Followers

Tuesday, 27 October 2015

10
Komen

CALON SUAMI KE DUA bab 10

Khusnul Syakinah cuba bersabar. Apa kena dengan nenek Khair ni? Nak marah-marah macam aku nak memusnahkan rumah dia lagaknya. Ya Allah, sabarkanlah hati aku yang mungkin akan hilang kesabarannya.
“Saya…” Khusnul Syakinah cuba mempertahankan dia.
“Saya apa? Kau tu orang gaji. Jangan sesekali melawan cakap aku. Aku tak suka orang gaji duduk atas sofa mahal aku ini.”
Nenek Ju memandang Khusnul Syakinah dan Puan Siti dengan mata yang terbeliak. Mahu terkeluar mata tersebut jika tidak ditutup sedikit.
Ya Allah, sombongnya orang di hadapan aku ini. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong. Aku pernah terbaca, orang yang sombong itu akan datang pada hari kiamat berupa orang sekecil semut diliputi oleh kehinaan dari segala tempat. Mereka masuk neraka dan diberi minum dari thinatul khabaal, yakni darah bercampur nanah dari ahli neraka. Ya Allah, azabnya.
Khusnul Syakinah rasa sangat kasihan terhadap perempuan tua di hadapannya.
Puan Siti hanya diam sahaja. Jika dia yang bercakap nanti, jadi lain. Dia tahu marah itu tidak elok. Marah itu membuat orang itu lebih lemah.
“Puan, saya datang ke sini bukan untuk menjadi orang gaji. Tapi kalau betul pun saya nak jadi orang gaji, saya tak kan rela bekerja di rumah puan.” Khusnul Syakinah berdiri. Begitu juga Puan Siti.
Khair rasa bersalah. Apa yang berlaku ini? Janganlah Khusnul salah faham dengan semua ini. Khair benar-benar risau. Tambahan pula melihat Khusnul Syakinah dan Nenek Ju bergaduh.
“Grandma. Mari Khair kenalkan. Ini Khusnul Syakinah dan ini ibunya. Dia bakal isteri Khair.” Jujur Khair. Dia harap Nenek Ju faham dengan kehendak cucunya.
“Ini bakal isteri Khair?”
Lagi sekali Nenek Ju melihat ke arah Khusnul Syakinah. Dari atas sehingga ke bawah. Tiada ciri-ciri yang layak untuk menjadi isteri cucunya.
“Ya, grandma…” Khair meraih tangan Nenek Ju.
“Kamu dah masuk meminang dia?” tanya Nenek Ju.
“Belum lagi, grandma. Khair baru je melamar. Khusnul pun belum beritahu jawapannya. Katanya nak kenal keluarga Khair dulu.” Jelas Khair.
“Khair! Aku balik dulu la!” Khusnul Syakinah mula rasa tidak selesa.
“Eloklah balik! Kau berdua tidak pernah diundang ke rumah aku ini. Aku harap kau tak terima lamaran cucu aku ni. Sebab apa? Sebab kau sikit pun tak layak untuk bersama cucu aku.” Angkuh Nenek Ju. Dia memeluk tubuh sambil merenung tajam pada Khusnul Syakinah.
Hati Khusnul Syakinah rasa sakit.
Khair rasa sakit hati dengan kata-kata Nenek Ju. Selalunya Nenek Ju akan memahami apa yang dirasainya. Kenapa kali ini tidak?
“Puan, saya tahu saya tak layak pun untuk Khair. Tidak setaraf tapi satu sahaja saya nak cakap. Puan jangan terlalu sombong dan angkuh dengan semua yang puan miliki. Kalau Allah nak tarik, sekelip mata sahaja, Puan. Macam ni.” Khusnul Syakinah memejamkan mata lalu membukanya.
Kemudian, dia memetik jarinya.
“Pejam mata seketika dan terus hilang harta Puan. Sebab apa, Puan sudah dipanggil oleh Allah. Di sana nanti, semua ini tak ada. Hanya tiga perkara sahaja akan dibawa mati. Doa anak yang soleh, amal kebaikan kita iaitu sedekah dan ilmu kebaikan yang kita tinggalkan di atas dunia ini. Kalau tiada tiga perkara ini, sila muhasabah diri Puan semula.”
Nada suara Khusnul Syakinah rendah. Dia tidak mahulah di katakan kurang ajar dengan orang tua.
Nenek Ju tersentak.
“Ibu, mari kita balik!” ajak Khusnul Syakinah.
Makin lama dia di sini, makin rasa membara marahnya di dalam hati. Ingat orang hadap sangat dengan harta kau. Ingat orang susah macam aku ni, tak ada harta. Maaflah, kau salah. Orang susah macam aku ni, harta yang paling berharga adalah keluarga aku sendiri yang selalu berada di sisi susah atau senang.
“Khusnul!”
Khair rasa bersalah. Dia memang tidak menyangka yang Nenek Ju akan berada di rumah. Dia memang silap memilih hari. Kasihan Khusnul Syakinah.
“Khair, aku minta maaf. Aku rasa aku kena fikir banyak kali untuk bersama kau.” Luah Khusnul Syakinah.
“Khusnul, keluarga aku memang macam ni tapi aku yakin yang aku akan jaga kau dengan baik. Aku janji.” Khair berusaha meyakinkan yang Khusnul Syakinah akan bahagia dengannya.
“Tidak Khair! Perkahwinan ini bagi aku sangat suci. Jika aku berkahwin dengan lelaki itu, maknanya aku berkahwin dengan keluarganya. Aku kena terima seadanya keluarganya seperti mata aku terima suami seadanya. Ini bukan boleh buat main. Ini ketentuan hidup aku di masa hadapan.”
Panjang lebar penerangannya tetapi Khair langsung tidak ambil peduli dengan kata-katanya.
“Khusnul, jangan macam ini. Aku dah berusaha untuk memiliki kau. Janganlah macam ni.” Rayu Khair.
“Hey, perempuan! Kau buat apa pada cucu aku ni? Sehingga dia sanggup merayu pada kau. Kau dah sihir cucu aku ke? Perempuan tak guna!”
Tiba-tiba Nenek Ju muncul dengan wajah yang sangat marah. Dia tidak akan senang-senang biarkan Khusnul Syakinah memperendahkan darjatnya.
“Sihir? Banyak kerja lain yang lebih berfaedah daripada menyihir orang. Tadi sombong, ini memfitnah pula.” Geram Khusnul Syakinah.
“Khair, tolong bantu nenek kau ni. Aku takut sangat kalau dia tidak sempat insaf. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Mari ibu!”
Ajak Khusnul Syakinah apabila Puan Siti sudah menahan teksi yang lalu depan banglo Khair.
“Khusnul!” Panggil Khair.
Pecah terus ingatan Khusnul Syakinah pada peristiwa di rumah Khair. Dia rasa berbelah bagi sama ada masih mahu berkawan dengan Khair atau tidak. Dia tidak mungkin akan menerima Khair kerana dia rasa itu bukan dunianya. Dunianya hanya sederhana sahaja. Mahu hidup dalam ketenangan.
“Aku dah nak balik ni.” Khusnul Syakinah berkata.
“Aku hantar kau balik?” soal Khair.
Dia dapat rasakan kedinginan dalam layanan dan perbualan Khusnul Syakinah padanya. Mungkinkah kerana peristiwa di rumahnya tempoh hari.
Selepas Puan Siti dan Khusnul Syakinah pulang.
“Apa yang Grandma buat ni? Malukan Khair sahaja!” Dia agak marah.
“Perempuan tu tak guna. Kurang ajar. Macam tu nak jadi menantu dalam keluarga ini. Kalau mama dan papa Khair tahu, musnah hidup perempuan tu.” Nenek Ju ingatkan Khair.
“Khair tidak akan benarkan papa dan mama tahu. Untuk pengetahuan grandma, Khair mogok dengan grandma.”
Khair terus berlari masuk ke biliknya. Dia geram pada Nenek Ju. Pada masa yang sama, dia takut Khusnul Syakinah diapa-apakan oleh papa dan mamanya. Apa yang harus aku lakukan?
“Tak apa, Khair. Aku boleh naik bas macam biasa.” Tolak Khusnul Syakinah. Makin gelisah dia berdiri berdua bersama Khair. Tambah-tambah petang-petang seperti ini.
“Tak apa. Aku hantar ye?” Khair memujuk lagi.
“Tak apa…”
Khusnul Syakinah mula melangkah ke perhentian bas. Dia bernasib baik sebab ketika dia sampai di perhentian bas, bas pun tiba. “Khair, aku balik dulu.”
Tidak sempat Khair mahu berkata apa-apa Khusnul Syakinah sudah naik bas yang sesak dengan manusia itu. Tidak mungkin dia akan naik kenderaan tersebut.
Khusnul Syakinah, kau akan jadi milik aku. Tetap akan jadi walaupun terpaksa aku gunakan cara halus…
Iqram yang melihat dari jauh mula rasa lega. Suka melihat Khusnul Syakinah tidak melayan Khair.
Padam muka kau. Kau ingat Khusnul suka kau? Tak mungkin la. Sebab dia dah jatuh hati dengan sikap aku yang romantik ni.
Dia mahu berjumpa dengan Khusnul Syakinah di kawasan perumahan gadis itu tetapi telefonnya berbunyi.
“Assalamualaikum, angah.”
“Waalaikumusalam mama. Kenapa ni?” soalnya cemas. Puan Shima tidak pernah pula menghubungi waktu petang seperti ini. Ada apa-apa yang berlaku ke?
“Boleh angah balik sekarang tak, mama nak masak tapi kunyit tak ada. Boleh belikan mama serbuk kunyit?” pinta Puan Shima. Biasanya anaknya akan makan di rumah. Dia baru sahaja mahu membuat ayam goreng tetapi serbuk kunyit habis.
“Baiklah mama…”
Talian ditamatkan.
Khusnul Syakinah, kita jumpa esok. Kau nanti sahaja aku datang.
Iqram mahu ke kedai membeli kunyit tetapi dia mengambil keputusan untuk ke kedai berhampiran rumah Khusnul Syakinah. Dia yakin yang Khusnul Syakinah selalu ke kedai tersebut.
Dia masuk ke kedai runcit tersebut.
“Kunyit… Kunyit… Kunyit…”
Sebut Iqram. Matanya meliar mencari sebuk kunyit Adabi. “Mana kau ni kunyit? Mama aku nak masak ayam goreng ni. Tunjukkan diri kau!”
Iqram bercakap seorang diri.
Tiba-tiba ada serbuk kunyit depan matanya.
“Khusnul!” Terkejut Iqram. Dia memang tidak menyangka yang Khusnul Syakinah akan ambilkan dia kunyit.
“Tak payah nak terkejut sangat. Nak serbuk kunyit. Kalau kau seru banyak kali pun memang dia tak kan datang. Jadi aku hulurkan untuk kau.” kata Khusnul Syakinah.
Khusnul Syakinah singgah ke kedai runcit ini untuk membeli sabun mandi. Dia guna sabun susu kambing Shurah.
Iqram nampak sabun tersebut. Patutlah bau wangi. Itulah ciptaan Allah. Walaupun kambing tu bau busuk tapi susu dia tu wangi. Apa aku mengarut ni?
“Terima kasih.” Ucap Iqram. “Saja aku nak seru. Mana la tau dia betul-betul datang depan mata aku.” Iqram ketawa kecil. Dia rasa lucu dengan kata-kata sendiri.
Khusnul Syakinah terus berlalu pergi.
Kali ini Iqram pulang ke rumah dengan perasaan gembira. Gembira dapat bercakap dengan Khusnul Syakinah walaupun seketika sahaja.
“Mama, ini serbuk kunyitnya…”
“Pandai angah beli…”
Puji Puan Shima. Dia tahu sangat sikap anaknya yang tidak suka pergi membeli barang sebab tak reti memilih. Kalau tidak dua tiga jam, mesti tak sah. Mujur beli telefon untuk Khusnul Syakinah tidak mengambil masa yang lama. Kalau tidak, tak tutup kedai tu tunggu Iqram membuat pilihan.
“Janganlah sindir angah, mama. Malulah!” Iqram duduk di kerusi ruang dapur. Dia mengambil garpu dan makan buah epal yang dipotong oleh Puan Shima.
“Ala, macam la mama tak kenal anak mama. Pilih barang sama lama dengan buat barang. Aduh!”
Puan Shima menepuk dahi. Dahsyat sangat perangai anaknya itu.
“Mama ni, sampai tepuk dahi. Sabarlah mama…”
Akhirnya dua beranak ketawa gembira.


KHUSNUL SYAKINAH menuju ke kedai runcit yang tidak berapa jauh dari rumah. Hanya berjalan dalam sepuluh minit sahaja, dia sudah sampai. Puan Siti memintanya membeli beberapa barang dapur yang sudah habis.
Rupa aku je tiap-tiap hari datang kedai runcit ni. Semalam dah datang. Hari ni pun sama. Tak apa. Dah nak beli barang. Dia tersenyum.
“Khusnul Syakinah…” panggil Iqram.
Selepas sarapan, dia terus ke sini. Semasa dia melalui jalan ke rumah Khusnul Syakinah, dia ternampak gadis itu berjalan sendirian sambil tersenyum. Apa yang diingatinya dia sendiri tidak tahu. Dia rasa cemburu pada orang yang berjaya membuat Khusnul Syakinah tersenyum.
Khusnul Syakinah tersenyum lebar apabila teringat akan kakak tirinya, Saidah yang sudah banyak berubah. Kini, kakaknya itu dipinang oleh seorang ustaz. Dah jodoh. Dulu aku pernah berdoa yang aku juga mahu dijodohkan dengan lelaki yang kuat agama tetapi masih tidak berjumpa. Hanya lelaki ini sahaja…
Wajah Iqram di lihat dengan pandangan mata yang sangat sayu. Sedih melihat lelaki yang terkejar-kejar dirinya. Entah apa yang ada dalam dirinya sehingga lelaki itu begitu sukakan dirinya.
“Assalamualaikum…” kata Khusnul Syakinah. Dia terusan berjalan tanpa pedulikan Iqram. Dia sempat menjeling lelaki itu yang turun dari kereta dan mengejarnya.
“Waalaikumusalam. Aku ada perkara nak cakap dengan kau.” Iqram rasa hatinya berdebar. Memang dulu hanya dendam cinta ada dalam hatinya tetapi melihat Khusnul Syakinah yang tidak pernah melayan lelaki lain seperti yang dikatakan oleh Amar membuatkan perasaaan cinta itu ada untuk Khusnul Syakinah.
“Apa dia?”
Khusnul Syakinah mula rasa tidak selesa. Lelaki itu makin mendekatinya. Apa hal berjalan dekat-dekat dengan aku ni? Dia mula membebel dalam hati dan mempercepatkan langkahnya.
“Macam mana aku nak cakap, kau jalan laju sangat.” Iqram mengeluh melihat Khusnul Syakinah yang berjalan seperti mahu mengajaknya berlumba. Laju betul berjalan.
“Okey…”
Khusnul Syakinah perlahankan langkahnya.
“Sebenarnya aku nak tanya, kenapa kau tak terima pemberian aku?” Iqram memandang wajah Khusnul Syakinah. Langkah gadis itu terhenti.
“Pemberian apa ni?” Khusnul Syakinah sedikit keliru. Ada ke dia beri apa-apa?
“Telefon ni!”
Iqram tunjuk telefon pintar yang dibelinya khas untuk Khusnul Syakinah. Kalau Khusnul Syakinah tak ambil, sia-sia aku keluar malam buta semata-mata mahu belikan untuknya. Ini yang aku panas ni!
“Aku nak tanya, kau beli telefon ni guna duit siapa?”
Khusnul Syakinah bertanya. Ingat aku ni nak sangat ke telefon tu? Harta orang, aku tak terliur la. Tak hadap pun.
“Aku beli guna duit aku la. Kau dah kenapa tanya soalan macam ni.”
Iqram rasa pelik dengan pertanyaan Khusnul Syakinah. Mestilah guna duit aku. Tak kan guna duit jiran sebelah rumah aku pula.
“Jadi, itu kau punyalah. Bukan aku.”
Khusnul Syakinah berkata sambil menyambung langkah yang terhenti seketika tadi. Malas mahu melayan calon suami ke duanya ini. Banyak sangat songeh.
“Memang aku yang beli tapi aku bagi kau. Aku nak nombor telefon kau.” kata Iqram.
Langkah Khusnul Syakinah terhenti kembali. Dia memandang wajah Iqram yang kelihatan serius.
Iqram nak nombor telefon aku? Buat apa? Penting sangat ke nombor telefon aku ni. Kejap! Kejap! Kenapa nak bagi telefon sedangkan aku dah ada telefon aku sendiri?
“Boleh tak?”
Iqram bertanya lagi apabila melihat Khusnul Syakinah tidak memberi sebarang tindak balas. Tak akan aku minta nombor telefon dia nak terkejut macam ni?
“Aku kan dah ada telefon, buat apa nak bagi telefon lagi.”
Dahi Khusnul Syakinah berkerut. Telefon cikai aku tu masih berfungsi elok je. Tak pernah rosak pula.
“Aku tak pernah tengok pun kau guna telefon…” Iqram garu kepala.
“Aku ada la!”
Khusnul Syakinah keluarkan telefon bimbit dari poket baju kurungnya. Telefon paling murah yang dibeli dengan gaji pertamanya itu Nokia cikai. Nombor sirinya aku dah lupa. Yang penting, telefon ni boleh jawab panggilan dan balas mesej orang. Walaupun harganya rm60 sahaja.
Tersentak Iqram melihat telefon tersebut. Masih ada lagi ke orang nak guna telefon macam ni? Dia tidak puas hati dengan cara Khusnul Syakinah menunjukkan telefonnya.
“Kau ni tak ada cita rasa ke? Belilah yang elok sikit.” Iqram rasa geram.
“Sedapnya hati kau mengutuk cita rasa aku… Suka hati aku la. Kau ingat semua orang mampu macam kau. Boleh beli apa sahaja. Syukurlah ada orang jual telefon bimbit dengan harga rm60. Kalau tak, sampai sekarang aku tak ada telefon tau!”
Giliran Khusnul Syakinah pula rasa geram.
Sesedap hati dia kutuk harta aku. Ini harta pertama aku miliki tau. Kalau kau kutuk lagi, aku buat smackdown untuk kau. Padan muka! Bisik hati Khusnul Syakinah.
“Okey. Aku minta maaf ye.”
Khusnul Syakinah merenung wajah Iqram yang meminta maaf. Mencari sinar keikhlasan.
“Okey, aku maafkan.”

Khusnul Syakinah berjalan semula. Bilalah aku boleh sampai kedai. Jalan sikit berhenti. Jalan sikit berhenti. Dia mengeluh.

MAAF LAMBAT SAMBUNG CERITA INI...SEBENARNYA MINI NOVEL INI YANG BERMUKA SURAT 250 INI AKAN DIHANTAR KE PENERBIT UNTUK DINILAI....DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK CERITA NI... I UPDATE SAMPAI BAB 15 SAHAJA YE...SEBAB DIA ADA 20 BAB SAHAJA HIHIHIHI SEMOGA TERHIBUR MEMBACANYA....

10 comments:

  1. Replies
    1. ada tapi ada kesulitan sedikit nak sambung...maaf...

      Delete
  2. Bila smbgnnya saya ni baru jer singgah blog ni tpi saya dh baca semua yg awk tulis ..... best gilllleeerrr tau ... jlan citer awak different sangat and sya still tertunggu2 smbgn dia ...harap awak sudi smbg dgn kadar segera thanks

    ReplyDelete
  3. bile sambungan die kak ria?dah x sabar ni

    ReplyDelete
  4. Bila nak sambung ni kak ria?? Tak sabar dah nii alaaaa akak ria 😭 :'(

    ReplyDelete
  5. Bila nak sambung ni kak ria?? Tak sabar dah nii alaaaa akak ria 😭 :'(

    ReplyDelete
  6. Bila nak sambung ya? Best la cite nie.. ^_^

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi