Followers

Wednesday 31 October 2012

12
Komen

KAU HAK AKU 4







Bab 4


Izz Irfan rasa dadanya mahu meletup tiap kali bercakap dengan Syazwina. Apabila gadis itu mula membencinya dengan membuatkan wajah seperti tadi membuatkan dirinya malu.

“Makin comel pula si Syazwina.” Kata Izz Irfan. Luaran sahaja dia nampak tegas tetapi dalam hatinya, dia seorang yang pemalu. Cuba untuk menjadi diri sendiri tetapi sukar. Dia pasti akan meniru gaya abi.

“Ir...” Panggil Danish.

“Abi...” Izz Irfan tersenyum apabila Danish menegurnya.

“Abi dengar dari ummi yang Ir pengerusi kelab ragbi.” Tiba-tiba Danish bertanyakan soal itu.

“Kelab ragbi?” Izz Irfan terasa pelik. “Ya, Abi.”

“Abi, nak beri sumbangan air dan makanan untuk peserta peringkat daerah yang akan buat di sekolah kamu tu, Ir.” Jelas Danish.

“Sumbangan? Mana Abi tahu yang ada pertandingan ragbi?” Izz Irfan agak keliru.

“Mestilah abi tahu. Ya sumbangan. Saja nak buat amal kebaikan. Lagi pun ni cadangan ummi kamu tu. Abi ikut je. Apa-apa perkara bagitau Abi. Abi tak nak ada apa-apa masalah. Pasal duit, abi tak kisah berapa pun.” Danish keluar dari bilik itu.

“Lagi satu, Abi nak tahu perkembangan cinta kamu dengan gadis pilihan kamu tu. Nanti cerita lepas makan malam. Abi nak pergi tengok ummi kamu ni.” Abi berkata lalu menutup pintu bilik.

Tidak sempat Izz Irfan berkata apa-apa. Izz Irfan hanya mampu menggelengkan kepala.

******

Danish menuju ke dapur. Isteri yang menjadi penyejuk mata itu dipandang dari jauh. Dia suka melihat Lidya yang suka bercakap sendirian.

‘Apa lagi yang dibebel ni?’ Danish menghampiri Lidya.

“Sayang...” sapa Danish.

“Abang...” Lidya sedikit terkejut. Peluh mengalir di pipi Lidya.

“Hish sayang ni. Terkejut macam tu sekali. Ingat abang ni hantu ke?” kata Danish.

“Abang la. Cuba buat amal sikit. Nak tegur orang tu bagi la salam. Ish, dah tua-tua pun tak tahu ke?” Lidya mengacau sayur kailan ikan masin yang masih berada dalam kuali.

“Baiklah wahai bidadariku. Assalamualaikum sayang.” Danish mengikut sahaja kehendak isterinya.

“Waalaikumussalam sayangku.” Balas Lidya.

Tiba-tiba hidung Lidya dipicit oleh Danish.

“Abang!” marah Lidya. “Abang tu dah 45 tahun. Dah nak masuk golongan warga emas. Main picit-picit hidung orang. Ingat hidung kita ni plastik agaknya.” Bebel Lidya lagi.

“Ingatkan plastik betul-betul la tadi.” Gurau Danish sambil ketawa. Kain pelekat yang dipakainya di betulkan sedikit.

“Abang ni...”

“Ya abang la. Takkan hantu kot.” Danish masih mahu mengusik Lidya. Tidak jemu rasanya.

“Hantu-hantu jangan disebut.” Kata Lidya. “Dah beritahu Ir?” tanya Lidya sambil menutup api dapur gas. Kailan ikan masin sedia di hidang atas meja.

“Sudah.” Danish duduk di kerusi makan.

“Baguslah. Alya nak masak apa ya?” Lidya sedang berfikir.

“Eh, tak cakap pun Alya nak masak?” Danish terkejut.

“Masak sendiri kan lebih bagus. Lagi pun Alya dah bosan asyik pergi melancong.” Nada Lidya bergurau.

“Apa bosan? Ulang lagi sekali sayangku.” Geram Danish.

“Eh, gurau je!” cepat-cepat Lidya tersenyum.

“Ikut sayang la nak masak atau nak tempah makanan. Abang ikut je.” Danish mengalah.

“Macam ni la baru kita sayang.” Balas Lidya sambil menarik perlahan pipi Danish. Danish tersenyum manja.

“Ummi... Abi...” sapa Izz Irfan baru lepas buat panggilan. “Pengetua kata, boleh je. Nanti dia akan uruskan berapa bilangan orangnya.”

“Cepatnya Ir.” Danish agak terkejut.

“Tak payah nak buat muka terkejut, bang. Ir kan sememangnya cekap. Macam ni la anak ummi. Sayang bucuk-bucuk.” Pipi Izz Irfan pula menjadi mangsa cubitan Lidya.

“Sakitlah ummi.” Manja Izz Irfan.

“Baru tarik pipi sikit, dah sakit. Penat je abi hantar kamu ke kelas belajar tinju.” Bebel Danish.

“Abi, tak kan la Ir nak tinju muka ummi. Kan abi marah Ir pula. Insan tersayang katakan.” Balas Izz Irfan. Dia sememang suka bergurau. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Danish.

“Betul juga.” Danish menyokong kata-kata anak sulungnya itu.

“Mana adik ummi? Dah malam pun tak nampak pun?” soal Izz Irfan. Rumah ini terasa sunyi tanpa kehadiran adik perempuannya itu.

“Belum balik dari kelas tuisyen kot.” Jawab Danish. Anak perempuannya yang seorang itu kini berusia 15 tahun. Disebabkan dia ada peperiksaan penting, maka DAnish menghantar anaknya itu ke kelas tambahan.

“Assalamualaikum.” Seseorang memberi salam.

“Waalaikumusalam.” Jawab mereka bertiga serentak.

“Adik dah balik.” Wafa Thahirah tersenyum.

“Baru sebut-sebut, dah datang tuan punya badan. Awal balik? Selalunya jam 10.30 malam baru balik.” Soal Izz Irfan.

Wafa Thahirah bersalaman dengan Danish, Lidya dan Izz Irfan.

“Cikgu Salmah sakit perut. Dia minta maaf sebab tak dapat nak mengajar malam ni.” Jelas Wafa sambil duduk di sebelah Lidya.

“Tak apalah. Kita makan dulu. Nanti berbual lagi.” Kata Danish sambil memandang anak lelakinya itu.

Semua orang menadah tangan untuk berdoa.

“Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amminn...” Izz Irfan meraup mukanya.

“Jemput makan semua.” Kata Wafa yang sememangnya tugasnya adalah menjemput semua makan. Macam budak-budak sahaja.

“Wafa, macam mana abang kamu di sekolah. Nakal tak?” soal ummi sambil menceduk sayur kailan ikan masin ke dalam pinggan Danish.

“Terima kasih.”ucap Danish.

“Kasih diterima.” Balas Lidya.

“Ummi ni. Dahlah tanya kita, tapi sempat bermanja dengan abi.” Muncung Wafa terbentuk.

“Ala, adik ni macam tak biasa dengan ummi dan abi. Tak kisah depan siapa pun nak bermanja.” Kata Izz Irfan sambil menyuapkan nasi ke mulut. Dia begitu berselera untuk makan pada malam ini.

“Tahu tak apa.” Lidya tersenyum. “Jawab pertanyaan ummi tadi wahai Wafa Thahirah.” Pinta Lidya.

“Baiklah ummi. Saya melaporkan kegiatan Izz Irfan bin Danish Aniq. Kenakalannya begitu terserlah sejak...” kata-kata Wafa terhenti apabila pipinya ditarik dengan tangan Izz Irfan yang masih belum dibersihkan. “Sakitlah!” marah Wafa.

“Hish, Ir! Kenapa buat adik kamu macam tu?” marah Lidya pula.

“Ummi, habis muka Wafa. Mesti esok naik jerawat. Tangan abang Ir berminyak!” makin panjang muncung Wafa.

“Sejak bila jadi kaki mengadu ni? Tak payah nak mengada-ngada. Abang tarik pipi tu lagi baru tau.” Marah Izz Irfan pula.

“Eh, yang kamu nak marah ni kenapa Ir? Ummi yang tanya.” Lidya mengambil tisu dan mengelap pipi Wafa.

“Tak boleh juga.” Kata Izz Irfan. Dia memandang Danish yang sejak tadi hanya diam sahaja. Rupanya lelaki itu sedang merenungnya.

Izz Irfan pun mengeluh.

“Ummi, ni arahan atau gurauan?” perlahan suara Izz Irfan bertanya.

Lidya tersenyum.

“Arahan!” jawab Danish. Wajahnya serius. Dia benar-benar tidak suka cara Izz Irfan menegur Wafa.

“Abi...” Izz Irfan tahu sudah yang Danish sedang marah. Jarang sekali dapat melihat wajah Danish begitu.

“Wafa, abang minta maaf. Tak buat lagi macam tu.” Pantas Izz Irfan meminta maaf.

“Dimaafkan.” Sepatah Wafa jawab. Dia juga takut melihat ketua keluarga marah. Mata pun boleh jadi merah. Aura marah Danish memang menakutkan.

Tiba-tiba Lidya ketawa.

Danish membuat muka pelik.

“Kenapa ummi?” Izz Irfan bertanya.

“Abang ni tak sesuai betul buat muka macam tu. Makin bertambahlah kedut muka abang tu.” Masih bersisa ketawa Lidya.

“Lidya Alya!” Danish terkilan dengan ketawa Lidya. Dia membasuh tangan lalu masuk ke dalam biliknya.

“Alamak!” Lidya berhenti ketawa. “Anak-anak makan dulu ya? Ummi dalam perancangan pujuk memujuk.” Lidya juga basuh tangan. “Lagi satu, Wafa jangan lupa basuh pinggan. Jangan nak malas. Ummi tahu, dapur tu bersih.” Amaran Lidya sebelum berlalu pergi.

“Baiklah ummi.”

Selepas makan, Wafa mengemas meja makan. Izz Irfan kasihan melihat adiknya itu lalu membantu mengelap meja.

“Terima kasih.” Ucap Wafa dengan senyuman yang manis. Terserlah lesung pipi yang comel itu.

“Kasih di terima.” Balas Izz Irfan.

*****

Syazwina duduk termenung dalam bilik disiplin yang suram itu. ‘Macam duduk dalam bilik hantu pula.’ Wajah muramnya hanya dipandang sepi oleh Izz Irfan.

“Wei! Kau nak aku buat apa ni?” tanya Syazwina. Kalau bagi kerja pun dia boleh buat. Ini tidak! Kena duduk termenung pula. Baik masuk bilik termenung.

Izz Irfan merenung wajah Syazwina.

“Duduk je.” Selamba Izz Irfan berkata.

“Duduk? Baik aku duduk di kantin. Boleh juga makan-makan.” Kata Syazwina. Pelbagai alasan yang diberikan pada mamat skema ini tetapi ada sahaja dibalasnya.

“Nah!” Izz Irfan hulurkan satu bekas makanan.

“Apa ni?”

“Bakal mak mertua kau masak. Jangan tak makan pula. Ummi aku masak untuk kau.” Kata Izz Irfan.

“Apa?!” terkejut Syazwina. Pada masa yang sama dia rasa terharu. Bagaikan dihargai sebagai bakal menantu.

‘Ish, Syazwina! Kau sedar tak yang kau tak suka lelaki ni. Jangan terpengaruh dengan mamat skema ni.’ Ada bisikan lain yang menghasut.

“Tak payahlah nak buat muka terkejut macam tu. Ambil dan makan di kantin. Cukuplah takat hari ni hukuman kau.” Kata Izz Irfan lalu berpaling. Dia tidak mahu melihat wajah Syazwina.

“Yeke? Kau tak letak benda yang bukan-bukan kan?”

“Maksud kau?”

“Bomoh aku suruh suka kau.” Selamba Syazwina berkata.

Izz Irfan terus berpaling. Geram dengan kata-kata itu.

“Syazwina!” jerit Izz Irfan. Pantas Syazwina melarikan diri bersama bekas makanan itu.

“Sedap...” puji Syazwina selepas selamat makanan itu masuk ke dalam perutnya.

12 comments:

  1. alahai syazwina..sama sewel cm izz gak

    ReplyDelete
  2. hahaha.. bomoh aku suruh suka kau... adeii sakit perut nak gelak

    ReplyDelete
  3. Ria, cite ni mcm sambungan utk Suamiku Vampire aje. Ala-ala sambungan utk bahagian anak pula, but I like. Keep up good work dear.

    ReplyDelete
  4. kak Ria... mana Is Isfan adik kembar si Izz Irfan?! Nak tau jugak... >0<

    ReplyDelete
  5. Izz Isfan tak ada ke? tercari-cari ni..apa2 pun saya setia menanti sambungan yg seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  6. haha .... haihaihaiii ,, jelesnya jadi wina :D

    ReplyDelete
  7. ok r huhu..tnggu y strusnye..terbek..^^

    ReplyDelete
  8. bez glerw citer ni . ..continue2 la bt smbungan cite ni

    ReplyDelete
  9. Heheh..sonok sonok nak sambung lagi nih..nmpknye tak tido la malam nih...hhehehe

    ReplyDelete
  10. Heheh..sonok sonok nak sambung lagi nih..nmpknye tak tido la malam nih...hhehehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi