Followers

Monday, 9 June 2014

3
Komen

KAU HAK AKU 15




SALAM... MAAF LAMBAT UPDATE LAGI TAPI RIA AKAN USAHA SIAPKAN MANUSKRIP KHA DAN UPDATE SEHINGGA BAB 25.... SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA...BANYAK KONFLIK TAMBAHAN YANG BERLAKU...

Bab 15
Kastina rasa mahu ditumbuk muka lelaki yang tidak dikenali.
“Baru aku ingat! Muka dia macam Izz Irfan yang suka menggedik dengan Syazwina kat sekolah dulu. Patutlah tiap kali aku tengok muka dia, aku rasa nak mengamuk dan naik menyampah. Dahlah gatal lain macam...”
Dia teringat kata-kata terakhir lelaki itu.
“Awak curi...” Lelaki itu tersenyum. “Awak dah curi hati saya. Baik awak pulangkan semula. Kalau tak, saya kejar awak sampai awak tak boleh lari.”
Kastina membuat muka. Ingatkan curi apa.
“Saya perkenalkan diri. Nama saya, Izz Isfan. Seorang model yang paling macho di abad ini.”Izz Isfan mula banggakan diri. Dia rasa, dia tidak akan lepaskan gadis tomboi yang kelihatan comel pada pandangan matanya.
Dulu, dia pernah juga terjumpa gadis tomboi tetapi sikap kewanitaannya sudah hilang tetapi perempuan ini. Lain sangat. Dia jadi tomboi bersebab. Teka Izz Isfan.
“Dah mula jual ikan dah mamat ni...” Sengaja Kastina berkata begitu. Jual ikan yang dimaksudkan lebih kepada mementingkan diri.
“Jual ikan? Mana ada. Saya model yang kacak menjadi kegilaan ramai wanita...” Izz Isfan cuba membetulkan salah sangka Kastina.
“Lantak la! Untuk pengetahuan kau, aku tak ingin nak kenal dengan kau!” cepat-cepat Kastina melarikan diri. Dia takut benar lelaki yang tangkap cintan dengannya. Dia tidak suka.
“Izz Irfan dan Izz Isfan... Nama dia lebih kurang je. Muka pun hampir sama tapi tak akan la diorang ni kembar. Mana mungkin la. Rambut pun dah berbeza.
Dia lupakan pasal mamat gila itu dan dia memikirkan tentang Syazwina. Dia bukanlah lesbian tetapi dia suka berkawan dengan Syazwina. Dia mahu Syazwina selalu ada untuknya dikala susah dan senang.
“Biarlah dulu. Yang penting Firman dah setuju nak tolong aku. Baik aku hubungi Syazwina.”
Dia mengeluarkan telefon bimbit lalu menghubungi Syazwina.
“Hello Syazwina. Aku dah bagitau pada bos yang kau nak kerja. Dia kata esok boleh datang ke syarikatnya.” Syazwina tersenyum.
“Ye ke? Boleh juga! Aku dah bosan duduk rumah. Daripada aku memenatkan badan duduk di rumah, baik aku penatkan diri dengan bekerja.” Syazwina tersengih.
“Betul tu. Nanti kita boleh balik sama-sama.”
“Ye ke? Bestnya! Nanti kita berbual lagi ye? Aku ada perkara nak buat ni...” Syazwina terpaksa tamatkan talian. Mesti Kastina marah pada aku.
“Sorry aku lambat... Nasib baik kau sudi datang jumpa aku walaupun pagi tadi dah jumpa.” Izz Irfan segera duduk. Dia ada perkara yang lebih penting.
“Tak apa...”
“Kastina! Kau kenal Kastina kan?”
“Ya.”
“Dia masih tomboi macam dulu ke?” Soal Izz Irfan lagi. Dia berharap tekaannya betul. Kalau betul, dia mahu adiknya itu berkenalan dulu dengan Kastina.
“Ya... Kenapa ya?”
“Dia single lagi ke?” soal Izz Irfan yang tidak menjawab pun persoalan yang diajukan oleh Syazwina.
“Ya! Single lagi tapi kenapa kau tanya?” geram Syazwina. Asyik dia je tanya tapi bila aku tanya tak ada pula dia nak jawab, cucuk mata tu...
“Aku nak kenalkan Kastina tu pada adik aku. Citarasa dia pada tomboi pula...”Berkerut dahi Izz Irfan menceritakannya. Ish, adik aku ni!
“Kastina dengan Isfan?” Syazwina berfikir sejenak. “Dia tak suka lelaki la. Sampai sekarang single. Lagi pun dia anti betul dengan lelaki.”
“Kau nak tolong aku satukan mereka tak?” soal Izz Irfan sambil merenung tepat ke dasar mata Syazwina. Tidak berkelip matanya.
“Satukan mereka?” Syazwina rasa malu direnung begitu.
“Syazwina, kau ni dari tadi macam blur je? Kenapa? Tak faham ke apa yang aku cakap ni?” geram pula Izz irfan rasa.
“Aku faham la cuma apasal kau pula yang nampak bersungguh-sungguh nak satukan mereka?” Syawina bertanya.
“Aku... Aku...” Izz Irfan kehilangan kata. Dia lakukan semua ini kerana tidak mahu Kastina rapat dengan Syazwina. Dia dapat rasakan gadis itu seperti suka pada Syazwina. Bukannya suka sebagai kawan tetapi rasanya lebih dari itu. Itu yang membimbangkannya.
“Ye...” Syazwina menanti dengan sabar.
“Sebab abi paksa Isfan cari pasangannya dalam masa terdekat dan berkahwin pada hari sama kita kahwin nanti.”
“What?” Syaswina terkejut. “Kasihan pada Isfan kena cari pasangan dalam masa terdekat. So, kau nak satukan Isfan dengan Kastina la?”
“Ya... Abi baru bagitau tadi. Kasihan tengok Isfan.”
“Bukan dia playboy ke?”
“Memanglah tetapi dia suka perempuan tomboi. Baginya perempuan tomboi ni matang. Entahlah. Matang tang mana pun dia tak tahu.” Izz Irfan pula yang serabut pasal adiknya itu.
“Okeylah! Kita satukan mereka. Aku pun tak nak la Kastina terus keseorangan bila aku kahwin nanti. Jadi, apa rancangan kau?” Syazwina bertanya lagi. Dari tadi aku asyik bertanya. Hobi baru ke?
“Aku tak pasti tapi apa kata kita temukan mereka dulu. Aku pasti yang Isfan akan suka tetapi aku tak pasti kalau Kastina.”
“Kita akan buat temujanji tu esok, okey je kan?”
“Okey. Tengah hari. Lunch tau!”
“Set!”
“Syazwina... Terima kasih...” Tiba-tiba nada suara Izz Irfan berubah kepada lembut.
Hati Syazwina berdebar. “Sama-sama...”
Mereka berdua saling membalas senyuman masing-masing dengan satu rasa. Rasa bahagia.
Kastina keluar dari pejabatnya untuk makan tengah hari bersama Syazwina tetapi dia tidak faham mengapa buah hatinya itu tidak masuk kerja pagi tadi. Harap-harap dia tak batalkan kerja itu.
“Bibir aku kering?” sempat Kastina memandang pada cermin yang ada di sepanjang perjalanannya. Dia akui yang dia kurang minum air putih. Kesibukannya bekerja membuatkan dia lupa makan dan minum. Dalam perjalanan mahu menuju tempat letak kereta, dia rasa kepalanya pening. Dia tidak bergerak di tengah jalan kerana kepalanya berdenyut kuat.
“Awak!” seseorang menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Mereka berdua rebah di tepi.
“Awak tak apa-apa...” soal lelaki itu lagi.
“Kau? Isfan?” Kastina rasa pelik. Rajin benar dia berjumpa dengan lelaki ini. Tiba-tiba hidungnya berdarah.
“Darah!” Izz Isfan terkejut. Dia fobia melihat darah.
Kastina tidak kisah, dia sudah biasa menghadapi situasi hidung berdarah ini.
“Darah...” Izz Isfan pengsan.
Kastina mengeluh. Lelaki ini memang suka menyusahkan dirinya.
“Nasib baik kau tolong selamatkan aku tadi. Kalau tak, aku tinggal je kau kat sini.”
Kastina menuju ke keretanya dan memicit lembut hidungnya. Dia memasang penghawa dingin dengan kuat agar hidungnya sedikit sejuk. Dia juga bernafas ikut mulut sahaja. Dia perlu segera ke hospital.
“Kena bawa si mamat takut darah ini sekali...”
Kastina memandu menuju ke hospital berhampiran. Sempat juga dia menghubungi Syazwina agar datang ke hospital.
“Kastina!” terburu-buru Syazwina masuk ke wad kecemasan. Kastina ditahan di situ bersama seseorang.
“Isfan...” Syazwina kenal adik kepada bakal suaminya. Apa dia buat dengan Kastina...

Tuesday, 3 June 2014

5
Komen

KAU HAK AKU 14




SALAM... MAAFLAH PENDEK2 RIA UPDATE...BUKAN APA, IDEA PUN PENDEK2, CIPUT2... HIHIHIHI TAK APA..JANGAN MARAH2! SEDIH2! SEKARANG NI JOM KITA BACA... APAKAH CIRI WANITA YANG IZZ ISFAN SUKA...PELIK SANGAT KE? HIHIHI
 
Bab 14
Puan Lidya menanti suaminya, Encik Danish dengan penuh sabar. Dia sendiri tidak mengerti mengapa suaminya itu mahu memaksa Izz Isfan berkahwin pada hari yang sama dengan Izz Irfan. Apabila di tanya mengapa, tidak dijawabnya.
Dia menunggu Encik Danish di sini kerana dia tidak sanggup melihat air muka kecewa dan keterpaksaan Izz Isfan. Lagi pun dia yakin yang Izz Irfan akan memujuk adiknya itu.
“Assalamualaikum sayang...” Dapat juga Encik Danish mencari isterinya. Bimbang juga kalau tidak ketemui tadi.
“Waalaikumsalam. Macam mana abang? Isfan okey je kan?” soal Puan Lidya bertalu-talu. Dia bimbangkan perasaan anaknya itu. “Dia marah abang ke?”
“Sayang, anak kita tu jenis yang taat. Itu satu sifat yang buat abang sayang anak-anak abang.” Encik Danish tersenyum.
“Jadinya, kenapa abang paksa Isfan? Tak kasihan ke abang pada anak kita?” sayu hati Puan Lidya. Dia tidak mampu melihat wajah mendung anaknya nanti.
“Abang buat semua ini untuk kebaikan Isfan. Abang akui yang sikap Isfan lebih nakal berbanding abangnya tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja.”
“Maksud abang?” Puan Lidya memandang suaminya dengan penuh minat. Dia mahu tahu rancangan suaminya.
Encik Danish merenung wajah isterinya. Tetap comel dalam pandangan matanya.
“Isfan terlalu sosial. Terlalu ikut nafsu gembiranya. Jika abang tak kahwinkan dia dalam masa terdekat ni, abang bimbang, nanti muncul perempuan-perempuan yang mengandungkan cucu kita. Abang tak sanggup cucu abang wujud dari hubungan zina.” Jelas Encik Danish.
“Tapi abang...” Tiada kata yang dapat Puan Lidya katakan.
“Shhh!” jadi telunjuk Encik Danish diletakkan dibibir isterinya. “Abang akan pastikan Isfan berkahwin dengan perempuan dari keturunan yang baik-baik.”
“Abang...”
“Dah! Jangan risau. Sayang dah makan ke? Kalau belum. Mari makan bersama abang. Abang tak makan banyak tadi, sebab nak teman buah hati abang seorang ni.” Pujuk Encik Danish.
“Belum. Mari abang...” Ajak Puan Lidya. Dia tahu, segala keputusan yang dibuat suaminya adalah tepat. Dia akan menerimanya. Dia tersenyum.
“Ini barulah isteri abang. Nampak manis apabila tersenyum.” Puji Encik Danish. Tangan Puan Lidya dicapai dan digenggam erat. Tangan itu sentiasa beku dan sejuk
Puan Lidya terpujuk.
*****
Izz Isfan sendirian. Pujukan abangnya sebentar tadi tidak dapat menenangkan hatinya. Selepas makan dan berbual, Izz Irfan meminta diri untuk pulang ke pejabat manakala dia masih setia di meja makan tersebut.
Termenung.
“Aku kena kahwin...” Mukanya blur.
“Hahaha... Kahwin je kot...” Air mukanya berubah kepada ceria. Ada senyuman paksa sedikit. Untuk beberapa seketika, senyuman itu mati.
“Kahwin...?” Pelbagai andaian yang dibuat dalam fikiran Izz Isfan mengenai status perkahwinan.
Aku tak nak kahwin! Rintih hatinya. Dia tidak sanggup memikirkan yang dia akan terikat dengan seorang perempuan. Tidak!!!
Dia teringat respons abangnya mengenai citarasanya terhadap perempuan.
“Tak la... Adik suka perempuan yang...” Dia menarik nafas panjang. “Tomboi!”
Izz Irfan terkedu. “Tomboi?”
“Ya. Tomboi. Wajah perempuan tomboi ni nampak comel je bagi adik. Walaupun mereka berpakaian lelaki tetapi tetap nampak cool dan pandai jaga diri sendiri.” Komennya.
“Tomboi?” Izz Irfan terus terbayang wajah Kastina. Gadis itu memang tomboi masa zaman sekolah dulu. Aku tak tahu pula zaman sekarang. Kena siasat ni.
“Abang... dari tadi sebut perkataan tomboi. Nak tolong adik atau tak ni?” geram Izz Isfan.
“Abang ada sorang kawan tomboi. Nanti abang perkenalkan. Abang ada mesyuarat ni. Nanti jumpa kat rumah.” Izz Irfan terus berlalu.
Bila teringat kata-kata abangnya itu membuatkan dia teruja mahu mengenali gadis itu.
“Peduli sahaja la!” Serentak itu, dia berdiri dan berpaling ke belakang. Dia tidak sedar ada seseorang di belakangnya itu.
Kedengaran dulang bersama cawan jatuh ke lantai.
“Kau ni buta ke? Orang jalan ke depan. Kau ni ke belakang. Apa kes?” geram seorang gadis.
Izz Isfan terkesima. Matanya tidak berkelip memandang perempuan di hadapannya. Memakai tudung tetapi dililit ke belakang. Pakaian pula, kameja perempuan warna putih dan seluar slack hitam. Pakaian yang sesuai untuk wanita pejabat. Simple but  i love you.
“Kau bisu ke? Lantak kau la!” perempuan itu ingin berlalu pergi.
“Tunggu! Aku gantikan minuman kau.”
“Tak payah! Aku ada duit aku sendiri. Tak payah nak minta duit lelaki.” Katanya kasar.
“Saya tak suruh awak minta tapi saya sendiri nak bagi.” Playboy Izz Isfan mula menguasai diri. Aku rasa dia ni sesuai jadi bini aku.
“Gedik!” Perempuan itu terus pergi.
Izz Isfan tidak sempat mahu mengejarnya. Dia tersenyum lebar. Bagaikan semua masalahnya terbang ke langit. Hanya perasaan bahagia yang di rasai.
Dia lupa mengenai perkara yang bakal membuat hidupnya huru hara.
*****
Kastina betul-betul geram. Tiada mood dia mahu minum selepas seseorang terlanggarnya. Sudahlah dia ada temujanji dengan seseorang. Lepas sejam bersama Syazwina tadi, gadis itu meminta diri untuk pulang.
“Mana dia ni?” Kastina sudah lama menunggu.
“Sorry lambat. Jalan sesak. Apa hal kau nak jumpa aku ni?”
“Ini pasal Syazwina...” Kastina memulakan bicaranya. Dia teruja dengan rancangan sendiri sehingga tidak peduli jika Firman Shah tidak sudi berjumpa dengannya.
“Kenapa dengan Syazwina? Dia sakit ke?” Firman Shah cemas. Sejak dulu lagi dia menyukai Syazwina tetapi gadis itu memutuskan hubungan gara-gara dia tersentuh tangan. Memang aku tak sengaja. Serius ni!
“Taklah! Lebih teruk dari ini...” Kastina tersenyum.
“Apa dia?”
Kastina memberitahu Firman Shah mengenai Izz Irfan yang sedang mengorat Syazwina dan dia bercadang supaya jawatan kosong di syarikat lelaki itu diberikan pada Syazwina.
“Baiklah! Aku setuju Syazwina memegang jawatan itu. Dia akan jadi pembantu aku nanti. Kau bagitau dia yang esok dia boleh datang ke pejabat aku.” Firman Shah tersenyum. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan Syazwina. Rindu sangat pada gadis itu.
“Okey...” Kastina tersenyum lebar. Rancangannya bakal dilaksanakan. Firman Shah dan Syazwina akan bergaduh setiap hari. Mereka memang tidak sesuai bersama. Kastina tahu itu semua.
Selepas sesi berbual dengan Firman Shah, dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenali. Mana mungkin dia melupakan lelaki yang cuba memusnahkan hidupnya dan maruahnya.
Disebabkan terlalu marah, Kastina terus berlalu pergi.
“Kau yang menyebabkan aku jadi tomboi macam ni! Aku benci kau!”
“Awak!” Izz Isfan memanggil Kastina. Dia ingat yang dia tidak akan berjumpa lagi. Sebaik sahaja dia keluar dari tandas, dia ternampak gadis yang sudah mencuri hatinya.
“Kau lagi! Kau nak apa dengan aku hah?” marah Kastina. Moodnya benar-benar tidak menentu.
“Saya datang nak ambil semula benda yang awak dah curi dari saya...” kata Izz Isfan.
“Curi? Cakap tu bak-baik sikit! Mak bapak aku tak pernah ajar aku mencuri. Kau ada bukti ke? Aku curi apa dari kau hak?” makin mengamuk Kastina dibuatnya. Tiba-tiba curi aku mencuri. Aku masih mampu sara hidup aku. Tak perlu aku nak mencuri. Lagi satu, muka mamat ni macam familiar sahaja aku tengok...
Berkerut dahi Kastina sambil menunggu jawapan dari lelaki yang tidak dikenali itu. Macam playboy pun ada...
“Awak curi...” Izz Isfan tersenyum.