Followers

Friday, 28 November 2014

11
Komen

KEKASIH TIDAK IKTIRAF 2

ASSALAMUALAIKUM... salam sejahtera... apa khabar semua? ini ria masukkan bab 2.. terima kasih pada yang komen sebelum ni. komen anda membuat saya lebih bersemangat nak sambung menulis cerita ini. nanti komen banyak-banyak. okeylah, saya tak nak membebel lagi. apa kata kita pergi terjah kisah 4 hati dan dua cinta ini...hihih semoga terhibur membacanya...


Auni menarik muka masam. Aku kena masuk bilik yang buat aku rasa lemas ni? Masuk aje la. Nak cari kerja lain susah. Ni dah dapat kerja. Jangan banyak songeh ye, cik Auni. Dia melangkah masuk ke dalam bilik majikannya, Noah Qushairy. Mereka menyambung kembali perbincangan yang tertangguh tadi.
“Kau faham tak?” soal Noah Qushairy untuk kepastian. Dia memandang wajah Auni yang begitu jelas mempamerkan mimik muka orang yang dalam kebosanan. Aku ciumkan mulut tu. Tak tahu nak senyum sikit. Tadi berbual dengan Pepero, boleh pula tersenyum manis bak madu.
“Aku faham, tuan muda…” jawab Auni. Wajah itu masih masam. Tiada senyuman langsung.
“Bagus!” Noah Qushairy tersenyum. Lantak kau la tak nak senyum! Janji aku rasa senang hati tengok kau ada depan mata aku. “Sekarang dah waktu lunch.”
Lunch! Makan! Okey, tuan muda, aku keluar dulu.” Dia tidak sanggup menghadap wajah Noah Qushairy yang sentiasa membuat hatinya berdebar bercampur rasa nak lari jauh-jauh dari mamat sengal ni. Tidak sanggup rasanya.
“Eh, siapa pula yang suruh kau keluar! Kau akan makan dengan aku!” arah Noah Qushairy.
Sengal punya tuan muda! Tak kan setiap masa aku kena hadap muka dia. Kalau tak berapa nak kacak tu, tak apa la. Tak la hati aku berdebar macam ni. Tapi ni kacak la. Tak sanggup aku melihatnya. Cepat betul tuan muda aku membesar ye? Dari budak yang terputus wayar jadi sekacak ini. Oh, tolonglah jangan jatuh cinta dengan mamat sengal ini!
“Aku dah janji dengan orang nak makan dengan dia.” Bohong Auni. Dia dah masak dan bawa bekal. Tak kan nak membazir nasi gorengnya yang sedap itu.
Selamba Noah Qushairy membuka kembali resume Auni. Matanya mencari maklumat yang dia mahukannya. Dah jumpa! Dia tersenyum.
“Bujang! Jangan nak kelentong aku. Kau ikut je aku!” geram Noah Qushairy.
“Eh, aku tak kelentonglah! Lagi pun dalam resume mana boleh tulis, ada teman lelaki. Dia boleh tulis bujang atau sudah berkahwin sahaja.” Auni tetap tidak mahu makan dengan Noah Qushairy. Hatinya masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Bagilah ruang untuk dia bertenang sedikit.
“Bohong!” tegas suara Noah Qushairy. Memang dia akui dalam resume mana boleh tulis macam itu tetapi dia tidak peduli. Dia nak Auni makan bersamanya.
“Ala…”
“Bohong!” Sekali Noah Qushairy menyebutnya.
“Aku…”
“Bohong!” Noah Qushairy bersuara tanpa bagi peluang pada Auni untuk bercakap.
“Tuan muda sengal!” geram Auni.
“Bohong!” Noah Qushairy masih selamba. Dia sudah biasa Auni memanggilnya begitu.
“Ya lah! Aku tak nak teman! Aku tak nak teman!” Sengaja Auni berkata begitu. Kalau tak setuju, hanya perkataan ‘bohong’ sahaja yang keluar dari mulut sengal tu. Tapi ada aku peduli. Aku nak juga makan nasi goreng aku.
Auni berdiri. Dia mahu pergi makan. Perutnya sudah lapar. Tak sempat dia nak sampai kedai, perut dah berbunyi ni. Dia terus keluar dari bilik tersebut.
“Eh!” Dia terkejut melihat pekerja-pekerja masih berada dalam pejabat. Belum lunch lagi ke? Dia memandang Noah Qushairy yang sedang galak ketawa kecil.
“Noah!” jerit Auni kegeraman. Dia kenakan aku. Belum lunch lagi tapi dia kata dah lunch. Memang sengaja minta hempukan percuma ni.
“Jangan la kenakan aku macam ni…” geram Auni. Dahlah dia tak sempat pakai jam hari ni. Telefon bimbit pula dalam beg tangan kat mejanya. Jam dinding? Tiada pula dalam pejabat ni. Kedekut ke nak beli? Tak apa, dapat gaji, aku sumbang satu jam dinding untuk pejabat ni ye…
“Bila masa aku kenakan kau? Memang dah lunch.” Noah Qushairy masih ketawa. Dia yakin kehidupannya lebih ceria pada masa akan datang dengan kehadiran Auni. Terima kasih Auni muncul semula dalam hidup aku yang penuh dengan kesunyian ini.
“Tengok jam kat telefon aku ni…” Noah Qushairy tunjuk telefon pintarnya.
“Eh, dah pukul 1.05 tengah hari. Kang dah lunch. Kenapa pekerja lain tak pergi makan?” soal Auni.


“Memang kat sini, kalau aku tak keluar pergi lunch, tak ada seorang boleh keluar. Hebat tak?” Noah Qushairy menunjukkan kuasanya yang sebenar.
“Hebat? Ini bukan hebat, tapi sengal!” geram Auni. Dia dah terkena tadi. Sakitnya hati.
“Mari makan dengan aku…” Noah Qushairy menarik tangan Auni. Dia tidak peduli jika Auni tidak bersetuju. Apa yang dia mahukan gadis itu makan bersamanya. Selama ini dia hanya makan seorang diri. Hanya Qayl Haseef satu-satunya kawan baiknya.
“Tak nak! Bekal aku!” jerit Auni.
Semua pekerja melihat mereka berdua dengan pandangan yang pelik.
“Aku kata ikut cakap aku!” geram Noah Qushairy.
“Aku tak nak! Tak nak!” Auni tetap dengan pendirian.
Semua pekerja makin galak melihat pergaduhannya. Noah Qushairy mula rasa malu.
“Semua pekerja boleh pergi lunch. Masuk kerja sebelum saya masuk pejabat. Keluar sekarang!” arahnya dengan tegas. Sekelip mata pejabat itu tiada orang.
“Pepero, jangan tinggalkan aku kat sini!” sempat Auni berkata begitu saat matanya terpandang Pepero yang semakin menghilang. “Kau ni  dah kenapa? Aku tak nak makan dengan kau. Aku nak makan nasi goreng aku.” Auni tetap dengan keputusannya.
“Okey! Sedap sangat ke nasi goreng kau tu sampai aku ajak makan dengan aku pun tak nak.”
“Sedap sangat!” geram Auni.
“Aku tak percaya. Jom ke pantry. Kita makan kat situ.” Noah Qushairy juga tidak mahu mengalah.
“Okey. Fine!”
Mereka berdua menuju ke pantry berhampiran. Auni membawa bekal makanannya.
“Banyaknya. Kau makan ke atau kau melantak?” soal Noah Qushairy apabila bekas makanan Auni agak besar. Ini macam tiga orang makan je. Perut raksasa ke ni?
“Peduli apa. Kau macam tak kenal aku…” Auni tersenyum. Dulu makan sopan-sopan depan kau. Sekarang, aku dah tak kisah sesiapa. Janji perut aku kenyang.
“Apa kau, kau? Tuan muda la…” Noah Qushairy membetulkan panggilan Auni. Dia tersenyum gembira kerana Auni tidak pernah berubah dengan sikapnya yang dulu suka makan.
“Ish, jemu aku nak panggil kau macam tu. Aku ingat aku tak akan sebut dua perkataan itu lagi.” Auni memandang Noah Qushairy. Benarkan dia menanti lelaki ini? Itu sebab aku masih tidak berkahwin? Aku tunggu dia ke? Hatinya keliru saat ini. Bersama Noah Qushairy membuat hatinya sentiasa berdebar.
“Jangan nak berangan la…” Noah Qushairy bercakap dengan nada yang kuat. Hatinya turut berdebar melihat renungan mata Auni padanya. Apa yang ada dalam fikiran Auni, dia sendiri tidak dapat menekanya. “Banyak cakap la kau ni. Aku nak rasa nasi goreng kau tu…”
Auni mengambil pinggan plastik yang ada dan mengisi sedikit nasi goreng yang di masak ini. Dulu masa bekerja dengan Noah Qushairy, dia selalu masak nasi goreng ni. Tak tahu la lelaki ini suka atau tidak.
Noah Qushairy mengambil sudi di tangan Auni. Auni merengus geram. Dia tersenyum melihat wajah Auni yang tak puas hati itu. Perlahan dia suakan sudu yang sudah ada nasi goreng itu ke mulutnya. Mengunyah dengan penuh rasa. Air wajahnya berubah.
“Macam mana? Sedap tak?” Auni menanti komen daripada Noah Qushairy. Berdebar pula rasa hati ini. Walaupun nasi goreng tetapi dia suka mendengar komen Noah Qushairy yang suka komen panjang lebar.
“Auni….” Panggil Noah Qushairy.
“Kenapa?” soal Auni yang makin berdebar. Jantung ni macam buat senaman pagi dah. Tapi sekarang dah tengah hari.
Noah Qushairy tidak menjawab. Hanya tangannya sahaja bergerak. Dia mengisi nasi goreng yang masih tinggal tiga per empat lagi. Dia ceduk nasi satu per empat ke dalam pinggan lalu menutup baki nasi goreng yang ada dalam bekas makanan. Dia pun berdiri.
“Kenapa ni?” Auni bertanya lagi. Dia tak puas hati. Dahlah sesedap hati curi aku punya nasi. Letak dalam pinggan dia. Selamba betul tuan muda aku ni.
“Ini untuk kau. Bekas ni aku ambil!” Noah Qushairy terus keluar dari pantry itu dan menuju ke biliknya.
Auni tergamam. Melihat Noah Qushairy berlalu pergi begitu membuatkan hatinya bertambah sakit. Yang sedikit ini ditinggalkan untuknya dan yang banyak dia ambil. Kau memang… Memang… Sengal! Sengal! Sengal punya Noah! Geram Auni.
Noah Qushairy yang berada dalam biliknya, menangis. Air matanya mengalir. Dia terlalu rindu untuk rasa masakan ini. Masakan yang hampir setiap hari dia makan dulu. Nasi goreng yang di masa oleh Auni.
“Sedapnya!” puji Noah Qushairy. “Alamak!” Dia terkaku melihat bekas makanan tersebut.
“Aku lupa ambik sudu. Nak makan dengan apa? Tangan?” Dia melihat tangannya. Bersih ke? Lantak la! Dia bangun lalu mengeluarkan sapu tangannya lalu di lap tangannya berkali-kali.
Selepas yakin bersih. Dia menyuapkan nasi ke mulutnya. Ya Allah! Sedap! Dalam sekelip mata sahaja makanan tersebut habis. Dia pergi ke pantry untuk membasuh tangan. Terkejut melihat Auni masih di situ. Masih bersisa nasi goreng dalam pinggan Auni.
“Eh!” Auni terkejut dengan kehadiran Noah Qushairy yang tiba-tiba muncul. Makin terkejut melihat bekas makanannya sudah kosong dengan keadaan tangan lelaki itu yang masih tidak dibersihkan. Kesan daripada makan nasi gorengnya. Makin sakit pula hatinya.
“Kau basuh ni…” Noah Qushairy hulurkan bekas makanan tersebut.
“Tuan muda yang makan, tuan muda yang kena basuh.” Auni tidak pedulikan Noah Qushairy. Hatinya sakit. Dahlah curi aku punya makanan, sekarang nak aku yang basuhkan. Memang tak la…
“Mujur aku suruh kau basuh bekas ni tau. Kalau aku suruh kau basuh tangan aku sekali ni, baru kau tahu.” Gurau Noah Qushairy.
“Sengal! Buat apa aku nak tolong basuh tangan kau.” Auni memandang Noah Qushairy yang berdiri di sebelahnya. Dia masih duduk sebab belum habis makan lagi.
“Auni Batrisyaria…” Noah Qushairy tundukkan wajahnya dan dekatkan dengan muka Auni.
Auni menelan liur melihat wajah yang dekat dengannya itu.
“Jangan salah faham. Aku bukan minta tolong kau. Tapi aku arahkan kau.” Sambung Noah Qushairy seakan berbisik tetapi mampu didengari oleh Auni dengan jelas sekali.
“Sengal!” geram Auni.
Noah Qushairy ketawa kecil mendengar perkataan itu. Dia suka Auni yang menyebutnya. Dia menuju ke singki untuk membasuh tangannya tetapi perbuatannya terhenti apabila Auni bangun sambil meletakkan bekas makanan dalam singki.
Ke dua belah tangan Auni di letakkan di sisi Noah Qushairy. Mengunci pergerakan Noah Qushairy. Auni tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Dia bisikan sesuatu ke telinga Noah Qushairy.
Noah Qushairy tergamam. Tanpa di paksa, tangannya sendiri mencuci bekas makanan tersebut. Dia terbuai dengan kata-kata Auni. Dia tak tahu sejak bila Auni berani berbisik begitu padanya. Sungguh membuatkan dia tidak mampu untuk melawan kata gadis ini.
Auni tersenyum.
Selesai membasuh bekas makanan tersebut, Noah Qushairy terus pergi dari situ. Dia benar-benar malu. Tak pernah seumur hidupnya rasa malu seperti sekarang.
Kali ini Auni rasa dia dah berjaya buat tuan muda sengal itu terdiam. Dia menyambung makan dengan penuh rasa nikmat. Gembira punya fasal.
Noah Qushairy rasa malu dan kerana malu itu dia menjadi makin sengal. Siap kau, Auni. Boleh kau kenakan aku macam tu! Siap kau!


KINI sudah seminggu Auni bekerja di situ. Macam-macam yang Noah Qushairy buat untuk membulinya. Hari isnin, dia gagahi juga untuk ke tempat kerja.
“Assalamualaikum kak…” Hasya menegur Auni. Dia mula rapat dengan Auni. Kadang-kadang kami lepak bersama untuk hilang stress. Boleh tahan juga brutal kak Auni. Dia suka berkawan dengan wanita ini.
“Waalaikumusalam Hasya.” Lemah gaya Auni menjawabnya.
“Akak sihat hari ni?” berkerut dahi Hasya.
“Akak sihat, cuma tak sihat bila tengok…” Belum sempat Auni bercakap lagi, seorang lelaki tiba di tempat mereka berbual.
“Selamat pagi Hasya…” sapa Noah Qushairy.
“Selamat pagi Tuan Muda Sengal!” balas Hasya.
Auni terkejut mendengarnya.
“Hasya, awak tak payahlah nak panggil saya macam tu lagi sebab dah ada orang yang akan panggil saya macam tanpa disuruh pun. Automatik tau. Awak panggil je saya, Noah.” Sempat Noah Qushairy menjeling pada Auni.
Auni membuat muka. Dia sedar orang yang dimaksudkan oleh Noah Qushairy adalah dirinya. Mengada-ada! Geram Auni dalam hati.
“Hasya, akak pergi dulu. Nanti bos mengamuk pula lambat masuk.” Auni terus berlalu pergi.
“Saya pun nak pergi ni. Jumpa lagi, Hasya!” Noah Qushairy berlari mengekori Auni.
Hasya hanya gelengkan kepala melihat perangai Auni dan Noah Qushairy. Hari ini dia akan bertugas seorang diri sebab pak cik Reeza ada temu janji dengan doktor. Jadi akan masuk lambat sedikit. Dia hanya menjaga kaunter.
“Assalamualaikum, Dato. Apa khabar?” Hasya menegur ketua besar syarikat ini.
“Waalaikumusalam. Khabar baik. Ayah kamu, sihat?” soal Dato Qayyim.
“Sihat, Dato. Bulan depan ayah baliklah.”
“Jadi, kamu ada tiga minggu lagi kerja kat sini?” soal Dato Qayyim. Dia suka melihat wajah yang menyimpan seribu bahasa.
“Ya. Dato.”
“Tak apa la. Saya pergi dulu ya…” Dato Qayyim terus berlalu.
Hasya hanya angguk kepala tanda mengerti. Baru setengah jam dia duduk di kaunter, tiba-tiba seorang lelaki masuk ke ruangan lobi itu dengan terburu-buru. Dia mula buat pengecaman. Adakah dia pekerja di sini? Bukan?
“Tunggu!” Panggil Hasya. “Saya tak pernah tengok encik. Encik ada urusan apa ke syarikat ini?” Memang sudah menjadi kebiasaannya menanyakan kepada orang yang masuk ke ruangan syarikat ini. Dia akan meminta mereka menulis nama, nombor kad pengenalan dan atas urusan apa di buku khas yang disediakan. Barulah dia boleh membenarkan masuk.
“Peduli apa aku kalau kau tak pernah tengok aku. Aku pun tak pernah tengok kau.” Lelaki itu membalas percakapan Hasya. Aku tengah tak ada mood, boleh pula minah ni cari fasal dengan aku. Dahlah pakaian macam jantan. Pakai tudung tapi tak tutup dada. Baik tak payah pakai! Dia mula memberi tanggapan negatif di pertemuan pertama mereka.
“Saya hanya jalankan kerja saya sahaja. Encik jangan nak cari gaduh dengan saya pula.” Geram Hasya. Aku tanya elok-elok, kau marah aku. Jangan ingat kau seorang ada perasaan marah. Aku pun ada tapi ayah aku selalu ajar, sabar. Sabar dan sabar.
“Peduli apa aku!” Lelaki itu tidak pedulikan Hasya. Dia terus berjalan masuk.
“Encik tunggu!” Panggil Hasya. Lelaki itu sudah masuk ke dalam lif. Dia tidak sempat mengejarnya. Dia menunggu di depan pintu lif. Tingkat berapa mamat kerek ni naik? Alamak tingkat 15. Baru aku nak kira-kira naik ikut tangga tapi kalau tingkat ke 15, tak payah berangan la. Naik lif aje la. Senang.
“Kenapa Hasya?” tegur Salina yang menjaga depan kaunter depan. Ini bahagian Dato Qayyim. Dato Qayyim? Apa dia nak buat dengan Dato Qayyim? Pembunuh berseri? Ye ke ni? Aku kena selamatkan Dato.
“Kak Salina, ada nampak lelaki yang berpakaian formal. Tali lehernya warna merah tu?”
“Oh, ada! Dia masuk bilik Dato.”
“Apa?!”Hasya terus berlari ke bilik Dato Qayyim. “Dato!” jerit Hasya. Dia menolak tubuh lelaki itu dari dekat dengan Dato Qayyim. “Kau jangan apa-apa kan Dato. Kau langkah mayat aku dulu sebelum kau sentuh Dato!”
Dato Qayyim yang tergamam dengan kemunculan Hasya. Hasya anggap lelaki itu penjahat ke? Tiba-tiba Dato Qayyim ketawa kecil. Makin comel pula si Hasya ni.
Hasya keliru. Kenapa Dato ketawa? Dia bagi asap ketawa macam cerita Batman? Tanpa sedar, Hasya terlalu dipengaruhi cerita-cerita di kaca tv.
“Papa, apa kena dengan manusia seorang ni?” geram Qayl Haseef. Dari tadi ikut aku. Lepas tu, berlagak nak jadi superhero. Kalau perempuan tu, tetap perempuan. Masuk dapur juga.
“Papa?” Hasya rasa mahu pitam. Ayah, maafkan daku. Mesti aku kena buang kerja ni.
“Hasya, bertenang. Ini anak saya, Qayl Haseef. Dia baru pulang dari Mesir. Jadi, Hasya tak pernah jumpa dia la. Tapi kalau ayah Hasya, pasti kenal.”
“Ayah dia siapa, papa?” soal Qayl Haseef.
“Pak Cik Rayyan kamu la.” Dato Qayyim berkata. Kelihatan Qayl Haseef hanya selamba.
“Mesir?” Hasya masih memikirkan nama tempat yang disebut itu. Mesir di Arab Saudi ke? Tak ada ciri-ciri orang alim pun. Kasar dan kurang ajar, banyak la.
“Papa buang aje pekerja ni.” Sombong Qayl Haseef. Dia tidak suka tengok penampilan perempuan tersebut. Matanya merenung tajam wajah Hasya.
“Hasya ke? Kecil je kesalahannya. Tak payah nak buang kerja la.” Dato Qayyim tersenyum. Kasihan melihat Hasya. Dia kan tak kenal anaknya. Wajarlah dia bertindak seperti itu.
“Kalau papa tak nak buang dia, nanti esok lusa Qayl jadi pengganti papa, Qayl akan pastikan dia akan dipecat serta-merta.” Qayl Haseef menunjukkan muka tak puas hatinya.
Manakala Hasya rasa tidak senang hati. Pekerjaan ini penting bagi ayah. Aku cuma hanti ayah sahaja. Untuk sementara. Ayahkan pergi bercuti. Mendengar kata-kata lelaki sombong, bongkah, angkuh dan sewaktu dengannya ini membuat dia rasa mahu membela diri.
“Tapi…” Hasya tidak tahu pula nak cakap apa.
“Hasya, kamu keluar dulu.” Arah Dato Qayyim
“Baiklah. Saya minta maaf Dato. Kalau macam tu saya keluar dulu…” Hasya mengikut arahan dan terus berlalu pergi.
“Papa, saya nak pergi jumpa Noah kejap. Lunch kita makan sama. Saya tunggu dalam kereta sahaja.” Kata Qayl Haseef.
Dia bersalaman dengan Dato Qayyim dan terus meninggal ayahnya itu. Dia berjalan menuju ke jabatan sumber manusia. Dia mahu berjumpa dengan Noah Qushairy, sahabatnya.
Pasti banyak cerita yang mahu diceritakan. Dia tidak sabar mahu berjumpa dengan lelaki itu.
“Kau ni dah kenapa?” marah Auni.
“Kau! Kau! Kau! Tuan Muda la. Selagi kau tak panggil aku macam tu. Aku tak kan dengar alasan kau.” Geram Noah Qushairy. Asyik nak melawan cakap aku je. Kang aku karate baru tau.
“Tuan muda yang budiman. Saya dah minta sign tuan muda sejak Jumaat lalu. Kenapa tuan muda yang sengal ni tak sign lagi!” geram Auni. Suaranya dikeraskan. Matanya terbeliak memandang majikannya sendiri.
“Nanti aku sign la. Oh, ya! Aku nak kau beli pen baru untuk aku. Baru aku sign. Kalau tak, aku tak nak sign. Semua bergantung pada kau.” Noah Qushairy tersenyum nakal.
“Apa kejadah pula bergantung pada aku pula? Kau kan kaya. Tak kan tak mampu nak beli pen sendiri. Ish, sengal betul mamat ni!” makin membara geram Auni. Pen pun nak aku beli? Apa ke benda ni? Itu bukan tugas aku.
“Aku nak pen baru!”
“Okey. Aku pergi ambil stok pen baru. Sepuluh pun boleh! Kau nak berapa batang?” soal Auni dengan garangnya.
“Aku tak nak! Aku nak kau beli kat kedai.” Balas Noah Qushairy.
“Ya Allah! Kau sabarkan la hati aku. Kau bukakanlah hati Noah Qushairy agar dia tidak berkelakuan seperti ini. Menyusahkan orang lain yang mahu menyiapkan kerja. Amin..” Doa Auni kuat-kuat. Biar mamat kat depan ni sedar sikit akan tanggungjawabnya. Kena sign dokumen tu cepat-cepat.
“Amin… Terima kasih doakan untuk saya. Sekarang kau boleh keluar…” Noah Qushairy tersenyum.
“Ya Allah!” Auni keluar. Dia beristighfar dalam hati.
Qayl Haseef yang tengok dari jauh, hanya tersenyum. Sempat Auni tersenyum pada Qayl Haseef dan sempat juga Noah Qushairy melihat senyuman tersebut. Hatinya mula cemburu. Dengan aku, tak pernah nak senyum. Stapler mulut kang! Geramnya.

“Assalamualaikum…” Qayl Haseef memberi salam. Gilirannya tersenyum pada sahabat karibnya itu.

11 comments:

  1. 1. Ya Allah sabar la dgn si TM ni..
    Hal la..
    Nasib awak la auni..
    Huhuhuhuhu..
    Klu dh sengal memang sengal sampai ke sudah...
    Btw best2!!!!!
    Hehehehehhe

    ReplyDelete
  2. Cbah-NanaoShirahane aka HarukichiHamadaSaturday, November 29, 2014 1:56:00 am

    No9-
    Hihihi cerita makin menarik..

    ReplyDelete
  3. Nak bab 3 pula,boleh tak cik penulis? Hihi

    ReplyDelete
  4. (8) wah ceritanya semakain menarik minat sy membaca.. tak sabar nak baca bab seterusnye.. terbaik.. boleh sambung lagi tak.. tq.. ^_^

    ReplyDelete
  5. (12) kut?
    Hilang mood dh nak komen.. :(
    First baca hanya satu word yg ada dlm kepala..sengal..mmg sengal lh Noah ni! Sengal yg teramat..
    Cute!!! Suka tgk Noah malu!! ingatkan x tahu malu..ahaahah..
    Aip..baca je ada unknown mengutuk tu dh tahu sapa tu..Qayl Qayl...berlagak betul...betul kata Hasya ..mmg x de rupa student Mesir..
    Lupa point yg ni..apa yg Auni ckp kat tm sengal tu eh? Terbaiklh Auni..dpt gak buat dia diam..nak jgk tahu apa yg dia ckp..
    Suka tgk Hasya..anak yg baik..
    Utk akak writer yg cute : cabaran tahun ini, buat Izzah jatuh cinta kat Qayl Haseef...hihihi...jalan crt dia makin best..enjoy sgt2..all the best..fighting!!! Bye tuan muda tm sengal...haha...

    ReplyDelete
  6. (7).haha..lawak lh diorng ni...mmang sengal btul si noah ni.kesian auni-ainaa najihah-

    ReplyDelete
  7. (4)
    hahaha.... TM sengal !!!!
    jahat taw buli auni je...hihi sabar je auni lyan si noah nie... mcm2 die kena kn auni...
    alahai.. nangis lak si TM dapat mkn nasi goreng yg auni bt...
    kuikui...
    comel nye bila hasya dtg selamat kn dato...hihihi
    aiyokkk... qayl dtg da jgn di ngowat auni da... mau mrah noah nti...
    da lah snyum je pon die da jelez...hihihj
    *so sweet...best..

    ReplyDelete
  8. (Putri)
    Best2 kak.... wahhh smpai hati tuan muda nie... ksian auni... hihi... sweet laa diorang niee.... suka2...

    ReplyDelete
  9. HelianthusLV


    Nice..wpun ada typo kikiki

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi