Huzaiman
rasa sangat berdebar. Dia berharap dapat berada di sisi Natasha selalu dan
menjaganya.
“Bodoh! Apasal kau bangun dari
katil?! Kau tu tak sihat!” Marah Huzaiman setelah meleraikan pelukannya.
Natasha terdiam.
Huzaiman mencengkam bahu
Natasha ketika itu. “Tengok! Tangan kau pun dah luka!” bebel Huzaiman sambil
menunjukkan jari Natasha yang luka.
‘Aku tahulah jari tu yang luka.
Tak payah la nak tunjuk-tunjuk.’ Kata hati Natasha. Tidak pernah dia melihat
Huzaiman membebel seperti mak nenek. Dia benar-benar tergamam. Mata Natasha
terkebil-kebil dibuatnya.
Tiba-tiba Huzaiman mengangkat
tubuh Natasha. Natasha lagi sekali tersentap. Dia di bawa ke katil.
“Aku akan bawakan kau kotak
kecemasan. Kau baring dulu.” Pesan Huzaiman. Natasha hanya mengangguk. Dia
selesa kalau Huzaiman melayannya begitu. Huzaiman tersenyum tetapi senyuman itu
terus mati dengan tiba-tiba dan diganti dengan peluh yang mula mengalir di
dahi.
‘Eh, mana aku letak benda alah
tu?! Aduh! Macam mana ni?’ bisik hatinya. Huzaiman mengaru kepalanya.
Huzaiman mencari di bawah katil
yang Natasha sedang baring.
‘Tak ada!’
Huzaiman pergi pula ke almari
bajunya. Semuanya bersepah dibuatnya. Natasha hanya memerhati dari jauh.
Terbongkok-bongkok Huzaiman tunduk mencarinya.
‘Tak ada juga! Mana ni? Jatuh
imej aku macam ni.’ Wajah Huzaiman makin berkerut.
“Kalau tak jumpa, tak apa
Huzaiman. Aku okey.” Kata Natasha lemah. Dia kasihan melihat Huzaiman yang
bersungguh-sungguh mencari kotak kecemsan.
“Jari kau luka tu. Aku tak kira!
Jari kau kena sapu ubat jugak!” katanya Huzaiman yang kini menjejak kaki di
dalam bilik air yang luas itu. Dia agak, mungkin ada di sana.
‘Alahai gila kuasanya dah
datang. Pasal ini pun nak gila juga ke?’ Natasha mengeluh.
“Ish, mana benda ni sembunyikan
diri?!” marah Huzaiman. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Ammar?” Huzaiman terasa pelik.
“Kenapa kau call di saat kecemasan macam ni?” Huzaiman tidak berpuas hati.
Akhirnya dia jawab juga.
“Aku tengah sibuk ni. Kalau ada
masalah yang timbul, kau selesaikan macam mana pun atau aku bunuh kau nanti!”
Marah Huzaiman. Bahasanya sudah bertukar
kasar.
Gara-gara tidak jumpa kotak
kecemasan, Ammar menjadi mangsa kemarahan Huzaiman. Kasihan Ammar.
Ammar terkejut dimarah
sedemikian.
“Tapi bos....” Ammar cuba untuk
memberitahu masalah yang timbul.
“Yalah! Yalah! Apa dia? Hurry
up and speak!” arah Huzaiman. Dia mendengar sambil melihat wajahnya di cermin
dalam bilik air.
“Tengku Shariff Fairy buat hal.
Dia nak order Garden Love dengan nilai lima juta. Lelaki itu...” belum sempat
Ammar berkata, Huzaiman sudah bersuara.
“Lelaki itu memang gila! Dia tu
nak beli Garden Love ke atau sengaja nak tunjuk dia lebih berkuasa dari aku?”
Huzaiman tidak berpuas hati.
Ammar pun menerangkan panjang
lebar tentang Tengku Shariff Fairy yang merupakan musuh utamanya dalam
perniagaan.
“Baiklah Ammar. Okey, kamu buat
apa yang saya cakap.” Huzaiman cuba bertenang. Jika dia tidak tenang, dia
sendiri pun tidak dapat berfikir dengan baik.
“Baiklah bos!” Ammar setia
menanti penyelesaian dari majikannya.
“Kamu cuba tanya pada
dia..........” kata-kata Huzaiman terhenti di situ kerana pada masa yang sama
dia berkata, dia sedang membuka laci yang ada dalam bilik air. Dia ternampak
kotak kecemasan itu. Matanya membuntang. Geram!
“Kat sini rupanya kau! Jumpa
pun1” Huzaiman sudah jumpa kotak kecemasan yang dicarinya.
“Bos! Panggil Ammar yang masih
dalam talian. “Jumpa apa ni?” Ammar masih dalam keadaan keliru. Makin keliru
dengan sikap majikannya sejak berjumpa semula dengan isteri, Natasha.
Tut Tut Tut
Talian diputuskan.
‘Kenapa dengan bos ni?’ Ammar
tergamam. ‘Apa aku nak buat dengan lelaki gila ni? Suka cari pasal dengan bos
aku ni.’ Ammar buntu. Adiknya, Amman pula sudah pergi melawat tapak pembinaan
di Selayang. Akhirnya dia membiarkan dulu masalah itu dan menunggu Huzaiman
masuk ke pejabat.
Pantas Huzaiman membuka kotak
kecemasan tersebut. Alangkah kecewa hatinya apabila melihat ubat luka dalam
kotak kecemasan sudah tiada. Cuma ada panadol dan beberapa ubat yang tidak
berkaitan.
Kemudian Huzaiman membawa kotak
tersebut ke katil. Natasha bangun dari pembaringannya.
“Mari aku balut jari kau dengan
kain pembalut ni.” Arah Huzaiman. Serius! Dia tidak pernah buat kerja-kerja
seperti ini dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam hidupnya.
“Balut dengan kain pembalut
luka ni?” soal Natasha. Dia sendiri pelik dengan sikap Huzaiman.
“Ya la. Takkan nak balut muka
kau pula.” Marah Huzaiman.
“Tapi kan. Luka aku ni kecil
aje. Kalau guna plaster luka itu pun cukup.” Takut-takut Natasha suarakan
pendapatnya.
“Oh yeke?” Huzaiman tergamam. ‘Bodoh
juga aku ni.’ Bisik hatinya.
Huzaiman letakkan plaster luka
itu pada jari Natasha yang luka. Dia hanya melihat ubat panadol tersebut. ‘Sesuai
ke ubat ni dengan Sha?’ Dia tertanya-tanya.
Natasha hanya memerhati
Huzaiman yang termenung itu.
‘Bodohnya aku! Jatuhlah imej
aku macam ni depan Sha. Kenapalah aku tak pergi beli kat kedai aje. Bodoh
memang bodoh! Susah payah aje cari benda alah ni.’ Bisik hati Huzaiman. Dia benar-benar
macam orang bodoh. Tidak dapat berfikir dengan baik.
“Aku keluar sekejap!”
“Kau nak ke mana?” soal Natasha.
“Nak beli ubat demam untuk kau.”
Kata Huzaiman.
“Ubat panadol tu sesuai untuk
orang yang demam.” Kata Natasha. Huzaiman tergamam.
‘Jelas sekali! Kebodohanku terserlah!’
geram Huzaiman. ‘Apa kena denan aku ni? Sebelum ni tak pernah-pernah jadi bodoh
macam ni. What wrong with me?’ Serabut kepala Huzaiman.
“Kau makan penadol ni dulu
okey?” arah Huzaiman. Dia menghulurkan panadol tersebut tetapi dia menarik
semula tangannya.
“Kejap ya?” katanya.
Dia keluarkan kertas yang ada
dalam kotak kecemasan tersebut. Dia membaca satu persatu yang ditulis. Biasanya
Ammar dan Amman yang buat ini semua tiap kali dia tidak sihat. Tetapi kini dia
sendiri yang buat. Ego dia menghalang untuk menyuruh Ammar dan Amman yang
membantunya.
Akhirnya dia menghulurkan
semula ubat tersebut.
“Terima kasih.” Ucap Natasha.
Ketika itu Huzaiman sednag
memambaca sesuatu dan pada masa yang sama Natasha sudah bersedia untuk masukkan
ke dalam mulutnya. Pantas Huzaiman menghalangnya dengan memegang tangan Natasha.
“Tunggu!” kata Huzaiman.
Natasha tersentap. Dia menarik
laju tangannya dari disentuh oleh Huzaiman.
Huzaiman juga tergamam dengan
tindakan Natasha. Gadis itu bagaikan tidak suka disentuh olehnya.
Mata
Natasha terkebil-kebil. Dia terasa pelik dengan tindakan Huzaiman. Dia tidak
jadi makan ubat tersebut.
“Aku
kata tunggu! So, kau tunggu la!” Marah Huzaiman. Mungkin dia lebih marah
apabila Natasha tidak suka disentuh olehnya.
Huzaiman
berlari ke dapur. Dia perlu masakkan sesuatu untuk Natasha makan. Natasha tidak
makan apa-apa sejak semalam.
“Kejap!
Kejap! Aku ni pandai ke masak?” Huzaiman tertanya-tanya. Selama ini pun dia
tidak pernah memasak pun.
“Macam
mana ni?” Huzaiman gelabah. Dia mahu memasak untuk Natasha tapi bagaimana
caranya?
Pantas
Huzaiman menghubungi Amman. Baru dia teringat yang Amman pernah masak bubur
semasa pergi kem dulu masa sekolah.
“Amman,
dulu kau pernah masak buburkan? Cepat ajer aku masak!” mood Huzaiman memang
berbeza dari hari biasa.
Tanpa
salam, tanpa apa-apa pun, tiba-tiba tanya pasal bubur. Amman sedikit keliru.
“Apa
bos? Bubur?” Amman bertanya. Dia yang berada di tapak pembinaan segera bergerak
ke kereta kerana di situ bising sedikit.
“Ya,
bubur.”
“Buburlah
benda paling mudah nak masak.”
“Amman..............”
marah Huzaiman.
“Okey!
Maaf bos! Ada ayam tak kat apartment bos tu? Saya rasa, baru semalam saya beli
ayam.” Kata Amman. Seingatnya la.
“Ada!
Ada!” kata Huzaiman. Dia membuka peti ais ketika itu. Memang ada ayam yang
sudah siap di potong. ‘Nasib baik tak perlu aku siang!’
“Okey,
bos ikut ajer arahan saya. Insya allah, siap!” kata Amman.
Huzaiman
sudah tersenyum lebar. Terasa bangga kalau dapat menyiapkan bubur ayam untuk Natasha.
Natasha
yang menanti ini terasa pelik tetapi dia tahu yang Huzaiman sedang memasak
sesuatu untuknya.
Fikiran
Natasha jauh memikirkan tentang PK, Hamdan dan Azlin. Mereka semua hanya tahu
mengambil kesempatan ke atas diri ini.
Badan
Natasha mengiggil apabila teringat peristiwa hitamnya pula. Lelaki itu! Lelaki itu
ada parut dipahanya. Dia akan ingat sampai bila-bila. Lelaki itu!
Air
matanya mengalir.
‘Lebih
baik aku tidur’ Natasha yakin, Huzaiman akan mengejutkannya nanti.
Best sangat . hhuuhuhuhuh . Nanak lagi :)
ReplyDelete~Fae~
terima kasih cik fae kita yg comey ni hahhaha
Deletekak ria sory ya.. just nk gtau kak ria da tsalah ejaan..=) papepon cita ni mmg best..
ReplyDeleteyg mana salah eja yer???akak tak perasan la pula hihihi
Deletehohoho..nak2..lagi...best taw..
ReplyDeleteterima kasih..nantikan next bab...
DeleteWalawalah bestnyer citer akk
ReplyDeleteErk...rasa pendek pulak...^_^)Y
ReplyDeleteApapun tetap best...#^_^
hahhah....jdi ma bbur c man 2..??? heheh...bestttt3x...!!! lgi2x...heheh...(^^)v
ReplyDeletejadi tapi.................(suspens) tunggu next episod...
Deletekak ria awat pndek cgt , x puas larh nk bce ,..
ReplyDeletepape pon cter nie terbaek ..
hrap dpt d pnjgkn g nxt chptr cta nie....hehe..lwak arr c man 2...hehehe...gd lck 4 u sis..bgi besstt g smbgan ya nie k...hehe..(^^)v
ReplyDeleteyang ni , xnk jadikan novel ke kak,ria. sv bila nk terbit? hihihi
ReplyDeletesmbungggg3x....hehehh
ReplyDeleteciter start part huzaiman cari kotak kecemasan tu cam sama dlam satu citer kartun ni lah....
ReplyDeleteitu idea kawan saya...wah2...ada citer kartun....citer apa...saya nak tgk gak... bgtau la...
Deletealamak..lupa lha..heheh..kartun tu kartun jepun..cuba tnya kawan ria la..mna tau dea dpt dari sna...
Deletedah tanya...dia kata tu idea dia sendiri....ish kalau boleh tak nak la kena tuduh tiru citer anime....adessss nampaknya saya kena tukar la babak2 ni semua....
Delete