Followers

Sunday, 8 July 2012

34
Komen

CERPEN : MR.SKEMA (full)





Farid membetulkan cermin matanya. Tali leher dibetulkan supaya lebih kemas. Bersungguh-sungguh dia mengejar gadis yang pantas berjalan itu. ‘Minah ni tak pandai letih ke?’ detik hati Farid.

“Nur Syafiqah Alia Rashid!” panggil Farid. Alia berpaling. Akhirnya dia mengeluh. ‘Mamat skema ni lagi.’ Naik jemu Alia melihat wajah itu.

“Ada apa mamat skme?” soal Alia. Alia merupakan pegawai kewangan syarikat Farid. Disebabkan jawatan itu mereka sering bertemu.

“Aku cuma nak bertanya. Skema itu apa? Sejenis peribadi yang kacak ke?” Farid cuba meneka. Wajahnya tidak lepas daripada memandang Alia.

“Kau jangan nak terlebih perasan okey...” mahu termuntah Alia mendengarnya kata-kata yang dituturkan oleh Farid. ‘Ayat dalam buku teks ke?’.

“Ala, engkau beritahulah aku. Bukan mudah mahu dapat pujian daripada engkau.” Entah mengapa dia suka mengusik Alia.

“Pujian?” Alia mengeluh. ‘Mamat ni tak sedar ke aku ni mengata dia? Opss! Dosa tau.’

“Itu namanya pujian kalau engkau mahu tahu.”

“Kau balik rumah dan search dengan pakcik google kau tu. Cari perkataan skema tu apa maknanya. Aku pergi dulu!" cadang Alia.

"Pakcik google? Aku mana ada pakcik nama macam tu." Farid keliru.

Alia mengeluh.

“Lantak kau la.” Alia tidak mahu peduli lagi.

“Ala Alia ni....” Farid mengeluh.

Farid pulang ke rumahnya. Dia memandang sekelilingnya. ‘Mentang-mentanglah aku ni bos dia. Dia buat tak kisah aje. Yelah! Kawan sejak kecik! Siap la kau Alia!’

Farid membuka cermin matanya lalu menuju ke bilik air. Dia mahu membersihkan diri dahulu.

Selesai sahaja, dia keluar hanya bertuala sahaja dan terus menuju ke meja besar yang ada dalam biliknya itu. Dia sukakan permainan puzzle. Kali ini dia memilih gambar pemandangan. Ada senyuman yang terukir di bibirnya.





Selepas memakai baju tidur, dia terus menuju ke ruang tamu dan membuka komputer riba miliknya. Dia mula mencari ‘skema’. ‘Jumpa pun!’



Kalau kita sedar, kadang-kadang istilah ‘skema’ ini ditujukan kepada orang yang kemas pemakaiannya dan penampilannya. Bila seseorang itu berkemeja, berseluar slack dan tuck in maka orang tersebut digelar skema. Tetapi ada juga dalam hal lain, orang yang bahasa pertuturannya berbentuk ‘bahasa buku teks’ turut mendapat panggilan skema. Turut tidak terlepas juga bagi mereka yang kebiasaannya jenis mengikut peraturan di sekeliling mereka yang telah ditetapkan untuk mendapat gelaran skema. (http://bentara-khateeb.blogspot.com/2009/03/apa-itu-skema.html)



“Kalau dari segi pakaian tu memang tak boleh lari la sebab aku memang suka pakai kemeja dan yang sesuai dengannya. Nampak kemas sikit kalau macam tu. Itu pun nak panggil aku skema. Apa? Bahasa buku teks? Ini dah melampau. Bahasa formal itu penting dalam urusan perniagaan, selain Bahasa Inggeris. Ala, aku ni skema sangat ke?” akhirnya dia tutup komputer ribanya. Malas mahu menghadap skrin tersebut.




Farid mengeluarkan alat muzik kegemarannya ialah trumpet. Dia terus meniup sehingga ke beranda apartment miliknya. Dia pun pelik kerana dia begitu sukakan bunyi alunan itu. Dia terus meniup sampai dia puas.

Akhirnya dia tertidur dia atas sofa di ruang tamunya

Kring... Kring... Kring...

Bunyi telefon bimbit Farid. Tangan Farid bergerak-gerak mencari di mana datangnya bunyi itu dengan mata yang terpejam.

‘Siapa call aku malam-malam buta ni?’ bisik hati Farid.

“Alia?” makin pelik kerana Alia yang telefon.

“Ada apa ni Alia?” soal Farid.

“Farid, tolong aku!” begitu cemas suara Alia.

“Tolong apa ni, Alia? Tolong tengok ke?” sempat Farid bergurau.

‘Ish, bos skema aku ni memang sengal la.’ Geram Alia.

“Aku kena rompak dekat-dekat kawasan rumah kau ni. Tolong aku. Aku ada depan pak cik kau ni.” Beritahu Alia.

“Pak cik?” Farid sudah keliru. ‘Siang tadi dia sebut pak cik google tapi sekarang ni pak cik mana pula?’ Farid sendiri tertanya-tanya.

“Pak cik pak gurd ni. Dia tak bagi aku masuk ni. Cepat la datang!” marah Alia.

Barulah Farid faham.

“Aku datang sekarang!” trumpet yang tidak sempat disimpannya dibiarkan sahaja atas meja. Dia terus mencapai kunci kereta dan menuju ke tempat pengawal keselamatan.

“Terima kasih tolong aku, Farid.” Ucap Ali sebaik sahaja kelibat Farid kelihatan. Farid hanya senyum. Dia membetulkan sedikit cermin mata tebalnya itu. Tak pernah tinggal cermin mata itu.

“Sama-sama kasih. Aku tolong takat yang termampu.” Balas Farid. “Pak Mail, terima kasih jaga kawan saya ni.” Ucap Farid pula. Pak Mail hanya mengangguk kepala sahaja.

“Engkau nak buat laporan polis ke?” soal Farid. Dia benar-benar bersyukur sebab perompak tu tak apa-apakan Alia. ‘Eh, kenapa pula aku sibuk-sibuk nak risau pasal perempuan ni?’

“Tak apalah. Aku tak suka pergi balai polis.” Ada rahsia yang Alia sembunyikan. “Hantarkan aku balik boleh tak?” pinta Alia.

“Tapi dia rompak segalanya milik engkau. Nasib baik dia tak apa-apa kan engkau.” Farid terasa pelik dengan sikap Alia. Bukankah perkara ni serius?

“Aku tak nak! Aku benci balai polis.” Wajah Alia serius.

‘Serius tapi macam nak nangis. Apa kena dengan Alia ni?’ Farid merenung tajam ke arah Alia. Gadis itu hanya menundukkan wajahnya sahaja.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta Farid. Kini mereka berdua sudah berada dalam kereta.

“Kita ke balai polis, sekarang juga.” Tegas Farid. Dia baru mulakan pemanduannya tetapi belum sempat dia hidupkan enjin kereta, Alia pantas keluar dari kereta tersebut.

Farid terkejut. Pantas dia pergi ke arah Alia.

“Alia, engkau okey?” Farid benar-benar risau. ‘Tak pernah pula ada orang anti dengan balai polis? Pelik betul perempuan ini.’

“Aku tak nak pergi. Tolong hantar aku balik. Aku hanya nak balik, Farid.” Alia mencengkam bahu baju Farid. Air matanya mengalir. “Aku tak nak pergi balai polis.”

“Tapi kenapa?” soal Farid. Dia benar-benar ingin tahu.

“Dulu kakak aku pernah kena rogol masa dia pulang dari sekolah. Apabila aku dan keluarga sampai ke balai polis, aku terkejut. Terkejut melihat keadaan kakak aku.” air mata Alia mengalir lagi deras.

“Apa yang terjadi?” skema Farid tetapi dalam hatinya amat berdebar.

“Kakak aku hanya memakai baju sekolah yang warna putih itu. Hanya sehelai pakaian itu sahaja dan dibiarkan duduk di tempat terbuka macam tu. Tanpa diberi kain yang lebih. Tanpa diberi perhatian. Aku tahu polis-polis lelaki yang ada di kaunter asyik menjeling ke arah kakakku yang hanya berpakaian baju sekolah yang nipis dengan tanpa apa-apa di dalamnya. Aku rasakan balai polis tu dah menghina maruah kakak aku lebih dari perogol itu. Maruah kakak aku tidak dijaga oleh pihak yang sepatutnya.” Panjang lebar cerita Alia. Air matanya semakin kurang. Hanya esakkan sahaja kedengaran.

“Tak ada ke polis perempuan yang boleh berikan kain?” Farid faham sudah apa yang di alami oleh Alia. Gadis itu memeluk tubuhnya sendiri. Cuba mengumpul kekuatan. Dia terduduk dengan bersandar pada kereta Farid.

“Tak ada.” Air mata dikesat. Nasib baik ketika itu, dia memakai jaket dan segera dia memakaikan untuk kakak.

“Sekarang kakak engkau okey?”

“Dia dah tiada lagi. Dia pergi bersama keluarga aku. Aku dah tak ada siapa-siapa Farid. Selama sepuluh tahun ini aku hidup sendirian.”

“Sabarlah Alia. Aku akan jaga engkau. Aku akan jaga engkau. Engkau jangan risau.” Kata Farid dengan penuh semangat.

Alia mendongak memandang Farid. Kata-kata itu ikhlas dan tulus dipendengaran Alia.

“Kita pergi buat laporan polis ya? Aku teman engkau. Okey?” pujuk Farid. Akhirnya Alia bersetuju.

Mereka berdua menuju ke balai polis berhampiran. Segala urusan diselesaikan dengan cepat. Beberapa jam kemudian, perompak itu berjaya di tangkap.

Alia terkejut apabila dikhabarkan berita tersebut. Dia pun tersenyum.

*****

Farid menghulurkan satu kad pada Alia. Ketika itu Farid masuk dalam bilik kerja Alia.

“Engkau baca, aku keluar.” Kata Farid setelah meletakkan kad tersebut di atas meja Alia. Alia pula terasa pelik melihat Farid yang sudah keluar dari biliknya.

Perlahan-lahan dia membuka kad tersebut.



Nur Syafiqah Alia Rashid...

Pertama kali aku melihat engkau menangis, hati aku dipagut rasa gelisah, gelabah dan sebagainya. Pelbagai perasaan aku rasakan. Alia, sempena hari lahir engkau yang ke.... ke... (kejap ya. Aku nak tengok profil kau) oh, yang ke-25 tahun. Aku mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir.



‘Gila ke bos skema aku ni? Itu pun nak tulis ke? Aduh!’ Alia mengeluh. Dia menyambung lagi apa yang dia ditulis oleh Farid.



Sudikah kau menjadi isteriku? Isteri Farid Akmal Bin Mohd Aliff.



“Tiba-tiba aje?” kata Alia. Dia benar-benar terkejut.

“Kau mesti setuju kan?” tiba-tiba muncul Farid di depan pintu biliknya.

“Tak romantik la kau ni.” Kata Alia.

“Aku jadi macam ni sebab engkau selalu panggil aku skema. So, cara aku lamar kau pun kena skema juga.” Jelas Farid.

“Ada kaitan ke?” Alia tidak berpuas hati kerana dia dilamar dengan cara itu.

“Dinner nanti kita makan sama-sama okey? Jangan lupa!” Farid terus berlalu. Makin pening kepada Alia.

“Tak syok lansung!!! Benci dilamar macam ni! Tak terharu pun. Sekurang-kurangnya buat la aku menangis. Ish!” muncung Alia sudah sedepa.

*****

Mereka berdua berjalan bersama. ‘Yalah, aku memang suka dengan mamat skema ni, nak buat macam mana. Terima aje walaupun tak romantik langsung. Asyik dengan skema dia aje.’ Alia cuba tersenyum.

“Alia masuk dulu bilik tu, aku nak ke tandas sekejap.” Kata Farid.

“Nak makan pun dalam bilik ke? Ikut ajelah. Orang kaya kan. Ini yang susah!” Alia membuka perlahan-lahan pintu bilik tersebut.

Alangkah terkejutnya dia melihat bilik tersebut. Sangat cantik. Tema warna merah putih adalah sangat menarik. Ada dua lilin berwarna merah yang sememangnya menghidupkan suasana.



Terdapat juga bunga ros merah.

‘Alamak! Romantik gila! Ini baru suasana bilik untuk makan sahaja, belum lagi yang lain-lain. Tak sangka mamat skema tu boleh jadi mamat romantik .’ Alia tersenyum manis.

Dia mula melabuhkan punggungnya atas kerusi sementara menunggu Farid. Senyuman tidak pernah lekang dari mulutnya.

“Maaf lambat. Saya dah order makanan.” Kata Farid.

“Pandai juga kau beromantik. Aku ingat kau ni skema aje yang tau.” Kata Alia.

“Engkau perli aku kan?” Farid berkata.

Alia hanya ketawa gembira. Farid tersenyum. Entah mengapa dia rasa bahagia dengan ketawa Alia. Dia suka melihat Alia begitu.

“Ini hadiah untuk kau.” Farid menghulurkan sesuatu.

“Terima kasih.”

Mereka menjamu selera dengan tenang.

*****

Farid menghantar Alia pulang.

“Terima kasih belanja makan. Seronok dan romantik.” Ucap Alia.

“Sama-sama kasih. Hmmm mana satu bilik engkau?”

“Pelik aje kau tanya soalan ni?”

“Pelik ke? Aku kan bos skema engkau.”

“Ada kaitan ke skema dengan bilik aku?” dahi Alia sudah berkerut.

“Ada...”

“Okey. Bilik aku yang gelap tu.” Tunjuk Alia ke satu arah. Farid tersenyum.

“Okey.”

“Kalau macam tu aku naik dulu. Dah lewat ni. Kau pandu kereta elok-elok tau. Sampai rumah mesej aku.” pesan Alia.

“Baiklah Mrs.Skema.” kata Farid. Alia hanya mampu ketawa dan masuk ke dalam rumah.

Farid terus mulakan misi yang dirancangnya. Dia membuka bonet keretanya lalu mengeluarkan kad manila, pemetik api dan lima puluh batang lilin.

Dia menyusun lilin tersebut dalam bentuk hati dan menyalakan lilin itu. Dia pun masuk ke dalam bentuk hati itu bersama kad manila yang sudah siap di tulisnya.

“Okey kena call ni.” Kata Farid.

Alia pun menjawabnya.

“Alia, tengok luar kejap, I ada something untuk you.” Kata Farid.

‘Apa kena dengan bos skema aku ni? Tiba-tiba aje ber I dan you ni? Dah tak sihat ke? Tengok luar?’ dahi Alia sudah berkerut. Dia mencapai tudung yang dipakainya tadi dan membuka tingkat rumah.

“Ya Allah!” Alia tergamam. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Dia benar-benar rasa terharu. ‘Mana Farid dapat idea ni semua?’ dia menahan air mata yang mengalir.

Alia cuba membaca apa yang ditulis oleh Farid.

MARRY ME, ALIA!!!

Lagi sekali Alia tergamam. Tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

“Sudikah awak kahwin dengan saya?” soal Farid.

“Ya saya sudi.”

“Marilah turun!” ajak Farid.

Sebaik sahaja Alia turun, Farid melutut dan menghulurkan sekotak cincin pada Alia. Ali tersenyum sebab cincin tu meman cantik.

“Terima kasih bos skema... Romantik juga bos ni.” gurau Alia.

“Dah nak jadi suami pun panggil Bos lagi. Baru tau ke?” Farid tidak berpuas hati.

“Kalau macam tu. Mr.Skema. boleh kan?” soal Alia.

“Aduh! Kena ada perkataan skema ke? Suka hati Alia la. MR. SKEMA pun sedap juga.” Farid mengalah. “Jom makan kek. Ada kat bonet kereta. Sekali dengan hari jadi Alia.”

Mereka berdua bergerak ke bonet kereta. Farid keluarkan kotak kek tersebut tapi tiba-tiba sehelai kertas tercicir.

Alia mengambilnya lalu membacanya. Farid tersentap. ‘Alamak! Habislah aku!’



Lokasi : Rumah pasangan anda.
Masa : Malam ( jangan terlalu lewat, nanti anda disangka pencuri pula)
Peralatan : Lilin 30-50 batang, kad manila, maker pen, alatan basic melamar , pemetik api & handphone.
Prosedur:

1. Lokasi mestilah di tempat yang sesuai dimana pasangan anda mampu melihat anda. Contohnya berdepan dengan tingkap bilik beliau atau pun di pintu depan rumah beliau.

2. Sekarang susun lilin-lilin berkenaan yang baru sahaja anda beli di kedai Rm2.00 tadi. Susun ikut bentuk hati , marry me dan sebagainya mengikut nafsu serakah anda.

3. Hidupkan lilin berkenaan. Sekarang lilin berkenaan akan hidup dan berbentuk hati. Selepas itu, masuk kedalam lingkaran lilin tersebut. Kedudukan center ok? elakkan seluar anda dari lilin. Bukan apa, takut menyusahkan pula pasangan anda dan keluarga beliau menghantar anda ke ICU akibat melecur.

4. Baiklah, sekarang keluarkan kad manila tadi. Tulis lah ayat-ayat power melamar anda tu. Tulis besar - besar jika pasangan anda rabun.

5. Sekarang keluarkan handphone canggih anda itu, buat panggilan kepada pasangan anda. Mintalah pasangan anda untuk menjenguk ke tingkap atau keluar sebentar dari rumah. Contohnya " Balqis, tengok luar kejap, i ada something untuk you".(pergh , ayat mesti power.. i you, i you)


6. Okay, sekarang pasangan anda telah menjenguk ke luar tingkap dan telah melihat anda. Sekarang angkat kad manila berkenaan, oh ya kedudukan center paras dada okay?. Biarkan beberapa saat beliau merasa terharu. Selepas itu, angkat kembali handphone anda dan katakanlah pada beliau melalui handphone " marry me Malim" eh silap, "marry me Balqis?"



“Oh, ni kerja kau yer?” kata Alia.

“Ala Alia, jangan marah. Aku kan skema dari dulu, mana pandai nak romantik. Kena belajar la.” Farid mula buat muka sedih.

Pada mulanya Alia mahu marah tapi tak apa la. Farid sudah berusaha untuk jadi terbaik untuknya.

“Tak marah tapi terima kasih tau.”

Mereka pun sambil balas senyuman.

*****

Alia mengeluh. ‘Tension aku tengok MR.SKEMA ini.’

“Tak habis lagi ke cik abang?”

“Kejap la. Lagi satu puzzle aje.” Mata farid pantas mencari lokasi puzzle yang sesuai dengan yang dipegangnya itu.

“Jumpa!” jerit Farid.

“Jom!” Alia sudah lama menunggunya.

“Cepat la abang, mainkan satu lagu untuk Alia.”

“Lagu apa pula?”

“Yelah, abang kan ada Biola. Mesti sweet bunyinya.”

“Biola? Siapa bagitau sayang ni?” dahi Farid sudah berkerut.

“Akak Ria yang bagitau.” Kata Alia. Dia teringat pertemuannya dengan kakak angkatnya itu, Ria, Syanaz dan Zeck. Kata Ria Farid pandai main biola. ‘Akak Ria ni memang nak kena. Siap la jumpa nanti!’

“Bukan biola la tapi trumpet!” akhirnya terjawab persoalan Alia.

“Apa abang? Trumpet!” Alia rasa ingin pengsan. Sah! Suamiku Skema!

MR.SKEMA!

Saturday, 7 July 2012

14
Komen

HATI SUAMIKU GK 20





Huzaiman tersenyum. Bubur yang dibuatnya menjadi cuma agak comot sedikit dari cara penyediaannya.



Apron dipakainya dipandang. Dia menuju ke cermin panjang yang ada di dapur miliknya. Tanpa Huzaiman sedari hampir setiap pelusuk rumahnya terdapat cermin seperti itu. Ini kerana dia suka melihat penampilan dirinya.


“Aku pakai apron? Bunyinya macam hebat. Seorang lelaki yang gila kuasa masuk ke dapur untuk memasak.” Huzaiman tersenyum.


Pantas dia menanggalkan apron berwarna biru gelap itu.


Dengan senang hati Huzaiman membawa makanan tersebut ke bilik tetapi dia tersentap melihat Natasha sedang tidur.


Wajah Natasha sungguh comel.


‘Sebab kau la aku kena masak walaupun tak pernah masak selama aku hidup ni. Tak apa! Ini yang dipanggil gila kuasa....’Huzaiman tersenyum.


Huzaiman suka melihat wajah Natasha tidur. Sangat menarik minatnya. Dia tidak tahu cara terbaik untuk mengejut Natasha.


Dia duduk dibirai katil sambil memerhati seraut wajah yang pucat itu. Bubur yang diletak atas dulung di letak di meja lampu tepi katil. Tiba-tiba telefon bimbit Huzaiman berbunyi kuat. Huzaiman gelabah. Dia tidak mahu bunyi yang kuat itu menganggu tidur Natasha.


Pantas Huzaiman menekan butang OFF. ‘Inilah masalah kalau guna touch skrin. Susah betul nak tekan butang Off. Tak sensitif betul dengan jariku ini.’ amuk Huzaiman dalam hatinya.


Natasha tersedar. Kepalanya sedikit pening. Dia memandang seketika wajah Huzaiman.


Setelah menekan butang off. Huzaiman memandang Natasha yang sedang memandangnya. Beberapa detik Huzaiman dapat rasakan darahnya naik ke muka. Dia malu pada Natasha.


Huzaiman mengambil dulang lalu diletakkan atas ribaan Natasha. Natasha hanya mampu melihat sahaja bubur yang di masak oleh Huzaiman.


“Makanlah! Kertas tu cakap, kena makan dulu baru telan ubat.” Huzaiman duduk di birai katil. Dia mengambil sesuatu dalam poketnya. Sehelai kertas. Dia membacanya semula.


“Kertas tu cakap? Kertas boleh bercakap ke?” Soal Natasha bodoh. Dahi Natasha berkerut. ‘Huzaiman ni betul ke tidak?’ Natasha berasa was-was.


Huzaiman tersentap dengan pertanyaan Natasha. Dia tidak mahu menjawabnya. ‘Buat malu aje!’


Natasha memandang pelik bubur yang ada di depannya itu. Terkebil-kebil matanya.


Huzaiman terasa ada sesuatu. ‘Sha tak suka ke?’


“Wei! Yang kau buat muka pelik tu kenapa? Kau ni! Aku dah masak, makan aje la.” Marah Huzaiman.


Natasha masih merenung bubur itu tetapi kini dengan wajah yang sedih pula.


‘Mesti Sha tak ada selera nak makan bubur ni. Tambah-tambah aku yang masak.’ Hati Huzaiman sedih juga.


“Kau tak makan sejak semalam lagi kan? Makan la dulu. Baru telan ubat.” Arah Huzaiman tapi masih nada yang lembut. Dia tidak mahu Natasha terasa.


‘Huzaiman gila kuasa ni betul la. Ini pun nak bagi arahan ke? Dengan muka serius la pula.’ Akhirnya Natasha mengeluh.


“Sebenarnya ini kali pertama orang jaga aku masa aku demam sejak mak ayah aku meninggal dunia.” Perlahan suara Natasha. Dia tertunduk.


“Oh, macam tu. Aku pun. This the first time for me. You know, aku kena masak. Aku ni tak pernah masak seumur hidup aku,” kata Huzaiman sambil pandang ke tempat lain. Sambung Huzaiman lagi. “And to do things like this for some one.”


Natasha memandang Huzaiman yang kini memandang ke tingkap.


Huzaiman malu.


‘Biar betul lelaki gila kuasa ni?’ Natasha merenung semula bubur yang dibuat oleh Huzaiman


“Kau makan ajelah. Tak payahlah nak tengok-tengok macam tu. Kau makan!” tiba-tiba suara Huzaiman menjadi tinggi. Dia geram pada Natasha kerana Natasha seperti mengejek-ejek bubur yang di masaknya itu.


Natasha pun mencapai sudu yang ada lalu merasa sedikit bubur tersebut. Makin lama makin laju suapannya.


Ketika itu hati Huzaiman berdebar hebat. Asyik sekali dia melihat Natasha makan bubur tersebut.


“Okey ke aku masak? Sedap?” Huzaiman benar-benar ingin tahu pendapat Natasha mengenai masakannya itu. Pada masa yang sama perasaan bimbang hadir. Dia bimbang sangat jikalau tidak sedap. Tetapi hatinya lega apabila melihat senyuman Natasha.


“Terima kasih, Huzaiman!” ucap Natasha. Ada senyuman yang meniti di bibir Natasha.


Dup Dap Dup Dap


Hati Huzaiman berdebar melihat senyuman Natasha. Perasaan Huzaiman saat ini tidak terkawal. Dia ingin sekali memeluk Natasha saat ini. wajah yang tersenyum itu cukup menarik perhatiannya untuk mendekati gadis yang begitu misteri itu.


Selepas itu, Huzaiman memberi panadol dan Natasha menelannya.


“Nah!” Natasha hulurkan sesuatu pada Huzaiman.


Dahi Huzaiman berkerut.


“Plaster luka?” kata Huzaiman.


“Ya. Aku tengok dalam kotak kecemasan tadi ada banyak. Aku rasa kau sangat memerlukannya.” Perlahan suara Natasha. Dia masih setia memandang Huzaiman yang sedang berdiri itu.


Huzaiman melihat jari Natasha yang sudah berplaster itu. Pantas juga dia melihat jarinya. Ada beberapa kesan luka. Itu pun masa dia memotong ayam dalam berbentuk dadu. Terhiris sedikit jarinya. Tapi tidaklah teruk sangat. Dia kan lelaki.


“Tak apa. Tak sakit pun.”


“Kalau kau sudi, biar aku tolong plaster kan luka kau.” Tawar Natasha. Entah mengapa ada perasaan malu pula saat ini.


Apabila mendengar tawaran Natasha, Huzaiman terus bersetuju.


“Sudi!” pantas Huzaiman menjawabnya. Huzaiman suka kalau Natasha ambil tahu mengenainya. Perhatian Natasha begitu dia dambakan dan harapkan sangat.


‘Alamak! Sejak bila pula aku jadi manja macam ni?’ Huzaiman makin tidak faham dengan dirinya sendiri.


Selepas sahaja jari yang luka di tampal dengan plaster luka, Huzaiman terus memeluk tubuh Natasha.


Natasha tergamam. Dia cuba meronta.


“Lepaslah!” sedikit keras suara Natasha. Dia tidak suka diperlakukan sedemikian.


“Shhhh!” Huzaiman meletakkan jari telunjuknya di mulut Natasha sebagai tanda diam. “Aku nak rehat kejap. Penat cari kotak kecemasan dan masak tadi.” Kata Huzaiman. Dia memeluk Natasha makin erat,


“Kalau kau penat, kau baringlah kat sana. Tak payah la nak peluk-peluk aku.” marah Natasha sambil menolak tubuh yang besar itu.


Huzaiman terusan memeluk Natasha. Dia gembira.


Tiba-tiba telefon di tepi katil berbunyi. Dahi Huzaiman berkerut kerana jarang telefon itu berbunyi.


Huzaiman menjawabnya sambil satu tangan lagi memeluk tubuh isterinya itu.


“Hello...” ada suara perempuan.


Natasha tergamam. Dia dapat mendengar suara Azlin.


“Azlin....” kata Natasha.


“Huzaiman! Itu Azlin kan? Betul kan?” Natasha begitu bimbang dengan keadaan Azlin. Itulah satu-satunya teman yang boleh dipercayai.


Lagi sekali Natasha lupa yang Huzaiman adalah suaminya. Huzaiman terasa darah kemarahannya naik sampai ke muka. Dia benar-benar terasa cemburu dengan tahap kebimbangan Natasha pada orang lain berbanding dirinya.


“Kenapa kau call?”


“Aku cuma nak ucap terima kasih aje.” Kata Azlin di hujung talian. ‘Manalah tau boleh buat duit lagi.’ Azlin bagaikan dapat meneka perasaan Huzaiman saat lelaki itu memandang Natasha semalam.


Natasha tidak mampu untuk berdiam diri.


“Azlin!” Natasha cuba merampas ganggang telefon itu. Pantas tangan kanan Huzaiman mencengkam kedua-dua belah pergelangan tangan Natasha. Pergerakan tangan Natasha terkunci.


“Aku rasa tak perlu! Jangan telefon aku lagi!” Huzaiman tamatkan panggilan tersebut.


“Azlin!” panggil Natasha lagi.


“Diam!”


“Tak nak! Azlin!” panggil Natasha lagi kuat.


Sejurus itu mulut Natasha dicium semahunya oleh Huzaiman.


Huzaiman benar-benar geram dengan tindakan Natasha yang melebihkan orang lain berbanding dirinya. Betul-betul tercabar.


Natasha terdiam. Dia takut perkara semalam berlaku lagi jika dia melawan lagi. Hanya air mata yang mengalir.


Air mata Natasha disapu oleh tangan Huzaiman.


“Aku ni suami kau. Kenapa kau masih ingat pada perempuan yang nak jual kau! Kau faham tak? Berapa kali aku nak beritahu kau?” marah Huzaiman.


“Lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin. Kau ceraikan aku aje! Buat apa simpan perempuan macam aku ni! Aku ni pembunuh keluarga kau! Aku ni tak guna! Biar aku jadi orang tak guna juga!” Natasha benar-benar sudah putus asa dengan hidupnya.


Apabila terpandang wajah Huzaiman, pasti Natasha teringat akan masa silamnya. Kejahatan yang pernah dilakukannya.


“Aku peduli apa. Kau isteri aku! Aku dah beli kau dengan Azlin!” tinggi suara Huzaiman. Dia merenung tajam mata Natasha.


“Ceraikan aku!” Natasha tidak mahu mengalah.


“From the day I bought you.... Your everything became mine. Milik aku!” Bisik Huzaiman ditelinga Natasha. Tegas sekali.


Faham sudah Natasha jika Huzaiman mula bercakap dalam Bahasa Inggeris. Keputusan itu adalah titik. Tidak boleh di ubah!


“Aku....” tidak terkata Natasha dibuat oleh Huzaiman. Wajahnya mula dicium oleh Huzaiman.


“Tolong Huzaiman! Jangan buat macam ni lagi...” rayu Natasha.


Tiba-tiba telefon bimbit Huzaiman pula yang berbunyi. Huzaiman mengeluh. ‘Siapa pula yang call ni?’ Huzaiman melepaskan Natasha. Dia berdiri tegak lalu menjawab panggilan itu.


“Ammar? Memang nak kena ni!” marah Huzaiman. Natasha hanya tertunduk sahaja.


“Ada apa?”


“Tengku Shariff Fairy, bos!”


“Kenapa dengan dia?”


“Dia tak nak pergi dari syarikat kita selagi urusan Garden Love tak diselesaikan pada hari ini juga. Bagaimana ni bos?” Ammar tidak pasti cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.


“Okey, saya balik ke pejabat sekarang juga!” kata putus dari Huzaiman.


Huzaiman ke luar dari bilik tersebut.


Natasha menarik nafas lega tetapi hanya seketika kerana Huzaiman kembali membawa sesuatu.


“Kau pakai baju ni. Kita akan keluar!” arah Huzaiman. “Aku tunggu kau kat luar. Jangan lambat!” pantas Huzaiman keluar dari bilik tersebut.


“Itu baju aku!” kata Natasha. Segera dia pakai. Nasib baik pening di kepala sudah berkurangan.


Perlahan-lahan Natasha keluar dari bilik tersebut. Kelihatan Huzaiman sibuk menghadap telefon Samsung miliknya itu.


“Dah siap ke?” tegur Huzaiman apabila melihat Natasha hanya terkaku di satu sudut di ruang tamu.


“Dah... Dah siap!” teragak-agak Natasha menjawabnya.


“Jom!” Huzaiman menarik tangan Natasha tetapi pantas Natasha menarik semula.


“Maaf!” pohon Natasha apabila melihat jelingan tajam Huzaiman.


Tangan Natasha dicapai semula dengan genggaman yang lebih kukuh. Terpaksa Natasha merelakan sahaja.


Mereka berdua menuju ke syarikat milik Huzaiman. Baru sahaja sampai di lobi syarikat, kelihatan Tengku Shariff Fairy sedang tersenyum memandangnya.


“Kau jangan buat hal dengan aku, Shariff!” marah Huzaiman.


Tengku Shariff Fairy hanya tersenyum.


“Buat hal? Aku cuma nak menguntungkan kau. Aku nak beli jenama Garden Love tu dengan harga yang hebat.” Lelaki itu tersenyum.


‘Garden Love? Itu bukan aku yang cipta ke?’ detik hati Natasha yang menjadi pendengar saat itu.


Huzaiman duduk di sofa yang ada diruang lobi itu. Tengku Shariff Fairy pun sama. Cuma Natasha sahaja yang berdiri.


“Duduk sini!” ajak Huzaiman. ‘Nanti pengsan, aku juga yang gila jadinya.’ Sempat lagi Huzaiman melayan perasaan.


Natasha hanya mengikut sahaja arahan Huzaiman. Dia terus melabuhkan punggungnya disebelah Huzaiman. Pantas Huzaiman memeluk bahu Natasha rapat ke tubuhnya.


Tengku Shariff Fairy baru perasan kehadiran gadis yang berwajah lembut dan mulus itu.


“Siapa ni?” soal Tengku Shariff Fairy.


“Isteri aku.”


“Cantik!” puji Tengku Shariff Fairy.


“Kau nampak ni?” Huzaiman buat penumbuk ke arah Tengku Shariff Fairy. “Aku seorang sahaja boleh puji dia!” Huzaiman mula menunjukkan sikap gila kuasanya.


Natasha mengeluh dalam hatinya.


Tengku Shariff Fairy masih memandang Natasha.


“Kalau dia jadi model syarikat aku, boleh tak?” tawar Tengku Shariff Fairy. Wajah itu begitu menarik minatnya untuk membuat tawaran tersebut.


“No! Tak boleh!” Huzaiman naik angin. ‘Bini aku yang cun ni bukan untuk tatapan lelaki lain. Dia hanya untuk aku. Ada faham?’ hati Huzaiman cemburu.


‘Model? Gila ke lelaki ini?’ Natasha juga tidak suka.


“Kalau macam tu, kau jual aje Garden Love.” Kata Tengku Shariff Fairy.


“Garden Love adalah produk syarikat aku. So, aku takkan jual. Tak payah nak berangan,” Huzaiman mula berdiri. Dia menghulurkan tangan pada Natasha. Pantas Natasha menyambutnya. “Sampai sini sahaja perbincangan kita. Aku tak rugi apa-apa kalau kau tak beli Garden Love.”


Tengku Shariff Fairy terasa terhina lalu meninggalkan syarikat tersebut.


Ammar yang hanya memerhati dari jauh berasa lega. ‘Nak kena bos juga yang buat baru selesai.’ Ammar mengeluh.


“Puan Natasha.” Kata Ammar apabila melihat wanita itu turut sama ada.


Natasha tertunduk malu.


“Saya tak masuk pejabat lagi hari ni. Saya ada hal dengan Sha. Apa-apa hal, kamu uruskan ya?” pesan Huzaiman.


“Tapi bos...” Ammar rasa ingin pengsan pula apabila mendengar pesanan majikannya itu. ‘Again?!’ detik hati Ammar.


“Jom Sha...” Huzaiman menarik tangan Natasha lalu meninggalkan Ammar.





Sunday, 1 July 2012

18
Komen

HATI SUAMIKU GK 19



Huzaiman rasa sangat berdebar. Dia berharap dapat berada di sisi Natasha selalu dan menjaganya.
“Bodoh! Apasal kau bangun dari katil?! Kau tu tak sihat!” Marah Huzaiman setelah meleraikan pelukannya.
Natasha terdiam.
Huzaiman mencengkam bahu Natasha ketika itu. “Tengok! Tangan kau pun dah luka!” bebel Huzaiman sambil menunjukkan jari  Natasha yang luka.
‘Aku tahulah jari tu yang luka. Tak payah la nak tunjuk-tunjuk.’ Kata hati Natasha. Tidak pernah dia melihat Huzaiman membebel seperti mak nenek. Dia benar-benar tergamam. Mata Natasha terkebil-kebil dibuatnya.
Tiba-tiba Huzaiman mengangkat tubuh Natasha. Natasha lagi sekali tersentap. Dia di bawa ke katil.
“Aku akan bawakan kau kotak kecemasan. Kau baring dulu.” Pesan Huzaiman. Natasha hanya mengangguk. Dia selesa kalau Huzaiman melayannya begitu. Huzaiman tersenyum tetapi senyuman itu terus mati dengan tiba-tiba dan diganti dengan peluh yang mula mengalir di dahi.
‘Eh, mana aku letak benda alah tu?! Aduh! Macam mana ni?’ bisik hatinya. Huzaiman mengaru kepalanya.
Huzaiman mencari di bawah katil yang Natasha sedang baring.
‘Tak ada!’
Huzaiman pergi pula ke almari bajunya. Semuanya bersepah dibuatnya. Natasha hanya memerhati dari jauh. Terbongkok-bongkok Huzaiman tunduk mencarinya.
‘Tak ada juga! Mana ni? Jatuh imej aku macam ni.’ Wajah Huzaiman makin berkerut.
“Kalau tak jumpa, tak apa Huzaiman. Aku okey.” Kata Natasha lemah. Dia kasihan melihat Huzaiman yang bersungguh-sungguh mencari kotak kecemsan.
“Jari kau luka tu. Aku tak kira! Jari kau kena sapu ubat jugak!” katanya Huzaiman yang kini menjejak kaki di dalam bilik air yang luas itu. Dia agak, mungkin ada di sana.
‘Alahai gila kuasanya dah datang. Pasal ini pun nak gila juga ke?’ Natasha mengeluh.
“Ish, mana benda ni sembunyikan diri?!” marah Huzaiman. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Ammar?” Huzaiman terasa pelik. “Kenapa kau call di saat kecemasan macam ni?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Akhirnya dia jawab juga.
“Aku tengah sibuk ni. Kalau ada masalah yang timbul, kau selesaikan macam mana pun atau aku bunuh kau nanti!” Marah  Huzaiman. Bahasanya sudah bertukar kasar.
Gara-gara tidak jumpa kotak kecemasan, Ammar menjadi mangsa kemarahan Huzaiman. Kasihan Ammar.
Ammar terkejut dimarah sedemikian.
“Tapi bos....” Ammar cuba untuk memberitahu masalah yang timbul.
“Yalah! Yalah! Apa dia? Hurry up and speak!” arah Huzaiman. Dia mendengar sambil melihat wajahnya di cermin dalam bilik air.
“Tengku Shariff Fairy buat hal. Dia nak order Garden Love dengan nilai lima juta. Lelaki itu...” belum sempat Ammar berkata, Huzaiman sudah bersuara.
“Lelaki itu memang gila! Dia tu nak beli Garden Love ke atau sengaja nak tunjuk dia lebih berkuasa dari aku?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Ammar pun menerangkan panjang lebar tentang Tengku Shariff Fairy yang merupakan musuh utamanya dalam perniagaan.
“Baiklah Ammar. Okey, kamu buat apa yang saya cakap.” Huzaiman cuba bertenang. Jika dia tidak tenang, dia sendiri pun tidak dapat berfikir dengan baik.
“Baiklah bos!” Ammar setia menanti penyelesaian dari majikannya.
“Kamu cuba tanya pada dia..........” kata-kata Huzaiman terhenti di situ kerana pada masa yang sama dia berkata, dia sedang membuka laci yang ada dalam bilik air. Dia ternampak kotak kecemasan itu. Matanya membuntang. Geram!
“Kat sini rupanya kau! Jumpa pun1” Huzaiman sudah jumpa kotak kecemasan yang dicarinya.
“Bos! Panggil Ammar yang masih dalam talian. “Jumpa apa ni?” Ammar masih dalam keadaan keliru. Makin keliru dengan sikap majikannya sejak berjumpa semula dengan isteri, Natasha.
Tut Tut Tut
Talian diputuskan.
‘Kenapa dengan bos ni?’ Ammar tergamam. ‘Apa aku nak buat dengan lelaki gila ni? Suka cari pasal dengan bos aku ni.’ Ammar buntu. Adiknya, Amman pula sudah pergi melawat tapak pembinaan di Selayang. Akhirnya dia membiarkan dulu masalah itu dan menunggu Huzaiman masuk ke pejabat.
Pantas Huzaiman membuka kotak kecemasan tersebut. Alangkah kecewa hatinya apabila melihat ubat luka dalam kotak kecemasan sudah tiada. Cuma ada panadol dan beberapa ubat yang tidak berkaitan.
Kemudian Huzaiman membawa kotak tersebut ke katil. Natasha bangun dari pembaringannya.
“Mari aku balut jari kau dengan kain pembalut ni.” Arah Huzaiman. Serius! Dia tidak pernah buat kerja-kerja seperti ini dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
“Balut dengan kain pembalut luka ni?” soal Natasha. Dia sendiri pelik dengan sikap Huzaiman.
“Ya la. Takkan nak balut muka kau pula.” Marah Huzaiman.
“Tapi kan. Luka aku ni kecil aje. Kalau guna plaster luka itu pun cukup.” Takut-takut Natasha suarakan pendapatnya.
“Oh yeke?” Huzaiman tergamam. ‘Bodoh juga aku ni.’ Bisik hatinya.
Huzaiman letakkan plaster luka itu pada jari Natasha yang luka. Dia hanya melihat ubat panadol tersebut. ‘Sesuai ke ubat ni dengan Sha?’ Dia tertanya-tanya.
Natasha hanya memerhati Huzaiman yang termenung itu.
‘Bodohnya aku! Jatuhlah imej aku macam ni depan Sha. Kenapalah aku tak pergi beli kat kedai aje. Bodoh memang bodoh! Susah payah aje cari benda alah ni.’ Bisik hati Huzaiman. Dia benar-benar macam orang bodoh. Tidak dapat berfikir dengan baik.
“Aku keluar sekejap!”
“Kau nak ke mana?” soal Natasha.
“Nak beli ubat demam untuk kau.” Kata Huzaiman.
“Ubat panadol tu sesuai untuk orang yang demam.” Kata Natasha. Huzaiman tergamam.
‘Jelas sekali! Kebodohanku terserlah!’ geram Huzaiman. ‘Apa kena denan aku ni? Sebelum ni tak pernah-pernah jadi bodoh macam ni. What wrong with me?’ Serabut kepala Huzaiman.
“Kau makan penadol ni dulu okey?” arah Huzaiman. Dia menghulurkan panadol tersebut tetapi dia menarik semula tangannya.
“Kejap ya?” katanya.
Dia keluarkan kertas yang ada dalam kotak kecemasan tersebut. Dia membaca satu persatu yang ditulis. Biasanya Ammar dan Amman yang buat ini semua tiap kali dia tidak sihat. Tetapi kini dia sendiri yang buat. Ego dia menghalang untuk menyuruh Ammar dan Amman yang membantunya.
Akhirnya dia menghulurkan semula ubat tersebut.
“Terima kasih.” Ucap Natasha.
Ketika itu Huzaiman sednag memambaca sesuatu dan pada masa yang sama Natasha sudah bersedia untuk masukkan ke dalam mulutnya. Pantas Huzaiman menghalangnya dengan memegang tangan Natasha.
“Tunggu!” kata Huzaiman.
Natasha tersentap. Dia menarik laju tangannya dari disentuh oleh Huzaiman.
Huzaiman juga tergamam dengan tindakan Natasha. Gadis itu bagaikan tidak suka disentuh olehnya.
Mata Natasha terkebil-kebil. Dia terasa pelik dengan tindakan Huzaiman. Dia tidak jadi makan ubat tersebut.
“Aku kata tunggu! So, kau tunggu la!” Marah Huzaiman. Mungkin dia lebih marah apabila Natasha tidak suka disentuh olehnya.
Huzaiman berlari ke dapur. Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak makan apa-apa sejak semalam.
“Kejap! Kejap! Aku ni pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia tidak pernah memasak pun.
“Macam mana ni?” Huzaiman gelabah. Dia mahu memasak untuk Natasha tapi bagaimana caranya?
Pantas Huzaiman menghubungi Amman. Baru dia teringat yang Amman pernah masak bubur semasa pergi kem dulu masa sekolah.
“Amman, dulu kau pernah masak buburkan? Cepat ajer aku masak!” mood Huzaiman memang berbeza dari hari biasa.
Tanpa salam, tanpa apa-apa pun, tiba-tiba tanya pasal bubur. Amman sedikit keliru.
“Apa bos? Bubur?” Amman bertanya. Dia yang berada di tapak pembinaan segera bergerak ke kereta kerana di situ bising sedikit.
“Ya, bubur.”
“Buburlah benda paling mudah nak masak.”
“Amman..............” marah Huzaiman.
“Okey! Maaf bos! Ada ayam tak kat apartment bos tu? Saya rasa, baru semalam saya beli ayam.” Kata Amman. Seingatnya la.
“Ada! Ada!” kata Huzaiman. Dia membuka peti ais ketika itu. Memang ada ayam yang sudah siap di potong. ‘Nasib baik tak perlu aku siang!’
“Okey, bos ikut ajer arahan saya. Insya allah, siap!” kata Amman.
Huzaiman sudah tersenyum lebar. Terasa bangga kalau dapat menyiapkan bubur ayam untuk Natasha.
Natasha yang menanti ini terasa pelik tetapi dia tahu yang Huzaiman sedang memasak sesuatu untuknya.
Fikiran Natasha jauh memikirkan tentang PK, Hamdan dan Azlin. Mereka semua hanya tahu mengambil kesempatan ke atas diri ini.
Badan Natasha mengiggil apabila teringat peristiwa hitamnya pula. Lelaki itu! Lelaki itu ada parut dipahanya. Dia akan ingat sampai bila-bila. Lelaki itu!
Air matanya mengalir.
‘Lebih baik aku tidur’ Natasha yakin, Huzaiman akan mengejutkannya nanti.