Followers

Monday 29 October 2012

5
Komen

KAU HAK AKU 3







Bab 3


Syazwina terus pulang ke kelasnya dengan muka tidak puas hati. Memang perbincangan antara dia dengan lelaki tadi sehangat-hangat tahi ayam. Sakit kepalanya. Minta-minta dia jatuh cinta dengan orang lain. ‘Yang aku paling sakit hati ada sepuluh syarat yang dikenakan kepada aku. Kalau kenakan lepas kahwin tak apalah tapi dikenakan sebelum kahwin. Tak boleh berkompromi dah.’

“Tak guna!” marah Syazwina. Dia masuk ke kelas dalam keadaan marah dengan menolak pintu kelas dengan kasar.

Detum! Bunyi pintu kelas ditolak kasar.

Firman Shah yang berada dalam kelas tersebut terkejut dengan tindakan Syazwina . Dia melihat Syazwina dengan wajah yang pelik.

“Apa pandang-pandang?” kasar Syazwina.

“Aku pandang pintu kelas tu.” Kata Firman Shah sambil menunjukkan pintu tersebut. “Kasihan pintu tu. Manusia yang ada masalah, pintu yang jadi mangsa.” Sindir Firman Shah.

Bertambah geram Syazwina rasakan saat ini. Dia masih ingat lagi perbincangan mereka tadi.

“Itulah perjanjian yang kau kena patuhi. Pasal meminang aku akan uruskan.” Kata lelaki yang bernama Izz Irfan dengan serius. Tidak lepas pandangannya menatap kertas di tangan. ‘Aku ni, dia tak pandang langsung. Benci!’ tanpa sedar Syazwina mengharap perhatian daripada Izz Irfan.

“Aku akan melanjutkan pelajaran 3 tahun dan bekerja di luar negara selama 2 tahun. Maknanya 5 tahun kesemuanya. Sebaik sahaja aku balik, kau pun dah umur 22 tahun dan masa tu, kau kena bersedia jadi isteri kepada usahawan yang berjaya.” Penuh bangga Izz Irfan menerangkan rangka karangannya.

‘Aku rasa nak bagi markah sepuluh per seratus. Ingat bagus sangatlah tu!’ desis hati Syazwina.

“Aku tak setuju!” Syazwina bergerak semula ke arah kerusi yang dia duduk tadi lalu melabuhkan punggung sambil memeluk tubuh. Lelaki itu tersenyum lagi.

“Kalau kau tak setuju, kau dah langgar peraturan yang kau sah tandatangani sebentar tadi. Kau mahu dengar tak ugutan aku yang paling power punya?” tawar Izz Irfan kepada Syazwina.

Entah mengapa entah Syazwina dapat melihat mata lelaki skema itu bersinar dan bercahaya tetapi penuh dengan kejahatan yang sukar untuk dia sendiri ramalkan.

“Ugutan yang paling power?” kening Syazwina dinaikan sebelah. Dia ketawa kecil.

“Takutnya....” Syazwina main-mainkan dengan kata-kata Izz Irfan. Sedikit pun tidak gentar. Dia masih ketawa dan ketawa tetapi ketawanya terhenti apabila dia terdengar ugutan yang dikatakan power itu. Ia mampu membuat Syazwina terdiam.

“Aku akan pergi ke rumah kau sendiri dan aku akan cakap yang aku dah pernah buat tak baik pada kau. Lepas tu kita terus kahwin. Tak payah tunggu 5 tahun.” Kata Izz Irfan sambil merenung tajam ke arah Syazwina.

“Keji!” Kata Syazwina. Dia bukan membayangkan apa yang Izz Irfan itu katakan tetapi dia bayangkan muka ayah yang mengamuk sebab sudah memalukan dia. ‘Ya Allah, apa perlu aku lakukan ni?’ Syazwina memegang kepalanya yang mula terasa sakit.

“Yalah. Yalah. Aku ikut perjanjian tu asalkan kau jangan beritahu ayah aku.” Kata Syazwina yang akhirnya membuat keputusan untuk mengalah. ‘Tapi aku paling tak suka syarat terakhir ni. Ngeri bila difikirkan.’ Sempat Syazwina membaca kertas perjanjian yang kosong itu.

“Aku tak sukalah syarat terakhir ni.” Luahan Syazwina.

“Sebelum kahwin atau selepas kahwin?” soal Izz Irfan.

“Lepas kahwin. Aku kena lahirkan zuriat untuk kau? Kalau aku tak nak macam mana?” Syazwina cepat-cepat menutup mulutnya yang agak lancar berkata-kata. Izz Irfan tersenyum. ‘Mamat ni tak penat ke asyik senyum?’

“Aku paling suka syarat ni.” Kata berlawanan daripada Izz Irfan sambil merenung ke arah Syazwina. Lelaki skema itu membuka semula pintu tersebut.

“Otak kotor!” Ejek Syazwina . ‘Aku tak tahan lagi untuk terus berada di sini.’

Cepat-cepat Syazwina memakai kasut. Adil sampai juga di situ dengan surat perjanjian tersebut yang telah dibuat beberapa salinan.

“Syazwina Zul!” panggil lelaki durjana itu bagi Syazwina.

Syazwina berpaling.

“Ini untuk kau. Simpan sebagai peringatan di masa hadapan.” Kata Izz Irfan sambil tersenyum. Again!

Syazwina mendengus. Dia membaca isi kandungan yang ada dalam surat perjanjian tersebut. ‘Aku lupa nak tanya motif dia nak kahwin dengan aku. Macam dalam dunia ni tak ada perempuan lain sehingga aku terpilih. Geram betul la. Siapa nama mamat ni?’ Marah betul Syazwina kepada lelaki skema itu. Matanya ligat membaca surat tersebut dan akhirnya dia terjumpa juga nama beliau yang amat menyakitkan hati.

“Izz Irfan!” Syazwina mengetap bibir. Geram punya pasal.

“Wina!” panggil sahabat Syazwina membuat dia terpinggar-pinggar. Terkejut dengan panggilan tersebut menyebabkan ingatannya terhadap makhluk yang menyakitkan hati itu hilang.

“Kenapa kau ni termenung je? Kalau tak, macam macam ni kau dah pergi melantak kat kantin.” Kata Azlin lalu duduk di sebelah Syazwina. Wajah sahabatnya berkerut.



“Aku tak ada selera nak makanlah.” Kata Syazwina dengan lemahnya. Dia tidak mampu tersenyum apatah lagi untuk makan saat-saat begini walaupun makan itu adalah aktiviti kesukaannya. Dia termenung lagi. Dia bangun untuk ambil angin di luar pula.


“Jangan sampai pokok bunga pula jadi mangsa kau.” Firman Shah memerli Syazwina.

“Kau diam!” marah Syazwina. “Dahlah tak siap kerja sekolah. Banyak cakap pula.” Tambah Syazwina lagi dan terus keluar kelas.

Syazwina duduk di pondok yang ada untuk pelajar duduk-duduk.

“Kenapa pula? Kalau ada masalah. Aku ada untuk menjadi teman bicara hati kau.” Azlin menyentuh bahunya. Syazwina memandang Azlin.

“Kau ingat ni novel bicara hati ke? Aduh!” Syazwina menepuk dahinya.

“Assalamualaikum adik-adikku. Apa khabar?” Kak Ria datang. Kak Ria merupakan kakak senior dan pelajar tingkatan enam atas. ‘Entah-entah dia sama kelas dengan mamat perasan bagus tu kot. Berapa banyaklah gelaran yang telah aku sediakan untuk si mamat tu ya?’ Syazwina mula bersemangat.

“Waalaikumusalam. Khabar baik kak.” Serentak Syazwina dan Azlin menjawabnya.

“Baguslah, Alhamdulillah. Wina, kenapa muka ni macam orang mati suami ni?” kata Kak Ria. Dia bernada gurau. Entah mengapa perkataan suami didengari ini membuat Syazwina terasa sakit di hulu hati. Rasa mual dan ingin muntah pun ada. Ini semua disebabkan makhluk bernama Izz Irfan itu. ‘Mati suami? Ini rasa nak mati sebab aku dapat suami. Aduh!’

“Kak Ria...” manja sekali suara Syazwina. ‘Sengaja aku nak bermanja. Biasalah nak korek rahsia, harus ada taktik yang betul.’ Penuh bangga gadis itu berkata dalam hati.

“Kenapa adikku sayang?” Kak Ria pun turut membalasnya dengan kemanjaan yang terlampau. Syazwina tersengih.

“Akak kenal tak lelaki yang nama Izz Irfan?” soal Syazwina perlahan. Dia cuba bersabar menanti jawapan daripada Kak Ria. ‘Eh, lama pula minah ni fikir?’ Tidak sabar Syazwina untuk mengetahuinya.

“Kenal. Kenapa?” tanpa pengetahuan Syazwina, Kak Ria juga mahu mengorek rahsia. Tiba-tiba sahaja gadis manis ini bertanyakan tentang lelaki dingin itu.

“Saja tanya. Macam berlagak bagus je lelaki tu kak.” Jelas Syazwina yang cuba berselindung daripada motif sebenar dia bertanya.

“Berlagak? Oh, dia sekelas dengan akak tapi dia jenis yang tak banyak cakap. Lepas tu kalau dalam kelas, muka dia tang-tang nampak cam bosan je cikgu mengajar tapi bila di soal, selamba sahaja dia jawab dengan betul. Akak pun terkejut juga.” Jelas Kak Ria. Syazwina terkejut. ‘Aku tak puas hati dengan jawapan Kak Ria.’

“Ala, sikap dia pula macam mana? Kuat memaksa tak?” tanya Syazwina lagi. Tiba-tiba dia teruja untuk mengetahui perangai buruk lelaki yang cuba ugut dirinya ini.

“Memaksa. Not sure. Lagi pun watak dan perwatakannya amat misteri.” Kata Kak Ria sambil berfikir. ‘Aku tahulah Kak Ria ni seorang penulis, tapi tak payah la cakap macam tu sekali. Macam ayat novel pula.’ Syazwina mengeluh.

‘Izz Irfan!’ Hati Syazwina tersentak. Dari tempat dia berbincang ini, dia ternampak kelibat Izz Irfan. Wajahnya serius ketika bercakap di pondok telefon. Entah siapa lelaki itu hubungi.

‘Dia anggap aku ni macam projek paling besar yang dia pernah buat? Ingat aku bahan uji kaji ke? Ish, bertambah bengkak hati ini. Muka je menarik perhatian tapi hati macam hati... Hati apa ya?’ Syazwina tengah berfikir.

“Wina!” sergah Azlin dengan mengejut.

“Hati kambing kau! Hati Kambing!” Syazwina melatah. ‘Tak pernah-pernah aku melatah. Ini pertama kali aku melatah kerana fikirkan si Izz tu. Malunya.’ Wajah Syazwina sedikit kemerahan menahan perasaan malunya.

“Sedap hati kau kata aku hati kambing.” Ada nada merajuk. Syazwina tidak pedulikan kata-kata Azlin tetapi memandang semula Izz Irfan. Lelaki itu tersenyum dan menghampiri tempat mereka bertiga duduk.

“Hai semua.” Izz Irfan menyapa mereka dengan senyuman. ‘Ingat bagus sangat ke senyuman kau. Kalau nak bandingkan senyuman Kodok, itu lebih cantik dan yang penting ikhlas.’ Gerutu Syazwina dalam hati. Hanya pandangan tajam sahaja yang dihadiahkan kepada mamat tersebut.

“Hai.” Azlin menunjukkan riak wajah yang amat miang sekali. ‘Aduh! Dah tak ingat dah yang minah ni merajuk tadi sebab aku panggil dia hati kambing. Inilah kelemahan perempuan. Pantang tengok mamat kacak.’ Syazwina gelengkan sahaja kepalanya.

“Maaf. Ria boleh tak awak tolong saya sesuatu?” Pinta Izz Irfan tetapi pandangan matanya sedang melihat Syazwina. ‘Ini mesti kemahiran berkomunikasi gagal. Cakap dengan Kak Ria tapi pandang aku pula. Ada aku kisah?!’ Syazwina berpura-pura tidak mengenali Izz Irfan. Syazwina sengaja pandang ke tempat lain.

“Tolong apa?” Dahi Kak Ria sudah berkerut.

“Cikgu Azmi minta saya ambil buku latihan atas mejanya tapi saya ada hal penting. Nak jumpa pengetua sekejap.” Jelas Izz Irfan. Senyuman masih setia meniti di bibirnya.

“Baiklah. Boleh.” Balas Kak Ria.

“Terima kasih. Saya pergi dulu.” Kata Izz Irfan. ‘Aku hanya tengok mamat ni dengan mimik muka yang paling buruk pernah aku buat dalam hidup serba moden ini. Biar dia menyesal kahwin dengan perempuan tak cantik. Padam muka kau!’

“Baiklah. Akak pergi dulu. Wina, jangan tayang muka macam tu. Wina nampak macam ikan termenung!” kata Kak Ria sambil ketawa terbahak-bahak. Dia meminta diri untuk ke bilik guru.

“Akak ni....” Syazwina mengamuk. ‘Ikan termenung tu juga dia nak bandingkan dengan wajah aku yang putih berseri ni. Siaplah kau Izz Irfan poyo! Aku akan balas dendam juga. Aku akan kahwin dengan orang lain yang lebih sesuai dengan aku. Dalam masa 5 tahun ni aku akan cari sampai jumpa. Nanti bila kau balik, terngangalah kau. Hahaha...’ Syazwina sudah merancang sesuatu untuk membuat rancangan Izz Irfan gagal.

Ada sedikit perasaan lega dalam hati Syazwina.

“Siaplah kau!” kata Syazwina tanpa disedarinya. Azlin sudah membuat muka pelik sambil merenung wajah sahabatnya itu.

“Sudahlah tu. Kau pun nak join group aku. Ikan termenung.” Kata Syazwina sekadar bergurau.

“Tak nak lah. Kau seorang aje yang layak.” Kata-kata Azlin membuat Syazwina mengejar dia sehingga ke kelas. Dia sedar, Izz Irfan sedang memerhatikan dirinya dari jauh. Lelaki itu berdiri di bangunan tingkat atas dengan satu senyuman yang mempunyai pelbagai makna yang tersirat. Dan hanya dia seorang yang tahu.

‘Aku perasanlah yang kau tengok aku Izz!’ Syazwina memang sudah menyedari panahan mata lelaki itu. Dengan selamba Syazwina jelirkan lidah pada mamat skema itu dan menyambung semula mengejar Azlin.

‘Padam muka kau, Irfan!’ Bisik hati Syazwina.

Izz Irfan hanya tersenyum. Again! Mengamuk Syazwina.

Syazwina terus masuk kelas apabila loceng sekolah berbunyi.

“Alhamdulillah.” Ucap Firman Shah.

Syazwina menjeling Firman Shah. Dia terasa pelik dengan ucapan kalimah suci itu.

“Alhamdulillah sebab ada orang tu tak tendang-tendang pintu lagi.” Firman Shah berkata tanpa memandang Syazwina.

Syazwina yakin yang Firman Shah berkata tentang dirinya. Dia terus berjalan dan duduk di tempat duduknya dengan perasaan geram.

5 comments:

  1. akak ria... x sbar nak bace bab 4.misteri....
    -iffah afiqah-

    ReplyDelete
  2. kak ria! smbung lagi tau tau

    ReplyDelete
  3. Heheheh...seronok membaca sampe tak bole nak buat apa..kusyuk membaca n tak sabar nak baca yg seterusnye heheheh

    ReplyDelete
  4. Awat tak buat novel betul-betul punya kak ? Kalau tak , confirm saya beli ! Best gila !

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi