Followers

Wednesday, 14 August 2013

15
Komen

enovel KEBENCIAN DALAM HATI bab 1



Bab 1


Peluh mula mengalir deras. Denyutan jantung bergerak pantas. Liur di telan berkali-kali. Kenapa aku kena hadapi situasi ini seorang diri? Siapa akan tolong aku ni?!

“Meow... Meow...” seekor kucing ingin bermanja dengan Izz Izzati. Dia sedang duduk atas meja yang ada di ruang tempat letak kereta. Nasib baik kucing itu tidak naik atas meja ni.

“Shhhuhhh!” halau Izz Izzati tetapi kucing itu buat muka comel pula. Kenapa kau tak nak pergi?

“Cik, kenapa ni?” seorang lelaki menyapa Izz Izzati.

“Encik! Tolong saya! Tolong saya halau kucing ni.” pinta Izz Izzati.

“Kucing je ke?” Lelaki itu berpaling. Malas mahu melayan karenah orang macam ni.

Kucing tadi mengeow lagi dan kali ini dia cuba melompat naik ke atas meja tersebut.

“Arrrggghhhh!” jerit Izz Izzati terkejut lalu terlompat ke arah lelaki itu. Elok sahaja dia terlekat di belakang lelaki itu.

“Encik, tolong saya!” mata Izz Izzati sudah berair. Dia benar-benar fobia dengan kucing sejak kecil lagi.

“Yelah! Tapi kau turun dulu.” Arah lelaki itu.

“Tak nak! Takut!”

“Kalau kau tak turun, aku cium kau!” ugutnya.

“Okey!” pantas Izz Izzati turun dari melekat di belakang lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu memegang tangannya. Dia tersentak.

“Jom lari!” Lelaki itu tersengih. Mereka berlari bersama naik ke ruang mall.

Kepenatan mereka berdua berlari. Banyak lemak dah aku ni. Kena kuruskan badan sebelum kahwin ni.

“Terima kasih encik sebab selamatkan saya dari makhluk itu.”

“Sama-sama. Aku Fakhrol Hazril. Nama kau?!” Fakhrol Hazril perkenalkan diri. Comel pula apabila melihat wajah perempuan itu yang agak merah-merah walaupun gelap sedikit wajahnya.

“Panggil Izz aje.”

“Okey, Izz. Aku ada benda nak buat ni. Aku pergi dulu!” lelaki itu terus berlalu.

“Okey!”

Izz Izzati terus menuju ke MPH. Rutin hujung minggu, melawat novel sendiri di pasaran. Saje nak tengok. Ada orang beli atau tak. Eh banyak lagi novel aku ni.

Izz Izzati memerhati novelnya yang bertajuk ‘1000x Cinta’. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki yang mengambil novelnya. Izz Izzati nama penanya. Entah mengapa hatinya tenang melihat wajah lelaki yang asyik membaca sinopsis novelnya. Entah mengapa juga hatinya berdebar hebat.

Rambutnya agak panjang tetapi nampak macho. Kulitnya putih cantik. Tak macam kulit aku ni, hitam manis. Hidungnya mancung. Hah! Tinggi dia macam Lee Minho walaupun mukanya sah-sah jauh beza dengan artis korea itu. Alamak, lama gila aku merenung mamat ni. Gila ke?! Kau akan berkahwin la Izz Izzati! Sedar sikit diri tu! Okey! Aku sedar la ni. Jom blah! Izz Izzati terus berlalu.

"Tapi..." Izz Izzati berpaling semula. Dia sendiri tidak tahu dorongan apa yang menyebabkan kakinya melangkah terus menghampiri lelaki itu.

"Novel ini saya tulis tau. Jadi, jangan tak beli pula ye." Selepas berkata begitu, Izz Izzati terus berlalu pergi. Rasa malu pula apabila memikirkan perbuatannya sebentar tadi. Macam entah apa-apa. Ish tak malu sungguh aku ni. Cara promosi novel sendiri cam salah je. Malunya! Harap tak jumpa dah lelaki tu dalam hidup aku.

Lelaki itu memandang belakang Izz Izzati. Apa kena perempuan ni? Lelaki itu perasan yang Izz Izzati sedang merenungnya sebentar tadi dan kini menegurnya.

"Zam..." Encik Azlan menegur lelaki itu.

"Pak cik..." Tengku Zam Hairil terkejut dengan kehadiran pak cik tua itu.

"Novel ni la yang pak cik cari tadi..." Encik Azlan tersenyum.

"Kenapa dengan novel ni pak cik?" soal Tengku Zam Hairil. Entah kenapa hari ni banyak kejadian pelik yang berkaitan dengan novel yang dipegangnya.

"Inilah novel anak pak cik."

Tengku Zam Hairil terkejut. Riak wajahnya tidak dapat disembunyikan. Jadinya... Perempuan tadi... Akhirnya dia ukirkan senyuman manis.

"Zam beli satu tau. Tanda menyokong anak pak cik ye." pinta Encik Azlan.

"Baiklah Pak cik..."





******



Mug di mejanya diambil lalu dengan rakus meneguknya. Hampir setengah jam dia menghadap komputer ribanya.

Izz Izzati meneruskan taipannya terbantut tadi,



Suami aku suka sangat buat aku rasa bersalah. Dia tak tahu ke aku cintakan dia seorang. Kenapalah kekasih lama aku tu muncul. Aku rasa dunia ni cukup besar tapi aku terserempak juga dengan dia semasa aku dan suami pergi membeli barang dapur. Ish! Serabut la!

Aku rasa aku kena buat sesuatu....



“Buat sesuatu? Nak buat apa ye? Ish bila sampai tengah ni, idea tak ada.” Izz Izzati menghentikan taipannya. Idea hilang tiba-tiba. Ini sudah masuk minggu ke tiga dia tidak dapat menyiapkan manuskrip penulisannya. Entah ke mana idea aku berjalan-jalan ni? Benar-benar memberikan dia tekanan.

Izz Izzati seorang penulis novel cinta sepenuh masa. Tugasnya hanya menaip untuk mencari pendapatan. Dia bersyukur kerana keluarganya tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam dunia penulisan selepas tamat pengajian di universiti.

“Zati, mak dah cari calon suami yang kamu nak tu!” tiba-tiba Puan Zalimah muncul. Wajahnya serius. Mana tak seriusnya, anak perempuannya mahu berkahwin. Itu adalah khabar berita yang baik.

“Siapa mak? Siapa!” Izz Izzati pula yang teruja. Dia sudah menetapkan apabila umurnya 25 tahun, dia perlu mencari teman hidup. Sudah dua tahun dia bercinta dengan dunia penulisan tanpa mempedulikan sesiapa. Kini, dia mahu bercinta dengan lelaki pula yang bergelar suami.

“Kawan ayah kamu la Zati.” Puan Zalimah teringat pertemuan yang tidak disengajakan semasa dia dan Encik Azlan membeli belah sebentar tadi.

“Kawan ayah? Mak nak Zati kahwin dengan kawan ayah?” memang terkejut beruk aku macam ni. Kawan ayah jadi laki aku!

“Salah! Salah!” Puan Zalimah menepuk perlahan mulutnya yang lancar berkata-kata. “Anak kawan ayah kamu. Itu baru betul.” Puan Zalimah hanya tersenyum.

“Mak ni buat Zati terkejut aje. Nasib baik tak arwah kat sini.” Izz Izzati ketawa kecil. Sebenarnya dia rasa berdebar. Al-maklumlah dia bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Entahlah mengapa dia mahu menyahut cabaran itu. Pilihan orang tua ni berkat bak kata orang-orang tua. Apalah aku mengarut sorang diri ni?

“Nama dia mak? Nama tu penting. Kalau nama dia tak sedap, saya tak nak la mak. Sebagai seorang penulis, Zati amat menitik beratkan nama terutamanya nama hero.” Izz Izzati mulakan mukadimahnya.

“Ish, kamu ni! Mulalah nak melalut pasal penulisan kamu tu. Zati, mak ni cari suami untuk kamu berdasarkan keturunannya yang baik-baik. Bukan sebab nama.” Jelas Puan Zalimah pula.

“Eh, mak! Kena ambil kira juga. Sebab kalau nama dia Mikail Islam dan nama anak mak, Izz Izzati, pasti nama cucu mak ialah Izzue Islam. Cantik! Cantik!” Izz Izzati sendiri memuji nama yang diciptanya. Dia teringat akan Izzue Islam yang semakin popular.

“Izzue Islam dah kahwin. Kamu jangan nak mengarut nak buat nama artis pula.” Pantas tangan Puan Zalimah mencubit pipi anaknya itu.

“Mana ada mengarut la mak!” Izz Izzati menggosok pipinya yang terasa berbisa sedikit.

“Nama dia mak tak tahu. Zati tanyalah ayah nanti.” Puan Zalimah mahu berlalu pergi dari biliknya itu. Ada dua orang anak macam ada 10 orang anak. Nasib baik abang dia dah kahwin, kalau tak, susah juga nak cari calon yang sesuai. Puan Zalimah mengeluh.

“Ala mak! Nanti dulu. Tak habis lagi soal jawabnya.” Kata Izz Izzati sambil klik ‘save’ dalam komputer ribanya lalu dia menarik lembut lengan Puan Zalimah duduk di birai katil.

“Apa lagi yang kamu nak tanya? Pergilah tanya ayah kamu tu.” Puan Zalimah memang tidak tahu menahu tentang pilihan suaminya itu, Encik Azlan.

“Umur dia mak. Manalah tahu ayah cari umur 40 tahun. Jatuh imej Zati sebagai seorang penulis.”

“Ada kena mengena ke?”

“Ada mak!”

“Peninglah mak layan kamu tu. Apa yang mak tahu, bakal suami Zati ni sangat sepadan dengan Zati. Seorang putih, seorang gelap!” Puan Zalimah ketawa kecil.

“Siapa yang gelap ni mak?” Izz Izzati mula rasa geram.

“Anak mak la yang gelap.”

“Mana ada gelap mak, cuma hitam manis je.” Izz Izzati membetulkan ayat Puan Zalimah itu. “Lagipun keturunan gelap ni kan daripada mak.” Dia tersengih.

“Yelah wahai penulis! Dah! Mak nak pergi masak mee mamak untuk ayah kamu ni.” Puan Zalimah berdiri.

“Ala, suruh aje mamak kat kedai tu masak untuk ayah.”

“Ish kamu ni! Mak kan isteri. Dah jadi tanggungjawab mak masak untuk ayah kamu. Jangan nak buat mak jadi derhaka pula.” Puan Zalimah menepis tangan anaknya itu yang ingin berpaut di lengannya.

“Ala, anak nak bermanja dengan mak, tak kan ayah tak bagi. Kedekutlah ayah ni!”

“Apa? Siapa yang kedekut ni?” Muncul pula Encik Azlan. Dari ruang tamu lagi dia dapat mendengar perbualan isteri dan anak gadisnya itu.

“Ayahlah! Nak pinjam mak kejap pun tak boleh.”

“Mestilah! Mak kamu tu untuk ayah aje. Kamu cari orang lain nak bermanja.” Usik Encik Azlan. Puan Zalimah hanya mampu tersenyum.

“Sampai hati ayah cakap macam tu pada anak sendiri.”

“Bermanjalah dengan suami kamu nanti.” Tiba-tiba nada Encik Azlan serius.

Walaupun serius, bagi Izz Izzati itu biasa sahaja di pendengarannya. Lengan Encik Azlan pula disambar oleh Izz Izzati.

“Ayah, nama dia apa? Bagitaulah! Mana la tau sesuai dengan cerita novel terbaru yang anak ayah nak tulis.”

“Tak habis lagi ke dengan penulisan kamu tu, Zati?” Puan Zalimah pula menyampuk. Rasanya penulis lain tak macam ni kot perangai mereka. Baca penulisan Siti Rosmizah dengan tuan punya penulisan berbeza je. Lain sikit anak aku ni. Penulisannya dan tuan punya penulisan, perangainya sama! Kasihan anak aku ni.

Izz Izzati membuat muncung. Kadang-kadang apa yang berlaku di sekelilingnya mahupun diri sendiri, dia akan tulis. Dia sudah biasa begitu.

“Comelnya muncung dia. Nanti ayah jemput dia datang rumah. Kamu sendiri tanya pada dia apa yang kamu nak tahu.” Kata ketua keluarga. “Jom, Mah!” ajak Encik Azlan sambil menghulurkan tangan kepada Puan Zalimah. Makin lama dia dalam bilik anak gadisnya makin lama merajuknya.

“Jom, bang!” Puan Zalimah menyambut huluran suaminya itu.

Izz Izzati hanya memandang ke dua ibu bapanya sehingga pintu biliknya tertutup rapat. Dia mengeluh.

Betul ke tindakan aku ni? Berkahwin dengan lelaki yang aku sendiri tidak kenal. Ini bukan kes aku kahwin paksa. Aku sendiri yang rela. Aku sendiri yang meminta ibu bapaku mencari calon sebab aku sendiri tak tahu nak cari calon macam mana. Nampaknya aku kena pastikan bakal suami aku juga tidak terasa terpaksa dengan perkahwinan ini nanti. Betul tu!

Izz Izzati tersenyum sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia merenung skrin telefon Samsung Galaxy Note 2. Dia tidak pernah melihat nombor telefon ini. Akhirnya dia menekan on.

“Assalamualaikum.” Izz Izzati memulakan perbualan.

“Waalaikumusalam. Boleh ngorat cik penulis ni tak?” ada suara seorang lelaki kedengaran di hujung talian.

Macam aku kenal suara ni tapi siapa? Siapa ye? Otak Izz Izzati ligat berfikir. Dia diam seketika.

“Hello! Hello!” lelaki itu mula gelabah apabila Izz Izzati tidak memberi sebarang tindak balas.

“Oh, kau rupanya! Alyas!” terjerit Izz Izzati dibuatnya. Dah lama mamat ni menghilang.

“Ingat pun. Ingatkan dah lupa.”

“Mana boleh lupa mamat yang takut lipas.” Izz Izzati ketawa kecil.

“Sedapnya mengutuk orang. Dia tu takut kucing. Padahal kucing tu makhluk Tuhan yang paling comel kejadiannya.” Mulalah mereka akan bergaduh.

“Bairlah! Kucing tu ada kuku yang tajam. Dia boleh mencakar sesiapa je.” Izz Izzati mempertahankan hujahnya.

“Dia tak cakar orang la. Kucing tu manja.” Jelas Alyas.

“Alyas, kau ni peminat kucing ke?” Izz Izzati tidak berpuas hati. Lelaki itu asyik nak menangkan kucing aje. Ada apa dengan kucing tu?

“Aku suka perempuan yang suka kucing.”

“Baguslah! Aku tak masuk list. Alhamdulillah!”

“Ish kau ni! Ke situ pula. Aku suka juga pada kau.” Alyas berkata. Dalam diam dia suka pada Izz Izzati tetapi siapalah dia untuk digandingkan dengan gadis itu. Gadis itu mempunyai kerjaya dan kelebihannya sendiri tapi aku? Apa yang aku ada? Hanya bengkel kereta yang buruk tu.

“Suka kawan kan? Okeylah, aku nak bersiap ni. Nak keluar sekejap. Nak cari idea. Salam.” Lepas Alyas menjawab salam Izz Izzati, talian di tamatkan.

“Aku akan kahwin tak lama lagi.” Izz Izzati tersengih. Dia terus bersiap-siap mahu ke tempat yang membolehkan idea-idea terbentuk dalam fikirannya.


p/s : Nantikan bab dua pada masa akan datang hihihi semoga terhibur.... tiga watak lelaki terus keluar dalam bab 1....wah hihihihi










Friday, 2 August 2013

16
Komen

PERTANDINGAN KOMEN ENOVEL KEBENCIAN DALAM HATI


salam...dah lama tak update apa-apa dalam...apa khabar semua? rindu sangat nak baca komen anda semua...apaapa pun, saya nak ucap...



SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN...


Jika saya ada buat sesiapa terasa hati. maafkan diri ini yang serba tidak sempurna dalam semua urusan dan percakapan...maaf...

ok berbalik kepada tajuk kita ni...pertandingan KOMEN enovel kebencian dalan hati....wah tajuk pun dah best....citernya tak tahu la best....nanti saya bagi intro sikit2 dalam enovel ni....ini kali kedua saya buat pertandingan ni...dulu HsGK...dan seramai 23 orang mendapat hadiah istimewa hihihihi...

Syarat penyertaan :
1.mestilah manusia..hihihi
2.tiada had umur..

cara Daftar :
1.kena add FB saya iaitu AZALEA ESHAL.
2.PM saya... dan  saya akan bagi nombor utk di tulis tiap kali komen...
3.pM KAN JUGA....
nama penuh
nama fb
alamat rumah
no hp
nama blog dan link blog sekali (jika komen menggunakan blog anda sendiri)
nombor daftar.....

CARA KOMEN :
1. TULIS nombor yang saya bagi tu...
2.Kemudian anda boleh komen apa saja komen.
3. mesti komen setiap bab yang di update....

MUDAH je kan pertandingannya...

Hadiah masih misteri hihihih so jangan lupa komen semua bab nanti....

TARIKH DAFTAR BERMULA 1/8/2013 SEHINGGA 31/8/2013...SELEPAS tarikh ni tak boleh nak daftar la...jika anda komen, sekadar komen la...jika dah daftar...insya allah anda komen anda dapat hadiah....

kategori untuk pemenang :

KOMEN TERPANJANG... (kalau dia komen, mesti panjang tak pernah nak miss....panjang lebar je setiap bab dia komen)
KOMEN BEST....(komennya bila kita baca tu senyum aje....dan komennya mesti la best tiap kali dia komen)
KOMEN MOTIVASI... (dia komen je, ada aje motivasi/kata hikmah yang di kaitkan dalam citer ni...memang prihatin la si pengkomen ni hihihihi)

ada apa lagi ye...ada tinggal tak....? pertandingan ini bermula pada 1/9/2013... hihihi akan berlansung selama sebulan...insya allah....

ini sedikit intro citer ni....



Bab 1

Izz Izzati meneruskan taipannya di komputer ribanya.

Suami aku suka sangat buat aku rasa bersalah. Dia tak tahu ke aku cintakan dia seorang. Kenapalah kekasih lama aku tu muncul. Aku rasa dunia ni cukup besar tapi aku terserempak juga dengan dia semasa aku dan suami pergi membeli barang dapur. Ish! Serabut la!

Aku rasa aku kena buat sesuatu....



“Buat sesuatu? Nak buat apa ye? Ish bila sampai tengah ni, idea tak ada.” Izz Izzati menghentikan taipannya. Ideanya hilang tiba-tiba. Ini sudah masuk minggu ke tiga dia tidak dapat menyiapkan manuskrip penulisannya. Entah ke mana idea aku berjalan-jalan ni? Benar-benar memberikan dia tekanan.

Izz Izzati seorang penulis novel cinta sepenuh masa. Tugasnya hanya menaip untuk mencari pendapatan. Dia bersyukur kerana keluarganya tidak menghalangnya untuk bergiat aktif dalam dunia penulisan selepas tamat pengajian di universiti.

“Zati, mak dah cari calon suami yang kamu nak tu!” tiba-tiba Puan Zalimah muncul. Wajahnya serius. Mana tak seriusnya, anak perempuannya mahu berkahwin. Itu adalah khabar berita yang baik.

“Siapa mak? Siapa!” Izz Izzati pula yang teruja. Dia sudah menetapkan apabila umurnya 25 tahun, dia perlu mencari teman hidup. Sudah dua tahun dia bercinta dengan dunia penulisan tanpa mempedulikan sesiapa. Kini, dia mahu bercinta dengan lelaki pula yang bergelar suami.

“Kawan ayah kamu la Zati.” Puan Zalimah teringat pertemuan yang tidak disengajakan semasa dia dan Encik Azlan membeli belah sebentar tadi.

“Kawan ayah? Mak nak Zati kahwin dengan kawan ayah?” memang terkejut beruk aku macam ni. Kawan ayah jadi laki aku!

“Salah! Salah!” Puan Zalimah menepuk perlahan mulutnya yang lancar berkata-kata. “Anak kawan ayah kamu. Itu baru betul.” Puan Zalimah hanya tersenyum.

“Mak ni buat Zati terkejut aje. Nasib baik tak arwah kat sini.” Izz Izzati ketawa kecil. Sebenarnya dia rasa berdebar. Al-maklumlah dia bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali. Entahlah mengapa dia mahu menyahut cabaran itu. Pilihan orang tua ni berkat bak kata orang-orang tua. Apalah aku mengarut sorang diri ni?


LAIN-LAIN


Tengku Zam Hairil merenung wajah isterinya yang baru di nikahinya itu. Izz Izzati. Sedap nama tu. Walaupun dia berkulit gelap sedikit tetapi sedap mata aku memandangnya. Sekali dia senyum, tergamam aku dibuatnya.

“Tengku...” panggil Izz Izzati apabila melihat Tengku Zam Hairil merenung tajam ke arahnya.

“Eh, masih bertengku-tengku dengan saya walaupun dah kahwin ni.”

Izz Izzati tersengih.

“Sebenarnya saya suka nama tengku itu. Tak sangka suami saya ni ada gelaran itu. Selalu baca dalam novel je.” Jelas Izz Izzati. Serius! Aku mana pernah ada kawan yang berpangkat tengku. Dulu aku berangan dalam penulisan aku sahaja yang aku ada kekasih bergelar tengku. Ini tak pasal-pasal jadi laki aku. Jodoh kot.

“Ish, tak kena betul isteri panggil suaminya tengku. Panggil saya, abanglah.” Cadang Tengku Zam Hairil.

“Oh, tak boleh! Kan kita ada perjanjian yang kita akan berkawan selama enam bulan untuk mengenali hati budi masing-masing dulu. Awak perlukan saya dan saya perlukan awak.” Izz Izzati ingatkan Tengku Zam Hairil mengenai perjanjian yang mereka buat sebelum berkahwin memandangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Macam kahwin paksa pula.” Tengku Zam Hairil mengeluh. Dia memeluk teddy bear yang berada di sisinya. Saiz teddy bear itu agak besar juga.

Dahi Izz Izzati berkerut melihat tingkah laku suaminya. Dah besar gajah pun peluk teddy bear. Biar betul ni!


LAIN-LAIN

Tengku Zam Hairil terus naik ke katilnya. Dia benar-benar terasa hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Izz Izzati. Wajahnya masam tetapi serius. Pantas tangannya memeluk teddy bear yang setia berada di sisinya. Dia memeluk teddy bear itu dari belakang.

Izz Izzati terpaksa mengikut langkah Tengku Zam Hairil sehingga ke bilik lelaki itu. Dia akui yang dia sudah melakukan kesalahan tetapi lelaki itu juga perlu mendengar penjelasannya.

“Saya tahu saya tak patut keluar tanpa izin Tengku tapi saya terdesak masa itu.” Jelas Izz Izzati yang berdiri di tepi katil.

Tengku Zam Hairil memegang ke dua belah tangan teddy bear kesayangannya itu lalu mengerakkannya ke telinganya. Dia menunjuk protes dengan Izz Izzati. Biar kau rasa. siapa suruh keluar dengan jantan tu. Macam aku tak boleh nak teman kau! Geram Tengku Zam Hairil dalam hati. Dia mahu isterinya terus memujuknya.

Izz Izzati yang melihat tingkah laku Tengku Zam Hairil rasa terbakar dalam hati. Aku benar-benar terdesaklah! Tolonglah faham.

“Tengku...” lembut Izz Izzati memanggil nama lelaki itu.

Tengku Zam Hairil membuat muka.

“Tengku nak ais krim. Saya belanja nak? Kita pergi date petang ni?” pujuk Izz Izzati. Dia berharap yang suaminya itu terpujuk.

Date? Aku tak pernah lagi date dengan isteri aku sendiri. Nak ikut! Tapi... Tapi rajuk aku ni camne? Mana boleh tunjuk yang dia mudah pujuk aku. Eh, mana boleh! Teddy bear, kita terus merajuk ye! Ajak Tengku Zam Hairil dalam hati.

Tengku Zam Hairil memeluk teddy bear sambil baring.

“Ala, Tengku...” Izz Izzati tahu yang pujukannya tidak berjaya.

LAIN-LAIN



Izz Izzati rasa geram pada teddy bear kesayangan suaminya itu. “Sebab kaulah aku kena marah dengan Tengku. Mesti kau ni special. Sebab tu Tengku sayang kau. Cuba kau cerita sikit pada aku, kenapa Tengku sayang sangat pada kau...”

“Aku ni gila ke cakap dengan teddy bear? Dah la teddy bear ni tak ada mata. Lepas tu ada lubang-lubang pula. Dah rosak pun.” Dia bersandar pada teddy bear tersebut.

“Teddy ni juga yang si Tengku tu sayang... Aku dia tak nak sayang ke? Dah lima bulan tinggal bersama. Aku pun dah luahkan perasaan pada dia. Tapi dia buat tak tahu je. Ini yang aku geram.” Luah Izz Izzati.

“Aku mesti cari sebab Tengku suka sangat dengan teddy bear ni.”

“Aku tahu sebab dia...” muncul seorang lelaki.

Izz Izzati terkejut. Dia pantas berlari masuk ke biliknya. Yelah! Aku kan tak bertudung. Tudung! Mana Tudung! Disebabkan terlalu terkejut, tudung atas katil dicarinya dalam almari. Pantas dia mencapainya lalu memakainya.

“Kau ni? Aku pernah tengok gambar kau dalam simpanan Tengku. Siapa kau!”

Belum sempat lelaki itu memperkenalkan diri, muncul pula Tengku Zam Hairil. Wajahnya terkejut.

“Zam!” lelaki itu memeluk Tengku Zam Hairil.

“Sam....” Tengku Zam Hairil terkejut. Dia kaku dalam pelukan Sam.

Izz Izzati dari tadi hanya memerhati sahaja mula membuat andaian sendiri. Apa kena mereka berdua ni?


LAIN-LAIN



Tengku Zam Hairil menutup rapat pintu rumahnya. Malam ini dia pulang agak lewat kerana banyak tugasan di pejabat yang masih belum selesai. Dia duduk berehat seketika di sofa. Rasa penat masih terasa. Dia memejamkan mata untuk seketika.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara. Suara seseorang yang sedang mengaji. Perasaannya tenang mendengar kalimah Allah di baca. Pantas dia menuju ke bilik isterinya. Siapa lagi yang ada dalam rumah ini kalau bukan dia je?

Tengku Zam Hairil membuka perlahan pintu bilik Izz Izzati. Wanita itu sedang membaca surah Yassin. Sudah hampir penghujung.

Izz Izzati terkejut dengan kehadiran Tengku Zam Hairil di dalam biliknya sehingga bacaannya terhenti.

“Jangan berhenti, dah nak habis tu...”

Izz Izzati menyambung kembali bacaannya. Tengku Zam Hairil turut sama membaca di sisinya. Lelaki itu bagaikan sudah menghafal surah tersebut.

Perlahan-lahan Izz Izzati menutup Al-Quran tersebut lalu di letakkan di rak buku yang paling tinggi. Apabila dia berpaling untuk melihat Tengku Zam Hairil. Dia terkejut.

“Kenapa ni Tengku?” soal Izz Izzati dengan cemas. Tiba-tiba sahaja laki aku nangis. Mana la aku tak cemas. Selalunya kerja dia nak arah aku la. Kenakan aku la. Ini nangis pula. Lemah jiwa aku tengok orang menangis ni.

“Awak, saya rindukan dia! Saya rindukan dia sangat-sangat.” Luah Tengku Zam Hairil sambil air mata mengalir. Dia terus memeluk Izz Izzati yang masih berdiri tegak itu.

“Dia tu siapa?” Izz Izzati membiarkan sahaja pelukan Tengku Zam Hairil seperti mana suaminya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan.

LAIN-LAIN



Fakhrol Hazril merenung tajam ke arah Tengku Zam Hairil yang sedang bersandar pada kereta Ford Fiesta berwarna merah.

“Macam mana kau kenal Izz? Dan nak kahwin dengan dia pula?” soal Fakhrol Hazril. Sejak kecil lagi dia tidak menyukai Tengku Zam Hairil. Perbezaan umur mereka hanyalah satu tahun membuatkan dirinya sama taraf dengan abangnya itu.

“Itu masalah aku. Kau tak payah nak campur!” Tengku Zam Hairil sudah banyak bersabar dengan karenah adiknya. Dia sendiri tidak mengerti mengapa adiknya begitu benci padanya. Padahal mama dan papa lebihkan dia daripada dirinya.

Tengku Zam Hairil sering mengalah untuk adiknya. Jika mama atau papa belikan permainan atau segalanya, jika Fakhrol Hazril suka, dia terpaksa mengalah. Kenangan lalu singgah di benak fikirannya.

“Haz nak juga yang tu! Nak juga!” Fakhrol Hazril menangis sekuat hati kerana mahukan permainan milik Tengku Zam Hairil.

“Zam, bagi pada adik ye?” Puan Faridah meminta lembut pada anaknya. Dia tersenyum manis.

“Tak nak! Ini mama belikan untuk Zam. Jadi ini Zam punya.” Balas Tengku Zam Hairil ketika itu dia berusia sepuluh tahun.

“Kau nak bagi atau tidak!” Puan Faridah mula bertukar nada.

“Semua permainan Zam jadi adik punya! Zam tak dapat apa-apa pun! Jadi, ini Zam punya, mama! Zam punya!” jerit Tengku Zam Hairil dengan air mata yang mengalir.

Pang!

Tengku Zam Hairil ditampar. Pipinya terasa sangat sakit. Dia memegang pipi yang sudah menjadi merah. Mata Tengku Zam Hairil membulat memandang wajah Puan Faridah.

“Aku kata bagi pada Haz, jadinya Haz punya! Aku yang beli semua ni!” Puan Faridah mula marah.

“Zam ni pun anak mama! Mama tak sayang Zam ke?” Tengku Zam Hairil beranikan diri lagi untuk bersuara.

“Kalau aku tak sayang kau, dah lama aku campak kau kat luar tu! Jadi, jangan nak berlagak dengan aku!” kata Puan Faridah sambil merampas permainan di tangan Tengku Zam Hairil.

“Pergi masuk bilik kau!” geram Puan Faridah. “Sayang, permainan ni jadi milik Haz ye? Janganlah marah mama ye? Mama sayang Haz...” pujuk Puan Faridah lalu memberikan permainan itu kepada Fakhrol Hazril.

Tengku Zam Hairil hanya mampu melihat adengan pujuk itu. Mama tak pernah pujuk aku macam tu. Mama sentiasa marah pada aku. Mama selalu lebihkan adik. Bila aku berjaya mendapat A dalam pelajaran, mama buat tidak tahu sahaja. Tetapi jika adik, mama sanggup beli apa sahaja. Mama memang tak sayang Zam kan? Mama benci pada Zam kan? Kenapa mama? Kenapa? Persoalan itu tiada jawapan sehingga kini.

Mereka sudah dewasa, sejak mendapat pekerjaan, Tengku Zam Hairil terus berpindah dari rumah tersebut. Mereka seperti bukan ahli keluarganya lagi.

“Jawab la!” marah Fakhrol Hazril apabila Tengku Zam Hairil diam.

“Izz Izzati akan berkahwin dengan aku. Kau jangan nak kacau dia.” Tengku Zam Hairil berkata.

“Aku suka dia. Jadi kau kena bagi dia pada aku!”

“Hey! Dia bukan barang permainan!” giliran Tengku Zam Hairil pula marah.

“Aku peduli apa! Kalau aku suka benda yang kau punya, kau kena bagi aku. kalau tidak, aku bagi tau mama.” Fakhrol Hazril tersenyum.

“Macam budak-budak! Zati akan kahwin dengan aku. Aku tak kan benarkan benda yang sepatutnya jadi milik aku, jadi milik kau! Tidak akan lagi!” kata Tengku Zam Hairil dengan jelasnya lalu membuka pintu kereta dan meninggalkan Fakhrol Hazril yang terkial-kial dengan kata-katanya.



HEHEHHEHEHEHHE macam2 yg kita rasa...kelakar geram sedih marah gaduh dan sebagainya...nantikan cerita ini di blog saya pada awal bulan 9...insya allah...semoga apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar...aminn.... sampai di sini sahaja....jumpa lagi...wslm...

Thursday, 11 July 2013

8
Komen

CONTEST : NOVEL 13 JAM A380


CONTEST : NOVEL 13 JAM A380
Salam semua, alhamdulillah siap juga taip bab 28 ni...hampir dua minggu fikir sampai penulisan lain campak tepi. Semangat nak jumpa kak Eva sejak novel The Wedding Breaker keluar di pasaran lagi. Memang dah berangan nak jumpa kat airport.... entah la... kalau ada jodoh pertemuan pasti akan bertemu. Baiklah. Inilah bab 28... rekaan cik penulis sendiri.. ada hana, haydar, fawwaz, si model dan Emmel. Semua ada... hihihi semoga terhibur membacanya... terima kasih...
http://fairytalesfromevelyn.blogspot.com/2013/06/contest-novel-13-jam-a380.html


Derapan kaki lelaki yang membawa Emmel ke sini mengingatkan aku tentang waktu dan realiti kami. Dia berdiri di sebelah aku dan Emmel. Samar lampu dan kedudukan yang agak berjarak menyukarkan aku melihat wajahnya tadi. Aku bangun dengan Emmal di dukungan. Berdiri tegak di hadapan si penyelamat Emmel hari ini.
         Lelaki bersuit kemas warna hitam. Briefcase elok di tangannya. Kacak dan tinggi. Liur aku telan kesat. Kulit muka terasa tegang membahang. Dada berdebar seperti debaran sewaktu mencari Emmel tadi.
         Haydar.
         Nama itu hanya bergema di segenap ruang hati aku. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Lantas aku merenung tajam ke arahnya.
         Him or no him!
         Lelaki itu tersenyum. Ternyata senyuman lelaki itu adalah Haydar.
         Tiba-tiba terasa nafasku tersekat di kerongkong. Rasa ingin pengsan pun ada. Dadaku sudah terasa sebak semacam apabila melihat raup wajah yang dirindui itu.
         Begitulah perasaan aku ketika kali pertama berjumpa dengannya.
         Hana, please don’t cry! Tahan air mata tu agar tidak mengalir. Hatiku kuat memujuk diri ini.
         Nafasku di tarik dalam lalu dihembus perlahan. Aku cuba untuk mengumpul sedikit kekuatan.
         “Mommy...” panggil Emmel dalam dukungan apabila aku terdiam melihat Haydar.
         Tangisan si kecil yang kuat sebentar tadi, kini perlahan. Hanya bunyi esakan sahaja kedengaran.
         Aku masih belum memberi tindak balas pada Emmel yang memanggil. Aku kembali fokus kepada Emmel.
         “I’m sorry, mommy. I won’t be a bad girl again. Please  say something.” Emmel kembali menangis. Walaupun sebentar tadi aku sudah katakan yang aku tidak marah padanya lagi.
         Tangan kecil Emmel mengusap lembut pipiku. Kasihan Emmel. Aku terdiam sebab si penyelamatnya adalah orang yang aku...
Tak terluah pula kata-kata itu.
         “Don’t say like that. Mommy just worry about you. Please promise to be this thing never happen again?” ke dua kalinya aku meminta Emmel berjanji.
         Emmel angguk kepala. Dia tersenyum semula apabila aku kembali bercakap dengannya.
         “Okey, I promise, mommy.” Emmel berkata. Walaupun aku yakin yang Emmel masih tidak mengerti mengenai janji yang dibuat.
         “Ehem...” Haydar menyedarkan aku dan Emmel yang dia pun mahu perhatian.
         Fokusku kembali kepada Haydar. Hati tersentak. Penahan mata Haydar sentiasa mencengkam jiwa dan perasaan. Pandangan mata kami bersatu. Hanya beberapa saat, aku rasakan seperti masa itu terhenti.
         Tapi berapa lama aku boleh tahan. Pantas aku larikan pandangan. Aku yakin yang Haydar mengenaliku. Belum sempat aku bersuara, Emmel merengek dalam dukunganku.
         “Daddy! Mommy, daddy is here!” Emmel tunjuk ke arah belakangku. Aku berpaling.
         Sepasang mata amber sedang merenung tajam ke arah aku. Tiada senyuman yang terukir.
         Fawwaz.
         Air wajah terkejut, tidak dapat di sembunyikan lagi.
Emmel meminta dirinya di lepaskan. Dia berlari ke arah Fawwaz.
         Aku tersepit antara dua lelaki yang istimewa dalam hidup aku.
         Aku berpaling semula pada Haydar.
         Haydar sedang merenung tajam bagaikan mahu penjelasan dengan apa yang berlaku tetapi hanya seketika. Dia kembali tersenyum. Aku sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku.
         “Honey, what are you doing here? I waiting for you in the car so long. Boring la!” Renggek seorang wanita yang baru muncul. Dia memeluk lengan Haydar.
         Terguris hatiku melihat mereka berdua. Si model tu dah muncul. Betapa sakit hati ini. Bibir bawah kuketap kuat. Cuba menahan ngilu di hati.
         Saat ini.. Bibirku tidak ingin tersenyum tetapi mengenangkan Haydar yang menyelamatkan Emmal, aku gagahi juga.
         “Thank you because save my daughter.” Aku tersenyum pahit.
         Haydar pula hanya memandangku dengan senyuman yang bisa mencairkan hatiku.
Haydar masih boleh tersenyum? Dia tak cemburu ke aku ada anak? Hati makin kecewa. Aku berpaling dan ingin melangkah ke arah Fawwaz dan Emmel.
         Haydar meleraikan pelukan di lengannya. Lantas dia memegang lenganku. Lembut.
         “You still drug for me, Hana Sofea!” bisikan tu cukup lembut menyapa telingaku. Dia menarik tangan model tersebut dan meninggalkan aku begitu saja.
         Aku masih terkaku dengan kata-katanya. Aku melihat Haydar pergi begitu sahaja bersama si model itu. Sempat juga si model itu menjeling tajam ke arah aku.
         “Mommy... Daddy! “ panggil Emmel sambil menarik tanganku. Emmel tunjuk ke arah Fawwaz.
         “Fawwaz...” kepalaku ditundukkan. Aku yakin yang Fawwaz pasti kecewa dengan sikapnya ini.
         “Jom sayang! Kita pergi makan!” Fawwaz mendukung Emmel. Sikit pun Fawwaz tidak memandangnya.
         Fawwaz....

Ditulis oleh :
RIA NATSUMI / AZALEA ESHAL