Followers

Friday, 21 March 2014

8
Komen

NOVEL HATI SUAMIKU GK DITERBITKAN OLEH BUKU PRIMA

sALAM dan selamat malam....

Ada berita gembira nak beri tahu ni... novel HSGK dah diterbitakan.. tapi cover je baru keluar... cun tak covernya??


hihihi walaupun covernya tidak seperti cover yang ria selalu buat tapi dah cukup tukul kayu itu menunjukan si Gila kuasa tu wujud.... hah pulau kecik tu khas untuk menguasai segalanya....harganya agak mahal sebab tebal juga...


hihihihi eh ada jual tshirt jugak. postage tu salah ini yang betul...

Postage :
semenanjung : rm9
sabah/sarawak : rm15

 Sesiapa rasa harga tu mahal, memang mahal...ria tak dapat berbuat apa-apa. ria tak paksa sesiapa untuk memilikinya... ria cuma mampu promote je hihihi hihihi ini sinopsisnya pula


Hati Suamiku GK
Azalea Eshal


RM 25.90
ISBN: 978-967-0535-96-8
~604 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Apr 2014









Sinopsis
Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis itu.

Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah emaknya.

Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman. Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?

"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra Huzaiman

Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha

Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan

 ada satu lagi ria nak kata... wah ini baby kita yangada 10 mama.. wah.. maksudnya Himpunan cinta pertama adalah sebuah buku yang menyumbang 11penulis. jadi cepatkan dapat selagi masih ada stok...


\
 Sekian terima kasih...jangan lupakan si kecik.







8 comments:

  1. wahhhh...dh keluar....nk g beli skang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar2...hujung empat baru keluar..ini baru nak bagitau tak lama lagi akan ada di pasaran ihihi

      Delete
  2. seriously 15 anak!!! ~~~opps terspoil plak

    ReplyDelete
  3. dah keluar ke?? x sbar nak beli.saya tertunggu-tunggu crita dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah keluar...boleh jgn lupa dapatkan karya penuh cerita ini...

      Delete
  4. Akak saya dh beli novel ni !!! Ya Allah best sgt2 !! Kenapa akak tukar nama ? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank.... tukar nama sebab lain2 penerbitan...hihih tu pasal ada dua nama...

      Delete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi