Followers

Thursday, 23 February 2012

5
Komen

MANJA JANGAN NAKAL 17


Ayyad masih terkaku dan terpegun. Dia bagaikan tidak percaya apa yang berlaku sekarang. Fazlynn kini ada dihadapannya. Apa yang perlu dia lakukan?
                Fazlynn sudah pergi meninggalnya sendirian. Pantas dia masuk semula dalam rumah untuk mengambil  kunci kereta. Dia rindukan Fazlynn.
                ‘Walaupun aku sudah bertunang tapi aku tetap mahukan manja. Manja, maafkan kesalahan aku yang lalu. Pergi tanpa kata. Pergi meninggalkan kau sendirian. Maafkan aku manja!’ Ayyad memandu laju.
“Aku tak kan lepaskan kau, Manja!” katanya Ayyad.
“Dari tadi kereta ni ikut aku. Kenapa? Buat seram sahaja.” Mata Fazlynn liar memandang cermin belakang kereta. Akhirnya dia memberhentikan keretanya. Kereta itu juga berhenti.
Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut.
‘Mamat kedai mamak rupanya. Nasib baik.’ Fazlynn pun keluar dari kereta. Belum sempat dia bersuara....
“Manja!” panggil Ayyad.
Fazlynn terkaku. ‘Hanya keluarga aku sahaja yang panggil aku macam tu tapi mereka semua dah meninggal dunia dan seorang lelaki aje iaitu.....’ hari Fazlynn sendiri tak dapat menyebut nama keramat itu yang amat dia benci.
Air mata Fazlynn mengalir. Dia bersandar pada keretanya. Kekuatan tubuhnya mula berkurang. Rasa lemah.
“Manja, maafkan aku. Manja!” ucap Ayyad. Ayyad rasa kasihan melihat wajah Fazlynn. Wajah yang penuh penderitaan. Hanya dia seorang yang memahaminya.
Perlahan-lahan Fazlynn berjalan menuju ke tempat memandu keretanya. Dia ingin melarikan diri daripada Ayyad.
Pantas tangan milik Fazlynn menjadi mangsa sambaran Ayyad. Dia tahu yang Fazlynn ingin melarikan diri. Dia tidak mahu Fazlynn mengelakkan diri daripadanya. Masalah ini berpunca dari sikapnya yang pentingkan diri sendiri dan dia seharusnya menyelesaikan masalah ini.
“Manja, aku buat semua ini bersebab. Aku tinggalkan kau kerana aku ada perjanjian dengan papa. Papa setuju hantar aku ke kampung kau jika aku setuju dengan permintaannya. Kerana kau aku turuti  segalanya kata papa,’ Kata Ayyad. Dia terus jelaskan pada Fazlynn sebab dia faham yang Fazlynn tidak akan mendengar katanya jika dia sendiri tidak cepat-cepat memberitahu.
“Aku tak peduli itu semua, Ayyad!” kata Fazlynn. Dia cuba menarik tangannya semula tetapi tubuhnya bagaikan tiada tenaga. Dia benar-benar terkejut yang dia akan berjumpa kembali dengan lelaki ini.
“Tolong la percaya Manja. Aku lakukan semua semata-mata kerana aku cintakan kau! Aku cintakan kau!” jelas Ayyad. Dia tidak dapat menahan lagi perasaannya. Dia harus luahkan sekarang.
“Stop Ayyad!” Fazlynn meminta Ayyad jangan bercakap lagi. Kata-kata Ayyad sentiasa membuat dia berasa lemah. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi.
“Manja!” jerit Ayyad. Fazlynn berjaya melepaskan diri dan meninggalkan Ayyad. Air mata Fazlynn mengalir tanpa henti. Puas dipujuk hati dan perasaannya jangan sesekali menangis kerana lelaki itu tetapi tidak berjaya. Hatinya benar-benar terluka dengan apa yang Ayyad pernah lakukan dulu.
*****
Fazlynn datang ke rumah Putra kerana makan malam bersama adik Putra, Rinsya.
“Kita kahwin, Fazlynn.” Ajak Putra. Mereka berdua berbual di halaman rumah.
“Putra, aku bukanlah perempuan yang baik untuk kau jadikan isteri. Kau harus dapat perempuan yang lebih baik daripada aku.” Kata Fazlynn. Dia harus menyedarkan Putra yang mereka tidak akan dapat bersama.
“Tapi Fazlynn...” belum sempat Putra berkata sebuah kereta masuk di perkarangan rumah Putra.
“Ayyad!” Putra terkejut dengan kehadiran tunang adiknya itu.
“Mana Rinsya?” soal Ayyad. Dia belum perasan yang Fazlynn ada disitu. Fazlynn sedang membelakangi Ayyad.
“Buat apa kau nak jumpa adik aku malam-malam macam ni.”
“Aku nak bincang pasal pertunangan kami.”
‘Pertunangan? Ayyad dah bertunang?’ lagi sekali air mata Fazlynn tumpah. Betapa sakitnya hatinya apabila mendengar yang Ayyad sudah bertunang. Dengan Rinsya pula itu.
“Kenapa pula?”
“Aku nak putuskan pertunangan ni!” terus sahaja Ayyad berkata.
“Tak guna punya jantan! Kau ingat adik aku tu mainan ke?” marah Putra. Dia betul-betul marah dengan perbuatan Ayyad. Dia tahu yang Rinsya begitu mencintai Ayyad.
Bahu Fazlynn bergerak-gerak. Dia berusaha menahan sendunya.
Ayyad yang baru perasan perempuan yang berada di sisi Putra, segera menghampiri.
“Manja!” terkejut Ayyad.
Fazlynn berdiri. Dia melihat wajah Ayyad. Air matanya yang mengalir memang tidak dapat menipu Ayyad yang sememangnya dia tahu yang Fazlynn turut menyintai Ayyad.
“Manja, kita kahwin!” kata Ayyad.
Kebetulan Rinsya yang baru keluar daripada rumah terkejut mendengar kata-kata lamaran Ayyad. Hatinya terguris. Mana mungkin hatinya tidak rasa apa-apa saat tunangnya melamar perempuan lain dihadapannya sendiri.
Putra terpana. Apa yang sebenarnya berlaku antara Fazlynn dengan Ayyad.
“Maafkan aku Putra!” kata Fazlynn. Dia harus segera tinggalkan tempat ni.
“Manja, tunggu aku!” Ayyad bagaikan lelaki yang gila talak.
“Tak guna!” kemarahan Putra tidak dapat dikawal lagi apabila melihat Ayyad mengejar Fazlynn dan tidak mempedulikan perasaan adiknya itu.
Pantas Putra menumbuk muka Ayyad. Ayyad tidak sempat bersedia menyebatkan tubuhnya jatuh. Bibirnya pecah.
Fazlynn yang melihat mereka berdua bergaduh sesama sendiri berasa geram. Fazlynn menghampiri mereka berdua dan cuba leraikan.
Fazlynn menampar Putra!
Ayyad tersenyum lebar apabila melihat Fazlynn buat begitu.
Fazlynn menampar Ayyad pula.
“Biar dua-dua makan penampar! Puas hati korang! Kenyang tak?!” Fazlynn bertanya. Mereka berdua hanya tertunduk.
“Aku pun bukan mainan, Putra. Aku ada perasaan. Korang ingat aku gembira tengok korang bergaduh? Hati aku sakit Putra. Ayyad tinggalkan aku dah lama, Putra. Ayyad ni kenalan lama aku dan cinta pertama aku.” Jelas Fazlynn. Ayyad rasa gembira dengan pengakuan Fazlynn.
Putra tertunduk. Rinsya hanya menjadi pendengar setia. Dia tidak tahu mahu menyampuk apa.
“Walaupun dia cinta pertama aku. Tak semestinya aku kena kahwin dengan dia. Dan aku takkan kahwin dengan kau, Putra. Mulai saat ini, jangan ganggu atau jumpa aku lagi!” Amaran Fazlynn kepada dua lelaki itu.
“Fazlynn..” panggil Putra apabila gadis itu mula menuju ke tempat kereta.
“Manja!” Ayyad juga memanggil Fazlynn. Dia ingin mengerja Fazlynn tetapi dia dihalang oleh Putra.
“Kau tak boleh pergi ke mana-mana selagi kau tak selesaikan masalah kau dengan adik aku.” Kata Putra. Matanya merah menahan marah. Rinsya hanya mampu menangis sahaja.
Akhinya Ayyad akur. Dia perlu selesaikan masalahya dengan Rinsya dahulu.


P/S: Insya allah bab 18 adalah bab yang terahkhir. maaf kalau jalan ceritanya cepat sangat. maaf..harap terhibur.

5 comments:

  1. wowww... mmg laju je n3 kali nie Ria.. pe2 pun best, gud job.. :D
    yg x best nyer bab 18 nnti yg last.. waaaaa.. sedihnyer.. :(

    ReplyDelete
  2. @Edayu

    Hmmm thank kak edayu... laju pun sebab..lepas ni ria dah dapat menulis dah...buat masa akak datang..sebaik sahaja SV siap di hantar manuskripnya...ria tak dapat nak menulis..ria pun sedih....tu pasal kena siapkan cepat2...

    ReplyDelete
  3. caitt... syok3 baca tengok nama rinsya tu terus rasa terkejut ,, hahahaha ada lagik rinsya dtg menyibuk...

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi