Followers

Wednesday, 25 May 2011

5
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 4

Damia memulakan pekerjaannya sebagai tukang sapu di sebuah syarikat yang terkemuka. Memang sikapnya pelik. Dia suka mencuba pekerjaan yang orang biasa lakukan. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Pengalaman itu tidak akan dilupai. Mana tidaknya, semua bunga mati dibawah jagaannya. Tidak sampai seminggu dia sudah dibuang kerja.
            “Kesian pokok-pokok ni? Kenapa mati yer? Aku siap baca buku penanaman pokok yang betul tapi masih mati pokok ini,” Damia termenung melihat pokok bunganya yang layu.
            “Memanglah mati pokok tu, Mia letak banyak sangat baja. Lepas tu selalu sembur racun,” jawab mak cik yang bekerja di situ.
            “Tapi Mia letak banyak sebab nak pokok itu besar cepat-cepat dan tak kena penyakit,” jawapan selamba Damia. Mak cik itu hanya gelengkan kepalanya. Tidak mahu melayan pekerja baru lalu meninggalkan Damia.
Damia tersenyum teringatkan pengalaman bekerja sebagai tukang kebung. Selepas itu dia bekerja sebagai tukang gunting. Baru gunting seorang pelanggan, dia sudah kena buang kerja.
“Saya mahu, rambut saya seperti Shah Rukh Khan. Boleh tak?” kata seorang pelanggan lelaki. ‘Eh, lelaki ni. Perasan ajer lebih. Rambut dah la pendek tapi nak rambut macam SRK,’ hati Damia mengomel. Akhirnya Damia membotakkan kepala lelaki tersebut. Kesannya Damia dimarahi majikan dan terus dibuang kerja. Itulah tragis dalam kehidupan Damia.
Damia tersenyum gembira memulakan perkerjaan barunya iaitu sebagai tukang menyapu sementara. Kak Sall yang menjadi temannya. Hari pertamanya, dia hanya perlu menyapu di karidor. ‘Kerja senang sahaja menyapu.’ Bisik hati Damia. Dia memulakannya dengan baik. Tetapi esok Kak Sall sudah bercuti kerana mengandung . Baru sehari bekerja dengan Kak Sall sudah kena tinggal bersendiri esoknya.
“Esok, Mia sapulah kat tempat akak tunjuk tu. Tak susah pun kejanya. Kena sapu sahaja. Tapi hati-hati dengan geng menyapu ni. Diorang ni geng perasan cantik. Mesti dia akan selalu kacau Mia sebab Mia ni cantik. Hati-hati ye?” kata Kak Sall sambil mengemas peralatan menyapu.
“Baiklah,” Damia berkata dengan lemahnya. Dia pulang ke rumah dengan menaiki bas. Dia suka naik bas. Seronok. Pukul 6 petang dia sudah habis waktu bekerja. Nasib baik rumahnya tidak jauh daripada tempatnya bekerja sekarang. Dulu, dia terpaksa naik kereta dan parking agak jauh dari tempat kerja.
“Penat kerja?” tegur abangnya, Danish. ‘Sejak abangnya berubah, baik sangat dengan aku. Gembiranya. Aku pun layan sahaja,’ Damia tersenyum.
“Penat gak. Tambahan kerja yang tidak pernah Mia lakukan,” kata Damia. ‘Takkan kerja menyapu aku tak pernah buat? Ish ish ish kesian,’ Damia mengeluh. Danish tersenyum. Akil dan Danish sudah bersiap mahu bersolat di masjid berhampiran.
“Papa pergi dulu,” mereka berdua sudah menghilang di pandangan mata Damia selepas Damia salam Akil dan Danish. Selepas mandi dan solat telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Yusuf. Damia mengeluh. Dia membiarkan telefon bimbitnya terus berbunyi lalu tertidur.
*****
Danish keluar bersama Haris selepas solat isyak, dia terasa bosan. Kegiatan yang tidak sihatnya dulu dikenang. Sikapnya suka pada leher perempuan sudah tiada tetapi dia berdoa dan berharap akan berjumpa semula dengan Lidya Alya. Dia rindukan wajah cantik perempuan itu. Dia teringatkan zaman persekolahannya bersama Lidya yang selama dua hari sebelum Lidya kemalangan.
Di waktu rehat, sudah menjadi kebiasaan Lidya membawa bekal iaitu nasi lemak yang uminya masak. Sedang Lidya membuka bekal makanannya, Danish datang menghampirinya. Lidya membuat muka pelik. Danish suka sangat melihat muka berkerut Lidya. Danish tersenyum. Dia duduk sebelah Lidya.
“Kau makan apa?” soal Danish.’Eh, mamat ni! Terang-terang aku bawa nasi lemak pun tak dapat nak kenal pasti sendiri ke?’ hati Lidya membebel
“Nasi lemak. Awak tak nampak ke atau tidak pernah tengok?” agak sinis Lidya berkata. ‘Minah ni memang kasar betul bahasa. Sudah tiada sopannya tapi aku tetap suka,’ Danish tersenyum.
“Aku nampak. Saja nak kau yang bagitau aku,” kata Danish sambil merampas makanan Lidya. ‘Sah! Mamat ini memang tidak sihat dari aspek mental sahaja,’ hatinya geram kerana perbuatan Danish.
“Itu makanan saya!” Lidya cuba merampasnya kembali tetapi Danish sudah membelakanginya. Lidya tidak suka bersentuhan dengan lelaki lalu dia membiarkan Danish makan nasi lemaknya.
“Sedap!” puji Danish. ‘Oh, nasi lemakku! Lapar,’ hati Lidya merintih sambil melihat makanannya rakus di makan oleh Danish si Vampire. ‘Sibuk duk makan makanan orang lain tapi makanannya tak makan pula,’ di sebelah Danish ada roti dan air kotak milo. Lidya merampasnya lalu melarikan diri. Dia menjelirkan lidah pada Danish.
Danish tersenyum. ‘Itu memang untuk kau, Lidya. Sebagai ganti aku makan nasi lemak kau. Sedap sangat,’ Danish menyimpan bekas makanan tersebut.
“Aku tunggu kau malam ni,” kata Danish kerana dia sudah bagi surat bersampul merah kepada Lidya.
“Malam itu dia tak datang dan esoknya berlaku peristiwa ngeri yang tidak akan aku lupa. Oh, Lidya! Aku rindu dekat kau. Walaupun hanya dua hari kita berkenalan tapi entah la,” Danish memejamkan matanya. Ia memberikan sedikit ketenangan kepadanya.
“Oi, tidur ke?!” Danish disergah oleh Haris. Danish terkejut sambil mengurut dadanya. “Aku baru tinggalkan kau sekejap, dah tertidur,” sambungnya lagi.
“Kau dah lama hidup ke? nasib baik aku ni sihat walafiat. Kalau tidak, kau bertanggungjawab di atas kematian aku,” kata Danish serius.
“Wei, takkan macam tu sekali. Aku gurau sahaja,” Haris tersenyum. Sarah dan seorang sahabat perempuan menghampiri mereka.
“Hai sayang! Danish pun ada. Meh, I kenalkan kawan I, Lidya Amira,” mereka berpandangan. ‘Lidya Amira. Ingatkan Lidya Alya. Kalaulah ini dia, mesti aku dah pikat dia. Alahai. Di mana sebenarnya gadis itu?’ bisik hatinya.
“You all can call me, Mira,” katanya sambil tersenyum. Mira seorang ahli perniagaan terkenal. Tambahan pula perempuan. Penampilan yang anggun dan bergaya membuatkan ramai lelaki ingin berkenalan dengannya. Dia ingin bersalaman dengan Danish tetapi Danish hanya tersenyum sahaja. Mira pula yang tersipu malu.
Menyampah Danish melihatnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Mira. Haris dan Sarah meminta diri untuk pulang ke rumah. Danish terpaksa menghantar Mira pulang kerana dia datang bersama Sarah. ‘Leceh!’ itu yang hati Danish berkata.
Selepas Danish menghantar Mira, dia terus pulang. Tidak sempat Mira mengucapkan terima kasih. Mira tersenyum. Dia sudah mula menyukai sikap dingin Danish.
“Semua lelaki tergila-gilakan aku tetapi kau. Kau buat aku rasa tercabar. Aku sudah buat keputusan yang kau akan jadi milik aku, Danish,” Mira melangkah masuk ke rumahnya. Dia tersenyum puas.
*****
Lidya bangun seawal pagi untuk bersiap ke tempat kerja barunya. Sungguh hatinya berdebar kencang. Dia berdoa kepada ilahi untuk mempermudahkan urusannya.
            “Umi, nak salam!” jerit Lidya. Uminya berlari perlahan sambil membawa bekal nasi lemak untuknya. “Terima kasih umi,” Lidya mencium kedua-dua pipi uminya. Dia salam umi dan meminta restu di hari pertama kerjanya.
            Lidya sampai lebih awal di pejabatnya. Dia duduk di lobi syarikat. Kelihatan ramai manusia sudah mula masuk ke ruang lobi untuk memulakan pekerjaan mereka. Lidya bangun dan menuju ke tingkat bangunan yang ditemuduga pada hari itu.
            “Lidya Alya,” Lidya di tegur oleh seorang perempuan yang cantik menawan. Lidya angguk kepala sahaja. Mereka bersalaman dan saling menghadiahkan senyuman. “Lidya, I Vanissa. I setiausaha ketua pemasaran di syarikat ini. You bekerja sebagai pembantu ketua pemasaran. Mari. I tunjukkan bilik kerja you,” sambung Vanissa lagi. Lidya hanya angguk kepala dan mengikut langkah Vanissa ke satu sudut bilik yang tidak jauh daripada tempat meja Vanissa bekerja.
            “Kenalkan. Ini setiausaha you, Farah,” mereka bersalaman. “Mari, bos kita sudah lama menunggu Lidya,” Lidya hanya angguk dan mengekori Vanissa. Vanissa mengetup pintu bilik ketuanya.
            “Masuk!” Vanissa dan Lidya masuk. Lelaki tersebut memakai songkok. Dia pernah berjumpa dengan lelaki ini semasa temuduga dulu. Lidya tersenyum. Vanissa meminta diri untuk keluar.
            “Sila duduk cik Lidya,” katanya . Lidya duduk. “Nama saya Airil. Mulai hari ini kita akan berkerjasama untuk memajukan syarikat ini,” sambungnya lagi sambil memperkenalkan diri. Lidya hanya tersenyum. ‘Manisnya senyumannya. Aku memang dah jatuh cinta dengan gadis sopan dihadapan ini,’ Airil tersenyum juga.
            Banyak perkara yang dijelaskan oleh Airil. Nasib baik Lidya membawa buku kosong untuk mencatat. Selepas itu, Lidya meminta diri. Hampir 3 jam dia berada dalam bilik tersebut membincangkan mengenai pemasaran baru menganai produk pembinaan yang lebih baik. Waktu rehat hampir tiba. Lidya hanya  berada  dalam biliknya kerana ibunya sudah menyediakan lunch kegemarannya iaitu nasi lemak.
            “Kena cari tempat yang sesuai kalau nak makan. Nanti bau satu pejabat,”  Lidya menuju ke dapur pejabat. Dia makan bersendiri. Sopan. Tanpa Lidya menyedari, Airil memperhatikan Lidya dari jauh. Makan penuh adab. Tidak gelojoh. Akhirnya Airil menegur Lidya. Lidya terkejut. Terkejut dengan kehairan Airil. “Ketua,” Lidya berdiri. “Jemput makan, Encik Airil,” ajak Lidya. Airil hanya tersenyum.
            “Bawa bekal? Tak makan kat luar ke?” Airil mula bertanya.
            “Sebenarnya saya lebih suka makan masakan sendiri atau umi saya yang masak. Makan diluar kurang sedikit,” jelas Lidya. “Patut la,” Airil bersuara perlahan. “Apa Encik Airil cakap?” tanya Lidya. Dia tidak dengar dengan jelas. Airil tersenyum dan meminta diri.
            Sebaik sahaja habis makan, Lidya bangun dan meneruskan pekerjaannya sampai waktu tamat bekerja. Penat. Sakit badan-badannya kerana tunduk sahaja membaca dokumen-dokumen yang banyak di atas mejanya.
            Lidya mula mengemas mejanya untuk pulang. Sudah petang. Dia menuju ke tempat letak kereta. ‘Ada kereta ferarri merah. Cantik,’ puji Lidya. Dia juga menyukai warna merah. Dia terus menuju ke tempat ‘Boboy’ di parking dan terus pulang ke rumah.
            “Assalamualaikum umi,” Lidya memberi salam. Dia terus duduk di sofa. Selesanya.
            “Waalaikumsalam. Sudah pulang anak umi. Macam mana bekerja di tempat baru?” soal uminya sambil membaca segelas air.
            “Terima kasih umi. Okey. Alhamdullillah. Semua berjalan dengan lancar, umi,” perlahan-lahan Lidya meneguk  minuman yang diberi oleh umi Kalsom.
*****
Danish mengeluh kasar. Dia tidak suka diganggu seperti ini. Asyik berbunyi sahaja telefon bimbitnya. Akhirnya dia silent dan simpan bawah bantalnya. ‘Baik aku pergi jogging petang-petang macamni daripada melayan Mira tu,’ hatinya berbisik. Dia sudah bersiap-siap.
            “Ramai gak orang petang ni,” Danish mula berlari perlahan. Dia memakai sut sukan serba merah hitam. Di telinganya dipasangkan lagu yang ada dalam iPod mahalnya. Lagu kesukaanya iaitu ‘What you want’ di nyanyikan oleh Adam Lambert. Dia buat regangan sekejap. Danish berdiri tepi pondok berhampiran. Dia mengerak-gerakkan tubuhnya.
            Kelihatan seorang gadis sedang membuat regangan juga. Gadis itu memakai baju t-shirt lengan panjang dan labuh ke lutut. Ada tulisan ‘I Luv Islam’. Dia memerhatikan gadis itu. Sungguh cantik wajahnya. Lembut. Sopan. Murah dengan senyuman. Gadis itu sedang bersenam di pondok sebelahnya.
            Tiba-tiba hujan dengan lebat. Mereka berdua terperangkap di  pondok masing-masing. Danish melihat gadis tadi. Jelas terpancar air muka yang bimbang. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Kata-kata gadis itu tidak pula dia dengar.
            Hujan yang turun memberi ketenangan pada Danish apabila melihat wajah lembut gadis itu. Dia ingin menegur gadis itu tetapi gadis itu terlebih dahulu berlari dalam hujan entah ke mana arah tujunya. Danish tersenyum. Hatinya gembira dan tenang.
            “Sudah lama tak mandi hujan,” terus sahaja Danish berlari dalam hujan. Ceria betul hidupnya.
            Lidya berlari dalam hujan. Dia terpisah dengan Salina. Salina sedang menunggunya di kereta. Dia berasa bimbang apabila perasan yang seorang lelaki asyik melihatnya di pondok. Dia berasa takut. Lidya rela kena hujan daripada kena kacau dengan lelaki tersebut.
            “Basah kuyup baju Lidya,” kata Salina. Lidya hanya tersenyum. Hujan memang lebat. Sampai sahaja di rumah. Lidya terus mandi. Bimbang demam datang menyerbunya. Selepas solat maghrib dia mengaji sementara menunggu waktu fardu isyak.
            Selepas semua urusan dia siap. Dia mula berbaring atas katil. Termenung. Satu kenangan pun dia tidak ingat. Zaman persekolahannya singkap sangat. Banyak di habiskan untuk belajar. Umi kata yang Lidya hilang ingatan disebabkan kemalangan semasa dia berusia 17 tahun sekarang dia 23tahun. Sudah 5 tahun berlalu. Akhirnya Lidya terlelap selepas penat berfikir.

5 comments:

  1. best! ada sambungan tak ni? i hope for ada sambungan..come over kat my blog, ada novel karya i sendiri gak..:)

    ReplyDelete
  2. hooo.. jahat betul. men rampas2 bekal orang pulak..

    ReplyDelete
  3. hihii dah memang perangai dia begitu ry...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi