Followers

Tuesday, 31 July 2012

7
Komen

HATI SUAMIKU GK 22





Tengku Shariff Fairy gembira dengan pertemuan dengan Natasha. Ini kali kedua mereka bertemu dalam sehari. ‘Memang jodoh kot.’


‘Jodoh kebendanya, perempuan tu isteri Huzaiman. Sah! Sah la bukan jodoh kau.’ Ada suara lain yang menyatakan begitu.

Tengku Shariff Fairy mengangguk kepala. Kecantikan Natasha begitu menyerlah dengan wajah yang lebih berseri.

Huzaiman membuat muka serius.

“Kita makan kat kedai lain la.” kata Huzaiman apabila melihat musuhnya turut berada dalam kedai tersebut. Dia menarik tangan Natasha. Sememangnya dia tidak suka pada Tengku Shariff Fairy kerana lelaki itu sering sahaja membuat dia sakit hati dan gila kuasanya tidak dapat dipamerkan.

“Okey...” Natasha hanya mengikut langkah suaminya itu.

“Relaks bro...” Tengku Shariff Fairy menghalang langkah Huzaiman. Walaupun petang tadi Huzaiman telah menghina dia, tetapi dia tidak kisah asalkan dapat melihat Natasha yang cantik ini.

“Apa relaks-relaks? Aku tak suka kau. Aku bersyukur setiap hari sebab kau tak pernah jadi pelanggan syarikat aku.” kata Huzaiman.

“Bersyukur? Ooo.... Lepas ni kau kena buat kenduri kesyukuran sebab aku sudi nak beli Garden Love syarikat kau.” Akhirnya Tengku Shariff Fairy membuat keputusan.

“Sorry, tawaran ditutup.” Huzaiman terus berlalu.

Tengku Shariff Fairy tersentap. Pelik dengan sikap Huzaiman.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk makan kedai biasa sahaja.

“Sha nak makan apa?”

“Bagi nasi goreng tom yam dan air kosong sahaja.” Kata Natasha perlahan.

“Sedap ke nasi goreng tom yam?” bisik Huzaiman perlahan di telinga Natasha.

“Kena cuba dulu baru tahu.” Sengaja Natasha berkata begitu. Dia rasa selesa kalau Huzaiman tidak memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka.

Mereka makan dengan penuh selera terutamanya Huzaiman. Lelaki itu baru tahu ada nasi yang begitu sedap.

‘Kasihan....’ kata hati Natasha.

Selepas mereka makan, mereka bertolak pulang. Hati Natasha sudah tidak tenang. Dia takut apabila ke apartment tersebut.

Di tempat parking kereta, Azlin sudah lama menunggu mereka.

“Hai!” tegur Azlin.

Bulat mata Natasha melihat Azlin sedang tersenyum manis. Bagaikan tiada apa-apa. Hati Natasha terasa sakit. Betapa dia bimbang akan keadaan Azlin.

Natasha ingin merapati Azlin tetapi pantas tangan Huzaiman mencengkam lengannya.

“Kita akan bincang nanti. Kau tunggu sini!” arah Huzaiman. Azlin hanya tersenyum.

“Huzaiman, lepaskan aku! Aku nak jumpa Azlin!” jerit Natasha.

Huzaiman pura-pura tidak mendengarnya sehingga mereka masuk ke dalam apartment milik Huzaiman.

Dia mengunci pintu tersebut.

“Lepaskan!” marah Natasha. Dia tidak akan berputus asa. Dia berusaha menarik tangannya dari terus dicengkam oleh Huzaiman.

Huzaiman menahan hati dan perasaannya. Betapa sakitnya apabila wajah bimbang Natasha hanya untuk seseorang yang tidak menghargainya.

“Lepaskan! Aku nak jumpa Azlin! Lepaskan!” cengkaman Huzaiman amat kuat. Wajah lelaki itu tiada riak atau perasaan. Hanya setia memandang Natasha dengan pandangan yang kosong.

Natasha beranikan diri mengigit tangan Huzaiman. Huzaiman hanya menahan sahaja. Untuk melepaskan Natasha, tidak sama sekali!

“Lepas!” jerit Natasha sambil menarik tangannya tetapi Huzaiman masih kaku. Akhirnya Natasha terduduk atas lantai dengan lengannya masih dipegang kukuh oleh Huzaiman.

“Lepas.....”suara Natasha semakin lemah. Dia menangis bersunguh-sungguh. Dia mahu berjumpa dengan Azlin. Mahu bertanya banyak soalan. Betul ke Azlin ingin menjualnya? Dia masih tidak mempercayainya.

Azlin melayannya dengan baik. Selalu memberi kata-kata semangat. Selalu menasihati dirinya agar menjaga kesihatan diri.

“Azlin...” Natasha masih menyeru nama itu.

Baru kini Huzaiman terasa tangannya sakit akibat gigitan Natasha sebentar tadi. Dia duduk mencangkung depan Natasha lalu mencengkam bahu Natasha.

“Kalau Sha nak jumpa dia juga, Sha kena janji dengan abang yang Sha akan terus setia dengan abang selamanya. Boleh?” kata Huzaiman. Dia hanya mahu Natasha terus setia padanya. Setia dan setia. Itu sahaja yang dia mahukan dari Natasha. Terus berada di sisinya walaupun Natasha tidak menyintainya.

Natasha mendongak.

Natasha mencari sesuatu dipandangan Huzaiman. Dia hanya mahu penjelasan daripada Azlin. Itu pun cukup.

“Baiklah!” Natasha bersetuju tanpa berfikir panjang.

“Tunggu sini...” Huzaiman berlalu pergi.

“Ammar, bawa Azlin ke apartment Kamu.”Huzaiman menghubungi Ammar. Mereka berdua akan ditemukan di situ. 


p/s : MAAF KALI INI AGAK PENDEK DAN DAH LAMA TAK UPDATE...LEPAS NI RIA AKAN CUBA TULIS LEBIH PANJANG. TERIMA KASIH

7 comments:

  1. alaaa, tak puas baca laa kak ria. cepat2 sambung tauu. dah lama tunggu nii.

    ReplyDelete
  2. xpe.. asalkan update. Kak Ria kan cbuk. Xgitu?

    ReplyDelete
  3. x pew2...at least akak ad apdet..hehe..congrats n gud luck

    ReplyDelete
  4. Apa lagi yang Azlin nak???
    Tak tau malu betul Azlin ni dah jual Natasya,dia still berani lagi tunjuk muka kat depan Natasya!!!!

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi