Followers

Tuesday 23 October 2012

7
Komen

KAU HAK AKU 2






Bab 2


Kini, Syazwina sudah sampai didepan rumahnya. Ketakutan mula menular dalam diri. Dia sememangnya takut.


“Baru balik?!” Sindir ayah. “Dah petang baru balik. Aku suruh pergi sekolah untuk belajar, bukannya menggatal dengan lelaki.” Ayah mula membebel mengalahkan ibu. Telinga Syazwina sudah panas mendengarnya.

‘Aku tahu ayah seorang yang kaya.’ Disebabkan kekayaan ini, ayah buat sesuka hati pada wanita terutamanya ibu. Dia seorang lelaki yang kuat berfoya-foya. ‘Aku pernah tengok yang ayah aku pulang dalam keadaan mabuk lewat pagi. Ibu juga yang tolong memimpin ayah masuk ke bilik. Tapi yang aku pelik, ayah tak pernah pukul ibu.’ Syazwina mendiamkan diri.

Ibu pula dikurung dalam rumah agam ini. Tidak dibenarkan keluar. Keluar pun hanya apabila bersama ayah.

Syazwina terus menuju ke bilik. ‘Aku bukan nak kurang ajar tetapi perlu ke aku hormat padanya. Lelaki yang......’ Syazwina berpaling memandang wajah ayah tetapi hanya seketika sahaja.

Syazwina mengucap dalam hati. ‘Walaupun seteruk mana ayah tu, dia tetap ayahku. Dia tidak pernah memukul aku. Dia cuma banyak membebel. Ibu bersabarlah dengan ayah.’ Syazwina terus meninggalkan ayahnya tanpa kata.

“Ish, budak ni! Orang cakap, tak nak dengar! Awak tengoklah anak awak tu.” Ayah masih membebel.

Zul geram dengan anak tunggalnya itu.

“Sabarlah.” Sepatah sahaja ibu Syazwina, Azzah berkata. Dia meletakkan secawan air teh lalu bangun. Dia ingin berlalu ke dapur.

“Awak nak ke mana tu?”

“Ke dapur, abang.”

“Teman aku minum dulu.” Pantas tangan Zul menarik tangan Azzah. Azzah hanya mengikut sahaja kehendak suaminya. Dia duduk di sebelah Zul. Seteruk mana pun suaminya, dia akan ikut. Itukan tugas seorang isteri. Azzah seorang tabah.



*****


Pertama kali dalam hidup Syazwina dia datang lambat ke sekolah. Ini gara-gara tengah anime ‘One Piece’ yang sentiasa menyentuh hati dan perasaannya. Akhirnya dia tidur tiga pagi.

Syazwina mengayuh basikal selaju yang boleh. Dia benar-benar lambat. Dari jauh Syazwina sudah nampak pintu pagar baru sahaja ditutup oleh seorang pengawas.

“Tunggu!” dua orang serentak berkata pada pengawas yang sedang menutup pintu pagar itu. Syazwina berpaling.

“Kau?!” Firman Shah terkejut melihat kawan kelasnya, Syazwina datang lambat.

“Kenapa datang lambat?” soal Firman Shah.

“Tengok kartun.” Jawab Syazwina. “Kau pula?”

“Suka hati aku nak datang lambat.” Jawab Firman Shah selamba. Dia mendahului Syazwina masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Orang tanya je. Sombong! Macam mana aku boleh suka pada mamat ni?” bebel Syazwina sambil menolak basikalnya.

“Lambat. Lepas waktu sekolah, jumpa saya.” Arah seorang pengawas.

“Bukankah kau ni pengawas semalam ke?” Syazwina bertanya.

“Ya. Jangan lupa temujanji kita.” Sengaja lelaki itu menekankan perkataan temujanji. “Cepat pergi perhimpunan.” Arahnya lagi.

Pantas Syazwina dan Firman Shah bergerak ke tempat letak basikal dan menuju ke tapak perhimpunan.

*****

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Diminta Syazwina Zul datang ke bilik persatuan Disiplin kerana ada urusan penting yang hendak diselesaikan. Harap maklum.” Pengumuman tersebut mula kedengaran satu sekolah.

Nama Syazwina dipanggil sebelum waktu rehat bermula untuk berjumpa dengan pengawas yang dilanggarnya semalam. ‘Apasal pula mamat ni panggil aku? Guna cara yang paling memalukan pula tu.’ Mudah sahaja hati Syazwina rasa sakit.

“Kenapa lelaki tu panggil kau?” soal Arisha. Terpaksa dia rehat seorang diri hari ini.

“Kan semalam aku langgar dia. Dia nak denda aku kot.” Teka Syazwina. “Tak apalah. Aku pergi dulu.”

Firman Shah hanya menjeling ke arah mereka berdua lalu keluar dari kelas.

Syazwina pergi juga ke bilik persatuan disiplin.

‘Sebenarnya ini kali pertama aku jejak kaki ke bilik persatuan yang tak berapa nak popular sebab sekolah aku jarang berlaku masalah disiplin. Jika berlaku akan terus dikesan dan diambil tindakan disiplin dengan kadar segera. Mantap!’ sempat lagi Syazwina memuji. Dia memanjangkan lehernya sambil mengintai orang di dalam bilik persatuan tersebut.

“Syazwina Zul kan?” Tiba-tiba seorang lelaki menegurnya dari belakang dan selamba sahaja dia masuk ke dalam bilik persatuan tersebut.

‘Oh, lelaki semalam ni!’ Mudah sahaja Syazwina untuk mengecam lelaki itu. Dia nampak bergaya dengan gaya skemanya. ‘Yalah pakai cermin mata. Macam poyo je aku tengok.’

“Ya, nama aku la tu.” Jawab Syazwina lalu masuk ke bilik tersebut.

“Duduk!” Tegas suara lelaki itu.

Syazwina duduk.

“Apa kesalahan yang aku dah buat? Aku rasa aku seorang pelajar yang baik, aktif dan bijak.” Syazwina berkata dengan penuh bangga. Dia ternampak senyuman lelaki skema itu.

‘Apa kena mamat ni? Pertanyaan aku ni lawak ke? Nak juga aku patahkan cermin mata dia. Biarkan dia rabun sorang-sorang. Dah tak ada gaya lain untuk dijadikan ikutan. Tirulah gaya iman muda ke? Gaya yang baik-baik. Ini tak...’ Itulah sikap Syazwina yang suka membebel sendirian di dalam hatinya.

“Kesalahannya? Nanti aku bagitau kau. Sekarang kau kena datang sini setiap hari untuk sesi kaunseling.” Arah lelaki skema itu lagi.

“Sesi kauseling? Kalau nak buat sesi pun, pergi bilik kaunseling la. Kenapa nak buat dalam bilik disiplin?”

“Suka hati aku la.” Selamba lelaki yang tidak dikenalinya itu menjawab.

“Dan suka hati aku tak nak pergi.” Syazwina sudah berdiri. Dia menuju ke pintu utama.

“Kalau kau keluar, kau akan menyesal dan masa tu kau akan datang ke bilik ni semula.” Serius kata-kata pengawas itu.

“Uweeekkkk!” Syazwina keluar sambil jelirkan lidahnya. Dia tidak peduli itu semua.

Pengawas skema itu berasa geram.

“Kalau kau tak masuk semula bilik ni, aku tak jamin segala kesalahan disiplin kau ni akan sampai ke pengetahuan ayah kau.” Sempat lagi pengawas itu menjerit.

“Ayah?” Syazwina tersentap. Dia begitu sensitif apabila ayahnya disebut. Langkahnya terhenti.

Terpaksalh dia berpatah balik dan duduk di kerusi.

“Apa kesalahan aku?” soal Syazwina. Makin lama dia berada dalam bilik itu, makin panas pula.

“Nanti aku beritahu.” Lelaki pengawas itu masih berdolah-dalih.

“Eh, dalam udang-undang mahkamah pun, kita kena beritahu apa kesalahan jenayah yang telah dia lakukan. Tak. Aku nak tahu sekarang juga!” Syazwina sudah berdiri. Lelaki skema itu tersenyum lagi. ‘Murah dengan senyumanlah mamat ni. Jual la mahal sikit. Baru cool.’

“Kesalahannya kau boleh baca di sini.” Lelaki itu menghulurkan buku tersebut. Wajahnya serius.

Syazwina membacanya dengan penuh pengertian.

“Gila!” Itu yang terkeluar daripada mulut comel ini. Kesalahan yang tidak munasabah. “Takkan kerana aku langgar kau, kau nak tuduh aku melawan pengawas. Aku tak salah.” Kata Syazwina dengan rasa geram apabila dituduh seperti itu.

“Suka hati aku la.” Selamba sahaja dijawabnya. ‘Lelaki ni tiada perasaan ke?’

“Aku tak peduli.” Syazwina pun selamba juga membantah.

“Kalau kau lawan juga, surat amaran akan dihantar ke rumah kau dan ibu ayah kau kena datang ke sekolah.” Lagi sekali perkataan ayah didengarinya. Jantungnya bagaikan terhenti daripada berdenyut. Dia dapat bayangkan ayahnya datang dan mesti mengamuk di sekolah.

‘Lelaki ini dah tahu kelemahan aku. Sebut ayah je aku dah ikut kehendak dia. Lelaki tak guna. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.’ Syazwina menjeling tajam pada lelaki itu. Geram.

“Nanti boleh aku kenal dengan ibu ayah kau.” Tambah lelaki itu lagi. Makin membara rasa sakit hati Syazwina.

‘Tak mahu. Aku tak nak menyusahkan ibu. Aku tahu ibu selalu kena marah jika aku buat hal. Yalah. Aku seorang sahaja anaknya dan sangat nakal.’ Syazwina mula membuat keputusan.

“Yalah. Main ugut-ugut pula.” Akhirnya, Syazwina mengalah. Lagi lebar senyuman lelaki itu.

“Tandatangan kat sini?” arahnya.

“Macam tanda tangan surat nikah je aku rasa.” Syazwina membebel. Dia tandatangan tanpa membaca isi kandungannya. Lelaki itu mengambil kertas yang sudah ditandatangani itu lalu dia tersenyum.

“Adil, tolong fotostat kat pusat sumber ya? Banyak-banyak tau?” pintanya. Dahi Syazwina mula berkerut dengan arahan tersebut.

“Baiklah!”

Kini tinggal Syazwina dan lelaki skema dalam bilik tersebut. Dia mula rasa tidak sedap hati apabila pintu bilik tersebut ditutup oleh lelaki yang masih tidak ketahui namanya.

“Kenapa kau tutup pintu tu?” peluh Syazwina sudah berlumba-lumba mengalir keluar.

“Aku ingat kau dah baca isi kandungannya. Rupanya tidak.” Katanya yang amat skema. Syazwina cuba memahaminya tetapi tidak berjaya. ‘Apalah mamat ni membebel sorang-sorang. Macam satu ugutan yang lain pula.’ Akhirnya Syazwina meneka sahaja.

“Maksud?”

“Kau dah setuju akan berkahwin dengan aku apabila kau berusia 22 tahun.” Kata-kata lelaki itu bagai suara ayahnya yang sedang mengamuk. Sungguh menakutkan!

Syazwina rasa seperti mahu pengsan. ‘Ingat kisah ni macam kisah dalam novel ke? Ini realiti la mamat tak sedar diri.’

“Gila!” Syazwina mahu keluar dari bilik tersebut tetapi lelaki skema itu menghalangnya dengan berdiri betul-betul di pintu. ‘Aku memang rasa macam nak terajang sahaja mamat ni. Dahlah nama tak tahu. Apatah lagi melibatkan diri dengan aktiviti yang mengarut ni.’

“Tepilah!” Suara Syazwina agak tinggi.

“Hahaha!” Dia ketawa. ‘Dia .... Dia.... aku benci dia. Dia buat aku benci dia selamanya... Izz Irfan....aku benci kau!!!’

7 comments:

  1. Ria, maafkan bonda ya sayang..i still love u 4rever.

    ReplyDelete
  2. hehe..same je mcm abi dia si Izz Irfan nih :D

    ReplyDelete
  3. Knape nak kena pakse kawin2 ni? hehe...

    ReplyDelete
  4. Best !! Chaiyokkk kak ria , nanak lagi kak :)

    ~Fae~

    ReplyDelete
  5. Haha , best la ... Kelakar .

    ReplyDelete
  6. owesame..baca dr mula baru best nak komen2 nih heheheh

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi