Followers

Wednesday, 8 February 2012

18
Komen

SUAMIKU VAMPIRE BAB 30 siri 2


Damia menangis. Dia tidak menyangka yang sikap Haris kini seakan Afkhar Fakhrizzaki.
            “Abang Izz.” Air matanya mengalir deras. Tidak pernah dia menangis seperti sejak Afkhar Fakhrizzaki meninggalkannya.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi-bunyi untuk diangkat. Lagu impian kasih yang dinyanyikan oleh kumpulan ‘Inteam’ bergema kuat di ruang biliknya.Terpengaruh dengan kakak iparnya itu, Lidya Alya. Damia terkejut. Hatinya bertambah sedih apabila mendengar bait-bait lagu tersebut. Dia merenung permukaan skrin telefon bimbitnya itu. Tertera nama BKK.
            “Hmm, BKK ni lagi. Apa yang dia nak? Aku ni baru nak berdukacita sikit pun kacau!” Perasaan Damia terganggu. Dia tidak mahu menjawabnya dan lebih senang melayan lagu itu walaupun hatinya bertambah nazak mendengarnya.
            Tidak cukup sekali Haris menghubunginya, kini  kali ke dua  dan masuk kali ke tiga, Damia mencampakkan telefonnya ke bawah katil sebelum ditukarnya dalam mood senyap. Dia kembali berbaring di atas katil. Matanya terpejam.
            Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya. Air mata masih setia bersamanya. Fikiran Damia mengimbas kembali peristiwa tujuh tahun yang lalu.
            Ketika itu, dia berada di tingkatan empat. Dia memang suka pulang dari sekolah menaiki pengangkutan awam.
            Damia memandang pemandangan di luar kereta api. Pemandangan bangunan yang berdiri gah itu begitu menarik perhatiannya.  Di situlah dia akan berdiri tiap kali pulang dari sekolah.
            “Phewitt!!” Seseorang bersiul seperti menegurnya. Damia tersentak lalu menoleh. ‘Mak ai, awat mamat ni kacak sangat! Control ayu, Damia. Control. Dia nak mengorat kau tu,” bisik hatinya.
            “Kenapa kacau saya?” Sedikit keras suara Damia. ‘Jual mahal sikit. Ingat senang nak ngorat aku.’ Hati Damia bermonolog lagi.
            Lelaki itu tersenyum manis bak madu lebah yang masih di sarangnya. Manis betul. Lesung pipi jelas terbentuk. Hati Damia bertambah debarnya.
“Selalu saya nampak cik adik berdiri di situ pada masa sekarang dan tempat yang sama.” Jelas lelaki itu.
“Huh!” Damia mengeluh lalu menayang muncungnya. Dia sebenarnya malu kerana ada yang perhatikan dirinya.
“Boleh saya sertai awak?” Lelaki itu meminta izin.
Damia hanya menggangguk lalu memandang di luar semula. Tanpa Damia sedari, lelaki itu selalu menatap wajah lembut Damia.
“Nama saya Afkhar Fakhrizzaki.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Oh, Afkhar Fakhrizzaki. Saya Damia Eryna.” Damia juga memperkenalkan diri.
“Mudah je awak sebut nama saya? Orang lain sudah tergeliat lidahnya tau.” Kata Izz. Damia ketawa manja. Dia pun tidak pasti mengapa mudah untuk dia menyebut nama itu dan ia bagaikan terus masuk ke dalam hati dan sanubari Damia.
“Entah. Biasa sahaja. Cuma saya suka nama pendek. Saya panggil awak, Izz, boleh ke?”
“Tak pernah-pernah orang panggil saya Izz tapi tak kisah pun. Nama saya sememangnya unik.” Izz memuji namanya sendiri.
“Perasan!” Damia membuat muka menyampah tetapi tetap mempamerkan senyuman untuk lelaki itu.
Hampir setiap hari persekolahan, Izz ada di situ untuk menemaninya pulang ke rumah. Ada sekali Izz tawarkan diri untuk menghantar dia pulang dengan keretanya sendiri tetapi di tolak oleh Damia.
“Jom naik kereta Izz. Izz hantar Mia pulang. Boleh?”
“Kalau Mia nak balik rumah naik kereta. Ayah Mia boleh hantarkan. Mia suka naik train. Itu sahaja sebabnya...”
Izz tersenyum. Dia memang suka melihat cara Damia membawa diri dalam kehidupannya. Akhirnya Izz meluahkan perasaannya setelah dua tahun mereka berkawan.
“Apa yang kelakarnya Izz? Gelak sampai berair mata ni. Ingat sikit dunia ini masih wujud.” Kata Damia dengan nada merajuk.
“Tak la, abang Danish tu, pesan macam Izz nak bawa lari Mia aje. Syukurlah sebab abang Danish tak kisah kita berkawan.” Izz berkata lalu menjeling ke arah Damia. Tiba-tiba ketawa Izz meletus lagi. Damia buat muka geram.
“Maaf la Mia. Izz memang begini. Kalau gelak, susah sikit nak kawal. Ikut suka mulut ni aje mahu ketawa.” Izz tersenyum.
“Dah faham. Kadang-kadang rasa macam tak nak mengaku yang Mia kenal Izz.” Sengaja Damia berkata begitu. Dia suka mengusik Izz.
“Janganlah sampai macam tu sayang.” Kata Izz yang masih gelak kecil.
Dup dap dup dap...
Hati Damia berdegup kencang saat dia mendengar Izz memanggilnya sayang. Dia tidak senang duduk dalam kereta tersebut.
“Ada orang nak kena penyepak ni?!” Kata Damia yang lebih kepada menutup perasaan debarnya.
“Kenapa nak sepak orang pulak?”
“Sesedap hati sahaja panggil kita sayang.”
“Dah memang kita sayang awak!” Jujur Izz. Damia pura-pura tidak dengar lalu tertidur. Hari itu mereka ke Genting untuk suka-suka sahaja. Damia tidak pernah ke sana, itu pasal Izz bawa jalan-jalan Damia. Syaratnya kena balik hari. Itu sahaja.
Perlahan-lahan Izz mengejutkan Damia bangun. Gadis itu tidur sahaja di sepanjang perjalanan. Geram juga kerana Damia meninggalkan dia keseorangan memandu.
“Mia...” Damia mendengar namanya diseru-seru. Seingatnya dia bermimpi Izz  meluahkan perasaan kepadanya. Memang hampir gila dibuatnya. ‘Mungkin perasan sahaja aku ni.’ Keluh Damia. Perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya.
“Ya, kenapa?” Damia bertanya.
“Sebenarnya Mia..” Kata-kata Izz terhenti di situ. Lembut sahaja menyapa telinga Damia. ‘Apa kena si mamat pelik ni? Nak cakap pun macam tersekat-sekat. Sakit perut nak membuang ke?’ Damia meneka sendiri dalam hatinya
“Sebenarnya apa?” Damia pula sengaja buat-buat tersekat apabila bercakap. Sindir Izz katakan. Mata Izz merenung tajam ke arah Damia. Hati Damia berdebar dengan renungan tersebut. ‘Adakah mimpi aku akan menjadi kenyataan?’
“Sebenarnya Mia.” Izz mengulangi lagi ayatnya tadi tapi dengan nada yang lebih lembut. ‘Apasal ni? Sihat ke? Kena sawan ke? Gaya macam nak goda aku je,’ bisik hatinya.
“Apa sebenarnya!” Jerkah Damia. Geram melihat Izz seperti main tarik tali dengannya.
“Sebenarnya kita dah sampai!” Pantas juga Izz menjawab akibat jerkahan itu. Akhirnya Damia ketawa. Kelakar melihat wajah Izz.
“Muka Izz sudah macam king kong tak makan sebulan. Terkejut punya pasal. Hahaha!” Damia menyambung ketawanya.
“Apa king kong? Tak ada haiwan lain ke nak dibandingkan dengan Izz yang kacak.”
“Betul la. Tak perasan ke king kong tu ada lesung pipi.” Sengaja Damia menyakat Izz. ‘Ingat kau sorang aje pandai gelak.’
“Ingat sikit bila ketawa, dunia ni masih wujud.” Kata Izz dengan ayat Damia. Damia buat muka geram. Akhirnya mereka ketawa bersama.
Izz berhentikan keretanya di tempat letak kereta. Mereka berdua akan menaiki kabel yang telah disediakan. Damia gembira sangat.
Sampai sahaja di Genting, theme park menjadi pilihan. Mereka akan bermain semua permainan yang ada. Cuaca elok sahaja. Tidak hujan atau panas sangat.
“Jom kita main kapal besar tu?” Ajak Damia sambil menunjukkan kapal besar yang sedang bergerak ke atas dan ke bawah.
“Jom. Hari pun dah petang ni. Kita kena bertolak awal. Ini yang terakhir ye?” Pesan Izz.
“Yess Boss!! Boss King kong!” Usik Damia.
“Apa king kong lagi? Memang nak kena minah ni.” Izz mengamuk manja. Dia ingin mencubit pipi Damia tetapi gadis itu pantas mengelak.
“Tak baik tau nak cubit pipi orang.” Manja sahaja suara Damia.
“Ok sorry.” Izz tersenyum.
Kini giliran mereka untuk mencubanya. Izz duduk di sebelah Damia. Perlahan-lahan kapal besar itu diayung. Kebetulan mereka berdua duduk di bahagian hujung kapal. Apabila kapal besar itu diayung tinggi, kebanyakkan orang disitu mengangkat tangan.
“Hhuhuhuhhuhu!” Jerit Damia dan Izz sambil mengikut rentak. Masuk hanyunan ke tiga, Damia terdiam.
“Damia! Aku cinta padamu!” Jerit Izz kuat-kuat. Izz menjerit sehingga dia puas. Damia memandang wajah Izz tanpa berkelip. Dia terkejut dengan pengakuan itu.
“Aku cinta kau sampai mati, Damia!” Jerit Izz lagi.
Sebaik sahaja kapal besar itu berhenti. Ramai orang memberi tepukan sokongan. Damia masih terkejut. Dia terus turun dari kapal tersebut dan berjalan pantas meninggalkan Izz.
Mia, tunggu Izz!” Izz mengejar Damia tetapi gadis itu tidak mahu hentikan langkahnya lalu terpaksalah Izz menyambar lengan Damia. Berlapik.
“Kenapa Mia?” Serius Izz. Matanya merenung tajam ke arah Damia. Kali ini dia tidak akan lepaskan Damia selagi dia tidak tahu perasaan Damia terhadapnya.
“Kenapa Izz buat macam ni?” Air mata Damia mengalir. Orang sekeliling sudah memandang dengan pandangan pelik. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang awal sikit.
Kebetulan kereta kabel yang mereka naiki hanya dinaiki oleh mereka  sahaja.
“Mia...” Izz menyeru nama Damia. Damia masih membisu sejak Izz meluahkan perasaan cinta.
“Mia...” lagi lembut nadanya.
“Cukuplah Izz!” suara Damia lantang.
“Cukuplah apa?” Soal Izz.
“Cukuplah tu! Sakit tahu jantung Mia ni. Sakit sebab menahan debar. Debar itu menandakan Mia cintakan Izz. Dah lama perasaan ni ada untuk Izz. Izz, kenapa lambat sangat nak meluahkan perasaan Izz pada Damia. Kenapa sampai ambil masa dua tahun? Kenapa?” sedih sahaja suara Damia meluahkan segalanya.
“Yusof sukakan Mia. Izz tak nak la kacau daun.” Lemah sahaja Izz menerangkan persoalan Damia.
“Pergilah kacau daun. Pergi!” Kata-kata Damia terhenti disitu. “Kacau daun kebendanya? Bila masa pula Mia layan si Yusof tu. Mia tak pernah keluar bersama dia berdua. Hanya dengan Izz sahaja. Izz ni slow betul!” Sambung Damia lagi dan lebih kepada perasaan marah. Dia marah kerana Izz lambat meluahkan perasan cinta kepadanya.
“Dah tak nak kacau daun dah. Nak kacau Mia je!” katanya sambil ketawa. Hatinya tenang setelah mengetahui isi hati orang yang dia cintai.
“Ketawa lagi. Ketawa la sampai tak ingat dunia!” Damia menarik muncungnya. Izz tersenyum..
Mereka terus menghayati alam sekitar yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan di dalam kereta kabel itu. Ada senyuman bahagia di bibir mereka.
“Mia!” Danish tiba-tiba muncul. Terbangun Damia yang sedang berangan itu. Dilap air mata yang mengalir.

18 comments:

  1. ada tak sv 30 siri 3 nanti...sambunglah..
    cian mia...hihihi

    ReplyDelete
  2. rindunya SV...tak ada danish ke? ala...

    ReplyDelete
  3. best....cian mia...frst l0ve 2....heheheh...

    ReplyDelete
  4. mungkin ada siri 3 hihi terima ksih komen...

    ReplyDelete
  5. Danish?? siri 3 ada danish..nantikan next siri hihihi

    ReplyDelete
  6. Jesse...first love....biasa la tu..kesian mia kan...tapi nak buat camner kan...BKK tu betul2 buat dia teringat pada IZZ...

    ReplyDelete
  7. Cepat sambung kak...plz!!!

    ReplyDelete
  8. urmx2....dgan ada ya c BKK 2...sbgai p'gnti frst l0ve c mia....best...jln cta yg baek sis...;)

    ReplyDelete
  9. lama dah tunggu n3 bru.hari2 dok buka blog ria semata2 nak tengok ada x SV n3 bru..

    ReplyDelete
  10. sambung part 3 tau ria..love u!! hehehehe..

    sz

    ReplyDelete
  11. jesse..hmmm BKK memang sesuai dengan damia..itulah pendapat penulis cerita ini sendiri hihihihi

    ReplyDelete
  12. amorey...tiap2 hari awak jenguk blog ria?? terima kasih....hihihi ambik masa sikit nak masuk siri baru hihihi terima kasih tau selalu bagi sokongan...

    ReplyDelete
  13. kak Shahz...hihihihi love u too juga...insya allah siri 3 ada...tentangPerasaan Haris pula hihihi

    ReplyDelete
  14. alah,ingatkan boley angau dgn danish tadi..huhuhu..next en3 plez..hehhehe

    ReplyDelete
  15. jalan ceritanya sangat menarik. saya suka. tak sabar rasanya nak tunggu keluar dipasaran nanti.. :)

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi