CONTEST : NOVEL 13 JAM A380
Salam semua, alhamdulillah siap juga taip bab 28
ni...hampir dua minggu fikir sampai penulisan lain campak tepi. Semangat nak
jumpa kak Eva sejak novel The Wedding Breaker keluar di pasaran lagi. Memang dah
berangan nak jumpa kat airport.... entah la... kalau ada jodoh pertemuan pasti
akan bertemu. Baiklah. Inilah bab 28... rekaan cik penulis sendiri.. ada hana,
haydar, fawwaz, si model dan Emmel. Semua ada... hihihi semoga terhibur
membacanya... terima kasih...
http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html |
Derapan kaki lelaki yang membawa Emmel ke sini
mengingatkan aku tentang waktu dan realiti kami. Dia berdiri di sebelah aku dan
Emmel. Samar lampu dan kedudukan yang agak berjarak menyukarkan aku melihat
wajahnya tadi. Aku bangun dengan Emmal di dukungan. Berdiri tegak di hadapan si
penyelamat Emmel hari ini.
Lelaki
bersuit kemas warna hitam. Briefcase elok
di tangannya. Kacak dan tinggi. Liur aku telan kesat. Kulit muka terasa tegang
membahang. Dada berdebar seperti debaran sewaktu mencari Emmel tadi.
Haydar.
Nama itu
hanya bergema di segenap ruang hati aku. Aku tidak percaya dengan apa yang aku
lihat. Lantas aku merenung tajam ke arahnya.
Him or no him!
Lelaki itu
tersenyum. Ternyata senyuman lelaki itu adalah Haydar.
Tiba-tiba
terasa nafasku tersekat di kerongkong. Rasa ingin pengsan pun ada. Dadaku sudah
terasa sebak semacam apabila melihat raup wajah yang dirindui itu.
Begitulah
perasaan aku ketika kali pertama berjumpa dengannya.
Hana, please don’t cry! Tahan air mata
tu agar tidak mengalir. Hatiku kuat memujuk diri ini.
Nafasku di
tarik dalam lalu dihembus perlahan. Aku cuba untuk mengumpul sedikit kekuatan.
“Mommy...” panggil Emmel dalam dukungan
apabila aku terdiam melihat Haydar.
Tangisan si
kecil yang kuat sebentar tadi, kini perlahan. Hanya bunyi esakan sahaja
kedengaran.
Aku masih
belum memberi tindak balas pada Emmel yang memanggil. Aku kembali fokus kepada
Emmel.
“I’m sorry, mommy. I won’t be a bad girl
again. Please say something.” Emmel
kembali menangis. Walaupun sebentar tadi aku sudah katakan yang aku tidak marah
padanya lagi.
Tangan
kecil Emmel mengusap lembut pipiku. Kasihan Emmel. Aku terdiam sebab si
penyelamatnya adalah orang yang aku...
Tak terluah pula kata-kata
itu.
“Don’t say like that. Mommy just worry about
you. Please promise to be this thing never happen again?” ke dua kalinya
aku meminta Emmel berjanji.
Emmel
angguk kepala. Dia tersenyum semula apabila aku kembali bercakap dengannya.
“Okey, I promise, mommy.” Emmel berkata.
Walaupun aku yakin yang Emmel masih tidak mengerti mengenai janji yang dibuat.
“Ehem...”
Haydar menyedarkan aku dan Emmel yang dia pun mahu perhatian.
Fokusku
kembali kepada Haydar. Hati tersentak. Penahan mata Haydar sentiasa mencengkam
jiwa dan perasaan. Pandangan mata kami bersatu. Hanya beberapa saat, aku
rasakan seperti masa itu terhenti.
Tapi berapa
lama aku boleh tahan. Pantas aku larikan pandangan. Aku yakin yang Haydar
mengenaliku. Belum sempat aku bersuara, Emmel merengek dalam dukunganku.
“Daddy! Mommy,
daddy is here!” Emmel tunjuk ke arah belakangku. Aku berpaling.
Sepasang
mata amber sedang merenung tajam ke arah aku. Tiada senyuman yang terukir.
Fawwaz.
Air wajah
terkejut, tidak dapat di sembunyikan lagi.
Emmel meminta dirinya di
lepaskan. Dia berlari ke arah Fawwaz.
Aku
tersepit antara dua lelaki yang istimewa dalam hidup aku.
Aku
berpaling semula pada Haydar.
Haydar
sedang merenung tajam bagaikan mahu penjelasan dengan apa yang berlaku tetapi
hanya seketika. Dia kembali tersenyum. Aku sendiri tidak faham dengan apa yang
berlaku.
“Honey, what are you doing here? I waiting
for you in the car so long. Boring la!” Renggek seorang wanita yang baru
muncul. Dia memeluk lengan Haydar.
Terguris
hatiku melihat mereka berdua. Si model tu dah muncul. Betapa sakit hati ini.
Bibir bawah kuketap kuat. Cuba menahan ngilu di hati.
Saat ini..
Bibirku tidak ingin tersenyum tetapi mengenangkan Haydar yang menyelamatkan
Emmal, aku gagahi juga.
“Thank you because save my daughter.” Aku
tersenyum pahit.
Haydar pula
hanya memandangku dengan senyuman yang bisa mencairkan hatiku.
Haydar masih boleh
tersenyum? Dia tak cemburu ke aku ada anak? Hati makin kecewa. Aku berpaling
dan ingin melangkah ke arah Fawwaz dan Emmel.
Haydar
meleraikan pelukan di lengannya. Lantas dia memegang lenganku. Lembut.
“You still drug for me, Hana Sofea!”
bisikan tu cukup lembut menyapa telingaku. Dia menarik tangan model tersebut
dan meninggalkan aku begitu saja.
Aku masih
terkaku dengan kata-katanya. Aku melihat Haydar pergi begitu sahaja bersama si
model itu. Sempat juga si model itu menjeling tajam ke arah aku.
“Mommy... Daddy! “ panggil Emmel sambil
menarik tanganku. Emmel tunjuk ke arah Fawwaz.
“Fawwaz...”
kepalaku ditundukkan. Aku yakin yang Fawwaz pasti kecewa dengan sikapnya ini.
“Jom
sayang! Kita pergi makan!” Fawwaz mendukung Emmel. Sikit pun Fawwaz tidak
memandangnya.
Fawwaz....
Ditulis oleh :
RIA NATSUMI / AZALEA ESHAL
Thanks Ria! Nice and like it :D
ReplyDeletedah keluar ke belum novel ni.. tak sabar nak baca lagi dan lagi ..
Deleteas expected from a novelis. haydar nampak macam seorang playboy kat sini. huhu. makan hati jugak ni :( . lol. good luck!
ReplyDeletemenarik...
ReplyDeleteGud job dear,jalan cite yg menarik.
ReplyDeleteCerita ni memang best..
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletekesian dengan si hana ,, :'(
ReplyDeletebest akak buat bab nii :)