Followers

Thursday 6 December 2012

24
Komen

HATI SUAMIKU GK 26





salam...untuk pengetahuan semua, cerita ini telah dijadikan novel dengan tajuk barunya HATI SUAMIKU GK(GILA KUASA).. alhamdulillah sudah di terbitkan pada tahun 2014 pada bulan 5 bawah terbitan BUKU PRIMA dengan nama pena baru saya, AZALEA ESHAL... boleh dapatkan dengan harga rm25.90.... terima kasih..

Huzaiman tersenyum manis. Dia segera bergerak ke sofa kecil yang ada dalam biliknya lalu mencapai sebuah buku.


“Abang, baju apa abang bagi ni?” soal Natasha. Dia tidak sanggup untuk memakainya. ‘Seksi sangat la.’ Bisik hatinya. Dia merenung tajam pada Huzaiman. Lelaki itu sedang berpura-pura membaca.

Natasha berasa geram kerana Huzaiman tidak mempedulikannya. Pantas tangannya menarik buku yang dibaca oleh Huzaiman. Pantas lagi tangan Huzaiman menarik Natasha ke pangkuannya. Natasha tersembam ke dada bidang lelaki itu.

‘Aduh! Kemek la hidung aku macam ni.’ Natasha mendongak memandang Huzaiman. Lelaki itu hanya tersenyum nakal sahaja.

Pantas tangan Natasha mencubit pinggang Huzaiman. Lelaki itu mengaduh. Disebabkan tidak tahan, tangan Huzaiman mencengkam tangan Natasha yang nakal itu.

“Lepaslah!”

“Sayang nak abang tolong pakaikan ke?” soal Huzaiman. Lelaki itu tidak habis-habis tersenyum. Mungkin terlalu gila kot.

“Sha boleh pakai sendiri.” Jawab Natasha. “Lepaslah!” marah Natasha pula.

Huzaiman melepaskan Natasha. Gadis itu terus menghilang ke bilik air. Dia pun melangkah keluar dari biliknya.

“Dah siap ke Amman, Ammar?” soal Huzaiman. Mereka berdua masih terburu-buru menghias meja makan itu.

“Sudah!” jawab Amman. “Bos, ini mancis. Nanti bos nyalakan api pada lilin ni ya?” arah Amman.

“Baiklah.” Mereka berdua pun berlalu pergi. Lampu diruang itu ditutup buat sementara waktu. Dia pun pergi menukar baju di bilik lagi satu.

Natasha memaksa diri memakai baju pemberian Huzaiman. Dadanya agak terdedah sedikit. Labuhnya pula tidak berapa labuh. Takat di lutut sahaja. Dia cuba tarik-tarik kain itu dengan harapan agar labuh sedikit tetapi ternyata itu tidak mungkin akan berlaku.

Perlahan-lahan dia keluar dari bilik air dengan perasaan berdebar. Dia malu dengan Huzaiman.

“Alhamdulillah.” Dia mengucap syukur apabila kelibat Huzaiman tiada dalam bilik tersebut. Natasha segera ke katil. Dia menarik selimut agar menutupi tubuhnya. Dia pura-pura tidur.

Peluh mula mengalir apabila Natasha terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Dia bimbang Huzaiman akan memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka seperti malam-malam yang lalu.

Natasha kaku.

Huzaiman pula rasa sangat geram melihat tingkah laku Natasha yang tidak matang itu. ‘Sedap hati kata orang tak matang.’ Bisik hatinya.

Huzaiman menghampiri Natasha yang sedang berselimut itu.

“Abang tahu sayang pura-pura tidur. Pakai tak baju yang abang suruh pakai tu.” Soal Huzaiman sambil bercekak pinggang di tepi katil.

Natasha pura-pura tidak mendengarnya.

“Kalau sayang tak nak pergi makan, abang nak makan sayang la. Boleh?” sengaja Huzaiman berkata begitu.

Sebaik sahaja Natasha mendengarnya, dia terus membuka matanya. Huzaiman sedang merenungnya.

“Malas nak pakai.” Bohong Natasha.

“Kenapa malas? Ooo... Nak abang yang pakaikan? Mari abang pakaikan!” sejurus itu, Huzaiman menarik selimut yang menutupi tubuh Natasha.

Huzaiman tersenyum dalam kemenangan. Natasha nampak sungguh cantik dan seksi. ‘Sejak bila aku suka orang seksi ni? Aku suka Wafa Natasha seorang je.’ Hati lelakinya berkata.

“Mari sini sayang. Abang nak bagi denda pada orang yang menipu?”

“Denda apa?”

“Tak boleh makan!” gurau Huzaiman.

“Itu namanya nak bunuh bini tu.” Selamba Natasha berkata begitu.

Huzaiman tersentap. Kasar sungguh bahasa Natasha itu. ‘Lupa pula, dulukan isteriku aku ni bekas tomboi. Tomboi-tomboi pun, cantik.’ Puji Huzaiman dalam hati.

“Abang gurau je.” Katanya.

“Okey , tak apa. Nak tanya, kita nak makan kat mana? Tergamak ke abang biarkan lelaki lain pandang Sha pakai macam ni? Sampai hati abang pentingkan diri sendiri.” Rajuk Natasha.

“Kita makan di tempat yang ada kita berdua.”

“Walaupun berdua, tetapi mesti ada pelayan. Pelayan itu mesti lelaki kan?”

“Dan lelaki itu, abang juga. Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha supaya perempuan itu turun dari katil.

“Kita ke ruang tamu.”

Mereka berjalan beriringan. Natasha baru tersedar yang Huzaiman memakai Tuxedo. Sungguh kacak! ‘Jarang sekali melihat lelaki gila kuasa pakai macam ni.’

Natasha tersentap. Dalam kesamaran cahaya, dia dapat melihat segenap ruang yang mendebarkan perasaannya.

Sungguh romantik suasana yang Natasha rasakan. ‘Makan malam ala ‘Candle Light Dinner’ tapi mana lilinnya? Oh, belum pasang lagi!’ bisik hati Natasha.

“Kejap abang nyalakan api.” Huzaiman mengeluarkan mancis. Banyak kali dia cuba nyalakan mancis itu tetapi gagal. Dahinya sudah berpeluh. “Kenapa kau tak nak hidup wahai manci?’ Huzaiman cuba bertenang. Dia hampir lupa yang selama ini Amman dan Ammar yang selalu melakukan kerja-kerja remeh seperti ini.

Sudah lima batang mancis patah.

Natasha memerhati Huzaiman yang dalam kegelabahan itu. Dia merenung kosong pada lelaki gila kuasa itu. Dia rasa terharu. Dulu dia menaruh dendam pada lelaki yang begitu menyayanginya ini. Kasihan Huzaiman.

Pada mulanya, Natasha sukar untuk menerima kehadiran Huzaiman setelah dirinya bersalah atas segala dendam kesumatnya tetapi apabila melihat kesungguhan suaminya itu, sedikit demi sedikit hatinya terbuka.

Huzaiman melihat wajah Natasha yang sedang merenungnya.

“Mari Sha nyalakan.” Natasha terus merampas kotak mancis di tangan Huzaiman. Hanya sekali gores sahaja, mancis itu dapat menyala dengan baik.

Kini dua batang lilin sudah dinyalakan.

Huzaiman rasa tergugat sebagai seorang lelaki kerana dia tidak berjaya menyalakan mancis itu. Dia pun merenung tajam pada Natasha. ‘Natasha juga yang jadi mangsa aku.’

Natasha rasa gugup apabila Huzaiman merenungnya begitu. ‘Dahlah pakai baju macam tak cukup kain. Sekarang direnung oleh seekor singa yang gila kuasa pula. Memang menakutkan.’ Bisik hati Natasha.

Huzaiman pula rasa tenang dapat melihat Natasha yang berada di hadapannya ini gelabah. ‘Biar dia pula yang gelabah. Pada muka!’ dalam diam Huzaiman menyimpan dendam. Walaupun wajahnya nampak bagaikan tiada perasaan tetapi dalam hatinya tiada yang tahu.

‘Aku seorang lelaki yang ada kuasa, berkaliber tapi lemah dan gusar apabila di depan seorang wanita yang begitu lemah lembut ini. Sayangku Sya, sayang dah sihir abang ke? Sampai sakit-sakit dada abang menahan getaran yang amat hebat.’ Bisik hatinya. Dia sendiri tidak pasti.

Huzaiman menarik tangan Natasha lalu menarik kerusi supaya isterinya itu boleh duudk. Walaupun makan di rumah. Suasananya nampak mewah dan begitu romantis. Natasha hanya menurut segala kehendak Huzaiman. Suite mewah itu sangat cantik membuatkan hati Natasha terusik.

“Suka tak?” soal Huzaiman. Dia dapat meneka yang Natasha sukakannya tetapi sengaja mahu bertanya lagi. Hatinya gembira sangat. ‘Saja mahu bermanja dengan isteri yang dicintai.’

“Suka tapi banyak soalan yang timbul dalam kepala otak ni.”

“Soalan apa pula?”

“Siapakah yang pergi beli bunga ros merah ni? Siapa yang buat semua ni? Beli makanan ni kat mana? Siapa...” belum sempat Natasha bertanya lebih baik, jari telunjuk Huzaiman sudah berada di mulutnya.

“Boleh jangan tanya soalan macam tu?”

“Kalau tak tanya soalan tu, nak tanya apa pula?”

“Tanya la kenapa abang sanggup siapkan semua ini. Barulah romantis sikit.” Huzaiman tersenyum.

“Okeylah. Sha nak tanya soalan tu.”

“Tanya la...”

“Kan dah tanya. Abang kan tahu apa yang Sha nak tanya.”

“Auh! Pening kepala abang dibuat Sha.” Huzaiman terasa pening dengan pertanyaan Natasha. Perempuan itu bagaikan tidak mengerti apa yang dipintanya.

Natasha terharu sebenarnya dengan cara layanan Huzaiman terhadapnya.

“Kenapa abang layan Sha baik sekali?” soal Natasha. Dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Sebak rasa di hati.

“Sebab Wafa Natasha adalah isteri Putra Huzaiman. Jadi, lelaki yang gila kuasa ini akan terus melindungi sampai nyawanya terakhir. Faham?”

Huzaiman tersenyum.

Natasha tersentap.

24 comments:

  1. best sangat!!! tak sabar nak baca next entry :)

    ReplyDelete
  2. owh, ssoooo swwweeeeettttt! like like like...sambung lagi kak!

    ReplyDelete
  3. best!
    lama tunggu entry nih.terbaik kak ria!

    ReplyDelete
  4. Awesomeee lah . Hehehe . Comel sangat . Sambung laah cepat sikit ye

    ReplyDelete
  5. best....romantik sngat....da lama tnggu..nx baca ag smbungannya....waitingggg....^_^

    ReplyDelete
  6. aaaarrrrggghhhhh..........!!!!!!!!!!! rndu...3x....lma ya jc x in3x....huhuhuh.....emuahhh...!! miz u s0o mch sis ria...heheheh... ;)

    ReplyDelete
  7. wahhh...!! da mkin mntap erk HS_GK nie....t'baek...!! nak lg...3x....smbung cpt2x sis....plezzz....heheheh... (^^,)v

    ReplyDelete
  8. Aaaa!! sweetnye dorang ni :) x sabar nk bace next entry :D

    ReplyDelete
  9. sweet sgt...xsabar nk baca next entry... [^^,]

    ReplyDelete
  10. bla nk smbung ria?
    -cikmil

    ReplyDelete
  11. Awww so sweet.smbung cpat

    ReplyDelete
  12. Kenapa cover dia suma muka TOP BIGBANG? Kih3.

    ReplyDelete
  13. Wah..banyak kali baca pun tak jemu...thank Ria...

    ReplyDelete
  14. Bila nak jadi novel ni....tak sabar nak baca.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi