Followers
Friday, 24 August 2012
6
Komen
Huzaiman sedang berjalan sambil memegang tangan Natasha. Sungguh indah perasaan itu. Natasha tersenyum manis padanya. Cantik sekali. Tetapi Huzaiman melepaskan pegangannya itu.
“Abang!” panggil Natasha sambil cuba mencapai semula tangan Huzaiman. Tetapi Huzaiman semakin jauh.
Huzaiman pula hanya mampu melihat dirinya melangkah jauh dari Natasha. Huzaiman meningggalkan Natasha sendirian. Gadis itu hanya menangis.
Huzaiman tersedar!
“Ya Allah!”
‘Kenapa aku tinggalkan Natasha sedangkan aku begitu sayangkan dia? Kenapa? Apa makna mimpi ni?’ Huzaiman cuba bertenang tetapi hanya seketika. Dia berpaling sebelahnya. Natasha!
Natasha sudah tiada di sebelahnya mahupun dalam bilik tersebut. Tergesa-gesa dia memakai baju sambil menghubungi Ammar.
“Ammar, kita cari Natasha sekarang juga.” Terkial-kial Huzaiman memakai seluar dengan keadaan telefon Samsungnya di kepit antara bahu dan telinga.
“Aduh!” Huzaiman terjatuh apabila tubuhnya tidak stabil.
“Bos!” panggil Ammar apabila mendengar sesuatu jatuh.
“Aku tak apa-apa. Aku nak kau dan Amman pergi cari dia sekarang juga. Aku yakin dia tak pergi jauh. Kalau tak jumpa, tolong jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!” tegas Huzaiman. Masa pertama kali dulu, Natasha hilang. Inilah perasaan yang dia rasai.
‘Kenapa perempuan tu beri kesan pada aku sampai macam ni sekali? Perasaan bersama Sha sesuatu yang indah bagi aku. Dapat melihat senyuman dia bagaikan sinar baru dalam hidup aku. Ahh! Sha, mana sayang pergi? Jangan tinggalkan abang sorang-sorang.’ Rintih Huzaiman dalam hatinya.
Dia bergegas keluar dari apartmentnya.
“Abang kenapa bos telefon?” soal Amman yang baru lepas mandi. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka adik beradik mandi empat pagi.
“Adik kita hilang lagi.”
“Natasha?”
“Ya!”
“Aduh!” Amman mengeluh. “Mesti bos mengamuk sekarang ni kan?” teka Amman.
“Lebih kurang la. Dia kata kalau tak jumpa, jangan tunjuk muka lagi depan dia.” Kata Ammar sambil bersiap-siap dengan pakaian rasminya iaitu baju kot.
“Macam kejam aje bunyinya, abang.” Ammar juga bersiap. Sekejap sahaja mereka sudah siap dan keluar dari apartment tersebut untuk mencari kekasih hati majikannya itu.
*****
‘Aku nak ke mana yer? Pagi-pagi buta macam ni mana ada kedai yang bukak...’ Natasha mengadu.
Krooookkk!!! Perut Natasha berbunyi. Terasa lapar pula apabila melarikan diri dari dua orang makhluk yang cukup menakutkan. ‘Yang halal sentuh aku tak la takut sangat tapi yang haram sentuh aku yang buat aku takut. Dia ni susah nak ramal. Tersengih aje dari tadi. Menyeramkan sahaja.’ Natasha terukan perjalanannya.
“Nak pergi mana?” Natasha berfikir. Dia duduk di perhentian bas. ‘Nak naik bas tapi tak ada duit. Tak kan nak mencuri pula. Dosa. Biar tak ada duit tapi jangan sesekali curi duit orang.’
*****
Huzaiman ternampak Natasha diperhentian bas. Baru sahaja dia mahu turun dari kereta, gadis itu dah naik bas. Segera dia masuk semula dalam kereta. Memang jodohnya dengan Natasha kuat. Mesti Huzaiman yang terjumpa dulu.
Huzaiman menghubung Ammar untuk memberitahu yang dia sudah bertemu dengan Natasha dan tidak masuk ke pejabat hari ini.
“Again!” Ammar mengeluh.
“Kenapa abang?”
“Bos tak masuk kerja hari ni.” Tidak bermaya suara Ammar.
“Apa? Susahlah macam ni...” Amman pula yang susah hati.
“Maksud adik?” Ammar tidak faham.
“Dato Ismail akan adakan mesyuarat tergempar dengan pemegang-pemegang saham yang lain hari ni.” Jelas Amman.
Ammar terkejut. “Jika bos tak ada, susah dia nanti. Habislah bos kita.” Ammar sendiri dapat meneka apa yang akan berlaku jika Huzaiman tiada dalam mesyuarat itu nanti.
“Macam mana ni abang? Apa kita nak buat? Bos kita tu macam nyawa kita juga. Jika susah dia, susah juga kita.” Amman sudah gelabah. Itulah dia adik Ammar, yang cepat gelabah.
“Sabar adik. Abang kena tenang, baru boleh fikir.” Ammar diam seketika dengan wajah yang berkerut. “Kejap! Abang call bos.” Segera dia menekan punat-punat telefonnya.
“Alamak!”
“Kenapa abang?” Amman makin gelabah
“Bos tak jawap panggilan kita. Habislah!”
“Apa kita nak buat ni abang?”
“Abang rasa, adik pergi cari bos dan abang try cover-cover dekat sini. Pukul berapa mesyuarat tu?” soal Ammar.
“Pukul tiga,”Amman cuba bertenang. “Adik pergi cati bos dan abang uruskan perkara kat sini, okey?”
“Baiklah!”
“Mana Sha nak pergi? Suka tinggalkan aku. Memang nak kena ni.” Huzaiman tidak berpuas hati. Tiba-tiba bas itu berhenti dan Natasha keluar dari bas tersebut.
HUzaiman berhentikan kereta dan menuju ke Natasha.
Natasha pula tidak menyedari kehadiran Huzaiman terpana ketika melihat lelaki itu di hadapannya kini.
“Huzaiman...”
“Kau janji nak setia dengan aku. So, ikut aku sekarang juga.” Huzaiman menarik tangan Natasha.
“Lepaslah! Aku ikut kau.” Balas Natasha apabila dia ternampak kelibat Hamdan. Dia rela bersama dengan Huzaiman daripada bersama dengan Hamdan. Dia pasti yang Hamdan mengekorinya.
“Cuba cakap elok-elok sikit. Panggil aku abang ye?” pesan Huzaiman.
“Baiklah cik abang.” Natasha cuba tersenyum. Dia yakin yang emosinya sekarang ini tidak baik. Pagi tadi dia mahu melarikan diri dari Huzaiman tetapi kini dia rela hati mengikut Huzaiman. Apa dah jadi dengan dia?
Huzaiman terasa pelik kerana Natasha hanya mengikut apa yang dipintanya. Apa-apa pun dia sudah tidak peduli. Janji Natasha ada bersamanya.
Sebelum dia menghidupkan enjin keretanya, dia memeriksa telefon samsung dia.
“Ammar?” terkejut Huzaiman. ‘Kalau mamat ni call, mesti ada hal penting.’ Pantas Huzaiman menghubungi Ammar.
Natasha pula hanya memerhati sahaja tetapi makin lama makin layu matanya lalu dia tertidur.
“Kenapa ni?”
“Bos, hari ini ada mesyuarat dengan lembaga-lembaga syarikat. Kehadiran bos ke mesyuarat itu amat penting.” Jelas Ammar.Ammar berasa lega kerana majikannya itu menghubunginya.
“Ya ke? Kenapa hari ni pula? Baiklah! Saya balik pejabat sekarang juga.” Huzaiman tamatkan panggilannya. Dia memandang Natasha tetapi gadis itu sudah tertidur. Akhirnya, Huzaiman mengambil keputusan hanya menghantar Natasha pulang ke apartment dan dia akan ke tempat kerja.
Komen
HATI SUAMIKU GK 24

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best....
ReplyDeleteperubahan yang baik untuk natasha :)
bestt...!!! smbung lgi3x..hehehe
ReplyDeletePENDEKNYA X PUAS LE
ReplyDeleteBest...;-)
ReplyDeletenanti ble huzaiman hantar natasha balik rumah, mesti natasha lari lagi then kena tangkap dgn hamdan plak. hihi. papepunn, cpt smbg tauu kak ria :D
ReplyDeleteBila nak sambung lagi?? Hati dah tak sabar dah nie.
ReplyDelete