Followers

Saturday 20 October 2012

18
Komen

KAU HAK AKU 1








p/s : cerita asal adalah cerpen Isteriku Vampire dan sekarang ditukar tajuk menjadi e-novel kau hak aku...harap maklum..
BAB 1



Kringgggg!


Bunyi loceng sekolah menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Ramai pelajar sudah pulang ke rumah tetapi ada dua sahabat ini masih berada di kelase.


Syazwina merenung buku kosong yang ada di atas mejanya. Tanpa dia sedari, sudah tertulis sesuatu. Dia pun membacanya.


“Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang benci pada kaum lelaki.” Dahinya berkerut dan dia tersenyum.


Memang itu yang dia mahukan dalam hidup ini.


“Adakah aku akan bertemu dengan orang yang Allah takdirkan untukku?” ada persoalan yang tiada jawapannya. Syazwina buntu. Dia tertekan.


“Aku tahu punca yang menyebabkan berwajah seperti monyet tak makan pisang.” Arisha menegur sahabatnya baru pulang dari bilik guru menghantar buku latihan. Arisha adalah penolong ketua kelas.


“Sibuk je kau ni!” marah Syazwina apabila ditegur begitu. Dia benar-benar rasa terganggu.


“Macam tu pun nak marah aku.”Arisha duduk di sebelah Syazwina. “Apa benda kau tulis ni?!” pantas tangan Arisha merampas buku yang di atas meja Syazwina.


“Wei! Bagi balik buku aku tu!” nada Syazwina tinggi.


“Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang benci pada kaum lelaki.” Arisha terkaku dan Syazwina mengambil peluang ini merampas semula buku yang berada di tangan perempuan ganas ini.


“Apa? Kau ni biar betul. Kau tak tahu lagi yang kau dah terkenal dengan perempuan kaki jantan.” Arisha berkata.


“Perempuan kaki jantan? Apa benda tu? Sejenis haiwan ke?” Syazwina malas mahu melayan. Makin dilayan makin teruk pula nanti.


“Ish, kau ni!” Arisha terkejut dengan apa yang dikata oleh Syazwina. “Buat tak faham pula. Kau tu kan sejak jadi ratu rejam lembing, terus ramai lelaki suka kat kau.”


“Ala, rejam lembing je. Tak ada istimewanya.” Syazwina menidakkannya.


“Si Irsham tu...” belum sempat Arisha menghabiskan ayatnya, Syazwina sudah memotongnya.


“Tolong jangan sebut nama lelaki tu.” Marah Syazwina.


“Kenapa pula kau nak marah ni? Bukan dia yang tinggalkan kau tapi kau yang tinggalkan dia.” Kata Arisha.


“Dia tu teruk!” Syazwina tidak suka pada Irsham. Segala perasaan cinta hilang dalam sekelip mata sahaja.


“Kenapanya?” soal Arisha. Dia melihat Syazwina termenung pula.


‘Lelaki? Kenapa aku harus melibatkan diri dengan insan bernama lelaki. Sudah berkali-kali aku ditinggalkan mereka. Eh, bukan aku ke yang tinggalkan mereka?’ Syazwina yang termenung dengan wajah yang serius tiba-tiba tersenyum. Dia tidak mempedulikan semua itu.


“Wina, kau sihat tak? Kejap serius la. Ini tersenyum pula.” Arisha benar-benar pelik dengan sikap sahabatnya.


“Aku sihat je. Kalau tak, tak datang sekolahlah.” Balas Syazwina.


“Aku tahu kau sihat dari fizikal tapi dalaman kau tu sihat ke?” Arisha menjeling tajam pada Syazwina. ‘Cakap kiasan pun tak faham lagi ke minah ni? Aduh!’


“Sihat...” panjang sahaja nada Syazwina.


“Sambung tadi. Wina, kenapa kau buat Irsham macam tu? Dia betul-betul sukakan kau,” tanya Arisha. Syazwina pura-pura tidak mendengarnya. Lelaki semuanya sama. Hanya tahu mengambil kesempatan sahaja. Itulah pendapatnya.


“Dia pegang tangan aku. Aku reject la. Dia tak ada hak nak buat aku macam tu!” Syazwina berdiri dan menuju ke papan putih dalam kelas. Dia memadam papan putih yang masih ada tulisan. Dia terkaku. Fikirannya ligat mengimbas kembali kenangan yang tidak berapa indah yang berlaku semalam.


Syazwina dan Irsham berjanji hendak belajar bersama-sama memandangkan mereka akan menduduki SPM pada tahun ini.


“Wina, tolong ambilkan pemadam tu, Sham tak sampai.” Pinta Irsham kerana pemadam itu berada di hujung meja. Syazwina menghulurkan pemadam tersebut tetapi dengan sengajanya Irsham memegang tangannya. Syazwina mulalah angin.


‘Apa kejadah lelaki ni? Pegang-pegang tangan aku. Ingat aku ni patung beruang nak dipegang-pegang. Nak disentuh-sentuh?’ Amuk Syazwina dalam hati. Pantas Syazwina menarik kembali tangannya dan terus mengemas barang-barang.


“Wina...Kenapa ni?” Panggil Irsham. Dia rasa pelik kerana tiba-tiba sahaja Syazwina mengemas.


“Stop!” kata Syazwina sambil merenung tajam ke arah Irsham. Irsham hanya melihat Syazwina mengemas barang-barangnya.


Dia pun mendongak memandang Irsham. ‘Al-maklumlah mamat tinggi macam galah. Ciri-ciri ini buat aku tersangkut pada dia tapi....’ hati Syazwina bengkak.


“Kita berpisah. Aku reject kau sebab kita bersentuhan. Selamat tinggal.” Dengan nada yang jelas dan ayat yang terperinci digunakan untuk memutuskan hubungan tersebut. ‘Mudahnya aku mengucap kata perpisahan dengan lelaki.’


Sebelum Syazwina meninggalkan lelaki itu, dia sempat berkata.


"Aku mencari lelaki yang boleh buat aku rasa perlunya dia dalam kehidupan ini kerana aku seorang perempuan yang bencikan kaum lelaki. Bukannya lelaki macam kau. Tahu ambil kesempatan aje." Syazwina terus berlalu pergi.


“Tapi Wina...” panggil Irsham.


“Kau bukan hak aku dan aku bukan hak kau. Harap kau jangan jumpa dengan aku lagi. Selisih pun jangan!” Syazwina terus berlalu.


“Wei!” tegur seseorang.


Syazwina terkejut dan dia kembali semula ke alam nyata.


“Sampai bila kau nak jadi tugu kelas yang tak bertauliah ni?” tegur Firman Shah yang merupakan ketua kelas.


“Suka hati aku la.” Syazwina kembali semula ke tempat duduknya. Firman memang sengaja cari nahas dengan dia. Firman adalah lelaki pertama yang menjadi pasangannya.


“Wina, tapi kan kau memang dah digelar perempuan kaki jantan.” Arisha berkata yang sememangnya duduk di sebelah Syazwina.


“Kenapa buruk sangat gelaran tu? Aku tak suka la.” Syazwina membuka buku teks sejarah yang paling dia tidak suka baca.


‘Eh, minah ni siuman atau tak?! Orang lain sibuk nak balik rumah, tapi dia boleh relaks lagi duduk dan baca buku. Buku sejarah pula tu. Memang tak faham.’ Arisha hanya menggelengkan kepala.


“Yalah. Si Irsham tu lelaki yang ke seratus dah bersama kau.” Arisha masih tidak berpuas hati dengan sahabatnya. Kenapa semua lelaki tidak sesuai dengan Syazwina?


“Biarlah. Buat masa ni aku tak nak serius dengan mana-mana lelaki. Pelajaran itu lebih penting daripada lelaki. Aku pulang dulu. Kalau kau nak terus lepak kat sini, silakan.” Kata Syazwina sambil bangun.


“Tau pun...” kata Firman Shah. Lelaki itu terus berlalu. Dia juga baru pulang dari bilik guru bersama Arisha tadi. Dia terus berlalu pergi.


“Ketua kelas kita ni watak dia macam dalam cerita BoboiBoy kan? Watak yang rambut biru tu. Apa nama dia ya?” soal Syazwina.


“Aku tak sure la. Rasanya feng tapi aku suka pula sebutannya fang. Ish, aku keliru!” Arisha pula yang pening memikirkannya.


“Tak apalah. Jangan kau jadi gila sudah. Cukuplah keliru.” Kata Syazwina pula. Dia mula meninggalkan kelas. Masa persekolahan sudah lama tamat.


“Tunggu! Tunggu aku, Wina!” Jerit Arisha. Dia berlari mengejar sahabatnya yang semakin jauh itu. ‘Comel betul perangai gadis seorang ini. Main tinggalkan aku aje. Dahlah aku yang pening fikir jawapan soalan dia. Minah ni!’ Sempat hati Arisha membebel.


Syazwina berjalan sambil melihat Arisha berlari ke arahnya dan apabila dia berpaling ke depan pula,


“Bukkk!” bunyi sesuatu yang berlanggar. ‘Aku memang tak perasan ada orang. Memang sengaja nak cari nahas orang ni!’ Syazwina pula yang berasa marah.


“Aduh!” Sempat lagi Syazwina mengaduh. ‘Aku rasa nak pitam dibuatnya.’ Mungkin kerana lelaki itu mahu cepat. Syazwina cuba meneka.


“Siapa nama kau?” Tiba-tiba lelaki tersebut menanyakan nama. Syazwina mendongak memandang lelaki yang sudah berdiri tegak itu. Kacak. Lelaki ini kacak. Hatinya mula berdebar kencang. Dia bagaikan jatuh cinta kembali. Hilang semua kata-kata tidak mahu bercinta.


“Aku tanya nama kau, bukan suruh kau berangan.” Lelaki itu memarahi Syazwina. Tangannya pantas menolak lembut kepala Syazwina.


“Nama aku Syazwina Zul.” Kata Syazwina sambil berdiri. Dia mula berang dengan tindakan lelaki yang tiada moral atau kesedaran sivik. ‘Sia-sia aje kau belajar sivik kat sekolah kalau tak diaplikasikan dalam kehidupan seharian kau.’ Hati Syazwina mula membebel.


“Kelas apa?” lelaki itu bertanyakan kelas Syazwina pula.


“Lima Sains Tulen.” Jawab Syazwina tanpa berselindung.


“Jumpa aku kat bilik persatuan disiplin masa rehat esok!” Lelaki itu terus berlari ke arah tandas. ‘Kenapa mamat ni? Dia tak tahan nak melabur ke?’ Syazwina termenung.


“Wina, kau tak apa-apa ke?” muncul Arisha pula.


“Siapa lelaki tu? Tak pernah nampak.” Syazwina sempat tunjuk lelaki itu pada Arisha.


“Oh, dia pelajar tingkatan enam atas yang baru pindah sini. Dia penolong ketua pengawas. Aku dengar dia dapat pangkat tu disebabkan orang dalam.” Jelas Arisha.


Syazwina terpegun seketika. ‘Aku tak percaya apa yang dikatakan oleh Arisha.’


“Kau ni wartawan ke?” Syazwina bertanya dengan nada yang pelik.


“Itulah cita-cita aku dalam erti sebenar.” Jelas Arisha.


‘Saat ni aku rasa macam nak gigit aje minah depan aku.’ bisik hati Syazwina.


“Dah tak ada cita-cita lain ke?” ada nada menyindir.


“Kenapa?” Arisha soal kembali. Rasa marah mula cambah dalam hati apabila cita-citanya dipertikaikan.


“Sia-sia hidup kau kalau tak jadi doktor. Belajar aje pasal badan manusia tapi nak jadi benda lain.” Syazwina mulalah tidak berpuas hati.


“Suka hati. Aku balik dululah. Nanti ayah aku mengamuk!” Arisha terus menghilang. Makin dilayan makin sakit hati nanti.


“Ayah?” Syazwina mula berasa ketar lutut. ‘Aku tahu yang aku salah sebab balik lambat. Habislah aku!’


Terasa perit apabila Syazwina menelan air liur dalam tekaknya.


“Kau kena sawan ke?” lain macam sahaja Arisha melihat wajah Syazwina.


“Tak ada apa-apa. Aku balik dulu.” Syazwina terus meninggalkan Arisha sendirian.

18 comments:

  1. bagus jadi wina...
    kan bagus kalau semua perempuan berpendirian macam wina..
    tak mudah jatuh kedalam mulut buaya darat yang x bertauliah...
    sesuka hati je nak pegang tangan anak dara orang...
    hehehe..ape pun best ar kak Ria, cepat2 sambung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai perempuan macam ni...sekarang pergaulan lelaki dan perempuan sangat bebas...tiada pantauan ibu bapa....ria harap adik2 diluar sana...jagalah pergaulan anda..

      terima kasih sudi baca dan komen..

      Delete
  2. btul tu.ssah nak jumpe prempuan yg brpendirian mcam tu.
    rmai prmpuan yg hnya mmntigkan kekacakan shaja.
    -iffah afiqah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi itu kalau dia cantik..pk juga kacaknya....tapi itulah namanya kepuasan di dunia..alamak apa yang ria mengarut ni...

      terima kasih sudi baca dan komen...

      Delete
  3. INI MACAM CERITA ISTERIKU VAMPARE AJE

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...cuma tukar tajuk dan sedikit jalan citer dan tambah konflik...lagi pun ria tak nak ada tajuk isteriku/suamiku lagi...so nak kelainan sikit...

      Delete
  4. Kak long,cepat-cepat sambung ye..tak sabar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok2...dalam proses bab dua..harap menanti dengan sabar...terima kasih sudi komen...baca sekali...

      Delete
  5. Best citer nie , ada pngajaran yg blh kita ambil , wahai perempuan diluar sana , jadilah seperti wina , tidak mudah jatuh hati pada lelaki yang buaya darat , n jadi lah seperti wina yg tidak mudah utk org dekati :)
    Sesuki aty jer nk pgang tangan ank dara org ,
    Ustaz ika kata , better pegang bulu anjing blh lagi samak , klau pgang kulit anak dara/ pegang anak dara orang ?? mana blh samak ,
    Orang zaman sekarang kata , haramlar pegagng anjing , tpi haram lagi pgagng anak dara orang :)
    BEST SESANGAT CITER NIEE :) :)
    Chaiyokk kak ria , heheheh

    ~Fae~

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan adik ika, so jgn gatl2 nk pegang kalau tak nak berdosa..better kahwin dulu hihihi

      Delete
    2. panjang lebar peneraangan adik ika kita ni hihihi terima kasih ika dan domi...hhihihi tak tahu la...harap2 citer ni okey aje....

      Delete
  6. ini remake isteriku vampire ke?? yg psal anak danish ngan lidya tu?

    ReplyDelete
  7. Garang nyer si wina nie... Sape ek lelaki yg couple ngan dia... Mesti budak baru tuu kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih sebenarnya ria suka watak budak baru tu...hihi firman shah...hihihihi

      Delete
  8. betul-betul best la KHA ..seronok membace. :)

    ReplyDelete
  9. Jalan cerita best dan Banyak pengajaran,moral...bukan macm zaman sekarang nih ikut suka hati jerk nak berpegang or apa2 depan org ramai..

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi