Followers

Wednesday, 26 November 2014

8
Komen

mini novel CALON SUAMI KE DUA 1

ASSALAMUALAIKUM... ini bab pertama...tajuk asalnya ejen cinta 143...dah tukar kepada calon suami ke dua.... hihihi harap terhibur membacanya..banyak yang saya tukar...tak sama dengan ejen cinta 134...bab permulaan je macam sama.... harap sudi baca...



Perbincangan antara Sofea dengan Iqram semakin serius. Mereka berdua berbincang di bilik rawatan yang kebetulan Sofea sedang bertugas mengemas bilik rawatan tersebut selepas waktu persekolahan. Suasana bilik tersebut sangat sunyi kerana waktu petang persekolahan seperti ini tiada orang lagi di sekolah.
“Kau tak boleh buat aku macam ni! Aku sanggup tunaikan segala permintaan kau. Aku lakukan apa yang kau suruh tapi sekarang kau cakap macam ni pula.”
Iqram mengamuk. Dia terlalu sukakan Sofea. Gadis memenuhi citarasa gadis impiannya. Jika dia dapat bercinta dengan Sofea, dia pasti akan popular juga. Tak kan aku nak bersama dia kerana gadis ini memang popular di sekolah? Dia keliru tiba-tiba. Ini perasaan cinta atau nafsu semata-mata?
Iqram seorang pelajar tingkatan enam yang bakal menduduki STPM. Dia bukanlah seorang yang popular di sekolah. Walau bagaimanapun, dia masih diminati oleh segelintir manusia yang mengenalinya secara rapat.
“Aku tak suka kau! Sila faham!” jelas Sofea.
Sofea pula seorang pelajar tingkatan 5 Sains Tulen. Dia begitu meminati bidang perubatan. Dia juga diminati ramai pelajar lelaki di sekolah kerana dia mempunyai peribadi yang lengkap. Cantik, bijak, aktif bersukan dan sentiasa menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
“Aku tak faham dan aku tak nak faham. Aku nak kau juga. Aku nak kau bersama aku. Aku tak kira. Kau mesti jadi kekasih aku atau...”
Iqram terlalu memaksa Sofea. Dia merenung tajam wajah Sofea. Hasratnya wajib ditunaikan oleh Sofea. Sofea tidak boleh buat dia seperti boneka. Selama sebulan dia mengikut segala kehendak Sofea tetapi ini yang perempuan ini kata. Tiba-tiba ada suara-suara yang memintanya buat yang tidak baik pada gadis di depannya.
“Atau apa? Aku banyak kerja ni.”
Sofea berkata lalu membelakangi Iqram. Dia tidak mahu mempedulikan orang yang tidak disukainya. Tangannya terus menyusun peralatan yang berselerak. Tambahan pula, kehadiran Iqram hanya mengisi kekosongan hatinya sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Iqram jadi marah dengan kata-kata Sofea. Dia memeluk gadis itu dari belakang. Tanduknya sudah muncul. Mana mungkin dia berundur kembali apa yang sudah dimulakan saat ini. Dia nekad!
Terperanjat Sofea apabila diperlakukan sebegitu. Peralatan yang di susun itu bersepah kembali akibat rontaan bagi melepaskan diri. Dia cuba leraikan tangan yang kuat di pinggangnya itu. Wajah pucat lesunya terukir.
“Iqram, apa kau buat ni?” soalnya cepat. Tangan dia cuba leraikan pelukan itu. Kalau apa-apa terjadi pada aku? Apa aku nak buat ni? Aku tak nak masa depan aku punah disebabkan peristiwa ini. Tidak! Aku tidak akan izinkan. “Lepaskan aku, Iqram!”
“Aku tak kan lepaskan kau. Aku mahukan kau jadi isteri aku…”
Iqram tersenyum nakal. Bukan sahaja nakal, otak pun berfikiran jahat. Dia melihat tubuh Sofea yang dibaluti sepasang baju kurung sekolah. Rambut itu dibiarkan bebas lepas waktu persekolahan. Rambut itu membuatkan hatinya makin bergelora. Dia paling suka melihat rambut perempuan. Rambut Sofea lurus seperti artis Melayu Fazura. Cantik sangat. Membuat dia rasa tergoda.
Sofea berpaling untuk melihat wajah Iqram. Dia rasa takut dengan renungan lelaki itu. Tidak pernah pula Iqram bersikap begini. Apabila lelaki itu bertindak memeluknya makin erat membuatkan dia mengangkat tangan kanannya tinggi.
Pang!
Iqram terkejut dengan tindakan Sofea itu. Pipi kanannya terasa perit dengan tamparan itu tetapi untuk melepaskan Sofea? Itu tidak mungkin. Dia tidak boleh terima hakikat yang dirinya ditampar oleh seorang perempuan. Perempuan ini mesti mendapat balasan di atas apa yang dia buat pada pipinya.
“Tak guna!”
Iqram memeluk makin erat tubuh Sofea. Perempuan itu pula hanya berusaha menolak tubuhnya. Dia tersenyum dalam hati. Kau tak akan terlepas. Takat tolak macam tu. Sangat lembik! Kau tak kan berjaya lepas.
“Kau buat apa ni?”
Hadir seorang perempuan. Iqram sempat merenung wajah perempuan itu. Ini sahabat baik Sofea. Aku tak ingat namanya. Perempuan ini nampak alim-alim sebab dia pakai tudung labuh. Berbeza sangat dengan Sofea. Itu sebab aku tak berminat langsung dengan perempuan macam ni. Dah la pakai cermin mata macam orang bodoh.
Sofea nampak sahabatnya, Khusnul Syakinah. Dia ingin cakap sesuatu tetapi pantas mulutnya dicekup oleh Iqram. Makin kuat dia meronta diri.
Khusnul Syakinah terperanjat melihat keadaan dua makhluk ALLAH di hadapannya. Berpelukan. Ini salah di sisi agama. Berdosa. Apa yang berlaku sebenarnya?
Sofea mengambil keputusan memijak kaki Iqram dan tangan Iqram di mulutnya terlepas. Lelaki itu hanya mengaduh kesakitan. Dia ingin berlari ke arah Khusnul Syakinah tetapi Iqram sempat mencapai
“Sya tolong aku!” rayu Sofea.
“Lepaskan kawan aku lah, binatang!” jerit Khusnul Syakinah.
Marah dengan tindakan lelaki yang selalu bersama dengan Sofea. Dari dulu lagi dia tidak suka Iqram. Muka minta penampar sahaja. Itulah gelaran yang selalu digelar dalam hatinya untuk lelak itu. Serentak itu, dia memukul kepala Iqram menggunakan payung yang sering dibawanya. Sebentar tadi, dia tinggalkan Sofea sendiri kerana mahu pergi mengambil beg sekolah di kelas. Sekembalinya, kejadian itu yang dilihatnya.
Iqram mengaduh. Dia tidak menyangka pukulan Khusnul Syakinah menyakitkan tubuhnya. Perempuan ini ada ilmu apa ni? Nampak sahaja lembut tapi bila memukul orang, bertenaga betul. Akhirnya, Sofea terlepas dari pegangannya.
Sebaik sahaja pegangan di tangan Sofea terlepas, dia menganjak sedikit ke belakang. Tubuhnya menggigil. Dia ketakutan. Mujur Khusnul Syakinah datang menyelamatkannya.
“Kau nak lari ke mana?!”
Iqram tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Dia tetap mahukan Sofea. Dia cuba memeluk kembali tubuh yang semakin jauh darinya. Belum sempat dia melakukannya sekali lagi, pantas Khusnul Syakinah memeluk kakinya.
“Lari Sofea! Lari!” jerit Khusnul Syakinah.
Dia memeluk erat kaki Iqram. Tidak akan dia lepaskan. Demi sahabat baiknya itu, dia sanggup mengorbankan dirinya. Sofea banyak membantu dalam hidupnya. Tidak akan dia lupa jasa itu.
“Sya...”
Sofea serba salah. Dia tidak mahu tinggalkan Khusnul Syakinah sendirian tetapi dia juga tidak rela menjadi mangsa lelaki bernafsu gila itu. Akhirnya, dia melarikan diri dan meninggalkan Khusnul Syakinah bersama Iqram. Dia mesti mencari penyelamat secepat mungkin. Dia terus berlari bersama linangan air mata.
“Perempuan tak guna! Kau sanggup jadi pengganti kawan kau? Okey! Aku tak kisah! Kau pun boleh juga! Janji ada! Aku dah tak kira kau ni siapa dah!”
Iqram rasa geram. Dia mula mengganas. Ditarik tangan kiri Khusnul Syakinah dengan kasar yang melekat di lututnya. Dia tarik sehingga tubuh gadis itu berdiri.
“Lepaskan aku! Gila!”
Khusnul Syakinah cuba melawan tetapi kata-katanya tidak memberi kesan pada Iqram. Tangan lelaki yang mencengkam pergelangan tangannya itu rasa kuat. Sakit sangat. Dia cuba meleraikan dengan tangan kanannya yang masih bebas bergerak.
“Baik aku lepaskan kau!”
Iqram tersenyum nakal lalu dia melepaskan pegangannya di tangan kiri Khusnul Syakinah. Serentak itu juga, dia menolak kasar kepala gadis yang berani ke dinding.
Khusnul Syakinah berasa makin sakit. Malah kepalanya pening. Dunianya rasa seperti berputar. Wajah Iqram juga seperti ada banyak. Kepalanya makin lama makin sakit. Dia tidak mampu lagi melindungi dirinya sendiri. Akhirnya dia pengsan.
“Tadi macam kuat. Baru laga kepala sikit, dah pengsan. Lembik!”
Iqram tersenyum puas. Dia mengangkat tubuh Khusnul Syakinah lalu dicampak ke atas katil. Pada mulanya dia mahu berlalu sahaja tetapi ada bisikan-bisikan yang hasutan supaya membuat sesuatu yang tidak baik pada gadis yang terbaring layu di depannya.
Dia menelan air liur. Tangannya membuka tudung labuh yang selalu melindungi sesuatu yang berharga. Tudung itu dicampak tepi. Dia sedikit tersentak. Memang dia akui yang dia selalu memperhatikan Sofea tanpa menyedari yang Khusnul Syakinah selalu ada di sisi gadis pujaan hatinya. Dia tidak menyangka Khusnul Syakinah mempunyai rambut yang cantik. Tersembunyi dalam tudungnya yang labuh itu.
“Cantik!”
Iqram menyentuh rambut itu. Hatinya bergelora. Rambut gadis ini lebih lembut daripada Sofea. Lebih cantik daripada Sofea seperti rambut pelakon Alzalna. Hitam pekat. Tak pernah diwarnakan. Ini ke kelebihan melindungi aurat dengan sempurna? Kecantikan itu lebih dari segala-galanya. Kecantikan yang hanya untuk seorang suami. Inikah sebabnya Allah meminta wanita menutup auratnya? Sebab Allah simpan kecantikan itu. Hanya yang berhak sahaja yang dapat melihatnya. Bertuah lelaki itu!
“Lembut sekali…”
Iqram tidak tergamak untuk melakukan perkara terkutuk itu terhadap gadis yang melindungi aurat selama ini. Sebentar tadi dia hanya mengacah Sofea sahaja tetapi dia tidak menyangka perkara ini jadi begini pula. Keinginan tiba-tiba membuak mahu melihat lebih dari ini. Dia mengoyakkan baju sekolah Khusnul Syakinah. Makin lama, makin kuat perasaan itu.
Khusnul Syakinah mempunyai tahi lalat di dada kanannya. Dia tersenyum lagi. Dia mengoyakkan pula kain sekolah warna biru itu. Terdedah paha perempuan itu. Ada tanda lahir yang kecil saiznya di paha kanan juga. Makin lebar Iqram Aznan tersenyum. Rahsia tubuh Khusnul Syakinah sudah berada di tangannya. Sebelum dia berlalu, dia melihat tubuh itu lagi sekali. Tidak sampai hati mahu membiarkan tubuh itu terdedah. Lantas dia menutup tubuh itu menggunakan kain selimut yang ada dan berlalu pergi.
Sofea berlari sekuat hati. Dia tidak tahu mahu melakukan apa. Yang paling penting, dia perlu selamatkan Khusnul Syakinah dari lelaki jahanam itu. Dia terserempak dengan Aqiff, abang kandungnya. Lelaki itu sedang menunggunya untuk pulang ke rumah.
“Abang!” panggil Sofea dengan cemas.
Wajahnya pucat. Tangannya pula menarik kasar lengan Aqiff. Dia mahu mereka cepat tiba di bilik rawatan tersebut. Baik dia segera ke sana sebelum apa-apa berlaku pada Khusnul Syakinah.
“Kenapa ni adik?!”
Aqiff bertanya. Dia terkejut melihat wajah pucat adiknya itu. Nampak hantu ke? Tak logik sebab siang hari lagi. Hantu tu pun tahu masih siang dan tak berani keluar. Sebentar tadi dia baru sahaja menyusun ayat untuk bercakap dengan Khusnul Syakinah tentang perasaannya tetapi semuanya hilang sekelip mata.
“Abang! Abang kena tolong adik. Jom ikut adik sekarang ni!”
Tanpa banyak kata, Sofea terus menarik tangan abang kandungnya itu. Berlari anak sedikit. Moga-moga Khusnul Syakinah selamat sahaja. Dia berdoa dalam hati.
Aqiff pula hanya mengikut langkah kaki adik perempuannya itu. Apa yang mustahak sangat sehingga mahu menerangkan kepadanya pun tak sempat. Layan je la!
Dari jauh Sofea ternampak pintu bilik rawatan terbuka. Dia pantas berlari ke arah bilik tersebut.
“Sya!”
Panggil Sofea sekuat hati. Pandangannya meliar mencari kelibat Khusnul Syakinah. Dia ternampak sahabat baiknya terbaring atas katil.
Aqiff terkejut. Pantas dia berdiri di balik pintu. Rambut Khusnul? Kenapa dia terbaring atas katil seperti itu. Tidak mungkin sebab nak tidur. Kat rumah dia boleh tidur kan?
“Sya... Kau tak apa-apa?” soal Sofea.
Saat itu Iqram sudah hilang entah ke mana. Apabila dia pastikan Aqiff menunggu di luar bilik, dia selak selimut yang membalut tubuh Khusnul Syakinah. Tersentak hatinya. Apakah semua ni? Betul ke?
“Sya, bangun Sya! Bangun!” Sofea usaha mengejutkan Khusnul Syakinah sehingga bangun.
Khusnul Syakinah tersedar. Kepalanya terasa berat. Mungkin kerana hentakkan yang Iqram lakukan tadi. Dia tidak pasti apa yang lelaki itu buat selepas dia pengsan. Dia hilang punca. Dia hilang ingatan.
“Kau kena rogol, Sya?”
Teka Sofea apabila melihat pakaian Khusnul Syakinah sudah terkoyak. Dia makin rasa bersalah. Demi menyelamatkan dirinya, sahabat baik menjadi mangsa. Adakah aku terlalu pentingkan diri?
“Sya...”
Panggil Sofea apabila Khusnul Syakinah tidak memberi sebarang tindak balas. Makin bimbang andai tekaannya tepat. Dia tidak mahu dipersalahkan apa yang telah terjadi. Bukan salah aku! Ini semua salah Iqram. Tanpa sedar, dai bersikap pentingkan diri dan sedikit pun tidak memikirkan apa yang dirasai oleh Khusnul Syakinah.
Hati Khusnul Syakinah gementar hebat. Dia benar-benar tidak dapat ingat apa yang berlaku. Semua ini berlaku terlalu cepat. Dia sendiri tidak pasti apa yang mendorong dia membantu Sofea. Baginya, sesiapa yang berada di tempat Sofea, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Demi membantu wanita yang ditindas oleh lelaki.
Tanpa mereka berdua sedari, pemikiran mereka berdua sangat berbeza. Ini menjadikan Khusnul Syakinah lebih disukai oleh rakan-rkan dan guru kerana sikapnya sentiasa ikhlas dalam semua perkara yang dilakukan berbanding Sofea yang hanya mahukan pujian semata-mata.
Sofea berlari keluar.
“Abang, pinjam jaket abang tu,” pinta Sofea.
“Nak buat apa?”
“Pinjam aje la!”
Pantas tangan Sofea sendiri membuka jaket kulit abangnya itu kerana Aqiff begitu lambat bertindak. Abangnya itu datang ke sekolah menaiki motosikal. Jadi, jaket tersebut memang dipakainya.
“Sabarlah!”
Aqiff rasa pelik dengan sikap adiknya itu. Teringat keadaan Khusnul Syakinah sebentar tadi membuatkan dia fikir yang bukan-bukan. Apa yang terjadi sebenarnya ni?
Sofea terus masuk semula ke dalam bilik rawatan itu. Dia juga menutup pintu. Rapat!
“Nah! Kau pakai jaket ni dulu. Mana boleh kau keluar dari sini dengan keadaan macam sekarang. Kain kau pun koyak ni… Kain batik! Aku rasa ada kain batik dalam bilik ni. Kejap aku cari.”
Sofea membuka satu persatu almari yang ada. Demi melindungi maruahnya, Khusnul Syakinah sanggup korbankan maruahnya. Dia akan berusaha melindungi maruah Khusnul Syakinah walaupun terjadi. Selepas ini, budinya dengan Khusnul Syakinah lepas. Dia tidak akan rasa  bersalah lagi dengan apa yang berlaku.
Khusnul Syakinah mengambil jaket yang dihulurkan oleh Sofea. Dia menyarung jaket itu di tubuh. Air matanya tidak mengalir dengan apa yang berlaku. Dia masih kuat. Fikirannya kosong. Hatinya juga kosong.
Sofea menjumpai kain batik itu. Pantas dia menghampiri Khusnul Syakinah dan meminta gadis itu memakainya. Selepas itu, mereka pulang. Bilik rawatan yang bersepah itu dikemas sementara Khusnul Syakinah bersiap. Teruk dia dimarahi oleh guru jika bersepah seperti ini.
“Abang, kita hantarkan Sya dulu tau?” Sofea berkata. Baru dia teringat yang Aqiff bawa kereta hari ini tapi pakai jaket pula. Suka benar dengan jaket tersebut.
“Kenapa kawan adik tu pakai jaket abang?” soal Aqiff sambil berbisik. Dia sempat menjeling seketika pada Khusnul Syakinah. Wajah itu pucat. Demam ke?
“Bajunya terkena air tadi. Sebab tu adik pinjam jaket abang,”  jelas Sofea.
Mana mungkin dia memberitahu hal sebenar pada Aqiff. Walaupun lelaki itu adalah abang kandung yang paling rapat dengannya. Tidak semua perkara akan dikongsi bersama Aqiff.
“Terima kasih abang...” ucap Sofea selepas kereta milik Aqiff meninggalkan kawasan perumahan Khusnul Syakinah. Air matanya mengalir. Sudah lama dia menahannya.
“Sama-sama. Tak kisah pun.” Aqiff masih tidak perasan adiknya menangis. Dia tersenyum. Beberapa seketika, Sofea diam. Aqiff bertindak untuk berkalih ke kirinya untuk melihat wajah adiknya itu. Dia tersentak.
“Kenapa menangis ni adik?” cemas Aqiff.
“Tak ada apa-apa...” jawab Sofea. Rahsia tetap rahsia. Aku tak boleh beritahu sesiapa mengenai perkara ini
“Adik...” Aqiff sikit pun tidak percaya dengan kata-kata Sofea tetapi jika adiknya itu tidak mahu menceritakan hal sebenar, dia tidak akan paksa. Itu hak Sofea. Dia terus memandu dengan cermat dan selamat.


KHUSNUL SYAKINAH melangkah perlahan ke biliknya. Air mata yang ditahan depan Sofea dan Aqiff itu akhirnya mengalir. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku padanya. Dia di rogol ke? Tidak pula dia terasa sakit di mana-mana tubuhnya. Cuma kepalanya sahaja yang sakit. Tapi sakit di kepala mungkin disebabkan hentakkan yang dibuat oleh Iqram.
Tapi kenapa baju aku koyak? Kain aku koyak? Tudung aku… Kenapa tudung aku tanggal? Siapa lagi yang akan buat semua itu selain lelaki tak guna tu! Kepala Khusnul Syakinah makin pening. Dia sendiri tidak tahu status dirinya sama ada dia mangsa rogol.
Buat laporan polis je... Kau memang kena rogol. Kau kena juga buat laporan polis. Biar lelaki bangsat tu kena tangkap polis. Barulah hati kau puas!
Ada suara lain yang hadir memberi cadangan.
Khusnul Syakinah tersentak.
Kepalanya bergerak ke kiri dan kanan untuk beberapa kali. Dia tidak akan melaporkan pada polis. Tentu ibu dan abah akan malu dengan perkara ini. Tidak! Aku tidak akan buat perkara yang memalukan mereka.
Dia terus menuju ke bilik air. Membersihkan dirinya yang dirasa kotor. Dia mandi wajib. Segala jenis mandi. Dengan harapan kotoran itu boleh hilang. Tetapi itu semua hanya untuk sedapkan hatinya yang gelisah itu. Yang masih tidak boleh terima kenyataan yang mungkin dia telah di rogol. Hanya air mata sahaja menemani hati yang luka ini.
Kini, sudah tiga hari Khusnul Syakinah demam dan tidak ke sekolah. Nasib baik alasan demam boleh diberi oleh Khusnul Syakinah pada ibu. Ibu sangat marah. Sejak dulu lagi ibunya tidak sukakannya kerana dia anak madu abah iaitu isteri ke tiga abah.
Ibu tiri Khusnul Syakinah, Puan Siti membuka pintu bilik anak tirinya itu dengan kasar. Dia benci pada anak itu kerana merampas suaminya. Akhirnya betina itu mati selepas melahirkan anak lelaki yang diberi nama Khairul. Khairul dan anaknya sendiri yang merupakan kakak kepada Khusnul Syakinah bernama Saidah. Hanya mereka sahaja dia sayang. Sayang pada Khairul kerana itu satu-satu zuriat Encik Hafiz. Dia terpaksa menerima ini semua.
“Hoi! Bangun! Kawan kau datang!” kasarnya.
Sakit pula hati melihat Khusnul Syakinah tidur dengan lena. Jika tidak disebabkan anak gadis itu demam, teruk dia dikerjakan. Dahlah kawan yang mana satu yang datang. Tak pernah pula dia jumpa sebelum ini.
 “Siapa ibu?”
Kepala Khusnul Syakinah pening. Dia masih dihantui dengan peristiwa beberapa lalu. Dia masih memikirkan perkara itu. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia harus hidup dihimpit dengan masalah itu.
“Kawan lelaki. Aku tak kenal pula. Pakai tudung tu. Jangan nak malukan aku pula! Aku tengok kau pun dah sakit hati. Tak tahulah kalau kau malukan aku! Makin sakit hati kot!”
Puan Siti terus keluar dari bilik Khusnul Syakinah. Dia terus berlalu ke dapur untuk membuat tetamu. Sudah menjadi sikapnya menghormati tetapi yang datang.
“Baiklah ibu.”
Khusnul Syakinah bangun perlahan-lahan. Dia bersiap-siap ala kadar. Walaupun wajahnya sedikit pucat tetapi dia tetap gagahi juga. Dia hanya mengenakan seluar track dan baju mulismah. Tidak ketinggalan tudung labuhnya. Dia menuju ke ruang tamu. Dia menghampiri lelaki yang membelakangi dirinya itu.
“Terima kasih sudi melawat saya,” ucap Khusnul Syakinah.
Puan Siti selalu mengajarnya untuk menghormati tetamu yang datang ke rumah. Walaupun Puan Siti benci padanya tetapi dia tetap sayang pada Pun Siti kerana Puan Siti yang menjaganya sejak kecil.
Lelaki tersebut berpaling apabila mendengar suara Khusnul Syakinah. Dia menghadap gadis yang berwajah pucat. Ada senyuman yang menyembunyikan beribu erti di bibir lelaki itu.
“Kau!”
Khusnul Syakinah tidak dapat mengawal rasa terkejutnya dengan kehadiran lelaki itu di rumahnya. Pantas dia mencekup mulutnya sendiri. Tidak mahu Puan Siti mendengar suara terkejutnya.
“Kau? Apa kau-kau ni... Panggil je aku Iqram. Nama aku Iqram Aznan... Ingat sampai bila-bila.”
Makin lebar senyuman itu terukir di bibir Iqram melihat wajah gelisah Khusnul Syakinah. Sejak melihat rambut gadis itu sebelum ini membuatkan dia sukar untuk melupakan wajah itu. Dia mahu memiliki Khusnul Syakinah. Mahu menjadi miliknya. Jika tidak cara halus, cara kasar pun tak apa.
“Kau buat apa datang rumah aku...?”
Takut-takut Khusnul Syakinah bertanya. Dia tidak pedulikan nama tersebut. Dia mahu tahu tujuan Iqram datang ke rumahnya. Untuk memberitahu yang memang dia dirogol ketika itu? Kepalanya makin pening apabila memikirkannya. Hanya renungan tajam yang dihadiahkan kepada Iqram.
Iqram pula hanya membalas renungan tajam itu dengan senyuman sinis. Kalau kau renung makin tajam, makin aku suka. Tidak berkelip matanya melihat wajah perempuan pucat yang berada di hadapannya. Kasihan pula. Mesti dia tertekan apa yang terjadi tempoh hari kan? Sampai demam… Demam…
“Kalau esok kau tak datang sekolah, aku beritahu hal sebenar pada ibu kau yang baik hati tu,” ugut Iqram Aznan tiba-tiba.
Dia sudah memulakan agendanya yang sebenar. Sekolah itu rasa sunyi sejak Khusnul Syakinah tidak datang. Dia tiada mangsa yang comel untuk dibulinya. Hanya Khusnul Syakinah menjadi pilihannya. Pilihan hatinya. Pilihan untuk dijadikan isteri. Hanya Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah tersentak. Adakah ini ugutan? Kepalanya makin rasa pening. Dunianya seakan berputar-putar. Bayangan Iqram semakin kabur. Akhirnya dia pengsan.
Iqram seperti dapat menjangka yang Khusnul Syakinah akan pengsan. Pantas tangannya menampung tubuh Khusnul Syakinah daripada rebah ke lantai.
“Mak cik! Mak cik!” jerit Iqram. Dia berpura-pura cemas. Segenap wajah yang semakin mencuri perhatiannya itu di renung dengan penuh minat. Lama,
“Ya Allah!”
Terkejut Puan Siti melihat keadaan anaknya yang rebah dalam pangkuan Iqram. Khusnul Syakinah benar-benar demam ni. Boleh pula aku buat main.
“Nak, tolong bawa dia masuk ke dalam biliknya,” pinta Puan Siti.
“Baiklah mak cik!”
Laju sahaja Iqram bersetuju. Tubuh Khusnul Syakinah yang sederhana kecil begitu mudah di angkatnya. Dipangku dengan penuh berhati-hati. Kasihan… Takat angkat badan berat macam ni, senang je. Dia sudah biasa mengangkat benda berat. Dia selalu pergi ke gim untuk senaman di hujung minggu. Baginya, sangat mudah untuk dia mengangkat tubuh Khusnul Syakinah. Diletakkan perlahan-lahan tubuh Khusnul Syakinah di atas katil. Ini rupanya bilik cik adik ni. Dia sempat memerhati sekeliling bilik yang baru dijejakinya itu. Ada beberapa gambar artis lelaki yang ditampalkan di dinding bilik.
“Mak cik, gambar ni...” Iqram tertanya-tanya.
“Hmm, dia memang minat artis ni tapi yang peliknya dia minat dalam cerita ini je,” terang Puan Siti.
Dia sendiri tidak pasti minat anak tirinya ini. Asalkan tak minta duit sudah. Duit seratus sebulan untuk belanja persekolahan itu dibelanjakan dengan baik, sudah cukup baik.
“Cerita apa ya, Mak cik?”
Iqram bertanya lagi. Sikap ingin tahu itu begitu kuat. Dia mahu tahu minat buah hati barunya ini. Dia nak tahu sebab kenapa Khusnul Syakinah suka lelaki ini. Bukan kacak pun. Aku lagi kacak!
“City Hunter. Dia suka cara lelaki ni menyelesaikan masalah. Maaflah anak muda, dia tak sihat ni. Boleh bagi dia rehat dulu,” pinta Puan Siti lagi.
“Tak apa mak cik. Maaf, saya mengganggu. Saya balik dulu.”
Iqram bersalaman dengan Puan Siti dan meminta diri. Mungkin dia datang pada waktu yang tidak tepat. Risau pula dengan keadaan Khusnul Syakinah yang teruk demamnya. Mesti berpunca daripada aku.
Khusnul Syakinah tersedar. Sudah malam. Jam dinding menunjukkan angka sembilan malam. Dia perlu menunaikan solat tetapi dia teringat kata-kata Iqram Aznan.
Aku mesti kuat ke sekolah. Sampai bila aku harus mengelak diri dari berjumpa dengan lelaki tak berguna tu? Aku kena kuat! Dia terus berlalu ke bilik air.


KHUSNUL SYAKINAH bangun awal pagi. Dia banyak termenung. Sudah lama dia duduk berteleku di atas sejadah sambil beristighfar. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia begitu tetapi dia yakin yang dia rasa sedikit tenang.
“Oi budak!” Panggil Puan Siti. “Kau nak ke sekolah ke hari ini?” Risau pula. Wajah itu masih pucat.
“Ya, ibu.”
“Kau dah sihat sepenuhnya ke?”
“Alhamdulillah ibu.”
Khusnul Syakinah tersenyum. Dia rasa gembira jika Puan Siti ambil berat akan keadaannya. Rasa disayangi pula. Lagi pun dia tidak mahu Puan Siti terlalu bimbang dengan keadaannya. Dia harus kuat.
“Kalau begitu, aku isikan bekal untuk kau.” Puan Siti terus berlalu.
Di sekolah Khusnul Syakinah lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kebiasaannya dia akan ke sekolah berjalan kaki, tetapi hari ini Sofea sudi menghantarnya ke sekolah. Aqiff yang memandu.
“Kau okey?” soal Sofea.
“Aku okey. Jangan risau ya?”
Khusnul Syakinah cuba tersenyum. Dia juga tidak mahu Sofea bimbang padanya. Lagi pun dia cuba melupakan peristiwa hitam baginya. Hidup kena diteruskan juga.
“Baguslah.” Sofea berasa lega.
Mereka berdua tiba di sekolah. Aqiff hanya memandang dari jauh mereka berdua pergi. Kenapa dengan buah hati aku tu? Dia ada masalah ke? Dia bimbang. Selepas meletakkan kereta di tempat disediakan, dia melangkah masuk ke sekolah. Berada di tingkatan enam atas membuat dia gembira dengan kehadiran Khusnul Syakinah.
 “Hey, kau tengok siapa tu?” Tegur seorang lelaki.
Aqiff terkejut. Dia rasa dia kenal lelaki ini. Lelaki ini kelas ke tiga. Biasa tengok muka tetapi tidak tahu nama. Itu sudah menjadi sikapnya kerana susah mahu mengingati nama seseorang. Tiba-tiba sahaja tegur aku ni? Sengal ke?
“Biar aku jawab.”
Tawar Iqram apabila Aqiff hanya diam. Saki hati Iqram melihat panahan mata Aqiff ketika memandang Khusnul Syakinah. Kalau bukan aku yang paksa dia datang sekolah, dia tak kan datang…
“Tak kan kau tengok adik kau pula kan? Cam tak logik. Mesti kau tengok Khusnul Syakinah kan?”
Dahi Aqiff berkerut.
“Kau jangan rapat dengan Khusnul Syakinah. Dia tu aku punya. Lagi pun dia bekas aku!”
Iqram Aznan berkata dengan penuh sinis. Dia tidak suka ada lelaki lain yang memandang Khusnul Syakinah. Dia rasa sakit hati. Bukan sahaja sakit hati tetapi dia rasa mahu korek biji mata lelaki itu.
“Bekas kau?” Aqiff masih tidak faham.
“Kau ni pergi sekolah atau tidak?” geram Iqram.
Bahasa mudah aku pun tak faham ke? Kalau aku kata bekas aku, maknanya aku punya la. Tak faham-faham ke? Akhirnya dia meninggalkan Aqiff sendirian. Makin dilihat wajah lelaki itu, makin kuat perasaan ingin menumbuk wajah itu. Lebih baik dia tinggalkan sahaja.
Khusnul Syakinah sedang menyusun kerusi dan meja di dewan. Tidak lama lagi peperiksaan SPM akan tiba. Dia perlu membuat persiapan untuk menghadapinya.
“Baguslah kau datang.”
Iqram berbisik di telinga Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah terperanjat lalu berpaling. Dia berundur sedikit ke belakang.
Iqram tersenyum lalu terus berlalu. Sofea yang ternampak Iqram terus menghampiri Khusnul Syakinah.
“Dia kacau kau ke?”
“Aku tak tahu Sofea. Dia asyik kacau aku. Semalam dia datang rumah aku. Aku takut Sofea...” luah Khusnul Syakinah.
“Kau kena kuat Sya. Kalau kau takut, makin dia suka. Kau berani kan? Aku kenal kau! Kau berani!” Sofea memberi semangat pada Khusnul Syakinah. Pura-pura menjadi sahabat yang paling baik dalam dunia ini.
“Terima kasih, Sofea.” Khusnul Syakinah tersenyum. Tanpa mereka berdua sedari, Iqram memerhati dari jauh.

“Cantiknya senyuman dia,” puji Iqram.
19
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 1

Assalamualaikum... salam sejahtera... kasihan ria tengok blog ni sunyi... jadi ria update bab satu kekasih tidak iktiraf full.. yang sebelum ni teaser je... ini full punya... harap ada yang menanti bab dua... apa-apa pun semoga terhibur membacanya... kalau nak komen, komen je..

Bab satu-Bos yang sengal
Noah Qushairy mengerakkan pen di hujung jarinya. Dia teringatkan seseorang yang istimewa dalam hatinya. Seseorang yang mencuit hatinya. Ada senyuman yang terukir di bibir. Kalau ingat dia, langsung tak jalan kerja aku! Ish! Geramnya sendiri. Dompet di keluarkan dari laci lalu di buka. Ada sekeping gambar yang begitu bermakna baginya. Hanya itu sahaja yang dia ada. Fikirannya melayan jauh menerjah sepuluh tahun lalu.
Aku tersenyum sengal. Inilah masa yang sangat aku nantikan setelah sekian lama aku menunggu. Sedikit lagi. Aku kena sabar jika mahu mangsa kena perangkap ini. Makin lebar senyuman aku ukirkan apabila melihat gadis itu.
“Aduh! tak guna punya TM!!!” jerit seorang gadis sekuat hati. Auni namanya. Sangat comel. Aku selalu usik dia. Melihat Auni jatuh tersembam ke bumi membuatkan deria ketawa aku berfungsi. Aku ketawa tak ingat dunia. Seronok!
“Padan muka kau! Siapa suruh kau mainkan aku...” Aku masih ketawa. Ini satu kejayaan yang tidak akan aku lupa. Auni kelihatan seperti mahu mengamuk macam raksasa dalam cerita utlramen.
“Bila masa aku mainkan kau. Aku tak ada kaitan pun dengan kau!” jawab Auni membuatkan aku makin galak mengacaunya. Itulah kerja aku hari-hari.
“Kau mainkan perasaan aku. Sebagai hukuman, kau kena bersama aku seumur hidup.” Selamba aku berkata begitu. Hidup aku ceria sejak kehadirannya di sini. Di rumah aku.
“Tak ada maknanya. Kau nak buat aku jatuh setiap hari pun tak apa. Aku masih boleh tahan tapi suatu hari nanti aku akan pergi jauh dari sini dan masa tu kau akan menyesal!”
Kata-kata Auni benar-benar menusuk tepat ke jantung dan hati aku. Nasib baik berdegup kencang lagi. Apa yang pasti ketawaku terhenti. Senyumanku menghilang. Aku terdiam seketika. Auni akan pergi jauh dari aku?
“Tau pun diam...” Auni tersenyum sinis.
“Tak mungkin aku diam! Aku akan pastikan kau tak kan ke mana-mana.... lalalalalalalala....” Aku menyanyi dengan girangnya. Ia lebih kepada menutup rasa cuak aku dengan kata-katanya sebentar tadi. Aku harap itu tidak akan berlaku.
Kelihatan gadis itu kegeraman. Ini yang makin seronok aku melihat wajahnya. Aku lupa sekejap pada kata-kata yang membuat hatinya tidak senang itu.
“Aku akan sambung pelajaran aku dan aku akan tinggalkan tempat ni.” Berani Auni berkata-kata.
“Kau tak akan pergi. Aku sanggup beli kau supaya kau kat sisi aku selamanya.” Penuh yakin aku menjawabnya. Aku yakin sangat-sangat! Auni terus rasa membara. Aku rasa la.
“Kau ingat aku ni barang ke?” Soalnya. Ada aku kisah kau barang atau tak. Apa yang aku rasa, aku nak kau jadi milik aku. Milik aku seorang sahaja.
“Di dunia sekarang semuanya boleh di beli dengan wang tidak terkecuali kau.” Angkuh sekali kata-kata aku.
“Noah…”
Kali pertama nama aku dipanggil oleh Auni membuatkan diri ini terdiam. Suaranya menyebut nama aku membuat aku rasa terbuai. Suaranya sangat lembut dan mendamaikan hati.
“Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli dan tak ternilai harganya…Kepercayaan dan cinta sejati. Ia tidak boleh di beli oleh wang, Noah!” Serius suara Auni.
Aku memandang wajah Auni tanpa berkelip. Betul ke apa yang dikatakan oleh Auni? Betul ke ada benda yang tak boleh di beli dengan wang? Hati aku berdebar-debar.
“Cukup! Cukup sudah! Cukup sampai di sini sahaja…” Ada sebuah lagu kedengaran memecahkan kenangan lalu. Rupa-rupanya telefon pintar miliknya berbunyi. Di keluarkan telefon Sony yang berada dalam lacinya.
“Kacau daun betul! Orang nak berangan pun tak sempat habis…” Bebel Noah Qushairy. Segera dia menjawab panggilan yang misteri itu.
“Assalamualaikum. Lambatnya kau jawab. Tengah berangan ke?” usik seseorang di hujung talian.
“Waalaikumussalam… Eh, Qayl! Bro, lama tak call aku! Mana ada aku berangan… Aku cuma termenung di kala banyak kerja ni.” Noah Qushairy tersenyum. Ini sahabat aku. Namanya Qayl Haseef. Masih belajar di luar negara.
“Aku sibuk sikit. Al-maklumlah. Tak lama lagi nak balik Malaysia. Banyak persiapan yang aku kena buat sebelum meninggalkan tanah Arab ini.” Qayl Haseef tersenyum.
“Ala, takat Mesir tu. Tak lah jauh sangat. Takat kau nak ulang-alik, mudah je.” Gurau Noah Qushairy.
“Kau ni sengal ke apa? Apa kejadah aku nak ulang-aliknya.” Marah orang di hujung talian itu.
“Sengal pun sengallah. Janji aku bahagia.” Noah Qushairy ketawa kecil. “Bila kau nak balik Malaysia?” Dia bertanya pada perkara yang lebih penting.
“Insya-Allah. Minggu depan. Nanti aku singgah pejabat papa aku. Nak bagi dia kejutan.” Rancang Qayl Haseef.
“Nanti lepas bagi kejutan, jangan lupa datang ke jabatan aku yang kecil ni. Kirim salam pada Dato Haikal.”
“Okey. Bereh! Aku kena pergi. Nanti kita jumpa.”
“Okey…”
Noah Qushairy menamatkan panggilan telefon pintarnya.
“Kak Umie, masuk!” Dia menekan interkom.
“Ya, bos.”
“Mana setiausaha saya ni? Banyak kerja saya nak buat ni.” Soal Noah Qushairy. “Kalau dia tak datang hari ini, Kak Umie cari sahaja orang lain. Esok saya nak jumpa dia.” Tegasnya.
“Bos, dia kata yang dia baru pindah sini. Jadi dia tidak dapat datang hari ini sebab tidak sihat.”
“Tak kisah. Kak Umie pergi call dia dan cakap saya nak dia masuk kerja di sini esok.”
“Baiklah bos!” Umie keluar dari bilik dan menjalankan tanggungjawab yang bukan kerjanya.
Qayl Haseef tersenyum selepas berbual dengan sahabat baiknya yang sentiasa merendahkan diri dalam melakukan kebaikan.
“Kita kalau nak buat baik, tak perlu tunggu orang suruh. Sendiri fikir la.” Dia berfikiran sendiri. Dia bersyukur dengan apa yang dia dapat.
Dia masih ingat kata-kata itu.

HASYA membetulkan tudungnya. Menggantikan tempat ayahnya bekerja memang rasa berat tetapi dia rasa selesa. Pak Cik Reeza seorang kawan yang baik. Kawan ayahnya. Okey ke ayah kat sana? Allah, rindunya aku pada insan satu-satu yang aku sayang dalam dunia ni.
“Assalamualaikum Hasya…” Noah Qushairy menyapa. Sekarang waktu tengah hari. Memang kebiasaannya dia akan keluar pergi makan.
“Waalaikumusalam TM sengal!” balas Hasya.
“Bagus! Bagus! Kerja elok! Elok!.” Noah Qushairy terus berlalu.
Dahi Hasya sedikit berkerut. Pekerja seorang ini memang suka di panggil begitu malah diri sendiri yang meminta dipanggil begitu. Teringat hari pertama dia bekerja di situ. Memang sengal betul.
“Ganti pak cik Harraz kan?” sapa seseorang. Hari pertama kerja sudah disapa mamat yang kacak macam ni? Bertuahnya hidup.
“Ya. Saya…” Hasya tersenyum.
“Nama?” soalnya sepatah.
“Hasya…”
“Okey Hasya, kau panggil je aku TM sengal. Rindu pula dengan gelaran tu.” Lelaki itu tersenyum seorang diri. Membayangkan siapa, dia sendiri tidak tahu.
“Baiklah TM sengal…” balas Hasya dengan teragak-agak.
“Bagus! Bagus! Macam dia la… Okey selamat bekerja. Aku pergi dulu.” Lelaki itu berlalu dengan senyuman lebar.
Haysa garu kepala. Apa kena pekerja seorang ini? Dia terus bertugas di kaunter. Apabila Pak Cik Reeza habis meronta, gilirannya pula berjalan-jalan. Dia paling suka meronda. Setiap inci syarikat ini sudah diterokainya.
“Macam mana kerja kat sini, okey tak?” soal Pak Cik Reeza.
“Okey sangat pak cik. Patutlah ayah tak mahu berhenti. Seronok.” Hasya tersenyum. Dia memandang setiap orang yang masuk dalam ruang syarikat ini. Dia akan pastikan itu pekerja di sini. Dalam seminggu, dia sudah dapat mengenali semua pekerja di sini. Hebat tak? Kenal muka je, bukannya nama okey? Hihihi
“Ayah kamu pergi buat umrah lama ye?” soal Pak Cik Reeza lagi. Pelik juga, orang buat umrah paling lama dua minggu aje. Ini dua bulan dia ambil masa.
“Lepas buat umrah, ayah duduk rumah kawan baik ayah kat sana. Saja nak rasa duduk di tanah suci tu.”
“Sampai sanggup tinggal anak perempuannya yang comel ini?” Puji Pak Cik Reeza.
“Comel ke?” Hasya tersenyum. Muka gelap macam ni kata comel? Eh, muka gelap, tangan putih! Terlajak laris… HaHaHa… nak buat macam mana, aku aktif berkawat. Muka gelap la. Nanti dua tiga bulan lagi dia putih la semula. Kulit muka aku memang macam ni. Kalau duduk rumah sahaja, tak keluar. Lagi mudah putih semula. Ini mujur duduk dalam tempat berhawa dingin.
“Comellah. Kalau pak cik ada anak lelaki, dah lama pak cik kahwin kamu. Buat menantu. Masak pun pandai.” Makin melambung tinggi pujian Pak Cik Reeza.
“Pak cik, saya ni pandai masak sebab ayah yang suruh. Kalau tidak, tak berasap dapur saya tu.” Kelentong Hasya. Malu pula asyik di puji orang. Sedangkan dirinya hanyalah biasa-biasa sahaja.

AKU dah lambat ni. Dahlah hari pertama kerja. Baru pindah kawasan ni pula. Semuanya dirasanya sangat baru. Baru pindah, baru kerja, baru kenal tempat baru. Baru! Baru! Baru! Auni sudah mula kalut. Sepatutnya semalam dia sudah bekerja tetapi demam pula. Terkejut dengan kehidupan yang baru ini.
“Aduh!” Auni terjerit kecil. Hah, sekarang ni baru jatuh! Sebut lagi perkataan baru. Wajahnya masam mencuka melihat bekas makanannya tergolek jauh darinya.
“Kau okey?” soal seseorang.
Berkerut dahi Auni. Siapa ni? Dahlah jatuh depan syarikat aku kerja. Mamat ni siapa pula? Smart lain macam je.
“Cik tak apa-apa?” Hasya menghampiri Auni sambil membawa bekas makanan yang tergolek itu. Kasihan pula Hasya melihat kaum hawa jatuh macam tu. Mesti sakit.
“Saya okey.” Balas Auni. Ramah betul pekerja dekat syarikat ini. Pengawal keselamatannya ramah. Pekerjanya pun ramah. Bertuahnya badan.
“Tak pernah pun nampak kau kat sini. Pekerja baru ke?” soalnya sambil membantu Auni dengan memegang beg tangan wanita itu. Pengawal keselamatan itu terus meninggalkan mereka berdua. Yakin yang lelaki itu akan menguruskan wanita ini.
Auni bangun dan menepuk pakaiannya. Manalah tau kotor. “Ya, pekerja baru.”
“Kerja tingkat berapa?” soal lelaki itu lagi. Apabila mereka berdua masuk ke dalam lif.
“Tingkat 10…”
“Oh, sama dengan aku. Kita boleh jalan bersama.” Kata lelaki itu lagi. “Kerja sebagai apa?”
“Setiausaha…” kata Auni.
“Okey…”
Mereka berdua masuk bersama. Penyambut tetamu di bahagian depan tersentak.
“Selamat pagi bos!” ucap penyambut tetamu tersebut sambil berdiri tegak.
“Selamat pagi. Tolong panggil kak Umie. Ada setiausaha baru ni,” arah lelaki itu.
Auni melihatnya tidak berkelip mata. Aku sedang bercakap dengan orang yang berjawatan tinggi ke? Malunya. Dahlah jatuh depan dia tadi.
“Aku dah tolong panggilkan kak Umie. Dia akan tolong kau. Aku kena pergi ni…” kata lelaki itu.
“Terima kasih. Jasamu akan dikenang.” Selamba Auni berkata.
Lelaki itu tersenyum mendengarnya lalu pergi.
“Saya kak Umie, awak Cik Auni?” soal Umie.
“Ya, saya.”
“Boleh ikut saya. Bos memang tengah tunggu setiausaha sejak semalam lagi.” Kata Umie sambil mereka bergerak ke bilik majikan mereka.
“Ini bos besar atau bos kecil je?” Soal Auni. Sempat dia memerhati sekeliling pejabatnya. Tidaklah terlalu sibuk. Sunyi sahaja. Tak ada orang bercakap ke? Fokus betul pekerja di sini ye…
“Kenapa tanya macam tu?” balas Umie dengan soalan juga.
“Kalau bos besar susah nak layan kalau bos kecil dia lebih memahami.” Pendapat Auni. Dia tersengih.
“Ini bos besar.” Kata Umie yang turut tersenyum. Sebab itu sahaja. Tapi bagi dirinya besar ke, kecil ke, kalau dah memang cerewet, susahlah nak layan.
Pintu bilik diketuk dan terdengar seseorang mengatakan ‘masuk’. Mereka berdua masuk sekali.
Auni memandang bosnya. Ini lelaki tadi. Nasib baiklah. Mungkin tak susah untuk aku bekerjasama dengan dia. Dia sudah mula berangan yang dia akan bekerjasama dengan lelaki tersebut.
“Bos, ini setiausaha baru bos, ini juga resume miliknya. Bos, nak saya terus ajar dia bekerja atau…” belum sempat Umie berkata hingga habis, lelaki di hadapannya memotong kata.
“Tak payah. Biar saya yang ajar.” Lelaki itu tersenyum.
Kenapa dia tersenyum? Gembira ke aku jadi setiausaha dia? Macam pernah tengok senyuman ni tapi siapa entah. Aku pun tak ingat.
Umie pun keluar dari bilik tersebut.
“Jemput duduk.” Arah lelaki di hadapan ini.
“Terima kasih…” ucap Auni. Hatinya berdebar lain macam. Dia menelan liur. Macam ada perkara yang tak baik sahaja nak jadi ni. Tenang. Berserah dan bertawakal pada Allah.
“Auni Batrisyria kan?”
“Ya…”
“Kau tahu nama bos kau ni?” soalnya lagi sambil merenung Auni. Nada serius pula itu. Senyuman sinis pun ada.
Auni gelabah. Dia tidak tahu. Lupa mahu tanya Umie tadi.
“Boleh baca di depan pintu bilik tu.” Arah lelaki itu lagi.
Auni serba salah mahu bangun. Dia dah termalu. Masuk sebentar tadi pun tak sempat mahu menjeling pintu tersebut.
“Silakan…”
Auni pun bangun apabila majikannya sanggup menunggu jawapan dari mulutnya. Dia bergerak ke pintu. Dibuka pintu itu separuh.
Pintu dah separuh terbuka, kini, mulut aku pula separuh ternganga sebab terkejut punya fasal. Nama tu aku kenal sangat. Disebabkan terlalu terkejut, Auni menutup pintu tersebut. Dia membelakangi pintu itu. Otaknya ligat berfikir.
“Noah Qushairy…” Nama itu diseru lagi. Nama yang sudah lama tidak disebut. Sejak keluarga itu berpindah ke luar negara. Sejak 10 tahun lalu. Lelaki itu telah membesar menjadi seorang lelaki sejati. 27 tahun.  Dan aku.. 31 tahun yang masih belum berkahwin dan tua. Dia masih ingat pada aku ke? Lama Auni berdiri lama di luar pintu tersebut.
“Tak nak masuk ke?” Akhirnya terpaksa Noah Qushairy menuju ke pintu tersebut dan memanggil Auni masuk ke dalam biliknya.
Auni tidak bersuara. Dia hanya mengikut je.
“Kau tahu tugas-tugas seorang setiausaha.”
“Tau bos..” jawab Auni sambil menundukkan wajahnya.
“Bos? Siapa bos? Aku tuan muda kau. Itu panggilan selayaknya kau panggil…” wajah Noah Qushairy serius.
Aku pula… Aku terkejut kot. Mana ada di pejabat panggil ketua mereka tuan muda. Aku tak nak panggil dia macam tu. Nak panggil bos juga! Tuan muda sengal! Marah Auni sekadar dalam hati.
“Itu dulu masa aku kerja kat rumah kau. Sekarang aku jadi pekerja di syarikat ini. Jadi, aku kena panggil kau, bos bukannya tuan muda.” Auni berusaha mempertahankan kata-katanya.
“Peduli apa aku. Kau nak kerja ke atau tak?” soal Noah Qushairy yang serius memandang wajah Auni.
Aku gembira. Gembira sangat dapat berjumpa dengan Auni semula. Tak perlulah aku mencarinya hingga ke lubang cacing. Tiba-tiba Noah Qushairy teringat peristiwa kali terakhir dia berbual dengan Auni.
“Ya, aku nak kerja.” Terpaksa Auni bersetuju sebab hampir dua tahun dia tanam anggur kat rumah. Sampai bila dia hanya berniaga di pasar yang pendapatan yang tidak seberapa untuk menyara keluarganya. Apa guna sijil yang dia ada dalam bidang kesetiausahaan ini.
Noah Qushairy mula serius dalam kerja. Pelbagai arahan dan rutin harian yang perlu dia lakukan sebagai seorang setiausaha.
Alahai Auni…
Noah Qushairy tersenyum melihat wajah kelat Auni. Ya Allah, pertemuan ini yang aku doakan setiap hari. Akhirnya aku berjumpa semula dengan Auni. Auni yang selalu aku rindu. Auni. Auni. Kasihannya. Demam. Eh, mana boleh kasihan! Aku kena buli dia teruk-teruk. Nak kena ganti balik masa sepuluh tahun lalu. Mana boleh di buang masa begitu.
“Bos…” Panggil Auni.
“Ehem…” Noah Qushairy berdehem tanda yang dia tidak suka akan panggilan itu.
“Tuan muda…” Cepat-cepat Auni mengubah panggilannya.
“Ada apa?”
“Boleh saya ke tandas?” pinta Auni. Sebenarnya dia tak terasa mahu membuang apa-apa tetapi rimas dengan renungan lelaki itu. Tengok macam nak makan aku je. Padahal aku tahu yang Noah ni tak makan daging manusia. Ya Allah, izinkan aku…
“Pergilah!”
Laju sahaja Auni berdiri dan keluar dari bilik yang buat dia rasa lemas itu. Macam duduk dalam air. Susah nak bernafas. Kalau lama lagi aku duduk, boleh pengsan di buatnya. Dia mencari tandas. Apabila dia membuka pintu tandas, ada seseorang di dalamnya.
“Eh, awak yang tolong saya tadi kan.” Tegur Auni.
“Ya.” Jawab Hasya. Kebetulan dia meronda di situ dan nak ke tandas. Itu sebab dia berada dalam tandas tingkat 10.
“Saya Auni.”
“Saya Hasya…”
“Nampak muda lagi ni, umur berapa?” soal Auni dengan ramah. Kalau ada kawan, seronok sikit. Ada geng.
“Baru nak masuk dua puluh empat tahu.” Hasya tersenyum.
“Kalau macam tu, panggil saya kak Auni sebab saya ni dah tua sangat.” Auni bergurau.
“Kak Auni umur berapa?”
“Dalam 30-an.” Sengaja Auni jawab gitu. Malulah kalau orang lain tahu umurnya tetapi masih tidak berkahwin. Aku ni dah macam kena sumpahan sahaja. Entah siapa jodoh aku, aku sendiri tak tahu. Mungkin faktor aku yang susah nak jatuh cinta. Cita rasa aku sangat tinggi.
“Okey. Hasya pergi dulu ye kak.”
“Okey…”
Mereka berpisah di situ. Auni mengeluh. Dia kena kembali semula ke bilik yang lemas itu tetapi… tak nak la! Dia menghampiri satu meja yang berada berhampiran dengan bilik Noah Qushairy.
“Bos memang macam ni ke perangai dia? Serius sahaja.” Selamba Auni menegur seorang pekerja lelaki yang berada di situ.
“Sebelum saya cakap apa-apa, nama saya Faris tetapi kawan-kawan panggil saya Pepero.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Pepero? Itu bukan nama coklat yang amat popular di Langkawi tu.” Soal Auni kembali.
Pepero tersenyum. “Ya. Sebab saya suka makan pepero. Berbalik pada soalan awak tu, memang tiap-tiap hari. Kenapa?” dia bertanya.
“Tak ada apa-apa. Nama saya, Auni.” Auni tersenyum.
Pepero membalas senyuman itu.
“Auni!” jerit Noah Qushairy di depan pintu. Panas hatinya melihat Auni bercakap dengan lelaki lain. Selamba badak je dia berbual dengan orang lain sedangkan aku tunggu kau dalam bilik tak sampai-sampai. Memang nak kena ni.
“Ya, Tuan Muda!” Auni terkejut.
“Masuk!”
“Ya, tuan Muda!”Auni hanya ikut arahan.

Pepero garu kepala. Tuan muda? Apa kes ni? Dia keliru.