Followers

Wednesday 2 September 2015

11
Komen

CALON SUAMI KE DUA bab 9

Salam...maaf lambat update...agak sibuk dengan urusan seharian....okey...meh baca sambungannya...



Bab 9
Awat muka Khusnul Syakinah macam cuak je. Aku nak cakap kelemahan dia je. Itu pun nak takut ke?
“Kenapa dengan kelemahan aku?” soal Khusnul Syakinah takut-takut.
“Aku cuma nak cakap yang ibu kau adalah kelemahan kau. Kau akan ikut segala kata-kata ibu kau kan? Aku yakin.” Iqram tersenyum.
“Jadi, kenapa dengan kelemahan aku? Kau sakit hati ke?” geram Khusnul Syakinah. Aku dah bersangka buruk pula.
“Jadi, aku bagi tahu sahaja ibu kau dan kau akan bersetuju jumpa keluarga aku.” Iqram tersenyum lagi.
“Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang mak ayah dia bergelar Dato.” Jujur Khusnul Syakinah.
“Sesuailah. Keluarga aku pun bukan berpangkat begitu. Mama aku hanyalah suri rumah yang sudah kematian suaminya sejak aku di lahirkan. Ini nombor aku. Aku harap kau call aku. Ini pula telefon yang aku beli untuk kau.” Iqram letakkan di tempat duduk menunggu bas dan dia terus berlalu pergi.
Khusnul Syakinah tersentak.
Mama Iqram pun tiada suami. Maknanya Iqram juga tiada ayah. Sejak kecil? Ya Allah, dia lebih memerlukan kasih sayang seorang ayah tetapi aku yang lebih-lebih. Sedangkan dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ayah sejak kecil. Kenangan pun tak ada. Kasihannya. Aku patutnya bersyukur kerana aku masih boleh ingat kenangan aku dengan ayah aku.
Dia insaf.
Bas sudah sampai tetapi matanya masih memandang telefon pintar itu. Yang sedang menggoda pandangan Khusnul Syakinah. Dia segera mengambilnya dan naik bas.
Iqram yang memerhati dari jauh tersenyum lebar. Dia gembira Khusnul Syakinah mengambil telefon tersebut.
Aku akan mulakan rancangan supaya kau menjadi milik aku. Awat aku gembira lain macam ni? Lepas tu buat kerja gila. Malam-malam buta pergi beli telefon untuk perempuan tu… Aku memang dah gila kot. Tak kisahlah! Janji aku suka apa yang aku buat sekarang ni.
“Lepas kerja, aku akan beritahu mama fasal ni…”
Dia memandu dengan rasa gembira untuk ke tempat kerja.
Tiba-tiba Iqram dapat panggilan daripada Amar yang dia perlu ke pejabatnya sekarang. Suara macam hal penting sangat. Ish, kadang-kadang si Amar ni suka buat gempak je. Singgahlah kejap.
Dia terus memandu menuju ke pejabat Amar. Khusnul Syakinah kerja di situ.
Semasa dia tiba, kelihatan Khusnul Syakinah sedang mengelap cermin lut sinar kedai milik Amar. Sengaja dia letak kereta agak jauh sedikit dari kedai Amar. Manalah tahu Khusnul Syakinah tengah buat kerja masa tu. Boleh skodeng. Matanya terpandang sesuatu.
Dup… Dap… Dup… Dap…
Iqram ternampak senyuman Khusnul Syakinah. Pantas dia berpaling dari melihat senyuman itu. Dia menelan liur. Hatinya berdebar hebat. Apa yang membuat dia ceria hari ni? Hatinya jadi cemburu. Cemburu pada perkara yang membuat Khusnul Syakinah gembira.
“Kenapa hati aku ni? Sebelum ni mana ada berdebar macam ni.” Iqram marah pada diri sendiri. Dia menyentuh dadanya. Kuat betul bunyi debarannya. “Ish! Tak boleh jadi. Redah aje la…”
“Assalamualaikum…”
Iqram masuk dengan memberi salam. Belum sempat Khusnul Syakinah menjawab salam itu, dia sudah berkata dulu. “Aku nak jumpa Amar.” Serius suaranya.
Khusnul Syakinah menunjuk ke arah bilik Amar. Tadi bukan lagi baik cakap. Ini kasar pula. Entah apa-apa la si Iqram ni. Tapi lebih baik kasar macam ni. Dia menyambung kerjanya semula.
“Iqram, kau datang juga.” Amar menyapa. Mereka bersalaman dan berpeluk.
“Mestilah datang. Buah hati aku ada kat luar tu…”
“Khusnul maksud kau? Masih berusaha memikat hatinya ke?” soal Amar. Dia ingat yang Iqram akan lupakan Khusnul Syakinah selepas tidak berjumpa lagi.
“Mestilah. Dia cinta sejati aku.”
“Ada-ada sahaja kau ni. Macam ni, aku nak tunjuk sesuatu.” Ammar hulurkan sekeping kad kepada Iqram. Dia yakin yang lelaki itu akan terkejut punya.
“Wei, bro! Gempak gila la hasil kerja kau!” Iqram tersenyum. Kadang-kadang dia ketawa. “Kacak juga aku masa ni tapi kan tak marah ke kawan kita nanti?”
Amar tersenyum.
Sweet apa macam tu. Letak gambar dia masa zaman sekolah pada kad kahwin dia.”
Sweet tu memang sweet tapi yang kita sekali nak menyibuk dalam kad ni, apa halnya?” Iqram ketawa lagi. Gambar mereka bertiga di letak bahagian depan kad kahwin tersebut. Itu pun zaman universiti pula. Muda-mudi ketika itu hahaha
Khusnul Syakinah yang berada di luar bilik dapat mendengar dengan jelas ketawa Iqram. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang dan hebat. Awat berdebar lain macam ni? Ada makhluk halus lalu belakang aku ke?
Tanpa dia sedari, hatinya berdebar mendengar Iqram ketawa gembira. Dia pun berzikir dalam hati untuk tenang hatinya semula. Dia berlalu ke belakang untuk mengemas apa yang patut.
“Aku balik dulu. Aku ingat kau nak buat betul-betul kad kahwin kawan kita macam tu.” Iqram masih ketawa.
“Memang aku nak buat, tapi kasihan pula pada dia. Kang menangis tengok kad kahwinnya yang terlalu sweet.”
Lagi sekali ketawa Amar dan Iqram bergema. Bersatu.
“Betul tu. Aku balik dulu. Jumpa lagi…” Iqram terus berlalu selepas bersalaman. Sempat dia memerhati sekeliling. Tiada kelibat Khusnul Syakinah. Dia hampa. Lagi hampa melihat sampul surat di tangannya.
Dia masuk ke dalam keretanya. Membuka sampul surat tersebut. Makin hampa apabila melihat telefon pintar yang dibelikan untuk Khusnul Syakinah.
“Kenapa dia tak nak terima?” Dia tidak berpuas hati.
Tak boleh jadi ni. Kau nak bermain dengan aku ye. Aku tak kan lepaskan kau. Walaupun aku ni ni calon suami ke dua kau tapi tak bermaksud aku akan kalah dengan calon suami pertama kau. Khair tu macam habuk sahaja. Sekali aku tiup, dia akan terhapus dan kau kena pilih aku.
Dia memandu dan terus menuju ke pejabatnya sendiri.
Selepas sehari bekerja dengan tekanan tugasan, dia pulang ke rumah. Ada hal penting yang dia mahu katakan kepada Puan Shima.
“Mama…”
Panggil manja Iqram. Dia memeluk tubuh Puan Shima  dari arah belakang. Malah pipi tua itu dikucup penuh kasih dan sayang.
“Anak mama dah balik…. Pergi mandi dulu dan solat. Kita makan sama-sama okey?” Puan Shima tersenyum. Inilah satu-satunya anaknya. Sejak anak lelakinya meninggal dunia beberapa tahun lalu, Iqram la tempat aku mengadu.
Isman, semoga anak mama bahagia di sana. Mama sayang Along… Doa Puan Shima dalam hati.
Selepas makan malam, Iqram menjenguk Puan Shima yang berada di dalam bilik.
“Ma, tengah buat apa tu? Tak ajak angah pun.” Sapa Iqram dengan senyuman yang manis.
Wajah anaknya, Iqram memang saling tak tumpah seperti arwah suaminya. Rindunya akan terubat sebaik sahaja melihat wajah itu.
“Ma tengah tengok gambar abah dan Along. Rindu pada mereka pula.” Sayu suara Puan Shima.
Pantas Iqram memeluk tubuh Puan Shima. Dia tidak mahu Puan Shima bersedih melihat gambar-gambar ini. Dia pun ada perkara penting mahu katakan.
“Manja betul angah malam ni? Kenapa ye?” Puan Shima dapat meneka perubahan Iqram. Mesti ada sesuatu yang anak lelakinya ingin katakan.
“Sebenarnya mama, Angah ada suka pada seorang perempuan ni?” jujur Iqram sambil melihat wajah Puan Shima. Dia harap Puan Shima tidak menghalang niatnya mahu berkahwin.
“Okey…” Hati Puan Shima berdebar-debar. Pelbagai andaian keluar dalam benak kepalanya. Dia bimbang Iqram akan melupakannya. Lupa jika ada isteri.
Pengalaman kawan-kawannya yang dapat menantu perempuan membuat dia rasa takut. Kebanyakan menantu mereka mengawal anak lelakinya menyebabkan ibu kandung sendiri di lupai.
Ya Allah, janganlah anak aku bersikap begitu selepas dia berkahwin. Biarlah kasih sayang itu masih ada dalam hati angah. Amin.
“Kalau boleh hujung minggu ni, dia akan datang untuk berkenalan dengan mama dulu, boleh kan mama?” soal Iqram.
Dahinya berkerut. Kenapa wajah mama nampak sedih? Dia tidak gembira ke dengan khabar baik ini?
“Angah dah siasat yang dia betul-betul cintakan Angah dan bukan sebab duit? Mama tahu kita ni bukannya kaya sangat tetapi orang perempuan zaman sekarang, tengok lelaki kerja bagus sikit, terus nak kikis duit suami.”
Puan Shima melahirkan rasa bimbangnya terhadap perempuan yang menjadi pilihan Iqram. Dia tidak mahu anak lelakinya kecewa.
“Ala, mama. Angah pun kerja bawah orang aje. Kuli. Tapi mama, mama jangan risau fasal tu. Angah dah siasat. Dia baik. Angah nak bagi telefon pun dia tak terima. Lagi pun dia pakai tudung labuh. Sesuai kan buat isteri, mama?” tanpa Iqram sedar, dia telah memuji Khusnul Syakinah. Hatinya gembira dapat berkongsi cerita pada Puan Shima.
“Baiklah, bawa dia jumpa mama…”
Walaupun Puan Shima rasa berat hati tapi dia kena relakan juga. Tak kan angah kena hidup dengan aku selamanya. Dia juga ada kehidupan. Aku juga nak merasa ada cucu. Dia cuba positifkan fikirannya.
“Betul ke mama? Sayang mama! Sayang gila-gila!” Iqram seperti tidak percaya dengan apa yang didengar. Lantas dia mencium wajah Puan Shima. “Terima kasih mama! Terima kasih!”
Yahoo! Kau tunggu Khusnul Syakinah. Kau akan jadi milik aku. Jangan nak lari pula…
“Gembiranya…”
Puan Shima menegur. Dia tidak pernah tengok Iqram gembira seperti ini sejak Isman, abang Iqram meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
“Mestilah gembira. Berita baik kan? Ala mama, selain mama yang menjadi penawar hati angah, ada juga si dia…”
Iqram terbayang wajah Khusnul Syakinah. Entah mengapa dia rasa tidak sabar mahu berkahwin dengan Khusnul Syakinah. Untuk memiliki Khusnul Syakinah. Khusnul Syakinah hanya untuk dirinya. Dia tersenyum dengan penuh yakin.
“Senyum lagi…”
Sapa Puan Shima. Dia rasa pelik tapi tidak mengapa. Kegembiraan Iqram, kegembiraannya juga. Biarlah.
“Senyum tu sedekah. Paling mudah untuk buat pahala.”
Iqram berkata. Dia pernah terdengar ustaz berkata begitu. Kenapa tak nak senyum? Buat kedut muka sahaja.
“Pandailah jawabnya. Dah lewat malam ni. Pergi tidur,” arah Puan Shima.
“Okey mama… Terima kasih lagi sekali. Maafkan segala kesalahan angah. Selamat malam…” Iqram mencium pipi itu lagi. Dia terus menghilang ke biliknya.
Semoga angah bahagia dengan pilihan angah. Mama doakan untuk angah…
Iqram kembali ke biliknya. Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Khusnul Syakinah. Aku yakin yang dia tak ingat langsung pertemuan itu.
Dari jauh Iqram memerhati seorang gadis bertudung labuh. Biasalah, sekolah di bandar, jarang mahu berjumpa perempuan bertudung labuh. Jadi, dia begitu menarik perhatian.
“Assalamualaikum awak…” tegur Khusnul Syakinah.
“Waalaikumusalam…” jawab Iqram.
“Saya, Khusnul Syakinah. Saya daripada kelab sayangi guru, sayangi sekolah. Kami menjalankan beberapa aktiviti sempena kelab kami. Jadi kami menjemput awak untuk menyertai aktiviti kelab kami.” Jelas Khusnul Syakinah.
“Walaupun saya tak menyertai kelab ni?” soal Iqram. Dia asyik mendengar penerangan gadis ini.
“Tak apa? Kami menggalakkan penyertaan luar dari ahli kelab. Jadi boleh menyertai dengan percuma…” Khusnul Syakinah tersenyum.
“Apa aktiviti yang kelab awak buat?” soal Iqram lagi. Formalnya ayat aku. Aku tak tanya dia pun tak apa sebab dalam risalah tu dah ada tulis. Gedik pula aku ni…
“Oh, kami jalankan aktiviti seperti sukan futsal, bola jaring…”
“Eh, saya tak main bola jaring…”
Khusnul Syakinah ketawa kecil.
“Tak, maksud saya, secara umum. Awak boleh ajak kawan-kawan perempuan awak untuk join aktiviti ini.” Jelas Khusnul Syakinah lagi.
Comelnya dia ketawa. Ya Allah.
“Lagi?” soal Iqram tidak habis-habis.
“Banyak awak. Awak boleh tengok risalah ni.”
“Khusnul!” Tiba-tiba seorang gadis yang rambutnya panjang dan cantik dari jauh. Iqram dapat melihat dengan jelas gadis cantik itu.
“Sofea, kejap tau!” sahut Khusnul Syakinah.
“Awak datang la. Ajak kawan-kawan. Saya pergi dulu!”
Saat itulah, aku jatuh cinta dengan Sofea. Ah! Lupakan perempuan yang pentingkan diri sendiri itu. Matlamat aku adalah untuk memiliki Khusnul Syakinah.
“Khusnul Syakinah… Nama ala-ala islamik. Klasik pun ada…” Iqram berbaring atas katil. Lampu bilik sudah lama di tutupnya.
“Kalau ada nombor telefon Khusnul, pasti aku dah call ni. Boleh gayut.” Iqram tersenyum. “Tapi aku yakin yang Khusnul mesti tak suka gayut-gayut ni. Apa kelas? Kelas monyet ada la… Malam-malam buta bergayut. Bagus sangatlah tu, Iqram oi!”
Iqram membebel pada diri sendiri. Terkenangkan Khusnul Syakinah membuat dia tersenyum lebar.
“Dari aku memikirkan tentang Khusnul Syakinah, lebih baik aku tidur. Esok ada projek nak buat. So, tidur awal ye…”
Ditarik selimut tebalnya dan tidur selepas membaca doa tidur.
Pagi itu Iqram bangun dengan penuh semangat. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Khusnul Syakinah. Selepas sarapan, dia terus menuju ke tempat kerja. Dapat dia rasakan perjalanan hidupnya untuk hari ini terlalu lambat berlalu. Banyak kali dia melihat jam di tangan.
“Baru pukul 10 pagi. Sabar ye Iqram… Pukul lima petang baru si buah hati kau balik. Sabar ye?” Katanya sendirian.
Dia meneruskan kerjanya yang memerlukan fokus yang tinggi. Kerjanya biasa sahaja. Bekerja sebagai ketua pegawai sumber manusia. Banyak juga kerja yang perlu dilakukan. Penambahan bilangan pekerja membuatkan dia banyak habiskan masa dalam biliknya sahaja.
Selepas waktu balik tiba, Iqram menanti dengan sabar di depan kedai Amar. Menanti Khusnul Syakinah keluar dari situ. Kalau Amar nampak aku keluar dengan Khusnul, habis dia kutuk aku. Nampak sangat aku gilakan pekerja dia. Malu oi!
“Itu pun dia!”
Iqram terkejut apabila melihat Khusnul Syakinah keluar dari kedai Amar. Mesti tunggu dekat perhentian bas. Dia keluar dari kereta mahu mengekori Khusnul Syakinah tetapi langkahnya terhenti di tepi keretanya sendiri. Dia masuk semula ke dalam kereta dan meramas kuat stereng kereta. Geram dengan apa yang di lihat.
“Khair…”
Khusnul Syakinah terkejut melihat orang yang menegurnya. Sejak peristiwa di hospital dulu dan kes di rumah Khair baru-baru ini, dia jadi kurang senang dan tidak selesa berada di sisi Khair. Lelaki ini sudah pandai memaksanya. Dia benar-benar tidak suka.
Terimbas kembali peristiwa di rumah Khair.
“Jemput masuk, mak cik. Hari ni mama dan papa tak ada kat rumah. Tapi tak apa la…” sopan Khair. Dia memang tidak mahu Khusnul Syakinah dan Puan Siti kenal dengan mama dan papanya. Dia tahu perangai mereka yang sebenar. Tidak suka orang yang tidak setaraf dengan mereka.
“Jemput duduk, mak cik… Khusnul…” Khair tersenyum.
“Besarnya rumah kau…”
Khusnul Syakinah terkejut melihat rumah yang besar ini. Tidak pula dia tahu yang Khair ni anak orang kaya. Kalau tahu, dah lama aku tak nak kawan. Orang kaya ni kebanyakan sombong. Mungkin bukan Khair yang sombong tetapi keluarganya mesti ada salah seorang yang sombong.
“Biasa je…” jawab Khair.
Hampir tercekik leher Khusnul Syakinah mendengar jawapan Khair. Biasa je? Luar biasa ni. Perabot dalam rumah ini semuanya nampak mewah. Dah macam istana. Bila aku duduk atas sofa ni pun rasa nak tenggelam. Punya la empuk. Selesa habis!
Puan Siti hanya memerhati. Sikap Khair yang rendah diri itu membuat dia rasa senang hati. Mungkin Khusnul Syakinah sesuai dengan Khair. Itu penilaian pertamanya.
“Kejap ye, aku ambilkan minuman…” Khair berpaling dari melihat dua insan itu dan dia terkesima melihat seseorang yang baru sahaja turun dari tingkat atas.
Seorang perempuan yang sangat bergaya dan anggun. Berjalan perlahan menuruni tangga. Dia memandang tajam wajah Khair yang pelik memandangnya.
“Khair, kenapa pandang grandma macam tu?” soal Nenek Ju. Nenek Ju ialah seorang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang kosmetik. Hal ini dapat dibuktikan dengan wajahnya yang masih cantik walaupun sudah berusia 70 tahun. Masih kuat lagi. Dia terlalu mementingkan kesihatan diri dan kecantikan.
“Tiada apa-apa?” Khair mula rasa tidak sedap hati. Pasti yang tidak baik akan berlaku. Dia mula rasa berpeluh. Bagaimana cara untuk aku hadapinya? Otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah yang bakal timbul nanti. Dia yakin.
“Siapa mereka berdua ni?” Nenek Ju baru sedar yang ada dua orang wanita yang sedang duduk dengan selesa atas sofanya. Pakaiannya mereka menampakkan mereka seperti orang kampung. Mulalah hatinya terbakar.
“Mereka ni orang gaji ke? Kalau orang gaji, kau tak layak duduk atas sofa aku tu.” Nenek Ju merenung tajam ke arah mereka berdua. Dia dengan lambat-lambat menghampiri Puan Siti dan Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah mula rasa sakit hati. Dia tidak boleh sabar jika Puan Siti di hina begitu. Dia ke mari pun untuk mengenali keluarga Khair, bukannya untuk di hina.
“Saya…”

“Saya apa?” Pantas Nenek Ju berkata.
BERSAMBUNG.........