Followers

Saturday 24 November 2012

16
Komen

KAU HAK AKU 5









Syazwina terus makan bekalan yang ummi Izz Irfan sediakan untuknya. Bahagia sungguh perasaan ini.

“Berseleranya makan.” Tegur Kastina lalu duduk di sebelah Syazwina. Rapat sekali.

“Kau ni suka melekat dengan aku ke? Jauh la sikit!” Syazwina menolak tubuh Kastina agar jauh sedikit darinya.

“Suka juga sebab aku cintakan kau, Wina.” bisik Kastina sambil mencapai tangan kiri Syazwina.

“Gila ke apa?” marah Syazwina. ‘Macam la lelaki kat dunia ni dah pupus. Pilih perempuan pula dia ni.’

“Gilakan kau.” Kastina berkata. Dia suka melihat Syazwina marah.

“Syazwina!” tiba-tiba muncul Izz Irfan.

“Irfan...” Syazwina terperanjat dengan kehadiran lelaki itu.

“Siapa lelaki ini? Teman lelaki 101 kau ke?” sindir Kastina. Dia tidak suka Syazwina rapat dengan mana-mana lelaki.

Izz Irfan memandang perempuan yang berlagak seperti lelaki ini. Rambut pendek!

“Mana bekal yang aku bagi tadi? Aku nak bekasnya.” Izz Irfan terus kepada tujuan dia berjumpa dengan Syazwina.

“Kejap, Aku pergi basuh.” Syazwina terus menuju ke singki untuk membasuhnya.

Kastina menjeling tajam arah Izz Irfan.

“Kau jangan ganggu Syazwina lagi, boleh tak?” kata kasar Kastina.

“Kastina...” Izz Irfan baca tag nama di baju sekolah Kastina.

“Ken!” Kastina betulkan sebutan itu.

“Dah cukup ke amal ibadah kau sampai nak jadi macam ni? Kalau belum, masih tak terlambat lagi nak bertaubat.” Sinis Izz Irfan.

“Kau jangan...”

“Nah!” Syazwina tiba pada masa Kastina ingin berkata sesuatu. Dia diam.

“Okey terima kasih.” Izz Irfan terus berlalu.

“Syazwina...” panggil Kastina. Geram pada pengawas itu pun belum habis lagi.

“Ya cik Kastina.” Gurau Syazwina.

“Please calling me, Ken.” Rayu Kastina.

“Okey. Ken. Ada apa?”

“Boleh tak kau teman aku pergi rumah kawan aku petang ni?”

“Rumah kawan kau? Kenapa ajak aku?” Syazwina rasa pelik.

“Sebab aku mana ada kawan lain kecuali kau.” Balas Kastina.

“Okeylah. Disebabkan aku ni baik sangat. Aku teman kau.” Putus Syazwina.

“Terima kasih sayang!” ucap Kastina sambil memeluk buah hati kesayangannya.

“Janganlah peluk aku macam ni. Aku rasa macam peluk dengan jantan je.” Syazwina meleraikan pelukan Kastina.

“Aku perempuan la.”

“Eh, ingat juga kau ni perempuan ya?” usik Syazwina.

“Syazwina!” Kastina mengejar Syazwina sehingga ke kelas. Mereka bermain kejar-kejar dalam kelas.

Sudah menjadi kebiasaan bagi Firman Shah untuk membuat kerja sekolah di waktu rehat.

“Bisinglah!” marah Firman Shah.

“Suka hati kami la. Ini kan waktu rehat.” Balas Syazwina. Kastina hanya angguk kepala.

“Dah namanya waktu rehat. Tak reti-reti nak berehat ke?” sindir Firman Shah.

Syazwina dan Kastina saling berpandangan.

“Bukan ke waktu rehat untuk rehatkan otak, bukannya serabutkan kepala otak dengan buat latihan.” Balas Syazwina.

Kastina tersenyum. Mereka berdua saling menepuk tangan. “Give me five!” Mereka berdua ketawa. Gembira dapat kenakan Firman Shah.

“Diamlah!”

“Syazwina!” panggil Izz Irfan yang muncul di depan kelasnya. Kastina dan Firman Shah hanya memandang.

“Kau! Ada apa nak jumpa aku ni?” Syazwina cuba bergangster.

‘Eh, minah ni! Gangster pula dia.’ Bisik hati Izz Irfan.

“Kau basuh bekas ni tak bersih. Tengok ni ada minyak lagi.” Kata Izz Irfan.

Syazwina tergamam. ‘Datang kelas aku semata-mata nak cakap bekas aku basuh ni tak bersih? Sengal betul mamat ni.’

“Tak ada sabun tadi.”

“Kalau tak ada sabun, tak payah pulangkan. Kau ambil balik bekas ni dan esok pulangkan semula tapi aku nak dalam ni ada isi.” Kata Izz Irfan.

‘Mengada-ngada betul la mamat ni.’ Geram Syazwina.

“Maksud kau?”

“Aku nak kau masak untuk aku.” bisik Izz Irfan di telinga Syazwina. “Aku pergi dulu!” katanya kuat apabila terpandang dua makhluk yang tidak berkelip matanya memandang ke arahnya dan Syazwina.

Izz Irfan terus ke tandas. Perutnya terasa sakit pula.

Syazwina masih tergamam.

‘Aku salah dengar ke? Dia minta aku masak? Aku nak masak apa ni? Aku mana reti masak. Jujur sejujurnya aku katakan. Masuk dapur pun hanya cari makan. Nak pegang sudip pun tak lepas ni.’ Peluh mula mengalir di dahi Syazwina.

“Syazwina!” panggil Kastina.

Syazwina tersedar. Mereka berdua terus duduk di tempat masing-masing kerana guru mata pelajaran lepas rehat sudah masuk ke kelas.

Lepas tamat persekolahan, Syazwina mencari Izz Irfan di bilik Disiplin.

“Kau buat apa kat sini?” Izz Irfan terkejut dengan kehadiran gadis yang mencuri hatinya dalam diam.

“Kau nak aku masak tapi masak apa?”

“Macam-macam ada makanan atas dunia. Takkan tak tahu kot. Aku ada je idea nak masak apa.” Pedas kata-kata Izz Irfan di pendengaran Syazwina.

“Macam-macam tu apa? Bagilah satu contoh.” pinta Syazwina.

“Aku ada mata, telinga, kaki. Kau pun ada kan?” soal Izz Irfan sambil tersengih. Rasa sangat lawak ketika ini.

“Okey,fine. Esok kau makan mata ikan, telinga kambing dan kaki ayam... Aku buat gulai lemak cili padi. Puas hati!” geram Syazwina. Dia terus berlalu pergi.

Izz Irfan hanya mampu ketawa sahaja.

“Sweetnya dia...” puji Izz Irfan.

*****

Selepas waktu persekolahan, dia segera pulang. Selepas mandi dan solat, di mengajak ibunya pergi ke pasaraya TESCO, di situ ada jual bahan basah. Ibu hanya boleh menghantar di sahaja kerana ayah tidak benarkan ibu berjalan-jalan di situ tanpa ada ayah.

‘Ayah kejam! Mak nak jalan dengan anaknya sendiri pun tak boleh ke?’ Syazwina membebel dalam hati. Dia hanya melambaikan tangan pada ibu yang sudah menghilang.

“Aku nak masak apa ya?” dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Harap troli sahaja besar, tapi satu apa pun tak ada.”

Sedang asyik Syazwina menolak troli, dia terlanggar troli seseorang. Lelaki itu sedang mengambil barang yang berada di bawah sekali di rak-rak.

“Maaf encik. Saya tak perasan troli encik.” Syazwina gelabah. Lelaki itu pun berpaling.

“Syazwina...” Izz Irfan terkejut dengan kehadiran gadis itu di situ. Syazwina kelihatan sangat ringkas. Memakai tudung bawal berwarna hitam, dipadankan dengan baju t-shirt berlengan panjang berwarna ungu gelap dan berseluar jeans hitam.

“Izz Irfan...” Syazwina juga terkejut tetapi terkejutnya seakan mahu pengsan. ‘Habislah kalau dia tanya aku buat apa kat sini.’ Syazwina makin gelabah. Lelaki itu hanya memakai t-shirt tanpa koler berwarna ungu gelap dan berseluar jeans hitam. Kelihatan ringkas. Taklah skema seperti di sekolah. Troli lelaki itu kelihatan penuh dengan makanan.

“Kau buat apa di sini?” tanya Izz Irfan.

‘Sudah! Dia dah tanya soalan yang aku memang tak nak jawab.’ Hati Syazwina serba salah.

“Aku beli makanan la.”

“Beli makanan.”

“Okey-okey. Aku jujur je la. Aku tak tahu nak masak apa untuk kau. Jadi aku tengah cari bahan nak beli la.” Terus terang Syazwina.

“Masakan aku spaghetti. Sejak dulu lagi itu makanan kegemaran aku.” Izz Irfan rasa malu melafazkannya. ‘Memang abi suka makan spaghetti. Itu sebab aku pun suka juga.’

“Okeylah. Tapi...”

“Tapi apa pula...”

“Aku tak reti nak masak spaghetti.”

“Kau ni macam ummi aku zaman muda-muda dulu. Tak reti masak spaghetti. Tak apa aku tolong kau beli barang. Kau ikut je resipi yang aku bagi.”

“Baiklah!”

“Tapi sebelum tu, biar aku pergi bayar barang-barang aku dulu dan masukkan dalam kereta. Lepas tu aku teman kau. Tunggu kat pintu masuk ya.” Izz Irfan terus menghilang.

Lepas 15 minit, barulah muncul Izz Irfan.

“Mari aku tolak troli ni.” Pinta Izz Irfan. Syazwina hanya membiarkan sahaja.

“Kau tahu tak bahan-bahan nak buat benda alah tu?” soal Izz Irfan.

“Aku tahu makan je.” Jawab Syazwina sambil tersengih.

Izz Irfan hanya mampu mengeluh. “Kalau nak jadi isteri aku kena pandai masak. Keluarga aku ajar selalu makan di rumah. Tak baik untuk kesihatan kalau selalu makan di kedai.” Izz Irfan mula membebel.

“Aku tak nak jadi isteri kau...” jujur Syazwina.

“Aku gigit kang!” geram Izz Irfan.

“Dosa la gigit-gigit orang ni.”

“Aku tak cakap pun nak gigit kau. Aku nak gigit epal merah ni.” Kata Izz Irfan. “Kau sudi ke atau tak sudi ke, kau kena jadi isteri aku juga. Pasti!” dia berkata dengan penuh keyakinan.

“Yalah!”

Mereka berdua membeli bahan-bahan yang diperlukan.

“Aku bayar...” kata Izz Irfan.

“Tak apa! aku tak nak mengharap duit lelaki!”

“Aku bakal suami kau. Tak salah aku yang bayarkan...” Izz Irfan mengeluarkan duit dari dompetnya. Dia sudah bekerja di syarikat abi, jadi dia ada pendapatannya sendiri.

“Terima kasih.” Ucap Syazwina. ‘Orang berbudi, kita pun kena ucap terima kasih.’ Bisik hati Syazwina.

“Sama-sama. Kau balik dengan siapa?” soal Izz Irfan.

“Balik seorang diri.”

“Naik apa?”

“Teksi.” Jawap Syazwina. Tadi ibunya sudah memberinya duit belanja.

“Mari aku hantar kau balik. Aku tak suka kau naik teksi.”

“Kalau tak suka teksi, aku naik bas.”

“Melawan nampaknya...” Izz Irfan menjeling tajam pada Syazwina. “Sudahlah! Aku hantar kau balik. Mutammat. Mahkamah dah tutup. Sebarang rayuan tidak dibenarkan.” Wajahnya serius.

“Baiklah tuan hakim!” loyar buruk Syazwina.

Kini mereka berdua dalam kereta. Izz Irfan hanya menaiki Myvii sahaja.

“Ambil pen dan kertas ni?” Izz Irfan menghulurkannya pada Syazwina.

“Nak buat apa? Tulis biodata aku ke?” teka Syazwina.

“Awatlah otak kau ni slow? Tulis resipi spaghetti yang kau nak buat ni. Nanti lupa.” Kata Izz Irfan yang sudah memulakan pemanduannya.

Sebaik sahaja tiba di rumah, Izz irfan terus berlalu pergi.

“Mamat ni memang suka kawal-kawal orang ya?” bebel Syazwina sendiri. “Jadi atau tak aku buat spaghetti ni? Berserah je la.”

Syazwina terus ke dapur. “Harap-harap menjadi!”

16 comments:

  1. wahhh! best! sweet! rase pendek je.. heheh . -airiss-

    ReplyDelete
  2. yeah! sambung lagi kak Ria

    ReplyDelete
  3. cuma sedikit teguran
    dalam bergurau sila jgn sebut nak masak khinzir@babi
    sebab binatang itu memang haram utk dimakan oleh orang Islam... tapi saya tak pasti cik penulis ini mungkin
    bukan orang melayu yg. beragama Islam... sebab perkara
    begini dibuat seperti mainan sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan saya kerana bergurau tidak sesuai...saya dah betulkan...terima kasih atas teguran.....mungkin ini kali pertama awak baca penulisan saya. sebab saya org melayu dan ISLAM....maafkan sebab terlepas pandang perkara macam ni....terima kasih lagi sekali....harap sudi komen lagi untuk cerita yg lain...insya allah....semoga sy tak buat kesilapan yang sama. amminn....

      Delete
  4. OMG.. best giler... teruskan berkarya Ria...

    ReplyDelete
  5. Akak! Sambungla cite ni ..cite ni best double t laaaa!! Hehehe

    ReplyDelete
  6. suka baca cter nie....da lama tnggu smbungannyerr....cpat2 post ae yg terbaru.......gudluck k.Ria

    ReplyDelete
  7. best, jalan cerita menarik walaupun nampak cam childish tapi matured, keep it up.

    ReplyDelete
  8. sya dh bace novel akak yg suamiku vampire...
    mmg akak ngaja buat jln cerita dia akan2 same kew???

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada pendapat akak, berbeza....tak ada seakan2 pun hihihi beza la....SV dia tak bercinta masa sekolah pun....tapi citer ni dia akan bercinta zaman sekolah mungkin....

      Delete
  9. Ria...tolong la sambungkan jalan ceritanye...hehehe rasa geram kat izz irfan sbb suka mengarah n chikki org yg dia sayang...hehehheeh

    ReplyDelete
  10. Ria... kalau novel ini sambungan novel suamiku vampire, rasanya izz irfan ada kembar izz isfan. kenapa watak izz isfan tiada dalam novel ini.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi