Lidya menyerang lagi. Sudah berkali-kali dia
menyerang dan begitu juga ditepis dengan begitu mudah oleh Danish.
Danish
tidak mahu lagi bermain. Dia menetak kuat pedang Lidya ke tepi sehingga pedang
itu terpelanting jauh.
Lidya tergamam. Kini,
dia tiada apa-apa pelindungan. Dia berundur setapak ke belakang dan ke belakang
lagi. Kini dia terperangkap pada dinding.
Danish dengan kasar
menghalakan pedang tersebut ke leher Lidya. Tapi tidaklah sehingga melukakan
leher Lidya. Kalau berdarah nanti, habislah aku. Aku dah lah tak boleh tengok
darah. Tambahan pula darah Lidya. Darah Lidya sangat istimewa.
“Kau nak apa dengan
aku?!” soal Lidya dengan kasar. Nafasnya turun naik menahan marah di hati. Dia
benci Danish.
“Saya nak darah sayang.
Boleh ke?” Danish merenung Lidya dengan penuh minat. Wajah mereka sangat rapat.
“Tak guna!” Lidya
memijak kaki kiri Danish lalu melompat jauh dari lelaki itu.
“Sakitlah sayangku!”
Danish mengaduh perlahan. Tetapi dia suka cara Lidya melayannya. Makin sukar
untuk dia memiliki Lidya, makin dia rasa seronok.
Lidya cuba melarikan
diri dengan melompat dari satu bangunan ke bangunan lain tetapi dengan begitu
mudah Danish mengikuti Lidya.
Lidya semakin kalut.
Aku betul-betul cari pasal dengan lelaki ini. Kenapalah aku pergi cari mamat
ni? Kalau buat tak tahu, mesti dia tak kisah.
Sedang Lidya
melompat-lompat, kakinya terseliuh. Kakinya tersalah mendarat.
“Aduh!” Lidya cuba
untuk bangun tetapi keperitan yang di rasai.
“Sayang tak apa-apa?”
soal Danish cemas apabila melihat Lidya yang rebah dari jauh sebentar tadi.
“Aku tak apa-apa! Kau
jangan rapat!” tegas Lidya. Dia tidak suka pada Danish. Dia benci lelaki itu.
Ini berlaku pun kerana lelaki itu juga.
“Kalau saya nak rapat
juga, sayang nak buat apa?” Danish tidak peduli apa yang Lidya ingin katakan.
Dia sangat bimbang akan kaki Lidya yang terseliuh itu.
Lidya terdiam.
“Saya cuma nak ubatkan
kaki sayang. Itu aje.”
Sebaik sahaja Danish
mendekati Lidya, dia terus halakan pedang Alya pada Danish, tepat pada leher
Danish.
Danish tidak menganjak.
“Kalau sayang rasa saya
ni penjahat, bunuhlah! Tapi saya niat ingin membantu sahaja,” jujur Danish.
|