1.Pelajar Itu Suamiku
2.Mr.Skema
3.Bro,Kasut Tumit Tinggi Aku?
4.Aku Putera Cinderella
5.Hargai Cinta Alyssa
6.Kerana Susu Cap Dutch Lady
7.Penakluk Cinta Setia
8.Putera Kodok
9.Lagenda Budak Desa
10. Epal Hijau Vs Epal Merah Jadi Cinta
Tema Puasa/Raya
1.Kau Puasa Tak?
2.Kad Raya Isteriku
**Dua Cerpen Terbaru (Dahsyatnya cinta dan Pengantinku Comel) Dua cerpen ini tidak akan diletakkan di blog. Hanya boleh di baca dalam cetakkan ini sahaja. Harap maklum.
2.Mr.Skema
3.Bro,Kasut Tumit Tinggi Aku?
4.Aku Putera Cinderella
5.Hargai Cinta Alyssa
6.Kerana Susu Cap Dutch Lady
7.Penakluk Cinta Setia
8.Putera Kodok
9.Lagenda Budak Desa
10. Epal Hijau Vs Epal Merah Jadi Cinta
Tema Puasa/Raya
1.Kau Puasa Tak?
2.Kad Raya Isteriku
**Dua Cerpen Terbaru (Dahsyatnya cinta dan Pengantinku Comel) Dua cerpen ini tidak akan diletakkan di blog. Hanya boleh di baca dalam cetakkan ini sahaja. Harap maklum.
Di bawah ini teaser cerpen
dahsyatnya cinta dan Pengantinku Comel. Cik penulis berharap dengan teaser di
bawah ini membuatkan pembaca tidak sabar untuk memilikinya...selamat membaca...
Naufal Hanafi memerhati
seorang perempuan dari jauh yang sedang membeli sepasang kasut sukan. Dia
seperti mengenali perempuan itu.
“Saya mahu saiz 6, amoi!” perempuan itu tersengih.
“Kau...” akhirnya Naufal Hanafi menyapa juga perempuan itu.
“Naufal....”
8 tahun lalu.....
Naufal Hanafi berlari
bersungguh-sungguh. Dia mengejar seorang perempuan yang juga sedang berlari.
Awatlah minah ni suka sangat berlari. Penat betul nak kejar! Keluh Naufal
Hanafi.
“Fadhieelay!” jerit Naufal Hanafi dari jauh.
Larian kaki Harith Fadhieelay terhenti. Dia berpaling. Alahai,
mamat manja ni lagi. Dia nak apa dengan aku ni.
“Panggil aku Harith la. Tak ganaslah nama Fadhieelay tu.”
Marah Harith Fadhieelay. Dia duduk atas tembok batu yang ada di tepinya itu.
Walaupun agak tinggi tembok itu, tapi itu tidak menyukarkan pergerakannya.
“Ala, aku suka nama Fadhieelay tu. Lembut je.” Terus terang
Naufal Hanafi.
“Lembut macam kau?” sindir Harith Fadhieelay.
“Aku mana ada lembut. Aku manja je?” Naufal Hanafi buat suara
manja. Dia malu.
“Tolonglah jadi lelaki sikit. Lemah semangat aku tengok kau
ni.” terus terang Harith Fadhieelay.
“Harith!” tegur Aby Yuwanathul Afifah dari jauh. Awat nama aku
panjang sangat dalam cerita ini? Lantaklah!
“My sister!” Harith Fadhieelay tersenyum melihat kakak
seniornya.
“Jom buat latihan larian. Tak lama lagi pertandingan. Lagi pun
ini kan kejohanan terakhir yang kau boleh join. Lepas ni kena pindah!” jelas Aby
Yuwanathul Afifah dengan panjang lebar.
Pantas Harith Fadhieelay menekup mulut Aby Yuwanathul Afifah.
Ganasnya perempuan ni! keluh
Aby Yuwanathul Afifah. Walaupun mulutnya terasa sakit kerana kena cekup seperti
itu tetapi dia lebih tertarik untuk melihat wajah mamat yang begitu gilakan
adik juniornya ini.
Naufal Hanafi tergamam.
“Betul ke ni, Fadhieelay?”
perlahan suara Naufal Hanafi bertanya. Dia merenung tajam wajah perempuan di
hadapannya.
“Entahlah! Jom, kak!” ajak Harith
Fadhieelay sambil menarik tangan kakak seniornya. Dia sendiri tidak pasti
mengenai perkara itu.
“Tunggu, Fadhieelay!”
Langkah kaki Harith
Fadhieelay terhenti tetapi dia tidak sanggup untuk berpaling memandang wajah
Naufal Hanafi.
“Aku cabar kau! Jika kau
menang nombor satu dalam pertandingan merentas desa hari rabu ni, aku janji,
aku tak kacau kau lagi! Tapi...” kata-kata Naufal Hanafi terhenti di situ.
“Tapi apa?”
“Tapi, kalau aku menang
nombor satu, aku nak kau kahwin dengan aku suatu hari nanti!” serius nada suara
Naufal Hanafi.
“Okey! Kak Aby jadi saksi!” Harith
Fadhieelay terus meninggalkan Naufal Hanafi sendirian.
“Biar betul kau ni? kau tu
pelari pecut, bukannya pelari jarak jauh. Beza dua perkara tu.” Aby Yuwanathul
Afifah mula masuk campur.
“Relaks sudah! Jom lari satu
padang!” kini mereka sudah di padang sekolah.
“Siapa cakap korang berdua
lari satu padang...” Muncul Naufal Harraz yang merupakan abang kepada Naufal
Hanafi. Dia lebih garang berbanding adiknya yang manja itu. “Lari 10 padang
petang!”
“Apa?!” tergamam Aby
Yuwanathul Afifah dan Harith Fadhieelay.
“Hahaha!” Naufal Harraz
ketawa besar. “Gerak sekarang! Semua sekali!” arahnya lagi apabila melihat
atlet lain masih tidak bergerak.
‘Perasaanku...
Perasaanku...’ Tiba-tiba Dyla Atheera rasa mahu pitam. Hati dan perasaan ini
tidak dapat menahan rasa getaran yang melanda ke atas dirinya. Tangannya
menggigil ketika menandatangani di atas kertas itu.
Dyla Atheera sudah sah bergelar seorang
isteri. Dia menelan liur lagi. Lelaki yang menjadi suaminya semakin hampir
menghampirinya. Rasa kuat yang dikumpulkan semalam bagaikan hilang sekelip mata
tatkala mata nakal itu memandangnya. Akhirnya dia rebah di pangkuan suaminya.
“Dyla! Dyla!” Amar Qalish mengongcang
tubuh isterinya. Dia tidak tahu mengapa Dyla Atheera boleh pengsan di majlis
akad nikah mereka.
Kini semua orang tertumpu pada Amar
Qalish. Wajahnya sudah kemerah-merahan. Menahan perasaan malu yang menerjah.
“Amar, dukung Dyla ke bilik,” arah ayah
mertua Amar Qalish. Kebetulan akad nikah tersebut di buat di ruang tamu rumah
Dyla Atheera. Tiada masalah untuk Amar Qalish membawa isterinya ke kamar
pengantin.
Dengan perasaan malu yang menebal, dia
memangku tubuh isterinya penuh berhati-hati. Ketika itulah ramai jurukamera
yang tidak bertauliah mengambil gambar mereka berdua. Makin malu Amar Qalish
rasakan ketika itu.
Beberapa ketika, Dyla Atheera tersedar
dari pengsannya. Dia melihat sekelilingnya. ‘Bilik aku ni? Aku bermimpi ke?’
hati Dyla Atheera berdebar dan debaran itu makin hebat apabila dia terpandang
satu lembaga yang baru keluar dari bilik airnya.
‘Lembaga apa tu?’ desis hati Dyla
Atheera. Matanya merenung tajam ke lembaga itu untuk dikenal pasti.
“Dyla...” panggil Amar Qalish.
‘Kenapa lembaga ni boleh ada dalam
bilik aku?’ sakit kepala Dyla Atheera memikirkannya. Dia masih merenung wajah
Amar Qalish.
‘Apa kena dengan isteri aku ni?’ Amar
Qalish bimbang.
Dyla Atheera mengucap dalam hatinya.
Dia juga menepuk dahinya. ‘Kan aku dah kahwin dengan lembaga ni?’ Dyla Atheera
tersenyum. Dari dulu lagi dia suka pada Amar Qalish.
‘Senyum pula isteriku ini. Nampak
sangat comel.’ Amar Qalish menghampiri Dyla Atheera. Belum sempat dia menyentuh
tangan Dyla Atheera, wanita itu pengsan kembali.
Amar Qalish hanya mampu tersenyum.
Beberapa bulan yang lalu...
“Dyla Atheera!” panggil Amar Qalish.
“Apa dia?!” jawab Dyla Atheera dengan
kasar.
“Awak jangan pura-pura tak kenal saya!”
“Siapa awak? Saya memang tak kenal la!”
jawab Dyla Atheera lagi. Jika boleh dia tidak mahu mengenali siapa Amar Qalish.
Lelaki yang dia cintai dalam dia, lelaki yang dia nak sangat. Lelaki yang dia
mahu bersama.
“Dyla, saya Amar Qalish. Amar Qalish
yang selalu kacau awak zaman sekolah dulu. Tak mungkin secepat ini awak lupa.”
“Ya, saya lupa!” Pada mulanya dia tidak
mengenali Amar Qalish kerana peribadi lelaki itu nampak sopan dan kemas. Tidak
seperti zaman sekolah. Samseng nombor satu dalam kampung.
“Dyla Atheera, tolonglah! Kau tahu yang
dari dulu aku suka kau. Aku dah berjanji yang kau je yang akan jadi isteri
aku.”
“Itu dulu.” Dyla Atheera mula berjalan
meninggalkan Amar Qalish.
“Dyla!” tegas Amar Qalish. Dia
menghalang gadis itu dari terus bejalan. “Aku akan berubah. Dan aku sudah
berubah menjadi lelaki yang kau suka.”
“Maksud awak?” Dyla Atheera menelan
liur. Dia sendiri tidak pasti apa yang dikatakan oleh lelaki ini.
Macam
mana? Berminat untuk memiliki Himpunan cerpen Dahsyatnya cinta(HcDC)? Kalau berminat
boleh email kepada love_kelip@yahoo.com.
Lagi satu, mesti yang bertanya tentang harga? Cik penulis hanya open pembeli
yang tidak kisah harganya berapa...jika ada yang bertanya tentang harga, Cik
penulis sendiri tidak akan menjawabnya (alamak, sejak bila jadi seorang yang
kejam ini) hihihi harap maklum. Bajet dalam RM20....(tak nak la jadi kejam
sangat) hihihi jika ada FB, boleh sahaja jenguk FB Azalea Eshal. TERHAD PADA 50 ORANG YANG TERAWAL SAHAJA...ada lagi 15 kekosongan....cepat! booking sekarang! Sekian terima
kasih.
|
sy nk!!!!!
ReplyDeleteboleh hubungi cik penulis kat fb atau email yer??senang utk cik penulis berhubung apabila dah siap cetakkannya....
Deletexpe akak sekali sekala kejam....
ReplyDeletehahahaha ;)
sekali sekala??bukan akak selalu jadi kejam ke??kejam pada kamu??hahhaha
Deleteitu diantara akak dgn trah je....
Deletehahhahahah
ish sempat lgi tu duk kenakan kita :(
itu pasti
Deletehahahaha
Deleteada2 je lah...
btw serius kejam sekali sekala dgn org lain xpe
tp dgn trah akak kena kerap la
wah gitu.....
hihihihihih ;)
semestinya cik adik...
Deletexpe kekejamanmu diterima
Deletehahahahahahaha ^.^v
Nak3
ReplyDeleteboleh hubungi cik penulis kat fb atau email yer??senang utk cik penulis berhubung apabila dah siap cetakkannya
DeleteKat mana nak dptkan buku edisi nih...mahu juga
ReplyDeletekat atas ada diberitahu yg mesej sahaja di email...cepat2 masih ada dua sahaja kekosongan sebab ia trhad....
DeleteSaya nak
ReplyDeletekak ria , kt mne bleh bli citer2 yg akk tlis nie ?
ReplyDeletekak ria , kt mne bleh bli citer2 yg akk tlis nie ?
ReplyDelete