Followers

Wednesday, 17 April 2013

76
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 2



Malam ini bulan penuh. Lidya bersedia dengan misinya. Tepat pukul 12 tengah malam dia mula mencari lelaki itu. Dia membawa si teman yang setia dan boleh menghidu bau lelaki yang tidak di kenalinya itu.

            “Momo, dapat hidu ke?” tanya Lidya pada haiwan peliharaannya. Momo hanya angguk dan berlari mengikut bau itu.

            Manakala Danish pula sedang berjalan-jalan dengan gembiranya. Dia suka berjalan di waktu malam. Membuatkan tubuhnya semakin segar. Tambahan pula dia sudah dapat mencari perempuan yang ditakdirkan bersamanya.



Dia bersandar pada pagar bangunan yang ada. Selesa sangat dapat bersandar begitu . tambahan pula bulan malam itu sangat cantik dan tenang. Tempat yang tinggi adalah tempat kesukaannya. Macam king kong la pula aku rasa.

            “Itu pun dia!” ada seseorang bersuara kuat dari atas.

            Danish terkejut. Seseorang itu berdiri di bahagian lebih tinggi dari tempatnya berasa. Dia mendongak untuk melihat gerangan yang berkata-kata itu.

            “Ambik ni!” Lidya cuba menetak Danish dengan pedang Alya miliknya.

            Danish dengan pantas mengelaknya dan dia terduduk. Dia tersenyum lebar melihat perempuan yang berada di depannya itu. Senyumannya makin lebar apabila melihat pedang di tangan Lidya.

            Nanti anak-anak aku pun boleh jadi kuat macam mamanya. Ish, pandai sungguh isteriku ini melindungi diri. Ini yang sayang lebih. Danish ketawa dengan tiba-tiba.

            “Hahahahaha!” Danish ketawa sambil berdiri semula. Dia merenung wajah Lidya yang sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.






Lidya tetap dengan wajah seriusnya. Dia terus menyerang Danish. Dia menghunuskan pedang tepat ke dada Danish tetapi lelaki itu mengelak dengan begitu mudah. Dia menukar pula ke arah lain. Kini sasaran Lidya pada kepala Danish pula. Dengan pantas Danish menyekatnya dengan dua tangannya.
 
Lidya rasa geram. Pedangnya kini tersekat. Dia cuba juga menetak muka lelaki yang berlagak macho.

            Danish tersenyum.

            “Aniq!” Danish menyebut satu perkataan pelik.

            Lidya bertindak mengundurkan diri. Manalah tahu jampi pukau ke? Kang kes naya pula. Dia mengambil langkah berjaga-jaga.

            “Kenapa sayang marah sangat ni? Saya ada buat salah ke?” Danish tersenyum lebar. Dia mengeluarkan sebatang lidi dari poket bajunya yang berwarna hitam itu.

            Hati Lidya berdebar. Dia tidak menyangka lelaki ini ada kuasa yang kuat. Dia ingat hanya lelaki biasa.



Mata Danish sudah bertukar dari hitam ke merah.

            Lidya semakin gementar apabila melihat mata itu. “Vampire!” Lidya makin terkejut sebaik sahaja melihat gigi taring Danish yang begitu ketara kelihatan.

            “Vampire? Bolehlah dikatakan begitu...” Danish berkata. Lidi yang di keluarkan tadi dijampi oleh Danish.

            Lidya makin terkejut. Lidi yang kecil itu kini bertukar menjadi sebilah pedang dan yang paling Lidya tidak puas hati. Pedang itu sama bentuk dengan pedang miliknya cuma dia berwarna merah.

            “Jangan takut sayang. Saya tak kan bunuh kekasih hati saya.” Pujuk Danish. Dia makin nakal apabila nampak kekalutan Lidya.

            “Kekasih? Aku tak nak jadi kekasih vampire!” Lidya tidak boleh mengalah. Dia bertindak menyerang Danish dahulu. Dia menetak Danish tetapi lelaki itu dengan selamba menghalang serangannya dengan pedang yang hampir serupa dengan pedangnya itu dengan satu tangan sahaja. Ini tidak adil!



Lidya menyerang lagi. Sudah berkali-kali dia menyerang dan begitu juga ditepis dengan begitu mudah oleh Danish.

            Danish tidak mahu lagi bermain. Dia menetak kuat pedang Lidya ke tepi sehingga pedang itu terpelanting jauh.

Lidya tergamam. Kini, dia tiada apa-apa pelindungan. Dia berundur setapak ke belakang dan ke belakang lagi. Kini dia terperangkap pada dinding.

Danish dengan kasar menghalakan pedang tersebut ke leher Lidya. Tapi tidaklah sehingga melukakan leher Lidya. Kalau berdarah nanti, habislah aku. Aku dah lah tak boleh tengok darah. Tambahan pula darah Lidya. Darah Lidya sangat istimewa.

“Kau nak apa dengan aku?!” soal Lidya dengan kasar. Nafasnya turun naik menahan marah di hati. Dia benci Danish.

“Saya nak darah sayang. Boleh ke?” Danish merenung Lidya dengan penuh minat. Wajah mereka sangat rapat.

“Tak guna!” Lidya memijak kaki kiri Danish lalu melompat jauh dari lelaki itu.

“Sakitlah sayangku!” Danish mengaduh perlahan. Tetapi dia suka cara Lidya melayannya. Makin sukar untuk dia memiliki Lidya, makin dia rasa seronok.

Lidya cuba melarikan diri dengan melompat dari satu bangunan ke bangunan lain tetapi dengan begitu mudah Danish mengikuti Lidya.

Lidya semakin kalut. Aku betul-betul cari pasal dengan lelaki ini. Kenapalah aku pergi cari mamat ni? Kalau buat tak tahu, mesti dia tak kisah.

Sedang Lidya melompat-lompat, kakinya terseliuh. Kakinya tersalah mendarat.

“Aduh!” Lidya cuba untuk bangun tetapi keperitan yang di rasai.

“Sayang tak apa-apa?” soal Danish cemas apabila melihat Lidya yang rebah dari jauh sebentar tadi.

“Aku tak apa-apa! Kau jangan rapat!” tegas Lidya. Dia tidak suka pada Danish. Dia benci lelaki itu. Ini berlaku pun kerana lelaki itu juga.

“Kalau saya nak rapat juga, sayang nak buat apa?” Danish tidak peduli apa yang Lidya ingin katakan. Dia sangat bimbang akan kaki Lidya yang terseliuh itu.

Lidya terdiam.

“Saya cuma nak ubatkan kaki sayang. Itu aje.”

Sebaik sahaja Danish mendekati Lidya, dia terus halakan pedang Alya pada Danish, tepat pada leher Danish.

Danish tidak menganjak.

“Kalau sayang rasa saya ni penjahat, bunuhlah! Tapi saya niat ingin membantu sahaja,” jujur Danish.



“Kau kat sini rupanya!” ada seseorang yang muncul.

Danish dan Lidya tergamam.

“Zafri!” akhirnya lelaki itu menemuinya di situ. Zafri adalah musuh ketatnya. Selagi dia bernyawa di alam ini, dia akan terus memburu dirinya. Zafri hanya boleh bertindak pada belah malam sahaja kerana mereka mempunyai perjanjian.

Bagi Zafri, Danish perlu mati. Jika Danish mati, dia akan menguasai seluruh empayar Vampire. Hanya dia akan menjadi ketua antara Vampire yang masih wujud.

“Kau takkan terlepas dari aku!” Zafri mula bertindak kasar. Dia membuka jaketnya dan terdedah tubuhnya. Perlahan-lahan dia menggosok dadanya dan sedikit demi sedikit tulang keluar dari tubuhnya. Dia mencabut satu tulang tersebut dan dijampinya.

“Darguis! Keluarlah kau!” Zafri mengigit jarinya dan keluarkan sedikit darah lalu disalutkan pada tulangnya kecil itu. Dia mencampakkan tulang itu ke udara lalu terbentuk satu lembaga. “Bunuh Danish!” arahnya lagi.


Lembaga itu membentuk seperti manusia tetapi mempunyai kuku yang tajam. Pakaian berwarna hitam serta kain yang berjuntai tajam. Jika terkena pasti luka. Kuasa Darguis ialah bergerak pantas dan boleh melepaskan aura hitam yang kuat.
“Baiklah tuan!” Darguis melutut lalu berdiri. “Power Dark!” Darguis mula mengeluarkan kuasanya dan melancarkan ke arah Danish.

Demi menyelamatkan Lidya, Danish terpaksa mencempung tubuh Lidya dan letakkan tubuh itu di tempat yang selamat.

Lidya pula tergamam. Dia sendiri buntu mahu melakukan apa. kejadian sebentar tadi membuat dia benar-benar takut.

“Sayang jangan takut.” Pujuk Danish. “Ini urusan saya dengan dia. Sayang jangan masuk campur okey!” Danish tahu yang Lidya pasti terkejut dengan apa yang terjadi.

Danish tinggalkan Lidya di situ dan menghadapi Darguis. Siap kau! Kacau aku date dengan Lidya ya. Mati kau! Marah  Danish dalam hati.



p/s : Apa yang akan berlaku pada Danish??Adakah perlawanan antara Danish dan Darguis sengit? Nantikan bab seterusnya...jangan lupa komen...

76 comments:

  1. hahaha , cute lah ayat danish.. sambung cepat2 tau , sis. Vampire ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ayat yng date tu ke???hahah terima kasih...eh sis vampire hihihi gurau je...tak sanggup sis nak jadi vampire...

      Delete
  2. Akak ria.. ni yg syg akak ni ♥ best laa tpi klau akak smbung lgi ..lgi best =) first time bce novel tema fantasi yg sweet cenggini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syg kamu juga...insya allah...bergantung pada komen...target akak 60 komen kali ni...kalau dah cukup 60, akak update hihih ajak kawan2 baca dan komen ye??hihihi yeke kali pertama baca..thank...hihihi semoga berterusan sweetnya hihihi

      Delete
  3. wah..best lah versi vampire ni..sweet d cute.. ;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. jgn menjerit...sabar2...sabar ye hihih insya allah akan disambung...

      Delete
  5. ala kak ria npe yg power dark tu ada .. skit boring .. tgh sedp duk danish layan lidya semak jew lh zafri ..ni bunuh karang bru thu !!-,- emo skit bru amik feeling ..haha btw best n nak lgyy hehe ..semua okay cume ayat nk dekat hbis tergantung so mmg kene ada smbungn klu xde ..cite jdi x seronk..>< tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah pjgnya komen kamu apa2 pun akak suka je hihi thank....lor penjahat kena la ada dalam semua citer...takkkan nak sweet je...nanti lagi bosan tau...kena ada yg tergantung utk bab 3 hihihihi nantikan sambungannya...

      Delete
  6. kenapa kuasa zafri macam lebih kuat dari danish? cian danish nak date dengan lidya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat ke zafri tu??kita nantikan bab seterusnya macam mana kuatnya danish pula....

      Delete
  7. Haaa,bestttt ooo. Nak lagy,nk lagy. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje nak lagi asalkan ajak kawan2 baca n komen hihihihi yg suka tema fantasi la ye hihihi

      Delete
  8. nakk lagi.......... please? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje...ajak kawan2 baca sekli dan komen hihihihi terima kasih

      Delete
  9. akak cepat sambung....
    terbaik lah ayat danish yg last sekali..
    sesuka hati dia je..
    hahahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah....hari isnin depan baru sambung ok??tapi nak tgk komen sampai target atau tak hihihihi suka la tu ye tirah...

      Delete
    2. conform capai target...
      kita pula yg kena ye??
      hihihihih :)

      Delete
    3. kamu la kena...sapa suruh komen lagi hihihi

      Delete
    4. nk komen supaya capai target
      hihihihihih

      Delete
    5. xhabis2 dgn hantu kak ria tu...
      duduk dekat sebelah sat lgi baru tau...
      hihihihihih ;)

      Delete
    6. bukan duk sblh trah ye..
      tp duk sebelah akak mau x???
      hahhahahah

      Delete
    7. yeke ni??entah2 sebelah tirah tapi tirah tak perasan..

      Delete
    8. sebelah tirah ada phone n bear2...
      sebelah akak kot..
      xpon bwh katil akak
      hahahhahahah :D

      Delete
    9. macam la akak tak ada phone n bear2...kamu ni pun..akak punya katil tak ada bawah katil...bawah katil kamu yg ada kot hihih malam dah menjelma ni...

      Delete
    10. akak....
      org xtidor atas katil la..
      (sbb penakut)
      hahahahah ;)

      Delete
    11. tak tidur atas katil???jadi kamu tidur bawah katil ke???hahahahhahaha

      Delete
    12. akakkkkkkkkkk....
      xde maknanya....
      (tidor tepi katil)
      hahahahahah ;)

      Delete
    13. eh ada katil tapi tidur tepi katil..entah benda tu memang kat bawah katil dan kamu tidu di sebelah dia hahaahha

      Delete
  10. kak ria klo bleh sy nk tau la tajuk lagu kat blog kak ria ni...best la lagu ni..saya suka...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya akak kena buat pengumuman la...dah lebih 20 orang duk tanya hihihih penat gak nak jawap...tajuk you dan penyanyi jannah alia

      Delete
  11. Hahahaa....
    Lawak sungguh lah Ria. Hebat juga mainan fantasi awak, teruskan usaha. Jgn lupa percepatkan sambungan pertarungan diantara Danish dgn Darguis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ni tgk anime lawan2...itu yang boleh fantasi sikit hahahaha ye...lepas ni lebih banyak gambar dan panjang hihihi

      Delete
  12. hahaha,,
    sambung lagi kak~
    best !

    ReplyDelete
  13. sambung lagi tau cite ni..best sgt.. :)

    ReplyDelete
  14. smbgx9999999....best >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah banyakknya sembilan hihihih ok thank...akan disambung nanti...

      Delete
  15. sambung lg kak.. nk taw mcm mne prlwnan ni... Mest dsyat... Kn3...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan di sambung nanti hihihihi tunggu je hihih mestilah dasyat....

      Delete
  16. Bestnya nak lagi danish and lydia
    bestttttttttttttttttt

    ReplyDelete
  17. akak cepat la sambung yea..bestla

    ReplyDelete
  18. x sbar nk tngu smbunganya, akak plez smbung cpat ckit.. nk thu cngt cpew yg mnang Danish or Darguis.

    ReplyDelete
  19. >_<
    cpt2...nak lagi2..x sabar2...
    Danish sentiasa d hatiku...konfem Danish menang punya..tp kalau Danish kalah pun x apa asal jgn mati..biar Lidya yg rawat dia..hihi
    Zafri sentiasa menjadi musuhku..hehe..musuh Danish musuh sy jugak..Zafri always be the bad.. >_<
    knp cerita kak Ria semua best?? geramnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar2....hihii best ke??Ada aje yg tak suka hihihih kamu ni...positif aje kalau pasal danish ye?

      Delete
  20. best la citer nie..blew akak nk smbung lagi

    ReplyDelete
  21. bestnya.... sambunglah lagi.....

    ReplyDelete
  22. terbaiklah cerita nie...jrang ad cerita fantasi yg best cmni..truskan usaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke???hihiih tak banyak sangat konfliknya...sikit je....

      Delete
  23. ehem3 ... Xsabr nk bace y sambungn nanti... Cpt ye smbung,..mnarik jew .. Sy mmg ske crite fantasi ni ... Hehe

    ReplyDelete
  24. Wah2... teruja menanti yg seterusnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bln mei kak.janji kena ditepati...hehe

      Delete
    2. hihihihi ada juga yng tanya2 citer ni yer...insya allah ada sambungannya...

      Delete
  25. Knp novel ni mcm citer kartun ?
    Tetapi danish ni swett sangat.

    A.k.a ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kat atas tu ada tulis tema fantasi...jadinya citernya macam lebih kurang kartun, ada magic sikit dan sebagainya....bukan realiti sangat....terima kasih still suka danish...

      Delete
  26. Best!!! Ape nape anime vampire tu yee? Sy ni minat citer anime... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak pasti nama animenya...thank sebab suka...

      Delete
  27. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi