Followers

Thursday 21 July 2011

2
Komen

Untuk melepaskan rindu pada SV....

P/S: untuk semua peminat SV....ria selitkan sedikit babak-babak dalam SV...harap terhibur...


 ‘Sakitnya perut aku. Rasa macam dipulas-pulas. Sudah banyak kali dia berulang-alik dari tandas. Nazak la aku kalau macam ni,’ kata Lidya sambil memegang perutnya. Mukanya sudah pucat. Lebih pucat dari muka majikannya, Danish.
            Lidya baru sahaja balik dari Genting semalam. Sememangnya penat. Rutin makan sehariannya juga sudah berubah.
            ‘Mungkin itu penyebab itu aku rasa sakit perut,’ duga Lidya. Perutnya betul-betul tidak selesa.
            Tiba-tiba Danish keluar dari biliknya. Wajah lelaki itu serius.
            Danish masih kecewa dengan dirinya gara-gara Zafri melamar Lidya didepan matanya. Masih terkejut. Sebenarnya dia lebih kepada rasa takut. Takut kehilangan Lidya. Dahi Danish berkerut. Dia berasa pelik sebab puas dia menekan interkom untuk meminta gadis itu masuk ke biliknya tapi tidak dapat. Maka dia mengambil keputusan untuk memanggil Lidya sendiri.
            Terkejut Danish melihat wajah pucat Lidya. ‘Pucat lain macam sahaja minah ni? Lebih pucat dari aku ni. Tak boleh jadi. Kena tanya ni,’ muka Danish masih serius.
            “Awak OK, Lidya?” soalnya serius.
            “Saya OK,” jawab Lidya pendek dan lemah. Dia masih menundukkan wajahnya. Sebelah lengan Lidya diatas meja dan diletakkan kepala atas lengannya. Sebelah tangannya lagi memegang perut. Lidya rasa pening.
            “Ada apa-apa yang bos nak saya buat?” soalnya lemah sambil mendonggak memandang Danish. Danish tertelan air liurnya.
            “Awak sakit perut ke Lidya?” soal Danish. Lidya hanya menggangguk kepala. Dia masih memegang perutnya.
            “Kalau awak tak larat sangat. Awak cuti aje ye?” walaupun muka serius tapi perasaan bimbang tetap ada apabila melihat keadaan Lidya.
            “Saya OK. Bos jangan risau,” kata lemah Lidya sambil tersenyum.
            “Kalau macam itu, tak apa la. Hari ini saya buat air sendiri sahaja,” kata Danish.
            “Tak apa bos, biar saya buat,” kata Lidya yang cuba untuk bangun.
            “Tak payah. Awak kan tak sihat tu. Jangan nak degil,” muka Danish jelas bimbang akan keadaan Lidya. Tiada serius lagi.
            “Baiklah bos. Terima kasih,” Lidya tersenyum lemah. Beberapa minit kemudian, Danish hadir membawa dua mug.
            “Minum la sikit, Lidya,” Danish menghulurkan mug tersebut. Lidya tersenyum. “Terima kasih,” ucap Lidya.
            “Kasih diterima,” kata Danish sambil berlalu masuk ke biliknya. Sedang asyik Danish meneliti projek syarikatnya di Kuala Kubu Bharu, pintu bilik diketuk dari luar. Lidya masuk untuk menghantar dokumen yang memerlukan tanda tangan Danish.
            “Terima kasih,” ucap Lidya yang masih lemah. Lidya berlalu apabila Danish sudah menanda tangannya. Tiba-tiba tubuh Lidya menjadi tidak seimbang akibat berasa pening.
            ‘Saat di bilik Danish juga la kau mahu pening teruk,Lidya,’ amuk Lidya dalam hati. Dia sempat berpaut pada sofa berhampiran. Nasib baik tidak rebah mencium lantai.
            “Kedebuk!” Lidya rebah juga apabila kepala dia tidak dapat menampung rasa pening yang teruk ini. Lidya pengsan. Terkejut Danish melihatnya.
            “Lidya! Lidya bangun!” Danish mengoncang tubuh Lidya tetapi gadis itu tidak sedarkan diri juga. Diangkatnya tubuh Lidya dan baringkannya atas sofa panjang. Danish menghubungi Aman, sahabatnya lagi. Doktor peribadi.
            Sementara menunggu Aman datang, wajah pucat milik Lidya ditatap. Indah sungguh wajah ini. Hidungnya manjung. Mulutnya nipis. Nampak seksi. Danish mengucap panjang dalam hatinya. Tidak baik berfikiran begitu. Dia meneruskan kerja yang tertangguh tadi sementara menunggu Aman datang.
Aman sampai juga. Dia memeriksa nadi Lidya dan mata. Selepas itu, dia memberi Danish ubat gastrik dan Lidya diberi suntikan ubat tahan sakit.
            “Dia tak apa-apa Dan. Jangan risau. Kau kena jaga dia baik-baik. Ini dah masuk kali ke tiga aku rawat dia,” jelas Aman. Danish hanya menggangguk kepala. Muka bimbangnya tidak dapat disembunyikan lagi depan Aman.
            ‘Mesti perempuan ini istimewa bagi Dan. Muka macam mati isteri sahaja si Danish ni,’ hati Aman berkata.
            “Aku pulang dulu Dan. Jangan lupa bagi ubat tu padanya bila dia sedar,” nasihat Aman dan berlalu pergi.
            Danish membiarkan Lidya berehat di situ sahaja lalu meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Tiba-tiba pintunya di ketuk dari luar.
            Mira datang untuk mengajak Danish makan tengah hari bersama. Dia cukup terkejut apabila melihat Lidya terbaring di situ. Sakit sungguh hatinya.
            ‘Apa kejadah minah ni tidur kat sini,’ gertak hatinya.
            “Lidya!” terkejut Mira. Danish meletakkan jari telunjuknya di mulut sebagai tanda diam. Dia mahu Mira diam lalu mengajak Mira berbual di luar biliknya.
            “Apa hal datang pejabat I?” soalnya sambil bersandar di meja setiausahanya. ‘Alahai, bergayanya Danish,’ bisik hati Mira. Dia jatuh cinta lagi.
            “I datang nak ajak you lunch, boleh?” katanya sambil tersenyum
            “Sorry,” kata Danish pendek.
            “Mean?” Mira masih tidak faham.
            “Tak boleh. Lidya tak sihat. I bimbang tentang dia,” jelasnya.
            “Bimbang?” Mira ketawa dengan tiba-tiba.
            “Kenapa?”
            “Tak apalah. Bye!” hati Mira sakit. Sakit sebab Danish lebih bimbangkan Lidya. Dia cemburu. Cemburu gila. Rasa mahu dibunuh perempuan itu. Rancangannya yang pertama sudah gagal. Dia akan buat rancangan kedua.
            “Siap-siap la kau Lidya!” Mira ketawa sekuat hatinya di dalam lif.

2 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi