ASSALAMUALAIKUM... salam sejahtera...lama gila tak update cerita ini...harap terhibur membacanya... apa yang akan terjadi dengan kisah cinta kastina dengan izz Isfan? hihuhu macam menarikkan???apa-apa pun kita nantikan bab seterusnya...jom baca!
Syazwina yang mendapat panggilan daripada
Kastina segera ke hospital. Izz Irfan yang tolong hantarkan. Sekarang lelaki
itu tunggu di tempat letak kereta. Katanya dia tunggu di situ sahaja.
Padahal, tanpa Syazwina tahu Izz Irfan
tidak mahu berjumpa dengan Kastina. Dia bimbang perasaan tak jadi nak satukan
Izz Isfan dengan Kastina, tidak jadi pula. Kasihan Isfan nanti. Di manalah adik
aku itu? Mesti melayan rasa hati yang sedih.
Syazwina menghampiri Kastina.
“Hidung kau berdarah lagi?” soal cemas
oleh Syazwina.
“Ya. Banyak kerjalah...” Kastina memberi
alasa tetapi dia sudah biasa dengan situasi ini.
“Jangan kerja kuat sangat. Hmmm, siapa
lelaki ni? Kenapa kau duduk tepi katilnya?” soal Syazwina. Dia tidak mahu
membuat andaian sendiri.
“Entah la mamat ni. Dia nak tolong aku
tapi lepas tengok darah kat hidung aku ni, dia pengsan pula. Ini yang aku tak
larat ni. Aku pula yang kena tolong dia.” Geram Kastina. Kalau dia tak ada
perasaan keperimanusiaan, dah lama dia tinggalkan. Dahlah gedik.
“Kasihan dia, Kast...” Syazwina merenung
wajah Izz Isfan. Dia yakin itu adik kepada Izz Irfan. “Nama dia apa?”
“Entahlah! Aku ambil kad pengenalan dalam
dompetnya dan aku terus bagi kat kaunter depan tu. Tak pula aku tahu nama dia.”
“Lor... Macam mana boleh kau tak tahu.
Mesti dia ada panggil nama mamat ni?”
“Mungkin aku tak perasan mula-mula tadi
kot sebab kepala aku pening. Darah pun banyak juga mengalir tadi.” Jelas
Kastina.
“Mana kereta kau? Bila kau boleh balik?”
soal Syazwina.
“Aku boleh balik dah tapi mamat ni yang
aku tak tahu ni. Tak akan nak tinggal dia seorang kat sini?” entah mengapa
Kastina tidak sampai hati meninggalkan lelaki itu.
“Mesti dia ada telefon bimbit. Cuba
cari...” cadang Syazwina.
“Betul juga!” Kastina mendekati Izz Isfan
dan mencari telefon bimbit dalam poket seluarnya. “Jumpa...”
“Carilah nama dia tulis ayah ke? Mak ke?”
pinta Syazwina lagi.
“Abi?” soal Kastina.
“Abi dalam bahasa Arab. Bahasa melayunya
Ayah...”
“Sorry. Aku lupa pula!” Kastina rasa
malu.
“Cepatlah call!”
“Okey!”
“Assalamualaikum, ini ayah kepada pemilik
telefon ini ke?” tanya Kastina.
Syazwina hanya memerhati sahaja.
“Waalaikumusalam. Ya saya ayahnya.” Encik
Danish menjawabnya. Rasa tidak sedap hati kerana seorang perempuan
menghubunginya menggunakan telefon bimbit anaknya.
“Anak pak cik...” belum sempat Kastina
menghabiskan kata-katanya, Encik Danish sudah bercakap dulu.
“Anak pak cik? Apa dah jadi dengan dia?
Dia kat mana sekarang ni?” Cemas Encik Danish.
“Pak cik jangan risau. Anak pak cik tak
ada apa-apa. Cuma dia masih pengsan dia wad kecemasan. Mungkin sebab takut
tengok darah. Pak cik datanglah sini untuk melihat keadaannya.” Kastina rasa kasihan
pula.
“Boleh anak tunggu sampai pak cik datang
tak? Pak cik nak ucap terima kasih pada anak bersemuka...” pinta Encik Danish
sambil berjalan ke kereta.
Kebetulan ketika itu dia mahu keluar
bersama isteri tersayang.
“Insya-Allah...” Talian ditamatkan.
“Kenapa Kast?” soal Syazwina.
“Ayah dia nak jumpa aku la. Macam mana
ni? Aku ni tak reti la nak layan cakap dengan orang tua ni. Dengan penampilan
aku hari ini...” Kastina jadi bimbang tiba-tiba.
“Yang kau nak risau sangat ni kenapa? Kau
pakai baju formal ke pejabat. Seperti wanita bekerjaya apa...” puji Syazwina.
Ketika ini Kastina memakai seluar slack
hitam dan sarungkan jaket hitam yang mengikut bentuk badannya. Tshirt putih
biasa di pakai di dalamnya. Nampak biasa tapi sangat anggun. Tudung warna putih
dipakai kemas.
“Aku nampak tomboi ke?” Kastina cemas
lagi.
“Kau tu nampak tomboi bila luar pejabat.
Itu aku akui...”
“Nasib baik...”
Mereka menunggu untuk beberapa seketika
sehingga Syazwina lupa pada Izz Irfan yang sedang menunggunya di kereta.
Disebabkan Syazwina pergi terlalu lama, Izz Irfan mengambil keputusan untuk ke
wad kecemasan...
“Syazwina...” panggil Izz Irfan apabila
melihat gadis itu duduk di kerusi luar wad kecemasan.
“Irfan...” Syazwina terkejut. Dia sudah
lupa pada lelaki itu.
“Kenapa lama sangat?” soal Izz Irfan.
“Sebenarnya...” tiba-tiba Syazwina
ternampak kelibat Kastina keluar dari wad tersebut. Mungkin mencarinya. Pantas
dia menarik lengan Izz Irfan agar mereka ke tempat yang sedikit tersorok.
“Kenapa ni?”Izz Irfan masih tidak
mengerti.
“Macam ni, Kastina dah jumpa dengan
Isfan...”
“Ye ke? Macam mana pula mereka berjumpa?”
punyalah pecah kepala aku fikir macam mana nak temukan mereka tapi
senang-senang je mereka bertemu.
“Itu aku tak tahu tapi sekarang Izz Isfan
dalam wad itu. Dia pengsan sebab tengok darah...” kata Syazwina.
Pada mulanya Izz Irfan cemas juga apabila
tahu adiknya berada dalam wad tersebut tetapi sebaik sahaja Syazwina sebut
mengenai darah. Dia faham sangat la.
Dia masih ingat punca Izz Isfan takut
darah...
“Ummi, kenapa ramai sangat orang?” soal
Izz Isfan kepada Puan Lidya yang ketika itu baru berusia 6 tahun.
“Adik ni, kan hari ni hari raya korban.
Jadi yang datang ni nak tolong sembelih lembu...” jelas Izz Irfan yang cepat
belajar.
“Sembelih tu kita bunuh lembu ke, ummi?”
soal Izz Isfan lagi.
Tiba-tiba Izz Irfan keliru. “Bunuh?”
Puan Lidya yang melihat anak-anaknya itu
yang sedikit keliru, dia pun menerangkan.
“Isfan dan Irfan, mari sini...”
Mereka berdua menghampiri ibunya itu.
“Dalam Islam kita tak panggil bunuh.
Bunuh itu untuk sesuatu yang kejam. Jadi kita panggil sembelih. Sembelih ni ada
caranya. Cara yang tidak menyakitkan haiwan itu mengikut cara Islam. Dah
faham?” Puan Lidya menerangkan secara ringkas.
“Jadi lembu tu kita sembelih la. Mesti di
leher ke ummi?” soal Irfan lagi.
“Ya, mesti di leher lembu. Jika di potong
di bahagian lain lalu lembu itu mati. Kita tak boleh makan. Itu dikira sebagai
bangkai dan haram untuk kita memakannya.”
“Ooo...”
“Kalau nak lebih faham, pergi pada Abi
kat belakang tu. Tengok sendiri macam mana lembu disembelih dengan cara
Islam...” arah Puan Lidya.
“Baiklah ummi!”
Mereka berdua berlari ke belakang rumah.
Mereka berdua datang lambat sedikit kerana sembelihan sudah dibuat.
“Darah!” Izz Isfan nampak darah yang
banyak.
“Kenapa adik? Darah je kan?” selamba Izz
Irfan.
“Darah!” Izz Isfan terus pengsan.
Sejak itu, Izz Isfan tidak akan
menyaksikan lagi jika ia dibuat di rumah. Dia menjadi fobia dengan darah.
Tangan sendiri terluka dan berdarah pun sudah mampu membuat dia pengsan.
Ingatan lalu biarkan berlalu.
“Jadi, adik aku okey tak?”
“Okey je. Kastina dah call ayah kau. Ayah
kau nak jumpa Kastina pula. Jadi apa kita nak buat ni?” soal Syazwina.
“Macam ni, baik kau jangan muncul depan
ayah aku. Nanti rosak rancangan kita...” cadang Izz Irfan.
“Okey...” Syazwina hanya mengikut.
“Kau menyorok dulu. Kita tengok apa yang
terjadi.” Syazwina hanya mengikut sahaja.
Kastina berlegar-legar di ruang Wad
kecemasan sambil memegang telefon bimbit
Izz Isfan. Dia mencari kelibat Syazwina tetapi tidak pula kelihatan.
“Mana minah ni?” geramnya.
“Cik...” sapa seorang lelaki.
Syazwina merenung lelaki itu. Nampak muda.
Dia nak mengorat aku ke? Boleh juga! Ya Allah! Sejak bila aku aku berperangai
gatal dan miang keladi ni. Sedarkan diri! Cepat! Sedarkan diri!
“Ya...”
“Ini telefon anak pak cik. Anak ke yang
selamatkan anak pak cik?” soalnya.
Oh, ini ayah mamat yang takut darah tu!
Apalah kau ni Kast! Bapak orang la! Kastina tersenyum. Malu dengan diri sendiri.
Muda sangat muka bapaknya. Manalah aku tak terpikat.
“Ya, Saya. Mari saya tunjukkan anak pak
cik.”
“Terima kasih.”
“Doktor kata, dia tidak apa-apa. Bila dia
dah sedar, boleh balik dah!” jelas Kastina.
“Terima kasih nak... Nama anak apa?” soal
Encik Danish. Kasihan melihat anaknya. Takut tengok darah sampai pengsan depan
perempuan. Malulah!
“Sama-sama. Nama saya Kastina.
Memandangkan pak cik dah ada kat sini, saya pergi dulu ye?” Kastina meminta
diri.
“Abang! Anak kita!” Puan Lidya baru
sahaja tiba di sini.
“Kastina, kenalkan isteri pak cik.” Encik
Danish sempat memperkenalkan pada isterinya.
“Ini ke perempuan yang selamatkan anak
kita? Terima kasih anak.” Puan Lidya
menggenggam tangan Kastina.
Kastina tersenggih.
“Sama-sama mak cik.” Balas Kastina. Awat mak
cik ni pun nama macam awet muda je. Semua muda-muda ni. Dia orang ni guna ilmu
apa sampai kelihatan muda. Macam vampire tu. Sentiasa nampak cantik dan segar.
“Nama anak apa?” soal Puan Lidya pula.
“Namanya Kastina, sayang.” Beritahu Encik
Danish. Dia kembali merenung anak lelakinya. Kepalanya tergeleng-geleng. Malu sungguh
dengan fobia anaknya itu.
“Kastina, nanti jemput datang rumah mak
cik. Tak ada apa yang dapat mak cik nak balas kecuali belanja makan.” Kata Puan
Lidya. Orang berbudi, kita berbahasa.
“Tak apa mak cik. Saya pergi dulu ya!”
Kastina bersalaman dengan Puan Lidya dan terus keluar dari wad kecemasan itu.
Dia tidak mahu tersangkut dengan keramahan orang tua tersebut. Dia tidak mak. Tiada
ayah. Jadi bila ada orang tua yang begitu baik melayannya membuat hatinya
sedih. Lupakan je la!
“Kast! Macam mana?” Sapa Syazwina. Dia
rasa rancangannya berjaya.
“Dah sampai pun mak ayahnya. Jom kita
balik!” ajak Kastina.
“Okey! Jom!” Mereka berdua bergerak ke
tempat letak kereta.
Manakala Izz Irfan masuk ke dalam wad
kecemasan untuk melihat keadaan adiknya. Kasihan sungguh!
“Irfan?” terkejut dengan kehadiran
anaknya seorang lagi.
“Abi, macam mana keadaan adik?”
“Okey je. Macam Ir tak tahu adik Ir. Kalau
nampak darah macam nampak apa entah. Boleh pengsan bagainya....” Encik Danish
tidak tahu cara terbaik mahu membendung rasa fobia darah anaknya ini.
“Nasiblah abi...”
Izz Irdan tersenyum. Rancangannya berjaya.
Baru nak update... Cepat sambung bab 17
ReplyDeleteBest... Bg diorg kahwin cepat2...
ReplyDeleteNext bab plz... Best..
ReplyDeleteBila nk smbung nie kak ??
ReplyDeleteakan di sambung...insya allah..
Deletetk sbar nya nk tnggu smbungan crita nie.... smbung lha cpat kak...
ReplyDeletecepatlah sambung...xsbr plk nk tau psl isfan n kastina tu...sambung lah cpt...
ReplyDeletekak...da setahun x update citer niy..cptla kak...plsss huhu
ReplyDeletemacam sadis je dah setahun tak update....akak minta maaf...sekarang baru akak betul2 nak fokus baca mss ni semula...sebab dah lama tinggal...akak dalam proses membacanya semula...mungkin akan ambil masa dan bermula bab 1 semula...banyak akan diubah...hihi terima kasih setia menanti...
DeleteAkak ada bt novel tak utk kau hak aku....nk bli
ReplyDeletePls sambung...best sangat ..
ReplyDeleteDah diterbit kan dlm novel dah ker?
ReplyDeleteBila nak sambung...Best citer nya
ReplyDeleteAkak bile nak sambung nie,bestlah cite dia menarik
ReplyDelete