Followers

Thursday 31 January 2013

13
Komen

HATI SUAMIKU GK 27(paling baru)




sambungan HsGK 27

Buat pertama kali Natasha merelakan apa sahaja yang dilakukan oleh Huzaiman pada malam tadi. Huzaiman seorang yang lembut. Lembut melayannya. Natasha benar-benar rasa amat selesa dan selamat apabila bersama Huzaiman.
            “Hmmm...” Pada masa yang sama, dia bimbang Huzaiman akan mengecewakannya tetapi sikap dan prihatin lelaki itu buat dia rasa lebih selamat.
            Natasha berkalih ke kirinya. Huzaiman masih tidur.
            Lama Natasha merenung wajah suaminya itu. Tidur lelaki itu sungguh nyenyak. Natasha beranikan diri membelai rambut Huzaiman. Ada perasaan indah ketika dia melakukannya. Rambut Huzaiman benar-benar lembut dan wangi.
Dia tersenyum sendirian sambil mencium rambut Huzaiman.

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH SWT akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka"

Adakah Huzaiman yang menjadi pengganti kepada kekecewaan Natasha? Natasha rasa bersalah dengan kebaikan Huzaiman dan cuba menyelesaikan kenangan yang membuat dendamnya membara.
“Awalnya sayang bangun?” Huzaiman tersedar apabila ada yang membelai rambutnya. Dia rasa senang hati. Natasha seperti boleh menerimanya.
“Mana ada awal. Dah nak pukul 6 pagi. Kita sembahyang berjemaah. Nak tak?” ajak Natasha. Senyuman ikhlas untuk Huzaiman diberinya.
“Berjemaah?” Huzaiman berfikir. Pertama kali dia di ajak berjemaah.
“Atau abang  tak pernah jadi imam ni?” sengaja Natasha berkata begitu. Menduga hati dan perasaan Huzaiman.
“Eh, mana ada la! Papa ajar abang cukup dalam urusan agama. Papa utamakan agama dalam semua perkara.” Huzaiman bangga dengan sikap ayahnya itu.
“Betul ke ni?”
“Betullah. Tapi sekarang sayang kena pergi mandi. Wajib tau,” arah Huzaiman. Mulalah pagi-pagi hari mahu mengarah orang.
“Mandi kena wajib atau mandi wajib ni?” gurau Natasha.
Huzaiman buat muka geram.
“Okey. Gurau je. Sha mandi jap.” Natasha terus berlalu pergi ke bilik air.
Huzaiman tersenyum. Dia rasa senang hati melihat Natasha boleh bergurau senda dengannya. Dia benar-benar rasa bahagia.
Selesai membersihkan diri, mereka sembahyang subuh berjemaah. Natasha terkejut mendengar Huzaiman membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan bacaan yang betul. Suaranya merdu dan lembut. Sungguh! Dia jatuh hati dengan suara itu.
“Abang tak nak bersarapan?” Natasha  bertanya.
“Tak apalah. Sha makan ya. Pukul 9 nanti, abang balik semula. Kita pergi makan ya?” Huzaiman menarik pipi Natasha yang setia menunggu dia bersiap.
“Baiklah abang.”
“Abang sayang Sha sepenuh hati abang. Janji dengan abang. Jangan tinggalkan abang lagi? Jangan lari dari abang,” pinta Huzaiman
Natasha hanya tersenyum. Dia membiarkan persoalan itu terus berlalu. Dia bersalaman dengan Huzaiman. Lelaki itu asyik senyum sahaja. Gembira.
Selepas Huzaiman pergi, Natasha bersiap-siap. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia memakai t-shirt couple yang dibeli oleh Huzaiman dan keluar dari kondominium tersebut. Dia perlu selesaikan urusan yang penting bagi dia mendapat kebahagiaan. Dendam yang ada dalam hati harus diluputkan agar dia akan terus bahagia.
Arah tuju Natasha adalah ke rumah sewanya. Di situ banyak menyimpan rancangan membalas dendam pada keluarga Huzaiman. Dia kena musnah semua itu.
Perlahan-lahan Natasha membuka pintuk rumahnya. Alangkah terkejutnya melihat keadaan rumahnya yang bersepah seperti dimasuki orang yang tidak bertanggungjawab. Dia duduk seketika di ruang tamu.
“Mesti kerja PK. Dia mahu maklumat syarikat Huzaiman. Nasib baik benda yang PK cari tidak pernah wujud. Aku tak sempat ambil apa-apa maklumat pun.” Natasha rasa bersyukur.
Dia bangun dan menuju pula ke biliknya. Almari soleknya masih elok.
 “Baik aku kemas barang yang bersepah.”
Natasha mengemas semua barang-barang dan dokumen yang cuba menghancurkan syarikat Huzaiman. Dia tidak mahu menyimpan dendam ini lagi. Dia membakar satu persatu dokumen tersebut. Bukti harus dihapuskan tetapi hanya satu bukti sahaja tidak sanggup di bakarnya iaitu gambar Huzaiman.
“Tapi aku pelik, kenapa dokumen ni semua, PK tak ambil?” ia menjadi satu persoalan dalam benak fikiran Natasha.
Natasha pernah menangkap gambar Huzaiman secara curi-curi. Dia buat begitu kerana untuk memahami sikap Huzaiman.
Dia menatap gambar-gambar tersebut yang ditampalnya di almari solek. Barulah dia perasan yang Huzaiman ada daya tarikan yang menggetarkan naluri kewanitaannya. Natasha tersenyum.
“Kacaknya dia. Aku baru sedar.” Natasha tersenyum. Dia mengambil sekeping gambar Huzaiman. Ketika itu Huzaiman sedang duduk di taman menunggu Ammar membawa minumannya.
“Pemalas suami aku ni. Sampaikan air pun nak orang lain ambilkan. Nasib! Nasib!” lagi sekali Natasha tersenyum.
Tanpa dia sedari, dia mencium gambar tersebut. Kini, dendamnya terhadap keluarga dan suaminya itu terhapus bersama abu dokumen yang dibakarnya.
Dia mengambil pula sekeping gambar yang ketika itu Huzaiman yang berwajah serius di dalam kereta. Dia melangkah kaki ke katilnya lalu berbaring. Sambil menatap gambar tersebut, dia mengimbas kembali kenangannya bersama Huzaiman lalu tertidur.

******

Putra Huzaiman tidak senang duduk di pejabatnya. Dia mundar-mandir di ruang yang ada seperti cacing kepanasan. Dia setia menanti Amman atau Ammar membuat laporan mengenai Natasha.
Mereka berdua menyatakan, pengawal keselamatan yang bertugas di kondominiumnya ada ternampak kelibat Natasha keluar. Makin panas dan membara hati Huzaiman. Dia ingat Natasha dapat menerimanya seadanya dan mereka bahagia tetapi tidak rupa-rupanya.
Huzaiman menumbuk tangannya ke meja. Wajahnya tegang. Nafasnya turun naik tidak menentu. Hatinya benar-benar panas. Ke mana Natasha pergi? Fikirnya sendiri. Rambutnya diramas. Rimas! Buntu!
            “Tak kenang budi!” marah Huzaiman.
            “Bos, saya rasa Sha tak macam tu.” Amman cuba membela Natasha. Wajah majikannya yang berang ditatapnya sekilas. Melihat raut wajah Huzaiman yang sedang menyinga itu benar-benar membuatkan dia rasa bersalah yang teramat.
            Amman menundukkan wajah tatkala wajah berang itu menentang matanya. Rasa menyesal bukan kepalang. Majikan itu akan naik angin seperti ini jika Natasha menghilang. Tapi apakan daya, segala-galanya telah terjadi.
            “Apa lagi perempuan tu nak dengan aku. Aku ke yang tak faham dia? Jadi, selama ni, akulah benggap sangat sebab tak faham-faham? Macam tu?” Huzaiman menggeleng-gelengkan kepalanya sebagai tanda kesal yang teramat. Terasa apa yang dilakukannya selama ini sia-sia belaka.
            Hatinya sakit apabila isterinya sendiri tidak menghargai apa yang pernah dilakukannya. Natasha tetap meninggalkannya. Dia menarik nafas panjang, cuba menahan rasa kecewa yang menguasai diri.
            “Bukan macam tu bos, saya rasa Sha perlukan masa untuk memikirkan hubungannya dengan bos. Saya tengok mata dia macam suka kat bos. Mata tak menipu tau bos.” Amman cuba menyedapkan hati Huzaiman.
            “Selama aku kenal dia, aku cuba untuk faham dia. Jangan sesekali kau kata aku tak faham pula. Kalau aku tak faham, apa gunanya aku mencintai dia. Kau jangan tambahkan marah aku lagi. Satu masalah pun belum selesai. Jangan kau siram api lagi.” Perasaan Huzaiman tidak menentu.
            “Api boleh di siram ke bos?” Amman berfikir. ‘Sah, Putra makin tak betul. Otaknya jadi lembab kot kalau Natasha hilang...’
            Shut up!” marah Huzaiman. Saat-saat begini pun Amman boleh bergurau dengan Huzaiman. Memang cari maki sahaja.

boleh baca sambungannya di ILHAM dengan klik perkataan 'sambungan hsgk 27' di atas hihihi maaf....

13 comments:

  1. Best sangat. tapi dekat mana nak tengok sambungan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, klik aje 'perkataan sambungan HsGK 27' yang ada di bawah piv cover citer ni.......perasan tak?

      Delete
  2. Yeay jumpa ! Thanks for the guide. Best cerita ini, rugi saya baru jumpa blog ini, hoping for a happy ending story. Everybody loves a happy ending, remember? Hihi.

    ReplyDelete
  3. miss..cter nie dh tmat ke...yg kt ilham

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUP..KAT ILHAM TU sampai situ..masih berusaha utk menyiapkan cerita ini sepenuhnya...

      Delete
  4. Mana nak tengok sambungannya???

    ReplyDelete
  5. Hadui, ssh la kalau mula2 baca dkt blog pastu beli novrlnya kene cari plk part terakhir dia...penin kepala ~T_T~

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi