Followers

Sunday 14 April 2013

62
Komen

TEMA FANTASI : SUAMIKU VAMPIRE 1


Pesanan : Cerpen kali ini bertema fantasi dan bukan realiti. tidak berkaitan dengan sesiapa pun. Jika anda TIDAK SUKA cerpen bertema FANTASI. jangan susahkan diri membaca penulisan ini. Ia hanya mengundang ketidakselesaan anda juga. terima kasih pada yang sukakan tema ini.  

Danish berjalan dengan badannya yang lemah. Dia tidak lagi dapat bertahan. Dia mesti mencari darah yang ditakdirkan untuknya.  Semakin dia hisap darah yang tidak untuknya, selagi itu dia akan rasa sakit. Dia hanya memerlukan setitik darah sahaja.


Cahaya matahari yang memancar ini membuat tubuhnya makin lemah. Mujur dia memakai jaket yang mempunyai tutup kepala. Itulah satu-satunya baju kegemarannya. Dia terus berjalan dan berjalan.
                Wajah Danish pucat. Itu Zafri! Aku mesti mengelak dari bertemu dengan dia. Lantas Danish masuk ke dalam sebuah kedai jahit pakaian. Kelihatan ada dua manusia di situ. Seorang gadis sedang menjahit manik untuk kain yang dipegangnya dan seorang lagi mak cik yang agak tua.
                “Anak nak buat baju ke?” Mak cik tersebut bertanya.
                Belum sempat Danish bercakap dia terpandang gadis yang sedang menjahit.

“Aduh!” gadis itu mengaduh.
                “Lidya, kenapa ni?” 
                “Ibu, terkena jarum ni. Darah sikit.” Lidya tersenyum. Sudah menjadi kebiasaan jika jarinya terkena jarum dia akan menghisapnya. Belum sempat dia melakukan, lelaki itu menghampirinya lalu mencapai tangan Lidya.
                “Apa ni?!” marah Lidya apabila disentuh begitu.
                “Encik jangan cuba mengapa-apakan anak saya.” Ibu tergamam. Dia bimbang lelaki itu buat yang tak baik pada anaknya.
                “Ibu...” panggil Lidya. Tangannya dicengkam kuat. Dia terasa sakit.
                Danish merenung darah yang keluar. Walaupun hanya setitik, dia terdorong untuk merasainya. Dia masukkan jari Lidya ke dalam mulutnya.
                Danish terkaku. Dia rasa badannya segar. Luar biasa. Dia merenung wajah gadis di hadapannya yang dalam ketakutan itu. Adakah perempuan ini takdir aku? Danish menelan liur. Dia akui perempuan bernama Lidya seorang yang cantik dan muda. Dia tidak mahu berfikir lagi, lantas dia keluar dari kedai tersebut.
                Sungguh! Dia rasa bertenaga. Dia berjalan pantas dan mencari tempat yang redup. Akhirnya dia pula semula rumah agam yang dianggap berhantu itu.

“Abang ke mana ni? Adik risau tau!” Damia menyapa abangnya. “Abang tak boleh sesuka hati sahaja keluar.”
                “Betul kata kak Mia.” Sahut adik Danish yang kedua pula, Dania.
                “Adik-adikku diam!” marah Danish.
                Damia dan Dania tergamam.
                “Abang dah jumpa dia! Abang dah jumpa!” 
                Damia memandang wajah segar abangnya itu. Baru dia sedar yang abangnya sudah pulih!
                “Siapa dia abang? Cepat bagitau Mia.” Damia tidak sabar untuk mengetahuinya.
                “Dia... entah! Abang pun tak kenal!” Danish ketawa dengan tiba-tiba. Sebenarnya dia benar-benar gembira. Dia tidak akan melepaskan perempuan itu.
                “Abang ni mental sejak minum darah perempuan tu ye?” Damia mula mengenakan abangnya sendiri. Dulu abang sakit, tak berani la nak gurau camni. Tapi tengok muka segar lain macam tu, boleh la huru hara sikit. Damia tersenyum.
                “Sedap hati kata abang mental. Nak kena gigit ye Mia ni.”
                “Daripada abang gigit Mia, baik abang gigit perempuan tu. Ada faedahnya. Okeylah. Mia nak pergi baca komik! Lagi bagus. Jom Nia” Damia terus berlalu bersama Dania.

Danish masih memikirkan tentang perempuan itu. Dia mesti menjadi isteri aku! Titik! 
                Danish tersenyum lebar. Dia sudah membayangkan Lidya memakai pakaian pengantin dan menyerah diri padanya. Bahagia rasanya. Danish bagaikan sudah jatuh cinta pada Lidya.

Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan kedai tersebut. Tak guna punya lelaki. Berani dia tunjuk perangai tak senonoh tu pada aku.
                Ibu, mana pedang Alya! Malam ni juga Lidya pergi cari mamat tak guna tu!” Lidya  mengamuk. Dia tidak boleh tunjuk sikap sebenar pada sesesiapa. Dia sudah berjanji pada arwah ayahnya. Hanya pada waktu malam sahaja dia boleh guna pedang tersebut.
                “Sabar Lidya. “ Pujuk Ibu.
                “Tak boleh sabar ni.” Dia bangun dan mengambil pedangnya yang beri nama Alya. Alya, malam ni kita cari mamat tu! Geram Lidya.

Bersambung...kalau dapat banyak sambutan.. ria akan sambung la..kalau macam tak ramai dan tak banyak komen...ria tak nak sambung la...jadi sila komen selepas baca entry ni....harap komen anda membantu ria untuk terus menulis part 2 pula hihihihi terima kasih

62 comments:

  1. kiranya danish ni betul2 vampire la ye...suka suka suka...sambunglah lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu...danish la...sajer nak buat tajuk yang sama tapi betul2 citer vampire hihihi

      Delete
  2. bila nak sambung lagi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung pada sambutan pembaca juga la....tgk camner ye?

      Delete
  3. smbgx100000...nak lg...best >_< <3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner la nak sebut sampai 100ribu kali tu...semput tu hihih thank....tgk camner k?

      Delete
  4. sambung lar lg.. ciput sgt ar..

    ReplyDelete
  5. eh, danish ada dua adik? cepat sambung kak ria..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih sajer buat danish ada dua orang adik...lagi pun tak ada la pic dia satu adik...so buat dua adik...damia dan dania hihih sweet2(syok sendiri la pula) hihihihi

      Delete
  6. Sambung ria....best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 best la....hihi siaplah danish...lepas ni lidya pergi cari kamu....hihihi entah2 danish yang suka kalau lidya cari dia hihihi

      Delete
  7. sambung la ..!! tgh semangt nih ..lama sngt x baca cerpen kepunan sngt nih !! duit xde nk beli novel so dri sini je lh dpt baca ...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bersemangat....jgn risau...citer ni akak akan tulis sampai penghujungnya....jgn risau k??doakan je ada idea...

      Delete
  8. kak ria, nak lagi!! best sgt2.. akhirnya vampire muncul lagi.. rindu sgt kt si vampire..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hana...ini vampire betul2 tau...ceh wah hihi thank komen...

      Delete
  9. Aiyyokk, Lydia dah marah.


    Sambung, please... :)


    -ArifahLee-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arifah....akan disambung jika dapat komen 30 orang..tak termasuk komen2 akak ni hihihihi

      Delete
  10. mmg kene sambunng...bestt..x sngke lidya pndai maen pedang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini fantasi la iffah... si lidya tu just tambahan je kemahirannya hihihihi

      Delete
  11. best sgt3x.... smbung k.ria.. kitorg xsbar nk bce...

    ReplyDelete
    Replies
    1. atul..sabar2...nanti ada la sambungannya itu...hihihi

      Delete
  12. sambung la lagi kak..best cite ni.. ^-^

    ReplyDelete
  13. awesome!! kita suke sngt cerita berkait dengan vampire !! sambung cepat2 kak ria

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank cik adik comel....akak akan sambung dan lebih panjang dari ini..harap komen2 lebih dari target akak...itu aje....hihihi

      Delete
  14. Replies
    1. akan disambung nanti hihihii bersabr aje la di update nanti

      Delete
  15. best....cinta yg menarik...akak cpt2 sambung ya...


    suka nyeeeee he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke best ni.....akan disambung nanti ihihihihi tq

      Delete
  16. Best sgt2 .. msty smbg tau k.ria :)

    (kimie anuar)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank kimie anuar sudi komen hihihi thank sebab kata best...nanti akak sambung lagi...

      Delete
  17. ngee.. akak sambung la lagi !
    serius best ! <3

    _syazwani_

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan disambung nanti ye wani hihihi thank sudi tinggalkan komen..

      Delete
  18. best story ever ever ! Sambung please .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ever ever hihihi akan disambung...tunggu aje hihihihi

      Delete
  19. Replies
    1. 3 hari nanti ada bab baru hihih part 2...panjang sikit la akan di tulis hihihi

      Delete
  20. assalamualaikum , abng n kakak .. meyh komen ttg kak ria punya cerita nih !! best kowt xkn la xnk smbung !! .... rindu dh ni ...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...eh buat promosi pula dia....masih tak cukup target ni...so tak dapat nak update hhihihihi

      Delete
  21. menarik la crite ni ... Sambung la lg kak ... Sy nk taw mcm mne jln crite ni .... Mest best crite ni ... Bcoz ... Permulaan pon dh best ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih....dah siap dah part 2...tapi ria masih menunggu 60 komen masuk hihi terima kasih...

      Delete
  22. Salam cik Ria.. ermm,saya pasti awak akan sambung cerpen ni. Tak baik buat kami pembaca tertunggu-tunggu tau. hee.

    Sebab dah mention awal-awal ni cerita fantasi,akak layan je cerpen ni. Apa salahnya sekali sekala lari ke alam fantasi. Stress ngadap keje kat ofis..boleh jugak akak rehatkan minda layan cerpen ni. Mohon dihabiskan cerpen ni ye.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm....memang akan sambung pun kak...ria juga teruja nak siapkan cerita ni sampai lupa pada enovel kau hak aku dan ejen cinta143 hihihihi mungkin ria akan tangguh dua enovel tu sebab nak siapkan novel fantasi ini hihihihihi terima kasih sebab sudi baca penulisan ria ini...

      Delete
  23. Akak!!!!sambung citer ni.best giler!!x sabarlah nak tau kisah diorang.

    ReplyDelete
  24. akak sambung la...
    please......
    rugi sapa yg xminat cite fantasi ni..
    hehehheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. manisnya kata2 dia....yeke??ada aje orang tak suka citer yg bukan realiti ni....

      Delete
    2. mana akak tahu manis???
      setahu tirah la kan kalau akak rasa mesti akak kena elektrik
      hahahhahahha :P
      maybe yg xsuka tu org yg berumur...
      budak2 suka je cita jenis fantasi ni..

      Delete
    3. kenapa akak kena elektrik pula??ihihihi

      Delete
    4. dh akak kata manis..
      tu yg tirah pelik klu akak rasa conform2 kena elektrik
      hahahahaha

      Delete
    5. xpe la nnt tirah terangkan...
      nk terangkan kat sini susah sikit
      hahhahahah

      Delete
  25. terbaiklah kak Ria..
    Danish, Damia, Dania..hehe
    best sgt2..sambunglah lg kak Ria..tp I'zzah just x suka gambar tu..lebih suka kalau anime Vampire Knight punya..hihi
    gambar tolak tepi, yg penting cerita dia..
    vampires still makes me amazing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank..
      pasal gambar pula, sebab akak tak ambik pic vampire knight sebab anime tu tak sesuai dengan apa yang akak gambarkan....
      yuki punya muka, tak nampak lembut malah ganas...tapi saber dia nampak lembut pada masa yang sama dia seorang yg kuat hati, sesuai jadi watak isteri danish...
      akak tak ambik pic kaname sebab sikit gambarnya tunjuk mata merah dan wajah kaname lebih kepada lelaki yg skema...tapi Danish, dia seorang lelaki yg aktif, pada sama hensem dan kuat..dan romantik serta huru hara orangnya terutamanya dengan lidya.....hah panjang lebar penerangan akak...

      Delete
  26. Hahaha.. best!!!!! Cpt2 buat ag.. sy pengemar novel fantasi jugak. Hehehe

    ReplyDelete

jangan lupa komen...komen anda sangat bermakna bagi ria natsumi