Lidya Alya terasa pelik dengan anak sepupunya iaitu anak Shahril. Dia membetulkan tudung labuhnya. Kejap ke kanan dan kejap ke kiri.
“Sayang, jangan buat mama Alya pening. Mama Alya rasa sudah tidak sengget lagi,” jelas Lidya kepada Zafran.
“Mama Alya kena nampak cantik dan kemas,” jawap si nakal, Zafran. ‘Eh, budak ini! Baru 4 tahun sudah pandai ye?’ Lidya hanya tersenyum.
“Ya Zafran. Baiklah. Sekarang mama Alya sudah nampak cantik dan kemas?” soal Lidya. Zafran memandang Lidya dengan wajah yang berkerut sambil meletakkan tangannya di bawah dagu seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Barulah cantik mama Alya. Baru Zafran sayang mama Alya,” katanya dengan gembira sambil memeluk Lidya.
“Pelik,” Lidya berkata perlahan tapi mampu di dengari oleh Syaza.
“Anak aku dikatakan pelik?” marah Syaza. Lidya hanya tersenyum sahaja.
“Baiklah, mama Alya mahu gerak sekarang. Zafran doakan mama Alya ye?” permintaan Lidya. Anak kecil itu hanya angguk kepala. Dicium wajah comel Zafran dan Zafran salam tangan Lidya. Lidya bersalam juga dengan Syaza.
“Kakak doakan Alya berjaya,” katanya. Lidya hanya angguk kepada sambil tersenyum. Perlahan-lahan dia memandu keretanya. Tudung labuhnya berwarna merah jambu dibetulkan sedikit. Dia mengenakan jubah hitam bercorak merah jambu. Cukup ringkas.
Tiba-tiba keretanya rosak. ‘Waktu macam ini pula Boboy mahu rosak. Nasib baik keluar awal,’ kata Lidya. Dia keluar daripada perut kereta. Rupa-rupanya tayar keretanya pancit. Lidya mengeluarkan tayar simpanannya dan menukarnya sendiri. Uminya yang mengajarnya menukar tayar. Sangat berguna ilmu ini berguna disaat-saat kecemasan. Lidya memandu ‘Boboy’ perlahan-lahan. Memang kotor pun tangannya. ‘Nanti singgah kat tandas sekejap,’ cadang Lidya memandangkan tangannya kotor.
*****
Lidya lihat sudah ramai yang menanti dan menunggu giliran untuk temuduga untuk jawatan pembantu pegawai pemasaran. Semuanya perempuan yang hadir. Mereka memandnag sinis kepada Lidya. Penampilan Lidya cukup berbeza dengan penampilan mereka. Mereka lebih kepada kasual dan formal dengan kameja perempuan dan fesyen terkini.
“Penampilan begini pun boleh menceburi bidang ini. Ada hati betul,” ada seorang perempuan yang sinis berkata kepada Lidya.
“Tidak boleh ke penampilan macam ini? Saya minat bidang perniagaan,” soal Lidya. Dia cuba mempertahankan dirinya. ‘Salah ke dengan penampilan bertutup macam ini? Aku bukan buat perkara yang tidak baik,’ hatinya berkata. Lidya cuba tersenyum.
Giliran perempuan yang berkata sinis kepada Lidya masuk untuk di temuduga. Lidya berdebar-debar. Dia adalah orang terakhir. Perempuan tersebut keluar. Mukanya jelas kecewa dan sedih. Makin berdebar Lidya dibuatnya.
“Lidya Alya!” setiausaha menyebut namanya. Lidya berdiri dan mula melangkah dengan menyebut nama Allah di dalam hatinya ‘Bismillahhirrahmanirrahim’. Lidya duduk apabila disuruh duduk.
Lidya memerhati keadaan bilik tersebut. Tiga orang lelaki. Ketiga-tiganya lelaki muda dan mungkin sebaya dengannya. Seorang lelaki bersongkok mula berkerut mukanya lalu tersenyum.
“Kali pertama jumpa perempuan seperti anda yang datang untuk ditemuduga,” katanya. “Perkenalkan diri anda,” pintanya lagi sambil tersenyum lebar. Begitu juga dengan dua lelaki sebelahnya.
“Assalamualaikum. Nama saya Lidya Alya. Saya seorang anak tunggal dan ibu saya, ibu tunggal juga,” kata Lidya terhenti apabila seorang lelaki memotong katanya. “Dua-dua tunggal,” katanya sambil ketawa. Lidya cuba tersenyum dan menyambung kembali.
“Saya tiada pengalaman bekerja,” jujur Lidya. “Saya mempunyai Ijazah dalam bidang pemasaran. Saya belajar di UiTM Shah Alam untuk mendapatkan ijazah tersebut,” belum sempat Lidya menerangkan lebih lanjut mengenai dirinya, seorang lelaki telah memotong kata-katanya.
“Kenapa anda berminat untuk bekerja di sini?” katanya. ‘Aduh! Aku nak jawap apa? Kenapa yer??kenapa? otak cuba berfungsi, please?’ hatinya merintih. Terkejut dengan soalan yang ditanyanya dengan tiba-tiba.
“Untuk mencari pengalaman,” jawab Lidya ringkas. Dia cuba senyum walaupun hatinya sudah tidak menentu debarnya. Tiada irama sudah.
“Baiklah. Cukup itu sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda jika anda berjaya mendapat jawatan ini. Anda boleh keluar,” kata lelaki bersongkok itu yang tidak lepas memandang dia.
“Itu sahaja?” kata Lidya. Dia berasa hairan kerana ditanya soalan mudah dan sekejap sahaja.
“Anda mahu kami bertanya lagi,” soal lelaki tersebut.
“Tidaklah tapi pelik,” katanya sambil bangun. “Terima kasih. Assalamualaikum,” kata Lidya lagi sambil bangun.
Dia berjalan dan masuk ke dalam Lif. Kelihatan seorang lelaki bercermin mata gelap sedang berdiri tegak di hadapanya. Tiada tanda-tanda mahu memberi ruang kepada Lidya untuk masuk ke dalam lif tersebut. Terpaksalah Lidya memboloskan dirinya terus kebelakang lelaki tersebut.
‘Macam pernah tengok sahaja perempuan ini? Hidayah!’ kata hatinya. Dia mula beramah. “Awak datang sini buat apa?” soal Danish secara tiba-tiba.
Lidya terkejut dengan pertanyaan tersebut. Dia hanya mendiamkan diri. Apabila lif terbuka, Lidya cepat-cepat keluar. Dia berasa takut. ‘Macam ahli kongsi gelap sahaja. Pakai serba hitam kecuali tali lehernya berwarna merah,’ Lidya bergerak pantas sambil berkata, “Pelik,” tetapi masih didengari oleh Danish. Danish hanya tersenyum. Dia mula menyiasat perempuan tersebut.
*****
Lidya pergi ke tempat ke dua yang dia perlu temuduga. Ini syarikat sahabatnya, Lily. Sungguh dia juga berminat untuk bekerja di situ walaupun sebagai setiausaha. Syarikat Ali Berhad. Syarikat tersebut mengeluarkan produk atau barangan makanan halal. ‘Disamping bekerja dapat beramal,’ kata Lidya.
Lidya masuk ke syarikat tersebut. Dia berasa yakin dengan dirinya. Dia yakin yang dia akan mendapat pekerjaan ini tetapi keyakinan ini berubah. Sumpah Lidya benci dia ini. Lidya tahu Lidya sayang dia. Tetapi setiap kali Lidya melihatnya. Selagi itulah Lidya asyik bermain dengan bayang-bayang dia. Tolonglah! Sudah cukup Lidya tersiksa selama 2 tahun ni. Gila tersiksa!
“Awak!” mata Lidya bulat apabila melihat orang yang menemu duganya. Adam melihatnya dengan pandangan yang tajam. Tidak mampu Lidya memandangnya. Selepas temuduga, Lidya ingin pulang tetapi dihalang oleh Adam.
“Alya! Tunggu!” laung Adam. Adam menghalangnya dengan tubuhnya yang sasa. Lidya terhenti. Dia hanya menundukkan mukanya.
“Ustaz Adam, tolong jaga tingkah laku awak,” Lidya berkata lembut. Mukanya masih ditunduknya.
“Maaf Alya,” Adam mula menjarakkan dirinya.
“Jangan panggil nama itu lagi. Awak panggil sahaja saya Lidya,” tersentak Adam mendengarnya. Jelas wajahnya kecewa tetapi Lidya tidak mempedulikannya lagi.
“Baiklah. Lidya, awak apa khabar?”
“Khabar baik. Kalau tidak ada apa-apa lagi. Saya pergi dahulu,” kata Lidya sambil berjalan. Dia tidak mahu lama-lama di situ.
“Boleh kita berbincang sekejap sahaja?” pintanya. Lidya hanya angguk kepala. Mereka berbincang di tempat letak kereta. Lidya bersandar di badan Boboy.
“Awak masih bencikan saya?” Adam mula bersuara.
“Alya mahu berkata satu perkara sahaja yang telah lama Alya simpan dalam hati ini,” kata Lidya sambil menunduk wajahnya. Dia menarik nafas dengan perlahan-lahan untuk mengumpul sedikit kekuatan. Dia memejamkan matanya dan membukanya semula.
“Kenapa awak buat Alya cemburu masa itu? Kalau awak suka dia, bagitau Alya sahaja Alya. Alya akan cuba faham dan melepaskan awak untuk perempuan yang awak suka itu dan Alya sudah melakukkannya” luah Lidya dengan mata yang sayu.
“Alya, tolong jangan cakap begitu,”
“Adam, tolong dengar! Alya tahu Alya sudah melukakan hati awak. Tapi teruk sangat ke Alya ini? Alya tinggalkan awak pun sebab Alya terpaksa. Kalau masa itu awk tidak tuduh Alya macam-macam. Semua ini tidak akan berakhir begini. Memang Alya yang minta putus dengan awak walaupun sebenarnya Alya tidak sanggup. Kalau itu yang terbaik untuk awak. Tapi tidak terbaik untuk Alya. Ya! Apa yang Alya lihat sekarang, keputusan Alya putus dengan awak adalah terbaik untuk diri awak. Alya gembira lihat awak bahagia. Alya gembira! Memang Alya tidak mampu hendak tengok awak senyum macam itu apabila bersama Alya. Alya tidak mampu awak” mata Lidya mula berair tetapi Lidya cuba menahannya. Adam hanya menunjukkan wajah rasa bersalahnya. Dia tidak sangka yang Lidya akan merasa seperti itu.
“Alya masih ingat lagi, kalau Alya hendak ambil gambar awak, awak selalu mengelak, awak selalu tidak bagi. Tapi kalau budak prempuan lain yang hendak ambil gambar awak, awak tidak kisah. Awak boleh tersenyum gembira sebelah mereka tetapi apabila dengan Alya, awak jadi lain sangat. Alya sedih sangat! Alya hendak menangis. Alya tahu Alya tidak sempurna untuk awak. Setiap hari Alya tunggu awak. Tapi awak tidak pernah ada. Alya hanya hidup dengan bayang-bayang awak sahaja. Sungguh Alya tidak mampu hendak redah kepedihan hati Alya ni untuk merelakan kepergianmu. Kenapa awak buat Alya macam ini. Sekurang-kurangnya katalah sesuatu. Alya hendak tunggu awak lagi tetapi Alya sudah putus asa” kata Lidya sambil membuka pintu keretanya. Adam terkejut. Dia sudah tidak dapat menghalang Lidya lagi.
“Alya harap awak sudah menemui bahagia yang awak cari. Terima kasih kerana menjemput Alya datang ke majlis perkahwinan awak. Alya pergi dulu. Assalamualaikum,” Lidya masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Adam dengan muka rasa bersalah. Akhirnya air matanya gugur juga.
“Waalaikumusalam,” Adam mula membuka langkah.
*****
“Umi, Alya setuju sahaja jadi guru tadika kawan umi itu. Walaupun Alya minat dalam bidang perniagaan tetapi rasanya bidang itu tidak sesuai dengan penampilan Alya,” katanya dengan muka mencuka.
“Kenapa Alya?” uminya duduk di sebelahnya sambil menggenggam tangan Lidya. Lidya melentokkan kepalanya di bahu uminya. Manja.
“Ada orang tegur pasal penampilan Alya. Rasa tercabar, umi tapi tiada kekuatan hendak melawan,” jelas Lidya. Dia mendonggak memandang umi Kalsom.
“Kenapa pula mahu tegur? Sayang bukan buat salah? Kenapa? Wanita yang penampilan seperti Alya tidak boleh menceburi bidang perniagaan? Bidang pemasaran? Alya jangan cepat putus asa. Kalau Alya minat, teruskan tetapi kena niat yang betul. Bidang macam itu banyak dugaan dan cubaan. Alya kena bijak menghadapinya,” kata uminya lembut. Lidya angguk kepalanya. Lega sedikit apabila mendengar kata-kata uminya.
*****
Sikap Danish berubah seratus peratus disebabkan pertemuaannya dengan perempuan yang tidak dikenalinya. Sikapnya berubah menjadi baik, bukan pembuli, bukan ‘kaki perempuan’ lagi, tegas dan bijak dalam menghadapi masalah. Kesan daripada perubahan sikapnya, ramai perempuan-perempuan sukakannya tetapi Danish tidak melayannya seperti dulu. Dia sudah berubah.
“Hidayah,” kata Danish. Perempuan yang dia temui itu dia gelarkan ‘hidayah’. Dia bersyukur dengan perubahan ini. Dia termenung dalam pejabatnya. Wajah perempuan itu seakan dia lupa.
“Kenapa boleh lupa?” Danish mula bercakap sendirian.
“Lupa apa?” soal setiausahanya, Novela.
“Vela, I lupa wajah perempuan yang buat I berubah,” kata Danish sambil memejamkan matanya.
“Bahaya betul,” kata Novela dengan nada lembut.
“Kenaapa?” soal Danish dengan hairannya.
“Muda-muda lagi sudah jadi pelupa,” kata Novela sambil keluar dari bilik bosnya.
“Vela!!!!” Marah betul Danish.
hoho. pelik betullah si lidya tu.. suka betul dngn nama 'boboy'. hikhikhik
ReplyDeleteada kisahnya...nanti keluar la episod tu...hihihihi
ReplyDeletehihi . Hidayahhh :)
ReplyDeletehihihi dah tak tahu namanya...sebut hidayah la...
ReplyDeleteTP seriously curious..umur Ria ni sbnarnya berapa?
ReplyDelete