Followers

Saturday, 30 March 2013

7
Komen

EJEN CINTA 143 bab 6






Kesedihan dan ketakutan Khusnul Syakinah masih terasa walaupun waktu kerja sudah lama tamat. Sengaja dia berlama-lama di surau tempat kerjanya. Semasa dia keluar dari surau tersebut, tempat bahagian lelaki pun ada seseorang.

“Encik Amar Qalish.”

“Khusnul...” Amar Qalish terkejut dengan kehadiran perempuan itu. “Kenapa tak balik lagi ni?”

“Beribadah encik Amar Qalish...” kata Khusnul Syakinah. “Encik, boleh tak saya minta cuti sehari. Jiwa saya tak tenang. Bercelaru. Saya tak dapat nak fokus pada kerja,” jujur Khusnul Syakinah.

“Ada apa-apa yang mengganggu fikiran awak?” Amar Qalish cuba mengorek rahsia. Dia ingin sekali menyelami hati Khusnul Syakinah sebagai pekerjanya.

“Saya terkenang arwah ayah saya. Tambahan pula, saya rasa mahu demam.” Khusnul Syakinah menundukkan wajahnya. Menyembunyikan segala rahsia di matanya.

Amar Qalish mengeluh. Dia akui yang wajah pekerjanya sedikit pucat.

“Baiklah!” Amar Qalish setuju luluskan cuti Khusnul Syakinah.

“Terima kasih, encik Amar.”

Mereka berdua berpisah di situ. Selepas mengambil beg tangannya, Khusnul Syakinah menunggu di perhentian bas.

Kebiasaannya Nurina Sofea yang mengambil dia kerja tetapi hari ini, sahabatnya ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Khusnul Syakinah menunggu dengan sabar. Tiba-tiba ada sebuah kereta betul-betul berhenti di depannya. Tingkat kereta itu diturunkan perlahan. Dia pura-pura tidak nampak.

“Oi!” geram Iqram Aznan apabila melihat Khusnul Syakinah tidak mempedulikan dirinya. “Khusnul Syakinah!” panggilnya lagi. Lebih kuat daripada tadi.

Khusnul Syakinah tersentak apabila namanya dipanggil. Dia tergamam melihat si pemanggilnya.

“Naik kereta ni!” arah Iqram Aznan.

Khusnul Syakinah masih terkaku. Dia gelisah.

Iqram Aznan melihat cermin kereta belakangnya. Dari jauh dia nampak sebuah bas. Dia tidak mahu Khusnul Syakinah naik bas tersebut.

“Aku cakap naik kereta aku, kalau tak...” sengaja Iqram Aznan membuat Khusnul Syakinah tertanya-tanya.

“Kalau tak apa?” berani Khusnul Syakinah. Hatinya berdebar hebat usah dikata. Mahu terkeluar sahaja tiap kali berhadapan dengan lelaki ini.

“Aku gagalkan adik kau praktikal memandangkan dia bekerja di syarikat aku!” ugut Iqram Aznan. Idea itu muncul tiba-tiba di benak fikirannya.

Khusnul Syakinah mengeluh berat. Akhirnya dia masuk ke dalam kereta Iqram Aznan dengan rasa berat hati.

Kereta itu terus memecut di atas jalan raya meninggalkan perhentian bas tersebut. Khusnul Syakinah hanya memandang cermin sisinya melihat semakin jauh kereta yang dinaikinya meninggalkan bas yang baru sahaja tiba di situ.

Mereka berdua membisu. Suasana yang sunyi itu membuat Khusnul Syakinah

“Kita nak pergi mana ni?” soal Khusnul Syakinah dengan cemas. Dia tidak pernah melalui jalan ini.

“Pergi rumah aku!” Iqram Aznan sengaja cakap begitu. Entah mengapa dia suka melihat wajah cemas Khusnul Syakinah. Hatinya bagaikan digeletek.

“Aku tak pergi!” Khusnul Syakinah membantah.

“Aku nak kenalkan kau pada mak dan ayah aku. Lepas ni mereka akan tutup mulut tentang calon isteri aku.”

“Aku tak nak kahwin dengan kau!” Sakit hati Khusnul Syakinah mendengar kata-kata. “Hentikan kereta ni sekarang! Kalau tidak! Aku....” Khusnul Syakinah sudah bersedia mahu membuka pintu keretanya.

“Kau dah gila ke?!” marah Iqram Aznan.

“Ya! Aku dah gila! Aku rela jadi gila dari mengenali kau!” Khusnul Syakinah mula trauma.

“Baiklah!” Iqram Aznan memberhentikan kenderaannya. Dia membiarkan Khusnul Syakinah keluar dari keretanya.

Khusnul Syakinah berlari bersungguh-sungguh. Tanpa dia sedari sepanjang jalan raya itu adalah hutan. Hari siang pula semakin penghujung. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati. Kereta yang dipandu oleh Iqram Aznan pun tidak kelihatan lagi. Dia ketakutan.

Tiba-tiba sekumpulan motor melalui jalan itu.

“Ada perempuan! Cun!”

Berlaku bergaduhan sesama mereka sendiri. Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai kot dan sarung di muka muncul seperti dalam cerita drama korea ‘City Hunter’. Khusnul Syakinah pengsan akhirnya.

Apabila dia sedar, dia sudah berada di hospital. Aku terlalu fanatik cerita tu sampai bermimpi ada orang selamatkan aku seperti dalam cerita tu. Ah!

“Sya!” Nurina Sofea muncul.

“Sofea!”

“Sya, kau okey? Maafkan aku! Sepatutnya aku datang ambil kau.”

“Siapa beritahu kau aku kat sini?”

“Iqram!” Nurina Sofea menyebut nama keramat itu.

Khusnul Syakinah tersentak melihat Iqram Aznan. Tak mungkin lelaki ini yang selamatkannya.

Mereka berdua saling renung antara satu sama lain. Ada perasaan benci, dendam dan cinta dalam hati mereka.


7 comments:

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi