Lidya ingin berdiri tetapi dia terpijak hujung baju kurungnya yang agak labuh. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasib baik dirinya tidak jatuh atas Danish tetapi….Tetapi Lidya disergah dari belakang oleh seseorang.
“Lidya!” kuat panggilan nama itu telah membuat Lidya terkejut lalu dia jatuh menimpa Danish. Semua tetamu melihat mereka berdua.
“Aduh!” Lidya mengaduh. Cepat-cepat dia bangun dari badan Danish. Lidya ada perasan sepasang mata yang memandangnya bagai ingin terkeluar biji matanya. ‘Julia! Matilah aku. Makin bengkak la hatinya kot,’ teka Lidya.
Lidya melihat mata Danish. Danish sedang merenung Lidya tidak berkelip. Hati dia rasa berdebar sangat dan muka pun sudah merah. Mungkin sama warna dengan warna baju Danish pakai sekarang. Merah.
Lidya hanya memakai baju kurung hitam bercorak bunga merah dan dipadankan dengan tudung hitam.
“Lidya, awak okay?” soal Danish yang bimbang dengan keadaan Lidya. Dia sudah tidak peduli dengan orang sekeliling. 5 tahun dia mencari Lidya. Dia tidak akan sesekali melepaskan gadis itu jauh darinya.
Tangan Danish di bahu Lidya. Dua belah tangan pula itu. Lidya terkaku dengan kesungguhan Danish yang bimbang tentang dia.
Salina berdehem apabila mereka berdua tiada tanda-tanda untuk sedar dalam dunia yang nyata ini. Dia berdehem lebih kuat berbanding tadi sehingga terbatuk-batuk.
“Tak pasal-pasal Ina yang terbatuk-batuk, abang,” Salina mengadu manja pada suaminya. Erwan mengurut lembut belakang Salina itu. Romantiklah itu.
Lidya tersedar bila terdengar Salina terbatuk-batuk.
“Saya okey bos. Tak ada masalah,” jawab Lidya. Suaranya agak gementar. Dia cuba menahan perasaannya yang berperang hebat dalam hatinya.
Lidya berasa berdebar sangat apabila Danish berada hampir dengannya. Minyak wangi yang dipakai oleh Danish kuat menusuk lubang hidungnya. Minyak wangi apa yang dipakainya Lidya tidak pasti tapi dapat mendamaikan hatinya.
Mereka sama-sama berdiri. Danish tidak lepas dari memandang Lidya. Lidya tertunduk malu. Salina mendekati Lidya pada masa yang sama Danish meninggalkannya dan berjumpa dengan Erwan.
Rupa-rupanya Salina yang panggil Lidya begitu sehingga berlaku peristiwa yang memalukannya tadi.
“Panggilanmu itu telah membunuh saya, tau tak Puan Salina?” nada Lidya seakan geram. Ayat itu khas ditujukan kepada Salina. Salina hanya ketawa sahaja.
Salina datang bersama orang tersayang dia. Siapa lagi kalau bukan Erwan, suaminya. Erwan sudah bersama Danish. Mereka sedang berbual mesra.
“Kenapa Lidya cakap camtu?” soal Salina.
“Kenapa awak tanya?” Lidya pula membuat ayat tanya. Salina tersenggih.
“Macam mana Lidya boleh ter tut tut tut dengan Danish?” soal Salina dengan penuh makna. Dia tersenyum. Sudah lama tidak mengusik Lidya.
“Salina punya pasal la. Ada ke tegur orang macam tu. Cubalah bagi salam dulu. I sure semua perkara ini tidak akan berlaku dalam hidup saya,” jelas Lidya. Dia meneguk air. Dahaga pula rasanya.
“Eh, saya nak ke tandas sekejap. Salina tunggu tau,” pesan Lidya dan menuju ke tandas.
“Lega!” Lidya keluar dari tandas. Dia keluar dan ingin ke pergi ke cermin tandas tapi tidak sempat.
Tiba-tiba ada seseorang yang datang dari mana entah, telah menyiramnya dengan air. ‘Satu baldi pula tu. Kejam!’ hatinya geram. Dia berpaling dan tengok Julia yang melakukannya.
“Kau ni tak serik-serik ya? Aku dah cakap jangan rapat dengan Danish,” pesannya. Lidya mengaru kepadanya. Kegeraman sudah penuh dalam hatinya. ‘Tiada maaf bagimu!’ hatinya bengkak.
Dia mengambil baldi di tangan Julia dan menadah air. Julia tidak tahu sebab Lidya buat begitu.
“Aku kena rapat dengan dia sebab aku setiausaha dia. Apa susah sangat kau nak faham?” kata Lidya dengan ganasnya. Dia cuba mengalih perhatian Julia padanya. Habis basah kuyup pakaian Lidya. Kalau hatinya tidak kuat, memang sudah lama dia menangis. Tapi dia sabarkan diri.
“Aku tetap tak suka. Kalau aku kata tak suka. Tak suka la!” Julia menjerit. ‘Sah dia saudara dengan langsuir!’ kata hati Lidya. Menyampah tengok Julia. Tidak pernah dia rasa menyampah sedemikian.
“Ini kau punya tak suka!” kata Lidya agak kuat sambil mengambil baldi yang sudah penuh dengan air. Dia siram Julia dengan air tersebut.
“Puas hati aku!” kata Lidya.
Julia bertambah geram. Dia tarik tudung Lidya sampai tertanggal tudung itu lalu dibuang dalam lubang tandas. ‘Kejam untuk kali kedua. Aku ingat sampai bila-bila Julia!’ gertak hatinya.
Lidya pun sudah naik geram tahap karma punya. Dia tarik rambut Julia dan Julia juga menarik rambutnya yang kini terdedah. Dua-dua geram antara satu sama lain.
Tidak cukup dengan itu, Julia tolak badan Lidya sehingga gadis itu jatuh. Belakang badannya terlanggar mangkuk tandas akibat tolakkan yang kuat itu. Sakit bukan main rasanya.
“Aduh!” Lidya menjerit kesakitan. Dia bangun dan menolak tubuh Julia sehingga kepalanya terhantuk kuat pada cermin tandas. Nasib baik cermin itu tidak pecah tetapi mampu membuat Julia berasa pening. Dia memegang kepalanya.
Tiba-tiba Shima datang. Terkejut dia melihat keadaan Julia, kekasih hatinya.
“Sayang tak apa-apa?” menyampah Lidya mendengar kata-kata itu. Mereka berdua ini tidak insaf-insaf lagi. Shima menghampiri Julia yang kelihatan seperti pening-pening lalat. Dia memimpin tangan Julia dan berlalu pergi. Lidya menarik nafas lega.
Dia cuba bangun dan berdiri. Dia terasa sakit satu badan. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mengharap sokongan dari dinding tandas. Tudungnya sudah dalam lubang tandas. ‘Tak dapat diselamatkan tudung tu lagi. Nak pakai apa tutup kepala?’ matanya memandang sekeliling. Mencari kain yang boleh menutup rambutnya yang agak panjang. Ikat rambutnya sudah hilang entah ke mana.
Lidya ternampak kain. Selendang milik Julia. Walaupun basah, dia tetap mengambilnya. Dia basuh dan apabila sudah yakin bersih, diperahnya selendang itu. Dia membalut di kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka pintu.
Lidya memanjangkan kepalanya untuk melihat ada sesiapa di luar tandas. Apabila dia yakin tiada orang, dia cepat-cepat keluar dari tandas itu tetapi malangnya, ada seseorang baru keluar dari tandas lelaki yang sememang berhampiran dengan tandas perempuan. Dia tidak dapat mengelakkan diri lagi.
“Lidya!” Danish terkejut melihat keadaan Lidya yang tidak terurus dan pakaian yang basah.
jahat ah Julia.. suka ati mak bapak dia tarik tudung orang..
ReplyDeleteada pengalaman tudung di tarik tak??kejam tau ..
ReplyDelete