Natasha mengeluh berat. Berat lagi apa yang
dihadapinya. Berdepan dengan Huzaiman sememangnya memerlukan kekuatan mental
dan fizikal. Nampaknya dia terpaksa berhati-hati pada masa akan datang.
“Cukuplah tu awak...”
Natasha berkata. Kakinya rasa mahu patah.
“Banyak lagi kedai nak
pergi ni. Tak sangka pula shopping ni
seronok.” Huzaiman tersenyum gembira. Air mukanya lain benar dalam pandangan
mata Natasha.
“Baru tahu ke seronok?
Tapi sekarang dah pukul 3 petang. Kita tak lunch lagi. Tak sembahyang lagi.
Kalau awak nak buat dosa, awak buat la sorang-sorang. Jangan nak ajak saya.”
Sinis Natasha. Akhirnya dia duduk di kerusi yang ada di depan sebuah kedai.
“Kau pun berdosa juga.”
“Kenapa pula?”
“Sebab kau tak tegur
orang yang buat dosa. Kau pentingkan diri sendiri.” Balas Huzaiman. Natasha
terdiam.
‘Tahu pula dia
menjawab.’ Bisik hati Natasha.
“Okey-okey. Kalau macam
tu, marilah kita bersembahyang sebelum orang lain sembahyangkan kita.” Ajak Natasha.
Dia benar-benar tidak larat. Dia tidak suka berjalan tanpa arah tujuan. Dia
cepat penat tetapi kalau dia mendaki gunung
langsung tak penat.
“Lain macam je ayat kau
ni? Jom!”
Mereka berdua
sembahyang. Selepas itu mereka mencari lunch walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan
3.30 petang.
“Kita makan KFC je la.”
Cadang Natasha. Dia tak larat mahu berjalan lagi. Tenaganya perlu di kumpul
semula.
“Kita cari restoran
mewah sikit.” Cadang Huzaiman pula.
“Kalau awak nak cari,
silakan... tapi saya nak pergi KFC yang ada depan mata ni.” Tanpa menunggu
jawapan dari Huzaiman, Natasha terus berjalan.
“Kalau macam tu, aku
tak nak kahwin dengan kau la.” Huzaiman memeluk tubuh.
Langkah Natasha
terhenti. Saat ini, Natasha rasa mahu bunuh lelaki itu sebab sepanjang hari dia
menemani Huzaiman untuk membeli barang-barang kahwin, boleh pula tak jadi
kahwin. Rasa mahu mencekik Huzaiman menguasai diri.
“Putra Huzaiman, awak
nak apa sebenarnya ni?” Natasha bertanya.
“Aku nak kau la...”
Huzaiman cuba mengenakan Natasha dengan ayat yang Natasha sendiri pernah lafaz
pagi tadi. Nampak sangat Huzaiman seorang lelaki yang cepat belajar. Belajar
kenakan orang lain.
“Jom la makan. Saya
lapar sangat. Tak larat nak jalan.”
“Baiklah tapi kita buat
perjanjian.”
“Nak makan pun ada
perjanjian?” dahi Natasha berkerut. ‘Layan je la...’ bisik hati Natasha. “Apa dia? Cepat lah!”
“Kau suapkan aku dengan
tangan kau sendiri, okey?” pinta Huzaiman. Dia yakin yang Natasha akan
mengikutnya.
Natasha sudah menjangka
yang Huzaiman akan meminta yang bukan-bukan.
“Kalau aku suap kau
tangan kiri, kau nak makan tak?” lagi sekali Natasha mengenakan Huzaiman.
Huzaiman menaikkan
keningnya sebelah.
“Kalau kau cuba-cuba
nak suapkan aku dengan tangan kiri, aku cium kau, masa tu juga.” Ugut Huzaiman.
Natasha menelan liur.
‘Sejak bila mamat gila kuasa ni suka main ugut-ugut?’ Natasha mengeluh. “Yalah!
Jom kita makan!” Natasha tidak kisah itu semua. Janji dia dapat makan. Isikan
perutnya yang kosong ini.
Mereka berdua beratur.
Agak ramai juga orang ketika itu.
“Sha, kau jangan di
belakang aku,” kata Huzaiman. Dia tidak selesa apabila melihat lelaki di
belakang Natasha begitu dekat dengan buah hatinya itu.
“Tak apa, awak yang nak
bayar nanti, awak depan la.”
Huzaiman menghampiri
telinga Natasha. “Sebenarnya, ini kali pertama aku makan KFC. Aku tak reti nak
order.” Bisik Huzaiman. Perkara ini terpaksa juga Huzaiman memberitahu Natasha.
“What!” Natasha
terkejut. ‘Mamat ni duduk planet mana ni?’
Tangan Huzaiman menarik
tangan Natasha supaya berada di hadapannya. Entah mengapa saat ini Natasha rasa
berdebar. Berdiri di depan Huzaiman dalam masa yang agak lama membuat dirinya
gelisah.
Natasha berpaling
melihat Huzaiman.
Huzaiman tersenyum pada
Natasha. Pantas gadis itu memandang ke hadapan semula. Hati Huzaiman rasa
tercuit melihat Natasha. Dia gembira kerana tiada lelaki yang boleh rapat
dengan Natasha kecuali dia seorang.
Selepas order...
“Biar aku bawa.” Tawar
Huzaiman. Natasha hanya membiarkan.
“Awak pergi basuh
tangan dulu.” Natasha memilih tempat dekat dengan cermin lutsinar. Boleh
melihat orang lalu-lalang.
“Dah, kau pergilah
basuh tangan pula.”
“Baiklah.” Giliran Natasha
pula yang membasuh tangan. Apabila dia kembali semula tempat yang menjadi
pilihannya itu, dia terkejut. Huzaiman tiada di situ.
“Wafa Natasha!” panggil
Huzaiman.
Natasha mengeluh.
Tempat yang agak tersorok menjadi pilihan Huzaiman. Natasha hanya mampu
menggelengkan kepala.
Mulanya Natasha mahu
marah atau membebel tetapi perutnya terlalu lapar jadi dia biarkan sahaja.
Natasha melabuhkan
punggungnya di kerusi di hadapan Huzaiman. Tubuhnya hampir dengan di dinding.
‘Rasa sejuk pula di dinding ni.’
Tiba-tiba Huzaiman bangun.
“Awak nak ke mana?”
Huzaiman diam. Dia
bergerak ke tempat Natasha lalu duduk di sebelahnya. Natasha terperangkap. Dia
tidak dapat bergerak langsung kerana dia sentiasa berada aras bawah ketiak
Huzaiman. Malang betul!
“Awak ni...” Natasha
geram. “Duduk tu jauh-jauh sikit.” pinta Natasha.
“Seorang isteri tak
boleh bagi arahan pada suami.” Kata Huzaiman.
“Ini bukan arahan tapi
permintaan,” balas Natasha.
“Permintaan anda tidak
ditunaikan. Cepatlah suapkan ayam tu? Macam sedap je.” HUzaiman mengubah topik.
Dia suka duduk rapat-rapat dengan Natasha.
‘Sejak bila lelaki gila
kuasa ni jadi miang keladi? Gatal!’ geram Natasha.
“Awak tak pernah makan
KFC ke? Macam tak percaya?” soal Natasha lalu memandang Huzaiman. Dia tersentap
kerana wajah Huzaiman begitu hampir dengannya. Huzaiman tersenyum.
“Betullah. Papa tak
bagi saya makan benda-benda macam ni. Katanya tak elok untuk kesihatan.”
Huzaiman bercerita manakala Natasha melantak makan burger.
‘Burger cepat kenyang
sikit. Nanti ke suap si GK ni.’ Bisik hatinya.
“Tak elok ke? Saya
makan okey je. Yang tak elok tu bila makan tiap-tiap masa,” jelas Natasha.
“Papa akan awasi semua
pergerakkan aku. Aku buat apa. Aku makan apa. Aku kawan dengan siapa.
Disebabkan pengawalan yang ketat oleh papa, aku tak dapat nak berkawan dengan
orang yang aku suka dan orang pun takut nak berkawan dengan aku,” luah
Huzaiman. Dia merenung kosong Natasha yang sedang leka makan itu.
Hati Huzaiman rasa
sedih.
“Sejak tu, aku jadi
gila kuasa. Aku nak akan kuasa. Dengan kuasa orang lain akan pandang aku. Orang
lain akan beri perhatian pada aku dan orang lain akan bercakap-cakap dengan
aku. Aku tak akan sunyi.” Huzaiman tertunduk. Pertama kali dia meluahkan apa
yang dirasanya.
Natasha simpati.
Terbantut dia mahu menyambung makan apabila wajah mendung Huzaiman
dipandangnya.
“Sabarlah...” Natasha
menyentuh bahu Huzaiman. Dia gagahi juga
untuk memandang Huzaiman. Ditepuk-tepuk bahu Huzaiman.
“Sabarlah! Nanti awak
tak kan sunyi lagi...” pujuk Natasha.
Huzaiman memandang Natasha.
Dia merenung tajam wajah yang comel itu. ‘Gadis ini sentiasa buat aku bahagia.
Buat aku rasa dihargai. Buat aku rasa diberi prihatin. Mana mungkin aku
lepaskan Wafa Natasha.’ Serentak itu, dia terus memeluk tubuh Natasha yang
kecil itu.
“Gila!” amuk Natasha.
Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Aku gilakan kau!”
Huzaiman tidak mahu melepaskan Natasha. Tubuh Natasha yang kecil itu buat dia
benar-benar rasa selesa memeluk.
“LELAKI GILA SEKS...”
bisik Natasha perlahan sahaja.
Pantas tangan Huzaiman
meleraikan pelukannya. Natasha tersenyum puas. ‘Tahu takut!’
“Janganlah kata aku
macam tu. Tak suka la.”
“Dah hakikatnya awak
macam tu.” Natasha menyambung semula burgernya yang masih bersisa itu.
“Bila kau nak suapkan
aku ni? Lapar juga ni?” pinta Huzaiman.
“Yelah, saya suap ni.”
Huzaiman tersenyum. Dia
suka Natasha melayannya seperti itu. Selepas makan mereka masuk sebuah kedai
cenderahati.
“Mak ai, banyaknya
teddy bear,” ujar Natasha . Sejak kecil
dia hanya mampu melihat patung-patung beruang sahaja. Dia tidak kemampuan untuk
membeli patung tersebut sehingga sekarang dia tidak mahu membelinya. Dia harap
suatu hari nanti ada orang yang sudi hadiahkan teddy bear untuknya.
“Kau suka teddy bear?”
“Suka tengok je.” Natasha
merenung satu teddy bear yang bersaiz agak besar. Dia leka seketika. Dia
tersenyum.
Huzaiman memerhati Natasha.
Entah mengapa perasaannya tidak dapat dikawal apabila melihat wajah Natasha
yang comel itu. Sebentar tadi Natasha sudah tenangkan dan memujuknya. Dia rasa benar-benar gembira.
Dia ingin mencium pipi gadis itu sebagai tanda terima kasih. Perlahan-lahan dia
menghampiri Natasha.
Makin lama, makin
dekat...
Chup!
Ciuman Huzaiman terkena
pada patung beruang yang paling kecil yang sempat Natasha capai. Nasib baik Natasha
tersedar akan tindakan Huzaiman.
‘Bahaya betul berada
dekat dengan lelaki ni.’
Huzaiman tersengih.
“Kau yang dapat first kiss aku?” Huzaiman mengeluh.
“Disebabkan kau dah merampas first kiss
aku, aku terpaksa la beli kau ya.” Huzaiman mengambil patung beruang yang
saiznya besar tapak tangan Huzaiman. Sungguh comel.
“Nak beli ke?” soal Natasha.
Entah mengapa dia rasa patung beruang itu comel sangat.
“Ya,” Huzaiman sudah di
kaunter. Natasha hanya menjeling sahaja.
“Jom balik!” ajak
Huzaiman. Dia rasa penat sekali hari ini.
“Baiklah!”
Nak lagi.. hehe.
ReplyDeletebila novel ni nk kluar?nk beli
ReplyDelete