Followers

Thursday, 21 July 2011

2
Komen

Untuk melepaskan rindu pada SV....

P/S: untuk semua peminat SV....ria selitkan sedikit babak-babak dalam SV...harap terhibur...


 ‘Sakitnya perut aku. Rasa macam dipulas-pulas. Sudah banyak kali dia berulang-alik dari tandas. Nazak la aku kalau macam ni,’ kata Lidya sambil memegang perutnya. Mukanya sudah pucat. Lebih pucat dari muka majikannya, Danish.
            Lidya baru sahaja balik dari Genting semalam. Sememangnya penat. Rutin makan sehariannya juga sudah berubah.
            ‘Mungkin itu penyebab itu aku rasa sakit perut,’ duga Lidya. Perutnya betul-betul tidak selesa.
            Tiba-tiba Danish keluar dari biliknya. Wajah lelaki itu serius.
            Danish masih kecewa dengan dirinya gara-gara Zafri melamar Lidya didepan matanya. Masih terkejut. Sebenarnya dia lebih kepada rasa takut. Takut kehilangan Lidya. Dahi Danish berkerut. Dia berasa pelik sebab puas dia menekan interkom untuk meminta gadis itu masuk ke biliknya tapi tidak dapat. Maka dia mengambil keputusan untuk memanggil Lidya sendiri.
            Terkejut Danish melihat wajah pucat Lidya. ‘Pucat lain macam sahaja minah ni? Lebih pucat dari aku ni. Tak boleh jadi. Kena tanya ni,’ muka Danish masih serius.
            “Awak OK, Lidya?” soalnya serius.
            “Saya OK,” jawab Lidya pendek dan lemah. Dia masih menundukkan wajahnya. Sebelah lengan Lidya diatas meja dan diletakkan kepala atas lengannya. Sebelah tangannya lagi memegang perut. Lidya rasa pening.
            “Ada apa-apa yang bos nak saya buat?” soalnya lemah sambil mendonggak memandang Danish. Danish tertelan air liurnya.
            “Awak sakit perut ke Lidya?” soal Danish. Lidya hanya menggangguk kepala. Dia masih memegang perutnya.
            “Kalau awak tak larat sangat. Awak cuti aje ye?” walaupun muka serius tapi perasaan bimbang tetap ada apabila melihat keadaan Lidya.
            “Saya OK. Bos jangan risau,” kata lemah Lidya sambil tersenyum.
            “Kalau macam itu, tak apa la. Hari ini saya buat air sendiri sahaja,” kata Danish.
            “Tak apa bos, biar saya buat,” kata Lidya yang cuba untuk bangun.
            “Tak payah. Awak kan tak sihat tu. Jangan nak degil,” muka Danish jelas bimbang akan keadaan Lidya. Tiada serius lagi.
            “Baiklah bos. Terima kasih,” Lidya tersenyum lemah. Beberapa minit kemudian, Danish hadir membawa dua mug.
            “Minum la sikit, Lidya,” Danish menghulurkan mug tersebut. Lidya tersenyum. “Terima kasih,” ucap Lidya.
            “Kasih diterima,” kata Danish sambil berlalu masuk ke biliknya. Sedang asyik Danish meneliti projek syarikatnya di Kuala Kubu Bharu, pintu bilik diketuk dari luar. Lidya masuk untuk menghantar dokumen yang memerlukan tanda tangan Danish.
            “Terima kasih,” ucap Lidya yang masih lemah. Lidya berlalu apabila Danish sudah menanda tangannya. Tiba-tiba tubuh Lidya menjadi tidak seimbang akibat berasa pening.
            ‘Saat di bilik Danish juga la kau mahu pening teruk,Lidya,’ amuk Lidya dalam hati. Dia sempat berpaut pada sofa berhampiran. Nasib baik tidak rebah mencium lantai.
            “Kedebuk!” Lidya rebah juga apabila kepala dia tidak dapat menampung rasa pening yang teruk ini. Lidya pengsan. Terkejut Danish melihatnya.
            “Lidya! Lidya bangun!” Danish mengoncang tubuh Lidya tetapi gadis itu tidak sedarkan diri juga. Diangkatnya tubuh Lidya dan baringkannya atas sofa panjang. Danish menghubungi Aman, sahabatnya lagi. Doktor peribadi.
            Sementara menunggu Aman datang, wajah pucat milik Lidya ditatap. Indah sungguh wajah ini. Hidungnya manjung. Mulutnya nipis. Nampak seksi. Danish mengucap panjang dalam hatinya. Tidak baik berfikiran begitu. Dia meneruskan kerja yang tertangguh tadi sementara menunggu Aman datang.
Aman sampai juga. Dia memeriksa nadi Lidya dan mata. Selepas itu, dia memberi Danish ubat gastrik dan Lidya diberi suntikan ubat tahan sakit.
            “Dia tak apa-apa Dan. Jangan risau. Kau kena jaga dia baik-baik. Ini dah masuk kali ke tiga aku rawat dia,” jelas Aman. Danish hanya menggangguk kepala. Muka bimbangnya tidak dapat disembunyikan lagi depan Aman.
            ‘Mesti perempuan ini istimewa bagi Dan. Muka macam mati isteri sahaja si Danish ni,’ hati Aman berkata.
            “Aku pulang dulu Dan. Jangan lupa bagi ubat tu padanya bila dia sedar,” nasihat Aman dan berlalu pergi.
            Danish membiarkan Lidya berehat di situ sahaja lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Tiba-tiba pintunya di ketuk dari luar.
            Mira datang untuk mengajak Danish makan tengah hari bersama. Dia cukup terkejut apabila melihat Lidya terbaring di situ. Sakit sungguh hatinya.
            ‘Apa kejadah minah ni tidur kat sini,’ gertak hatinya.
            “Lidya!” terkejut Mira. Danish meletakkan jari telunjuknya di mulut sebagai tanda diam. Dia mahu Mira diam lalu mengajak Mira berbual di luar biliknya.
            “Apa hal datang pejabat I?” soalnya sambil bersandar di meja setiausahanya. ‘Alahai, bergayanya Danish,’ bisik hati Mira. Dia jatuh cinta lagi.
            “I datang nak ajak you lunch, boleh?” katanya sambil tersenyum
            “Sorry,” kata Danish pendek.
            “Mean?” Mira masih tidak faham.
            “Tak boleh. Lidya tak sihat. I bimbang tentang dia,” jelasnya.
            “Bimbang?” Mira ketawa dengan tiba-tiba.
            “Kenapa?”
            “Tak apalah. Bye!” hati Mira sakit. Sakit sebab Danish lebih bimbangkan Lidya. Dia cemburu. Cemburu gila. Rasa mahu dibunuh perempuan itu. Rancangannya yang pertama sudah gagal. Dia akan buat rancangan kedua.
            “Siap-siap la kau Lidya!” Mira ketawa sekuat hatinya di dalam lif.

Saturday, 9 July 2011

10
Komen

Cerpen:RINDUNYA CINTA (sambungan cerpen SV)

Apa kejadahnya pengarah besar aku ni? Tak pernah-pernah lagi orang buat camni. Publisiti ke? Musykil betul dengan mukanya yang nampak serius tapi miang. Bulu kening yang sedikit tebal dengan mata yang sederhana kecil, hidung yang agak mancung. Mempunyai bibir yang mengoda iaitu bibir yang nipis dan tidak berwarna gelap sebagai tanda yang dia bukan seorang perokok. Tinggi setinggi galah iaitu 189cm. Giler apa? Aku ni baru jer 150cm. Sampai ketiak dia ajer kot. Tak mahu la. Aku reject awal-awal walaupun dia aku tengok dah lengkap serba-serbi.
Tang agama? Ala aku mana boleh nilai dia tang tu. Itu la aku suka memerhati orang sekeliling aku. Aku ada hobi yang pelik suka membuang masa dengan melakukan pelbagai pekerjaan sampai ayah aku tak larat nak tegur atau halang. Aku minta tempoh dua tahun ajer, lepas tu aku kerja la dengan ayah. Ayah seorang usahawan yang berjaya. Usahawan dalam bidang menghasilkan produk pembinaan. Cehwah, mentang-mentang la aku ambik bidang perniagaan. Ayat pun formal tapi macam pelik. Produk pembinaan? Bahan pembinaan la.
            “Mia, jangan lupa pergi kemas bilik pengarah. 10 minit sahaja. Saya tunggu kat luar,” arah Aslisa yang merupakan setiausaha pengarah muda yang aku komen tadi. Yelah, diletaknya gambarnya bukan main besar dekat pintunya. Berlagak kan? Bajet hensem la tu.
            “Baiklah kak Lisa,” aku mula bergerak masuk ke bilik pengarah. Ini kali pertama aku masuk sebab mak cik Salmah yang selalu dengan aku cuti tiga hari sebab anaknya sakit, kena balik kampong nun jauh ke timur. Aku la yang kena mengantikan tempatnya selama tiga hari.
            Mulalah aku nak memerhatikan sekeliling. Kemas ajer. Aku nak kemas apa? Tak mencabar langsung. Aku membaca ‘Haris Akmal’.
            “Nama pun dah poyo,” aku mula berkata-kata.
            “Ehem! Ehem!” aku terkejut dengan sergahan tu sampai tersiku pasu Kristal kecil yang ada atas meja tersebut. Jatuh dan apa lagi, pecah la. Aku tak berani nak berpaling menghadap muka pengarah tu. Aku duduk dan mengemas kaca yang dah bersepai tu.
            “Apa poyo?? Itulah akibat mengutuk orang yang tidak bersalah,” tegurnya daripada belakang aku. Aku dapat rasakan dia menghampiri aku dan duduk sama mengutip kaca Kristal yang pecah tu. Aku tak berani nak pandang muka dia. Dia mengutip dan terpegang tangan aku. Memang sah, pengarah ni miang.
            Aku mendongak. Kacaknya dia. Dia juga tergamam. Kenapa? Aku terlalu cantik ke? Aku memang cantik pun cuma pendek ajer. Dia pegang tangan aku bertambah erat. Aku dah mula pelik. Nasib baik aku cepat sedar. Aku lambai-lambai tangan depan dia. Tak ada respon.
            “Pengarah besar yang tinggi lagi poyo, tangan saya ni bukan untuk dipegang oleh lelaki ‘ajnabi’, okey?” aku berkata. Jelas muka dia merah. Malu kot. Lepas tu cepat-cepat nak cover malu. Lelaki, semuanya sama. Dia berdiri tegak.
            “Kau pekerja baru ke? Tak pernah nampak pun,” Haris tanya aku. Aku nak jawab apa yer? Tak payah jawab la. Buat dia sakit hati sikit. Aku hanya angguk kepala sahaja.
            “Kau bisu ke? Tak boleh cakap ka?” soalnya lagi. Apa kena mamat ni? Aku mengaku ajer la aku ni memang bisu. Aku angguk lagi. Muka dia merah. I very sure. Kau malu kan? Camner aku tau dia malu? Mestilah aku tahu, kulit dia yang putih berseri tu kalau malu memang senang nak kesan. Hah! Telinga dia lagi dasyat merah. Kacaknya. Haha aku ketawa dalam hati. Nak buli aku la tu.
            Haris menyabarkan dirinya. Aku memang terpegun melihat kecantikan perempuan di hadapannya. Yang aku tak tahan tu lesung pipi dia. Mantap tapi sayang, dia hanyalah seorang tukang cuci. Kalau anak dato ke? Aku pasti dah pergi masuk meminang.
            “Kau dah pecahkan Kristal kesayangan aku, kau boleh ganti ke?” soal Haris. Ala takat Kristal besar kuman tu mintak aku ganti, apa la sangat tapi kalau aku cakap boleh ganti nanti mesti dia akan curiga dengan status aku ni. Buat-buat tak boleh ganti la. Aku menggelengkan kepala.
            “So, aku tolak dari gaji kau setiap bulan. So, 3 tahun baru kau habis bayar,” aku terkejut badak bila dia sebut tiga tahun. Nak mampus ke? Baik aku pinjam kat Along daripada kerja tiga tahun.
            “Kontrak saya kerja disini hanya dua bulan sahaja,” akhirnya aku bersuara gak. Mana boleh! Aku tak nak keja tiga tahun. Aku nak kerja di tempat lain. Lagi pun tempoh aku dah hampir tamat. Aku ada dua bulan dua minggu  ajer nak buat apa yang aku suka. Lepas tu kena kerja dengan ayah. Aku nak cuba satu tempat lagi sebelum aku terikat dengan ayah selama-lamanya. Itu pun kalau sempat.
            “Kau boleh panjangkan kontrak kau,” cadang Haris.
            “Tak mahu. Saya dah kata akan kerja dua bulan sahaja. Okey,berapa harga Kristal pengarah besar tu? Saya ganti cash nanti,” jelas aku dengan penuh keyakinan.
            Haris terkejut. Biar betul perempuan ni. Muka macam boleh percaya sahaja. Aku mula la fikir yang bukan-bukan.
            “Hargainya RM5, 000  itu pun aku dah kurangkan sikit sebab kesian kat kau,” jawab Haris. Ala aku ingat mahal sangat. Lima ribu sahaja. Along, pinjam duit along yer? Aku merayu dalam hati.
            “Baiklah. Sebelum saya berhenti kerja, saya akan bayar pada pengarah besar. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu,” aku dah mula nak melangkah setelah habis serpihan Kristal yang pecah itu dikutip.
            “Baiklah. Jangan lupa,” Haris mengingatkan aku. Aku melangkah keluar. Aslisa menegur aku.
            “Bos mengamuk ke?” soalnya apabila melihat ada serpihan Kristal.
            “Mengamuk giler. Menakutkan muka bos bila mengamuk. Macam muka King Kong. Dahla badan besar macam spesies tu,” aku berkata bersungguh-sungguh. Tiba-tiba wajah Aslisa yang senyum lebar dah bertukar masam dan kaku. Rupa-rupanya pengarah besar ada kat belakang aku. Aku pun kecut jadinya.
            “Aslisa, siapa nama pekerja baru ni,” tanya Haris dengan kening di naikkan sebelah. Memang sah macam king kong sudah. Aku ni kat bawah ketiak dia ajer bila dia berdiri tegak kat belakang aku. Aku tak sanggup nak pandang muka dia. Aku berjalan perlahan-lahan dan terus menghilangkan diri dari pandangan matanya. Lepas tu aku tak tau apa yang terjadi.
            Apa yang aku suka kat syarikat ni. Kat atas bangunan ni ada tempat yang best untuk lepak. Kalau makan tengah hari aku lepak situ. Tiba-tiba aku kena tegur dari belakang. Lain macam ajer aku rasa. Tak sanggup rasanya nak pandang belakang. Lepas tu suara tu datang lagi.
            “Jangan pandang belakang!” aku dah boleh agak suara siapa tu.
            “Along! Macam mana boleh masuk syarikat ni,” soal aku. Aku memang manja sangat dengan along aku ni, Danish Aniq. Mukanya yang berseri sejak berkahwin dengan Kak Lidya membuat hati aku gembira. Muka pucatnya dah menjadi tatapan biasa di mata aku. Kepala aku diusapnya.
            “Abang ada urusan sikit kat syarikat ni. Itu pasal boleh masuk. Jom  pergi lunch dengan abang. Abang dah ajak kak Lidya,”
            “Tak mengapalah. Tak mahu kacau daun la. Abangkan masih pengantin baru walaupun dah lima bulan kahwin,” aku bergurau dengan Danish. Dia tarik pipi aku bukan main kuat lagi. Sakit tau. Muka Danish merah. Memang sah dia tengah malu. Apa kena la aku ni, suka buat orang malu.
            “Tak adanya kacau. Marilah,” di tariknya tangan aku. Aku ikut sahaja langkah abang kesayangan aku itu. Sampai kat lobi syarikat. Aku kena tegur.
            “Damia Eryna!” aku dan abang aku menghentikan langkah.
            “Eh,Danish!” jelas muka Haris terkejut. Macam nampak hantu ajer tapi dia boleh cover lagi. Mata dia memandang Danish yang memegang tangan aku. haha muka macam ayam berak kapur ajer.
            “Haris,” Danish bersuara. Dia serba salah sebab dia sudah berjanji dengan adiknya akan merahsiakan perhubungan mereka sebagai adik beradik.
            “Kau kenal perempuan ni?” soal Haris. Dia rasa tidak puas hati. Apabila tengok Danish memegang tangan Damia., timbul perasaan cemburu.
            “Ini Isteri aku nombor dua,” kata Danish tanpa berdalih. Aku hanya ketawa sahaja dalam hati.
            “Your wife?!” terkejut betul Haris dibuatnya. Hancur hatinya bila mendengat kata-kata Danish.
            “Lidya tahu ke pasal ni?” soalnya lagi.
            “Tak. Okey lah kami nak pergi makan,” lepas abang Danish habis bercakap. Dia tarik aku ke tempat dia parking kereta.
            “Baguslah sangat idea abang tu,”
            “Biasa la. Zaman muda-muda dulu selalu buat macam ni,”
            “Sekarang?” soal aku sekadar menduga.
            “Sekarang? Abang hanya ada kak Lidya sahaja. Jom. Nanti kak Lidya tunggu lama. Kesian pulak,”
            “Sayang sangat la kat bini tu,” ejek aku.
            “Mesti la sayang,” kata Danish sambil memandu ke destinasinya.
*****
Pagi-pagi hari lagi aku dah mula mengemas bilik pengarah besar. Aku tak nak bertemu dengan dia lagi. Aku bukak pintu biliknya perlahan-lahan. Terkejut aku apabila aku tengok dia sedang berbaring atas sofa yang ada dalam biliknya. Tidur. Penat bekerja kot. Aku mendekatinya. Aku lambai-lambai tangan depan muka dia. Sah tidur mati. Eloklah tu. Senang aku nak mengemas. Sedang aku berkemas-kemas. Aku terasa ada yang memeluk aku dari belakang. Macam king kong ajer yang peluk aku. King kong? Eh bukan pengarah besar ke?
            Terlalu erat aku rasakan pelukan dia. Haris ni mengigau ke atau nak ambil kesempatan? Tapi kalau ye pun, jangan sampai aku jadi mangsa. Aku ni kecik aje tapi kau jangan sangka aku kecil-kecil semut. Aku ni kecil-kecil cili berapi atau pun cili… terdiam aku di buatnya apabila Haris mencium pipi aku.
            “Ajnabi betul la mamat ni!” aku dah tak boleh sabar. Aku pijak kaki dia sekuat hati dan tolak dia sampai dia jatuh semula atas sofanya. Haris tersedar tapi malang betul bagi aku bila kaki aku tersalah mendarat menyebabkan aku jadi tak seimbang dan rebah atas Haris.
            “Mama!” jerit aku. Bulat mata Haris apabila dia tengok aku akan jatuh atas dia.
            “Bukk!” bunyinya. Macam buah cempedak jatuh. Buruk bunyinya. Aku jatuh atas dadanya yang bidang. Dah la butang baju kemeja dia terbuka sikit. Alamak, seksinya! Pada masa yang sama seseorang membuka pintu dari luar dan ia berlaku terlalu drastik.
            “Haris, apa you buat dengan tukang cuci ni?” jerit Sarah. Apabila Haris melihat Sarah, dia memeluk aku erat lagi. Muka dia sah-sah menunjukkan tanda tidak bersalah. Aku pulak terkaku. Tak tau nak buat apa. Pucat muka aku tengok perempuan ni mengamuk. Dia datang dan menarik aku jauh daripada Haris.
            “Paaaaaap!” bunyi penampar. Siapa yang kena tampar ni? Akulah. Mama, Mia nak nangis dah ni. Sesedap buah epal ajer dia tampar aku. Ingat aku ni senang dibuli? Silap!! Aku tampar dia balik sampai terbuka sanggul rambut dia. Eh, kuat sangat ke aku tampar? Aku pulak rasa gerun. Rambut dia dah serabai aku tengok. Lantak! Dia ingat aku ni lebih pendek dari dia, ingat aku takut. Dia pun tinggi sebab kasut tumit tinggi dia ajer. Kalau tak sama tinggi dengan aku ajer.
            “Perempuan!” dia marah betul-betul. Mana main-main. Aku lari menyorok belakang Haris. Takut aku. Kalau aku buat yang melampau sangat, kang tak pasal-pasal kasut  tumit tinggi dia kat muka aku nanti. Kalau ada kasut tumit tinggi aku, tak pela jugak. Boleh aku berlawan dengan perempuan ni tapi masalahnya tak ada. Baik aku diam. Mencari tempat pelindungan.
            “Sudah la tu Sarah!” Haris mula bersuara yang dari tadi menjadi pemerhati yang setia. Garang jugak mamat ni bila mengamuk macam king kong gak.
            “Kita dah tak ada hubungan apa-apa walaupun kawan sekali pun. Kau faham maksud aku kan? Kau dah curang dengan aku. So, buat cara curang. Jangan datang cari aku lagi. Aku benci tengok kau! Sila berambus dalam hidup aku!” lantang ajer suara Haris, macam orang kat padang kawad tu lagaknya.
            “I tak curang dengan you. Lelaki tu sengaja nak kita berpisah. Entah-entah you yang curang dengan I. Perempuan ni ke?” kata Sarah sambil menunjuk jari telunjuknya kepada aku. Pipi dia merah. Mesti kesan tamparan aku. Aku buat muka blur.
            Haris memandang aku. Dia tersenyum. Gila ke pengarah besar aku ni? Muda-muda dah gila. Kesian. Lepas tu Haris ketawa lagi. Kuat! Sakit gak telinga aku dengar. Sarah dah buat muka. Buruk kebenar mukannya. Sah gila!
            “Tukang cuci ni? Baik aku bercinta dengan tukang cuci yang tak kan habiskan duit aku  dengan pergi shopping macam kau. Kau ni pergi shopping ajer. Boring aku tengok. Baik aku kahwin dengan tukang cuci yang cantik dan lebih mengoda daripada kau. Pakai jer seksi tapi tak ada daya tarikan langsung,” eh Haris ni biar betul. Aku dikatakan cantik? Yang tu aku setujulah tapi yang tak sedap didengar ni ‘mengoda’? Bila masa aku buat kerja yang tak bertauliah tu.
            “Kalau sebab tu you tinggalkan I, I akan ubah diri I, Haris. Please,” rayu sarah. Aku dah tak sanggup nak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat ni. Dahlah dapat penampar percuma ajer.
            “Korang teruskan gaduh. Saya keluar dulu,” aku dah nak melangkah keluar tapi tangan aku di tarik oleh Haris. Dia memeluk aku dari belakang. Aku ni betul-betul bawah ketiak Haris. Eh,ada bau! Bau ketiak masam! Ucuk! Dah la tak mandi dari semalam mamat ni. Dia bersuara lagi.
            “Sayang jangan keluar lagi. Haris tak puas lagi dengan sayang. Yang sepatutnya keluar perempuan yang bernama Sarah. So, apa lagi yang kau tunggu! Keluar dari bilik aku dan jangan cari aku lagi!” jerit Haris kuat. Haris dah menjiwai watak king kong dalam erti sebenar. Memang layak la. Macam inilah rupanya king kong mengamuk. Kecut perut aku dengar. Dahlah belum sarapan lagi. Sarah terus keluar.
            Pelukan masih melekat kat belakang aku. Tak nak lepas ke si Haris ni? Bila aku mendongak, pipi aku menjadi mangsanya. Dia ketawa kuat sambil melepaskan pelukannya. Dia duduk di sofa sambil silangkan kakinya. Aku ni berdiri macam patung tapi  yang bernyawa depan dia.
            “Kau,mari sini!” aku ikut la pulak. Aku melutut di tepinya. Pipi aku diusap lembut oleh tangan king kong dia yang besar. Aku bagaikan terpukau dengan kelembutannya.
            “Kesian pipi ni jadi mangsa,” mata kami bertentangan. Saat itu indah sangat aku rasanya tetapi adengan itu tidak sengaja dilihat oleh Danish yang masuk secara tiba-tiba. Along! Aku menjerit dalam hati. Cepat aku berdiri. Aku menyorok belakang Danish.
            “Danish,” Haris bersuara lembut. Dia serba salah. Dia tidak dapat nak mengawal dirinya apabila bersama Damia.
            “Mia keluar dulu. Abang ada hal nak bincang dengan Haris,” eh, along ni halau aku pulak. Aku pun nak tau jugak apa yang dibincangnya tapi bila along buat muka serius dengan pucatnya. Kesian pula. Aku tak jadi bersuara. Aku terus keluar.
            Mereka berbincang. Akhirnya persefahaman sudah berjaya dicapai. Nasib baik Danish tak mengamuk. Syaratnya dia setuju untuk mengambil tender bahan pembinaan daripada daripada syarikat Danish. Huh! Lega rasanya. Perkara kecil ajer tu. Lagi pun syarikat Danish memang terkenal dengan kualiti bahan pembinaan yang baik. Tambahan pula Danish tu sabahatnya masa belajar di UK dulu.
*****
Bosan  sungguh hari ni. Danish memperhatikan sekeliling shopping mall. Bosan. Eh, macam kenal! Alya! Isteri Danish. Aku memang dah gila bayang dengan Damia tu. Biar aku bagitau hal sebenar kepada Alya. Lidya Alya. Siap nama penuh. Nama bini orang tu Haris.
            “Lidya!” aku memanggil namanya. Lidya memandangku. Dia memang dengan gayanya dari pertama aku jumpa. Dengan tudung labuhnya dan jubah. Sopan sungguh sebagai seorang isteri solehah. Sampai hati Danish menduakan isterinya yang baik ini.
            “Haris,” nasib baik Lidya kenal aku lagi.
            “Aku nak bagitau sesuatu pasal Danish,” percakapan aku terhenti. Buat suspen sikit. Muka Lidya tenang sahaja.
            “Danish kahwin lagi satu,” cakap aku tanpa nada. Jelas muka Lidya terkejut.
            “Haris, awak jangan buat cerita. Apa bukti awak yang dia dah berkahwin lain,” soal Lidya.
            “Betul Lidya. Aku nampak sendiri dia berpegangan dengan seorang perempuan. Aku pun pergi tegur dia. Dia sendiri bagi tau aku yang dia dah kahwin satu lagi,” jelas aku dengan panjang lebar. Lidya diam lalu meminta diri. Ah hati aku puas. Jahat jugak aku. Baik aku gi makan. Lagi sedap.
*****
Danish pulang dalam keadaan penat. Lepas solat asar, matanya akan menjadi berat. Dia terlena. Dia terbangun apabila isteri kesayangannya mengejut dia bangun. Isterinya mengajak solat bersama. Solat mahgrib dan isyak.
            Dahinya dikucup syahdu oleh suaminya tercinta. Perasaannya terusik. Lidya teringat akan kata-kata Haris. Bergema di telinganya.
            “Betul Lidya. Aku nampak sendiri dia berpegangan dengan seorang perempuan. Aku pun pergi tegur dia. Dia sendiri bagi tau aku yang dia dah kahwin satu lagi,” tidak! Air matanya mengalir. Kecewa dengan sikap suaminya. Kasih sayang dan cintanya untuk suaminya sahaja. Sanggup Danish menduakan kasihnya.
            Suaminya terasa pelik. Isterinya mengalirkan air mata seperti ada sesuatu yang menganggunya. Danish memeluk manja tubuh isterinya.
            “Kenapa sayang menangis ni? Abang ada buat salah ke?” soal Danish bertalu-talu. Lidya hanya mengelengkan kepalanya. Lidya meleraikan pelukan suaminya dan melipat telekun sembahyang dan sejadah. Perasaan bimbang menguasai diri Danish. Pintu bilik diketuk dari luar.
            “Abang, kak Lidya, jom makan. Mama dan papa dah tunggu tu,” apasal pelik ajer hubungan diorang ni. Ada aura yang tidak best. Gaduh ke?
            “Mia, jap lagi abang turun dengan kak Lidya. Mia makan dulu ye?” katanya lembut. Aku blah terus dari bilik Danish sebab aku dah lapar.
*****
Tak sanggup aku nak datang kerja. Aku ada masa seminggu lagi kerja kat situ. Ish geram betul la dengan sikap pengarah besar. Besar macam king kong. Sesuatu benar la tu. Mak cik Sal, cepat la balik sini. Tanpa dikau aku diganggu oleh king kong yang ganas. Hari ni aku terpaksa mencuci tandas lelaki. Tak pernah-pernah aku cuci tandas. Tandas rumah sendiri pun orang gaji yang cuci. Aku ni betul-betul tercapai visi, misi dan matlamat untuk mencari pengalaman dan pengetahuan. Mencuci tandas pun masuk senarai aku. cuci aje la.
            Aku letak benda yang warna kuning tu depan tandas, tanda orang sedang cuci tandas. Sebenarnya aku tak tahu apa nama benda alah warna kuning tu. Disebabkan mak cik Sal tak ada, aku cuci tandas tu ikut cara aku. Yelah, tak pernah cuci tandas. Aku  sabun semua lantai dalam tandas tu. Aku leka betul mencuci. Sampai buih putih penuh kat seluruh lantai. Tiba-tiba seseorang masuk ke dalam tandas tu. Mesti lelaki! Memang la lelaki, ni kan tandas lelaki. Lelaki tu macam tergesa-gesa nak ‘membuang’ kot. Aku peduli apa. Aku terus cuci dan cuci. Bila aku nak bersihkan semua buih-buih sabun tu, lelaki tu keluar dan dia tergelincir.
            “Aduh!” jeritnya. Dia gosok-gosok punggung dia yang sakit. Alamak! Pengarah besar! Habis aku.
            “Damia!” tegurnya mengejut apabila ternampak sahaja muka aku. Aku hanya tersenggih. “Tolong aku bangun, Mia,” pintanya.
            “Tak larat la pengarah besar sebab badan besar sangat macam king kong,” jelas aku. dia buat muka berkerut.
            “Sedapnya mulut cakap aku king kong. Sudah! Tolong aku cepat. Seluar aku dah basah ni,” katanya sambil menghulurkan tangannya. Aku serba salah. Tolong orang yang dalam kesusahan. Tak apa la. Kecemasan. Aku sambut tangannya. Dia gengam kukuh tangan aku. Aku cuma menariknya tetapi apa yang terjadi? Badan aku ditarik ke arahnya bagaikan ada magnet. Badan aku tercampak ke arahnya. Muka aku betul-betul tersembam kat dada dia yang bidang. Haris ketawa. Miang sungguh pengarah besar aku. Bila aku cuba bangun. Dia tahan aku dan saat tu mata kami bertentangan. Aku dan dia berpandangan tanpa berkelip. Bagaikan sama-sama dah jatuh cinta saat tu. Hati aku berdebar kencang. Saat dia memegang tangan aku dan menciumnya.
            “Pengarah besar, tangan saya ni bekas cuci tandas. Sanggup bos cium,”kata aku. muka dia memang tak boleh tahan. Aku ketawa gila. Dia buat muka geli. Rosak adengan romantik tu. Dah la dalam tandas. Tak kena tempat betul nak mengorat aku. kalau dah miang tu, tak kisah mana-mana tempat pun.
            Kami berdua cuba bangun. Akhirnya berjaya juga. Dia keluar dengan muka yang merah. Memang senang sangat nak tau muka malunya. Aku teruskan mencuci tandas dan siap juga. Dua jam aku cuci. Kesian la orang nak ‘ter’ dan ‘ter’ sebab aku kunci dari dalam tak bagi sesiapa pun masuk. Takut jadi kes macam pengarah besar. Aku minta along aku datang hantar pakaian. Yelah, baju aku habis basah dan bau busuk gara-gara dia, aku terjatuh sekali.
            “Macam mana boleh jatuh ni, Mia?” soal Danish.
            “Tergelincir. Mia mana pernah cuci tandas. Ini kali pertama dalam hidup,” terang aku.
            “Itu pasal kalau tandas rumah sendiri tu cuba la cuci. Baru la tau macam mana rasanya,” nasihat Danish. Aku buat muka tak puas hati.
            “Along ni, mengata Mia ni, along pernah ke cuci tandas?” soal  aku. Baru nak tersenggih Danish. Itulah pasal mengata pada orang yang tidak bersalah. Cewah ni ayat pengarah besar. Pinjam jap tau.
*****
Kini genap seminggu aku kerja disini dan ini hari terakhir aku kerja. Pasal bayar duit Kristal yang pecah tu, Haris kata tak payah bayar sebab aku kes aku kena tampar dengan Sarah. Baiknya hati dia. Huh, baik apanya! Sampai aku kena tampar. Sakit pulak bila teringat. Itu masalah pertama. Masalah kedua, dah seminggu juga hubungan abang Danish dengan kak Lidya dingin. Bila abang tanya kakak, kakak diam dan membisu sahaja. Aku pun malas nak fikir.
            “Okey.Encik Haris. Selamat tinggal,” aku ucapkan kepadanya sebelum keluar biliknya tapi tangan aku menjadi mangsa tangan king kongnya.
            “Ajnabi betul la!” marah aku. Sakit bukan main bila dia pegang kasar macam tu.
            “Kalau ajnabi, meh kahwin dengan aku,” bulat mata aku mendengar tapi dalam hati aku, aku gembira 100% dengan apa yang dikatanya. Aku pun dah jatuh cinta Haris dalam diam.
            “Gila! Saya ni isteri orang,” kata aku sambil tarik tangan kiri aku. Dah macam main tarik tali la pulak. Memang nak kena mamat ni. Aku tampar pipi dia dengan tangan kanan aku yang masih bebas ni dan pada masa yang sama seorang wanita berusia sikit masuk ke dalam dan tertengok aksi aku menampar pipi Haris. Kantoi!
            “Ibu!” alamak mak si Haris pulak. Jatuh dah saham aku nak jadi menantu dia. Aku terus keluar dari situ. Mak Haris dah tengok aku lain macam sudah.
            “Haris mainkan hati perempuan lagi yer?” soal ibunya.
            “Mana ada la Ibu. Cuma Haris dah betul-betul jatuh cinta pada perempuan tu,”
            “kenapa tak bagitau ibu awal-awal. Boleh ibu masuk meminang,”
            “Itulah masalahnya ibu. Dia tak suka Haris,”
            “Itu bisa diatur,” kata ibunya ala-ala Indonesia.
            “Masalah keduanya dia dah kahwin ibu,” jawab aku dengan muka tidak bersalah. Muka ibu pulak yang lain. Terus ajer ibu belasah aku. Ditumbuknya perut aku. Dicubitnya dan dikarate pinggan aku. Nazak aku macam ni.
            “Ini akibatnya kalau main-main dengan ibu. Ibu serius, Haris main-main,” marah betul ibu. Haris terbaring atas lantai pejabatnya. Ibunya sudah meninggalkan dia. Akhirnya Haris ketawa sepuas hati. Ibu memang pandai melegakan rasa kecewanya. Kecewa Damia menamparnya tadi.
*****
Danish dah tak boleh tahan dengan sikap isterinya. Memang semua keperluannya Lidya jaga dengan baik tapi dia sebagai seorang suami dapat meneka sesuatu. Lidya menyembunyikan sesuatu daripadanya tetapi dia tidak tahu apa masalahnya. Malam ni dia akan pastikan Lidya memberitahu kepadanya. Dia merancang ingin berbincang di luar.
            “Abang, kita nak ke mana?” soal Lidya lembut. Suaminya mendiamkan diri. Dia memperhatikan wajah Danish. Serius sahaja. Gerun pulak. Dah macam vampire yang mengamuk tak cukup darah. Dia ketawa sendirian.
            Pelik! Itu yang terkeluar dari hati Danish. Ketawa pulak dia. Aku ni tengah berserabut fikirkan hubungan kita. Dia ketawa pulak.
            Danish meletakkan keretanya. Dia menarik tangan Lidya dan check In di hotel lima bintang. Lidya mula berasa pelik. Mereka sampai juga dibilik yang ditempahnya. Lidya membuka tudungnya lalu duduk dibirai katil. Sungguh! Dia berdebar-debar. Lidya termenung.
            “Assalamualaikum,” Danish memberi salam kepada isterinya. Puas dipanggilnya. Lidya terkejut. Akhirnya dia menjawab salam suaminya itu.
            “Waalaikumusalam,” lembut ajer suara Lidya. Ini yang buat Danish bertambah sayang dengan isterinya. Tidak pernah meninggikan suara padanya.
            “So, sekarang. Tell me,” Danish memulakan bicara.
            “Bagi tau apa?” tanya Lidya sambil memerhati wajah suaminya yang duduk di sofa depan katil. Kenapa la suami aku duk jauh sangat?
            “Bagitau abang, apa yang menganggu fikiran sayang,” suaranya serius.
            “Mana ada apa-apa,” Lidya masih mahu menyembunyikan lagi apa yang melanda hatinya.
            “Sayang, jangan sampai abang guna cara kasar untuk paksa sayang bagitau abang,” nada Danish sikit mengeras. Akhirnya Lidya  mengalah. Hatinya dah tak kuat lagi. Seminggu dia memendam perasaan. Rasa terseksa jika tidak diluahkan.
            “Abang ada perempuan lain kan? Abang kahwin lagi satu tanpa pengetahuan Alya yer?” akhirnya keluar juga kata-kata tu.
            “Siapa cakap camtu?” serius lagi Danish.
            “Haris,” lembut ajer suara isterinya. Barulah Danish mengerti. Rupanya isteri yang dikatakan oleh Lidya adalah Damia, adiknya itu.Hatinya sedih dengan sikap isterinya kerana tidak mahu berbincang dengannya dari awal lagi. Memang nak kena gigit bini aku ni. Geramnya.
            Danish bangun dan mendekati isterinya. Dia menolak kasar tubuh isterinya sampai terbaring.
            “Abang, kenapa ni? Alya ada buat salah ke? Abang jangan buat macam ni abang,” rayu Lidya. Lehernya sudah dijilat-jilat dan Danish meneruskan niatnya. Dia melepaskan geramnya pada leher isterinya. Lidya menahan sakitnya. Air mata isterinya mengalir. Danish menghentikan perbuatannya lalu di kucup lembut ubun-ubun isterinya. Disapu air mata yang mengalir dengan jemarinya.
            “Kenapa tak bagitau abang awal-awal?” Danish menceritakan hal sebenar kepada isteri tersayangnya mengenai permintaan Damia yang ingin mengelak diri daripada Haris. Lidya rasa bersalah kerana telah mencurigai kasih sayang cinta suaminya terhadap dirinya. Dipeluk suaminya erat. Lidya salam suaminya dengan penuh sopan. Suaminya angkat kening.
            “Janji jangan buat lagi, baru abang maafkan,” jelas Danish. Lidya hanya angguk kepala. “Janji! Alya janji tak buat lagi,” kata isterinya. Pantas dipeluknya Lidya. Dikucupnya dahi isterinya. Dipeluk erat.
            “Sakit ke abang gigit sampai mengalir air mata sayang?” suaminya bertanya sambil membelai leher isterinya dengan tangan kasarnya di tempat gigitan.
            “Tak la. Mungkin sebab Alya dah biasa dengan gigitan vampire abang tu. Alya menangis tadi sebab Alya dah agak yang Alya dah salah anggap pada abang. Gigitan abang berbeza sungguh malam ni. Gigitan yang sedih,” terang Lidya.
            “Sedih? Boleh rasa ke sedih melalui gigitan?” soal Danish. Macam pelik sahaja apa yang dikatakan isterinya.
            “Hanya Alya jer boleh rasa,” Lidya berkata dengan bangganya. Suaminya dah tersenyum nakal.
            “Kalau macam tu, macam mana dengan gigitan ni pulak? Rasa gembira ke?” terus sahaja Danish menerkam isterinya. Isterinya hanya tersenyum sahaja. Bahagia tetap menjadi milik mereka.
*****
Aku ketawa sekuat hati apabila kak Lidya menceritakan perkara sebenar. Bergema rumah ‘Teratak Kayu’. Mana entah mama dapat nama tu. Masalah abang Danish dan kak Lidya dah selesai dan aku gembira. Masalah aku pulak yang tak selesai. Papa tak habis-habis mengingatkan aku tentang janji aku dua tahun yang lalu. Malas betul la tapi aku ni tak nak la jadi anak derhaka. Papa dah bagi tempoh dua tahun tu pun aku dah bersyukur.
            Hari ni hari pertama aku bekerja. Abang Danish dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa yang disenyumnya. Selepas berbincang dengan papa, papa dah setuju nak serahkan projek yang ditempah oleh syarikat Haris kat aku. Elok la sangat tu. Ini mesti kerja abang yang bagi cadangan kat papa. Kalau aku tolak, sah-sah kena bebel dengan papa. Menyampah betul. Petang ni dah la ada mesyuarat dengan si Haris ni. Malas betul bila teringat si Haris.
            “Bos, Damia Eryna nak berjumpa dengan Encik Haris tapi saya minta dia tunggu sebab encik ada perjumpaan dengan Syarikat Vampire,” apa Damia? Wah bestnya. Rindunya pada cintaku ini.
            “Tak mengapa. Jemput dia masuk,” tak sabar rasanya nak berjumpa dengan kekasih lama. Perasan ajer aku ni.
            Mata Haris bulat memandang aku. Mungkin penampilan aku dah berubah. Yelah aku makin cantik dan anggun hahha aku ketawa dalam hati.
            “Mia, kau ke tu?” Haris bagaikan tidak percaya. Begitu cantik. Pakaiannya anggun dan moden. Tak tau nak jelaskan macammana. Damia tersenyum.
            “Yup! Saya la tu. Pengarah besar tak percaya?” jawab aku.
            “So, Danish?”
            “Danish abang saya,” haha aku ketawa dalam hati. Terkejut beruk Haris. Dia tersenyum selepas tu. Sah, perangai dia tak pernah nak berubah. Suka senyum tiba-tiba.
            “Petang ni jugak aku datang meminang kau,” aku pulak yang terkejut.
            “Buat apa?” soal aku macam orang bodoh.
            “Aku nak kahwin dengan kau la,” agak terus terang disitu ye. Aku buat muka pelik.
            “Awak melamar saya?”  soal aku lagi.
            “Boleh dikatakan begitu la,” jawabnya ringkas.
            “Tapi saya tak nak kahwin dengan orang badan macam king kong,” jawab aku selamba. Haris buat muka geram.
            “Kau kena terima gak,” paksa haris.
            “Perlu ke?” aku main-main dengan Haris. Biar dia sakit hati sikit.
            “Harus! Wajid!” jawabnya dengan nada yang agak tinggi. Aku tersenyum. Aku memang suka kat Haris tapi tak sangka Haris paksa aku camni. Telinga dia merah bila nampak aku senyum. Macam dah tau jawapannya aje.
*****
Majlis perkahwinan aku memang Kak Lidya dan Along yang uruskan seratus peratus. Aku hanya tengok sahaja. Sesuka hati diorang aje nak pelamin warna apa, baju pengantin warna apa tanpa bertanya aku. Macam diorang pulak yang nak kahwin.
            Kak Lidya sedang asyik mengubah hantaran aku, kain pelekat. Itu pun nak digubah ke? Aku tinggalkan diorang dan aku pergi tidur.
            “Gubah apa tu sayang?” tegur Danish apabila melihat isterinya khusyuk betul mengubah. Dia peluk tubuh isterinya dari belakang.
            “Abang kenapa pakai minyak wangi ni? Pening kepala Alya,” isterinya berkata.
            “Kenapa? Bukan sayang yang belikan untuk abang bulan lepas,” soal suaminya.
            “Ala, Alya rasa pening la abang. Please,” pujuk Lidya. Tangan Danish sudah merayau ke dalam tudung Lidya. Dia membelai lembut leher isterinya tetapi isterinya menepis lembut.
            “Kenapa sayang?”
            “Please abang?” rayunya Lidya.
            “Baiklah. Abang pergi tukar baju ni,” suaminya bangun. Esok perkahwinan adiknya. Danish termenung di atas katil sementara menunggu isteri tersayang. Isterinya keluar dan menuju ke katil mereka.
            “Jom tidur! Penat la abang,” pujuk Lidya. Danish hanya angguk kepala apabila melihat jam sudah menunjuk jam 12 tengah malam. Lena sungguh Danish tidur.
            Danish tersedar apabila terasa sesuatu mengigit lehernya. Pelahan-lahan Danish membuka mata. Isterinya sedang mengigitnya. Terasa sakit pulak. Perlahan-lahan dia menolak isterinya dengan mencengkam bahu Lidya.
            “Kenapa sayang?” soal Danish. Lidya menangis.
            “Abang, Alya minta maaf,” dilapnya air mata Lidya. Memang Danish terasa pelik. Dah empat malam Alya mengigit lehernya setiap kali dia sudah lena dibuai mimpi. Tabiat baru ke?
            “Sayang tak salah. Alya suka gigit leher abang?” soal Danish. Lidya hanya angguk kepala.
            “Kenapa?” soalnya lagi.
            “Tak tahu la abang. Perasaan itu begitu kuat. Tapi bila tengok abang tidur la perasaan tu datang,” jelas Lidya. Suaminya hanya tersenyum dan mengajaknya tidur semula. Danish lena semula tapi hanya sekejap sahaja sebab Lidya mengigitnya kembali di leher. Danish hanya membiarkan sahaja sambil memeluk tubuh isterinya dan lena sampai pagi.
            Damia dan Haris dah selamat di nikahkan. Malam tu, Lidya pengsan. Danish macam orang gila. Nasib baik sahabat Damia, Qris Amani, seorang doktor. Dia merawat isterinya yang pengsan.
            “Abang Danish jangan la risau. Kak Lidya just perlukan rehat sahaja,”
            “Dia tak apa-apa?” risau benar melihat keadaan isterinya yang pucat.
            “Tak. Kak Lidya mengandung la abang Danish,” kata Qris Amani. Melompat Danish apabila diberitahu berita gembira itu.
            “Orang mengandung ni banyak benda-benda pelik yang dia suka buat. So, abang Danish kena la pandai melayan. Nanti susah baby yang dalam perut tu. Sensitif dan cepat terasa,” terang Qris Amani. Danish hanya angguk kepala. Baru la dia teringat yang isterinya suka mengigit lehernya. Berjangkit dengan aku kot hihi.
            Damia yang akan mendapat anak buah sangat gembira dengan berita. Dia kongsikan bersama cintanya, Haris Akmal. Sungguh dia tak sangka king kong ini juga yang akan menjadi pilihan hatinya. Hihi sempat mengutuk suami sendiri.
            “Maafkan Mia selama ni duk panggil abang ni king kong,” aku salam tangannya.
            “Dah dimaafkan. Kalau sayang tipu abang lagi, king kong ni akan mengamuk dengan saya,” aku hanya ketawa. Mengaku pulak diri tu king kong. Harap cinta ini kekal selamanya..rindunya cinta.
P/S : cerpen ini ada kaitan sikit dengan ‘Suamiku Vampire’. Bagi rasa seronok membacanya, sila baca cerpen itu terlebih dahulu. Untuk pengetahuan dalam cerpen ni watak Danish berbeza sikit. Dia mempunyai adik dan ayah. Itu sahaja. Terima kasih membacanya.
Haris Akmal (pengawal/pelindung, sempurna/sangat pandai)
Damia Eryna (kebijaksanaan, kecantikan)

Thursday, 7 July 2011

8
Komen

kepada : PEMBACA SUAMIKU VAMPIRE

Buat masa sekarang...bab 9 adalah bab terakhir ria letak dalam Blog ini....ria dalam usaha menyediakan manuskrip Suamiku Vampire untuk dinilai oleh penerbit...ria minta maaf...ceritanya sampai disini sahaja. doakan ria dapat siapkan secepat mungkin dan dapat diterbitkan...doakan ria....sekian terima kasih.,..terus menyokong SUAMIKU VAMPIRE.... Sayang korang semua....

yang ikhlas,
Ria Natsumi...
8
Komen

SUAMIKU VAMPIRE bab 9 siri 2 (FINAL)


“Lidya!” Danish terkejut melihat keadaan Lidya yang tidak terurus dan pakaian yang basah. Kelihatan rambutnya yang panjang di sebalik selendang merah yang nipis itu. Cantik. Tidak berkelip matanya melihat keadaan Lidya yang basah kuyup.
            “Bos!” apabila melihat Danish di situ. Mudah sahaja air matanya mengalir. Cepat-cepat Lidya masuk semula dalam tandas perempuan. Tidak sanggup dirinya dilihat oleh lelaki ajnabi dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini.
            “Lidya! Kenapa dengan awak? Awak okay?” soal Danish bertubi-tubi. Air mata yang mengalir, Lidya sapu.
            “Saya okay bos,” suara Lidya bergetar. Dia menahan sebak yang mula hadir dalam dirinya.
            “Awak tentu sejuk. Ambil kot saya dulu. Saya pergi panggil Salina,” katanya. Danish menanggalkan kot merahnya dan menghulurkan ke pintu tandas perempuan.
            “Ambil ni, Lidya,” kata Danish tapi tiada respon.
            “Lidya!” dia menyeru nama itu untuk kali kedua. Lidya tersedar dari khayalannya. Mengarut sahaja apa yang difikirkan.
            “Saya!” dia membuka sedikit pintu dan mengambil baju tersebut. Danish berlari pecut. Dia tidak peduli orang hendak kata apa. Yang penting dia kena cepat jumpa Salina.
            Danish menunjukkan bakatnya berlari 100 meter pecut tapi malang itu tidak berbau. Dia terlanggar pintu kaca yang merupakan pintu masuk sebelum sampai ke dewan syarikat. Kepala dan seluruh badannya bagai ditolak dari belakang dan kena pintu kaca itu.
            Sakit juga. Sampai pening-pening kepalanya. Dia gagahi untuk bangun
‘Lidya milik aku. Aku tidak akan biar dia menunggu aku lebih lama. Aku tidak akan biarkan dia ketakutan,’ kata hatinya. Dia segera berjumpa dengan Salina.
“Salina, Lidya dalam keadaan tak baik. Awak tolong tengokkan dia. Please!” rayu Danish dengan tiba-tiba.
“Eh, Danish! Kenapa ni? Cuba beritahu perlahan-lahan. Jangan panik,” tegur Erwan. Terkejut melihat sepupunya itu merayu pada isterinya. Ada perasaan cemburu. Salina perasan gerak mata suaminya dan sudah faham sangat. Itu tanda dia cemburu. ‘Kuat betul laki aku cemburu. Dengan sepupu sendiri kot!’
“Tak sempat nak cerita. Salina, awak bawa tudung tau. Awak ada tudung lebihkan?” soal Danish. Salina angguk. Dalam kereta suaminya satu tudung disimpannya. Mereka bergerak ke tandas perempuan. Danish dan Erwan tunggu di luar.
Salina masuk. Alangkah terkejutnya dia melihat keadaan sahabatnya itu. Kesejukan. Lidya terlena di suatu sudut dalam tandas itu. Dia menghampiri sahabatnya. Dikejutnya perlahan.
“Lidya oh Lidya...” seru Salina sambil mengoncangkan tubuh Lidya.
“Gempa bumi ke? Aku takut!” mengigau Lidya. Matanya masih terpejam rapat.
“Lidya!” Salina meninggikan sedikit suaranya agar Lidya tersedar.
“Arggghhhh!” Lidya terjerit. Jeritan itu dapat didengari oleh Danish dan Erwan. Danish terlalu bimbang dengan keadaan Lidya. Dia berlegar-legar di luar tandas perempuan. Erwan yang melihatnya berasa pening. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.
‘Lagak Danish macam menunggu isteri nak bersalin,’ Erwan menggelengkan kepalanya. Dia tahu Danish menyukai Lidya sejak lelaki itu menempah baju khas untuk Lidya.
“Kenapa Lidya menjerit, Wan? Aku risau la?” dia menegur Erwan dan melahirkan rasa bimbangnya.
“Sabarlah. Lidya tidak apa-apa,” kata Erwan untuk menenangkan hati Danish. Danish tersenyum pahit mendengarnya.
            Sudah lama Lidya dan Salina di dalam tandas. Erwan beranikan diri bertanya.
            “Salina, Lidya sudah okay?” Erwan menjerit dari luar. “Sudah!” menjerit Salina. Erwan dan Danish tersenyum. Salina membawa Lidya keluar daripada tandas tersebut. Pintu tandas yang agak susah dibuka apabila Salina memimpin bahu Lidya. Danish ambil tindakan pantas membantu Salina membuka pintu.
            “Abang, kita kena bawa Lidya ke klinik,” kata Salina sambil matanya melihat Lidya. Sayu sahaja muka Lidya dalam pandangannya. ‘Kenapa boleh jadi seteruk ini,’ Hati Danish betul-betul bimbang.
            “Baiklah,” balas Erwan. Danish dari tadi melahirkan perasaan  bimbang pada Lidya. Erwan sudah mengesan sesuatu yang tersirat.
            Mereka berempat pergi ke klinik milik sahabat baik Danish, Doktor Aman. Danish sudah menghubunginya dan memintanya menanti di Klinik. Al-maklumlah hari Ahad kebanyakkan klinik tutup.
            “Aman,  macam mana  keadaan Lidya? Dia okay?” Danish bertanya bertalu-talu.
            “Dia okay, cuma dia mengadu sakit badan. Tadi dia ada kata tubuhnya ditolak dan kena mangkuk tandas,”
            “Macam mana pula dia jadi begitu?”
            “Itu aku tak tahulah, Dan. Yang pasti ada orang tak suka dengan dia sebab sebelum ini pun dia ada datang klinik aku. Kau masih ingat?” penuh yakin Aman berkata. Danish hanya angguk kepala.
            “Tak mengapa la. Terima kasih. Maaf ganggu kau malam-malam begini,”
            “Tak apa Dan. Sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai doktor,” Kata Aman sambil menepuk bahu sahabatnya. Lidya  dan Salina sudah menunggu di kereta.
            Erwan memandu tenang kereta miliknya. “Kalau Lidya tak sihat, Lidya tidak payah pergi meeting esok di Genting,” Danish bersuara.
            “Bos! Saya  tak apa-apa. Saya boleh pergi. Susah payah saya siapkan dokumen untuk meeting tu. Saya akan rasa sedih kalau tidak dapat pergi meeting ini,” kata Lidya lemah.
            “Kalau itu keputusan Lidya, esok saya datang ambil awak di rumah esok,”
            “Terima kasih bos. Baiklah esok,”
            Lidya sampai juga di rumahnya. Uminya sudah naik membebel. Dia hanya tersenyum sahaja. Apa lagi yang mampu dia buat. Akhirnya selepas telan ubat tahan sakit, Lidya tertidur. Umi Kalsom selimutkan anak kesayangannya. Selepas mencium dahi Lidya, dia masuk ke biliknya.
            Telefon bimbit miliknya berbunyi. Segera dia menjawabnya.
            “Kalsom...” Umi Kalsom terkejut dengan suara yang didengarinya. Dia masih mengenali suara itu.
            “Linda Alya...” bisiknya.
            “Kalsom, boleh kita berjumpa?”
            “Baiklah, puan,”
            “Janganlah panggil saya puan. Kita bukannya orang lain. Sesama madu. Abang  apa khabar?” soalnya.
            “Abang sudah lama meninggal,” jelas Linda terkejut. Dia dapat telefon bimbit Kalsom pun daripada sahabat lamanya. Dia sememangnya tidak tahu bekas suaminya itu sudah meninggal dunia. Hampir dua puluh tahun tidak berjumpa.
            “Linda!” Panggil Umi Kalsom apabila Linda diam begitu lama dalam talian.
            “Saya masih ada ni. Lidya  bagaimana?”
            “Oh, dia tak berapa nak sihat. Linda mahu berjumpa dengan dia?”
            “Tak!” laju sahaja Linda menjawabnya. “Tidak bersedia lagi. Tak apalah Kalsom. Akak tidur dulu. Selamat malam,” selepas memberi salam, talian terputus.
            “Ada satu rahsia yang belum aku memberitahu Alya,” akhirnya umi Kalsom tertidur.
*****
‘Ada mesyuarat di Genting. Aku nak pergi Genting, seronoknya! Aku suka walaupun tempat itu tak sesuai untuk orang islam, janji niat kita yang penting. Aku suka tempat tu sebab sejuk sahaja. Suka. Suka. Suka,’ Lidya tersenyum sampai ke telinga. Gembira punya pasal.
            Segala rasa sakit  semalam memang hilang. Semangat juga Lidya pada pagi itu. Bangun awal. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Danish!
            “Assalamualaikum Lidya,”
            “Waalaikumusalam bos!” kedengaran suara ceria Lidya.
            “Awak sihat tak hari ni? Tak apa ke? Perjalanan hari ini tak jauh sangat tapi akan buat awak penat,” jelasnya.
            “Tak apa bos. Saya tak kisah. Kita pergi berdua sahaja ke, bos?” soal Lidya. Entah kenapa dia rasa gembira sangat.
            “Tak. Damia akan ikut kita. Dia akan temani awak. So,  awak ada masalah ke?” soal Danish pula. Lidya hanya gelengkan kepala. ‘Eh, mana Danish nak nampak aku geleng kepala,’ dia tersenyum.
“Tidak!”
“Lagi pun kita pergi hari isnin petang dan pulang selasa petang. Tak lama pun,” tambah Danish lagi. Dia lagi rasa gembira dapat bersama dengan Lidya.
            “Petang ini ke bos?” Lidya terkejut apabila Danish menyebut perkataan petang. Dia ingat bertolak pagi ini. Semangat betul dia bersiap.
            “Ya,” jawab ringkas Danish.
“Saya sudah lama berkemas, Bos,” jelas Lidya. Dia bimbang tidak sempat untuk berkemas dan sebab itu awal-awal lagi sudah siap berkemas.
“Okay la tu.. Awak jangan lupa minta izin umi,” Lidya tenang. Dia tersenyum. Talian ditamatkan.
            Danish mengeluh. Kesian Lidya. Siapa yang tergamak melakukan itu semua pada Lidya.
            Danish yang sedang berdiri di balkoni terpandang rumah LA yang terletak tidak jauh dari kolam renang. Segera dia turun dan menuju ke situ.
           "Meow... Meow..." LA menggeselkan badannya di kaki Danish membuatkan Danish tersenyum. Diangkat tubuh... LA dan diciumnya kucing itu dengan geram. Danish memang sukakan kucing tetapi sikap itu tidak ditunjukkan kepada umum. Jika tidak nanti jatuhlah imejnya. Danish membelai-belai badan kucing parsinya yang berbulu lembut itu.
          LA memang susah hendak dijaga pada mulanya namun ia begitu mudah bermanja dengan Danish.
Danish teringat Damia, adiknya itu. ‘Semalam tidak pasal-pasal dia buat rayuan pada papa untuk bawa dia sekali ke Genting sebab alasan aku pergi berdua dengan Lidya tak dapat aku lupakan terutama kata-kata adikku yang nakal ini,’ hatinya teringat peristiwa semalam. Selepas dia menghantar Lidya pulang. Dia juga pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan papa dan Damia.
“Mana boleh abang Danish pergi berdua tempat macam itu. Mereka itu berdarah manis papa,” jelas Damia.
“Darah manis apa ni? Kamu ingat abang kamu tu Vampire apa darah manis ni?”
“Abang darah manis tak apa papa tapi kak Lidya tu darahnya manis sangat. Nanti vampire macam abang Danish gigit dia dan hisap darah dia macam mana papa? Malu keluarga kita!” semangat Damia memberi pendapat.
“So, conclusion?”
“Papa izinkan Mia temani mereka esok!” katanya sambil tersenggih.
“Oh, itu motif Mia! Baiklah papa setuju,’ setuju Akil dengan cadangan Damia. Mereka berdua tidak boleh berdua. Bahaya.
Danish mengeluh berat. ‘Kacau daun betul minah ni. Nak date dengan kekasih hati pun tak boleh,’ Danish tidak berpuas hati. Dia membelai LA kesayangannya. Dia tersenyum.
          "Abang!" Sergahan Damia telah memeranjatkan Danish dan akibatnya, LA yang berada di atas dukungan Danish tercampak ke dalam kolam. Di dalam kekalutan itu, sepantas kilat pula Danish terjun untuk menyelamatkan kucing kesayangannya itu.
            Terdengar kuat ketawa Damia. Gembira dapat kenakan abangnya di pagi hari.
            “Abang, kucing pandai berenang la. Buat susah-susah sahaja abang selamatkan LA,” kata Damia. Lagi kuat dia ketawa.
            “Berani betul Mia kenakan abang. Habis basah pakaian abang,” amuk Danish. Damia yang asyik ketawa tidak ingat dunia,  Danish dengan pantas menarik tangan Damia. Hal ini telah menyebabkan Damia jatuh ke dalam kolam renang tersebut.
            “Abang ni gila!” marah Damia apabila pakaian dia sudah basah. “Mia baru lepas mandi tau! Lain la abang tak mandi lagi. Berangan ingat kak Lidya!” katanya sekuat hati.
            “Bak kata orang tua, makan tak kenyang. Mandi tak basah!” tambah Damia.
            “Siapa cakap abang mandi tak basah? Skodeng abang mandi yer? Ni basah kuyup Mia buat abang,” disebabkan malu dengan kenyataan yang diberi oleh Damia. Dia mengejar Damia yang ketika itu mereka masih dalam kolam renang. Damia apa lagi, larikan dirilah. Pelbagai jenis kuak yang dia lakukan. Kuak kupu-kupu, kuak rama-rama tapi nasib baik kuak kucing tak ada. Memerli Danish hihihi.
            “Hish, budak berdua ni!” marah Datin Erni. Kekecohan di situ menarik dia datang. Mereka berdua hanya tersenyum.
            “Kita ada tamu ni. Carl datang tu. Mia, pergi bersiap,” arah Datin Erni.
            “Baiklah mama,” Damia mengikut arahan Datin Erni.
            “Hah, kamu Danish! Nak berendam dalam kolam ni sampai esok?” perli Datin Erni. Danish hanya tersenggih. Dia juga bergerak keluar dari kolam itu. Dia kurang senang dengan kehadiran sepupunya itu.
*****
            Akhirnya Lidya dan Danish bertolak. Tidak lupa pada Damia yang turut mengikut mereka berdua. Pada mulanya Danish ingin pergi menaiki kereta ferarri miliknya.  Lidya yang terkejut denga kereta ferrari yang diparking depan rumahnya seperti orang tak pernah jumpa kereta tersebut. Danish hanya ketawa. Dia senang dengan sikap Lidya yang jujur dengan dirinya. Lidya memang lain dari yang lain.
            “Abang!” sergah Damia. Hendak sahaja dia sekeh kepala Damia. Dari pagi tadi lagi sergah dia seperti itu.
            “Kenapa?” soal Danish dengan ganasnya. Marah.
            “Kak Lidya nak duduk mana?” kata Damia. Danish tersenggih. Dia tidak jadi marah.
            “Atas bumbung kereta abang,” Danish buat lawak tapi Damia tidak ketawa. Tak lawak pun. Teruk Danish kena bebel dengan Damia, adiknya sebab mereka sudah sampai di rumah Lidya. Danish cadangkan guna kereta Lidya tetapi Lidya rasa tidak selamat. Akhirnya Danish pulang ke rumahnya semula dan bawa kereta BNW milik ayahnya.
            Mereka pun bertolak petang itu. Akhirnya, mereka sampai juga di Genting. Memang ramai gila manusia di situ tapi kebanyakkan bangsa cina. Lidya mengikut langkah Danish. Tangannya tidak lepas memegang tangan Damia. Ini kali pertama dia  sampai di situ. ‘Agak ramai orang  di sini sebab cuti sekolah,’ pening kepala Lidya melihat ramai orang di situ.
Hotel yang kami menginap ialah Hotel Theme Park. Sebelah hotel tersebut banyak betul permainan yang boleh dimain. ‘Gembiranya aku, aku dah lama nak datang sini, ini baru ada kesempatan,’ Lidya berehat seketika di bilik hotelnya. Damia sudah lama diulit mimpi setelah solat Maghrib tadi. Malam itu, kami keluar bersama. Makan!
Kami hanya makan di Pizza Hut. ‘Huhu aku suka gak, orang belanja kata kan?’ Lidya tersenyum. Hujan lebat diluar, sejuk mencengkam kalbu. Apabila makan sesuatu yang panas, memang sedap.
Rupa-rupanya Damia  ikut sebab ada motif tersendiri. Dia ingin main semua permainan yang ada di situ. Bukan untuk menemani Lidya. Danish betul-betul marah tapi adiknya itu degil dan nakal. Mana hendak dengar kata orang lain.
Keesokkan harinya, mesyuarat dimulakan di sebuah bilik mesyuarat. Lidya tidak pasti bilik itu di mana. Dia hanya mengikut jejak langkah Danish sahaja. Selepas mesyuarat berjalan selama 5 jam, akhirnya muka tegang Danish tiada lagi. Pelbagai masalah yang timbul.
Selepas solat zohor, Danish terus tidur kerana kepenatan. Mukanya menjadi makin pucat. Patutlah dia digelar ‘vampire’. Apabila Lidya pulang ke bilik, Damia hilang entah ke mana. Dia terasa bosan.
Lidya mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. Ambil udara bersih. Di belakang hotel ada sebuah taman yang cantik. Lidya pergi ke sana. Hampir sejam dia di sana. Suka sangat tengok alam sekitar.
“Lidya!” seseorang menegurnya.
“Zafri!” terkejut Lidya apabila melihat Zafri juga ada disini. Katanya ada urusan kerja sikit. Kami berbual seketika mengenai zaman universiti dulu.
“Sejuk sangat ke?” soal Zafri apabila melihat Lidya menggosok-gosok tapak tangannya kerap kali. Lidya angguk kepala. Dia memang mudah rasa sejuk tapi dia sukakan sejuk. Pelik.
“Nak! Pinjam jaket I dulu,”
“Eh, tak apa la! Susah-susah sahaja,”
“Ambil la,” tiba-tiba telefon bimbit Zafri berbunyi dan dia meminta diri untuk menjawab panggilan. Dia memberi jaketnya kepada Lidya. Terpaksa Lidya mengambilnya.
“Maaf, I ada hal sikit. Ada jodoh kita berjumpa lagi,” katanya ingin berlalu.
“Nanti dulu Zafri! Jaket you?” soal Lidya. Lelaki itu hanya tersenyum dan melambaikan tangan lalu meninggalkan Lidya.
Lidya mengeluh tapi dia memakai juga.
Danish tersedar dari tidurnya. Dia menjengguk ke tingkap. Dia ternampak Lidya berseorangan di taman. Segera dia bersiap dan turun ke taman tersebut.
“Lidya!” tegur Danish. Lidya hanya tersenyum.
Danish yang berasa pelik dengan jaket yang dipakai oleh Lidya. Besar saiznya. Hatinya mula tidak keruan memikirkannya.
“Maaf Lidya, ini jaket awak ke?” Danish beranikan diri untuk bertanya.
“Bukanlah. Kawan saya punya. Terserempak dengan dia tadi,” jelas Lidya tanpa berselindung. Tiba-tiba hujan lebat. Mereka berdua berlari masuk ke hotel. Hujan lebat itu berhenti tetapi kabus tebal pula yang datang.
Mereka bertiga tidak dapat pulang hari ini. Danish sudah membuat keputusan, mereka akan pulang tengah hari esok. Seronok bukan main lagi Damia. Dia terus menghilang entah ke mana.
Lidya berasa lapar. Dia keluar bersendirian apabila Damia sudah lama keluar. Dia ternampak Zafri sedang makan berseorangan. Cepat-cepat Lidya tegur. Jumpa kawan, mesti tegur punya. Zafri tersenyum lebar apabila melihat orang yang menegurnya adalah Lidya.
Dia menjemput Lidya makan bersamanya tetapi dia tidak mahu makan di situ. Dia tidak berapa yakin makanannya. Zafri faham lalu mengajak Lidya berjalan-jalan.
Tiba-tiba Danish menghubungi Lidya.
“Awak di mana? Puas saya call,” katanya
“Maaf bos! Telefon bimbit saya dalam mood senyap. Itu yang tak perasan bos call,” jelas Lidya.
“Lidya dengan siapa ni? Jom makan KFC. Saya belanja.,” ajak Danish.
“Nak! Dengan kawan. Kami tunggu di loby hotel ye?” kata Lidya yang kebetulan berada di situ.
Segera Danish keluar dari biliknya. Dia pergi ke loby.
“Kau!” serentak mereka berdua bersuara. Danish dan Zafri. Mereka berdua adalah sepupu. Sepupu yang selalu bersaing dan bergaduh. Lidya tidak tahu mengenai itu. Dia berasa gembira dua jejaka kacak menemani dia makan. Seronok. Terbuai perasaannya.
Lidya ingin membeli cenderahati untuk uminya. Dia mengambil satu pasu kristal yang cantik pada pendapatnya.
“Sesuai tak kalau Lidya bagi pasu ni pada umi?” soal Lidya pada dua lelaki itu.
“Tak!” Danish menjawabnya
“Ya!” kata Zafri.
Mereka berdua menjawab serentak tetapi  berlainan jawapan. Mereka tidak sehaluan. Mereka berdua juga tidak bercakap bersama dari tadi. Lidya mula perasan tetapi dia tidak mahu ambil tahu itu semua. Asalkan mereka jangan bergaduh di sini sudah.
Lidya meletakkan semula pasu tersebut. Dia mengambil pula sebuah beg tangan yang berwarna hitam.
“Sesuai tak dengan umi?” soalnya lagi soalan yang sama pada mereka berdua.
“Tak!” Zafri menjawabnya
“Ya!” kata Danish.
Serentak juga mereka menjawab. Dahi Lidya sudah berkerut. ‘Pelik!’ Lidya pun meminta diri untuk ke tandas sekejap. Tinggallah mereka berdua.
“Apa hubungan kau dengan Lidya?” Danish bertanya dengan kasar.
“Aku kawan universiti dengan dia. Sudah 3 tahun. Apa yang perlu kau tahu, aku suka Lidya,” jelas Zafri dengan penuh bangga. “Kau pula?”
“Aku majikan Lidya. Baru tiga minggu tapi ku suka Lidya,” Danish berkata lemah. Dia betul-betul terasa tercabar. Walaupun dia kenal Lidya sejak di tingkatan 5 tapi biarlah ia menjadi rahsia antara dia dengan Lidya.
“Kau jangan berangan nak tackle Lidya. Aku sudah lama cakap pada dia yang aku suka dia,” jelas Zafri. Dia tidak mahu mengalah.
“Suka hati akulah kalau nak berangan,” selamba sahaja jawapan Danish tetapi bagi Zafri itu jawapan yang menyakitkan hatinya.
Zafri ingin menumbuk muka Danish tapi...
“Korang berdua,” Lidya menegur mereka berdua. Cepat-cepat Zafri menukar gayanya dan memeluk bahu Danish. Dia tidak mahu Lidya tahu yang mereka tidak sehaluan.
Danish juga berasa begitu. Dia tersenyum.
“Lapar. Jom pergi makan,” ajak Lidya. Mereka bergerak ke KFC. Danish menjeling maut pada Zafri. Menyampah dia lihat.
Zafri lebih banyak bercakap berbanding Danish. Padahal hati Danish sudah bengkak-bengkak menahan cemburu yang bermaharaja lela. Danish berasa geram dengan Lidya. Lidya cantik sangat hari ini. Sejak datang ke Genting, wajah gadis itu sentiasa ceria.
Untuk kali kedua dia geram sebab apabila Lidya keluar tidak ajak dia bersama. Dia cemburu. Kalau dengan Zafri hendak pula dia keluar. “Zafri tidak boleh rampas Lidya dari aku. Lidya milik aku!’ hati Danish tidak tenang.
Gusar hatinya melihat kemesraan Lidya dengan Danish. ‘Dengan aku tak pernah pula Lidya mahu senyum macam itu,’ hatinya sakit. Tanpa pengetahuan Lidya, papa dan mama Danish telah ke rumah Lidya hari ini. Untuk meminang Lidya. Dia sudah menghubungi Umi Kalsom, umi Lidya tentang kedatangan itu.
‘Harap-harap plan aku berjalan dengan lancar,’ bisik hatinya
“Bos, senyap sahaja dari tadi. Bos sihat?” ramah Lidya. Danish tersenyum. ‘Jom masuk rumah Salji. Sudah lama saya berangan nak masuk sana,” jelas Lidya.
“Jom, I tak kisah. Ikut ajer ke mana you pergi,” manis kata-kata Zafri. Danish memuncungkan mulutnya apabila mendengar kata-kata Zafri.
“Jom! Saya belanja!” Danish berkata. Lidya tersenyum sampai ke telinga.
Akhirnya dia dapat juga masuk rumah Salji. Pakaian yang tebal, suasana yang sejuk. Lidya sudah berangan entah ke mana. Benua kutub selatan agaknya. Zafri hanya menjadi pemerhati dari jauh. Danish sengaja mengambil kesempatan ini untuk bermesra dengan Lidya.
“Seronok ke?” tegur Danish. Lidya angguk kepala. Dia gembira sangat. Lidya menyentuh salji buatan itu. Dia pun campak salji tersebut pada Zafri yang sedang termenung. Terkejut Zafri. Kesejukkan ais itu mengenai pipinya. Lidya tersenyum gembira. Dia ketawa manis dipandangan Danish.
‘Dengan aku tak nak pula dia campak salji. Dengan Zafri yang duduk jauh itu juga menjadi pilihannya,’ cemburu hatinya melihat kemesraan Lidya dengan Zafri. Zafri musuhnya sejak kecil lagi.
Tanpa Danish sedari, perasaan Lidya begitu gementar apabila bersama Danish. Hatinya berdebar kuat bila Danish bercakap dengannya. Sejak peristiwa semalam, dia dapat rasakan ada perasaan aneh yang berada dalam hatinya untuk Danish. Sesuatu yang berbeza. Perasaan ini tiada apabila dia bersama Zafri. Sebab itu dia lebih banyak melayan Zafri supaya perasaan itu tidak mengganggu dia.
Tiba-tiba, tengah asyik berangan, Lidya terjatuh akibat licin. Serentak sahaja Danish dan Zafri menghulurkan tangan mereka. Lidya terpana. Mahu memilih siapa? Hatinya mula bertanya. Akhir sekali dia menyambut ke dua-dua tangan itu dan bangun.
“Terima kasih bos! Terima kasih Zafri,” ucap Lidya.
“Bos? Lidya, inikan waktu luar kerja. Kenapa panggil bos lagi?” Danish tidak berpuas hati. Zafri boleh pula dia panggil nama tapi tidak dengan dia.
“Sudah biasa bos!” jelasnya ringkas.
“Oh, katakanlah kita kahwin. Takkan la awak masih nak panggil saya bos?” soal Danish. Soalan Danish kali ini membuat hati Lidya bertambah debar. Lidya cuba mengawalnya dengan tersenyum.
“Yup, bos! Saya panggil bos juga!” kata Lidya membuat lawak. Dia berpaling dari terus menatap wajah Danish. Hatinya berdebar kuat.
“Lidya!” Zafri menegurnya.
“Ya, ada apa Zafri?” Lidya berasa nada Zafri lain macam. Romantik.
“Sudikah awak menjadi teman hidup semati saya?” lamar Zafri. Dia berlutut. Tiba-tiba banyak salji halus keluar. Lidya terpana. Dia dilamar dalam suasana seperti ini. Bahagianya.
Zafri mengeluarkan sekotak baldu merah. ‘Cantik!’ detik hati Lidya tatkala memandang cincin itu. Dia tergamam. Lidahnya kelu.
“Awak melamar saya,Zafri?” soal Lidya bagaikan tidak percaya. Orang ramai sekeliling mereka bersorak gembira. Bagai mengharap Lidya menerimanya. Lidya serba salah.
“Zafri... Saya......” kata Lidya tersekat-sekat. Danish tidak sanggup untuk mendengar jawapan Lidya, dia terus berlari keluar dari kawasan itu.
“Saya.......”