SALAM... MAAFLAH PENDEK2 RIA UPDATE...BUKAN APA, IDEA PUN PENDEK2, CIPUT2... HIHIHIHI TAK APA..JANGAN MARAH2! SEDIH2! SEKARANG NI JOM KITA BACA... APAKAH CIRI WANITA YANG IZZ ISFAN SUKA...PELIK SANGAT KE? HIHIHI
Bab 14
Puan Lidya menanti
suaminya, Encik Danish dengan penuh sabar. Dia sendiri tidak mengerti mengapa suaminya
itu mahu memaksa Izz Isfan berkahwin pada hari yang sama dengan Izz Irfan. Apabila
di tanya mengapa, tidak dijawabnya.
Dia menunggu Encik
Danish di sini kerana dia tidak sanggup melihat air muka kecewa dan
keterpaksaan Izz Isfan. Lagi pun dia yakin yang Izz Irfan akan memujuk adiknya
itu.
“Assalamualaikum
sayang...” Dapat juga Encik Danish mencari isterinya. Bimbang juga kalau tidak
ketemui tadi.
“Waalaikumsalam. Macam
mana abang? Isfan okey je kan?” soal Puan Lidya bertalu-talu. Dia bimbangkan
perasaan anaknya itu. “Dia marah abang ke?”
“Sayang, anak kita tu
jenis yang taat. Itu satu sifat yang buat abang sayang anak-anak abang.” Encik
Danish tersenyum.
“Jadinya, kenapa
abang paksa Isfan? Tak kasihan ke abang pada anak kita?” sayu hati Puan Lidya. Dia
tidak mampu melihat wajah mendung anaknya nanti.
“Abang buat semua ini
untuk kebaikan Isfan. Abang akui yang sikap Isfan lebih nakal berbanding
abangnya tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja.”
“Maksud abang?” Puan
Lidya memandang suaminya dengan penuh minat. Dia mahu tahu rancangan suaminya.
Encik Danish merenung
wajah isterinya. Tetap comel dalam pandangan matanya.
“Isfan terlalu
sosial. Terlalu ikut nafsu gembiranya. Jika abang tak kahwinkan dia dalam masa
terdekat ni, abang bimbang, nanti muncul perempuan-perempuan yang mengandungkan
cucu kita. Abang tak sanggup cucu abang wujud dari hubungan zina.” Jelas Encik
Danish.
“Tapi abang...” Tiada
kata yang dapat Puan Lidya katakan.
“Shhh!” jadi telunjuk
Encik Danish diletakkan dibibir isterinya. “Abang akan pastikan Isfan berkahwin
dengan perempuan dari keturunan yang baik-baik.”
“Abang...”
“Dah! Jangan risau.
Sayang dah makan ke? Kalau belum. Mari makan bersama abang. Abang tak makan banyak
tadi, sebab nak teman buah hati abang seorang ni.” Pujuk Encik Danish.
“Belum. Mari abang...”
Ajak Puan Lidya. Dia tahu, segala keputusan yang dibuat suaminya adalah tepat. Dia
akan menerimanya. Dia tersenyum.
“Ini barulah isteri
abang. Nampak manis apabila tersenyum.” Puji Encik Danish. Tangan Puan Lidya
dicapai dan digenggam erat. Tangan itu sentiasa beku dan sejuk
Puan Lidya terpujuk.
*****
Izz Isfan sendirian. Pujukan
abangnya sebentar tadi tidak dapat menenangkan hatinya. Selepas makan dan
berbual, Izz Irfan meminta diri untuk pulang ke pejabat manakala dia masih
setia di meja makan tersebut.
Termenung.
“Aku kena kahwin...”
Mukanya blur.
“Hahaha... Kahwin je
kot...” Air mukanya berubah kepada ceria. Ada senyuman paksa sedikit. Untuk beberapa
seketika, senyuman itu mati.
“Kahwin...?” Pelbagai
andaian yang dibuat dalam fikiran Izz Isfan mengenai status perkahwinan.
Aku tak nak kahwin! Rintih
hatinya. Dia tidak sanggup memikirkan yang dia akan terikat dengan seorang
perempuan. Tidak!!!
Dia teringat respons
abangnya mengenai citarasanya terhadap perempuan.
“Tak la... Adik suka
perempuan yang...” Dia menarik nafas panjang. “Tomboi!”
Izz Irfan terkedu. “Tomboi?”
“Ya. Tomboi. Wajah perempuan
tomboi ni nampak comel je bagi adik. Walaupun mereka berpakaian lelaki tetapi
tetap nampak cool dan pandai jaga diri sendiri.” Komennya.
“Tomboi?” Izz Irfan
terus terbayang wajah Kastina. Gadis itu memang tomboi masa zaman sekolah dulu.
Aku tak tahu pula zaman sekarang. Kena siasat ni.
“Abang... dari tadi
sebut perkataan tomboi. Nak tolong adik atau tak ni?” geram Izz Isfan.
“Abang ada sorang
kawan tomboi. Nanti abang perkenalkan. Abang ada mesyuarat ni. Nanti jumpa kat
rumah.” Izz Irfan terus berlalu.
Bila teringat
kata-kata abangnya itu membuatkan dia teruja mahu mengenali gadis itu.
“Peduli sahaja la!”
Serentak itu, dia berdiri dan berpaling ke belakang. Dia tidak sedar ada
seseorang di belakangnya itu.
Kedengaran dulang
bersama cawan jatuh ke lantai.
“Kau ni buta ke?
Orang jalan ke depan. Kau ni ke belakang. Apa kes?” geram seorang gadis.
Izz Isfan terkesima. Matanya
tidak berkelip memandang perempuan di hadapannya. Memakai tudung tetapi dililit
ke belakang. Pakaian pula, kameja perempuan warna putih dan seluar slack hitam.
Pakaian yang sesuai untuk wanita pejabat. Simple but i love you.
“Kau bisu ke? Lantak kau
la!” perempuan itu ingin berlalu pergi.
“Tunggu! Aku gantikan
minuman kau.”
“Tak payah! Aku ada
duit aku sendiri. Tak payah nak minta duit lelaki.” Katanya kasar.
“Saya tak suruh awak
minta tapi saya sendiri nak bagi.” Playboy Izz Isfan mula menguasai diri. Aku rasa
dia ni sesuai jadi bini aku.
“Gedik!” Perempuan
itu terus pergi.
Izz Isfan tidak
sempat mahu mengejarnya. Dia tersenyum lebar. Bagaikan semua masalahnya terbang
ke langit. Hanya perasaan bahagia yang di rasai.
Dia lupa mengenai
perkara yang bakal membuat hidupnya huru hara.
*****
Kastina betul-betul
geram. Tiada mood dia mahu minum selepas seseorang terlanggarnya. Sudahlah dia
ada temujanji dengan seseorang. Lepas sejam bersama Syazwina tadi, gadis itu
meminta diri untuk pulang.
“Mana dia ni?”
Kastina sudah lama menunggu.
“Sorry lambat. Jalan sesak.
Apa hal kau nak jumpa aku ni?”
“Ini pasal
Syazwina...” Kastina memulakan bicaranya. Dia teruja dengan rancangan sendiri
sehingga tidak peduli jika Firman Shah tidak sudi berjumpa dengannya.
“Kenapa dengan
Syazwina? Dia sakit ke?” Firman Shah cemas. Sejak dulu lagi dia menyukai
Syazwina tetapi gadis itu memutuskan hubungan gara-gara dia tersentuh tangan. Memang
aku tak sengaja. Serius ni!
“Taklah! Lebih teruk
dari ini...” Kastina tersenyum.
“Apa dia?”
Kastina memberitahu
Firman Shah mengenai Izz Irfan yang sedang mengorat Syazwina dan dia bercadang
supaya jawatan kosong di syarikat lelaki itu diberikan pada Syazwina.
“Baiklah! Aku setuju
Syazwina memegang jawatan itu. Dia akan jadi pembantu aku nanti. Kau bagitau
dia yang esok dia boleh datang ke pejabat aku.” Firman Shah tersenyum. Dia tidak
sabar mahu berjumpa dengan Syazwina. Rindu sangat pada gadis itu.
“Okey...” Kastina
tersenyum lebar. Rancangannya bakal dilaksanakan. Firman Shah dan Syazwina akan
bergaduh setiap hari. Mereka memang tidak sesuai bersama. Kastina tahu itu
semua.
Selepas sesi berbual
dengan Firman Shah, dia ternampak seorang lelaki yang amat dikenali. Mana mungkin
dia melupakan lelaki yang cuba memusnahkan hidupnya dan maruahnya.
Disebabkan terlalu
marah, Kastina terus berlalu pergi.
“Kau yang menyebabkan
aku jadi tomboi macam ni! Aku benci kau!”
“Awak!” Izz Isfan
memanggil Kastina. Dia ingat yang dia tidak akan berjumpa lagi. Sebaik sahaja
dia keluar dari tandas, dia ternampak gadis yang sudah mencuri hatinya.
“Kau lagi! Kau nak
apa dengan aku hah?” marah Kastina. Moodnya benar-benar tidak menentu.
“Saya datang nak
ambil semula benda yang awak dah curi dari saya...” kata Izz Isfan.
“Curi? Cakap tu
bak-baik sikit! Mak bapak aku tak pernah ajar aku mencuri. Kau ada bukti ke? Aku
curi apa dari kau hak?” makin mengamuk Kastina dibuatnya. Tiba-tiba curi aku
mencuri. Aku masih mampu sara hidup aku. Tak perlu aku nak mencuri. Lagi satu,
muka mamat ni macam familiar sahaja aku tengok...
Berkerut dahi Kastina
sambil menunggu jawapan dari lelaki yang tidak dikenali itu. Macam playboy pun
ada...
“Awak curi...” Izz
Isfan tersenyum.
Curi apa pula?buat saspens ke...
ReplyDeleteCuri hati eh? Setiap kptsn si vampire adalh yg terbaik...haha...kesian Is...tp dh jumpa org nya kn? Pelik btl taste si anak vampire yg nakal ni..hihi..
ReplyDeletePelik tp benar hahaha sambung lg...
ReplyDeleteSambung plz
ReplyDelete:) lama takde update pasal anak2 vampire ni
ReplyDelete