Followers

Sunday, 30 September 2012

23
Komen

CERPEN : ISTERIKU ROMANTIK





salam...untuk pengetahuan semua, cerpen ini telah dijadikan novel.. alhamdulillah sudah di terbitkan pada tahun 2013 pada bulan 4 bawah terbitan BUKU PRIMA dengan nama pena baru saya, AZALEA ESHAL... boleh dapatkan dengan harga rm18.90.... terima kasih..

Hanna baru sahaja keluar dari tandas. Itulah rutinnya selepas loceng rehat berbunyi. Dia tersenyum lebar.


“Hanna, lelaki kau suka tu lepak kat tempat biasa.” Sui Mei menghampiri sahabatnya.

“Ye ke? Ini sudah bagus!” Hanna melebarkan senyumannya. Dia suka lelaki itu.

Thilaga hanya mencebik.

“Kenapa you begitu suka dengan lelaki bermasalah? You cari nahas aje.” Kata sahabatnya yang berbangsa India itu.

“Thilaga, I suka dia sebab dia selamatkan I masa I jatuh dulu.” Jelas Hanna.

“Tapi kan tak mungkin sebab dia selamatkan you, you dah jatuh cinta dengan dia. I tak percaya. I tak percayakan cinta.” Tegas Thilaga.

Thilaga memang tidak suka orang bercinta. Dia betul-betul tidak suka cinta.

“Sudahlah Thilaga. I nak pergi skodeng dia. I kan gadis yang comel dan...”

“Gedik!” sambung Sui Mei.

“Sui Mei!!” marah Hanna.

Mereka bertiga sengaja lalu depan tempat lelaki misteri itu melepak. Di mana? Mana lagi, di depan tandas lelaki. Inilah lelaki. Banyak-banyak tempat depan tandas juga menjadi pilihan.

“Hai M!” sapa Hanna.

Dahi M berkerut. Dia kurang senang dengan perempuan ini. Tiada perempuan yang berani bercakap dengan dia tetapi perempuan ini, macam tak takut aje.

“Nah!” tiba-tiba Hanna memberi sejambak bunga kertas yang dipetiknya.

Wajah M sudah merah.

Kawan-kawan M sudah menahan gelak. Apa kena dengan minah ni bagi aku bunga? Bunga kertas pula tu.

“Ambiklah. Jangan malu-malu. Aku suka kau, boleh tak?” kata Hanna. Dia memang berani kalau bab perasaan. Kalau dia suka, dia cakap suka. Kalau tak suka, dia cakap juga tak suka. Tak payah nak pendam-pendam.

“Jom blah!” ajak M. Sakit jiwa dia tengok perempuan ni.

“Eh, tunggu la dulu!” panggil Hanna tetapi M terus berlalu.



Hanna termenung. Salahkah aku terlalu jujur dengan perasaan sendiri? Dah aku suka dia. Aku luahkan la. Apa susahnya? Sakit jiwa. Aku ni nampak macam huru hara sikit tapi aku belajar okey aje. Sokmo number one! So, dia nak apa lagi. Cakaplah! Stress Hanna di buatnya.


“Entah-entah dia malu sama lu la, Han.” Kata Sui Mei.

“Kenapa malu?”

“Ya loh. You number one this school tapi si mamat tu last sekali dalam tingkatan lima ni.” Jelas Sui Mei.

“I tak kisah pun, Sui.” Hanna tersenyum. Dia suka melihat wajah dingin M.

“Eh, dia lelaki ma. Mesti ambil kisah.” Kata Sui Mei lagi.

“Ye ke? I tak ambil kisah pun.” Balas Hanna. Sui Mei hanya mampu mengeluh.

“Nasib la I dapat kawan macam you ini. Tidak mahu mengerti.” Sui Mei terus menggigit epal merah kesukaannya. Hanya itu yang dimakannya apabila waktu rehat.

“Mana Thilaga?”

“Dia ada masalah dengan geng tak cukup sifat ma.”

“Geng minah-minah perasan bagus tu?” soal Hanna. Sui Mei hanya mengangguk. “Jom kita pergi tengok. Kasihan kawan kita tu nanti.”

Hanna dan Sui Mei mula bergerak tetapi langkah mereka dihalang oleh M.

“M...” Mata Hanna bersinar. Dia suka M halang-halang dia macam tu. Hatinya berdebar hebat.

“Aku nak warning kau. Jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan aku.” jari telunjuk M tepat di hidung manjung milik M.

“Aku cuba cari cinta dengan kau aje.” Terus terang Hanna.

“Kau sedar tak? Aku ni hodoh. Tak berapa nak putih. Gangster sekolah. Cubalah cari lelaki yang baik sikit.” Nasihat M. Kalau perempuan ni suka lelaki lain, aku takkan terganggu macam sekarang ni. Cepat-cepatlah kau dapat jodoh. Doa M.

“Suka hati aku nak suka kau. Kalau kau tak suka aku, aku akan buat kau suka aku.” Hanna tersenyum.

“Jom blah!” M tak sanggup nak dengar lagi apa yang dikatakan oleh Hanna.

“Jangan pergi dulu. Kita keluar date petang ni nak tak?” ajak Hanna.

“Tak nak!”

M terus berlalu pergi.

Ala M ni, aku baru nak gedik, dia dah blah. Nasib la.



M sedang melepak di tempat biasanya.


“Bos, kenapa bos tak suka minah gedik tu?” soal Zali.

“Kau sendiri panggil dia gedik, kau suka perempuan gedik?” Soal M. Dia anti betul apabila perempuan itu dikaitkan dengannya.

“Bukan gedik tapi manja, bos.”

“Banyaklah kau.”

Tanpa sesiapa tahu, M adalah pelajar cemerlang. Dia sengaja malas belajar di sekolah tetapi di rumah dia lebih banyak belajar dari melepak. Itulah sikapnya yang pelik. Mama dan papanya begitu sibuk mencari duit dan tinggalkan dia sendirian di Villa yang tiada siapa yang tahu di mana sebab sekolah yang dibelajar itu berada di pedalaman dan mempunyai asrama. M tinggal di asrama tersebut.

“Bos, MG datang.” Bisik Zali.

Mereka berdua kerana Hanna tidak ke sana. Malah berlari masuk ke tandas perempuan.

“Di tak tahan nak berak kot.” Kata Zali. M hanya angguk kepala tetapi kenapa dia menangis? M pula buntu.

“Hanna, sabar. Janganlah menangis.” Pujuk Thilaga.

“Betul tu ma.”sokong Sui Mei.

“Mana aku tak sedih. Ayah aku nak pindah pula. Aku nak mohon asrama dia tak bagi.” Luah Hanna.

“Sabar la.”

“Aku takkan dapat jumpa korang dan M lagi.” Hanna menangis. Thilaga dan Sui Mei memeluk Hanna. Mereka berdua juga turut bersedih.

“Tak apa, Hanna. You jangan lupa kami di sini tau.” Pesan Thilaga.

“Takkan lupa selamanya.” Janji Hanna.

*****

Hanna gembira dengan kehidupannya sebagai seorang penjual insurans terhormat. Memang susah nak cari pelanggan tapi aku suka aje tengok muka orang berkerut apabila aku bercakap. Lagi sekali Hanna tersenyum.

“Hanna, aku dah tolong kau cari seorang pelanggan. Dia ahli perniagaan yang berjaya.” Kata Maya.

“Berjaya tapi baru nak beli insurans? Macam tak logik aje.”

“Kau layan aje la dia. Tengah hari ni kau pergi kedai ni. Dia nak belanja kau makan.”

“Biar betik kau? Entah-entah pak cik tua mana entah.” Hanna cuba mengelak.

“Hmmm, pergi aje la. Banyak bebel pula.”

“Yes boss!!”

Hanna pergi ke tempat yang dikatakan oleh Maya. Ini yang aku lemah ni. Aku mana makan benda alah ni. Aku manusia biasa aje.

“Jemput masuk. Cik Hanna.” Kata seorang lelaki. Ya Allah! Aku memang tak perasan ada orang kat situ. Muda lagi mamat ni. Macam sebaya aku aje.

“Saya Mikail Islam.” Lelaki itu memperkenalkan diri.

“Ya, terima kasih.” Ucap Hanna kerana Mikail menjemputnya masuk.

“Duduk la.” Ramah sekali Mikail.

“Ya.” Gagap Hanna di buatnya. Sejak bila aku berperangai macam ni. Mula nak mengedik ni. Perasaan ini bila aku dengan M aje tapi dia bukan M. Serius bukan. Entah-entah M ada kembar? Tak mungkin la.

“Cik Hanna.” Tegur Mikail apabila melihat Hanna termenung.

“Alamak!”

“Apa yang alamak?!”

Hanna sudah mula menggelabah.

“Eh, tak ada apa-apa!” Hanna melabuhkan punggungnya di lantai. Dah orang jepun makan memang dalam keadaan begini. Alamak, banyak gila makan masakan jepun yang encik MI ni order. Macam sepuluh orang nak makan.

“Okey. Sebelum kita berbincang lebih lanjut, kita makan dulu ye?” kata Mikail. Dia sudah mengambil pengepit makanan.

“Kejap!” tiba-tiba Hanna menghalang. Dia ada sesuatu yang mahu di kata. Tapi hakikatnya dia sedang mencari alasan supaya dia tidak perlu makan semua ini. apa ye?

“Ada apa cik Hanna?” Mikail memandang Hanna. Pelik juga.

“Hmm sebenarnya saya puasa hari ni. Puasa hari isnin.” Jelas Hanna. Jelas-jelas aku dapat dosa. Puasa ganti pun tak habis lagi aku ganti, ada hati nak buat puasa sunat.

“Maaf! Saya tak tahu yang Cik Hanna puasa. Kenapa cik tak bagitau awal-awal?” tanyanya.

Hanna hanya mampu tersengih.

“Tak apa. Encik Mikail makan dan saya cakap pasal insurans saya ya?” cadang Hanna. Tiba-tiba rasa diri ini tidak profesional. Kenapa ya?

“Kalau macam tu, kita bincang lain kali la.” Lelaki itu berdiri.

Eh, nak ke mana tu? Makanan ni tak nak makan ke? Ini satu pembaziran. Aku ni pantang orang membazir.

“Encik Mikail Islam.” Panggil Hanna.

Mikail yang sudah memakai kasutnya kembali berpaling. Dia memandang wajah Hanna.

“Ada apa?”

“Makanan tu?” Hanna menunjukkan makanan yang banyak atas meja berkaki pendek itu.

“Tak apa. Biarkan sahaja.” Mikail membelakangi Hanna semula.

“Encik Mikail Islam. Ini satu pembaziran dalam agama Islam. Baik encik pergi makan.” Nasihat Hanna.

Mikail rasa terpukul dengan kata-kata Hanna. Dia memanggil pelayan dan meminta semua makanan di bungkus.

“Untuk awak. So, tak membazirkan? Nanti kita jumpa lagi. Selamat berbuka.” Mikail terus berlalu pergi.

“Apa kena la mamat ni? Kan aku jadi perempuan gedik baru kau tahu betapa buruknya aku bila begitu penat aku datang.” Geram Hanna. Dia ambil juga bungkusan itu. Sampai sahaja di pejabat, dia bagi kawan-kawan sekerja makan. Memang tak membazir.

Penatnya seharian bekerja. Rindunya pada kau orang berdua. Hanna melihat gambar sahabatnya Thilaga dan Sui Wei.

Selepas mandi, Hanna terus membuka akaun facebook. Sekarang ni ramai suka buka facebook. Aku suka buka facebook sebab dia, M. Walaupun facebook dia tidak aktif lagi dan hanya ada 10 rakan dalamnya tetapi aku gembira. Setiap hari mesti ada aje komen aku di ruang wall dia. Walaupun aku tahu dia tak akan memberi respon tetapi aku tetap nak tulis.

Hanya seorang yang rajin membalas komennya, Zali. Hanna tersenyum hari ini dia meluahkan perasaanya.



-Hari ni aku berperasaan gedik macam kau ada dengan aku, Mr.Gangster-




Nama facebook M ialah Mr.Gangster. Gangster la yang buat aku jatuh cinta dengan kau M.




Hari ini pun ada –ZaliMacho




Mamat ni dah muncul. Suka hati akulah nak tulis apa.




Ada apanya? – HannaMakaroni




Padan muka kau. Sibuk aje. Hanna tersenyum. Dia menanti jawapan daripada Zali.




u gedik hari ni? –Cik Thilaga




Mak ai, kawan aku! Aku nak gila ni. Gembira punya pasal. Dia ada rupanya. Makin lebar senyuman Hanna.




Thilaga, I tak tahu naper I gedik macam tu. Nasib baik masih terkawal- HannaMakaroni




Rindu betul dengan kawan-kawan. Zali muncul.




Buat-buat tanya pula. Kau nak aku berpantun ke? Kan aku dah bagitau rahsia kau yang FB buah hati kau ni tak berfungsi dah. Dia tak guna FB – ZaliMacho




Ada aku kisah – HannaMakaroni




Ambik kau! Geram Hanna. Aku memang dah mengamuk ni. Suka hati aku la. Lagi pun aku tahu dia berpura-pura. Aku pernah nampak dia komen tetapi lepas tu dia delete. Aku yakin dia baca apa yang aku tulis ni.


Hanna sudah malas melayan Facebook zaman sekolah ni. Dia segera buka facebook kerja pula.

“Nak tulis status apa yer?” Hanna berfikir seketika.



Sedap tak makan sushi hari ni? Orang belanja mesti sedap kan?-Penjual insurans




Hanna tersenyum. Memang sedap juga sushi ni tapi aku masih tak suka nak makan. Ada orang komen la. Hanna segera klik.




Ada orang tu kata tak makan sushi tapi makan banyak aje tadi– Maya Asli




Apa pula ni? Jangan la heboh-heboh Maya. Hanna sudah tidak sedap hati. Ada lagi orang yang komen. Hanna memang bagi open facebooknya. Sesiapa pun boleh komen. Senang dia mahu buat promosi tentang insuransnya kepada orang ramai.




Kata puasa... – Mikail Islam




Ketika itu Hanna ingin minum air tetapi tersentap hatinya ketika dia melihat nama itu. Mikail Islam.


“Patutlah aku rasa tak sedap hati. Mamat ni rupanya. Apa aku nak balas? Dah terkantoi ni. Ini mesti Maya yang bagitau dia yang ini facebook aku.” Hanna tidak tahu mahu balas apa tapi dia cuba juga.



Memang puasa tapi bila sampai pejabat ABC pula – penjual Insurans




Hhihihihihihi – Maya Asli




ABC? Kenapa gelak, Maya – Mikail Islam




Abang Islam kelakar... – Maya Asli




Abang tak buat lawak ok – Mikail Islam




“Kenapa dua orang ni macam berkasih sayang aje?” Hanna sedikit keliru. Dia menaip sesuatu.




Korang berdua ni kapel ke? – Penjual Insurans




Wei Hanna, ni abang sepupu aku la – Maya Asli




Hihihhi Hai Hanna – Mikail Islam




“Oh, tidak! Aku terkena. Boleh pula mamat ni main hai hai pula.” Geram Hanna. Dia geram dengan Maya sebab gadis itu seperti tidak mengenali Mikail Islam.




Hai hai bye bye – Penjual Insurans




Itu untuk balasan orang yang buat aku geram. Aku terus log out. Hanna menarik selimut dan tidur. Lagi bagus!




******


Mikail Islam termenung. Kata puasa, dia tipu aku ya? Tak berubah langsung minah ni. Tak kan dia tak tahu nama aku. Aku ni lelaki yang dia suka dulu. Tapi dia macam tak kenal aje. Dah banyak kali aku sebut nama tapi buat donno aje.

Mikail masih menanti balasan Hanna dalam facebok tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja. Dah tidur ke? Teka Mikail.

Akhirnya, Mikail juga tertidur.

Awal pagi esok, Mikail menghubungi Hanna.

Mikail menanti dengan sabar panggilannya dijawab oleh Hanna.

“Ada pun, Assalamualaikum.” Mikail mengukir senyuman.

“Waalaikumusalam. Kejap! Kejap!” Hanna berkata.

Eh, kenapa dengan minah ni? Mikail pula yang terasa pelik.

Bukk!

Satu bunyi kedengaran.

“Hanna, kau okey?” risau Mikail. Gangsternya muncul. Dia tiada kesabaran lagi.

“Aduh! Maaf kita terjatuh katil masa lipat selimut.” Kata Hanna.

“Lipat selimut?” Mikail mula keliru. Minah ni lipat selimut sambil berdiri atas katil ke? Macam pelik aje. Macam-macam Mikail bayangkan.

“Ya, encik? Nak beli insurans ke?” soal Hanna

“Ya. Saya Mikail Islam.” Mikail memperkenalkan diri.

Hampir terlepas telefon bimbit Hanna apabila nama tersebut disebut. Kenapa dia telefon aku di pagi ahad. Kan cuti. Kalau nak beli insurans pun, hari isnin kan ada.

“Cik Hanna.” Panggil Mikail. Dia cuba mengawal suaranya. Sebenarnya dia sudah lama sukakan Hanna tapi sikap gedik dan manja yang dikatakan oleh Zali itu membuat dirinya segan untuk mengakui perasaan itu.

Mikail dapat tahu mengenai Hanna apabila adik sepupunya menyebut nama Hanna.

“Hanna!” tiba-tiba suara Mikail tinggi.

“Kenapa dengan abang Mikail ni?” Maya sedikit terkejut.

“Ya, kawan kamu tu nama apa? Hanna apa?”

“Hanna Hashim. Kenapa?”

“Oh! Dia jual insurans juga ke?” soal Mikail lagi.

“Ya.”

“Abang nak beli insurans dengan dia. Boleh tak?” pinta Mikail.

“Boleh aje.” Kata Maya. Dengan aku tak nak beli ke?

“Encik Mikail Islam.” Panggil Hanna.

Mikail tersedar. Dia sempat teringat perbualannya dengan Maya mengenai Hanna.

“Ya! Kita jumpa hari ni. Waktu tengah hari.” Rasanya perasaan ini tidak dapat ditahan. Aku nak jadi gedik juga ke? Soalnya sendiri dalam hati.

“Di mana?”

“Di...” belum sempat Mikail katakan pantas Hanna yang menjawab.

“Di KFC Mayvelly ye?” ajak Hanna. Setujulah wahai pelangganku. Setuju please!!!! Hatinya meraung.

“Baiklah. Kat situ kita jumpa.”

“Alhamdulillah.” Ucap Hanna.

Talian di tamatkan.

Aku mesti buat ikat dia hari ini juga.

*****

Mikail tersenyum lebar. Apa yang dirancangnya diharap dapat berjalan dengan lancar. Dia akan membuat kejutan untuk Hanna. Dia setia menanti di KFC. Walaupun agak sibuk dengan manusia, Mikail sudah menyewa untuk satu ruang di KFC itu.

“Maaf lambat encik Mikail. Jalan sesak tadi.” Mohon Hanna.

“Saya dah order untuk awak.” Kata-kata Mikail itu telah membuat Hanna rasa tercekik tulang ikan.

Aku baru nak order, dia dah orderkan. Ini yang tak syok. Tak syok makan dengan orang kaya. Nak ikut selera dia aje. Hanna membebel dalam hatinya.

“Terima kasih encik Mikail.” Ucap Hanna. Nampak sangat yang aku tak ikhlas. Tapi apabila tengok makanan atas meja, semuanya aku makan. So, tak jadi masalah la.

“Kita makan dulu.” Ajak Mikail.

“Jemput makan.” Kata Hanna dengan begitu bersemangat.

Hanna dan Mikail makan tanpa mempedulikan orang sekeliling. Sebenarnya dia lambat sampai sebab dia ada lalu depan kedai kek. Tak ada orang nak wish hari lahirnya hari ni. Kalau ada Thilaga dan Sui Mei dia tak pernah miss wish pada aku.

“Muram aje.” Tegur Mikail.

“Tak ada apa-apa. Eh!” Hanna terkejut, ada benda dalam kentang putar yang dia sedang makan. Dia korek lagi dan lagi guna sudu. Ada cincin!

Pantas Hanna lap dengan tisu yang ada.

Tiba-tiba Mikail bangun dan melutut di tepi kerusi yang Hanna duduk.

“Sudikah awak menjadi isteri saya?” Lamar Mikail.

Terkejut Hanna di buatnya. Dia berbelah bagi.

“Bukan tak sudi tetapi hati saya hanya suka dia aje.” Tolak Hanna.

“Dia tu siapa?” soal Mikail yang masih melutut.

“Lelaki tu saya panggil dia M dan dalam facebook namanya Mr.Gangster. maafkan saya.” Kata Hanna dengan wajah tertunduk.

Itu aku la cik Hanna oi! Kau suka aku tapi tak tahu nama sebenar aku. pelik betul minah seorang ni. Geram Mikail

“Awak tak tahu nama sebenar lelaki yang awak suka?”

“Tak tahu dan saya lupa nak tanya dia. Nampak dia aje saya akan jadi gedik tak pasal-pasal sehingga dia pun bosan melihat saya.” Jelas Hanna dengan senyuman.

“Saya la Mr. Gangster awak tu.”

“Betul kata Mikail ma.” Sui Mei muncul.

“Sui Mei!!!” jerit Hanna melihat rakannya itu. Dia hanya melihat perkembangan Sui Mei dalam Facebook dan hari ini dia berjumpa dengan gadis berbangsa cina itu.

“Jangan menjerit macam tu, you ni tak berubah langsung. Tapi itulah yang buat I miss you, Hanna.” Thilaga ada di belakang Sui Mei.

Hanna bangun dan berlari memeluk Sui Mei dan Thilaga tanpa mempedulikan Mikail.

“Ish!” geram Mikail.

“Betul ke ni?”

“Betullah Mikail tu lelaki yang you suka. Tengok. Dia paksa jemput kami lagi ke sini. Specially for you.” Jelas Thilaga.

Hanna berpaling. Dia melihat wajah Mikail sedalamnya. Memang ada iras M. Rindunya pada M. Dia berjalan ke arah Mikail.

“Saya Hanna Hashim bersetuju berkahwin dengan Mikail Islam.” Kata Hanna dengan sejujurnya.

“Yes!” gembiranya Mikail.

“Kejap!” tiba-tiba Hanna berkata.

“Kenapa?” Mikail agak keliruan.

Semua orang tertumpu pada Hanna.

“Nak update dalam Facebook yang saya akan jadi isteri yang paling romantik dalam dunia.” Penuh tersirat kata-kata Hanna.

Masih teringat tentang facebook pula minah ni. Mikail hanya gelengkan kepala.

“Hmm I rasa bukannya jadi isteri paling romantik tetapi jadi isteri paling gedik dalam dunia ma.”pangkah Sui Mei.

“Sui Mei!”

Mikail hanya memerhati mereka bertiga. Inilah sahabat sejati.

“Selamat hari lahir.” Ucap Mikail yang bagaikan berbisik di telinga Hanna. Pantas Hanna mengelak. Hatinya berdegup kencang apabila Mikail mula bersikap romantik. Dulu aku yang nak sangat bermanja dengan dia. Tapi kini, dia pula. Hati aku berdebar ni. Tenang Hanna. Senyum aje. Senyum!

“Terima kasih.” Balas Hanna.

Mereka bertiga potong kek. Masa yang terluang ni, Mikail membuka facebooknya dan menyemak wall Hanna.



Akhirnya aku dapat bersama dengan Mr. Gangster yang aku suka sejak dulu lagi. Terima kasih! Bye! – HannaMakaroni / Penjual Insurans




Mikail hanya tersenyum. Mr.Gangster tu facebook aku. Aku tahu sampai bila-bila pun dia suka pada aku. Comelnya dia. Mikail hanya memerhati.


Semoga kami bahagia sampai bila-bila.

-TAMAT_

p/s : maaf kalau ceritanya tamat begini. Ada sebab ia tamat di sini. Sebabnya Ria nak buat novel! Insya Allah. Harap-harap ia berjalan lancar. Doakan Ria tapi yang pasti ria tak kan post di sini tapi di satu tempat yang akan ria beritahu nanti. Semoga terhibur.




boleh baca di sini....dah bab 3....terima kasih..

http://www.facebook.com/groups/251244108226976/doc/492326480785403/




















Tuesday, 25 September 2012

34
Komen

CERPEN : AKU PUTERA CINDERELLA







Salam. Akhirnya Ria dapat siapkan juga tema untuk bulan September. Memang mencabar sangat tetapi segala kekurangan cerpen kali ini boleh diberi teguran. Ria cuba menerimanya dengan hati yang terbuka. Cerpen ini berkaitan sikit dengan cerita dongeng Cinderella atau bawang putih bawang merah. tapi banyak yang ria ubah..semoga terhibur dengan cerpen kali ini... selamat membaca dan semoga terhibur.


**************

Fieyna tersenyum. Dia suka mendengar cerita-cerita dongeng zaman dulu.

“Akhirnya putera dan puteri raja itu hidup bahagia.” Kata ibu Fieyna. Dia terlalu rindukan ibu sehingga dapat didengari suara ibu bercerita.

Merdu sungguh suara ibu. Fieyna tersenyum lagi. Sejak kematian ibunya, ayah Fieyna berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak lelaki.

Ibu tirinya bernama Zahara. Dia sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang abang tirinya. Selalu membulinya dengan membuat kerja rumah tetapi Fieyna jenis yang tidak suka membantah hanya mengikut segala perintah mereka walaupun dia terpaksa bersusah payah.

Ayah pula selalu sahaja ada kerja di luar kawasan dan akan meninggalkan dia bersama Zahara.

“Fieyna, mana stoking aku?” jerit Zam. Anak pertama Zahara.

“Abang Zam punya stoking masih basah.” Kata Fieyna. Semalam Zam sudah memintanya membasuh stoking tersebut.

“Jadi, aku nak pakai stoking mana.”

“Stoking busuk aku la!” kata Zahid yang baru muncul. Lelaki itu juga suka membulinya tetapi dengan cara yang sangat mengedik. Dia kurang suka.

Zam membuat muka.

“Hai Fieyna. Mana kasut aku. Aku suruh kau kilatkan.” Soal Zahid.

“Ada! Kejap!” Fieyna berlari mendapatkan kasut yang telah dikilatkan malam tadi.

“Ini dia.”

“Kau pakaikan untuk aku.” Arah Zahid. Ini yang Fieyna tidak suka tentang Zahid. Suka memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak mahu buat tetapi kelemahannya ialah mengikut arahan itu tanpa bantahan.

“Okey, aku pergi dulu!” Zahid dan Zam berlalu. Mereka bekerja di syarikat yang sama.

Fieyna termenung. Dia mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuk mengadu.

Wajah Fieyna yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan abang-abang tirinya sentiasa bergaya dan memakai barangan yang berjenama.

Memandangkan abang-abang tirinya bekerja dapat gaji tetapi dia bekerja di rumah itu hanya dapat makanan sahaja. Dia tiada wang untuk membeli baju baru atau sesuatu yang dia suka.

Fieyna mengemas rumah dan dia terjumpa satu surat jemputan. Ada majlis tari-menari. Menarik! Fieyna memang pandai menari. Ibunya ada mengajar dia dulu.

“Bagai mana aku mahu ke majlis ni sedangkan aku tiada baju baru dan pengangkutan ke sana?” Fieyna rasa kecewa jika dia tidak ke sana.

Fieyna meneruskan tugasannya seharian. Dia dia masih memikirkan majlis tari menari tersebut. Dia merenung loket pemberian ibunya.

“Ibu, kalau ada magik macam dalam cerita dongeng cenderella kan, best! Pasti aku akan dapat ke sana.”

“Ehem!” ada orang berdehem.

Fieyna tersentak.

“Abang Zahid!” Fieyna berdiri tegak dan tangannya terlepas kad jemputan tersebut.

Zahid mengambil kad tersebut.

“Kau nak pergi sini ke?” soal Zahid.

“Nak!” laju sahaja Fieyna menjawabnya.

“Okey, jadi patner aku.” kata Zahid dengan yakin. Dia menghampiri Fieyna.

“Tapi Fieyna tak ada baju yang sesuai.” Kata Fieyna itu sudah menunjukkan yang dia sudah bersetuju untuk menjadi pasangan Zahid.

“Tak apa, aku tanggung semua.”

“Tapi semua orang akan tahu yang Fieyna ni adik abang Zahid.” Fieyna beri alasan lain pula.

“Aku tolong kau. Dan kau tolong aku. Boleh?”

“Maksud abang Zahid?” soal Fieyna.

“Aku nak kau tolong aku buat Hana cemburu dengan aku jika keluar dengan perempuan lain. Dan jika dia cemburu, aku boleh tahu yang dia suka kan aku.” Zahid tersenyum. Fieyna kurang faham dengan rancangan yang Zahid buat. Wajah lelaki itu serius. Apa yang difikirkan dia sendiri tidak pasti.

“Baiklah setuju.”

“Tak apa. Lagi pun malam tu bertemakan ‘masquerade’. Kau akan pakai topeng. Takkan ada yang kenal kau adik aku.” Zahid sudah merancang semuanya.



*****




Putra mengamuk dengan kad yang dia baca. Dia tidak tahu kenapa majlis itu di buat tanpa pengetahuannya.


“Kenapa buat majlis ni tanpa beritahu saya?” Putra bertanya kepada pembantu peribadinya, Salim.

“Saya hanya mengikut arahan bonda, tuan muda.” Rendah sahaja suara Salim.

“Kamu bekerja dengan siapa? Saya atau bonda saya?” soal Putra dengan geram. Dia tidak suka kalau orang lain membuat keputusan untuk dirinya.

“Saya bekerja dengan tuan muda tetapi bonda tuan muda yang akan memastikan saya terus bekerja di samping tuan muda.” Salim menundukkan wajah.

“Sudah! Keluar dari bilik saya!”geram Putra. Dia tahu apa yang dirancang oleh bondanya. Dia dapat menjangkanya. Tunggu aku cari calon sendiri, tak boleh ke? Ni sampai nak buat majlis tari menari dengan pakai topeng. Macam entah apa-apa. aku tak suka la. Bosan! Aku tak suka majlis-majlis ni. Aku sukakan ketenangan.

Salim keluar dari bilik tersebut. Nasib baik dia tak maki hamun aku. Salim segera keluarkan telefon bimbitnya. Dia menghubungi Bonda.

“Puan, semuanya berjalan dengan lancar.” Kata Salim.

“Bagus, Salim. Tak sia-sia saya minta awak jadi pembantu anak saya tu. Terus pantau anak saya tu.” Arah Bonda.

“Baiklah puan.” Talian dimatikan.

Bonda tersenyum manis. Tak lama lagi dia akan mendapat menantu yang anaknya pilih. Dia tidak kisah sesiapa pun asalkan anaknya suka. Kalau anak orang gaji? Tak kisahlah. Asalkan anak aku bahagia.



Zahid rasa bimbang. Fieyna tidak di benarkan keluar dari rumah. Ini adalah rahsia antara dia dan Fieyna. Ibunya tidak boleh tahu rancangan ini.


“Zahid cuma nak bawa Fieyna pergi bersihkan bilik kerja Zahid aje. Tak bawa pergi mana pun.” Tipu Zahid.

“Kemas bilik kerja? Kau ingat aku bodoh Zahid? Kau jangan buat masalah dengan Fieyna. Aku tahu kau tu miang keladi. Tak boleh!” bantah Zahara. Dia tahu sangat perangai anaknya yang memang kasanova.

“Mana ada la ibu.”

“Mana ada! Mana ada! Zahid ajak budak tu pergi bersihkan bilik kerja Zahid malam-malam kenapa? Siang hari tak boleh ke?” soal Zahara. Masih cuba membantah.

“Siang orang nampak. Malam orang tak nampak.”

“Malam orang tak nampak sebab kamu nak buat maksiat ye? Aku tak ajar kau jadi macam tu, Zahid.”

“Padam muka kau!” sampuk Zam yang dari tadi menjadi pendengar setia.

“Kau diam!” marah Zahid.

“Suka hati aku. Aku tahu kau nak bawa Fieyna pergi majlis tari menari tu sebab kau tak ada pasangan kan? Kasihan. Aku ada Fika. Kau tak ada.” Zam bangga dengan Fika, kekasihnya.

“Oh sebab itu ke?” Zahara berkata. Mulanya dia mahu menghalang mereka dari terus bergaduh tetapi apabila mengetahui sebabnya, dia tidak jadi.

“Bawa la. Nanti malu pula anak ibu.”

“Terima kasih ibu. Zahid sayang ibu!” Zahid memeluk Zahara.

“Sama-sama.”

“Fieyna!” jerit Zahara.

“Ya ibu.” Fieyna tiba di ruang tamu.

“Kau dah siap masak? Kami lapar ni.” Tanya Zahara.

“Belum siap lagi. Nasi tak masak lagi. Fieyna terlupa nak tekan suiz periuk elektrik tadi.” Takut-takut Fieyna berkata.

“Apa! Kau ni makan apa hah? Benda mudah macam tu pun boleh lupa.” Marah Zahara. Dia menarik tangan Fieyna ke dapur lalu membuka periuk nasi. Nasi itu sedang mendidih.

Zahara mengambil sudip nasi dan mencedok nasi tu lalu diletaknya atas tapak tangan Fieyna.

“Ini balasan kau. Lain kali ingat!” marah Zahara. Zam hanya tersenyum gembira melihat Fieyna kena seksa seperti itu.

“Sakit ibu! Tolong ibu.” Mohon Fieyna. Cengkaman tangan Zahara yang kukuh itu membuat Fieyna tidak dapat mengelaknya.

“Rasakan!”

Zam hanya ketawa terbahak-bahak. Dia suka kalau dapat melihat Fieyna dalam kesakitan.

“Ibu!” jerit Zahid. “Apa ibu buat ni? Nanti tangan dia melecur, malulah Zahid nanti.” Kata-kata Zahid bagaikan menyelamatkan bagi Fieyna.

“Alamak! Ibu terlupa.” Zahara terus berlalu tanpa meminta maaf. “Jom Zam! Zahid! Kita makan kat luar.” Ajak Zahara. Dia meninggalkan Fieyna menangis sendirian.

Ayah Fieyna pergi bekerja selama sebulan di luar kawasan. Itu sebab membuat Zahara bebas mendera Fieyna.

Setelah mereka bertiga pergi, Fieyna duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenangkan nasibnya yang malang.

Fieyna rasa sakit di tangan kanannya. Sukar untuk dia melakukan kerja jika beginilah tangannya. Dia rasa sedih dengan kata-kata ibu tirinya.

“Baik aku lari sahaja.” Tekad Fieyna. Selepas kereta Zahara keluar di perkarangan rumah, Fieyna terus keluar dari rumah tanpa arah tujuan. Air matanya masih bersisa.

Kini dia di bandar. Semasa dia ingin melintas jalan, ada sebuah kereta hampir melanggarnya.

Fieyna rebah.

“Cik tak apa-apa?” soal lelaki yang terburu-buru keluar dari tempat duduk belakang. Pemandu kereta tersebut pun turut sama keluar.

“Saya tak apa-apa.” jawab Fieyna sambil mengesat air matanya. Fieyna mendongak memandang lelaki yang bertanyakan tentang dia.

Fieyna tersentap. Hatinya berdenyut kencang. Lelaki itu terlalu baik dan sempurna sifatnya. Fieyna bagaikan sudah mengena panahan cinta dari lelaki itu.

“Mari saya hantar awak pulang tapi tangan awak...” Lelaki budiman itu ternampak tangan Fieyna yang melecur.

“Salim, kita hantar cik ni ke klinik berhampiran dan barulah hantar dia pulang.” Arah lelaki itu.

Fieyna tergamam. Dia tidak mampu untuk menolak permintaan lelaki itu.

Akhirnya dia sampai juga di rumahnya. Aku kembali semula ke rumah ini. Fieyna mengeluh.

“Terima kasih membantu saya.” Ucap Fieyna.

“Sama-sama.” Lelaki itu terus berlalu dengan senyuman yang manis untuk Fieyna.

“Kau ke mana?” Zahara bertanya. Dia tidak menyangka Fieyna keluar tanpa kebenarannya.

Fieyna hanya diam. Jika dia beritahu hal sebenar, pasti Zahara mengamuk lagi. Dia tidak sanggup.

“Baik kau jangan buat aku marah. Lagi dua hari majlis Zahid akan tiba.” Zahara ingatkan Fieyna dan dia terus berlalu pergi.

Kini, tibalah hari yang dinantikan Fieyna. Tangan kanan dia juga sudah sembuh. Pakaian dan segala kelengkapan, Zahara yang terpaksa sediakan demi Zahid anaknya agar pasangan anaknya nampak hebat.

Fieyna mengenakan gaun labuh berwarna putih dan rambutnya diikat kemas itu kelihatan sesuai dengan bentuk muka Fieyna. Fieyna nampak seperti seorang puteri.



“Sekarang kau tahu apa nak buat?” soal Zahid apabila mereka sampai di dewan tersebut.

“Tahu!” Fieyna tersenyum. Ini kali pertama dia ke majlis seperti ini. dewan tersebut mempunyai dua tingkat. Tingkat atas adalah tempat VVIP berehat dan majlis tari menari akan bermula di tingkat bawah.

Apabila Fieyna sampai di depan pintu dewan itu, ada penyambut tetamu yang begitu cantik menyambut kedatangan Fieyna. Fieyna dan Zahid memakai topeng di matanya sahaja.

Di situlah majlis tarian akan dimulakan.

“Bosanlah bonda. Majlis macam ni tak sesuai nak cari isteri.” Bantah Putra.

“Dari sini kamu boleh perhatikan gadis-gadis yang sesuai dengan kamu.” Kata Bonda tanpa mempedulikan pertanyaan Putra.

“Bonda...”

“Ya, bonda berkenan yang pakai gaun putih tu la. Kamu pergi usha dia.” Cadang bonda.

“Tak nak la!” sebenarnya Putra teringat akan gadis yang dia hampir langgar. Mata gadis itu menyembunyikan kedukaan yang amat sangat. Entah mengapa dia tertarik untuk mengetahuinya.

“Pergi bonda kata.” Agak tinggi sedikit suara Bonda. Putra tersentap dan terus mengikut kata-kata bonda.

Dari jauh Fieyna sudah dapat melihat kelibat seseorang yang berjalan ke arah dia dan Zahid. Sungguh bergaya. 




Putra menghampiri gadis yang tidak dikenalinya.

“Bos!” terkejut Zahid melihat ketua majikannya.

“Zahid.”

“Hana mana, bos?”

“Ada bersama bonda. Boleh saya pinjam pasangan awak sekejap.”

“Boleh bos!” terus Zahid memberinya tanpa memikirkan rancangan asalnya. Zam yang melihatnya dari jauh hanya mampu gelengkan kepala.

Aku kenal lelaki ni? Ni lelaki yang selamatkan aku. Macam mana ni? Kalau dia tahu aku adalah perempuan yang buruk dan tak cantik yang dia pernah jumpa mesti dia kecewa. Fieyna tidak senang duduk. Dia datang ke majlis ini untuk merasai suasananya bukan untuk mengedik dengan lelaki di sini.

“Abang, Fieyna tak nak.” Bisik Fieyna pada telinga Zahid.

“Kau pergi aje la. Itu bos besar aku.” Zahid berkata.

“Tak nak! Takut!” Fieyna melahirkan perasaannya yang bimbang dirinya di apa-apa.

“Jangan risau. Aku akan perhatikan kau dari jauh.” Kata-kata Zahid membuat Fieyna sedikit tenang.

Lagi sekali Putra menghulurkan tangannya dengan senyuman yang ikhlas.

Huluran itu di sambut. Nasib baik dia memakai sarung tangan putih. Fieyna berpaling ke belakang namun dia hampa. Zahid menghilang entah ke mana. Topeng mata yang dipakainya tidak akan sesekali dia tanggalkan.

“Awak pandai menari?”

“Pandai!” laju sahaja pertanyaan Putra di jawab oleh Fieyna. Pantas Fieyna menutup mulut dengan tangannya kerana begitu lancar berkata-kata.

Putra ingin ketawa melihat wajah gadis ini.

“Tak payah bertopeng dengan saya. Awak buka la topeng ni. Ingin sekali saya mengenali awak.” Skemanya ayat aku. Putra rasa hatinya berdebar-debar.

“Eh, tak boleh! Nanti abang saya marah.” Kata Fieyna.

“Okey tak apa. Jemput minum.” Putra tersenyum. Putra sememangnya tidak memakai topeng kerana dia tidak suka tema tersebut. Jadi dia memilih memakai pakaian bertema putera raja sahaja.

“Terima kasih.” Fieyna mengambil huluran air tersebut. Dia memang rasa dahaga. Diminumnya perlahan.

“Nama saya Putra. Nama awak?” soal Putra.

Fieyna tersedak mendengar pertanyaan.

“Awak tak apa-apa?”

“Saya okey Putra.” Kata Fieyna.

“Jom menari dengan saya?”

“Jom!” Fieyna sudah mula teruja.

Mereka berdua terus menari bagaikan hanya ada mereka berdua. Putra sudah tertarik dengan Fieyna.

Bonda yang berada jauh dari sana merasa puas jika dia menjadi menantunya.

Fieyna tersedar. Dia sudah lama berada dengan Putra. Dia seharusnya pergi.

“Putra saya terpaksa pergi?” kata Fieyna. Dia mencari kelibat Zam dan Zahid tetapi sudah tiada. Dia harus pulang dengan segera.

“Bolehkah kita berjumpa lagi?” Putra memaut lengan Fieyna.

“Tidak!” Fieyna terus berlari meninggalkan Putra. Kerana takdir, loket pemberian ibunya tertanggal lalu jatuh. Dia ingin mengambilnya tetapi orang-orang Putra sedang mengejarnya. Dia benar-benar rasa takut. Dia terus berlari dan berlari.

Fieyna pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Apabila Fieyna sampai di rumah, ibu tirinya sudah menanti. Pasti abang-abang tirinya sudah menceritakan semuanya.

“Lambat balik? Dah puas menggatal dengan lelaki?” sindir Zahara. Zam dan Zahid berada di belakang Zahara.

“Ibu...” Fieyna tidak berani mahu melihat wajah Zahara. Dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja.

“Mulai hari ini, kau tak boleh keluar dari rumah. Faham!” arahan daripada Zahara. “Kau pergi kemas dapur yang berselerak tu, sekarang juga.”

Fieyna terus menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya melihat dapur tersebut bersepah. Dia benar-benar keletihan tetapi dia gagahi juga untuk kemaskan semua itu. Tiba-tiba Fieyna pengsan.



Putra tidak senang duduk. Kerja yang dilakukan serba tidak kena. Loket yang tercicir itu dilihatnya beberapa kali. Ish mana gadis ini?Dia benar-benar ingin tahu.


“Saya nak awak cari perempuan tu tak kira bagaimana caranya.” Arah Putra pada Salim. Dia benar-benar mahukan perempuan itu.

“Tapi tuan muda, wajah perempuan tu pun tidak tahu, bagaimana saya mahu mencarinya.” Kata Salim.

“Itu masalah awak. Yang saya tahu, saya mahu awak cari perempuan tu.” Putra memberitahu kata putus.

“Tapi tuan Muda....”

“Tak ada alasan!” Putra terus meninggalkan pembantu peribadinya.

Beberapa jam kemudian.

“Tuan muda, perempuan tu adik tiri kepada pekerja tuan yang bernama Zahid. Ini alamat rumahnya.”

“Apa? bukankah ini alamat rumah perempuan yang kita langgar tempoh hari?” soal Putra. Dia masih ingat perempuan yang berwajah lembut.

“Yalah tuan muda.”

“Kita ke rumahnya sekarang juga.”

Mereka berdua menuju ke rumah itu.

“Eh, bos!” terkejut Zam dan Zahid dengan kedatangan majikannya itu.

“Awak ada adik tiri kan?” soal Salim.

“Tak ada.” Zam menipu. Tanpa pengetahuan orang lain, Fieyna sudah dihantar ke hospital dan tidak dibenarkan kembali semula ke rumah ini. dia akan berada di villa ayahnya yang berada di pedalaman.

Salim terus meminta diri.

“Kenapa abang tipu? Kalau Fieyna kahwin dengan bos, kita juga senang.” Kata Zahid.

“Ibu yang tak nak. Ibu kan tak suka perempuan tu sejak dulu lagi. Dia tak kan bagi perempuan tu kesenangan.” Zam meninggalkan Zahid sendirian.

“Ada tak perempuan tu?” soal Putra pada pekerjanya.

“Tak ada tapi saya rasa dia cuba menipu.”

“Tipu? Baiklah! Saya nak awak siasat perkara ni dan segera laporkan pada saya.” Arah Putra.

*****

Fieyna rasa gembira. Dia lebih suka tinggal di kawasan kampung ini sebab dia tidak perlu berjumpa dengan ibu tirinya yang selalu menyeksanya. Walau bagaimana pun dia tetap rasa sedih sebab loket kesayangannya tercicir di majlis itu. Adakah Putra menyimpankannya? Hati Fieyna dipagut rasa resah.

Fieyna terus mengelamun memikirkan Putra. Lelaki itu terlalu sempurna sedangkan dirinya begitu hina. Dia terus berangan atas buaian buatan ayahnya suatu masa yang dulu. Buaian itu masih kuat.

“Fieyna.” Ada seseorang memanggil dirinya. Fieyna berpaling. Alangkah terkejutnya melihat Putra di belakangnya. Lelaki itu berjalan ke arahnya dengan penuh teratur. Lagaknya seperti seorang putera raja.

Fieyna ingin turun dari buaian itu tetapi pantas Putra hayunkan. Fieyna tidak jadi turun.

“Putra, hentikan. Saya kena pergi sekarang juga.” Rayu Fieyna. Pantas tangan Putra hulurkan seseuatu. Loket Fieyna. Fieyna tersentap.

“Terima kasih.” Fieyna mengambilnya lalu berdiri tegak tepi buaian tersebut.

“Awak nak ke mana?”

“Balik rumah la.”

“Boleh tak awak pergi ke satu tempat ni?” kata Putra dan kini lelaki itu di depan Fieyna.

“Pergi ke mana?” Fieyna agak keliru.

“Pergi ke dalam hati saya.” Putra membisikkan kata-kata romantis itu.

Putra sememangnya telah jatuh cinta pada Fieyna. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Fieyna di depannya tetapi hampa.

Fieyna hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira dengan pengakuan itu. Dia tidak pernah merasakan bahagia seperti ini. Dia merenung wajah Putra. Terpancar keikhlasan Putra tetapi Fieyna tetap melangkah.

“Awak nak ke mana?” Dia tidak puas hati kerana Fieyna tidak membalas luahannya. Langkah Fieyna terhenti lagi.

“Saya mesti pergi!” tegas kata-kata Fieyna.

“Kenapa?” Putra cuba menghalang Fieyna.

“Itu yang saya janjikan dengan ayah saya.” Fieyna teringat akan ayahnya. Jika dia sukakan seseorang, dia perlu menanti ayahnya pulang terlebih dahulu.

“Siapa ayah awak?” Fieyna tidak menjawabnya. Lebih baik dia tidak terus hanyut dengan perasaan ini.

“Lepaskan saya Putra. Awak carilah perempuan lain. Terima kasih pulangkan harta yang paling berharga bagi saya. Loket ini.”

“Tapi harta yang paling berharga bagi saya akan meninggalkan saya.”

“Maksud awak, Putra?”

“Awaklah. Awaklah harta paling berharga pernah saya ada. Saya cinta pada awak.”

“Apa?”

Fieyna terkejut dan segera berlari pulang. Termengah-mengah dia sampai di rumah. Lagi sekali Fieyna terkejut. ZAhara dan dua orang anaknya sudah berada dalam rumah itu.

“Kau ke mana?” ada nada sedih dalam suara Zahara.

“Kenapa ini ibu?”

“Ayah kau. Dah mati!” ada air mata yang mengalir. Zahara pengsan!

“Ibu!” panggil Zam dan Zahid serentak. Fieyna pula tergamam. Ayah! Dia turut pengsan.

Putra sangat gembira apabila akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Wajah lembut itu direnung. Dia sudah tahu semua tentang Fieyna. Tiada lagi yang dapat Fieyna sembunyikan.

“Sudikah awak berkahwin dengan saya?” lamar Putra.

“Saya tak layak memiliki cinta awak, Putra.” Tolak Fieyna. Berita kematian ayahnya cukup menyedihkan. Dia tidak mampu menahan perasaan. Akhirnya air matanya mengalir juga.

“Fieyna, cinta ibarat sebuah rumah. Tak perlu cantik. Tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia di dalamnya. Saya nak awak bersama saya adalah ikhlas. Saya sayangkan kerana diri awak, Fieyna. Tolonglah percaya.” Rayu Putra.

Kata-kata ikhlas dan jujur Putra meresap ke dalam diri Fieyna. Akhirnya dia tersenyum dalam tangis. Semoga roh ayah dicucuri rahmat di sana.

Fieyna bahagia di samping Putra. Selepas sebulan mereka berkahwin, Zahara pula meninggal duni akibat murung melampau.

Fieyna tidak pernah melupakan kedua orang abang tirinya itu lalu mengajak mereka tinggal bersama di rumah Putra tetapi Zam dan Zahid menolaknya. Mereka rasa bersalah kerana terlalu banyak menyusahkan Fieyna.

Tidak berapa lama kemudian, kedua abang tirinya pun berkahwin. Mereka tidak lagi sombong dan menghina orang lain.

“Tak sangka Fieyna yang menjadi puteri, abang.” Kata Putra sambil memeluk tubuh Fieyna.

“Tak lah. Fieyna orang biasa aje.” Fieyna tetap merendah diri.

“Kalau nak tahu, aku putera Cinderella.” Bisik Putra.

“Putera Cinderella?” Fieyna tersenyum. Cinderella adalah cerita dongeng kesukaannya. Tidak sangka dia akan mendengar dari mulut suaminya.

“Kenapa sayang senyum ni? Ingat abang tak tahu cerita dongeng tu ke?”

“Kita tak cakap apa-apa pun.” Fieyna masih tersenyum.

“Oh, usik abang ya! Nak peluk bagi lemas-lemas la!” geram Putra. Ketika itu Fieyna sudah semakin menjauh dari Putra.

“Tak takut!” Fieyna terus mengejek Putra dan mereka berdua bahagia selamanya.

“Akhirnya mereka bahagia selamanya.” Kata Fieyna. Dia tersenyum memandang anak gadisnya.

“Nia pun nak cari putera, Nia.” Kata Nia yang masih berusah lapan tahun.

“Tak perlu cari sayang, putera itu sendiri akan cari sayang.” Fieyna tersenyum.

“Macam putera mama ya? Putera Cinderella.” Kata Nia lagi.

“Ya, sayang.” Fieyna memandang Putra yang berada di pintu bilik Nia. Lelaki itu hanya tersenyum. “Nia, tidur. Dah lewat ni.” Fieyna sudah menarik selimut untuk Nia. Anak gadis itu hanya tersenyum dan terus lena.

Betul kata Putra. Cinta ibarat sebuah rumah. Tak perlu cantik. Tak perlu mewah. Yang penting kita bahagia di dalamnya. Dan aku bahagia....




-Tamat-

P/s : Pengajaran dalam cerita ini, jika kita buat baik, insya allah kita kan dapat balasan yang baik. Begitu juga di sebaliknya. Selain itu janganlah kita mudah berputus asa dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan pelbagai dugaan ini dan kita tahu keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jadi kita bersabar sahaja apa yang Allah dah takdirkan untuk kita.

Friday, 21 September 2012

9
Komen

Dia Pembunuh CIntaku 2







Makin panas hati Zara melihat sikap musuhnya ini. Dia mengambil beg galas yang ada atas mejanya lalu campak ke tepi. Padam muka untuk tuan beg. Siapa suruh sibuk kat tempat orang. Zara duduk di kerusi miliknya.


“Apa ni? Main campak-campak barang orang lain.” Marah Zaffrul.

“Kau dah masuk kawasan aku. So, sila berambus.” Kasar sekali kata-kata Zara.

“Pompuan gila!” marah Zaffrul dan duduk di belakang Zara. Itulah tempat asalnya.

Pengajaran dan pembelajaran sudah bermula. Kini waktu rehat pula. Zara and the geng terus menuju ke kantin. Zaffrul pula ada rancangannya sendiri. Apabila dia sudah yakin yang tiada sesiapa dalam kelas, dia membuka beg galas Zara dan mengambil sebuah buku. Sengaja dia membawa buku lain dan menyelit buku Zara di dalamnya.

Dia pergi ke belakang sekolah. Nak baca kena cari tempat rahsia. Bukan senang dapat baca dairi orang lain.

Dahi Zaffrul berkerut. Dia cuba membacanya.

“Lelaki Idaman saya? Menarik ni.” Zaffrul pun membacanya dalam hati.



TOPICS : LELAKI IDAMAN SAYA


Fizikal dia mestilah :

1.Kalau boleh nak yang chinese look...haha

2.Yang penting dia mestilah berkulit putih. Maklumlah aku kan tak berapa nak cerah haha [Gatal anak mak ni]

3.Badan kena strong/ tak nak lembik sangat. Barulah orang tak berani kacau bini kau ni sebab aku ada kau sebagai suami haha

4.Mesti tinggi daripada aku. WAJIB! Aku tak suka lelaki yang sama tinggi dengan aku sebab nanti aku rasa macam jalan dengan adik aje. Tolonglah! Kalau tinggi macam Siwon, memang confirm aku reject. Tu tinggi sangat.

5.Dari segi luaran, kena kemas. Beruntunglah mereka yang pernah bersekolah di tadika kemas sebab korang akan kemas. Tak mau selekeh-selekeh. Tak urus. Kuku tak potong, ketiplah kuku wei! Jijiklah kuku panjang! Jaga kebersihan tau. Barulah saya sayang anda. Lagi satu, rambut kena pendek.

6.Muka macam Mat Luthfi pun okey gak. Fuhh! Demand.

7. Menutup aurat. So, ramai lelaki terlepas pandang aurat mereka ini.

8.Pasal muka tak penting sebenarnya. Asalkan sejuk mata aku memandang begitu juga orang lain. Di samping menghayati ciptaan tuhan yang dijadikan daripada sebaik-baik kejadian. Ye dak!! 






Zaffrul tersenyum membacanya. Tidak menyangka lelaki seperti itu yang Zara suka. Patutlah dia selalu nampak Zara usha mamat muka macam cina tu, Zahin Fakhry. Sekarang aku dah tau tetapi kenapa aku rasa kat dalam hati aku ni sakit.

Lantaklah! Eh, kenapa aku rasa macam aku diperhatikan pula ye? Tempat ni keras ke? Lantas Zaffrul mendongak. Alangkah terkejutnya melihat siapa yang berdiri di hadapannya.

“Zara!” ZAffrul berdiri tegak. Tiba-tiba perasaan bersalah bersarang di dalam hati.

Pang!

“Tak guna punya jantan! Berani kau baca dairi aku!” marah Zara. Dia benar-benar rasa kecewa dengan sikap Zaffrul yang mengambil benda pentingnya. Selepas itu, Zara merampas bukunya itu dengan kasar dari tangan Zaffrul.

“Zara, aku cuma...” Zaffrul tidak dapat menyambung ayatnya. Dia tidak tahu mahu memberitahu Zara dengan ayat yang terbaik tanpa dia rasa terluka walaupun hakikatnya dia jelas-jelas kecewa dengan sikapnya.

“Mulai hari ini, jangan sesekali kau cakap dengan aku. aku benci kau!” tegas dan serius kata-kata Zara. Dia pun meninggalkan Zaffrul sendirian.

Zaffrul hilang kata. Dia suka berkawan dengan Zara. Ala Zara, jangan buat aku macam ni.

“Zara!” Zafrrul terus menyambar lengan Zara.

“Lepaskan aku!” pinta Zara dengan jelingan yang tajam. “Kau dah bunuh segala kepercayaan aku pada kau. Kau dah tak layak untuk mendapatkannya.” Kata Zara lagi.

“Zara, aku gurau aje.” Itu sahaja yang mampu Zaffrul berkata. Dia memang rasa bersalah tapi pada masa yang sama dia masih mahu berkawan dengan Zara. ZAra, janganlah tinggalkan aku.

“Aku benci kau!” Zara menarik lengannya dan berlari meninggalkan Zaffrul.

Zara menuju ke tandas. Sedih betul dengan sikap Zaffrul yang sudah melampau batas sebagai seorang kawan.

Ahhhh! Lupakan lelaki tak guna tu. Sedap hati baca luahan hati aku. Nak kata aku letak merata-rata, tak pula. Mengada-ngada betul si Zaff ni. Air mata yang mengalir itu di lap. Benci!

Dia merenung wajahnya sendiri depan cermin tandas. Kalau dia baca lepas muka surat tu, habis aku. Mesti dia tahu yang aku suka dia. Mati! Mati la kalau dia tahu. Tak sedarkah dia semua ciri-ciri lelaki idaman aku adalah seperti dia. Putih, macam cina sikit lepas tu kelakar walaupun selalu cari gaduh dengan aku. Aku takkan lupakan dia sampai mati. Tak kan!

Tapi sekarangkan aku tengah marah kat dia. Tak apa la. Buat masa ni aku tak payah layan dia. Kalau aku rindu dia, aku tengoklah muka dia aje. Biar dia rasa makin bersalah. Good idea. Aku suka. Baik aku balik kelas sekarang. Sedikit sebanyak hati Zara sudah tenang sedikit.

Zara masuk ke kelas agak lewat lepas rehat. Zaffrul pula yang duduk di belakangnya sikit pun tidak dipandang.

“Zara.” Bisik Zaffrul perlahan tetapi Zara pura-pura tidak mendengarnya.

Cikgu yang berada di hadapan sesekali Zaffrul pandang.

“Zaffrul!” panggil cikgu Siti Aminah.

Ala, cikgu ni leceh betul. Orang tengah ada masalah besar ni. Zaffrul mengeluh.

“Saya mengajar di depan, awak bercakap di belakang ye? Saya nak awak berdiri atas kerusi sekarang juga.” Arah cikgu Siti Aminah.

“Ala cikgu. Malulah saya kena berdiri atas kerusi.”

“Ada cikgu kisah. Yang salah tetap salah.” Cikgu Aminah merenung tajam pada Zaffrul.

Zaffrul pula terasa terpukul dengan kata-kata itu sebab dia teringat pada Zara. Dia memandang Zara dari belakang. Gadis itu sikit pun tidak berpaling padanya. Alahai hati, kenapa kau rasa sakit sangat ni. Tak pernah aku rasa macam ni bila fikirkan Zara. Mungkin sebab tiap kali aku jumpa Zara, kami asyik gaduh sahaja.

Aku dah buat salah pada Zara. Aku harus minta maaf pada dia dengan cara paling hebat sehingga dia tak kan lupa selamanya. Tingginya cita-cita aku ni? Akan tercapai ke? Zaffrul terus berangan dan merancang strategi.

“Zaffrul!” tanpa Zaffrul sedari, cikgu Siti Aminah sudah memanggilnya tiga kali.

“Cikgu!” Zaffrul tersedar. Saat itu baru Zara memandang ke arah Zaffrul.

Apa kena dengan mamat ni? Sewel kot lepas aku marah dia. Kasihan. Zara melihat bukunya kembali.

“Awak berangan ya, Zaffrul?” soal Cikgu Siti Aminah. “Baiklah. Lepas sekolah jumpa saya di bilik guru.”

Kringgggg!

Bunyi loceng sebagai tanda kelas sudah tamat.

“Nurlailah, tolong kutip semua buku latihan dan letak atas meja saya.” Arah cikgu Siti Aminah.

“Baiklah cikgu. Semua bangun.” Kata Nurlailah. Semua pelajar dalam kelas berdiri. “Terima kasih Cikgu!”

“Terima kasih Cikgu!” semua pelajar mengikut kata-kata ketua kelas. Selepas Cikgu Siti Aminah keluar, Nurlailah mula mengutip buku.

“Siapa tak hantar sekarang, jawab sendiri dengan cikgu Siti ye?” kata Nurlailah dengan nada suara yang kuat.

“Aku tak siap lagi!” kata Zaffrul. Dia turun dari kerusinya.

“Kau special kes. Kau kena hantar sendiri dengan cikgu siti, okey?” Nurlailah menyusun buku-buku yang baru dihantar oleh kawan-kawan di mejanya. Cikgu Siti Aminah terkenal dengan guru matematik yang paling garang. Itu sebab semua pelajar takut padanya.

Zaffrul melihat wajah Zara pula. Saat ni pula kerja aku tak siap. Baru nak pujuk Zara. Akhirnya Zaffrul buat tidak peduli pada Zara.

“Wei pinjam buku kau.” Pinta Zaffrul pada Nurlailah.

“Banyak cantik muka kau.” Marah Nurlailah. Dia terkenal dengan sikap tidak suka meminjamkan buku latihannya.

“Eh, muka aku tak cantik tapi kacak aje. Cepatlah!” Zaffrul perlu siapkannya dengan cepat ada dua masa lagi sebelum waktu balik.

Zara hanya mampu menggeleng. Zaffrul tu memang pandai tapi bila dah terdesak macam ni, dia mula la malas. Komen Zara dalam hati. Dia faham sangat dengan perangai Zaffrul. Sejak di tadika kemas lagi Zara dan Zaffrul bersekolah sama. Mana mungkin Zara tidak memahami Zaffrul cuma Zaffrul sahaja yang tidak sedar akan perasaan Zara.

“Kau kalau nak meniru sangat. Kau tiru buku kembar cikgu Siti.” Cadang Nurlailah.

“Siapa?” Zaffrul tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Nurlailah.

“Aminah binti Ahmad.” Nurlailah tersengih. Rupanya kembar tang nama aje. Buat gempak aje si Lailah ni. Aku gigit-gigit gak ketua kelas ni. Geram Zaffrul.

“Dia tu garanglah.” Akhirnya Zaffrul menghampiri Zara. Dari jauh Zaffrul nampak Aminah membuat muka sebab ada orang mengatanya.

“Nampak ni!” Aminah menayang penumbuk. Zaffrul pura-pura tidak namapk. Ingat aku takut ke dengan penumbuk ciput kau tu?

“Zara, pinjam buku.”

Zara diam. Tak ada makna aku nak bercakap dengan Zaffrul.

“Zara...” panggil Zaffrul lagi sekali. Apa kena minah ni? Mogok dengan aku ke? Kalau nak mogok, teruskan aje tapi buku kau tu bagi la aku. Zara sedikit pun tidak memandang Zaffrul.

“Ala...”