Followers

Tuesday 5 July 2011

2
Komen

SUAMIKU VAMPIRE bab 8 siri 5 (final)


Majlis perkahwinan Vela disambut meriah oleh pekerja-pekerja Syarikat Vampire. Al-maklumlah ditaja khas oleh majikannya, Danish Aniq. Tema merah telah digunakan untuk malam itu. Itu pun kehendak Danish sendiri. Dia yang taja, dia yang menentukan tema. Vela faham sangat dengan sikap bosnya yang begitu sukakan warna tersebut.

            Vela dan Ren sudah berkahwin semalam dan hari ini sekadar untuk meraikan bersama-sama majikan dan kawan-kawan sekerjanya. Wajah cerianya jelas kelihatan. 

            Lidya duduk seketika. ‘Seronok sangat ke kahwin ni? Kenapa aku tak ada perasaan nak kahwin?’ hatinya bertanya. Semalam ada orang datang meminangnya. Umi menolaknya dalam diam. Tidak tahu mengapa. 

            “Umi tidak kenal mereka, maka tiada sebab umi nak serahkan anak umi pada orang yang tidak umi kenali,” terdiam Lidya mendengar pendapat ibunya. Dia tidak mampu melawan keputusan yang telah dibuat oleh uminya.

            Lidya memandang sekelilingnya. Ramai sahaja lelaki-lelaki yang kacak dan cukup sifatnya tetapi kenapa hatinya masih tidak terbuka. ‘Mungkin aku memang tidak bernafsu?’ jelas muka Lidya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh hatinya.

            Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. ‘Cuba aku tengok lelaki lama-lama. Mesti ada perasaan itu,’ Lidya mencubanya. Dia telah memilih seorang lelaki secara rawak. ‘Hidungnya yang mancung. Bibirnya yang cantik, mata pun comel. Tinggi macam KLCC. Dada bidang. Lepas tu kacak pulak! Semuanya cukup sifat,’ komennya dalam hati sambil kepalanya terangguk-angguk seperti burung belatuk. Setuju dengan apa yang dikatanya.

            ‘Aku ada rasa nak peluk dia tak? Tak ada! Alamak! Mana pergi nafsuku yang sembilan itu? Mesti salah satu nafsu itu untuk lelaki,’ hatinya tidak keruan. Dia mengeluh hebat. ‘Hmm, aku dah nazak sangat ni,’ wajah Lidya sedih. Matanya masih memandang lelaki itu.

            “Lama awak merenung saya? Ada apa-apa yang tidak kena dengan wajah saya ke?” Danish menegur Lidya. Danish seorang yang kuat perasan. Dia perasan yang Lidya merenungnya dari jauh dengan muka yang berkerut. ‘Mungkin aku ini terlalu kacak malam ini,’ Danish mula perasan. Dia membetulkan kot merahnya. Tali leher merah yang sama warna dengan kot dipadankan dengan kameja hitam di dalamnya. Tidak lupa seluar berwarna hitam.

            ‘Baju kot ini mengikut badanku yang gagah tampak bertambah kacak,’ tambah Danish di dalam hati. Dia merenung Lidya. Lidya baru tersedar yang dia sudah merenung Danish begitu lama. Perasaan malu timbul. Muka Lidya kemerah-merahan.

            “Tiada apa-apa,bos,” Lidya cuba kawal nada suaranya yang jelas gementar. ‘Tiba-Tiba sahaja aku rasa lain macam je. Maknanya aku belum nazak. Nasib baik,’ Lidya tersenyum kepada majikannya itu.

            Lidya ingin berdiri tetapi dia terpijak hujung kain baju kurungnya yang agak labuh. Hampir sahaja dia terjatuh. Nasib baik dirinya tidak jatuh atas Danish tetapi…

2 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi