Followers

Friday, 10 August 2012

5
Komen

Segmen Mia Kaftiya - Kenapa aku pilih bidang penulisan?




Assalamualaikum...

Kenapa Penulisan? Jarang Ria bercerita secara detail pasal ni tapi tak apa la. Ria suka menulis sejak berusia 15 tahun. Minat ni timbul sebaik sahaja Ria terbaca penulisan kakak Ria yang ringkas dan begitu menarik perhatian Ria.

Sejak tu Ria mula menulis. Cerita pertama yang Ria tulis adalah .......hihihi tak ada tajuk tetapi nama watak itu Nik(perempuan) dan heronya Zeck. Entah mengapa Ria begitu suka dengan nama Zeck. Mungkin skandal Ria yang pertama kot hahahah malu edeng.

Latar belakang ceritanya pada tahun 2020. Memang menarik. Tetapi malangnya cerita itu hanya separuh bab aje dalam simpanan Ria sekarang ini. Ria teruskan menulis dengan novel ke dua iaitu ‘Tasik Hati’ yang kini tajuknya ‘Cinta ke?’. Ada 26 bab. Huhuhuhu memang semangat bila tulis cerita ini.... semangat ini diteruskan lagi sehingga ke tingkatan 5. Ketiga itu Ria join pertandingan tulis cerpen tema guru peringkat Daerah. Alhamdulillah Ria dapat johan. Memang seronok masa tu. Macam membakar semangat pula hihihi

Kerana pertandingan itu, Ria terpilih menjadi wakil selangor untuk kem penulis muda di port dickson selama seminggu. Memang Ria rasa rugi tak fokus betul-betul masa pergi kem tu. Hihihi lepas SPM, Ria sudah tidak menulis dan masa banyak habiskan baca novel....

Bermula, tahun 2011 Ria kembali menulis. Dipujuk hebat oleh sahabat Ria bernama Manja. Ish, geram melihat penulisannya yang hebat. Bahasa yang puitis membuat hati kecil Ria cemburu dan mula menulis sejak hari itu dan terciptalah Suamiku vampire.

Sebelum Ria akhiri penulisan kali ini, mengapa bidang penulisan? Semestinya kerana Ria minat menulis. Dan sejak dulu lagi Ria seorang yang suka mencipta cerita dalam kotak fikiran. Sekarang! Ria lahirkan ciptaan itu dalam bentuk penulisan. Semoga minat ini berterusan walau apapun bidang Ria ceburi.

Sekian terima kasih. Waalaikumussalam.

5 comments:

  1. Best , adk nk ikot jejak kak ria , semangat akk tuh :) , chaiyok kak ria , Fighting !! , Teroskan menulis :)

    ~Fae~

    ReplyDelete
  2. kira ria mula serius menulis balik tahun lepaslah? oohh..

    ReplyDelete
  3. wish u all the bes kak!!~
    chaiyok2 :)

    ReplyDelete
  4. http://milikhusnahumairah.blogspot.com/2013/01/segmen-miakaftiya-kenapa-aku-pilih.html join segmen ni jgk, baca eh? :')

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi