Salam...maaf lambat update...agak sibuk dengan urusan seharian....okey...meh baca sambungannya...
Bab 9
Awat muka Khusnul Syakinah macam cuak je. Aku nak cakap
kelemahan dia je. Itu pun nak takut ke?
“Kenapa dengan kelemahan
aku?” soal Khusnul Syakinah takut-takut.
“Aku
cuma nak cakap yang ibu kau adalah kelemahan kau. Kau akan ikut segala
kata-kata ibu kau kan? Aku yakin.” Iqram tersenyum.
“Jadi,
kenapa dengan kelemahan aku? Kau sakit hati ke?” geram Khusnul Syakinah. Aku dah bersangka buruk pula.
“Jadi, aku bagi tahu sahaja
ibu kau dan kau akan bersetuju jumpa keluarga aku.” Iqram tersenyum lagi.
“Aku
tak nak kahwin dengan lelaki yang mak ayah dia bergelar Dato.” Jujur Khusnul
Syakinah.
“Sesuailah.
Keluarga aku pun bukan berpangkat begitu. Mama aku hanyalah suri rumah yang
sudah kematian suaminya sejak aku di lahirkan. Ini nombor aku. Aku harap kau
call aku. Ini pula telefon yang aku beli untuk kau.” Iqram letakkan di tempat
duduk menunggu bas dan dia terus berlalu pergi.
Khusnul Syakinah tersentak.
Mama
Iqram pun tiada suami. Maknanya Iqram juga tiada ayah. Sejak kecil? Ya Allah,
dia lebih memerlukan kasih sayang seorang ayah tetapi aku yang lebih-lebih.
Sedangkan dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah sejak kecil.
Kenangan pun tak ada. Kasihannya. Aku patutnya bersyukur kerana aku masih boleh
ingat kenangan aku dengan ayah aku.
Dia
insaf.
Bas
sudah sampai tetapi matanya masih memandang telefon pintar itu. Yang sedang menggoda
pandangan Khusnul Syakinah. Dia segera mengambilnya dan naik bas.
Iqram
yang memerhati dari jauh tersenyum lebar. Dia gembira Khusnul Syakinah
mengambil telefon tersebut.
Aku
akan mulakan rancangan supaya kau menjadi milik aku. Awat aku gembira lain
macam ni? Lepas tu buat kerja gila. Malam-malam buta pergi beli telefon untuk
perempuan tu… Aku memang dah gila kot. Tak kisahlah! Janji aku suka apa yang
aku buat sekarang ni.
“Lepas
kerja, aku akan beritahu mama fasal ni…”
Dia
memandu dengan rasa gembira untuk ke tempat kerja.
Tiba-tiba
Iqram dapat panggilan daripada Amar yang dia perlu ke pejabatnya sekarang.
Suara macam hal penting sangat. Ish, kadang-kadang si Amar ni suka buat gempak
je. Singgahlah kejap.
Dia
terus memandu menuju ke pejabat Amar. Khusnul Syakinah kerja di situ.
Semasa
dia tiba, kelihatan Khusnul Syakinah sedang mengelap cermin lut sinar kedai
milik Amar. Sengaja dia letak kereta agak jauh sedikit dari kedai Amar. Manalah
tahu Khusnul Syakinah tengah buat kerja masa tu. Boleh skodeng. Matanya
terpandang sesuatu.
Dup…
Dap… Dup… Dap…
Iqram
ternampak senyuman Khusnul Syakinah. Pantas dia berpaling dari melihat senyuman
itu. Dia menelan liur. Hatinya berdebar hebat. Apa yang membuat dia ceria hari
ni? Hatinya jadi cemburu. Cemburu pada perkara yang membuat Khusnul Syakinah
gembira.
“Kenapa
hati aku ni? Sebelum ni mana ada berdebar macam ni.” Iqram marah pada diri
sendiri. Dia menyentuh dadanya. Kuat betul bunyi debarannya. “Ish! Tak boleh
jadi. Redah aje la…”
“Assalamualaikum…”
Iqram
masuk dengan memberi salam. Belum sempat Khusnul Syakinah menjawab salam itu,
dia sudah berkata dulu. “Aku nak jumpa Amar.” Serius suaranya.
Khusnul
Syakinah menunjuk ke arah bilik Amar. Tadi bukan lagi baik cakap. Ini kasar
pula. Entah apa-apa la si Iqram ni. Tapi lebih baik kasar macam ni. Dia
menyambung kerjanya semula.
“Iqram,
kau datang juga.” Amar menyapa. Mereka bersalaman dan berpeluk.
“Mestilah
datang. Buah hati aku ada kat luar tu…”
“Khusnul
maksud kau? Masih berusaha memikat hatinya ke?” soal Amar. Dia ingat yang Iqram
akan lupakan Khusnul Syakinah selepas tidak berjumpa lagi.
“Mestilah.
Dia cinta sejati aku.”
“Ada-ada
sahaja kau ni. Macam ni, aku nak tunjuk sesuatu.” Ammar hulurkan sekeping kad
kepada Iqram. Dia yakin yang lelaki itu akan terkejut punya.
“Wei,
bro! Gempak gila la hasil kerja kau!” Iqram tersenyum. Kadang-kadang dia
ketawa. “Kacak juga aku masa ni tapi kan tak marah ke kawan kita nanti?”
Amar
tersenyum.
“Sweet apa macam tu. Letak gambar dia
masa zaman sekolah pada kad kahwin dia.”
“Sweet tu memang sweet tapi yang kita sekali nak menyibuk dalam kad ni, apa halnya?”
Iqram ketawa lagi. Gambar mereka bertiga di letak bahagian depan kad kahwin
tersebut. Itu pun zaman universiti pula. Muda-mudi ketika itu hahaha
Khusnul
Syakinah yang berada di luar bilik dapat mendengar dengan jelas ketawa Iqram.
Tiba-tiba hatinya berdegup kencang dan hebat. Awat berdebar lain macam ni? Ada
makhluk halus lalu belakang aku ke?
Tanpa
dia sedari, hatinya berdebar mendengar Iqram ketawa gembira. Dia pun berzikir
dalam hati untuk tenang hatinya semula. Dia berlalu ke belakang untuk mengemas
apa yang patut.
“Aku
balik dulu. Aku ingat kau nak buat betul-betul kad kahwin kawan kita macam tu.”
Iqram masih ketawa.
“Memang
aku nak buat, tapi kasihan pula pada dia. Kang menangis tengok kad kahwinnya
yang terlalu sweet.”
Lagi
sekali ketawa Amar dan Iqram bergema. Bersatu.
“Betul
tu. Aku balik dulu. Jumpa lagi…” Iqram terus berlalu selepas bersalaman. Sempat
dia memerhati sekeliling. Tiada kelibat Khusnul Syakinah. Dia hampa. Lagi hampa
melihat sampul surat di tangannya.
Dia
masuk ke dalam keretanya. Membuka sampul surat tersebut. Makin hampa apabila
melihat telefon pintar yang dibelikan untuk Khusnul Syakinah.
“Kenapa
dia tak nak terima?” Dia tidak berpuas hati.
Tak
boleh jadi ni. Kau nak bermain dengan aku ye. Aku tak kan lepaskan kau.
Walaupun aku ni ni calon suami ke dua kau tapi tak bermaksud aku akan kalah
dengan calon suami pertama kau. Khair tu macam habuk sahaja. Sekali aku tiup,
dia akan terhapus dan kau kena pilih aku.
Dia
memandu dan terus menuju ke pejabatnya sendiri.
Selepas
sehari bekerja dengan tekanan tugasan, dia pulang ke rumah. Ada hal penting
yang dia mahu katakan kepada Puan Shima.
“Mama…”
Panggil
manja Iqram. Dia memeluk tubuh Puan Shima
dari arah belakang. Malah pipi tua itu dikucup penuh kasih dan sayang.
“Anak
mama dah balik…. Pergi mandi dulu dan solat. Kita makan sama-sama okey?” Puan
Shima tersenyum. Inilah satu-satunya anaknya. Sejak anak lelakinya meninggal
dunia beberapa tahun lalu, Iqram la tempat aku mengadu.
Isman,
semoga anak mama bahagia di sana. Mama sayang Along… Doa Puan Shima dalam hati.
Selepas
makan malam, Iqram menjenguk Puan Shima yang berada di dalam bilik.
“Ma,
tengah buat apa tu? Tak ajak angah pun.” Sapa Iqram dengan senyuman yang manis.
Wajah
anaknya, Iqram memang saling tak tumpah seperti arwah suaminya. Rindunya akan
terubat sebaik sahaja melihat wajah itu.
“Ma
tengah tengok gambar abah dan Along. Rindu pada mereka pula.” Sayu suara Puan
Shima.
Pantas
Iqram memeluk tubuh Puan Shima. Dia tidak mahu Puan Shima bersedih melihat
gambar-gambar ini. Dia pun ada perkara penting mahu katakan.
“Manja
betul angah malam ni? Kenapa ye?” Puan Shima dapat meneka perubahan Iqram.
Mesti ada sesuatu yang anak lelakinya ingin katakan.
“Sebenarnya
mama, Angah ada suka pada seorang perempuan ni?” jujur Iqram sambil melihat
wajah Puan Shima. Dia harap Puan Shima tidak menghalang niatnya mahu berkahwin.
“Okey…”
Hati Puan Shima berdebar-debar. Pelbagai andaian keluar dalam benak kepalanya.
Dia bimbang Iqram akan melupakannya. Lupa jika ada isteri.
Pengalaman
kawan-kawannya yang dapat menantu perempuan membuat dia rasa takut. Kebanyakan
menantu mereka mengawal anak lelakinya menyebabkan ibu kandung sendiri di
lupai.
Ya
Allah, janganlah anak aku bersikap begitu selepas dia berkahwin. Biarlah kasih
sayang itu masih ada dalam hati angah. Amin.
“Kalau
boleh hujung minggu ni, dia akan datang untuk berkenalan dengan mama dulu,
boleh kan mama?” soal Iqram.
Dahinya
berkerut. Kenapa wajah mama nampak sedih? Dia tidak gembira ke dengan khabar
baik ini?
“Angah
dah siasat yang dia betul-betul cintakan Angah dan bukan sebab duit? Mama tahu
kita ni bukannya kaya sangat tetapi orang perempuan zaman sekarang, tengok
lelaki kerja bagus sikit, terus nak kikis duit suami.”
Puan
Shima melahirkan rasa bimbangnya terhadap perempuan yang menjadi pilihan Iqram.
Dia tidak mahu anak lelakinya kecewa.
“Ala,
mama. Angah pun kerja bawah orang aje. Kuli. Tapi mama, mama jangan risau fasal
tu. Angah dah siasat. Dia baik. Angah nak bagi telefon pun dia tak terima. Lagi
pun dia pakai tudung labuh. Sesuai kan buat isteri, mama?” tanpa Iqram sedar,
dia telah memuji Khusnul Syakinah. Hatinya gembira dapat berkongsi cerita pada
Puan Shima.
“Baiklah,
bawa dia jumpa mama…”
Walaupun
Puan Shima rasa berat hati tapi dia kena relakan juga. Tak kan angah kena hidup
dengan aku selamanya. Dia juga ada kehidupan. Aku juga nak merasa ada cucu. Dia
cuba positifkan fikirannya.
“Betul
ke mama? Sayang mama! Sayang gila-gila!” Iqram seperti tidak percaya dengan apa
yang didengar. Lantas dia mencium wajah Puan Shima. “Terima kasih mama! Terima
kasih!”
Yahoo!
Kau tunggu Khusnul Syakinah. Kau akan jadi milik aku. Jangan nak lari pula…
“Gembiranya…”
Puan
Shima menegur. Dia tidak pernah tengok Iqram gembira seperti ini sejak Isman,
abang Iqram meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
“Mestilah
gembira. Berita baik kan? Ala mama, selain mama yang menjadi penawar hati
angah, ada juga si dia…”
Iqram
terbayang wajah Khusnul Syakinah. Entah mengapa dia rasa tidak sabar mahu
berkahwin dengan Khusnul Syakinah. Untuk memiliki Khusnul Syakinah. Khusnul
Syakinah hanya untuk dirinya. Dia tersenyum dengan penuh yakin.
“Senyum
lagi…”
Sapa
Puan Shima. Dia rasa pelik tapi tidak mengapa. Kegembiraan Iqram, kegembiraannya
juga. Biarlah.
“Senyum
tu sedekah. Paling mudah untuk buat pahala.”
Iqram
berkata. Dia pernah terdengar ustaz berkata begitu. Kenapa tak nak senyum? Buat
kedut muka sahaja.
“Pandailah
jawabnya. Dah lewat malam ni. Pergi tidur,” arah Puan Shima.
“Okey
mama… Terima kasih lagi sekali. Maafkan segala kesalahan angah. Selamat malam…”
Iqram mencium pipi itu lagi. Dia terus menghilang ke biliknya.
Semoga
angah bahagia dengan pilihan angah. Mama doakan untuk angah…
Iqram
kembali ke biliknya. Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Khusnul
Syakinah. Aku yakin yang dia tak ingat langsung pertemuan itu.
Dari
jauh Iqram memerhati seorang gadis bertudung labuh. Biasalah, sekolah di
bandar, jarang mahu berjumpa perempuan bertudung labuh. Jadi, dia begitu menarik
perhatian.
“Assalamualaikum
awak…” tegur Khusnul Syakinah.
“Waalaikumusalam…”
jawab Iqram.
“Saya,
Khusnul Syakinah. Saya daripada kelab sayangi guru, sayangi sekolah. Kami
menjalankan beberapa aktiviti sempena kelab kami. Jadi kami menjemput awak untuk
menyertai aktiviti kelab kami.” Jelas Khusnul Syakinah.
“Walaupun
saya tak menyertai kelab ni?” soal Iqram. Dia asyik mendengar penerangan gadis
ini.
“Tak
apa? Kami menggalakkan penyertaan luar dari ahli kelab. Jadi boleh menyertai
dengan percuma…” Khusnul Syakinah tersenyum.
“Apa
aktiviti yang kelab awak buat?” soal Iqram lagi. Formalnya ayat aku. Aku tak
tanya dia pun tak apa sebab dalam risalah tu dah ada tulis. Gedik pula aku ni…
“Oh,
kami jalankan aktiviti seperti sukan futsal, bola jaring…”
“Eh,
saya tak main bola jaring…”
Khusnul
Syakinah ketawa kecil.
“Tak,
maksud saya, secara umum. Awak boleh ajak kawan-kawan perempuan awak untuk join
aktiviti ini.” Jelas Khusnul Syakinah lagi.
Comelnya
dia ketawa. Ya Allah.
“Lagi?”
soal Iqram tidak habis-habis.
“Banyak
awak. Awak boleh tengok risalah ni.”
“Khusnul!”
Tiba-tiba seorang gadis yang rambutnya panjang dan cantik dari jauh. Iqram
dapat melihat dengan jelas gadis cantik itu.
“Sofea,
kejap tau!” sahut Khusnul Syakinah.
“Awak
datang la. Ajak kawan-kawan. Saya pergi dulu!”
Saat
itulah, aku jatuh cinta dengan Sofea. Ah! Lupakan perempuan yang pentingkan
diri sendiri itu. Matlamat aku adalah untuk memiliki Khusnul Syakinah.
“Khusnul
Syakinah… Nama ala-ala islamik. Klasik pun ada…” Iqram berbaring atas katil.
Lampu bilik sudah lama di tutupnya.
“Kalau
ada nombor telefon Khusnul, pasti aku dah call ni. Boleh gayut.” Iqram
tersenyum. “Tapi aku yakin yang Khusnul mesti tak suka gayut-gayut ni. Apa
kelas? Kelas monyet ada la… Malam-malam buta bergayut. Bagus sangatlah tu,
Iqram oi!”
Iqram
membebel pada diri sendiri. Terkenangkan Khusnul Syakinah membuat dia tersenyum
lebar.
“Dari
aku memikirkan tentang Khusnul Syakinah, lebih baik aku tidur. Esok ada projek
nak buat. So, tidur awal ye…”
Ditarik
selimut tebalnya dan tidur selepas membaca doa tidur.
Pagi itu Iqram bangun dengan penuh semangat. Dia tidak
sabar mahu berjumpa dengan Khusnul Syakinah. Selepas
sarapan, dia terus menuju ke tempat kerja. Dapat dia rasakan perjalanan
hidupnya untuk hari ini terlalu lambat berlalu. Banyak kali dia melihat jam di
tangan.
“Baru
pukul 10 pagi. Sabar ye Iqram… Pukul lima petang baru si buah hati kau balik.
Sabar ye?” Katanya sendirian.
Dia
meneruskan kerjanya yang memerlukan fokus yang tinggi. Kerjanya biasa sahaja.
Bekerja sebagai ketua pegawai sumber manusia. Banyak juga kerja yang perlu
dilakukan. Penambahan bilangan pekerja membuatkan dia banyak habiskan masa
dalam biliknya sahaja.
Selepas
waktu balik tiba, Iqram menanti dengan sabar di depan kedai Amar. Menanti
Khusnul Syakinah keluar dari situ. Kalau Amar nampak aku keluar dengan Khusnul,
habis dia kutuk aku. Nampak sangat aku gilakan pekerja dia. Malu oi!
“Itu
pun dia!”
Iqram
terkejut apabila melihat Khusnul Syakinah keluar dari kedai Amar. Mesti tunggu
dekat perhentian bas. Dia keluar dari kereta mahu mengekori Khusnul Syakinah
tetapi langkahnya terhenti di tepi keretanya sendiri. Dia masuk semula ke dalam
kereta dan meramas kuat stereng kereta. Geram dengan apa yang di lihat.
“Khair…”
Khusnul
Syakinah terkejut melihat orang yang menegurnya. Sejak peristiwa di hospital
dulu dan kes di rumah Khair baru-baru ini, dia jadi kurang senang dan tidak
selesa berada di sisi Khair. Lelaki ini sudah pandai memaksanya. Dia
benar-benar tidak suka.
Terimbas
kembali peristiwa di rumah Khair.
“Jemput
masuk, mak cik. Hari ni mama dan papa tak ada kat rumah. Tapi tak apa la…”
sopan Khair. Dia memang tidak mahu Khusnul Syakinah dan Puan Siti kenal dengan
mama dan papanya. Dia tahu perangai mereka yang sebenar. Tidak suka orang yang tidak
setaraf dengan mereka.
“Jemput
duduk, mak cik… Khusnul…” Khair tersenyum.
“Besarnya
rumah kau…”
Khusnul
Syakinah terkejut melihat rumah yang besar ini. Tidak pula dia tahu yang Khair
ni anak orang kaya. Kalau tahu, dah lama aku tak nak kawan. Orang kaya ni
kebanyakan sombong. Mungkin bukan Khair yang sombong tetapi keluarganya mesti
ada salah seorang yang sombong.
“Biasa
je…” jawab Khair.
Hampir
tercekik leher Khusnul Syakinah mendengar jawapan Khair. Biasa je? Luar biasa
ni. Perabot dalam rumah ini semuanya nampak mewah. Dah macam istana. Bila aku
duduk atas sofa ni pun rasa nak tenggelam. Punya la empuk. Selesa habis!
Puan
Siti hanya memerhati. Sikap Khair yang rendah diri itu membuat dia rasa senang
hati. Mungkin Khusnul Syakinah sesuai dengan Khair. Itu penilaian pertamanya.
“Kejap
ye, aku ambilkan minuman…” Khair berpaling dari melihat dua insan itu dan dia
terkesima melihat seseorang yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Seorang
perempuan yang sangat bergaya dan anggun. Berjalan perlahan menuruni tangga. Dia
memandang tajam wajah Khair yang pelik memandangnya.
“Khair,
kenapa pandang grandma macam tu?” soal Nenek Ju. Nenek Ju ialah seorang
usahawan wanita yang berjaya dalam bidang kosmetik. Hal ini dapat dibuktikan
dengan wajahnya yang masih cantik walaupun sudah berusia 70 tahun. Masih kuat
lagi. Dia terlalu mementingkan kesihatan diri dan kecantikan.
“Tiada
apa-apa?” Khair mula rasa tidak sedap hati. Pasti yang tidak baik akan berlaku.
Dia mula rasa berpeluh. Bagaimana cara untuk aku hadapinya? Otaknya ligat
memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang bakal timbul nanti. Dia
yakin.
“Siapa
mereka berdua ni?” Nenek Ju baru sedar yang ada dua orang wanita yang sedang
duduk dengan selesa atas sofanya. Pakaiannya mereka menampakkan mereka seperti
orang kampung. Mulalah hatinya terbakar.
“Mereka
ni orang gaji ke? Kalau orang gaji, kau tak layak duduk atas sofa aku tu.”
Nenek Ju merenung tajam ke arah mereka berdua. Dia dengan lambat-lambat
menghampiri Puan Siti dan Khusnul Syakinah.
Khusnul
Syakinah mula rasa sakit hati. Dia tidak boleh sabar jika Puan Siti di hina
begitu. Dia ke mari pun untuk mengenali keluarga Khair, bukannya untuk di hina.
“Saya…”
“Saya
apa?” Pantas Nenek Ju berkata.
BERSAMBUNG.........