Followers

Tuesday, 13 November 2012

28
Komen

CERPEN PENDEK : LELAKI YANG DIBENCI



Aku mangsa keadaan. Aku mangsa seorang lelaki. Aku benci pada lelaki! Pada masa yang sama aku takut pada lelaki. Ya Allah! Kuatkan hati aku untuk menghadapi dugaan yang telah Kau berikan padaku. Air mata yang mengalir segera aku sapu dengan lengan baju.


Aku duduk sendiri di halaman rumah. Merenung kosong taman yang indah itu sambil makan biskut panjang bersalut coklat. Apa lagi biskut ROOKY. Aku kunyah dengan perlahan. Begitu selesa dapat duduk di sini.

Aku mengambil lagi sebatang biskut tersebut lalu masukkan ke dalam mulut.

Tiba-tiba pandangan aku dihalang oleh satu lembaga yang besar. Aku mendongak. Lelaki ni! Dia pegang tangan kanan aku. Aku terkaku sebab tangan sebelah kiri aku gunakan pegang kotak ROOKY. Aku tersentap.

Aku merenung ke dalam matanya. Dia mendekati wajahnya ke wajah aku. Dia makan biskut panjang aku. Memang nak kena mamat ni. Ingat romantiklah tu. Hampir separuh lelaki itu makan biskut tersebut. Aku rasa geram sangat lalu aku memijak kaki dia sekuat hati.

“Aduh! Aduh!” Zakhri Adha Bin Zafran mengaduh. “Kaki macam gajah!” marah Zakhri lalu duduk atas kerusi di sebelah aku.

“Kau yang menggatal dengan aku tu kenapa? Tak pasal-pasal dapat pijakan maut aku yang paling ganas!” marah aku. Lelaki ni selalu kacau emosi aku.

Aku tidak suka duduk berdua dengan Zakhri lalu aku berdiri.

“Kau nak ke mana?” soal Zakhri apabila melihat aku mahu pergi.

“Suka hati aku nak ke mana pun.” Balas aku.

“Aku ni laki kau. Jangan nak kurang ajar bila bercakap dengan aku.” tiba-tiba Zakhri melenting. Aku mula rasa panas.

“Kau tahu kenapa aku benci kau? Kau ni lelaki yang tak tahu malu!” jerit aku. Puas!

“Kenapa? Sebab aku yang rogol kau?” kata Zakhri. Aku terdiam. Dia juga mangsa keadaan. Terpaksa berkahwin dengan aku. Padahal aku masih suci tapi atas tuduhan abang Zakhri, Zalis membuatkan aku terpaksa dikahwinkan dengan Zakhri untuk elakkan malu.

“Diamlah! Aku benci kau! Aku benci semua lelaki dalam dunia ni! Aku benci!” aku mengamuk. Aku terus berlari masuk ke dalam bilik tidurku. Aku kunci pintu tersebut. Aku tidak mahu diganggu walaupun dari siapa.

Aku terus menangis. Menangisi nasib aku. Aku sedar yang Zakhri melayan aku dengan baik dalam sebulan kami berkahwin tetapi hati dan fikiran aku dikaburi dengan kata-kata yang aku amat benci pada lelaki.

“Sayang, buka pintu ini! tolong jangan benci pada abang. Abang sayang pada Aris. Aris, buka pintu ni.” Pinta Zakhri.

Aku terdiam. Bagaikan terpujuk hati ini dengan kata-kata Zakhri. Sejak kecil lagi aku mengenali Zakhri dan Zalis. Waktu itu aku suka pada Zalis tetapi tidak aku sangka yang Zalis tergamak fitnah aku yang Zakhri merogol aku.

Ayah pula apabila dapat tahu berita itu, terus dikahwinkan aku dengan Zakhri. Mungkin ini sudah jodoh. Baiklah! Aku nak uji tahap sayang Zakhri pada aku. Kalau dia lepas ujian aku. Aku janji yang kau seorang yang jadi lelaki yang paling aku sayang dalam dunia ini.

Aku tersenyum sambil menyusun rancangan spontan ini.

Aku bangun lalu membuka pintu bilik. Aku menolak tubuh Zakhri yang menghalang laluanku. Aku berlari ke dapur. Aku mencari pisau pemotong buah. Kecil sahaja saiznya tetapi matanya amat tajam.

“Jangan dekat! Kalau tidak aku tikam diri sendiri.” Kata aku. wajah Zakhri pucat.

“Bawa bertenang Aris. Bunuh diri tu berdosa dalam Islam. Cukuplah dosa yang sayang buat dengan abang.” Katanya serius.

“Dosa apa?”

“Dosa sayang tak taat pada abang.” Selamba Zakhri berkata. Aku bertambah geram. Rasa macam nak tikam lumat suami sendiri pula.

“Kalau macam tu biarlah Aris mati!” serentak itu, aku gerak kan pisau buah itu dan ingin menikam paha je. Bukannya apa pun tetapi ZAkhri yang nampak akan tindakkan aku terus berlari ke arah aku. Dia ingin menghalang tindakan aku.

“Abang!” aku tersentap.

*****

Zakhri dimasukan ke hospital. Lengannya ditikam oleh aku sendiri. Aku rasa mahu melayan nyawa ini melihat darah yang mengalir dari lengan Zakhri. Nasib baik semuanya baik-baik sahaja.

“Abang, Aris minta maaf. Aris tak buat lagi. Aris janji.” Aku memohon maaf. Semestinya dia sudah lulus ujian yang aku buat. Seharusnya aku memohon maaf.

“Tak apa. Kalau abang mati pun tak apa. Abang rela kau kena tikam dengan Aris.” Gurau Zakhri. Aku rasa mahu ditumbuk-tumbuk je muka si Zakhri ni. Dia tak tahu ke aku bimbang pada dia separuh mati ni. Boleh pula dia ketawa terbahak-bahak.

Aku menarik muncung.

“Ala, abang nak gembira sikit pun tak boleh.”

“Macam tu ke orang gembira?”

“Yalah. Gembira la sebab semua masalah kita dah selesai.”

“Masalah fitnah tu?” aku bertanya.

“Abang dah minta abang Zalis mengaku silap dia. Dan semua keluarga kita dah tahu.” Jelas Zakhri.

“Tapi kenapa Aris tak tahu.” Aku bertanya.

“Sebab saje nak seksa Aris.” Lagi sekali Zakhri ketawa. Dia tidak menyangka yang Zakhri suka bergurau. Dulu masa kecil, nak bercakap dengan aku pun takut. Akhirnya aku tersenyum puas.

Aku bersyukur sangat diberi kesempatan untuk mengecapi bahagia.

*****

“Ketaatan isteri pada suami adalah jaminan syurganya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan shaum pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)”

“Sayang dengar tak radio tu kata apa?”

“Sejak bila abang jadi pendengar IKIM ni?” sengaja aku menukar topik. Almaklumlah terkena batang hidung sendiri.

“Jangan nak mengada-ngada tukar topik.”

“Maafkan adinda wahai kanda.” Aku mula mengedik dengan lelaki yang aku benci suatu masa dahulu.

“Mama, adinda tu apa?” anak aku, Zairiel Azuan bertanya. Aku tersenyum.

“Susahlah mama nak jawap.” Kataku. “Minta babah yang jawab ye?” aku menjeling manja ke arah Zakhri.

“Susah nak jawap atau malas?” kata Zakhri bagaikan dapat meneka kemalasan aku.

“Okey-okey. Adinda tu bahasa istana. Nanti along dah besar, along akan faham.” Jelas ku. Aku rasakan itu satu penerangan yang baik.

“Ada unsur kemalasan dalam penerangan sayang tu.” Zakhri ketawa.

“Sukalah tu.”

ZAkhri tersenyum. Aku turut tersenyum bahagia.


Saturday, 10 November 2012

18
Komen

HATI SUAMIKU GK 25



Huzaiman sampai ke pejabatnya. ‘Nasib baik aku sempat sampai. Kalau tak masak macam macam ni!’
Selepas lima minit dia duduk, Dato Ismail tiba.
“Terima kasih kepada semua kerana datang ke mesyuarat kali ini. Saya mengadakan mesyuarat kali ini kerana ingin berbincang mengenai masalah dalam Syarikat. Semua pemegang saham harus tahu apa masalah yang dihadapi oleh Syarikat. Saya meminta setiausaha saya, Hafiz, untuk membentangkan pemasalahan ini.” Dato Ismail memandang Hafiz.
Selepas dua jam, mesyuarat tamat. Sakit tengkuk rasanya duduk tegak sahaja.
Tetapi hatinya tidak tenang. Kehadiran Hamdan membuat tanda tanya dalam benak fikirannya.
Hamdan kelihatan rapat dengan Pakcik Kriss. Kenapa ya? Bukankah pak Cik Kriss adalah musuh dalam keluarga ini?
“Amman dan Ammar, tolong siasat apa hubungann sebenar Pak Cik Kriss dengan Hamdan.” Arah Huzaiman
“Baiklah bos!”
Huzaiman masuk ke bilik kerjanya.
*****
Natasha tersedar apabila perutnya terasa lapar. Dia membuka perlahan-lahan matanya. ‘Di mana aku ni? Ada perabot. Ada katil.’
Natasha mengeluh.
“Akhirnya aku kembali semula di apartment ni. Tak apalah. Mungkin ini takdir aku. Jodoh aku.” keluh Natasha.
Perlahan-lahan dia menuju ke bilik air. Lebih baik dia bersihkan diri dan sembahyang Maghrib. Sudah terlalu lama dia meninggal tikar sejadah itu.
Dia bersyukur kerana Huzaiman ada menyimpan telekung sembahyang.
Usai solat, Natasha bergerak ke dapur.
Sebelum tiba di dapur, langkah Natasha terhenti di cermin panjang yang ada. Dia melihat penampilannya.
Dia terpaksa memakai baju kameja hitam milik Huzaiman kerana tiada sehelai pun yang sesuai dengan tubuhnya yang kecil. Tambahan pula badan Huzaiman dua kali ganda besarnya. Dia seperti memakai baju muslimah labuhnya ke lutut.
“Bukan dia besar sangat tapi aku ni kecil sangat.” Natasha tersenyum. Dia terus ke dapur.
“Apa yang ada yer?” Dia membuka peti ais yang bersaiz gergasi itu. Ada dua pintu lagi tu.
“Harap besar je. Satu apa pun tak ada.” Hampa Natasha. “Si Huzaiman tu pula, tak reti-reti nak balik. Isteri kau ni dah lapar.” Natasha membebel. Dia terkaku seketika.
“Sejak bila aku berperasaan begini?” Natasha mengaru kepalanya sendiri. Akhirnya dia meneguk air kosong sahaja.
Tiba-tiba dia terdengar pintu utama di buka. Perlahan-lahan dia mengintai dari dapur. ‘Dia dah balik.’
Natasha tersenyum. Dia fikirkan sesuatu.
“Sha, masih tidur ke?” soal Huzaiman sendirian. Dia longgarkan sedikit tali lehernya. Dia melangkah masuk bilik tidur. Alangkah terkejutnya melihat Natasya tiada di katil.
“Mana dia? Aku dah manga pintu grill tu. Macam mana dia boleh keluar?” Huzaiman gelabah. ‘Minah ni memang suka lari dari aku!’
Segera Huzaiman keluar dari bilik. Dia berkira-kira mahu menghubungi Amman dan Ammar tentang kehilangan Natasha.
Natasha yang mengintai dari dapur hanya menahan ketawa. ‘Kelakar juga muka kau bila gelabah.’ Dia tersengih. Tanpa dia sedari ada seekor lipas berjalan atas kulit betisnya yang terdedah itu.
“Mak!!” jerit Natasha  kuat.
Huzaiman terkejut.
“Hello bos...” Amman menjawap panggilan Huzaiman tetapi Huzaiman matikan semula.
“Eh, bos ni!” Amman rasa pelik. ‘Jumpa isteri dia je, mesti pelik sikap bos aku ni. Nasiblah.’ Amman terus menunaikan solat maghrib.
Huzaiman tamatkan panggilan. Dia bagaikan terdengar suara Natasha menjerit. Dia bergerak ke dapur.
Alangkah terkejutnya melihat Natasha berada atas kabinet dapur.
“Sejak bila Sha takut lipas ni?” tanya Huzaiman lalu menangkap lipas itu. Dia memegang sesunggut lipas tersebut.
“Kau buat apa tu?” tanya Natasha. Dia bukannya takut tapi geli.
“Kau?” sebelah kening Huzaiman naik.
“Abang.... Abang buat apa tu?” soal Natasha dalam keadaan geram.
“Saje nak bagi sayang belai lipas ni.” Sinis Huzaiman. Sebenarnya dia berasa lega sebab Natasha masih ada di sini.
Dia merenung Natasha. ‘Seksinya dia?’
“Apa tengok-tengok?” Marah Natasha. Tidak selesa pula dengan pandangan Huzaiman yang tajam itu.
“Tak ada baju lain ke nak pakai?” soal Huzaiman.
“Maksud abang?”
“Lain kali, pakailah singlet abang. Tentu Sha nampak lagi cantik.”
“Cantik ke atau tak cukup kain?” perli Natasha. Huzaiman tersengih. Dia menghampiri Natasha sambil membawa lipas ditangannya.
“Abang... bawa bertenang. Mengucap bang.” Kata Natasha. Menegak bulu romanya apabila melihat lipas yang sedang berusaha melepaskan diri dari pegangan Huzaiman.
“Kenapanya sayang? Abang okey je ni.” Akhirnya Huzaiman dekat dengan Natasha.
Disebabkan terlalu takut, Natasha menolak tubuh Huzaiman sehingga lelaki itu rebah ke lantai lalu dia larikan diri ke ruang tamu. Manakala lipas ditangan Huzaiman terlepas.
Huzaiman mengeluh. Terasa sakit seluruh badan. Dia bangun perlahan-lahan menuju ke ruang tamu.
“Dengan lipas pun nak takut.” Huzaiman mengurut perlahan belakangnya.
“Dengan abang lagi Sha takut.” Kata Natasha yang bersandar pada pintu utama.
Huzaiman memandang isterinya itu. Memang tidak salah dia memilih Natasha sebagai teman hidupnya. Perempuan ini hampir membuat dirinya gila. ‘Cantiknya dia.’
Natasha sedar akan renungan tajam yang dipanahkan oleh Huzaiman.
“Apa tengok-tengok? Dah tak reti nak pergi sembahyang maghrib. Dah nak habis waktu dah.”
Huzaiman memandang jam dinding. Dia bangun lalu menghampiri Natasha. Natasha pula makin berdebar. Huzaiman seorang yang susah diramal.
“Jangan nak lari!” Huzaiman menyambar tangan Natasha lalu menarik gadis itu masuk ke dalam bilik. Dia mengunci pintu tersebut.
Natasha duduk di birai katil. Huzaiman pula terus berlalu ke bilik air.
“Nak kurung aku je kerja dia.” Natasha membebel sendirian. Tiba-tiba fikirannya melayan jauh ke Hamdan. Lelaki itu memang menakutkan. ‘Mungkin aku akan selamat tinggal dengan Huzaiman.’
Sementara menunggu Huzaiman menunaikan solat, Natasha berbaring. Perutnya lapar.
“Perut aku benar-benar lapar.” Renggek Natasha dalam hatinya. Matanya dipejamkan.
Chup!
Huzaiman menghadiahkan sesuatu di dahi Natasha. Pantas mata Natasha terbuka. Dia terkejut.
“Apa ni?” Natasha terus bangun dari pembaringannya.
“Tanya pula. Cepatlah bersiap. Kita pergi makan.” Huzaiman mula mahu mengusai keadaan. “Abang tahu sayang lapar. Kan bagus kalau perangai tu baik macam ni. Tak la abang jadi gila kuasa.” Huzaiman tersenyum.
Sungguh! Dia rasa senang dengan sikap Natasha yang tidak banyak melawan.
“Sha mana ada baju lain.” Natasha membuat muncung.
“Nah!” Huzaiman hulurkan satu beg kertas. “Pakailah!”
Natasha mengambilnya. ‘Terpaksa ambil.’ Dia berlalu pergi ke bilik air. Perlahan-lahan tanganya mengeluarkan baju yang ada dalam beg kertas tersebut.
“Apa ni?” dahi Natasha berkerut. “Abang!” jerit Natasha kegeraman.
Huzaiman yang mendengar jeritan Natasha hanya mampu ketawa.

Saturday, 3 November 2012

15
Komen

tema fantasi : DIA YANG AKU CARI 1


Aku manusia biasa yang mempunyai kelebihan tersendiri iaitu cinta aku boleh dipecahkan kepada lima. Macam mana ni? Benda tu aku kena cari sampai jumpa? Macam mana lagi? Aku sendiri tak faham kenapa ia berlaku pada aku.
                “Ayu!” panggil Z.
                “Z!” Aku terkejut dengan kehadiran lelaki itu di hadapan kedai rotinya pagi ini. “Ada apa?”
                “Aku nak beli roti yang kau buat. Macam tak biasa pula.” Z tersengih. Lain macam sahaja si Z ni. Sengih macam nak mengorat aku aje. Perasan la pula diri ini.
                “Nah!” aku hulurkan roti tersebut. Dia terus makan di situ. Tiba-tiba air mata si Z ni  mengalir. Apa kena dengan mamat ni? Dapat makan  roti pun nak nangis.
               “Kau kenapa ni?”
               “Aku sedih.”
               “Kenapa?”
                “Aku kena pindah. Tak dapat nak makan roti yang kau buat ni.” Z masih menangis.
                “Tolonglah! Buruk betul lelaki yang berusia 17 tahun ni menangis. Tak matang betul.” Aku sengaja berkata begitu.
                “Tapi aku sedih...” dia menyapu air matanya dan aku memeluk dia.
                “Sabarlah. Nanti kau dah besar, kau datanglah sini. Aku tunggu.” Aku tepuk-tepuk belakang Z. Lelaki itu mula tersenyum.
                “Terima kasih Ayu. Aku sayang kau.”
                “Kalau sayang aku, jangan panggil aku Ayu.”
   “Kenapa?”
                “Sebab nama aku, Ayuzawa misaki.” Itulah aku.
Sudah tiga tahun aku mencari lima serpihan hatiku yang ada pada seseorang yang aku sendiri tidak tahu. Setiap malam aku keluar mencari cahaya cinta hatiku itu. Aku sendiri tidak pasti di mana. Tetapi kata pendeta yang tidak aku kenali itu, serpihan itu ada berhampiran denganku.
                “Ah pening aku macam ni!” aku mengeluh. “Tak kan aku nak berdiri atas bangunan ni tiap-tiap malam.” Aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“EH, ada cahaya yang bergerak?” hati aku berdebar hebat. Adakah itu serpihan hatiku? Aku mengejar cahaya itu. Sebaik sahaja sampai di satu kawasan perumahan, cahaya itu berhenti. Rumah tersebut seperti orang bujang yang tinggal.
                “Lelaki?” Aku terkejut. Aku dengan lelaki ni tak boleh sangat kecuali Z. Macam mana aku nak bercakap dengan dia?