Followers

Sunday 27 January 2013

2
Komen

Bab baru dalam HsGK (11)






Natasha mengeluh berat. Berat lagi apa yang dihadapinya. Berdepan dengan Huzaiman sememangnya memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Nampaknya dia terpaksa berhati-hati pada masa akan datang.
“Cukuplah tu awak...” Natasha berkata. Kakinya rasa mahu patah.
“Banyak lagi kedai nak pergi ni. Tak sangka pula shopping ni seronok.” Huzaiman tersenyum gembira. Air mukanya lain benar dalam pandangan mata Natasha.
“Baru tahu ke seronok? Tapi sekarang dah pukul 3 petang. Kita tak lunch lagi. Tak sembahyang lagi. Kalau awak nak buat dosa, awak buat la sorang-sorang. Jangan nak ajak saya.” Sinis Natasha. Akhirnya dia duduk di kerusi yang ada di depan sebuah kedai.
“Kau pun berdosa juga.”
“Kenapa pula?”
“Sebab kau tak tegur orang yang buat dosa. Kau pentingkan diri sendiri.” Balas Huzaiman. Natasha terdiam.
‘Tahu pula dia menjawab.’ Bisik hati Natasha.
“Okey-okey. Kalau macam tu, marilah kita bersembahyang sebelum orang lain sembahyangkan kita.” Ajak Natasha. Dia benar-benar tidak larat. Dia tidak suka berjalan tanpa arah tujuan. Dia cepat penat tetapi kalau dia mendaki gunung  langsung tak penat.
“Lain macam je ayat kau ni? Jom!”
Mereka berdua sembahyang. Selepas itu mereka mencari lunch walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan 3.30 petang.
“Kita makan KFC je la.” Cadang Natasha. Dia tak larat mahu berjalan lagi. Tenaganya perlu di kumpul semula.
“Kita cari restoran mewah sikit.” Cadang Huzaiman pula.
“Kalau awak nak cari, silakan... tapi saya nak pergi KFC yang ada depan mata ni.” Tanpa menunggu jawapan dari Huzaiman, Natasha terus berjalan.
“Kalau macam tu, aku tak nak kahwin dengan kau la.” Huzaiman memeluk tubuh.
Langkah Natasha terhenti. Saat ini, Natasha rasa mahu bunuh lelaki itu sebab sepanjang hari dia menemani Huzaiman untuk membeli barang-barang kahwin, boleh pula tak jadi kahwin. Rasa mahu mencekik Huzaiman menguasai diri.
“Putra Huzaiman, awak nak apa sebenarnya ni?” Natasha bertanya.
“Aku nak kau la...” Huzaiman cuba mengenakan Natasha dengan ayat yang Natasha sendiri pernah lafaz pagi tadi. Nampak sangat Huzaiman seorang lelaki yang cepat belajar. Belajar kenakan orang lain.
“Jom la makan. Saya lapar sangat. Tak larat nak jalan.”
“Baiklah tapi kita buat perjanjian.”
“Nak makan pun ada perjanjian?” dahi Natasha berkerut. ‘Layan je la...’ bisik hati Natasha.  “Apa dia? Cepat lah!”
“Kau suapkan aku dengan tangan kau sendiri, okey?” pinta Huzaiman. Dia yakin yang Natasha akan mengikutnya.
Natasha sudah menjangka yang Huzaiman akan meminta yang bukan-bukan.
“Kalau aku suap kau tangan kiri, kau nak makan tak?” lagi sekali Natasha mengenakan Huzaiman.
Huzaiman menaikkan keningnya sebelah.
“Kalau kau cuba-cuba nak suapkan aku dengan tangan kiri, aku cium kau, masa tu juga.” Ugut Huzaiman.
Natasha menelan liur. ‘Sejak bila mamat gila kuasa ni suka main ugut-ugut?’ Natasha mengeluh. “Yalah! Jom kita makan!” Natasha tidak kisah itu semua. Janji dia dapat makan. Isikan perutnya yang kosong ini.
Mereka berdua beratur. Agak ramai juga orang ketika itu.
“Sha, kau jangan di belakang aku,” kata Huzaiman. Dia tidak selesa apabila melihat lelaki di belakang Natasha begitu dekat dengan buah hatinya itu.
“Tak apa, awak yang nak bayar nanti, awak depan la.”
Huzaiman menghampiri telinga Natasha. “Sebenarnya, ini kali pertama aku makan KFC. Aku tak reti nak order.” Bisik Huzaiman. Perkara ini terpaksa juga Huzaiman memberitahu Natasha.
“What!” Natasha terkejut. ‘Mamat ni duduk planet mana ni?’
Tangan Huzaiman menarik tangan Natasha supaya berada di hadapannya. Entah mengapa saat ini Natasha rasa berdebar. Berdiri di depan Huzaiman dalam masa yang agak lama membuat dirinya gelisah.
Natasha berpaling melihat Huzaiman.
Huzaiman tersenyum pada Natasha. Pantas gadis itu memandang ke hadapan semula. Hati Huzaiman rasa tercuit melihat Natasha. Dia gembira kerana tiada lelaki yang boleh rapat dengan Natasha kecuali dia seorang.
Selepas order...
“Biar aku bawa.” Tawar Huzaiman. Natasha hanya membiarkan.
“Awak pergi basuh tangan dulu.” Natasha memilih tempat dekat dengan cermin lutsinar. Boleh melihat orang lalu-lalang.
“Dah, kau pergilah basuh tangan pula.”
“Baiklah.” Giliran Natasha pula yang membasuh tangan. Apabila dia kembali semula tempat yang menjadi pilihannya itu, dia terkejut. Huzaiman tiada di situ.
“Wafa Natasha!” panggil Huzaiman.
Natasha mengeluh. Tempat yang agak tersorok menjadi pilihan Huzaiman. Natasha hanya mampu menggelengkan kepala.
Mulanya Natasha mahu marah atau membebel tetapi perutnya terlalu lapar jadi dia biarkan sahaja.
Natasha melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Huzaiman. Tubuhnya hampir dengan di dinding. ‘Rasa sejuk pula di dinding ni.’
Tiba-tiba Huzaiman bangun.
“Awak nak ke mana?”
Huzaiman diam. Dia bergerak ke tempat Natasha lalu duduk di sebelahnya. Natasha terperangkap. Dia tidak dapat bergerak langsung kerana dia sentiasa berada aras bawah ketiak Huzaiman. Malang betul!
“Awak ni...” Natasha geram. “Duduk tu jauh-jauh sikit.” pinta Natasha.
“Seorang isteri tak boleh bagi arahan pada suami.” Kata Huzaiman.
“Ini bukan arahan tapi permintaan,” balas Natasha.
“Permintaan anda tidak ditunaikan. Cepatlah suapkan ayam tu? Macam sedap je.” HUzaiman mengubah topik. Dia suka duduk rapat-rapat dengan Natasha.
‘Sejak bila lelaki gila kuasa ni jadi miang keladi? Gatal!’ geram Natasha.
“Awak tak pernah makan KFC ke? Macam tak percaya?” soal Natasha lalu memandang Huzaiman. Dia tersentap kerana wajah Huzaiman begitu hampir dengannya. Huzaiman tersenyum.
“Betullah. Papa tak bagi saya makan benda-benda macam ni. Katanya tak elok untuk kesihatan.” Huzaiman bercerita manakala Natasha melantak makan burger.
‘Burger cepat kenyang sikit. Nanti ke suap si GK ni.’ Bisik hatinya.
“Tak elok ke? Saya makan okey je. Yang tak elok tu bila makan tiap-tiap masa,” jelas Natasha.
“Papa akan awasi semua pergerakkan aku. Aku buat apa. Aku makan apa. Aku kawan dengan siapa. Disebabkan pengawalan yang ketat oleh papa, aku tak dapat nak berkawan dengan orang yang aku suka dan orang pun takut nak berkawan dengan aku,” luah Huzaiman. Dia merenung kosong Natasha yang sedang leka makan itu.
Hati Huzaiman rasa sedih.
“Sejak tu, aku jadi gila kuasa. Aku nak akan kuasa. Dengan kuasa orang lain akan pandang aku. Orang lain akan beri perhatian pada aku dan orang lain akan bercakap-cakap dengan aku. Aku tak akan sunyi.” Huzaiman tertunduk. Pertama kali dia meluahkan apa yang dirasanya.
Natasha simpati. Terbantut dia mahu menyambung makan apabila wajah mendung Huzaiman dipandangnya.
“Sabarlah...” Natasha menyentuh bahu  Huzaiman. Dia gagahi juga untuk memandang Huzaiman. Ditepuk-tepuk bahu Huzaiman.
“Sabarlah! Nanti awak tak kan sunyi lagi...” pujuk Natasha.
Huzaiman memandang Natasha. Dia merenung tajam wajah yang comel itu. ‘Gadis ini sentiasa buat aku bahagia. Buat aku rasa dihargai. Buat aku rasa diberi prihatin. Mana mungkin aku lepaskan Wafa Natasha.’ Serentak itu, dia terus memeluk tubuh Natasha yang kecil itu.
“Gila!” amuk Natasha. Dia menolak tubuh Huzaiman.
“Aku gilakan kau!” Huzaiman tidak mahu melepaskan Natasha. Tubuh Natasha yang kecil itu buat dia benar-benar rasa selesa memeluk.
“LELAKI GILA SEKS...” bisik Natasha perlahan sahaja.
Pantas tangan Huzaiman meleraikan pelukannya. Natasha tersenyum puas. ‘Tahu takut!’
“Janganlah kata aku macam tu. Tak suka la.”
“Dah hakikatnya awak macam tu.” Natasha menyambung semula burgernya yang masih bersisa itu.
“Bila kau nak suapkan aku ni? Lapar juga ni?” pinta Huzaiman.
“Yelah, saya suap ni.”
Huzaiman tersenyum. Dia suka Natasha melayannya seperti itu. Selepas makan mereka masuk sebuah kedai cenderahati.
“Mak ai, banyaknya teddy bear,”  ujar Natasha . Sejak kecil dia hanya mampu melihat patung-patung beruang sahaja. Dia tidak kemampuan untuk membeli patung tersebut sehingga sekarang dia tidak mahu membelinya. Dia harap suatu hari nanti ada orang yang sudi hadiahkan teddy bear untuknya.
“Kau suka teddy bear?”
“Suka tengok je.” Natasha merenung satu teddy bear yang bersaiz agak besar. Dia leka seketika. Dia tersenyum.
Huzaiman memerhati Natasha. Entah mengapa perasaannya tidak dapat dikawal apabila melihat wajah Natasha yang comel itu. Sebentar tadi Natasha sudah tenangkan  dan memujuknya. Dia rasa benar-benar gembira. Dia ingin mencium pipi gadis itu sebagai tanda terima kasih. Perlahan-lahan dia menghampiri Natasha.
Makin lama, makin dekat...
Chup!
Ciuman Huzaiman terkena pada patung beruang yang paling kecil yang sempat Natasha capai. Nasib baik Natasha tersedar akan tindakan Huzaiman.
‘Bahaya betul berada dekat dengan lelaki ni.’
Huzaiman tersengih.
“Kau yang dapat first kiss aku?” Huzaiman mengeluh. “Disebabkan kau dah merampas first kiss aku, aku terpaksa la beli kau ya.” Huzaiman mengambil patung beruang yang saiznya besar tapak tangan Huzaiman. Sungguh comel.
“Nak beli ke?” soal Natasha. Entah mengapa dia rasa patung beruang itu comel sangat.
“Ya,” Huzaiman sudah di kaunter. Natasha hanya menjeling sahaja.
“Jom balik!” ajak Huzaiman. Dia rasa penat sekali hari ini.
“Baiklah!”

2 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi