dzal Azlan. Bergema suaranya  di ruang stesen kereta api di bawah tanah itu.

“Abang...” Dhia Qistina muncul juga. Dia tidak sanggup mendengar tangisan Aidil. Biarlah.

“Dhia!” pantas Dzal Azlan berlari memeluk tubuh Dhia Qistina. Dia tidak pedulikan orang yang memandang mereka. Yang penting isterinya ada di depannya.

“Abang, malu orang tengok ni...” Dhia Qistina tebalkan wajahnya. Matanya memandang sekeliling mereka.

“Jom ikut aku!” Mereka keluar dari situ.

“Kita nak ke mana?”

“Balik rumah kita...”

“Abang tak marah pada Dhia lagi?” soal Dhia Qistina. Aidil sudah lama lena di tempat duduk belakang.

“Tak marah pun...” Dzal Azlan tersenyum bahagia. Rasa malu pula mahu meluahkan perasaan cintanya pada Dhia Qistina. Biarlah dulu perasaan indah itu.

Baguslah Dzal tak marah aku dah tapi pasal Yusoff... Patutkah aku ceritakan kepada Dzal? Persoalan itu masih belum terjawab.

p/s: alamak! Sambung lagi. Ingatkan boleh habis. Sorry la. Tinggal persoalan tentang yussof dan penipuan Dhia. Adakah Dzal tahu perkara ini dari orang lain atau terbongkar secara tidak sengaja? Tinggal ini je konflik tak selesai... kita nantikan lagi untuk next episod....sila tunggu lagi okey....hihi maaf...asyik kena jadi penunggu je hihihi




Assalamualaikum dan salam sejahtera. LAMA GILA TAK SAMBUNG CERPEN NI. ALHAMDULILLAH, MANUSKRIP HATI SUAMIKU GK DAH SELAMAT DISIAPKAN dan akan diterbitkan pada bulan mei ini... jangan lupa dapatkannya. SO, SAYA rehat dulu dari manuskrip dan sambung satu cerpen ini...Harap-harap ini final sambungannya. Tak nak dah sambung. Semua orang dah tahu konflik apa yang belum terjawabkan? Penamatnya adalah rekaan semata2 dari saya sendiri hihihi tak ada kena mengena dengan citer PUNARVIVAH walapun mula2 macam citer tu... Kita tunggu kemunculan yusoff ni okey? Selamat membaca....

Sejak itu, Dzal Azlan asyik tersenyum pada Dhia Qistina. Melayannya dengan baik dan segala kemahuannya di penuhi.
Dhia Qistina rasa tidak senang dengan layan Dzal Azlan yang begitu baik. Dia tidak tergamak mahu menipu lelaki itu mengenai kisah perkahwinannya yang pertama.
Yusof, seorang lelaki yang sangat romantik. Sebab itu aku jatuh cinta pada dia tapi sayang, dia  tuduh aku mengandungkan anak lelaki lain. Dia ingat aku tidak tahu apa-apa. Dia ada perempuan lain. Sebab itu dia menuduh aku begitu untuk bercerai.
Dhia Qistina membesarkan Aidil dengan titik peluhnya sendiri. Dia tidak mahu menerima bantuan dari Puan Kamilah.
“Mama, Edil nak papa, boleh tak?” soal Aidil ketika berusia empat tahun. “Semua kawan Edil ada papa. Hanya Edil je tak ada papa. Edil sedihlah ma. Kalau Edil ada papa, Edil janji dengan ma, Edil tak kan nakal. Janji Edil ada papa. Boleh tak ma?” kata Aidil dengan nada yang sedih.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan kata-kata itu. Akhirnya Dhia Qistina pergi ke rumah Yusof yang tinggal dengan isteri barunya.
“Kau datang sini buat apa?” Yusof terus menengking Dhia Qistina.
“Saya datang cuma nak awak mengaku Aidil anak awak...” Dhia Qistina kuatkan hati untuk berkata.
“Dah berapa kali aku nak cakap! Aidil bukan anak aku.”
“Awak tak pernah jumpa dia. Mana awak tahu dia bukan anak awak?”
“Cukup! Aku tak nak dengar! Pergi dari sini!” Yusof menghalau Dhia Qistina tanpa mendengar pesanan dari seorang anak.
“Dalam sampul ini, ada gambar Aidil. Harap awak sudi datang melawat dia sebagai seorang ayah...”
“Dhia, kenapa termenung ni? Jom makan...”tegur Dzal Azlan apabila melihat isterinya termenung dan tidak menyedari kehadirannya di situ.
“Tak ada apa-apa!” Dhia Qistina sedikit terkejut. Kenangan lalu, biarkan terus berlalu. Tapi aku kena bagi tahu perkara ni pada suami. Penting!
Belum sempat Dhia Qistina bercakap sesuatu, Aidil muncul.
“Papa, ada surat untuk papa! Opah suruh bagi papa.”
“Okey. Terima kasih.” Sempat Dzal Azlan mencium pipi montel itu. Dia tersenyum bahagia.
Dhia Qistina turut tersenyum bahagia.
Dzal Azlan membuka surat itu lalu membacanya. Wajahnya serius tiba-tiba.
Dhia Qistina mula rasa bimbang.
“Surat tuntutan Anak Aidil Daniel Bin Mohd Yusof? Tuntutan oleh Mohd.Yusof?” pantas Dzal Azlan memandang ke arah isterinya.
Dhia Qistina diam tak terkata kerana terkejut.
“Apa semua ni, Dhia?” Dzal Azlan memandang isterinya dengan wajah yang keliru.
“Dhia...” Dhia Qistina hilang kata-kata. Dia tidak tahu mahu menjelaskan dengan cara apa.
Tanpa menunggu jawapan dari Dhia Qistina, Dzal Azlan keluar dengan perasaan marah.
Air mata Dhia Qistina mengalir. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Dhia...” ada suara lelaki dihujung talian. Dia ingatkan Dzal Azlan tetapi...
“Yusof!” mata Dhia Qistina terbeliak dengan linangan air mata.
“Dhia...”
“Kau tak guna! Lelaki tak guna! Kau hancurkan kepercayaan aku pada kau! Kini kau hancurkan perkahwinan aku dengan hantar surat tuntutan Aidil! Kau tahu tak! Kau tak ada hak!” marah Dhia Qistina. “Kau tak ada hak...” lemah pula nada suaranya.
“Dhia, dengar cakap aku!”
“Aku tak nak ada kaitan langsung dengan kau! Aku tak kacau hidup kau dah! Aku tak harap kau jadi ayah Aidil lagi! Dia dah ada ayah dia yang terbaik. Yang sayangkan dia! Kau pergilah!” Dhia Qistina memikirkan Dzal Azlan. Kasihan suamiku...
Yusof yang mendengar kata-kata Dhia Qistina, terusik. Hatinya rasa sakit pula. Memang dia akui yang dia bersalah. Bukan dia yang hantar surat itu tetapi isterinya, Milah.
Talian terputus.
Yusof terdiam. Dia akui yang dia banyak bersalah pada Dhia Qistina dan Aidil, anaknya. Semua ini gara-gara perempuan yang mementingkan kebendaan.
Dia teringat kata-kata Milah.
“I dah mandul! You suka la!” geram Milah.
“Apa you cakap ni? I tetap akan bersama you. Walaupun kita tak ada anak.” Yusof cuba sedapkan hati Milah.
“I baru ingat! You ada anak dengan bini you yang pertama kan? Jadi I nak anak dia. I nak anak you yang tu jadi anak I.”
“You gila ke? Bekas bini I tu dah lama jaga dia. I tak nak kacau.” Yusof tidak mahu. Cukuplah dia menduakan isterinya. Memarahi Dhia Qistina mengenai kandungan itu bukan anaknya. Cukup! Aku tak mahu lihat air matanya. Aku tak sanggup.
“Tapi kita tak ada anak. I nak juga anak tu. I akan buat tuntutan di Mahkamah.” Milah nekad dengan keputusannya.
Yusof mengeluh. Dia tidak menyangka surat tuntutan itu akan sampai di rumah Dhia Qistina secepat ini.
“Assalamualaikum...” seseorang menyapanya.
“Waalaikumusalam...” Yusof menjawabnya. Dia melihat seorang lelaki yang wajahnya yang merah. Dia marah ke?
“Encik boleh tolong saya?” Dzal Azlan sudah berada di hadapan sebuah kedai makan.
“Tolong apa?”
“Tolong izinkan saya duduk sini. Tempat dah penuh. Ini kedai kegemaran saya. Kalau saya marah ke apa ke? Saya akan ke sini.” Dzal Azlan bercerita. Dia teringatkan Dhia Qistina. Marahnya datang lagi!
“Duduklah. Lagi pun saya seorang sahaja.”
“Dah kahwin ke?”
“Dah...”
“Saya nak tanya pendapat awak, boleh tak?” Dzal Azlan bertanya. Dia buntu mahu buat apa.
“Boleh je.” Yusof tersenyum
“Kalau isteri awak menipu, awak marah tak?”
“Saya marah tapi saya rasa saya kena dengar penjelasannya terlebih dahulu. Saya tak nak kemarahan saya akan meragut kebahagian saya seumur hidup,” jawab Dzal Azlan.
Wajah Yusof sedih mendengar kata-kata yang ikhlas itu.
“Kenapa? Maaf saya tanya banyak soalan.” Dzal Azlan begitu tertarik untuk mengetahuinya.
“Isteri pertama saya. Saya dah tuduh dia mengandung anak orang lain padahal selepas anak itu lahir, anak itu seperti muka saya masa kecil dulu. Dia selalu datang merayu pada saya supaya menjadi ayah kepadanya walaupun ketika itu saya dan dia sudah bercerai.” Perit rasa mengenangkan dosa dulu.
“Sabar la...” Dzal Azlan berkata.
“Saya marah pada dia. Hampir setiap hari dia datang merayu agar berjumpa dengan anaknya tetapi saya tidak mahu. Saya rasa tidak perlu percaya pada perempuan yang sudah menipu saya. Saya jatuhkan hukuman pada dia, padahal itu bukan salah dia. Keadaan membuat dia jadi begitu. Disalah erti...”
Dzal Azlan hanya memandang wajah lelaki di hadapannya. Sungguh! Bab bab perasaan ini, dia tidak pandai mahu buat apa. Dulu... Dengan isteri pertamanya, dia tidaklah begini kerana isterinya romantik tetapi sekarang Dhia Qistina. Wanita itu lebih suka mendengar arahannya daripada dia mengarah dirinya.
“Saya menyesal sehingga kini. Jadi awak fikir dan dengar penjelasannya walau apa pun kesalahannya.” Yusof tersenyum pahit.
“Awak, terima kasih...” sedikit lega perasaan Dzal Azlan.
“Sama-sama... Saya pergi dulu...”
“Baiklah..”
Malam melabuh tirai. Dhia Qistina menanti suaminya pulang dengan penuh sabar. Walaupun matanya sudah bengkak menangis tetapi salahnya. Salah kerana dia merahsiakan perkara sebenar. Dia tidak tahu mahu meluahkan perkara sebenar dengan cara apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk tulis surat itu sahaja.
Dia menceritakan segalanya di dalam surat tersebut. Sekarang dia menanti Dzal Azlan dengan penuh debaran.
“Abang...” panggil Dhia Qistina apabila melihat Dzal Azlan masuk ke kamar mereka.
Langkah Dzal Azlan terhenti. Dia mahu mendengar penjelasan Dhia Qistina tetapi dia diamkan diri dulu.
“Abang, maafkan saya abang. Saya betul-betul tak tahu pasal tuntutan ni.” Dhia Qistina menangis lagi.
Dzal Azlan yang melihat air mata itu mengalir, hatinya rasa sakit. Biarlah dulu. Otak aku pun serabut memikirkan semuanya.
“Abang, saya nak minta izin pergi berjumpa dengan bekas suami saya. Saya akan minta dia menarik semula tuntutan tu...” Dhia Qistina terpaksa berjumpa dengan yusof.
“Bekas suami?” Hati Dzal Azlan terus menjadi marah. Marah yang membuak-buak. Penipuan ini yang menjadi punca kemarahan Dzal Azlan. Tipu yang bekas suaminya sudah meninggal dunia.
“Kau tipu aku Dhia! Kau penipu! Kau kata yang laki kau dah mati tapi apa ni? Tiba-tiba tuntut anak! Kau penipu! Aku benci penipu!” kata Dzal Azlan sambil tangannya mencengkam kuat lengan Dhia Qistina.
Dhia Qistina rasa sakit. Tetapi rasa sakit hati suaminya lebih penting sekarang ini. Dia perlu meredakan kemarahan Dzal Azlan.
“Abang...” panggil Dhia Qistina dengan panggilannya lembut. Dia tidak boleh cepat melatah.
“Kau diam! Aku percaya kau sepenuh hati aku. Aku cintakan kau dan lupakan kenangan isteri pertama aku. Aku tak sanggup hidup tanpa kau Dhia Qistina!” jerkah Dzal Azlan. “Tapi ini yang kau bagi pada aku! Tak guna!”
Dzal Azlan baling bingkai gambar perkahwinan mereka di lantai. Pecah! Kaca bertaburan.
“Abang!” sakit hati Dhia Qistina melihat tindakan suaminya yang kasar itu.
“Apa?!”
“Abang! Saya tahu saya salah tapi saya sayangkan abang. Saya cintakan abang sepenuh hati saya. Penipuan saya hanya satu. Saya tipu bekas suami saya dah mati padahal dia masih hidup! Hanya satu penipuan sahaja, Dzal Azlan!” geram Dhia Qistina. Dia tahu yang dirinya bersalah tetapi tak perlulah mahu baling bingkai perkahwinan itu.
“Kau diam!”
“Saya tak nak diam! Kalau abang dah tak nak tengok saya dah! Biar saya pergi!” Dhia Qistina mahu melangkah keluar.
“Siapa suruh kau pergi? Aku tak kan ceraikan kau. Kau akan jadi hamba aku seumur hidup kau!” geram Dzal Azlan. Dia menarik kasar tangan Dhia Qistina dan menolak tubuh itu ke katil.
Dhia Qistina tahu apa yang Dzal Azlan mahu lakukan. Dengan pantas dia bangun semula dan mencapai kaca bingkai gambar yang sudah pecah.
“Abang, saya tak rela abang sentuh saya dalam keadaan abang tengah marah. Saya rasa hina sangat! Kalau macam tu, biar saya mati. Biar abang tak marah pada saya lagi.” Betapa singkat pemikiran Dhia Qistina. Dia terus mencalarkan nadi di tangannya.
Dzal Azlan terkejut. Perkara ini berlaku dengan begitu pantas.
“Dhia! Dhia!” panggil Dzal Azlan bergema.

Dhia Qistina membuka kelopak matanya. Aku di mana? Aku dah mati ke? Tiada guna aku hidup kalau Dzal bencikan aku. Marahkan aku! Wajahnya mendung.
Aku di hospital rupanya. Dhia Qistina cuba merenung jam di dinding di hadapannya. Baru jam 10 malam.
Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam bilik itu. Pantas Dhia Qistina memejamkan matanya. Pura-pura masih tidak sedarkan diri.
“Sayang, bangunlah! Dah tiga hari sayang tak sedarkan diri. Abang risau. Anak-anak semua rindukan sayang. Tadi abang berjumpa dengan Yusof. Tuntutan terhadap Aidil dah ditarik. Dia minta maaf pada sayang...” lembut suar Dzal Azlan berbisik di telinganya.
“Abang percaya, sayang tak kan tinggalkan abang. Jadi, abang akan tunggu sayang sampai sayang sedar...”
“Kalau saya tak sedar macam mana?” tiba-tiba Dhia Qistina bersuara. Dia masih kaku. Hanya suara sahaja yang kedengaran.
“Kalau tak sedar, abang akan tunggu seumur hidup abang...” Selamba Dzal Azlan menjawabnya. Dia masih tidak menyedari yang Dhia Qistina yang bertanya.
Dahi Dzal Azlan berkerut sedikit. Bagaikan berfikir sesuatu.
“Eh!” hati Dzal Azlan tersentak. “Sayang...” Dia melihat kelopak mata Dhia Qistina sudah terbuka.
“Sayang!!!” jeritnya bersungguh-sungguh kerana terlalu rindukan suara itu.

Sebaik sahaja Dhia Qistina tiba di rumah mereka, Dzal Azlan terusan membebel dan bercakap tanpa henti. Itu pun suaminya minta dia tinggal di hospital sehingga sembuh. Apa lagi yang dia mampu lakukan ialah hanya tersenyum. Bahagia sangat apabila perkahwinan ke duanya ini dapat diselamatkan.
Yusof? Dia menarik semula tuntutan anak itu dan pergi dari situ. Cuma satu sahaja pintanya, jangan rahsiakan apa-apa mengenai dirinya daripada Aidil, anak kandungnya. Dia juga meminta jika ada perayaan dan sambutan hari lahir Aidil, dia mahu bersama-sama berada di sisi anak itu.
Dhia Qistina tersenyum lagi.
“Dhia, abang tengah cakap ni, boleh pula tersengih,” geram Dzal Azlan. Tetapi di segenap hatinya, dia rasa amat bahagia. Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada Dhia Qistina. Kalau tidak, sukar untuk dia menerima perempuan lain lagi.
“Dhia penatlah abang, tapi satu je Dhia tak penat, senyum pada abang seorang.”
“Mulalah tu nak mengedik. Abang cubit kang!” manja Dzal Azlan.
“Eh, tak pernah Dhia tengok lelaki yang suka mencubit-cubit ni.” Dhia Qistina mengusik suaminya.
“Kalau tak pernah tengok, meh abang tunjukkan.” Lantas pipi Dhia Qistina di cubit oleh Dzal Azlan. Bukan sahaja belah kanan tetapi belah kiri pun sama menjadi mangsanya. Cubitan yang cukup berbisa. Geram punya fasal.
“Sakitlah!” jerit Dhia Qistina sungguh-sungguh. Dia menggosok pipinya yang rasa sakit itu berkali-kali. “Tangan ketam!”
Dhia Qistina mengejar suaminya.
Dzal Azlan pantas berlari.
Anak-anak yang baru sahaja tiba di situ seronok melihat ibu bapanya yang berlari berkejaran.
“Papa, Aidil nak main juga.” Aidil bersuara. Teruja sekali wajahnya.
“Kami pun sama...” Hana dan Izzah muncul.
“Okey anak-anak mama! Kita tangkap papa dan cubit pipi papa kuat-kuat tau!” arah Dhia Qistina.
“Apa ni Dhia! Tak adillah ajak geng.” Dzal Azlan mula berlari tak cukup tanah. Akhirnya dia mengalah.
Hana, Izzah dan Aidil menarik pipinya sekuat hati.
“Yahoo!! Papa kalah. Disebabkan papa kalah, papa kena belanja kami aiskrim!” Aidil mula berkata-kata.
“Okey. Papa kalah. Tunggu kat depan dulu. Nanti mama dan papa datang.”
“Yahoo!!” makin kuat anak-anak bersorak sambil berlari keluar dari kamar tidur mereka.
“Sakitnya pipi abang...”
Chup!
Dhia Qistina mencium pipi suaminya.
“Sakit ke?”
“Tak sakit dah...” Dzal Azlan tersenyum penuh rasa bahagia.
“Betul ni?”
“Betul... Abang sayang Dhia...” luah Dzal Azlan.
“Dhia pun sayang abang...”
Mereka berdua hidup bahagia selamanya...


p/s: Akhirnya tamat juga cerpen kali ni. Seksa benar nak siapkannya. Dah lama tak buat cerpen. Lepas ni kena pasang target ni. Nak buat cerpen sebulan sekali. Teruk benar sebab tahun ni tak ada cerpen di blog... CERPEN KEKASIH BUKAN SUAMI itu dah siap tapi dalam cetakkan HIMPUNAN CERPEN CINTA PERTAMA... jadi maknanya tak ada dalam bloglah hihihi ok semoga terhibur membacanya....